BAB
42
Wajah
Adrianna Wafiyah basah kerana disimbah dengan air. Serta merta dia terus
tersedar dari lenanya yang panjang. Dia memandang sekeliling. Suasana ditempat
itu tidak ubah seperti mimpi yang pernah menghantuinya dulu. Adrianna Wafiyah
menapar pipinya beberapa kali dengan harapan semua ini hanya mimpi semata-mata.
Namun walaupun berkali-kali dia menampar pipinya sendiri keadaan tempat itu
tetap sama. Adrianna Wafiyah mula menangis ketakutan.
Seorang lelaki masuk ke dalam
biliknya. Adrianna Wafiyah mula mengecilkan diri ketakutan. Bimbang jika lelaki
itu akan membuat perkara tidak senonoh kepadanya. Adrianna Wafiyah cuba membuka
tali yang mengikat tangannya tetapi tidak boleh. Lelaki itu semakin
menghampirinya dengan wajah yang nakal. Dia cuba menyentuh Adrianna Wafiyah.
Semakin lama semakin ligat tangannya merayap ke seluruh wajah Adrianna Wafiyah.
“Tolong…tolong lepaskan saya.” Rayu
Adrianna Wafiyah.
“Hey!, aku suruh kau tengok
perempuan ni dah bangun ke belum! Bukan suruh kau buat perkara bukan-bukan!”
Marah perempuan itu yang berlagak seperti ketua kepada lelaki itu.
Adrianna Wafiyah cuba mengamati
wajah perempuan yang memakai topi itu. Alangkah terkejutnya Adrianna Wafiyah
apabila mendapati perempuan itu adalah Nazirah. Dia semakin menggigil
ketakutan. Adakah ajalnya sudah tiba. Adrianna Wafiyah mengharap suaminya akan
dapat menyelamatkannya.
“Haii Wafi.” Ucap Nazirah sambil
bermain dengan pisau ditangannya,
“Kau nak apa daripada aku.?” Tanya
Adrianna Wafiyah dalam ketakutan.
“Saja aku nak berkenalan dengan kau
lebih dekat lagi.” Jawab Nazirah sambil mengacukan pisau itu dihadapan wajah
Adrianna Wafiyah.”
Adrianna Wafiyah cuba melarikan
wajahnya dari mata pisau itu. Bimbang jika Nazirah mencederakan wajahnya.
“Tolonglah Naz. Kasihanilah aku. Aku
sedang mengandung.” Rayu Adrianna Wafiyah sambil menangis.
“Shhhh…kenapa
menangis. Aku bukan nak bunuh kau sekarang.” Kata Nazirah sambil ketawa.
“Kenapa kau buat aku macamni. Apa
salah aku pada kau?”
“Shhhhh,
diam!” Marah Nazirah.
“kalau aku toreh wajah kau yang
cantik ni, agak-agak lepas ni Ray masih sayangkan kau atau tak.” Kata Nazirah
lagi sambil memainkan hujung pisau itu di wajah Adrianna Wafiyah.
“Tolonglah aku Naz, jangan seksa aku
macamni.”
“Kenapa tak boleh? Selama ini aku
terseksa dengan hubungan korang, ada korang kesiankan aku!!!ada!!” Tengking
Nazirah.
“kau rampas Ray dari aku!!. Dasar
perempuan tak sedar diri!!
Panggggg…!
Nazirah menampar pipi Adrianna
Wafiyah sekuat hatinya. Berdesing telinga Adrianna Wafiyah dengan tamparan itu.
Cairan darah mula mengalir dicelah bibirnya. Adrianna Wafiyah mula menahan
kesakitan.
“Naz..tolong jangan buat aku
macamni.” Rayu Adrianna Wafiyah lemah.
“Sebelum ni kau bukan main sombong
dengan aku!! Sekarang kenapa nak rayu-rayu!!” Tengking Nazirah lagi. Kemarahan
mula menguasai dirinya.
