BAB 30
Adrianna Wafiyah terkocoh-kocoh
menuruni anak tangga. Dia agak kelewatan ke pejabat hari ini. Semuanya
gara-gara dia tidak boleh melelapkan mata semalam. Adrianna Wafiyah bergegas ke
pintu utama banglo mertuanya.
Datin Rohana yang datang dari arah dapur menyapa Adrianna
Wafiyah yang kelihatan kelam kabut itu.
“Wafi tak sarapan dulu ke?”
“Tak sempatlah mummy. Wafi dah lambat ni. Nanti Wafi
sarapan dekat office aje.” Jawab
Adrianna Wafiyah sambil menyarung kasutnya.
“Yela kalau macamtu. Hati-hati memandu. Jangan gopoh sangat,
Bahaya.” Pesan Datin Rohana.
“Okay mummy.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil menyalami
tangan ibu mertuanya.
BMW X6 yang dipandu Adrianna Wafiyah mula meninggalkan
perkarangan banglo mertuanya.
Belum
sempat Datin Rohana melangkah masuk ke dalam rumah, Datuk Razlan sudah terpajak
dihadapan pintu masuk.
“Wafi dah pergi kerja?” Tanya Datuk Razlan.
“Haah, dah lewat katanya. Ada meeting agaknya” Jawab Datin Rohana.
“Lisya mana? Dah pergi kerja juga?” Tanya Datuk Razlan
lagi.
“Lisya kan outstation. Hari ni baru balik. Cepat sangat
pelupa abang ni.”
“Oh, iyalah..abang terlupa. Jomlah sarapan. Abang pun ada
meeting kejap lagi.” Ajak Datuk
Razlan.
“Jomlah abang, kita sarapan berdua ajelah. Ada anak
menantu pun.. masing-masing sibuk aje.” Ucap Datin Rohana.
“Dah masing-masing kerja. Memanglah sibuk.” Balas Datuk
Razlan.
“Saya ingat nak
suruh Wafi berhenti kerja aje bang.”
“Kenapa pula. Ray tak kata apa pun. Awak pula yang
lebih.”
“Yela, kalau masing-masing asyik sibuk dengan kerja bila
kita nak timang cucu Datuk Razlan oi.”
“Ikut awak lah. Tapi jangan sampai Wafi kecil hati dengan
kata-kata awak nanti.”
“InShaAllah, saya yakin Wafi mesti akan ikut cakap saya.
Dia menantu yang baik. Lagipun Ray mampu sara dia. Tak perlu dia nak susah
payah bekerja.”
“Iyalah Datin Rohana oiiii.” Usik Datuk Razlan.
Datin Rohana ketawa melihat mimik wajah suaminya yang
meniru gaya dia bercakap. Ada sahaja perkara yang dilakukan oleh suaminya yang
akan menciut hatinya. Datuk Razlan turut sama ketawa dengan perlakuannya
sendiri. Riuh ruang makan itu walaupun hanya mereka berdua di situ.
Alisya Umaira baru
sampai dari Kota Kinabalu. Dia menanti Reza menjemputnya di Lapangan Terbang
KLIA . Sengaja dia menyuruh Reza menjemputnya kerana ada yang ingin dia
bincangkan bersama lelaki itu.
Alisya Umaira boleh mendengar suara gembira Reza apabila
dia meminta lelaki itu menjemputnya di KLIA. Rambut Alisya Umaira terbuai-buai
disapa angin pagi dari luar pintu ketibaan KLIA.
Dia melihat jari manisnya yang tersarung sebentuk cincin
berlian yang diberikan oleh Reza. Sepanjang berada di Kota Kinabalu, Alisya
Umaira telah membuat keputusan untuk menerima Reza dengan sepenuh jiwa dan
raganya. Dia berharap Reza akan faham setelah melihat cincin itu tersarung di
jari manisnya.
Dari kejauhan Reza sedang melambai ke arahnya. Alisya
Umaira berjalan menghampiri Reza yang sedang menantinya di tepi kereta.
