BAB
33
Setelah selesai bacaan tahlil dan doa semua tetamu dan
Jemaah surau menikmati juadah yang terhidang di khemah yang tersedia di laman
rumah banglo itu. Malam itu Adrianna Wafiyah mengenakan baju kurung berwarna
biru yang diperbuat dari kain kapas. Dia kelihatan sangat ayu. Sedondon dengan
Adam Rayyan yang mengenakan baju melayu berwarna biru.
Adam Rayyan sibuk melayan tetamu yang hadir. Begitu juga
dengan mertuanya. Adrianna Wafiyah masih agak kekok mahu melayan sanak saudara
suaminya kerana dia jarang-jarang berjumpa dengan mereka.
Dari jauh Adrianna Wafiyah melihat ibu mertuanya sedang
menyambut kedatangan dua orang perempuan yang kelihatan sangat anggun. Adam
Rayyan dan Datuk Razlan juga menyambut kedatang tetamu itu.
“Assalamualaikum Datin.” Tegur Puan Sri Zainab.
“Waalaikumussalam.” Datin Rohana berbalas pelukkan dengan
Puan Sri Zainab.
“Tan Sri Husin tak datang ke?” Tanya Datuk Razlan.
“Dia ke Dubai. Dia kirim salam pada Datuk dan Datin.”
Jawab Puan Sri Zainab.
“Naz, salam dengan Datuk
dan Datin.” Tegur Puan Sri Zainab bila dia melihat anaknya hanya diam membatu.
“Apa khabar mummy,
uncle.” Tegur Nazirah.
“Baik. Alhamdulillah.” Jawab Datuk Razlan.
“Mummy, uncle..Naz
nak minta maaf pada mummy dan uncle
atas kesilapan Naz yang lalu. Naz menyesal dengan perbuatan Naz dulu.”
Nazirah
berlakon sehabis baik kerana mahu mendapat perhatian dari Datin Rohana dan
Datuk Razlan demi mencapai impiannya untuk mendapatkan Adam Rayyan semula. Dia
mempamerkan senyuman yang cukup menggoda buat Adam Rayyan yang turut berada di
situ.
“Baguslah
kalau Naz dah insaf. Tak ada sebab mummy nak terus-terusan marahkan Naz.”
“Naz
masih boleh panggil mummy?”
“Tentulah.
Mummy dah anggap Naz macam anak mummy. Biasalah kalau mummy marah tu. Mummy ni
kan dah tua.”
“Terima
kasih mummy.” Nazirah lantas memeluk tubuh Datin Rohana.
Puan
Sri Zainab tersenyum senang melihat kemesraan itu. Sayangnya Adam Rayyan tidak
jadi menjadi menantunya. Dia suka sangat pada Adam Rayyan. Seorang anak yang
mentaati kedua orang tuanya. Disebabkan sikap Nazirah yang kebudak-budakan itu
telah menyebabkan dia kehilangan seorang lelaki yang baik. Tetapi Puan Sri
Zainab bersyukur kerana anaknya telah insaf.
“Kita
lupa kisah lama. Sekarang ini saya dan keluarga jemput Puan Sri menikmati
juadah yang tersedia. Silakan.” Ujar Datuk Razlan.
Adam
Rayyan menemani Nazirah makan. Puan Sri Zainab telah hilang bersama mummy dan
papanya. Barangkali mereka ingin berbual tanpa mahu diganggu.
“Naz
tak nampak pun isteri Ray.” Tanya Nazirah.
“Ada.
Sekejap Ray cari dia.” Adam Rayyan berkira mahu mencari isterinya.
“Tak
payahlah kalau dia sedang sibuk.” Nazirah lebih selesa berdua-duaan dengan Adam
Rayyan. Inilah peluang yang dia ada untuk membuat Adrianna Wafiyah cemburu
dengannya.
“Abang.”
Tib-tiba Adrianna Wafiyah muncul diantara mereka.
“Eh,
sayang. Abang baru nak panggil sayang. Sini duduk dekat abang.” Ajak Adam
Rayyan sambil menarik tangan isterinya duduk di sebelahnya.
“Abang
ada tetamu istimewa ke?”
“Oh.
Lupa pula. Kenalkan ini Nazirah. Kawan abang.”
“Kita
pernah jumpa dekat airport hari tu
kan?”
