Awal-awal pagi lagi
Alisya Umaira telah siap dan sedang menanti kedua-dua orang tuanya untuk
bersarapan. Hari ini dia dan Reza telah berjanji untuk mengambil cuti bagi
mempersiapkan majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada bulan
hadapan. Jangka masa yang singkat membuatkan Alisya Umaira terkejar-kejar ke
sana ke mari demi memastikan majlisnya nanti berjalan lancar.
Datin Rohana dan Datuk Razlan sedang menuruni anak tangga
ketika Alisya Umaira sedang menyiapkan meja makan. Sejak mahu mendirikan rumah
tangga, Alisya Umaira sudah rajin ke dapur. Hari ini dia pula yang menyediakan
sarapan. Itupun masih lagi memerlukan khidmat pertolongan dari mak Limah.
“Amboi, rajinnya anak perempuan mummy ni.?” Puji Datin
Rohana.
“Mestilah kena rajin Ana. Lepas ni dah nak jadi isteri
orang. Kenalah belajar memasak.” Tambah Datuk Razlan pula.
“Mummy, papa..hari ni Lisya yang masak tau. Jomlah
makan.” Ajak Alisya Umaira.
Datin Rohana dan Datuk Razlan menarik kerusi untuk duduk.
Mereka tidak sabar mahu merasa masakan pertama anak perempuan mereka. Tidak
pernah Alisya Umaira memegang sudip sebelum ini. Alisya Umaira menceduk mee
goreng ke dalam pinggan Datin Rohana dan Datuk Razlan.
“Macam mana?. Sedap tak?” Tanya Alisya Umaira.
“Boleh tahan rasanya. Pandai anak mummy masak.” Puji
Datin Rohana.
“Tapi mak Limah yang bagi tahu bahan-bahannya. Lisya
tinggal masukkan ke dalam kuali. He..he..he..”
Ujar Alisya Umaira sambil tersengih.
“Ni, kamu tak kerja ke hari ni?” Tanya Datuk Razlan.
“Tak..hari Lisya nak pergi cari barang hantaran dengan
Reza. Lepas tu nak pergi butik pengantin pula. Nak fitting baju.”
“Baguslah tu. Majlis kamu pun tak lama lagi. Pasal
pelamin semua biar mummy yang uruskan.”
“Thank you
mummy.” Ucap Alisya Umaira dalam nada manja.
Titt..titt..
Bunyi SMS yang masuk dari telefon bimbit milik Alisya Umaira.
Alisya Umaira membaca SMS itu seketika. Dia terus bangun
dan mencapai beg tangannya.
“Mummy, papa Lisya perlu ya. Reza dah sampai kat luar
tu.” Ujar Alisya Umaira sambil bersalaman dengan Datin Rohana dan Datuk Razlan.
“La,suruhlah Reza masuk dulu. Tak nak ke bagi bakal suami
kamu rasa mee goreng kamu ni.” Usik Datuk Razlan.
“Tak payahlah papa. Malulah Lisya kalau Reza tahu yang
Lisya baru nak belajar memasak. Okaylah Lisya pergi dulu.”
“Bertuah betul anak perempuan awak ni. Tak dipelawanya
tunang dia masuk.”
“Biarlah bang. Mereka dah lambat agaknya tu.” Bela Datin
Rohana.
“Hmm, saya ke pejabat dululah.” Datuk Razlan bangun dan
diikuti oleh Datin Rohana untuk menghantar suaminya di muka pintu utama.
Reza hanya mengenakan
seluar jeans dan t’shirt berkolar. Dia
tampak ringkas dan bergaya dalam pakaian kasual seperti ini. Dia memandu kereta
berhati-hati. Maklumlah dia dan Alisya Umaira berdarah manis. Bakal pengantin
baru.
“Lisya sayang, kita nak pergi mana dulu ni?” Tanya Reza
sambil memandang sekilas ke arah tunangnya itu.