“Dah lama tunggu?” Tanya Reza.
“Adalah setahun Lisya tunggu.” Usik Alisya Umaira.
Reza tersenyum dengan gurauan Alisya Umaira.
“Mari abang simpan beg dalam bonet.” Reza mengambil beg
pakaian Alisya Umaira dari tangannya.
Reza membuka pintu kereta untuk Alisya Umaira. Setelah itu keretanya meluncur laju
meninggalkan KLIA. Sepanjang perjalanan Reza tidak bertanya apa-apa mengenai cincin yang
dipakai oleh Alisya Umaira. Samaada dia tidak perasan cincin yang tersarung
ditangan Alisya Umaira atau dia sahaja pura-pura tidak perasaan.
“Err, kita nak pergi sarapan dulu atau Lisya nak balik rumah
terus.?” Tanya Reza.
“Ikut abanglah.”
“Kalau macamtu kita sarapan dululah, abang belum sarapan
lagi ni.”
“Okay.” Jawab Alisya Umaira ringkas.
Dalam hati Alisya Umaira tertanya-tanya adakah Reza tidak
perasan cincin yang tersarung di jari manisnya. Mahu bertanya terang-terangan
Alisya Umaira agak malu. Alisya Umaira hanya memerhati wajah Reza. Reza
kelihatan lebih tampan apabila janggutnya dicukur. Nampak lebih kemas.
“Lisya, tak puas lagi ke tenung wajah abang.?” Usik Reza.
Dia perasan sejak tadi Alisya Umaira asyik memerhatikan dirinya.
“Hah, mana ada. Lisya tengok jam dekat dashboard tu aje.” Bohong Alisya Umaira.
“Hmm, yela. Tengok jam dari tadi kan. Cantik sangat ke
jam tu?” Usik Reza lagi.
Alisya Umaira sudah tidak betah duduk. Dia malu kerana
Reza berjaya menangkapnya sedang memerhati wajah Reza.
“Lisya, terima kasih.”
“Terima kasih?. Maksud abang Reza?”
“Terima kasih kerana beri abang peluang kedua.” Jawab
Reza bersahaja.
“Abang perasan?” Tanya Alisya Umaira.
“Sejak di airport
lagi abang dah perasan Lisya pakai cincin yang abang bagi tu. Tapi abang saja
nak buat cool dulu.”
Alisya Umaira tersenyum senang. Akhirnya dia dan Reza
telah menjadi sepasang kekasih. Sudah lama dia menyimpan perasan terhadap Reza.
“Abang Reza, Lisya nak bawa abang Reza jumpa seseorang.”
“Mulai hari ni, abang tak nak Lisya panggil abang ni Abang Reza.”
“Habis nak panggil apa?”
“Panggil abang aje. Abang Reza ni nampak abang macam ni
tua sangat. Nampak macam abang Lisya. Kita ni kan sekarang sepasang kekasih.”
Alisya Umaira tersenyum lucu.
“Bukan abang memang lagi tua dari Lisya ke?.” Usik Alisya
Umaira.
“Suka sangat dia..” Reza menarik hidung Alisya Umaira.
Sudah lama dia tidak berbuat begitu. Kalau dulu memang Alisya Umaira akan
menjadi mangsa tarik hidung.
“Sakitlah. Abang ni dari dulu sampai sekarang suka sangat
tarik hidung Lisya.” Alisya Umaira menggosok hidungnya yang sudah kemerahan.
“ Okay-okay, sorry.
Tadi Lisya cakap nak bawa abang jumpa seseorang. Siapa orangnya?” Tanya Reza
mengubah topik perbualan.
“Adalah. Petang nanti Lisya bawa dia jumpa abang dekat
KLCC.”
“Hmm, okay. Kita tunggu petang nanti. Saja nak buat abang
tertanya-tanyakan. Tapi jangan bawa mummy Lisya sudahlah. Abang tak ready lagi ni.”
