Melihat kepada tajuk sahaja dah boleh buat masyarakat terutama kaum isteri memandang serius terhadap perkara ini.
Sememangnya terlalu banyak kejadian mengenai perampas suami orang ini.. Kesannya sangat buruk kepada pihak yang terlibat..
Menjadi lumrah setiap manusia diberi perasaan untuk mencintai dan menyayangi seseorang yang mereka suka.. Tetapi wajarkan sebagai seorang perempuan itu mencintai seorang lelaki yang berstatuskan suami orang sehingga menyebabkan runtuhnya Rumah Tangga perempuan lain..
Adakah si perempuan akan merasa bahagia sekiranya dia meruntuhkan kebahagiaan orang lain demi mencari kebahagiaan untuk dirinya..
Akan menjadi dosa buat si perempuan yang mencintai suami seseorang sehingga menyebabkan si suami itu bercerai berai dengan isterinya.. Apatah lagi kalau si perempuan itu yang memulakan langkah walaupun dia mengetahui akan status lelaki tersebut.
Tidak ada yang menarik pun sekiranya kita bercinta dengan suami orang.. Banyak perkara yang negatif yang akan dihadapi. Misalnya si perempuan akan sentiasa rasa bersalah dengan tindakannya. Digelar perampas suami orang.
Sebagai seorang perempuan.. Elaklah bercinta dengan suami orang. Elaklah merindui suami orang.. Elaklah dari meruntuhkan Rumah Tangga orang lain.
**Alhamdulillah aku masih bahagia dengan suami tercinta. 😊**
*adakah ini Jalan cerita novel seterusnye.. Hihi...jeng..jeng..