Nazirah
hanya senyum sinis sambil mengangguk kepala. Dia sakit hati melihat layanan
Adam Rayyan kepada Adrianna Wafiyah.
“Sayang
dah makan ke belum?”
“Sudah.
Wafi makan dengan sepupu-sepupu abang tadi.”
“Sampai
hati tak tunggu abang.”
“Abang
belum makan ke?. Sekejap Wafi pegi ambilkan nasi untuk abang.” Adrianna Wafiyah
bangun dari kerusi tetapi pantas dihalang oleh Adam Rayyan.
“Tak
mengapa. Abang pegi ambil sendiri. Sayang teman Naz kat sini. Kejap lagi abang
datang.”
“Baiklah.”
Adrianna Wafiyah mengganggukkan kepala.
Nazirah
yang menjadi pendengar sedari tadi mula cemburu melihat kemesraan itu.
Sepatutnya dia yang mendapat layanan itu dari Adam Rayyan bukan Adrianna
Wafiyah.
“You dah lama kahwin dengan Ray?” Tanya
Nazirah.
“Baru
nak masuk setahun.” Jawab Adrianna Wafiyah ramah. Walaupun dia tahu Nazirah
seperti tidak menyukai kehadirannya.
“Oh,
baru lagi. You kenal siapa I?”
“Maksud
awak?”
“I dulu adalah kekasih Ray. Kami hampir
sahaja bertunang.” Ringan sahaja mulut Nazirah menceritakan semuanya pada Adrianna
Wafiyah.
Adrianna
Wafiyah tidak terkejut mendengar cerita itu kerana dia telah tahu semuanya
semasa dia mencuri dengar perbualan suami dan mertuanya dahulu.
“Apa
tujuan awak menceritakan semua kisah ini pada saya?” Tanya Adrianna Wafiyah.
“Supaya
you sedar siapa diri you. You
telah merampas Adam Rayyan dari I.”
Nazirah mengetap bibirnya.
“Awak
yang tinggalkan dia dulu. Kenapa nak tuduh saya perampas?”
“Sebab
dia pernah berjanji akan tunggu I.
Tapi disebabkan ibu you nak sangat
dia berkahwin dengan you jadi dia
terpaksa lakukan demi mummynya.”
“Tipu.
Saya tak percaya.”
“Terserah
you nak percaya atau tak. Tapi
hakikatnya Ray masih sayangkan I.
Buktinya you lihat sendiri. Dia masih
maafkan walaupun I dah banyak
sakitkan hati dia. Dia masih ambil berat pasal I. Malah semasa di London tempoh hari kami hampir sahaja terlanjur.
Dia mengaku dengan I yang dia masih
cintakan I. Tapi dia tak sampai hati
nak tinggalkan you.”
Adrianna
Wafiyah telah bergenang air mata mendengar cerita dari Nazirah. Hatinya bertanya
betulkah Adam Rayyan hanya berpura-pura menyayangi dirinya. Dia pantas mengelap
air matanya apabila melihat Adam Rayyan sedang mara ke arah mereka.
Nazirah
tersenyum puas kerana berjaya menyakiti hati Adrianna Wafiyah.
“Lamanya
you ambil nasi.” Tegur Nazirah
“I leka berbual dengan sepupu I tadi.”
“Eh,
tadi ada kambing bakar ke. I tak
perasaan pun. I rasa sikit boleh.?”
Nazirah saengaja mahu menunjukkan kemesraan dihadapan Adrianna Wafiyah.
“Ambillah.
Kalau you nak lagi. I boleh ambilkan.” Jawab Adam Rayyan.
“It’s okay. I nak rasa aje.” Nazirah berkata
sambil senyum memandang Adam Rayyan.
Adrianna
Wafiyah yang menjadi pemerhati mula berasa cemburu melihat kemesraan suaminya.
Dia berasa tidak diperlukan di situ.
“Abang,
Wafi nak masuk dalam dulu. Rasa penat sangat.”
“La,
sayang okay tak ni. Tak nak temankan abang dengan Naz ke.”
“Dia
kawan abang kan. So abang layanlah
dia.” Ujar Adrianna Wafiyah sambil terus berjalan masuk ke dalam banglo itu.