“Abang tunggu aje petang nanti.”
“Yela sayangku.”
Pipi Alisya Umaira merona merah bila Reza memanggilnya
sayang. Berbunga hatinya dengan panggilan itu. Dia berharap cintanya bersama
Reza akan kekal selamanya. Dia berharap Reza akan menjadi lelaki pertama dan
terakhir untuk dirinya. InShaAllah.
Adrianna Wafiyah kelam
kabut keluar dari pintu lif pejabatnya. Dia tidak mahu Reza nampak dia terlewat
ke pejabat. Duduk sahaja dikerusi, Adrianna Wafiyah terus membuka komputernya.
Dia harus menyediakan laporan pembekal dengan segera
kerana esok pagi Reza akan mengahadiri mesyuarat dengan Syarikat pembekal itu.
“Wafi, tengahari ni kita makan kat warung Pak Abu nak
tak?” Ajak Sofea.
“Boleh aje. Tapi kau belanja.” Jawab Adrianna Wafiyah.
“Kalau setakat warung Pak Abu tu aku tak ada masalah nak
belanja kau. Kau minta la apa saja tapi dari warung Pak Abu aje. He..he.he.” Ucap Sofea.
“Okay, tengahari nanti kita makan. Sekarang ni kau bagi
aku siapkan kerja aku dulu ya..”
“Yela, tahulah sibuk.” Sofea berlalu ke tempat duduknya.
Kerjanya sudah berkurangan kerana telah diambil alih oleh orang lain memandang
dia akan bertukar ke Sabah tidak lama lagi.
Adrianna Wafiyah hanya senyum bila mendengar rungutan
Sofea. Dia tahu sahabatnya itu tidak akan berkecil hati dengan kata-katanya.
Sofea merupakan sahabat yang baik. Tetapi sayang, dia akan bertukar ke Sabah.
Dia kembali menyambung kerjanya. Risau jika Reza
memintanya hari ini. Mati Adrianna Wafiyah jika belum siap laporan itu.
Lebih
kurang pukul 11.30 pagi Adrianna Wafiyah melihat Reza melangkah masuk ke
pejabat. Jarang Adrianna Wafiyah melihat bosnya itu masuk lambat ke pejabat.
‘Agaknya terlewat bangun juga kot.’ Detik Adrianna Wafiyah dalam hati. ‘Tapi
ini kan pejabat dia. Sukahati dia la nak datang pukul berapa.’ Kata hati
Adrianna Wafiyah lagi.
Kring..kring..
Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi. Pantas Adrianna Wafiyah menjawabnya.
“Hello, Kak
Wafi. Lisya ni”
“Oh, Lisya. Ingatkat siapa. Akak tak perasan nombor Lisya
tadi.”
“Akak petang ni free
tak?”
“Free. Kenapa?”
“Akak jumpa Lisya dekat KLCC boleh tak petang ni?. Lisya
nak kenalkan akak dengan seseorang.”
“Hmm, boleh. Petang nanti akak ke sana. Pukul 6 okay.”
“Okay kak. Jumpa nanti. Bye ”
“Bye.”
Adrianna Wafiyah sudah dapat mengagak siapa yang mahu
Alisya Umaira kenalkan padanya. Pasti kekasih hatinya itu. Siapa lagi kalau
bukan Reza.
‘Ya Allah, Kau peliharalah hubungan mereka.’ Doa Adrianna
Wafiyah dalam hati.
Warung Pak Abu penuh
dengan orang ramai yang mahu menikmati makan tengahari mereka. Adrianna Wafiyah
dan Sofea memilih tempat yang duduk yang agak terlindung dari cahaya matahari.
Mereka memesan Laksa Penang. Laksa Penang Pak Abu sememangnya sedap. Rasa
kuahnya cukup membuat tekak terasa mahu memakannya berulang kali. Kuahnya pekat
dan pedas. Apatah lagi Adrianna Wafiyah dan Sofea merupakan penggemar Laksa
Penang.
