BAB 44
Langit
yang cerah dan kebiruan itu nampak sangat indah. Angin laut sepoi-sepoi bahasa
itu terasa nyaman apabila menampar lembut pipi Adrianna Wafiyah. Tudung yang
dipakainya terkibas-kibas ditiup angin laut.
Dari jauh dia dapat mendengar suara
anak-anak lelaki kembarnya sedang berseronok dan ketawa girang bermain bola
pantai bersama Reza dan Adam Rayyan. Datin Rohana dan Datuk Razlan menjadi
penonton setia di gelanggang buatan mereka itu. Alisya Umaira pula sedang sibuk
melayan anaknya yang baru berusia enam bulan itu. Kini keluarga Datin Rohana
tambah meriah dengan keletah cucu-cucu mereka.
Hari ini juga usia anak-anak kembarnya
genap 5 tahun. Terasa baru semalam Adrianna Wafiyah melahirkan anak-anak
kembarnya itu. Cepat benar masa berlalu. Kehidupan hariannya juga bertambah
sibuk dengan menguruskan tiga heronya. Namun semua itu membahagiakan Adrianna
Wafiyah.
Kini Adrianna Wafiyah disahkan
mengandung anak ketiga. Kandungannya kini telah masuk 6 bulan. Ini bermakna tidak lama lagi dia dan Adam
Rayyan akan menimang cahaya mata yang ketiga. Rayyan Qalif dan Rayyan Qayyum
juga akan menjadi seorang abang tidak lama lagi. Menurut doktor anak ketiga
yang dikandung oleh Adrianna Wafiyah adalah anak perempuan. Syukur
Alhamdulillah atas nikmat yang ALLAH S.W.T berikan padanya.
Adam Rayyan telah berkata kepada
Adrianna Wafiyah cukuplah mereka punya tiga orang cahaya mata. Adam Rayyan
tidak mahu Adrianna Wafiyah menanggung kesakitan lagi. Tapi bagi Adrianna
Wafiyah pula kesakitan itu hanya dirasai oleh setiap ibu. Pengalaman melahirkan
anak merupakan pengalaman terindah bagi setiap ibu yang tidak akan difahami
oleh setiap lelaki.
“Mama!!” Adrianna Wafiyah mendengar
jeritan Rayyan Qalif dan Rayyan Qayyum memanggilnya.
Adrianna Wafiyah melambai-lambaikan
tangan pada anak-anak kembarnya. Dia tersenyum melihat Rayyan Qalif dan Rayyan
Qayyum yang semakin membesar dan semakin tampan seperti Adam Rayyan.
Adam Rayyan berlari-lari anak menuju
ke arah Adrianna Wafiyah. Dia sempat melambai tangan pada anak-anak kembarnya .
“Sayang..kenapa duduk
seorang-seorang dekat sini.?” Tanya Adam Rayyan
“Saja Wafi nak ambil angin kat
sini.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil menyandarkan kepala di bahu suaminya.
“Papa..Papa..” Rayyan Qalif sedang
berlari mendapatkan Adam Rayyan.
“Kenapa sayang?” Tanya Adam Rayyan
pada anaknya itu.
“Que tak nak bagi bola pada Qal.”
Rayyan Qalif mengadu dalam pelatnya kepada Adam Rayyan.
“Qal cakaplah pada Que yang Qal nak
main sama-sama. Janganlah gaduh-gaduh sayang.” Pujuk Adrianna Wafiyah.
“Tapi Qal dah cakap..Que buat tak
tahu aje.”Rayyan Qalif mula menangis.
“Que..bagilah Qal main sama.” Laung
Adam Rayyan dari jauh.
“Qal sinilah.” Panggil Rayyan
Qayyum.
“Dah pergi main. Tak nak gaduh-gaduh
lagi ya sayang.”Ujar Adrianna Wafiyah.
Rayyan Qalif berlari menuju ke tepi
pantai. Reza yang berada di situ melayan keletah anak-anak buahnya.
“Sekejap masa berlalu kan sayang..
Pejam celik dah 7 tahun kita berkahwin.” Kata Adam Rayyan.
“Alhamdulillah..terima kasih abang
kerana sentiasa menyayangi Wafi. Terima kasih juga kerana menerima Wafi
seadanya.” Ucap Adrianna Wafiyah.
“Abang juga nak berterima kasih pada
sayang kerana sentiasa bersabar dengan kerenah abang dari kita mula-mula kahwin
hinggalah sekarang.” Balas Adam Rayyan.
“Sejak abang hadir dalam hidup Wafi,
Wafi mula kenal erti cinta. Cinta yang telah menyatukan kita. Cinta juga yang
telah membuat kita bahagia. Cinta adalah amanah dari Allah SWT. Wafi akan
sentiasa menjaga amanah ini.” Kata Adrianna Wafiyah sambil menggenggam
jari-jemari Adam Rayyan. Sungguh dia tidak sanggup kehilangan Adam Rayyan.
“Hadirnya sayang dalam hidup abang
telah membuatkan abang merasa bahagia. Abang tidak mencari kesempurnaan dalam
diri sayang. Cukuplah dengan sayang selalu membahagiakan abang selama ini.
Abang akan sentiasa mencintaimu.” Kata Adam Rayyan dengan romantis dan Adrianna
Wafiyah terasa terharu dengan kata-kata romantis itu. Dia terus memeluk leher
Adam Rayyan.
Adam Rayyan memeluk pinggang
Adrianna Wafiyah kemas. Mereka menikmati keindahan pantai yang sangat
mendamaikan sambil melihat keseronokan anak-anak kembar mereka bermain di tepi
pantai.
Semoga
cinta mereka terus mekar hingga ke akhir hayat.
-Tamat-