BAB
32
Hari
ini adalah hari terakhir Sofea bekerja di Kuala Lumpur. Minggu depan dia akan
berpindah ke Sabah atas arahan majikannya untuk memantau projek di sana. Sofea
akan pulang ke kampung terlebih duhulu sebelum berangkat ke Sabah.
Kak
Rita dan rakan-rakan pejabat yang lain mengadakan majlis perpisahan untuk
Sofea. Mereka mengadakan majlis kecil-kecilan untuk Sofea dengan tajaan dari
bos mereka iaitu Reza.
Adrianna
Wafiyah agak sibuk meyusun pinggan dan gelas-gelas untuk jamuan perpisahan ini.
Sofea yang melihatnya agak terharu kerana semua rakan-rakan sepejabat
menghargai dirinya.
Mereka
menanti kedatangan Reza untuk membuka tirai jamuan perpisahan itu. Setelah
ucapan ringkas diucapkan oleh Reza, semua orang menikmati makanan yang
terhidang.
“Fea,
jangan lupa hubungi penyelia di sana untuk penginapan awak nanti.” Pesan Reza
sambil mengambil bihun goreng.
“Baik
Encik Reza.” Jawab Sofea
“Err,
Encik Reza, tak boleh ke tukar orang lain aje untuk projek tu.?” Ucap Adrianna
Wafiyah. Dia membuat mimik wajah kesian.
“Ah,
baru sekarang kau nak rayu. Esok aku nak pergi hari ni baru kau nak rayu.” Usik
Sofea.
“Aku
buat gimik aje. Supaya nampak macam aku sedihlah atas perpindahan kau ni.”
Gurau Adrianna Wafiyah.
“Sampai
hati kau kan.” Sofea mencebik mulutnya. Pura-pura sedih. Dia tahu Adrianna
Wafiyah sahaja mahu bergurau. Hakikat sebenar sahabatnya itu sedang melawan perasaan
sedih. Begitu juga dengan dirinya.
“Macam-macam
la korang berdua. Sejak dulu sampai
sekarang sama aje. Dua-dua kaki mengusik.” Ujar Reza sambil ketawa melihat
telatah teman-teman seuniversitinya.
“ala
Wafi, nanti bukan awak tak boleh nak pegi melawat Fea kat sana. Bukan jauh pun
Sabah. 2 jam aje.” Kata Reza lagi.
“Hmm,
yela. Nanti Encik Reza support tiket
saya kan. Kopaklah saya kalau asyik
nak melawat Fea.” Usik Adrianna Wafiyah. Akhirnya pecah ketawa mereka bertiga
disitu.
Sudah
lama mereka tidak bergurau seperti itu. Sejak berbagai-bagai kemelut yang
melanda, akhirnya mereka bertiga bersatu semula menjadi teman baik. Reza kini
bahagia dengan kehadiran Alisya Umaira sebagai kekasihnya.
Setelah
tamat waktu makan tengahari, masing-masing menyambung semula kerja seperti
biasa. Adrianna Wafiyah akan menjadi bertambah sibuk kerana terpaksa menangung bebanan
kerja Sofea. Nasib baik Reza membahagikan kerja Sofea kepada orang lain juga.
Kalau semua kerja Sofea diserahkan bulat-bulat kepadanya mahu patah bahu
Adrianna Wafiyah.
Sebelum
pulang semua rakan-rakan sepejabat bersalaman dengan Sofea. Tidak terkecuali
dengan Adrianna Wafiyah. Jika tengahari tadi dia masih boleh bergurau-gurau
dengan Sofea, kini dia tidak dapat membendung perasaan sedihnya lagi.
“Fea,
kau jaga diri tau kat sana nanti. Aku mungkin tak dapat hantar kau ke airport.” Ucap Adrianna Wafiyah.
“It’s okay, lagipun aku akan berangkat
dari Johor Bahru. Kau pun kalau ada apa-apa masalah jangan simpan seorang. Call aku okay.” Jawab Sofea.