“Wafi, dari tadi aku tengok kau asyik pandang aje telefon
kau kenapa?”
“Laki aku la, dari semalam tak call aku. Selalunya dia akan call.”
“Sibuklah tu.” Tebak Sofea.
“Agaknya la. Aku cuma risau kalau apa-apa terjadi dekat
dia.”
“Tak ada apa la. Lagipun kau kata kawan dia ikut sekali
kan. InShaAllah tak ada apa-apa yang berlaku.”
Tutt..tutt.tutt
Tiba-tiba telefon Adrianna Wafiyah berbunyi menandakan
mesej masuk. Dia membaca isi mesej itu.
Abg balik esok.
Smpi pukul 9 mlm. Sorry x dpt call. Abg bz sgt. Jmpe esok. Luv u tight.!
Adrianna Wafiyah
tersenyum senang membaca mesej itu. Lega hatinya kerana suaminya selamat. Tidak
sabar rasanya menanti hari esok.
“Tiba-tiba tersenyum sorang-sorang.
Kenapa?” Tegur Sofea.
“Ray.. dia bagitahu esok malam dia balik.” Ucap Adrianna
Wafiyah.
“Ha..kan aku dah cakap. Baguslah. Tak payah nak
risau-risau dah. Makan cepat laksa kau tu. Karang tak pasal aku yang makan.”
Adrianna Wafiyah tersenyum gembira. Senyuman yang
betul-betul mempamerkan kebahagiaannya. Akhirnya suaminya akan pulang ke
pangkuannya. Walaupun hanya seminggu berpisah namun Adrianna Wafiyah terasa
macam setahun lamanya.
Dia menghirup kuah laksa itu dengan
berselera. Walaupun cuaca panas terik, keenakkan laksa penang pak Abu tiada
bandingannya dengan laksa penang di tempat lain.
Dalam
masa yang sama, orang ramai yang menikmati makan tengahari mereka di warung Pak
Abu beransur pergi kerana jam sudah menunjukkan pukul 2 petang.
Suasana di KLCC agak
sesak dengan pengunjung yang datang ditambah lagi dengan warga kota yang baru
pulang dari kerja. Adrianna Wafiyah mencari kelibat Alisya Umaira. Adik iparnya
itu telah berjanji mahu bertemu dengannga di hadapan Restoran Dome. Namun
sehingga sekarang wajah Alisya Umaira belum kelihatan.
“Kak Wafi.” Panggil Alisya Umaira dari belakang.
“Lambat la Lisya ni. Dah lama akak tunggu.”
“Sorry la.
Lisya tunggu seseorang tadi.”
“Mana seseorang yang dimaksudkan tu” Usik Adrianna
Wafiyah.
“Jomlah masuk dalam. Dia ada kat dalam.” Alisya Umaira
menarik tangan Adrianna Wafiyah supaya mengikutinya.
“Abang kenalkan ini kakak Lisya.”
“Wafi?” Reza terus terbangun dari duduknya.
“Saya Encik Reza.”
“Lisya, macam mana Lisya boleh kenal dengan Wafi?”
“Abang, duduk dulu. Sabar. Lisya akan terangkan semuanya.”
Reza menurut kata kekasih hatinya. Sungguh dia terkejut
apabila Alisya Umaira memperkenalkan Adrianna Wafiyah sebagai kakaknya.
“Lisya, baik Lisya terangkan cepat. Akak tengok cik abang
Lisya ni dah gelisah semacam.” Usik Adrianna Wafiyah.
“Abang, yang sebenarnya kak Wafi ni kakak ipar Lisya.”
“Kakak Ipar?. Maksud Lisya?”
“Iya, kakak ipar. Isteri kepada abang Lisya.” Terang Alisya
Umaira.
“Ya
Allah kecil sungguh dunia ni. Pusing-pusing kita berjumpa balik.” Balas Reza.
Reza terkejut mendengarnya. Tidak disangka perempuan yang dahulu pernah
mendapat tempat di hatinya adalah bakal menjadi kakak iparnya suatu hari nanti.
