Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Wednesday, 26 October 2016

Cuti-Cuti Malaysia

Hai semua,

Lama rasanya tak update blog. Al maklum la bz sokmo. weekdays keje..weekend class pulak. Kadang kesian tengok anak-anak terpaksa pegi bercuti dengan nenda diorang je. Maafkan mama ye..sob.sob..

Tinggal setahun je nak habis dah study..horayyyy!! tak sabaqnya... 

Pape pun mama tengok abg khalif happy je dapat pi berjalan dengan nenda dekat Port Dickson. Pasni kite pi jalan sama-sama pulak ye.. tunggu cuti sem.. huk..huk...








Adik kena tinggal..pasal kecik lagi..huk..huk..








Muka happy abang khalif


syoknya siap ada swimming pool private..best..best.. Jeles mama tak dapat pegi!

cucu manja atuk



Tuesday, 8 September 2015

Trip to Singapore

Haii..Lama I tak update blog.. Busy sangat sampai x sempat nak coret-coret kat sini..huhu..So hari ni I nak kongsikan sikit experience ke Singapore by car. Ini pun trip last minit sebab my hubby ada football match kat sana. Kalau tak tak merasa la jugak nak ke sana naik kereta. huhu..Rupanya lagi seronok kalau kita ke Singapore naik kereta. Semua tempat kita boleh redah.. Apa susah Waze kan ada..hihihi.. Kalau xde waze pun masak juga la kami kat sana. Hukhuk..Maklum la kali pertama ke Singapore. Pastu naik kereta pulak tu.huhu..

Pada yang first time nak ke sana naik kereta sendiri,,Senang je uolls. Mula-mula I pun cuak jugak..yela kan tak pernah bawak kete masuk negara orang. Apatah lagi nak memandu kat jalan raya depa.. hehehe.

Dari Tambak Johor, lepas dah melepasi imigresen malaysia, beratur la jugak nak sampai ke Woodlands Checkpoint. Tapi nasib baik ktorg gerak pagi, so xde la panjang sangat beratur..huhu.. Lepas tu,sampai saja di checkpoint kami serahkan passport sekali lagi pada imigresen Singapore. Dah cek itu ini dan isi white card, kami pun ke kaunter Autopass. Autopass ni macam Touch N Go jugak. Semua kereta wajib ada bila masuk Singapore. Sebab kat sana semua guna Autopass termasuk parking-parking kat sana. Dah dapat Autopass tu, then baru lah dapat melepasi checkpoint dan terus memandu ke Singapore..Yeayyyy!!!. Dah settle semua rasa lega sangat...Dalam hati, "rupanya senang je nak masuk. Janji semua maklumat lengkap. Fuhh lega.


Ha..ni sup tulang merah.. first time makan kat Singapore.. Kalau tengok  warna macam takut nak makan.. Tapi dah makan, rsnya sedappp..hihi. Tapi takleh makan banyak-banyak pening..huhu


Ha, balik dari Singapore, sempat la menyinggah ke Legoland, Tunaikan hajat anak bujangku yg sorang ni. Macam-macam hasil tangkapan dia.. " kopak-kopak"


Ha..ni paling best.. huhu.. dah semua hajat-hajat En Husband and anak tertunai... Sampai JPO hajat mama dia la pulak kan..huhu.. Gila-gila sale kat sini.. 


Wednesday, 10 September 2014

PERCUTIAN KE JAKARTA - BANDUNG 29 HINGGA 31 OGOS 2014

Haiiii....
Lambat update untuk hari kedua percutian saya di Jakarta - Bandung.. saje melambatkan.. huhuhu..

Hari kedua kami ke Bandung.. dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 2 jam, macam dari KL ke Melaka laa.. Rakan saya di sana mengoffer kan diri untuk bawa kami dengan menaiki keretanya..

Di Bandung kami pegi ke Dusun Bambu.. Sssannggaattttttttt santekkkk tempat dia.. dingin, aman sangat rilex bila dapat luangkan masa rehat di situ.. tempat ni kira baru buka so x ramai pengunjung luar atau pelancong luar explore tempat ni.. Kira tempat ni leisure park untuk family atau dengan rakan-rakan.. ada aktiviti berbasikal, naik sampan.. yang best tempat makan macam-macam, kalau nak rasa makan dalam pondok tepi sungai ada, duduk istirehat sambil makan nak tido pon boleh.. Macam-macamla ada nak tau kena pegi.. Dah sampai Bandung mesti singgah di Dusun Bambu..