Mereka
berpelukkan seketika. Masing-masing menyeka air mata. Sedih kerana terpaksa
berpisah. Hubungan mereka sudah seperti adik-beradik.
Adrianna
Wafiyah melambai tangan kepada Sofea sebelum memandu pulang.
Hari ini Adrianna
Wafiyah perlu pulang awal ke rumah kerana dia mahu mengambil pakaiannya. Malam
ini dia akan tidur di rumah keluarga mertuanya. Esok mertuanya akan mengadakan
kenduri doa selamat sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah. Dia telah terlewat
kerana meluangkan masa yang ada bersama Sofea sebelum sahabatnya itu berangkat.
Sampai sahaja dirumah, Adam Rayyan telah menanti
kepulangannya di ruang tamu.
“Lambat sayang balik. Janji nak bertolak awal ke rumah
mummy.” Tegur Adam Rayyan.
“Sorry abang.
Tadi Wafi leka berbual dengan Fea sampai tak perasan dah lewat.”
“Jadi ke Fea berangkat ke Sabah.?”
“Jadi. Sebab itulah yang lambat tadi.”
“Cepatlah bersiap. Dalam perjalanan nanti kita singgah
Solat Maghrib di masjid aje.”
“Okay. Kejap.”
Adrianna Wafiyah bergegas ke bilik tidur untuk mengambil
beberapa helai pakaian untuk dibawa ke rumah mertuanya.
Setelah mengunci pintu kondo mereka, kereta Adam Rayyan
meluncur laju di jalan raya. Jalan Raya agak sesak memandangkan sekarang waktu
orang ramai keluar pejabat. Adam Rayyan memasang radio bagi meghilangkan rasa
mengantuk yang mula bertandang. Adrianna Wafiyah disebelah telah lama membuai
mimpi.
‘Penat sangat ke. Baru aje masuk kereta terus terlelap.’
Ujar Adam Rayyan dalam hati.
Dia membelai pipi isterinya. Lama dia membelai pipi
isterinya sebelum tangan itu mendarat di tangan isterinya. Dia membawa jari-jemari
isterinya ke bibir. Dikucup perlahan sebelum dia meletakkan kembali tangan
isterinya disisi.
Adam Rayyan menyanyi perlahan bait-bait lagu Maher Zain.
Lama-kelamaan dia menyanyi dengan penuh perasaan. Lupa pada Adrianna Wafiyah
yang sedang tidur di kerusi penumpang.
For
the rest of my life
I'll
be with you
I'll
stay by your side honest and true
Till
the end of my time
I'll
be loving you. loving you
For
the rest of my life
Through
days and night
I'll
thank Allah for open my eyes
Now
and forever I I'll be there for you
I
know that deep in my heart now that you're here
Infront
of me I strongly feel love
And
I have no doubt
And
I'm singing loud that I'll love you eternally
For
the rest of my life
I'll
be with you
I'll
stay by your side honest and true
Till
the end of my time
I'll
be loving you.loving you
For
the rest of my life
Thru
days and night
I'll
thank Allah for open my eyes
Now
and forever I I'll be there for you
I
know that deep in my heart
Tiba-tiba
kedengaran tepukkan dari sebelah. Dia menoleh ke arah Adrianna Wafiyah.
Isterinya itu sedang tersenyum memandang ke arahnya. Entah sejak bila Adrianna
Wafiyah memerhati dia sedang menyanyi.
“Sedapnya suara abang. Pandai betul abang menyanyi. Kalah
Maher Zain.” Puji Adrianna Wafiyah.
“Sejak bila sayang bangun. Ohh..diam-diam intai abang
menyanyi ya..” Adam Rayyan mencubit pipi isterinya.
“Ouchh,
sakitlah. Abang yang menyanyi kuat sangat. Sampai terbangun Wafi.” Adrianna
Wafiyah menggosok pipinya.
