Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, 12 January 2021

Gulai ikan temenung cara saya


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Esok bermula la PKP 2.0.. Semoga kita semua dijauhi dari wabak corona ini. 

Hari ni saya nak share resepi gulai ikan temenung cara saya. Setiap orang mungkin ada cara yang berbeza dalam memasak. hehe..gulai ikan temenung ni simple je cara masaknya.

Bahan2 :

1.Ikan temenung (ikan kembung) 2-3 ekor

2. Bawang merah 3 ulas dihiris

3. Bawang putih 2 ulas dihiris

4. Halba campuran letak secubit. 🤣

5. Santan kelapa 

6. Rempah kari ikan babas paket kecil

7. Daun kari

8. Bendi

9. Air asam jawa

Cara memasak:

Firstly tumis bawang merah n putih, Halba campuran dan daun kari.. Sampai kekuningan. Lepas tu.. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air.. Tumis rempah kari tu sampai pecah minyak. Lepas dah pecah minyak bolehlah masukkan air asam jawa.. Lepas tu masukkan santan.. Santan tu kalau boleh guna santan asli.. Baru umphh. 🤣..kalau takda guna santan kotak pun boleh..ikut keselesaan korang..hehe... Lepas santan dah mendidih.. Bolehlah masukkan ikan temenung dengan bendi tadi. Kacau perlahan.. Jgn sampai ikan tu hancur..agak ikan dah masak.. Dah boleh tutup api. 

Lepas tu dah siappp.. Dah boleh makan.. Gu dengam nasi panas.. Sambal belacan. Perghhh bertambah2 nasi.. 🤣 🤣 🤣 

Selamat mencuba. 




Sunday, 19 April 2020

Asam rebus kedah

Hi semua.. Asam rebus kedah resepi mak. Sangat healthy sebab x guna minyak.

Ikan - ikut suka hampa nak guna ikan apa. Macam saya.. Masa ni ada ikan patin je kat umah.. Kakak ipar bagi balik dari temerloh.. Hehe..



Bahan2:

Ikan
Cili kering 3 - 4 tangkai (ikut kepedasan hampa)
Cili padi 3 tangkai
Bawang merah dalam 5 ulas
Kunyit hidup 1 inci
Asam keping
Secubit beras
Secubit biji ketumbar
Sedikit belacan

Bahan rendam- rendam seketika dan toskan:
Beras
Cili kering
Biji ketumbar

Bahan tumbuk:
Tumbuk bahan rendaman tadi bersama cili padi dan bawang merah serta kunyit hidup.. Tumbuk sehingga lumat

Kemudian:
Masukkan bahan tumbuk td ke dalam periuk bersama air.. Air tu jgn byk sgt nanti cair sangat x sedap..

Kemudian masukkan asam keping, garam dan perasa. Setelah mendidih masukkan ikan Dan biar seketika.. Kemudian boleh tambah bendi jika mahu.... Biar sehingga ikan masak Dan boleh hidang..

Selamat mencuba







Asam pedas ayam mudah

Hai semua..resepi asam pedas ni saya belajar dengan mak mertua. Lain orang lain cara kan.. Hehehe


Bahan2:
1 ekor ayam (dipotong ikut saiz korang nak)
1 Batang serai (dititik)
Daun kesum
1 Batang bunga kantan - bunga kantan pun saya tak letak sebab tak ada masa masak ni.
Air asam jawa
Sedikit lada hitam tumbuk kasar - mcm saya x letak pun sebab masa buat ni xde lada hitam.


Bahan kisar:

Cili kering ikut kepedasan korang nak
6 - 7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
Sedikit belacan

Bahan sangai Dan diblend kering: saya biasa buat stock byk2.. Sebab boleh guna dalam byk masakan lain. Kalau xnak sangai boleh blend sekali bahan kisar.
Jintan putih
Jintan manis
Biji ketumbar

Kemudian:
Tumis semua bahan kisar bersama serai dititik dalam minyak yg dah panas.. Tumis sehingga garing dan cili tu masak.

Kemudian masukkan ayam, daun kesum, bunga kantan dan 1 sudu kecil rempah disangai td dan air asam jawa serta air (air ikut kepekatan.. Ade suka pekat ade suka cair). Garam gula perasa.

Gaul semua sekali dan biar seketika sehingga ayam masak.. Dan boleh dihidang.

Selamat mencuba. 

Saturday, 21 September 2019

Resepi Ayam Ungkep Ibu Mertua

Assalamualaikum,

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan bulan yang mulia bagi seluruh umat islam. Tak sabar kan. Kalau Ramadhan tahun lepas kami sambut berempat.. Tahun lagi meriah, kami sambut berlima dengan kelahiran anak ke-3. Mau kelam kabut kali ni. sebab yang ke-3 baru 9 bulan..hehehe..Tapi saya happy. Pasti bertambah riuh kali ni dengan gelagat mereka tiga beradik.

Seperti biasa kalau nak ramadhan ni, kita mesti akan terfikir-fikir resepi-resepi sepanjang ramadhan kan. Di sini saya nak share resepi mudah dari ibu mertua yang menjadi kegemaran saya dan suami serta adik beradik yang lain.

 Bahan-Bahan:

Ayam setengah ekor
Cili Padi (ikut tahap kepedasan masing-masing. Kalau saya segenggam utk 1/2 ekor ayam)- Diblender
Halia dalam 2 inci lebih kurang- diblender                                                                        
Kunyit hidup dalam 1 inci - diblender
Bawang merah dalam 5 ulas - diblender
Bawang putih dalam 3 ulas - diblender
Serai 3 batang - diketuk manja

Rempah disangai dan diblender kering :
Biji Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih


  • Selepas itu masukkan bahan2 blender td ke dalam kuali dan masukkan ayam serta serai kemudian tutup.. Biar ayam masak seketika. Kemudian masukkan satu sudu Besar rempah yang telah disangai dan diblender tadi.. Kacau Dan biar ungkep kite kering sedikit Airnya. Untuk makluman korang.. Masakan ni x payah guna minyak.. Sangat sihat kan.. Hehehe.. Nanti minyak ayam itu sendiri akan keluar.

Setelah pastikan ayam sudah masak.. Boleh la dihidang.. Makan bersama nasi atau nasi impit.. Cara masak lebih kurang kite masak rendang je.. Cume xde santan n kerisik je..



Sunday, 29 December 2013

Dapur Iedawafiyah.. - LAKSA

Assalamualaikum...

Hari2 minggu ini tiba2 mood rajin datang dan saya sediakan laksa ini untuk santapan bersama keluarga tersayang <3

Laksa resepi tersendiri :

Bahan2 :
* ikan sardin fresh or ikan kembong (dikisar)
* daum kesom
* Bunga kantan
* Asam keping

Bahan2 dikisar :
* cili padi
* cili kering blender
* bawang merah (dikisar)
* Bawang putih (dikisar)
* belacan

 Cara memasak :
* Masukkan ikan yang telah dikisar dan biarkan seketika. Kemudian masukkan air stok ikan dan juga bahan2 kisar tadi. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan daun kesom, bunga kantan, dan asam keping. Kemudian masukkan garam dan perisa.. Biarkan sehingga mendidih.. Dan akhir sekaliiiiiii




Siap untuk dihidanggggggg... Hhmmmmmm

S.E.L.A.M.A.T M.E.N.C.U.B.A.



Oooppppsssss... Jangan lupa nantikan sambungan bab 6 "Kenal Erti Cinta"