Nazirah memijak perut Adrianna
Wafiyah. Adrianna Wafiyah mula mengerang kesakitan.
“Ya Allah..” Adrianna Wafiyah
menahan kesakitan. Dia cuba mempertahankan kandungannya.
Nazirah ketawa dengan kuat bila
melihat Adrianna Wafiyah mengerang kesakitan.
“Mampus kau perempuan tak sedar
diri!!!” Ketawa Nazirah sambil menarik rambut Adrianna Wafiyah.
Nazirah mengeluarkan telefon
bimbitnya dan mendil nombor seseorang. Dia mahukan Adam Rayyan mendengar
sendiri kesakitan yang ditanggung oleh Adrianna Wafiyah.
“Hello Ray…” Ucap Nazirah dalam nada
yang menggoda.
“You
nak apa lagi call I.?” Tanya Adam
Rayyan dalam nada yang kasar.
“Chill
sayang..kenapa nak marah-marah ni. Kenapa you
tengah risaukan wife kesayangan you ke..” Tanya Nazirah sambil ketawa.
“Hey perempuan! Apa yang kau dah
buat dengan wife aku!!” Tengking Adam
Rayyan.
“Tak ada apa. I cuma nak dia rasa apa yang I
rasa.”
“Abang……” Jerit Adrianna Wafiyah
lemah.
Adam Rayyan yang mendengarnya terasa
terhenti denyutan jantung bila terdengar suara isterinya yang lemah.
“Apa kau nak ha..!” Tanya Adam
Rayyan.
“I
nak you…”
“Look
Naz, tolong jangan apa-apakan Wafi. I
janji I akan turutkan semua kata-kata
you.”
“You
ingat I bodoh ke!! You cuma nak perangkap I kan!!” Tengking Nazirah.
“Abang..Wafi ada dekat Villa Naz
bang..Tolong datang cepat!” Jerit Adrianna Wafiyah.
“Heyy!!! aku kata diam!!diam!!”
Tengking Nazirah.
Nazirah menumpuk pipi Adrianna
Wafiyah sekuat hatinya.
“Aduhhh,”
Adam Rayyan terdengar suara
isterinya mengerang kesakitan. Tiba-tiba talian terus terputus.
“Sayang..!” Laung Adam Rayyan.
Namuan taliannya terus senyap. Dia cuba menghubungi semula nombor Nazirah
tetapi gagal.
“Kenapa Ray.?” Tanya Datuk Razlan
cemas.
“Pa, rupanya Nazirah yang culik
Wafi.”
“Ya Allah, tapi kenapa. Bukankah dia
dah berubah.”
“Entahlah pa. Tapi Naz masih
berdendam dengan Ray bila Ray tolak cintanya.”
“Ray dah tahu tempatnya.” Ucap Adam
Rayyan.
“Di mana?”
“Wafi menjerit tadi dia sebut
perkataan villa. Ray pasti villa yang dimaksudkan Wafi adalah villa milik
keluarga Naz.”
“Papa ikut kamu.”
“Tak usah pa.”
Adam Rayyan terus memandu dengan
laju. Dia tahu lokasi villa itu kerana Nazirah pernah memberitahunya dahulu.
Sampai sahaja di vila itu, Adam Rayyan terus masuk ke dalam.
“Sayang..!!” Laung Adam Rayyan.
Nazirah terus keluar bila mendengar
suara Adam Rayyan.
“Wow..cepatnya
you sampai. So, bolehlah you lihat
sendiri wife mati di depan you.” Kata Nazirah sambil mengacukan
pistol di kepala Adrianna Wafiyah.
“Tolong…jangan..” Rayu Adam Rayyan.
“Kenapa baru sekarang you nak merayu dengan I!! Masa I merayu dengan you dulu,
you langsung tak pedulikan perasaan I. Sebab apa!! Pasal betina ni kan!!”
