Thursday, 15 May 2014

"Kenal Erti Cinta"-BAB 34

BAB 34

Pagi itu Adrianna Wafiyah bangun dengan kepala yang berat. Sakit kepala yang menyerang sejak semalam semakin menjadi-jadi. Dia membuat keputusan untuk mengambil cuti sakit hari ini. Lalu dengan segera dia memberitahu pada Kak Rita bahawa dia mengambil cuti sakit pada hari ini.

            Adrianna Wafiyah melangkah ke ruang tamu. Dia melihat Adam Rayyan sedang tidur di sofa. Alangkah sedih rasa hatinya melihat suami yang dicintai semakin menjauhi dirinya. Hinakah dia sehingga Adam Rayyan sanggup tidur sendirian di ruang tamu.

            Dengan rasa takut, Adrianna Wafiyah berhati-hati menghampiri suaminya. Dia menyentuh hujung kaki suaminya dan menepuknya perlahan untuk mengejut suaminya bangun.

            “Abang..bangun..dah pukul 6.45 pagi ni.” Kejut Adrianna Wafiyah dengan berhati-hati. Takut akan mengundang marah suaminya lagi.

            “Emm..” Adam Rayyan masih memejamkan matanya.

            “Abang..subuh nak habis dah ni. Nanti abang lewat ke pejabat pula.” Sekali lagi Adrianna Wafiyah mengejutkan suaminya.

            Adam Rayyan bangun dan duduk di sofa sambil meraup rambutnya ke belakang. Adrianna Wafiyah masih berdiri di sisi suaminya. Dia takut mahu menegur Adam Rayyan. Melihatkan wajah Adam Ryyan yang masam mencuka itu membuatkan Adrianna Wafiyah ingin melangkah ke dapur.

            Adam Rayyan perasan wajah isterinya kelihatan pucat dan sembab. Barangkali kerana Adrianna Wafiyah menangis semalaman. Kesian juga dia melihat Adrianna Wafiyah. Tetapi entah kenapa hatinya seakan tawar bila memandang wajah Adrianna Wafiyah. Dia hanya memerhati langkah Adrianna Wafiyah hingga menghilang ke dapur.

            Adam Rayyan bangun dari sofa dan melangkah ke bilik untuk mandi dan bersolat. Baru sahaja dia hendak menapak ke bilik air, tiba-tiba dia terdengar bunyi cawan pecah dari arah dapur. Adam Rayyan segera bergegas keluar. Alangkah terkejut apabila melihat Adrianna Wafiyah sudah terbaring di dapur tidak sedarkan diri. Terdapat juga kesan melecur di tangan kiri Adrianna Wafiyah.

            “Sayang, kenapa ni.?” Adam Rayyan menepuk perlahan pipi Adrianna Wafiyah dengan harapan dia akan sedar.

            Melihat tiada tindak balas dari isterinya, Adam Rayyan segera mencempung Adrianna Wafiyah ke dalam kereta dan dibawa ke hospital. Sepanjang menanti isterinya di dalam bilik kecemasan, Adam Rayyan tidak putus-putus berdoa semoga tiada apa-apa yang akan berlaku pada Adrianna Wafiyah. Rasa bersalah mula bertandang ke hatinya.

            “Encik Rayyan.” Panggil seorang jururawat yang baru keluar dari bilik kecemasan.

            “Macam mana dengan isteri saya?” Adam Rayyan terus menyoal jururawat itu.

            “Doktor Hanisa akan memberi penerangan pada encik. Encik Rayyan boleh ke bilik doctor sekarang.” Jawab jururawat itu.

            Adam rayyan segera berlalu ke bilik Doktor Hanisa. Sekali ketukan di pintu, Adam Rayyan terus masuk ke dalam bilik doktor itu.

            “Doktor, macam mana dengan isteri saya. She is okay right?” Dengan wajah cemas dia bertanya.

            “She’s okay.” Jawab Doktor Hanisa.