“Betul tu Reza. Aku pun tak sangka yang Lisya ni kekasih
hati kau.”
“Abang, kak Wafi, Lisya nak pergi kedai buku kejap. Nak
beli something.” Ujar Alisya Umaira.
“La, Lisya nak beli apa pula?. Tunggulah nanti pergi
sekali dengan abang.” Jawab Reza.
“Sekejap aje. Abang dan kak Wafi berbual la dulu.” Alisya
Umaira berjalan keluar dari restoran itu. Dia mahu memberi ruang kepada Reza
dan Adrianna Wafiyah untuk meluahkan apa yang terbuku. Dia percaya dengan
keikhlasan dan kejujuran Reza.
Suasana sepi seketika. Reza dan Adrianna Wafiyah
tiba-tiba kekok mahu berbicara. Masing-masing mencari topik yang sesuai untuk
berbual. Alisya Umaira sahaja meninggalkan mereka berdua di situ. Geram pun ada
dengan adik iparnya yang selamba meninggalkan dia dan Reza di situ.
Dari kejauhan ada seseorang yang sedang memerhatikan
mereka berdua tanpa disedari oleh Adrianna Wafiyah mahupun Reza. Lelaki itu sedang
mengambil beberapa keping gambar mereka berdua melalui telefon bimbit dan terus
beredar meninggalkan tempat itu.
“Wafi, aku nak minta maaf atas semua perkara lalu.”
Tiba-tiba Reza meluahkan apa yang terbuku.
“Reza, perkara tu dah lama berlalu. Aku harap lepas ini
kau akan menjaga dan menyayangi Lisya sepenuh hati kau. Lisya terlalu mencintai
kau sehinggakan dia pernah memusuhi aku kerana disangka aku adalah menyebab kau
menolak cintanya.” Luah Adrianna Wafiyah.
“Aku tahu, aku dah banyak melukakan hati Lisya. Dulu aku
terlalu mengikut perasaan aku sendiri. Kini sudah tersurat Lisya adalah jodoh
yang telah dikurniakan oleh Allah SWT untuk aku. InShaAllah aku akan menyayanginya
sepenuh hati aku.” Ujar Reza.
“Selepas ini kena panggil aku kak Wafi la kan.” Gurau Adrianna
Wafiyah kepada Reza.
Reza ketawa mendengar gurauan itu. Kini perasaannya
terhadap Adrianna Wafiyah berubah sama sekali. Hatinya telah diserahkan
sepenuhnya untuk Alisya Umaira. Dari kejauhan kelihatan Alisya Umaira datang
sambil menjinjit beg kertas yang mengandungi beberapa buah buku.
“Apa yang lucu.?” Tanya Alisya Umaira.
“Kakak Lisya cakap lepas ni abang kena panggil dia kak
Wafi.” Terang Reza dalam sisa tawanya.
“Ohh, macam pelik aje bunyinya. Sebab abang ni sama umur
dengan kak Wafi.” Jawab Alisya Umaira.
“Apa yang peliknya. Reza akan kahwin dengan Lisya. So secara automatiknya akak akan jadi
kakak ipar Reza juga kan. Kenalah panggil kak Wafi.” Terang Adrianna Wafiyah.
“Yela, lepas ni aku panggil kau kak Wafi.” Balas Reza.
Alisya Umaira hanya tersenyum senang.
“Lisya, akak kena baliklah. Dah lama sangat ni.” Ujar
Adrianna Wafiyah mahu mengundur diri.
“Okay kak Wafi. Thanks
for coming. Jumpa kat rumah nanti. Akak tolong bagitahu mummy yang Lisya
balik lewat sikit.”
“Okay. Kak Wafi balik dulu. Akak balik ya Reza,.”Gurau
Adrianna Wafiyah.
“Baiklah kak Wafi. Hati-hati memandu.” Reza membalas
gurauan itu.