Adam
Rayyan terkejut mendengar jawapan dari isterinya. Dia memandang Nazirah yang
masih memerhati Adrianna Wafiyah berjalan masuk ke dalam rumah.
“Naz, sorry about that. Maybe she’s tired.”Ucap
Adam Rayyan. Dia malu dengan sikap isterinya dihadapan Nazirah.
“It’s okay.”Ucap Nazirah sambil tersenyum
gembira. Dia gembira kerana telah dapat membuat Adrianna Wafiyah percaya dengan
kata-katanya.
Adrianna Wafiyah
menangis semahu-mahunya di dalam bilik tidur. Dia tidak menyangka Adam Rayyan
tergamak menduakannya. Sampai hati Adam Rayyan membohongi dirinya. Perkataan
terlanjur yang keluar dari mulut Nazirah sebentar tadi cukup membuatkan hatinya
berkecai. Entah sejauh mana hubungan suaminya dan Nazirah.
Adrianna
Wafiyah buntu. Dia tidak sanggup kehilangan Adam Rayyan. Setiap kali dia mahu
mengecapi kebahagiaan, pasti ada sahaja halangan. Adrianna Wafiyah mula
teringat ibunya di kampung. Air mata Adrianna Wafiyah mengalir lagi.
Adrianna
Wafiyah mengambil wuduk dan menunaikan Solat Isyak. Lama dia bersujud. Dia
memohon kekuatan dari Allah SWT. Mohon supaya hatinya tidak mudah percaya
dengan kata-kata yang keluar dari mulut Nazirah. Tetapi apakan daya, dia
seorang perempuan yang mempunyai hati yang lembut. Dia tidak dapat menafikan
perasaan sedihnya bila mendengar cerita Nazirah tadi.
Jam sudah menunujukkan
pukul 11 malam ketika Adam Rayyan masuk ke bilik tidurnya. Sekujur tubuh
Adrianna Wafiyah kelihatan sedang tidur membelakangi Adam Rayyan. Dia berlalu
ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan Solat Isyak.
Usai mandi dan bersolat, Adam Rayyan berbaring disebelah
isterinya. Kedua-dua tangannya diletakkan dibelakang kepala. Badannya terasa
letih kerana melayan tetamu hadir. Tiba-tiba bayangan dia bersama Nazirah di
bilik hotel semasa di London menjelma kembali. Perasaan bersalah terhadap
Nazirah mula terbit di hatinya. Selama Nazirah bergelar kekasihnya suatu ketika
dahulu, dia tidak pernah menyentuh gadis itu sehinggalah ianya berlaku semasa
dia masuk ke bilik Nazirah di London tempoh hari. Adam Rayyan meraup wajahnya
sambil mengucap panjang. Ditoleh pada Adrianna Wafiyah yang sedang nyenyak
tidur itu. Tangannya mengusap lembut kepala isteri kesayangannya. Lama-kelamaan
Adam Rayyan tidur sambil memeluk pinggang ramping isterinya.
Keesokkan paginya
Adrianna Wafiyah turun ke bawah setelah siap untuk ke pejabat. Kelibat suaminya
tidak kelihatan. Suasana di ruang makan juga sunyi sepi. Hanya Alisya Umaira
seorang sahaja yang sedang bersarapan.
“Morning
Lisya.” Tegur Adrianna Wafiyah. Wajahnya kelihatan sembab kerana menangis malam
tadi.
“Morning kak
Wafi.” Jawab Alisya Umaira.
“Mana yang lain.?” Tanya Adrianna Wafiyah sambil menarik
kerusi untuk duduk.
“Abang dah lama keluar. Mummy pula pagi-pagi lagi dah
keluar. Ke pasar kot.” Jawab Alisya Umaira.
“Abang dah keluar.?” Tanya Adrianna Wafiyah pelik. Tak
kan Adam Rayyan meninggalkan dia tanpa memberitahu apa-apa. Macam mana dia
hendak ke pejabat. Sekali lagi Adam Rayyan bersikap aneh selepas berjumpa
dengan Nazirah.
“Haah. Katanya ada meeting urgent pagi ni. Dia tak sempat
tunggu akak.”
“abang minta akak pegi kerja dengan Lisya aje hari ni.”
Tambah Alisya Umaira lagi.
“Tak menyusahkan Lisya ke?”