            “cuma isteri encik demam panas. Dan tangan kiri dia melecur. Mungkin terkena air panas. Puan Adrianna Wafiyah juga kelihatan agak stress. Saya harap encik Rayyan dapat memantau kesihatan dia di rumah.” Terang Doktor Hanisa lagi.

            “Maksud doktor isteri saya boleh balik.?”

            “Isteri encik Rayyan boleh balik kerana kami telah masukkan ubat untuk mengurangkan panas badannya. Luka melecurnya juga telah kami cuci.”

            “Kalau macam itu saya balik dululah doktor. Thanks a lots.” Ujar Adam Rayyan.

            “You are welcome.” Jawab Doktor Hanisa sambil senyum.

            Adam Rayyan keluar dari bilik Doktor Hanisa. Dia melihat Adrianna Wafiyah sedang keluar dari bilik kecemasan bersama jururawat yang sedang memapah isterinya. Segera dia berjalan mendapatkan isterinya.

            “Thanks.” Ucap Adam Rayyan kepada jururawat itu.

            Adam Rayyan memapah isterinya berjalan dengan berhati-hati. Dia perasan Adrianna Wafiyah hanya diam. Tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut isterinya. Mungkin Adrianna Wafiyah masih merajuk dengannya.

            Sepanjang perjalanan pulang. Adrianna Wafiyah hanya tidur. Kepalanya masih terasa pening. Kesan luka melecur juga terasa berdenyut-denyut.

            Sampai sahaja dirumah, Adam Rayyan memapah Adrianna Wafiyah ke bilik. Dibaringkan Adrianna Wafiyah dengan berhati-hati. Adrianna Wafiyah hanya menurut tanpa banyak soal. Kepalanya masih pening. Dia tiada hati mahu berbicara dengan suaminya.

            “Sayang rehat dulu. Abang masakkan sayang bubur.”Adam Rayyan mengusap perlahan kepala isterinya.

            “Wafi okay. Abang pergilah kerja.” Jawabnya perlahan. Masih berjauh hati dengan sikap suaminya semalam.

            “Tak mengapa. Hari ini abang ambil cuti. Abang jaga sayang kat rumah.” Jawab Adam Rayyan sambil mahu melangkah ke dapur.

            “Abang…” Panggil Adrianna Wafiyah.

            “ada apa sayang..”

            “Wafi nak minta maaf pada abang. Wafi tahu wafi dah banyak buat salah dengan abang.” Ujar Adrianna Wafiyah sambil menahan sebak.

            “Shh..jangan cakap hal itu lagi. Sekarang ni sayang rehat aje. Abang keluar dulu.”

            Adrianna Wafiyah mengesat air matanya. Hatinya masih sedih dengan sikap Adam Rayyan. Lama-kelamaan Adrianna Wafiyah tertidur kembali. Kesan ubat masih bersisa dalam tubuhnya dan membuatkan Adrianna Wafiyah mengantuk.

            Adam Rayyan menghubungi pejabat untuk memaklumkan ketiadaannya pada hari ini. Dia tidak sampai hati mahu meninggalkan Adrianna Wafiyah sendirian di rumah. Risau jika perkara sama berulang lagi.

            “Hello. Dahlia.”

            “Yes, Encik Rayyan.” Jawan Dahlia. Setiausaha kepada Adam Rayyan.

            “Hari ni I ambil emergency leave. Kalau datuk tanya you just bagitahu dia. Anything just call my handphone.”

            “Baik Encik Rayyan. Anything else Encik Rayyan?”

            “Itu saja. Thanks. Bye.

            Adam Rayyan terus menapak ke dapur. Dia mengeluarkan bahan-bahan untuk memaksa bubur. Dia agak kebingungan kerana dia tidak pernah memasak sebelum ini. Adam Rayyan mencari resepi di dalam internet. Sekejap sahaja dia telah menjumpai resepi bubur ayam.

            Adam Rayyan memasak mengikuti sukatan yang dilihat dari dalam resepi yang diambil. Berpeluh-peluh Adam Rayyan berperang dengan sudip dan periuk di dapur. Akhirnya siap bubur ayam yang dimasak. Bau aroma bubur ayam itu begitu sedap. Adam Rayyan terasa bangga dengan hasil pertamanya.