Nazirah melempang pipi Adrianna
Wafiyah sekali lagi. Cairan yang mula kering kini berdarah kembali. Adrianna
Wafiyah sudah tidak bermaya. Kesakitan yang teramat sangat membuatkan dia
menjadi lemah.
“Naz, tolong lepaskan Wafi. I janji I akan ikut apa saja kehendak you.”
Pujuk Adam Rayyan.
“Betul you akan ikut apa saja yang I
suruh?” Tanya Nazirah dengan senyuman sinis.
Adam Rayyan mengganggukkan kepala.
“Kalau macamtu I nak you ceraikan betina
ni dengan talak tiga.!”
Adam Rayyan terkejut mendengar
arahan Nazirah. Masa kan dia mahu menceraikan Adrianna Wafiyah.
“Tolong Naz..jangan buat perkara
bodoh ni. I tahu you seorang perempuan yang baik.” Pujuk Adam Rayyan.
“I
dah agak you takkan ikut cakap I. Sekarang you jadi saksi kematian isteri you!!!
Nazirah mengacukan pistol di kepala
Adrianna Wafiyah. Dia nekad mahu menamatkan riwayat Adrianna Wafiyah. Tiba-tiba
kedengaran bunyi siren polis.
“Sial you Ray!! You bawa polis
ke sini!!”
“Letakkan senjata kamu!” Arah polis
“Nope!
Aku akan pastikan betina ini mati!! Dan jantan di depan aku ni akan terseksa
seumur hidupnya.” Nazirah ketawa dengan sekuat hatinya sambil menekan pistol
itu ke kepala Adrianna Wafiyah.
“Abang…..” Panggil Adrianna Wafiyah
ketakutan.
Tiba-tiba
bunyi satu das tembakan . Nazirah rebah di sisi Adrianna Wafiyah. Polis
terpaksa melepaskan tembakan bila Nazirah melawan. Adam Rayyan segera
mendapatkan isterinya. Adrianna Wafiyah sangat lemah ketika itu. Adam Rayyan
melihat ada darah yang mengalir di celah kelangkang isterinya.
Adam Rayyan menjadi cemas apabila
Adrianna Wafiyah tiba-tiba tidak sedarkan diri. Dia menepuk pipi isterinya
berkali-kali dengan harapan Adrianna Wafiyah akan sedar semula. Namun melihat
tiada tindakbalas dari Adrianna Wafiyah maka dia terus mencempung isterinya dan
dibawa ke hospital.
Puan Sri Zainab terus menerpa dan
memangku Nazirah. Dia meraung apabila melihat anaknya terkulai lemah.
“Ya Allah Naz, kenapa buat mama
macam ni. Hanya Naz seorang anak yang mama ada.” Puan Sri Zainab memeluk
Nazirah yang semakin lemah akibat dari terkena tembakan.
Tan Sri Husin memujuk isterinya. Dia
juga sedih dengan kematian Nazirah. Rasa kesal kerana tidak pernah memberi
perhatian kepada Nazirah sehinggakan anaknya telah melakukan perkara sebegini.
Dia memeluk bahu Puan Sri Zainab. Mereka sama memeluk Nazirah buat kali
terakhir.
Akhirnya Nazirah telah meninggal dunia
ditempat kejadian. Mereka tidak menyangka Nazirah sanggup melakukan semua ini hanya
kerana dendam. Sangka mereka Nazirah benar-benar telah berubah. Puan Sri Zainab
meraung apabila melihat polis membawa pergi jenazah Nazirah.
Datuk Razlan yang datang membawa
pihak polis ke tempat kejadian. Dia bimbangkan keselamatan Adam Rayyan dan
Adrianna Wafiyah. Nasib baik pihak polis sampai tepat pada waktunya. Jika tidak
entah apa yang akan terjadi kepada Adrianna Wafiyah. Namun begitu dia juga
bersimpati pada Tan Sri Husin dan Puan Sri Zainab. Mereka telah kehilangan
Nazirah buat selama-lamanya.
