Wednesday, 30 November 2016

My Little Hero

Hai everyone...

Kehidupan berumah tangga bertambah indah dengan kelahiran khalif. Cucu sulong yang dimanjakan dengan penuh kasih sayang ini semakin membesar. Sedar tak sedar awal tahun 2017 khalif akan melangkah ke sekolah rendah..Uwaaa....Cepatnya masa berlalu.. Budak kecik ni dah besar..walaupun ada yang kedua ketiga  kamu tetap my no.1.

..dann..hari ahad yang lalu kami sekeluarga pun pegi ihtifal day tadika khalif. kecik-kecik dah merasa pakai jubah konvo..hehehe.. bagus tau anak.. semoga kamu melangkah ke Universiti suatu nanti. Mama punya excited nak tengok anak konvo punya awal pegi majlis tu.. nak duduk depan la katenye.. Boleh tahan juga konvo tadika pun..siap ada penjual bunga..dan rasa macam pegi konvo kat universiti..hehehehe..semoga suatu hari nanti mama pegi konvo khalif lagi sekali kat Universiti nanti.. Insha Allah.

Besor gambar khalif terpampang kat skrin

Muka-muka Excited..hehe..orang lain tak sampai lagi.

Macam-macam bunga ada
Steady je Khalif





1 comment:

  1. hupdet plez...sir nak tgk.nak bagi markah.huahua

    ReplyDelete