“Taklah. Kebetulan Lisya memang nak pegi jumpa client dekat area office akak.”
“Kalau macamtu..akak tumpang Lisya aje la.” Adrianna
Wafiyah sedih. Dia cuba menyembunyikan perasaan itu daripada Alisya Umaira.
“Okay. No hal
kak”
Sepanjang perjalanan
Adrianna Wafiyah hanya diam. Dia sedih kerana tidak pernah Adam Rayyan pergi ke
pejabat tanpa memberitahu dia. Sanggup Adam Rayyan meninggalkan pesan kepada
adik iparnya. Sikap Adam Rayyan membuatkan Adrianna Wafiyah semakin yakin
dengan kata-kata Nazirah. Terbit di benak fikiran Adrianna Wafiyah adakah Adam
Rayyan masih menyayangi Nazirah.
“Erm..Lisya, akak nak tanya something boleh?”
“Apa dia akak?”
“Lisya kenal dengan perempuan bernama Nazirah?”
“Nazirah?” Alisya Umaira mula pelik. Mana kakak iparnya
tahu perihal Nazirah.
“kenal. Kenapa akak tanya.?”
“Siapa Nazirah sebenarnya pada abang Lisya.?”
“Maksud kak Wafi?”
“Lisya, akak minta sangat Lisya berterus terang dengan
akak.”
“Okay, tapi akak janji jangan bagitahu abang yang Lisya
cerita pada akak.”
“Akak janji.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil mengangkat
tangannya.
“Nazirah ni sebenarnya ex- girlfriend abang. Diaorang
hampir bertunang dulu. Mummy tu sayang sangat dengan kak Naz masa tu. Tapi
lepas kak Naz buat onar pada abang dan keluarga kami, mummy mula membenci kak
Naz.”
“Oh,
jadi betullah Nazirah ni kekasih abang Ray.”
“Ex lah akak. Akak jangan salah faham
pula.”
“Apa
onar yang dia dah buat.?” Adrianna Wafiyah mula mengorek segalanya dengan
Alisya Umaira.
“Dia
batalkan majlis pertunangan dengan abang. Lepas tu dia pegi ke London ikuti modeling.”
“Hmm,
tak adalah besar sangat onar yang dia buat tu.”
“Tak
besar akak kata.? Mummy dah jemput semua orang datang ke majlis tu. Tinggal
lagi berapa hari aje nak berlangsung majlis pertunangan tu. Tentulah mummy
malu.”
“Habis
abang Lisya masih cintakan Nazirah?”
“Dulu
dia memang tak pernah lupakan kak Naz. Sampai sikapnya berubah. Dia gemar
berfoya-foya dekat luar. Balik lewat pagi. Tapi lepas akak hadir dalam hidup
abang, Lisya tengok abang mula berubah balik.”
“Entah-entah
akak ni cuma tempat dia melupakan Nazirah. Sekarang ini Nazirah dah pun balik.”
Adrianna Wafiyah tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya.
“Akak…
tak baik cakap abang macamtu. Lisya yakin dia memang cintakan akak seorang
saja. Kak Naz tu cinta masa lampau abang.” Pujuk Alisya Umaira sambil mata
memberi tumpuan pada jalan raya yang sesak itu.
“Entahlah.”
Jawab Adrianna Wafiyah ringkas.
Akhirnyanya
kereta Alisya Umaira sampai jua dihadapan pejabat Adrianna Wafiyah. Adrianna
Wafiyah bersiap mahu keluar dari kereta adik iparnya.
“Thanks Lisya.”
“Kak
Wafi, akak jangan fikir bukan-bukan tau.” Nasihat Alisya Umaira pada kakak
iparnya.
“InShaAllah.”
Adrianna Wafiyah mempamerkan senyuman sambil menganggukkan kepala.
Adrianna
Wafiyah melangkah masuk ke pejabat dengan hati yang sedih. Sahabat baiknya juga
tiada lagi disini untuk mendengar masalahnya. Hati Adrianna Wafiyah menjadi
makin sayu. Walaupun Adam Rayyan tidak meluahkan padanya, tetapi dia tahu
suaminya itu masih menyimpan perasaan cinta terhadap Nazirah. Tanpa disedari
air mata Adrianna Wafiyah mengalir lagi.