            ‘Yess!, akhirnya siap bubur ayam aku.’ Jeritnya dalam hati.

            Baru sahaja dia hendak menceduk bubur ayam itu ke dalam mangkuk, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Adam Rayyan mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja makan.

            “Hello.” Ucap Adam Rayyan.

            “Ray, kenapa kamu ambil emergency leave?” Soal Datuk Razlan.

            “Oh, papa..ingatkan siapa tadi.” Jawab Adam Rayyan.

            “Wafi tak sihat. Dia demam. So, Ray tak sampai hati nak tinggalkan dia seorang di rumah.”

            “Wafi demam?. Teruk ke? Kenapa tak bagitahu papa dengan mummy.”

            “Pagi tadi masa Ray tengah siap nak pergi office, tiba-tiba Ray tengok dia pengsan kat dapur.”

            “Habis tu kamu bawa pergi jumpa doktor tak?”

            “Ray bawa pergi hospital. Tangan dia melecur sikit sebab terkena air panas.”

            “Terkena air panas?”

            “Kamu tak tahu ke tak yang Wafi tak sihat?”

            “Sebenarnya..Ray..” Adam Rayyan kelu untuk menjawab soalan Datuk Razlan. Tak kan dia mahu memberitahu bahawa dia telah memarahi isterinya hingga Adrianna Wafiyah mengalami demam.

            “Sebenarnya apa..Ray.Ray..kalau mummy tahu pasal Wafi, tentu dia risau.”

            “InShaAllah Ray akan menjaga Wafi sampai sembuh. Papa jangan risau.”

            “Hmm, yela. Kalau ada apa-apa cepat-cepat bagitahu papa. Mungkin malam ni kami datang melawat Wafi.”

            “Baik pa.”

            Adam Rayyan termenung seketika di kerusi meja makan. Entah kenapa sejak kerap berjumpa dengan Nazirah, hatinya mula berlari rentak terhadap Adrianna Wafiyah. Dia mengeluh lemah.

            “Abang…” Panggil Adrianna Wafiyah perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Adam Rayyan.

            “Ye sayang.” Adam Rayyan menapak ke bilik tidur mendapatkan isterinya.

            “Wafi lapar.” Rengek Adrianna Wafiyah perlahan.

            Adam Rayyan tersenyum mendengar suara manja yang keluar dari mulut Adrianna Wafiyah. Dia rindukan suara lunak itu.

            “Sekejap abang ambilkan bubur special yang abang buat khas untuk Wafi.” Adam Rayyan terus keluar untuk mengambil bubur. Adrianna Wafiyah hanya senyum memandang Adam Rayyan.

            Seketika sahaja bubur ayam telah berada dihadapan Adrianna Wafiyah. Adam Rayyan menyudu bubur itu ke mulut Adrianna Wafiyah. Tetapi dengan pantas Adrianna Wafiyah menepis perlahan.

            “Wafi boleh suap sendiri.” Ujar Adrianna Wafiyah mahu mengambil sudu dari tangan Adam Rayyan.

            “Sayang, biar abang suap. Lagipun tangan sayang kan sakit.” Jawab Adam Rayyan dalam nada memujuk. Dia tahu Adrianna Wafiyah masih terasa hati dengan sikapnya.

            “Yang sakit tu tangan kiri. Wafi guna tangan kanan untuk makan.” Balas Adrianna Wafiyah bersahaja.

            “Sakit-sakit pun masih boleh degil sayang ni. Dah buka mulut besar-besar. Biar abang suap.”

            Adrianna Wafiyah menurut tanpa berniat mahu menjawab lagi. Dia tahu Adam Rayyan tetap akan menyuapnya makan. Jadi Adrianna Wafiyah menurut sahaja kata-kata Adam Rayyan memandangkan perutnya juga sudah berkeroncong kerana sejak semalam dia tidak menjamah apa-apa makanan. Hanya beberapa suapan, Adrianna Wafiyah terus menggeleng tanpa tidak mahu makan lagi. Tekaknya terasa pahit.