Adrianna
Wafiyah dibawa ke unit kecemasan. Kecederaan yang dialaminya akan serius.
Seluruh badan Adrianna Wafiyah lebam-lebam dan telah membengkak. Adam Rayyan
yang melihat keadaan isterinya menangis hiba. Dia menanti isterinya diluar
bilik kecemasan.
Adam Rayyan menongkat kepalanya
sambil memandang lantai. Dalam hati dia berdoa moga Adrainna Wafiyah dan anak
di dalam kandungan selamat. Dia tidak sanggup kehilangan Adrianna Wafiyah.
Kejadian yang menimpa Adrianna Wafiyah benar-benar telah menyedarkan Adam
Rayyan bahawa dia tidak sanggup kehilangan Adrianna Wafiyah. Adrianna Wafiyah
adalah segala-galanya bagi Adam Rayyan. Dia menyeka air mata yang mengalir laju
ke pipinya.
Dari jauh Datin Rohana, Datuk Razlan
dan Alisya Umaira berjalan pantas ke arah Adam Rayyan. Selepas diberitahu
Adrianna Wafiyah berada dihospital, Datin Rohana dan Alisya Umaira bergegas ke
hospital. Mereka benar-benar risaukan Adrianna Wafiyah.
“Ray, macam mana keadaan Wafi?”
Tanya Datin Rohana risau.
“Doktor masih merawat Wafi di
dalam.” Jawab Adam Rayyan lemah.
“Ray, macam mana semua ini boleh
terjadi. Kenapa Naz lakukan ini semua.?” Tanya Datin Rohana.
“Selama ini dia cuma pura-pura
berubah mummy. Dia berdendam dengan Ray sebab Ray tolak cinta dia dan akhirnya
Wafi yang jadi mangsa.” Terang Adam Rayyan sambil meraup rambutnya ke belakang.
“Mummy tak sangka Naz sanggup
lakukan semua ini. Mummy takkan maafkan dia!” Datin Rohana kecewa dengan sikap
Nazirah.
“Mummy, Kak Naz dah meninggal dunia.
Tak baik kita terus marahkan orang yang dah tiada.” Pujuk Alisya Umaira.
“Kalau apa-apa terjadi pada Wafi,
Ray takkan maafkan diri Ray. Ray yang bersalah. Kalau semalam Ray tak
tinggalkan dia sendirian dirumah, pasti semua ini tidak akan terjadi.” Adam
Rayyan menekup wajahnya. Dia berasa ralat kerana meninggalkan Adrianna Wafiyah
sendirian.
“Sabarlah Ray, InShaAllah Wafi akan
selamat. Sama-samalah kita berdoa.” Ujar Datuk Razlan sambil memeluk bahu
anaknya.
Mereka menanti dengan penuh sabar
dan berharap semoga Adrianna Wafiyah dan anak di dalam kandungannya selamat.Hampir
sejam lebih mereka menunggu Adrianna Wafiyah di luar bilik kecemasan dan
akhirnya doktor yang merawat Adrianna Wafiyah keluar dari bilik kecemasan. Adam
Rayyan terus menerpa doktor itu.
“Doktor macam mana keadaan isteri
saya?” Tanya Adam Rayyan dengan wajah cemas.
“Keadaan isteri encik masih lemah.
Dia kehilangan banyak darah.” Terang doktor itu.
“anak di dalam kandungan isteri saya
doktor?” Tanya Adam Rayyan lagi.
“Maafkan saya. Kandungan isteri
encik tak dapat diselamatkan.” Jawab doktor itu sambil menepuk bahu Adam
Rayyan.
Adam Rayyan terus terduduk apabila
mendengar jawapan daripada doktor itu. Dia menekup mukanya sambil menangis. Dia
telah kehilangan anak yang ditungu-tunggu kelahirannya. Datin Rohana dan Alisya
Umaira turut bersedih dengan berita itu.