Reza
yang baru keluar dari pantri terkedu melihat Adrianna Wafiyah menangis. Dia
menapak menghampiri tempat Adrianna Wafiyah.
“Wafi.
Kenapa ni?” Tegur Reza
“Eh,
tak ada apa-apa Encik Reza.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil mengesat air mata
yang mengalir di pipinya.
“Kalau
tak ada apa-apa kenapa awak menangis?” Tanya Reza lagi tidak puas hati dengan
jawapan Adrianna Wafiyah.
“Betul
Encik Reza. Saya okay. Habuk masuk mata tadi.” Jawab Adrianna Wafiyah lagi.
“Taktik
lama la. Asal nangis aje kata habuk masuk mata.” Reza masih ingin tahu punca
Adrianna Wafiyah menangis.
Adrianna
Wafiyah tersenyum mendengar jawapan yang keluar dari Reza.
“Encik
Reza bila nak masuk meminang Lisya.?’ Adrianna Wafiyah tiba-tiba mengubah topik
perbualan.
“Ke
situ pula. Saya tunggu Lisya bagi green
light. Dia cakap okay aje..saya terus hantar rombongan meminang.” Ucap Reza
sambil ketawa kecil.
“Lisya
tu asyik sibuk aje. Ini tak lama lagi dia nak pergi Dubai pula. Lebih kurang
dua bulan agaknya dia ke sana.”
“Lamanya.
Dia tak bagitahu pun.”
“Mungkin
dia lupa agaknya.” Jawab Reza
“Yela,
mungkin juga.” Adrianna Wafiyah menggangguk setuju dengan jawapan Reza.
“Makan
tak berselera la Encik Reza lepas ni. Buah hati jauh dari mata.”
“Tu
la, nampaknya saya kena terbang ke Dubai la tiap-tia minggu lepas ni.” Reza
berkata sambil ketawa.
Adrianna
Wafiyah ikut ketawa mendengar pengakuan yang keluar dari Reza. Dia yakin Reza
bena-benar mencintai Alisya Umaira. Dia bersyukur kerana Reza telah menemui
cinta hatinya.
“Wafi,
kalau awak ada apa-apa masalah, jangan segan-segan nak luah pada saya.
InShaAllah saya boleh jadi pendengar yang baik.” Ujar Reza.
“Thanks.” Jawab Adrianna Wafiyah.
“Saya
masuk bilik dulu. Jangan sedih-sedih. Setiap masalah ada penyelesaiannya.” Kata
Reza lagi sambil menapak ke biliknya.
Adrianna
Wafiyah memerhati langkah Reza hingga hilang. Dia mengeluh lemah. Hatinya
tertanya-tanya dengan perubahan sikap suaminya kebelakangan ini. Dia mencapai telefon
bimbitnya dan mendial nombor telefon suaminya. Dia hampa kerana kerana telefon
bimbit suaminya tidak aktif. ‘Bateri habis ke?’. Detik hatinya.
Adrianna
Wafiyah mengambil keputusan untuk menghantar SMS. Mungkin suaminya akan baca
bila telefonnya di aktifkan nanti.
Abg, ptg Wafi balik sendiri. Kita
jumpa di rumah aje k. Send!
Adrianna
Wafiyah meletakkan kembali telefonnya dan mula melaksanakan kerja hariannya.
Dia yakin sekejap lagi pasti suaminya akan membalas SMS itu. Mungkin suaminya
sedang bermesyuarat. Sebab itu telefonnya di matikan. Hatinya masih bersangka
baik.
Seharian
berada di pejabat membuatkan Adrianna Wafiyah lupa sebentar dengan masalahnnya.
Dia agak sibuk dengan tugas-tugas sehariannya.
“Wafi,
Jom makan.” Ajak kak Rita.
“Eh,
dah pukul satu ke kak?” Jawab Adrianna Wafiyah sambil mata masih mengadap
komputer.
“Dah
pukul satu la sekarang ni. Kamu nak ikut tak?”
“Nak-nak.
Kita nak makan kat mana?” Tanya Adrianna Wafiyah sambil mengambil dompetnya.
“Hari
ni kita makan jauh sikitlah. Akak nak bosan dah asyik makan dekat warung pak
Abu tu.”
“Hmm,
boleh. Tapi akak drive. Wafi tak bawa kereta hari ni.”