            “Sikit saja sayang makan. Makan la lagi.” Pujuk Adam Rayyan.

            “Tak nak. Tekak Wafi rasa pahit.”

            “Kalau macamtu makan ubat yang doktor bagi ni.”

Adam Rayyan menyerahkan ubat yang diambil dari hospital tadi kepada Adrianna Wafiyah. Adrianna Wafiyah mengambil ubat itu tanpa banyak soal.

“Terima kasih abang. Sedap bubur tu. Pandai abang masak.” Puji Adrianna Wafiyah ikhlas.

Adam Rayyan hanya senyum. Terasa kembang dengan pujian itu. Dia mengemas mangkuk dan gelas untuk dibawa keluar.

Selepas melihat Adam Rayyan melangkah keluar, Adrianna Wafiyah turun dari katil perlahan-lahan. Panas badannya telah beransur kurang. Dia mahu mandi. Adrianna Wafiyah mencapai tuala dan melangkah ke bilik air.

Di dalam bilik air Adrianna Wafiyah cuba membuka butang bajunya dengan menggunakan satu tangan memandangkan tangan kirinya masih berbalut. Dia terkial-kial mahu membuka butang baju itu. Tiba-tiba Adam Rayyan mengetuk pintu bilik air itu dari luar.

“Sayang..sayang buat apa kat dalam tu lama sangat?” Tanya Adam Rayyan.

“Wafi nak mandi.” Jawab Adrianna Wafiyah dari dalam bilik air.

“Buka pintu ni. Tak nak lah tutup. Nanti jadi apa-apa susah abang nak masuk.”

“Wafi okay. Ouchh.” Tiba-tiba tangan kirinya terasa sakit gara-gara cuba membuka butang baju.

“Sayang, kenapa tu. Buka cepat. Kalau tak abang pecahkan pintu ni.” Ugut Adam Rayyan.

Seketika sahaja pintu bilik air itu terbuka dari dalam. Adrianna Wafiyah keluar dengan wajah yang masam mencuka.

“Ada apa. Wafi nak mandilah.” Rungut Adrianna Wafiyah.

“Kenapa sayang mengaduh sakit tadi.”

“Wafi nak buka butang baju.”

“Sini abang bukakan”

“Eh, tak payahlah. Wafi boleh buat sendiri.”

“Jangan degil.” Adam Rayyan terus membuka butang baju isterinya satu pesatu.

Adrianna Wafiyah menahan malu. Wajahnya sudah kemerahan. Walaupun tiada rahsia lagi diantara dia dan suaminya, tapi perasaan malu tetap ada.

“Tak payah nak malu-malu. Abang dah tengok lebih daripada ni.” Ujar Adam Rayyan sambil tersengih.

“Dah, Wafi boleh buat sendiri.” Adrianna Wafiyah terus masuk ke dalam bilik air dan menutup pintu.

“Jangan kunci.” Laung Adam Rayyan. Dia tersenyum dengan gelagat Adrianna Wafiyah.

Adrianna Wafiyah tidak menghiraukan kata-kata suaminya. Dia terus mandi. Tubuhnya terasa segar bila terkena air. Adrianna Wafiyah mandi agak lama. Lebih kurang sejam baru dia keluar dari bilik air.

“Lamanya sayang mandi.” Tegur Adam Rayyan

Terkejut Adrianna Wafiyah. Sangkanya Adam Rayyan telah keluar dari bilik. Rupa-rupanya masih menanti dirinya di bilik. Ikhlaskah Adam Rayyan menjaganya. Terdetik hati Adrianna Wafiyah.

“sayang nak pakai baju apa. Abang ambilkan.” Adam Rayyan telah membuka pintu almari yang menempatkan pakaian Adrianna Wafiyah.

“Abang, Wafi boleh buat sendiri. Wafi bukan budak kecil lagi.”

“Hmm, kalau macam tu abang keluar dulu.” Adam Rayyan terasa hati dengan kata-kata Adrianna Wafiyah.