Mereka terus melawat Adrianna
Wafiyah setelah dia dipindahkan ke wad. Pilu hati mereka melihat keadaan
Adrianna Wafiyah yang masih lemah. Adam Rayyan mengucup lembut dahi isterinya.
Dia tidak dapat menahan rasa sedih di atas kejadian yang menimpa isterinya.
“Sabarlah Ray. Setiap yang berlaku
pasti ada hikmaknya.” Kata Datuk Razlan.
“Anak Ray dah tak ada pa. Apa yang
Ray nak cakap pada Wafi bila dia sedar nanti pa…”
“Ray, kamu kena kuat di hadapan
Wafi. Dia akan lebih tertekan kalau kamu teruk bersedih begini.” Nasihat Datuk
Razlan.
“Ray akan cuba pa. Terima Kasih.”
“Papa balik dulu. Kalau Wafi dah
sedar nanti bagitahu kami.”
“Baik pa.”
“Mummy balik dulu sayang.” Ucap
Datin Rohana sambil mencium dahi Adrianna Wafiyah.
Alisya Umaira memapah Datin Rohana
berjalan keluar dari bilik wad. Dia turut bersedih. Reza yang berada bersama
ketika itu mengikuti langkah tunangnya keluar. Dia telah memaklumkan perkara
yang berlaku kepada Sofea di Sabah.
Pasti Sofea sekarang dalam kapal
terbang untuk pulang ke semenanjung. Selepas dimaklumkan tentang berita yang
menimpa Adrianna Wafiyah, Sofea terus bergegas ke Lapangan Terbang. Dia risau
dengan keadaan Adrianna Wafiyah.
“Abang….Wafi takut…Tolong..”
Adrianna Wafiyah meracau tiba-tiba.
“Sayang..”Adam Rayyan terus
mendapatkan isterinya bila dia melihat Adrianna Wafiyah telah sedar.
“Pergi..pergi!!!!” Tiba-tiba
Adrianna Wafiyah menjerit ketakutan.
“Sayang..ini abang la..Buka mata
sayang..” Pujuk Adam Rayyan.
Adrianna Wafiyah yang tersedar dari
mimpi ngeri yang menimpanya terus memeluk Adam Rayyan.
“Wafi takut bang..dia nak bunuh
Wafi..” Adrianna Wafiyah menangis teresak-esak.
“Shhh,
semuanya dah selamat. Nazirah tak kan ganggu sayang lagi.”Adam Rayyan memeluk
Adrianna Wafiyah dengan erat dan mengusap perlahan belakang isterinya.
“Anak kita bang?”Adrianna Wafiyah
tiba-tiba bertanyakan tentang kandungannya.
“Anak kita..” Adam Rayyan menarik
nafas perlahan. Dia tidak tahu bagaimana memaklumkan kepada Adrianna Wafiyah.
“Anak kita macam mana bang.Dia
selamatkan.?” Tanya Adrianna Wafiyah.
Adrianna Wafiyah memegang perutnya
yang telah kempis. Dia mula tidak tentu arah. Dia meraba-raba perutnya
berkali-kali.
“Bang kenapa perut Wafi kempis..Mana
anak kita..?” Adrianna Wafiyah telah meraung.
“Sabar sayang..sabar..” Adam Rayyan memeluk
Adrianna Wafiyah yang telah meronta-ronta.
“Wafi nak anak Wafi. Tolonglah
bang..” Adrianna Wafiyah meronta-ronta di dalam pelukkan Adam Rayyan.
Jururawat terpaksa memberi ubat
tidur kepada Adrianna Wafiyah bila melihat dia tidak terkawal. Lama-kelamaan
rontaan Adrianna Wafiyah semakin lemah.
“Wafi nak anak Wafi….”Ucap Adrianna
Wafiyah lemah.