“Boleh.
Jom lah.”
Setelah
menghadapi kesesakkan yang terlampau, akhirnya mereka sampai di restoran yang
menyajikan masakan Kelantan. Kak Rita segera memakirkan kereta.
“Jauhnya
akak.”
“Akak
teringin nak makan makanan Kelanta hari ni. Tak apa kan?” Tanya Kak Rita.
“Dah
sampai baru nak tanya Wafi.” Gurau Adrianna Wafiyah.
“Ala,
akak tahu kamu okay kan.”
“Yela
akak ku.. Jom kita masuk. Panas ni kat luar. Jom pekena nasi kerabu.”
Adrianna
Wafiyah dan kak Rita melangkah masuk ke restoran Kelantan yang agak cantik
susun atur perabotnya. Nampak mewah walaupun restoran itu hanya menyajikan
masakan tradisional Kelantan.
“Selamat
datang.” Tegur penyambut tetamu itu dengan ramah.
Mereka
hanya menggangguk dan senyum kepada penyambut tetamu itu. Restoran yang berhawa
dingin dan pelayan yang mesra membuatkan pengunjung selesa berada di restoran
itu.
Adrianna
Wafiyah memesan nasi kerabu untuk dirinya. Dia pernah memakan nasi kerabu
memandangkan dia mempunyai ramai kawan dari Kelantan termasuklah kak Rita yang
berada di hadapannya kini.
“Kak
Rita, makan laksam aje ke?. Datang jauh-jauh laksam aje akak pesan.” Tanya
Adrianna Wafiyah.
“Haah,
akak teringin sangat nak makan laksam. Laksam dekat sini sedap.” Jawab kak
Rita.
“Teringin
sangat. Macam ada isi aje bunyinya.”
“Merepek
aje kamu ni.”
“Mana
la tahu. He..he..he.” Jawab Adrianna
Wafiyah sambil senyum.
“Eh,
Wafi itu bukan ke suami kamu?” Kak Rita menunjuk kea rah sepasang pasangan yang
sedang melangkah masuk ke restoran itu.
Adrianna
Wafiyah segera menoleh ke arah pasangan yang dimaksudkan kak Rita. Alangkah
luluh hatinya melihat Adam Rayyan dan Nazirah begitu mesra melangkah masuk ke
restoran itu. Dia cuba menyembunyikan wajahnya dari dilihat Adam Rayyan.
“Bukanlah
akak. Pelanduk dua serupa tu. Suami Wafi pergi mesyuarat di Ipoh hari ni.”
Bohong Adrianna Wafiyah.
“Iya
ke. Akak ni pernah jumpa suami kamu sekali aje la masa kamu kahwin dulu.”
“Dah
la kak Rita, cepatlah makan. Nanti Encik Reza mengamuk tengok secretary dia hilang.” Kata Adrianna
Wafiyah bagi menyembunyikan rasa yang mula bertandang di hatinya.
Setelah
membayar, Adrianna Wafiyah cepat-cepat melangkah keluar dari restoran itu. Dia
tidak sanggup melihat Nazirah yang asyik menggoda suaminya.
Petang itu Adrianna
Wafiyah pulang ke rumah menaiki teksi. Sehingga petang suaminya tidak membalas
SMS yang dia kirimkan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang sendiri.
Sampai sahaja di rumah, Adrianna Wafiyah segera
menunaikan Solat Asar dan menyalin pakaiannya. Dia melangkah ke dapur untuk
menyediakan makan malam. Sekejap lagi suaminya pulang pasti mahu makan
masakannya.
Hampir sejam berperang di dapur, akhirnya Adrianna
Wafiyah siap memasak masak lemak ketam dan sayur kangkung goreng. Dia
menghidangkan makanan yang dimasak tadi di atas meja makan. Adrianna Wafiyah memandang
jam di dinding. Telah hampir pukul lapan malam. Tetapi suaminya masih belum
pulang. Adrianna Wafiyah segera membersihkan diri dan memunaikan Solat Maghrib.
Usai dia mengaminkan doa, dia terdengar pintu utama kondo
itu dibuka. Pasti suaminya telah pulang. Adrianna Wafiyah segera menanggalkan
telekung dan melangkah ke ruang tamu.
“Lambat abang balik.” Tanya Adrianna Wafiyah mesra.