Adrianna Wafiyah hanya memandang sepi. Dia terus ke almari dan mengambil pakaian yang mudah dipakai. Sedang dia bersiap, dia terdengar bunyi telefon bimbit Adam Rayyan. Dia dapat mendengar dengan jelas walaupun Adam Rayyan bercakap perlahan kerana pintu bilik tidak ditutup.

Sorry, I tak dapat join you. My wife tak sihat.”

Okay, anything you just update to me.”

Thanks Naz. Bye.”

Adrianna Wafiyah menapak ke ruang tamu. Dia mengeluh perlahan. Dia tahu Nazirah yang menghubungi suaminya.

“Kalau abang nak keluar, keluarlah. Wafi dah sihat sikit.”

“Eh, tak apa. Nothing urgent.”Jawab Adam Rayyan sambil meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.

“lagipun papa dengan mummy nak datang malam ni. Nak melawat sayang.”

“Melawat Wafi?. Menyusahkan aje. Wafi dah sihat pun.” Jawab Adrianna Wafiyah.

“Tangan macam mana? Masih sakit lagi?” Tanyan Adam Rayyan.

“Dah kurang sikit lepas makan ubat tahan sakit tadi.”

“Abang..” Adrianna Wafiyah mengeluh lemah.

Adam Rayyan masih menanti butir bicara dari Adrianna Wafiyah.

“Wafi tahu Nazirah masih cintakan abang dan abang pun masih cintakan Nazirah.”

“Apa sayang merepek ni?”

“Wafi dah tahu siapa Nazirah di hati abang sebelum ni.”

“Semua tu dah tak penting lagi. Itu cerita lama. Abang tak tahu dari mana sayang tahu semua kisah silam abang. Tapi sangkaan sayang tak betul sama sekali.”

“Wafi tahu abang hanya simpati pada Wafi. Abang tak sampai nak lukakan hati Wafi sebab mummy kan. Mulai hari ni Wafi nak abang tahu sesuatu. Wafi dah fikir masak-masak, Wafi redha jika abang mahu bersama Nazirah semula. Wafi tak nak disebabkan Wafi abang terpaksa melukan hati abang sendiri.”

“Adrianna Wafiyah!!. Cukup!.” Adam Rayyan mula bengang dengan sikap Adrianna Wafiyah.

“kalau itu sayang nak, baiklah tapi sayang jangan menyesal!” Adam Rayyan bingkas bangun dan keluar dari rumah.

Bunyi hempasan pintu membuatkan Adrianna Wafiyah tersedar.  Dia mengucap panjang. Kata-katanya tadi diimbas kembali. Dia tiada niat mahu menyakiti hati suaminya. Tetapi dia tahu sejak kebelakangan ini Adam Rayyan selalu mencari kesalahannya. Semua ini terjadi sejak Nazirah kembali. Adrianna Wafiyah menyeka air matanya. Dia harus kuat. Dia harus menghadapi apa sahaja risiko yang bakal dia tempohi ekoran dari keputusannya sebentar tadi.


Ting..Tong..Ting..Tong..

Bunyi loceng pintu menyedarkan Adrianna Wafiyah dari lamunan. Dia segera melangkah ke pintu utama. Mungkin Adam Rayyan telah pulang. Detik hatinya.

“Assalamualaikum.” Ucap Datin Rohana dan Datuk Razlan.

“Eh, mummy, papa. Jemput masuk.” Pelawa Adrianna Wafiyah sambil menyalami tangan mertuanya.

“Wafi dah sihat nak?” Tanya Datin Rohana.

“Alhamdulillah, dah sihat mummy. Cuma tangan kiri Wafi masih sakit. Mungkin dua tiga hari lagi baiklah.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil menyentuh tangannya yang sakit itu.

            “Mana Ray?” Tanya Datuk Razlan. Sejak sampai dia tak nampak Adam Rayyan.

            “Abang Ray..” Belum sempat Adrianna Wafiyah menjawab, tiba-tiba Adam Rayyan muncul dimuka pintu.