“Lisya rasa, kita pergi beli barang hantaran dululah.
Lepas tu baru kita pergi fitting
baju.”
“Tapi Shopping Mall
mana yang buka pagi-pagi begini?” Soal Reza.
“Iya tak ya juga kan. Kenapa abang tak tanya soalan ni
semalam masa call Lisya. Kalau tak,
tak perlulah kita keluar awal begini. Lisya langsung tak ingat. Semua Shopping Mall kat KL ni buka pukul 11
pagi.”
“Abang pula disalahkan. Manalah abang tahu apa plan Lisya. Abang ikutkan aja bila
Lisya suruh ambil pukul 8 pagi.”
“Iyalah Lisya yang salah. Dah biasa pergi pejabat pukul 8
pagi sampai terbawa-bawa perangai tu walaupun tengah bercuti ni.”
“Dahlah tak payah nak pening-pening kepala. Kita pergi
sarapan dululah. Lagipun abang belum makan lagi ni.”
“Ikut abanglah.”
Reza meneruskan perjalanan ke Pusat Bandar. Mereka
memilih untuk bersarapan di Restoran Pelita yang berletak bersebelahan dengan
KLCC. Reza memakirkan kereta dihadapan restoran itu. Alisya Umaira hanya
membuntuti langkah Reza ke restoran itu.
Pagi-pagi begini restoran itu dipenuhi dengan warga kota
yang mahu bersarapan sebelum memulakan kerja di pejabat-pejabat yang
berhampiran. Alisya Umaira memesan roti canai dan segelas air milo panas.
Berbeza sekali dengan selera Reza yang telah memesan nasi kandar. Terkejut
Alisya Umaira kerana Reza memesan nasi kandar awal pagi begini. Reza yang
perasaan reaksi tunangnya terus menjawab.
“Abang lapar. Semalam tak sempat makan. Balik dari
pejabat terus tidur.”
“Lisya tak kata apa pun. Makanlah apa yang abang nak
makan.”
“Elleh..macamlah
abang tak tengok wajah Lisya yang terkejut bila abang minta kat mamak tu nasi
kandar.” Ujar Reza sambil menciut hidung tunangnya.
“Terkejut sikitlah. Nasi goreng boleh terima lagi. Ini
terus nasi kandar. He..he..he.. Tapi tak
mengapa, Lisya faham abang lapar kan..” Jawab Lisya sambil ketawa nakal.
“Suka sangat sakat abang kan. Dah jadi isteri abang
nanti, buatlah nakal-nakal begini..memang tak turunlah Lisya dari katil.”
“Amboi, gurau kasar ni. Control sikit bang.” Balas Alisya Umaira dengan wajah yang
kemerahan kerana malu dengan kata Reza sebentar tadi.
Reza ketawa dengan reaksi wajah Alisya Umaira. Dia tahu
pasti Alisya Umaira malu dengan kata-katanya sebentar. Sengaja dia mahu
mengusik tunangnya itu. Wajah Alisya Umaira tertambah comel di mata Reza bila
melihat tunangnya itu malu-malu.
“Kenapa abang pandang-pandang Lisya?. Suka buat Lisya
malukan.” Tanya Alisya Umaira sambil mencubit pipi tunangnya itu.
“Suka tengok wajah Lisya bila malu. Nampak cute sangat.”
“Hish..dah la. Makan cepat. Tadi kata lapar.”
“Cepat-cepat pun nak ke mana. KLCC tu bukan buka lagi
pun.” Jawab Reza sambil menguapkan nasi ke mulutnya.
Akhirnya Alisya Umaira kehabisan modal mahu membalas
kata-kata Reza. Dia hanya menikmati roti
canainya. Makin dia membalas kata-kata Reza, semakin giat tunangnya itu menyata
dirinya. Oleh itu lebih baik dia makan diam-diam daripada menjadi bahan usikan
tunangnya itu.