“Wafi balik naik apa? Kenapa tak tunggu abang jemput?”
Tanya Adam Rayyan dengan perasaan marah. Dia bergegas ke pejabat Adrianna
Wafiyah petang tadi untuk menjemput isterinya. Hampir sejam menanti tetapi
kelibat isterinya tiada.
“Wafi balik naik teksi tadi.” Jawab Adrianna Wafiyah
dengan rasa takut melihat wajah bengis Adam Rayyan.
“Kenapa balik dulu tak tunggu abang?. Wafi tahu tak abang macam orang gila risaukan Wafi. Abang
tunggu punyalah lama di Lobi tadi. Tapi Wafi boleh senang-senang di rumah.!”
Marah Adam Rayyan.
“Wafi cuba call
abang pagi tadi. Tapi phone abang tak
aktif. Lepas tu Wafi tinggalkan mesej pada abang. Wafi bagitahu nak balik
sendiri. Tapi abang tak reply.” Jawab
Adrianna Wafiyah dengan perasaan sebak.
Adam Rayyan segera melihat telefon bimbitnya. Dia mendengus perlahan. Memang betul telefon bimbitnya mati. Tapi itu tidak bermakna Adrianna Wafiyah boleh sewenang-wenangnya pulang sendiri.
Adam Rayyan segera melihat telefon bimbitnya. Dia mendengus perlahan. Memang betul telefon bimbitnya mati. Tapi itu tidak bermakna Adrianna Wafiyah boleh sewenang-wenangnya pulang sendiri.
“Tapi itu tidak bermakna Wafi boleh balik tanpa bagitahu
abang! Abang call kenapa tak jawab?”
Marah Adam Rayyan lagi. Egonya sedang tinggi melangit. Walaupun dia sedar dia
pun salah dalam hal ini.
“Telefon
Wafi dalam bilik. Wafi tak perasan abang call. Wafi minta maaf.” Jawab Adrianna
Wafiyah.
“Erm”.
Adam Rayyan segera mengambil kunci keretanya dan keluar dari kondo itu dengan
perasaan marah.
“Abang..”
Adrianna Wafiyah menangis tersedu sedan. Dia tidak faham dengan sikap Adam
Rayyan.
Di
dalam kereta Adam Rayyan meraup rambutnya ke belakang. Dia menghentak tangannya
di stereng. Entah kenapa kebelakangan ini dia mudah marah pada Adrianna
Wafiyah. Setiap perlakuan Adrianna Wafiyah pasti akan menimbulkan marahnya.
Adam
Rayyan segera memandu BMW X6 tanpa arah tujuan. Dia mahu mencari ketenangan. Hubungannya
dengan Adrianna Wafiyah kebelakangan ini terasa hambar.
Adrianna Wafiyah
menangis semahu-mahunya. Dia tidak tahu di mana salahnya. Bukannya dia tidak
memberitahu Adam Rayyan untuk pulang sendiri. Tetapi telefon bimbit suaminya
tidak aktif malah dia meninggalkan SMS untuk suaminya.
Adrianna Wafiyah memandang lauk-pauk yang terhidang.
Seleranya mati untuk makan selepas apa yang berlaku. Adrianna Wafiyah melangkah
ke bilik tidur. Dia terus menyembamkan wajahnya ke bantal.
Perasaan sedihnya tidak dapat dikawal lagi. Sudahlah
tengahari tadi dia melihat Adam Rayyan bergandingan dengan Nazirah di restoran
Kelantan itu. Sekarang ini Adam Rayyan balik sahaja ke rumah dan terus
memarahinya tanpa usul periksa.
Padahal Adam Rayyan pernah berjanji dengannya untuk tidak
bertindak melulu tanpa usul periksa. Kini sekali lagi dia disalahkan oleh Adam
Rayyan. Adrianna Wafiyah menyeka air mata yang mengalir ke pipi. Dia takut
memikirkan kemungkinan yang boleh terjadi dalam rumah tangganya. Dia takut
untuk kehilangan Adam Rayyan.
Akhirnya Adrianna Wafiyah tertidur dengan perasaan sedih.
yaaaaa.... sedihnya, huhu
ReplyDeletesambung lagi ...
pembacamu dari indonesia,
Tq..Tunggu ya.. ;)
Delete