            “Assalamualaikum..mummy, papa. Dah lama sampai.” Tanya Adam Rayyan.

            “Baru lagi. Kamu dari mana. Dah tahu isteri tak sihat, boleh pula keluar tinggalkan isteri seorang dirumah.” Bebel Datin Rohana.

            “Wafi yang minta abang pergi kedai tadi.” Potong Adrianna Wafiyah bila dilihat Adam Rayyan kelu lidah.

            “Mana barangnya.?” Datin Rohana masih tidak puas hati.

            “Barang..err..kat dalam kereta. Lupa pula.” Jawab Adam Rayyan sambil menggaru kepalanya.

            “Ada-ada sajalah kamu ni Ray.” Jawab Datuk Razlan.

            “Mummy, papa..duduk sekejap ya. Wafi pergi buat air.” Ujar Adrianna Wafiyah.

            “Eh, tak payah susah-susah. Kami dah minum tadi. Kamu tu belum sihat. Rehat aje.” Jawab Datuk Razlan.

            “Haah, betul cakap papa tu. Mummy dengan papa dah minum tadi. Kami singgah sekejap aje. Kalau betul Wafi dah sihat. Tak mengapalah. Syukur Alhamdulillah.” Tambah Datin Rohana.

            “Ray, kamu ambillah cuti sampai Wafi sembuh. Hal-hal pejabat biar papa yang uruskan.” Cadang Datuk Razlan.

            “Baiklah papa. Thanks.”

            Adrianna Wafiyah hanya diam. Dia tahu Adam Rayyan marah dengan kata-katanya petang tadi.

            “Kami balik dululah. Kalau ada apa-apa call mummy ya Wafi.” Kata Dati Rohana sambil menyentuh tangan menantunya.

            “Baiklah mummy.”

            “Lagi satu, tangan tu kena jaga. Jangan makan benda-benda yang gatal. Telur jangan makan. Nanti bernanah lagi susah nak baik.” Pesan Datin Rohana.

            “Baiklah mummy. Terima kasih datang.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            “Kamu Ray, jangan biar Wafi buat kerja. Biar tangan dia baik dulu. Ringan-ringan tulang tolong isteri kamu ni.” Bebel Datin Rohana.

            “Iya mummy, tahulah Ray nak menjaga Wafi.” Jawab Adam Rayyan sambil tersengih.

            “Iyalah. Kami balik dulu.” Datin Rohana dan Datuk Razlan melangkah pergi.

            Adam Rayyan menyandar kepalanya di sofa. Tangannya memicit-micit kepala. Adrianna Wafiyah duduk di sofa bertentangan dengan suaminya.

            “Abang…pasal tadi tu..” Tersekat-sekat Adrianna Wafiyah mahu memulakan kata-katanya.

            “Cukuplah. Saya tak nak dengar lagi. Tolong tinggalkan saya sendirian.” Jawab Adam Rayyan memotong kata-kata isterinya.

            Panggilan mesra juga telah berubah. Hati Adam Rayyan betul-betul sakit dengan pengakuan Adrianna Wafiyah petang tadi. Sanggup isterinya mengatakan bahawa dia hanya simpati kepada isterinya. Tidak tahukah Adrianna Wafiyah bahawa dia benar-benar mencintai isterinya itu setulus hatinya. Mungkin sejak akhir-akhir ini dia agak menjadi seorang yang pemarah. Tetapi dia tiada niat mahu mencari kesalahan isterinya.


            Nazirah sememangnya cinta pertama buat Adam Rayyan. Tetapi Adrianna Wafiyah merupakan cinta terakhirnya. Dia dan Nazirah rapat atas sebab persahabatan dan rakan kongsi di dalam perniagaan. Tidak lebih dari itu. Pertuduhan Adrianna Wafiyah telah merobek hatinya. Adam Rayyan kecewa dengan sikap Adrianna Wafiyah. 

4 comments:

  1. best,,,best
    sambung lagi, masih belum puas bacanya, hehe

    dari pembacamu

    ReplyDelete
  2. haiiii,
    1 saja ka cita kamu..?

    ReplyDelete