Selepas habis makan, mereka berjalan-jalan di sekitar
taman KLCC sambil menunggu pukul 11 pagi. Sambil berbual-bual kosong, mereka
melihat gelagat-gelagat pengunjung yang bersenam di sekitar taman KLCC ini.
Melihat jam hampir pukul 11 pagi, mereka berjalan
memasuki dalam KLCC. Dari satu butik ke satu butik yang lain mereka masuk untuk
membeli barang-barang hantaran. Nasib baik segala barang-barang yang mereka
mahukan semunya ada di KLCC. Setelah semua barang telah dibeli, mereka bergerak
pulang kerana selepas itu mereka mahu pergi ke butik pengantin untuk mencuba
pakaian pengantin yang telah direka khas oleh pereka fesyen terkemuka di Kuala
Lumpur.
Adrianna Wafiyah
menemani suaminya sarapan pagi dirumah mereka. Adrianna Wafiyah hanya
menyediakan roti bakar untuk suaminya kerana Adam Rayyan tidak mahu dia
bersusah payah untuk memasak. Adam Rayyan hanya mahu dia rehat secukupnya.
“Betul ke malam ni sayang tak nak ikut?” Tanya Adam
Rayyan sekali lagi.
“Malaslah, Wafi tak biasalah nak bergaul dengan
orang-orang kaya ni.” Jawab Reza.
Malam ini Adam Rayyan mendapat jemputan untuk menghadiri
majlis makan malam amal yang dibuat oleh sebuah syarikat kenalannya. Adrianna
Wafiyah enggan turut serta memandangkan majlis itu akan dihadiri oleh
orang-orang kenamaan. Dia agak kekok mahu bergaul dengan orang-orang kaya. Lagi
pula dalam keadaan mengandung seperti ini dia tiada hati mahu mengikut
suaminya. Nasib baik Adam Rayyan faham keadaannya.
“Tapi abang risau pula nak tinggalkan sayang
seorang-seorang dirumah.”
“Ala, Wafi belum nak bersalin lagi. Masih lambat lagi.”
“Bukan itu yang abang risaukan. Abang risau kalau-kalau
ada pencuri ke. Kalau dia apa-apakan sayang nanti macam mana.” Adam Rayyan mula
berfikir yang bukan-bukan.
“Abang ni saja nak takutkan Wafi pula.”
“Hmm, betul ni sayang tak nak ikut?, Jomlah bukan lama
pun. Abang janji kita balik awal nanti.” Adam Rayyan cuba memujuk isterinya
sekali lagi.”
“Tak mengapalah. Wafi malaslah nak pergi. InShaAllah tak kan
ada apa-apa yang berlaku. Abang jangan nak lemahkan semangat Wafi pula.”
“Kalau macam tu dari pejabat nanti abang akan terus
pergi. Kalau ada apa-apa cepat-cepat call
abang.”
“Okay.” Adrianna Wafiyah bersalaman dengan suaminya
sambil menghantar suaminya hingga ke pintu utama.
Adam Rayyan mengucup dahi dan pipi isterinya. Terasa
berat hati mahu pergi pejabat hari ini. Hatinya tidak enak. Namun dia tidak
menyuarakan pada Adrianna Wafiyah. Bimbang jika isterinya takut pula nanti.
Adrianna Wafiyah mengemas meja makan dan berlalu ke bilik
tidur. Dia mengutip semua pakaian-pakaian kotor dan dibawa ke mesin basuh untuk
dicuci. Jika Adam Rayyan ada dirumah pasti dia akan melarang Adrianna Wafiyah
membuat semua kerja ini. Namun begitu entah kenapa Adrianna Wafiyah terasa mahu
melakukan semua kerja rumah pada hari ini.
Perutnya mula berkeroncong. Dia melihat jam yang
tergantung di dinding. Sekarang telah menunjukkan pukul 2 petang. Dia begitu
leka mengemas rumah sehingga tidak perasan hari dah semakin petang. ‘Patut aku rasa lapar.