Nazirah tersenyum puas
bila pengintip upahannya menghantar gambar Adrianna Wafiyah sedang berduaan
dengan seorang lelaki. Dia tidak perlu susah-susah mahu merancang adegan
Adrianna Wafiyah berduaan dengan lelaki kerana Adrianna Wafiyah sendiri telah
membantu melaksanakan misinya dengan kehadiran gambar ini.
Nazirah melihat gambar itu berkali-kali. Gambar ini akan
dihantar kepada Adam Rayyan. Pasti lelaki itu akan berasa marah kerana melihat
isteri kesayangannya sedang berduaan dengan seorang lelaki. Butang send terus ditekan. Pasti sekejap lagi
Adam Rayyan akan menerima gambar darinya.
‘Kesian kau perempuan kampung.’ Nazirah berkata dalam
hatinya sambil tersenyum sinis.
Adam Rayyan sedang
mengemas semua pakaiannya. Lewat mala mini dia akan berangkat pulang. Tidak
sabar rasa hatinya mahu berjumpa dengan isteri tercinta. Dia terlalu merindui
Adrianna Wafiyah. Perpisahan selama seminggu cukup menyiksa jiwa lelakinya.
Sedang dia melipat semua pakaiannya, telefon bimbitnya
berbunyi menandakan ada SMS yang masuk. Dia segera menekan butang read. Alangkah terkejut Adam Rayyan
melihat gambar isterinya sedang berduaan dengan seorang lelaki di sebuah
restoran.
Tiba-tiba hatinya dipagut rasa cemburu. Hatinya
tertanya-tanya dengan siapa isterinya sedang makan. Kenapa isterinya tidak
meminta izin darinya untuk keluar dengan lelaki itu. Perasaannya kini bercampur
baur. Dia menggenggam telefon bimbitnya dengan perasaan kecewa.
Walaupun hatinya masih meragui gambar yang dihantar oleh
nombor telefon yang tidak dikenalinya, tetapi hatinya tetap mahu penjelasan
kenapa isterinya tidak memberitahu kepada dia jika mahu keluar lebih-lebih lagi
dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya. Sudah berkali-kali dia berpesan
kepada isterinya untuk memberitahu setiap pergerakkan isterinya. Tetapi dia
hampa kerana Adrianna Wafiyah tidak memandang serius dengan pesanannya.
Adam Rayyan mencampak telefon bimbitnya ke atas katil.
Dia meraup rambut ke belakang. Dalam hati dia tertanya-tanya apa motif orang
itu menghantar gambar isterinya kepada dia. Adakah orang itu mahu memecah
belahkan rumah tangganya atau adakah niat orang itu baik mahu memberitahu dia
tentang sikap isterinya. Dia bingung diantara mahu percayakan gambar itu atau
isterinya.
Adam Rayyan menghempaskan tubuh ke atas katil sambil
menegluh lemah. Dia baru sahaja mahu merasai kebahagiaan bersama Adrianna
Wafiyah. Tetapi dengan apa yang dia lihat, sedikit sebanyak telah membuatkan
dia mula mencurigai isterinya.
‘Ya Allah jauhkanlah aku dari perasaan curiga terhadap
isteriku. Lindungilah rumah tangga kami.’ Doa Adam Rayyan di dalam hatinya.
Walaupun Adam Rayyan cuba menafikan gambar itu, jauh
dilubuk hatinya terbit juga perasaan cemburu melihat wajah ceria isterinya
disamping lelaki yang tidak dikenalinya itu. Hatinya tiba-tiba menjadi panas
bila membayangkan perkara yang bukan-bukan yang mungkin dilakukan oleh
isterinya tanpa dia sedari.
akhirnya ada n3 juga, suka sekali dengan cerita ini..
ReplyDeleteterimakasih banyak sambung lagi boleh...penasaran ingin tahu akhinya
pembaca dari Indonesia
Terima kasih..sabar menanti ya..saya akan upload cerita setrusnya..
ReplyDelete