“Iya ke sayang? Kuat sangat ke abang menyanyi tadi.”
Tanya Adam Rayyan.
“Kuatlah. Nasib baik kereta-kereta kat luar tu tak dengar
suara abang. Kalau tak, mahu terbabas kereta dorang dengan suara abang yang sedap ni.” Usik Adrianna Wafiyah.
“Amboii..dah pandai perli abang nampaknya.” Adam Rayyan
mencubit pipi Adrianna Wafiyah lagi.
“Sakitlah abang. Ingat pipi Wafi ni apa.” Geram Adrianna
Wafiyah dengan suaminya yang suka sangat mencubit pipi gebunya.
“Ala..la..meh
sini abang tengok.” Adam Rayyan mengusap perlahan pipi isterinya.
“tapikan bang, suara abang memang sedap. Lepas ni
bolehlah abang menyanyi lagi untuk Wafi.” Puji Adrianna Wafiyah dengan ikhlas.
“Nak abang menyanyi bayar la. Ingat free ke?” Usik Adam Rayyan.
Mereka sama-sama ketawa. Terus hilang mengantuk Adam
Rayyan. Setelah berhenti Solat di masjid berhampiran dan mengisi perut mereka
yang berkeroncong akhirnya mereka sampai jua di kediaman orang tua mereka.
Adam Rayyan membawa beg pakaian mereka ke dalam rumah.
Rumah banglo itu kelihatan agak sunyi. Hanya mak Limah yang menyambut
kepulangan mereka.
“Mana yang lain mak Limah?” Tanya Adrianna Wafiyah sambil
menyalami tangan tua itu.
“Datin ada kat atas sedang solat agaknya. Datuk dengan
Lisya belum balik lagi.” Jawab mak Limah.
“Sayang tolong ambilkan abang air.” Suruh Adam Rayyan
sambil menyandarkan kepala di sofa.
“Tak apa biar mak Limah ambilkan. Wafi duduklah sana.”
“Eh, tak mengapalah mak Limah. Biar Wafi yang buat. Mak
Limah cuma tolong wafi simpan beg pakaian ni kat bilik aje.”
“Baiklah.” Mak Limah mengambil beg pakaian yang
dimaksudkan.
Adrianna Wafiyah melangkah ke dapur. Dia menyediakan air untuk suaminya. Selang beberapa minit kemudian Adrianna Wafiyah keluar dari dapur dengan membawa seteko air nescafe.
“Minum bang.” Adrianna Wafiyah menghulurkan air untuk
suaminya.
“Thanks
sayang.”
Adam Rayyan menghirup air itu dengan berhati-hati. Kalau
gopoh mahu melecur lidahnya. Adrianna Wafiyah pula membaca majalah sambil
menemani suaminya minum.
“Dah lama sampai.?” Tanya Datin Rohana sambil menuruni
anak tangga.
“Baru lagi mummy.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil
mendongak memandang ibu mertuanya.
Datin Rohana mengambil tempat duduk dihadapan mereka.
“Air mummy.” Adrianna Wafiyah menghulurkan secawan
nescafe untuk ibu mertua.
“Terima kasih.” Datin Rohana mengambil air itu dan
menghirupnya perlahan.
“Wafi, ibu kamu datang kenduri esok?” Tanya Datin Rohana
sambil meletakkan kembali cawan ke atas meja.
“Wafi dah bagitahu ibu, tapi ibu minta maaf sangat-sangat
dekat mummy. Dia tak dapat datang esok sebab
Tok Leman tak berapa sihat. Ibu tak sampai hati nak tinggalkan Tok Leman
seorang-seorang dekat rumah.” Terang Adrianna Wafiyah.
“Kalau macam tu tak mengapalah. Teruk ke sakitnya?”
“Kata ibu cuma demam biasa.”
“ Oh, tak mengapalah. Nanti kalau ada masa mummy jumpalah
dengan ibu kamu.”