Rupanya dah petang.’ Kata hati Adrianna Wafiyah.
Dia membuka peti sejuk untuk melihat apa yang boleh
dimasak untuk dia mengisi perut yang lapar. Melihat sayur-sayur yang terdapat
dia dalam peti sejuk itu maka Adrianna Wafiyah berkira-kira mahu membuat sup
sayur sahaja. Dia mengeluarkan sayur-sayur yang ada. Baru sahaja dia mahu
membasuh sayur-sayur itu, tiba-tiba dia terdengar pintu rumah diketuk. ‘Siapa
pula yang datang.’ Detik hatinya. Adrianna Wafiyah terus bergegas ke pintu
utama untuk melihat siapa yang datang.
“Encik cari siapa?” Tanya Adrianna Wafiyah pelik melihat
seorang lelaki berpakaian pejabat berdiri dihadapan pintu grill rumahnya.
“Saya Rahim puan. Encik Rayyan minta saya bawakan makanan
untuk puan.” Jelas lelaki itu.
“Encik Rayyan tak ada pula pesan apa-apa kepada saya.”
“Encik Rayyan ada mesyuarat puan. Dia tak sempat nak
hubungi puan. Jadi dia minta saya yang hantar kepada puan.”
“Oh, sekejap ya saya ambil kunci.”
Pintu grill dibuka dan Adrianna Wafiyah mengambil
bungkusan dari lelaki yang mmperkenalkan diri sebagai pekerja suaminya. Tanpa
berfikir yang bukan-bukan, Adrianna Wafiyah hanya membiarkan pintu itu terbuka
sementara dia meletakkan makanan itu di atas meja.
“Cantik rumah puan.” Puji lelaki itu.
Adrianna Wafiyah yang merasa suara itu begitu dekat
ditelinganya terus berpusing. Dia agak terkejut melihat lelaki itu telah masuk
ke dalam rumah.
“Err, kalau tak ada apa-apa saya rasa baik awak balik
dulu. Nanti Encik Rayyan marahkan awak pula.”
“Dia tak kan marahkan saya sebab…saya bukan pekerjanya.”
Jawab lelaki itu sambil menghampiri Adrianna Wafiyah.”
“Jadi awak ni siapa?” Adrianna Wafiyah mula menjauhi
lelaki itu yang semakin hampir dengannya.
“Siapa saya itu tak penting. Apa yang penting sekarang
ini…” Lelaki itu mula memandang Adrianna Wafiyah dengan wajah yang nakal. Dia
mengusap perlahan lengan Adrianna Wafiyah yang terdedah itu.
Adrianna Wafiyah terasa mahu menjerit. Tetapi suaranya
seakan tersekat. Dia mula menggigil ketakutan. Saat ini apa yang dia harapkan
adalah suaminya pulang ke rumah untuk membantunya.
Lelaki itu menekup mulut Adrianna Wafiyah. Hanya seketika
sahaja, Adrianna Wafiyah terasa rumahnya berpusing-pusing dan lama-kelamaan dia
terus pengsan. Dengan pantas lelaki itu mengendong Adrianna Wafiyah keluar dari
rumah itu. Dia keluar berhati-hati agar tiada siapa yang curiga dengannya.
Beberapa kali Adam
Rayyan cuba menghubungi isterinya, namun panggilannya tidak berjawab. Dia mula
hairan kerana Adrianna Wafiyah tidak pernah tidak menjawab panggilan darinya.
Adam Rayyan mula tidak sedap hati. Dia segera mencapai kunci kereta dan pulang
ke rumah.
Sampai sahaja dirumah Adam Rayya mendapati pintu rumahnya
tidak berkunci. Dadanya mula berdebar-debar.
“Sayang…” Panggil Adam Rayyan. Namun tiada sahutan dari
Adrianna Wafiyah.
“Sayang….” Sekali lagi Adam Rayyan memanggil isterinya.