“abang…Wafi nak…” Adrianna Wafiyah
terus tertidur setelah ubat tidur itu masuk ke tubuhnya.
Adam Rayyan memicit kepalanya yang
sakit. Entah bagaimana mahu memujuk Adrianna Wafiyah. Adam Rayyan menyandarkan
kepalanya ke sofa yang terdapat di dalam bilik itu. ‘Ya Allah, kuatkanlah
semangat isteriku.’ Doa Adam Rayyan di dalam hati.
“Assalamualaikum.” Ucap Sofea sambil
menguak pintu bilik wad itu.
Adam Rayyan terus mendongak
memandang ke arah pintu bilik itu. Dia
mbil melihat Sofea datang.
“Ray, macam mana dengan keadaan
Wafi?” Tanya Sofea sambil melabuhkan punggung di sebelah Adrianna Wafiyah.
“Dia stabil. Cuma dia masih tak
boleh terima tentang keguguran kandungannya.”
“Ya Allah, kesian Wafi.” Terbit rasa
sedih di hati Sofea dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu.
“Doktor terpak beri ubat tidur
supaya dia bertenang. Kalau tak dia asyik meronta mahukan anaknya.” Cerita Adam
Rayyan lemah.
“Ray, awak kena kuat. Wafi perlukan
sokongan awak sekarang ni. Kalau awak pun bersedih sama, akan sukar untuk Wafi
terima semua ini.” Nasihat Sofea. Dia turur bersimpati dengan Adam Rayyan.
“Terima kasih Fea.”
“Saya terpaksa balik dulu. Tunang
saya dah tunggu di luar.” Sofea bangun sambil mengusap kepala Adrianna Wafiyah.
Adam Rayyan hanya menggangguk lemah.
Dia harus kuat. Dia harus menyalurkan semangat untuk isterinya. Dia tidak boleh
lemah dihadapan Adrianna Wafiyah. Adam Rayyan berjanji dengan dirinya.
Malam itu Adam Rayyan tidur di sofa
menemani Adrianna Wafiyah yang masih tidur akibat dari kesan ubat tidur yang
diberikan oleh doktor. Badannya juga terasa letih. Sejak peristiwa itu Adam
Rayyan sentiasa berada di sisi isterinya. Dia tidak mahu meninggalkan
isterinya. Walaupun Datin Rohana menyuarakan hasrat hati untuk bergilir menjaga
Adrianna Wafiyah di hospital namun Adam Rayyan tidak sampai hati meninggalkan
isterinya. Dia mahu menjaga Adrianna Wafiyah hingga isterinya sembuh.
Hari
ini Adrianna Wafiyah telah dibenarkan pulang ke rumah. Sejak peristiwa itu
Adrianna Wafiyah menjadi pendiam. Dia masih sukar menerima kenyataan bahawa
kandungannya telah tiada. Anak yang dinanti-nantikan telah tiada di dalam
rahimnya.
Dia hanya mengurungkan diri di dalam
bilik. Dia perlukan waktu untuk menerima kenyataan ini. Nasib baik Adam Rayyan
memahami dirinya dan banyak memberi sokongan kepadanya. Adrianna Wafiyah
berdiri di balkoni bilik sambil melihat mertua dan adik iparnya sedang berbual
di taman. Dia bersyukur punya keluarga yang begitu menyayangi dirinya.
“Sayang…buat apa kat luar tu?” Tanya
Adam Rayyan sambil berjalan ke arah balkoni.
“Wafi rindukan anak dalam kandungan
Wafi..” Ujar Adrianna Wafiyah sambil menyentuh perutnya.
“Sayang..kita perlu terima
kenyataan. Setiap perkara yang perlu pasti aka nada hikmahnya.” Nasihat Adam
Rayyan sambil memeluk pinggang isterinya dari belakang.