“InShaAllah.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil senyum.
“Kamu dah makan ke belum. Entah apa yang mak Limah masak
hari ni. Mummy tak tahu yang korang
berdua balik malam ni. Kalau tak , boleh mummy masak.”
“Eh, tak apa mummy. Tadi kami singgah makan kat luar.
Abang Ray lapar sangat.”
“Abang pula. Bukan sayang ke yang lapar sangat tadi.
Sejak akhir-akhir ni abang tengok sayang ni kuat makan.”
“Wafi pula. Abang tu la yang..”
Belum sempat Adrianna Wafiyah menghabiskan ayatnya Datin
Rohana mencelah.
“Sudah..tak habis-habis nak bergaduh. Macam budak-buadak.
Esok-esok kalau ada anak entah macam mana.” Bebel Datin Rohana.
“Entah-entah sayang ni ada isi tak?”
“Haah Wafi, kamu tak check ke?. Mana la tahu betul cakap
si Ray ni. Korang pun dah lama
kahwin.” Sambung Datin Rohana pula.
“Eh, mana ada. Wafi baru habis period. Tak mungkinlah.” Jawab Adrianna Wafiyah dengan wajah yang
semakin membahang. Malu dengan ibu mertuanya. Suaminya ini selamba sahaja
bertutur begitu di hadapan ibu mertuanya.
“Ala, kempunan la mummy nak timang cucu.” Datin Rohana
membuat mimik muka sedih.
“Mummy, banyak masa lagi. Ray akan usaha lebih sikit
lepas ni.” Usik Adam Rayyan sambil mengenyitkan mata kepada isterinya.
“Kamu ni suka sangat menyusik Wafi.” Jawab Datin Rohana.
“Jom sayang kita naik atas. Kesian mummy nak cucu.” Usik
Adam Rayyan lagi.
“Ya Allah gatalnya abang ni.” Adrianna Wafiyah mencubit
peha suaminya.
“Ouchh,
sakitlah. Mummy tengoklah menantu mummy ni. Garang sangat. Macam mana Ray nak
bagi mummy cucu kalau macam ni.” Adam Rayyan masih giat mengusik isterinya.
“Abang nak kena lagi ke.” Adrianna Wafiyah sudah
mengeluarkan tangan ketamnya.
“Sorry-sorry,
abang guaru aje.” Adam Rayyan mengangkat tangan tanda mengaku kalah.
“Macam-macam korang
berdua ni. Dah la, mummy nak ke dapur kejap.” Ujar Datin Rohana tersenyum
sambil melangkah ke dapur.
“Abang saja nak malukan Wafi depan mummy kan.” Tanya Adrianna
Wafiyah sambil mencekak pinggangnya.
“ Cabutt..” Adam Rayyan segera berlari menaiki anak
tangga ke bilik.
“Abang..!!” Laung Adrianna Wafiyah. Dia tidak sempat
berkata apa-apa. Kelibat suaminya terus hilang ke dalam bilik.
Adrianna Wafiyah mengatur langkahnya ke dapur. Dia mahu
melihat persiapan untuk kenduri doa selamat esok. Dari jauh dia dapat mendengar
ibu mertuanya sedang berbual dengan mak Limah.
“Mummy buat apa tu?” Tanya Adrianna Wafiyah.
“Tak ada buat apa. Saja kacau mak Limah buat kuih bakar.”
Jawab Datin Rohana.
“Mak Limah buat kuih bakar untuk kenduri esok ke.?”
“Iya la. Rajin mak Limah kamu ni. Mummy nak tempah aje.
Tapi mak Limah kamu ni nak buat sendiri.”
“Nak tolong. Boleh Wafi belajar buah kuih ni.”
“Nak tolong apanya Wafi. Mak Limah dah siapkan pun.
Tinggal bekas terakhir dalam ketuhar tu.” Jawab Mak Limah.