Hmmm.. siapa yang suka shopping mesti tau Rumah Mode di Bandung.. Di situ menjual macam-macam barangan yang harga nya sangatlaaa berpatutan.. Kat situ kami x ambik masa yang lama, tapi tetap puas hati.. Perjalanan kami diteruskan dengan mencari tempat makan bakso yang sedap.. Bakso Enggal Malang tempat makan bakso yang PALING sedap..

silalahhh tengok-tengok gambar kami di Bandung..................








Ni bukan minyak ye.. hehehe.. mineral water
Depan restoran bakso....
Bakso... hmmmmm


Tu dia muka ceriaa nak shopping.. huhuhu

Wednesday, 3 September 2014

PERCUTIAN KE JAKARTA - BANDUNG 29 OGOS - 31 OGOS 2014 (DAY 1ST)

Assalamualaikum.....
Kali ni nak update blog dengan ceritera percutian saya ke Jakarta dan Bandung.. Tak lama 3 hari 2 malam je.. Pergi pon tak ramai kami bertiga saya, husband dan rakan saya.. Anak tinggal.. heheheh..  Dalam masa 3 hari di sana memang tak puas la untuk berjalan.. Tapi kami tetap berpuas hati, sebab banyak tempat dan makanan yang dapat kami pergi dan try.. Memudahkan lagi percutian kami kerana ada rakan saya yang tinggal di Bandung. Dialah yang banyak bantu kami sepanjang percutian di sana....

Sampai sahaja di Lapangan Terbang Soeharto, Jakarta kami terus mengambil teksi untuk ke tempat penginapan kami di Thamrin Residence. Lepas sahaja check in kami berempat termasuk rakan saya yang dari sana terus bawa kami ke Tanah Abang... Hmmm tak tau nak gambarkan macam mana punya ramai orang di Tanah Abang dengan kenderaan lalu lalang, urrghhhh.. Kat situ tempat borong baju-baju, kain, macam-macam lagilaa... selesai di Tanah Abang kami ke Thamrin City, kami sampai situ dh agak petang kat situ pun adalah gudang beli belah.. Harga sangat berbaloi.. Nak tau kena pegi la baru boleh tau macam mana berbaloi ke tidakk.. huuhuhuhuhu.. penat tak yah cakapla, tapi puas hatiiiii...

Malamnya pula kami dibawa makan di gerai.. dekat situ kami order satay.. satay sana sama je ngan kita, bezanya mereka letak kicap dan tabur bawang goreng.. sedappp..!! at least dapat tau beza satay Malaysia dengan Jakarta.. huhuhuu... Tengah2 makan tu nnt adala yang datang ngamen, macam2 cara mereka buat, nyanyi la, main gitar la untuk mendapatkan rezeki, so disitu kita tau kehidupan di sesebuah tempat..



Sup Ceker
(hmm lebih kurang soto kot)


 



Kamilah wataknya
huuhhuhu



Satay
(sedap kan..kan..kannnn.. mau tak terliur)

Friday, 2 May 2014

TRIP KE SEOUL KOREA PADA 24 FEB - 28 FEB 2014

Dah hampir 3 bulan, baru ni dapat kongsi pengalaman cuti di Seoul Korea bersama rakan dan family... Selama 5 hari kami di sana, sesangatla puas dan enjoy... Cuaca di sana sangat dingin, suhu sekitar 4 darjah celcius.. Tapi semua tu tidak menspoilt kan mood kami nak berjalan.. bila lagi nak rasa sejuk, selalunya sejuk air-cond je dapat rasa.. huhuhuhu

Hari pertama sampai di Seoul dah petang, kami semua terus check in di Vivaldi Park untuk dinner dan memilih suit untuk main ski pada keesokkannya..

Pemandangan di Ski Park




Banyak jugak tempat kami pergi.. Of coz Nami Island pegi, tempat shooting Winter Sonata rugi la kalau dah ke Korea x singgah ke Nami Island.. Tapi keadaan Nami ketika itu agak lembap sebab salji mula cair, so banyak lecak..



Kononya nak aksi lompat.. huhu



Di sana Kami belajar juga belajar cara-cara buat Kimchi di Kimchi School.. Tak susah pon buat Kimchi.. pada yang malas masak boleh la buat Kimchi je kat rumah.. hahaha :p

sempat lagi pose sebelum buat Kimchi.. hihihi

Dekat sini kami diberi peluang untuk menggayakan baju traditional mereka.. 

Comeykan kami..? hehehehe




Ok laa.. stop dulu kisah Korea, banyak lagi nak dikongsikan sepanjang kami di sana.. Tapi cerita-cerita seterusnya akan saya sambung.. Sebelum tu jangan lupa teruskan baca novel saya "Kenal Erti Cinta" :) ..