“Terima kasih abang..terima kasih
kerana sentiasa memberi sokongan dan semangat pada Wafi.” Balas Adrianna
Wafiyah sambil menyembamkan wajah ke dada bidang suaminya.
“Abang harap selepas ini kita akan
hidup seperti dulu. Abang mahukan Adrianna Wafiyah yang bersemangat dan
sentiasa ceria.” Ucap Adam Rayyan sambil mengeratkan lagi pelukkannya.
“Abang, boleh Wafi minta sesuatu.”
“Cakaplah sayang. Apa dia?”
“Wafi nak balik ziarah kubur arwah
ibu.”
“Boleh sayang. Abang akan bawa
sayang balik sana.”
Adrianna Wafiyah tersenyum dengan
jawapan suaminya. Mulai hari itu dia berjanji akan menerima kenyataan itu
dengan redha. Dia harus meneruskan kehidupan. Setiap perkara yang telah berlaku
dalam hidupnya telah ditentukan oleh Allah SWT.
Adrianna
Wafiyah berdoa di hadapan kubur arwah ibunya. Telah lama dia tidak menziarahi
kubur arwah ibunya. Hari ini dia datang dengan semangat yang baru. Adrianna
Wafiyah memandang wajah suaminya dengan senyuman. Adam Rayyan yang berada di
sebelah Adrianna Wafiyah membalas senyuman itu. Senyuman itulah yang Adam
Rayyan rindukan.
Mereka singgah sebentar di rumah
arwah Puan Asmah. Rumah itu agak berhabuk kerana tiada sesiapa yang menjaganya.
Sejak arwah Puan Asmah tiada, tok Leman telah berpindah ke rumah maklong.
Maklong tidak sampai hati membiarkan Tok Leman sendirian di kampung itu.
Adrianna Wafiyah melangkah masuk ke
dalam bilik Puan Asmah. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Tangannya
meraba-raba permuakaan tilam itu. Masih terasa kehangatan ibunya. Adrianna
Wafiyah bangun dan melangkah ke arah almari usang yang terdapat di dalam bilik
itu.
Dia menarik perlahan laci almari itu
dan mengeluarkan album lama ibunya. Album itu sedikit berhabuk dan Adrianna
Wafiyah menyapunya dengan tangan. Satu persatu gambar-gambar ibunya dilihat.
Hatinya menjadi hiba. Dia terlalu rindukan Puan Asmah. Air mata yang mengalir
tatkala melihat gambar-gambar kenangan bersama ibunya diseka perlahan.
Tiba-tida dia terdengar laungan Adam Rayyan dari luar.
“Sayang, jom kita balik.” Ajak Adam
Rayyan
“Okay abang, sekejap ya.” Laung
Adrianna Wafiyah dari dalam bilik arwah ibunya.
Adrianna Wafiyah menyimpan semula
gambar-gambar kenangan bersama arwah ibunya ke dalam almari. Dia melangkah ke
ruang tamu. Adam Rayyan yang berada di situ tersenyum memandang Adrianna
Wafiyah yang semakin pulih dari traumanya.
Setelah itu Adrianna Wafiyah mengunci
pintu rumah arwah ibunya. Entah bila dia akan ke sini lagi. Adrianna Wafiyah
berjalan menuju ke kereta. Adam Rayyan telah menantinya dengan senyuman. Mereka
terus pulang ke Kuala Lumpur.
Sepanjang perjalanan pulang,
Adrianna Wafiyah lebih banyak mendiamkan diri. Dia masih terkenangkan arwah
Puan Asmah. Terlalu banyak kenangan manis bersama ibunya. Adrianna Wafiyah
mengeluh perlahan.
Adam Rayyan terus membawa
jari-jemari Adrianna Wafiyah ke bibirnya. Lama dikucup jari-jemari itu sebelum
dia menggenggamnya sepanjang perjalanan. Dia mahu Adrianna Wafiyah tahu bahawa
dia akan sentiasa berada di sisi isterinya itu.