“Ala..baru nak belajar buat.”
“Lain kali nanti Limah ajar Wafi. “ Balas mak Limah.
“Hurmm..Mummy esok kita nak masak apa untuk kenduri.?”
“Mummy dah tempah katering. So, tak payah kita susah-susah nak masak. Lagipun mummy ni bukan
larat sangat nak memasak banyak-banyak.”
“Wafi kan ada. Wafi boleh aje tolong mummy masak.”
“Tak mengapalah. Kita rehat-rehat aje esok. Wafi cuti
kan.?”
“Haah cuti.”
“mummy..kalau tak ada apa-apa nak buat, Wafi ingat naik
atas dulu lah. Nak mandi. Dah melekit badan ni.”
“Iya lah. Mummy pun nak naik atas juga kejap lagi. Mummy
nak tunggu daddy kejap. Katanya dah nak sampai.”
Adrianna Wafiyah melangkah keluar dari dapur. Dia menaiki
anak tangga hingga ke biliknya. Seperti biasa Adrianna Wafiyah dapat mengagak
pasti suaminya sedang tidur. Pantang dapat bantal mesti suaminya itu akan
tidur.
Adrianna Wafiyah menguak pintu bilik perlahan-lahan.
Suasana bilik agak sunyi. Dalam kesamaran lampu tidur, dia dapat melihat
kelibat suaminya sedang tidur membelakangkan dirinya.
Adrianna Wafiyah menapak perlahan-lahan menghampiri
katil. Dia memanjat katil itu dan duduk bersimpuh disebelah suaminya. Lama dia
memerhati suaminya.
“Kan dah kata, pasti dia akan tidur.” Adrianna Wafiyah
berkata perlahan.
Adrianna Wafiyah mengesot untuk turun dari katil. Dia
mahu mandi kerana badannya terasa melekit kerana sejak pulang dari pejabat tadi
dia belum lagi mandi.
Belum
sempat Adrianna Wafiyah menurunkan kaki dari katil itu, dia terasa pinggangnya
dipeluk kemas dari belakang. Adrianna Wafiyah menjerit kegelian.
“Abang lepas la. Wafi nak mandi ni.”
“Kejaplah. Abang nak peluk sayang kejap aje.” Rengek
suaminya.
“Wafi belum mandi ni.”
Adrianna
Wafiyah cuba melepaskan diri. Tapi tidak berjaya. Tiba-tiba dia terasa tubuhnya
melambung kerana Adam Rayyan telah mencempungnya ke bilik air. Dia cuba meronta
untuk turun. Tapi apakan daya tenaganya tidak dapat melawan tenaga lelaki
suaminya itu. Akhirnya dia pasrah aje.
“Kita
mandi sama-samalah. Abang pun belum mandi.” Ucap Adam Rayyan selamba sambil
menurunkan Adrianna Wafiyah ke lantai.
“Abang
ni..” Belum sempat Adrianna Wafiyah menghabiskan kata-katanya Adam Rayyan telah
meletakkan dirinya di dalam bath tub
yang telah berisi air.
Adrianna
Wafiyah akur. Dia menghayati kesegaran berada di dalam air yang agak suam itu.
Terasa segar badannya apabila diurut perlahan oleh suaminya.
Gurau
tawa mereka di dalam bilik air itu menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga
mereka yang terbina. Mereka berendam agak lama di dalam bath tub itu. Gelak ketawa Adrianna Wafiyah jelas kedengaran bila
suaminya membuat lawak. Gamat ruang bilik air itu dengan suara mereka berdua.
Nasib baik pintu tertutup, jika tidak sudah tentu satu rumah kedengaran suara
mereka.
waw...bahagianya, bagi lagi........
ReplyDeletelebih panjang lagilah...hehe, biar lama dikit bacanya.
pembaca setia Indonesia
Terima Kasih sekali lagi..akan dicuba..he..he..
Delete