Adam Rayyan memandang keadaad rumahnya. Masih tersusun
rapi. Tiada tanda-tanda seperti rumah dipecah masuk. Dia melihat di atas meja
terdapat satu bungkusan seperti makanan yang belum terusik.
Adam Rayyan melangkah ke dalam bilik tidur untuk mebcari
isterinya. Namun kelibat isterinya tidak kelihatan. Dia terus bergegas ke
pondok penjaga untuk bertanyakan kepada penjaga bertugas jika ternampak
isterinya keluar rumah.
“Kamu ada Nampak isteri saya?” Tanya Adam Rayyan kepada
penjaga itu.
“Tadi ada seorang lelaki datang sini. Dia mengaku sebagai
pekerja Encik Rayyan. Katanya dia mahu menghantar makanan yang dikirimkan oleh
encik.” Jawab penjaga itu.
“Saya cuba hubungi puan Adrianna namun tiada siapa yang
jawab. Jadi saya benarkan lelaki naik ke atas kerana dia beritahu dia tidak
boleh lama di sini.” Terang penjaga itu lagi.
“Saya tak ada suruh staf saya datang sini.” Adam Rayyan
mula risau.
“lainkali kamu jangan benarkan sesiapa naik ke atas kalau
kamu tak dapat kebenaran dari tuan rumah.” Pesan Adam Rayyan.
“Sekarang ini isteri saya tiada dirumah. Saya nak tengok
CCTV.” Arah Adam Rayyan.
“Tapi Encik Rayyan, saya perlu dapatkan kebenaran dari
pihak pengurusan untuk benarkan Encik Rayyan tengok CCTV.”
“Hey! Sekarang ni wife saya dah hilang. Kamu masih nak
kata macamtu.!. Saya tak kira, saya nak kamu tunjukkan sekarang.! Sebelum saya
ambil apa-apa tindakan!” Adam Rayyan mula hilang sabar.
“Baik Encik Rayyan.” Penjaga itu
membuka CCTV pada masa lelaki itu sampai.
Adam Rayyan meneliti wajah lelaki
itu. Dia langsung tidak mengenali siapa lelaki itu. Apa tujuan lelaki itu
datang ke rumahnya. Dan kemana hilangnya Adrianna Wafiyah. Hati Adam Rayyan
mula tertanya-tanya.
“Kamu ada nampak lelaki itu keluar
semula.?” Tanya Adam Rayyan kepada penjaga itu.
“Tidak sampai setengah jam lelaki
itu keluar semula. Tetapi saya tidak nampak Puan Adrianna ada bersamanya di
dalam kereta itu.” Jelas penjaga itu.
“Tolong tunjukkan rakaman di
bahagian parking.”
Penjaga itu memainkan semula rakaman
CCTV mengikut masa lelaki itu sampai. Adam Rayyan meneliti rakaman itu.
“Stop..stop..”
Arah Adam Rayyan kepada penjaga itu. Dia dapat melihat dengan jelas lelaki itu
mengendong isterinya ke dalam kereta.
“Macam mana kamu boleh tak perasan
ada orang dah bawa lari isteri saya!”
“Maafkan saya Encik Rayyan. Tadi
saya tertidur,” Penjaga itu mengaku salahnya.
Adam Rayya mengetap bibir. Tiada
guna dia ters memarahi penjaga itu. Dia harus segera mencari isterinya. Entah
ke mana mahu mencari Adrianna Wafiyah. Dia langsung tiada pentunjuk. Adam Rayya
segera menghubungi Datuk Razlan.
“Pa, Wafi kena culik pa..Apa Ray nak
buat ni..?” Ujar Adam Rayyan sambil menangis.
“Apa kamu merepek ni Ray. Jangan
main-main dengan papa.” Marah Datuk Razlan.
“Buat apa Ray nak tipu. Pa sekarang
ni Ray on the way ke balai polis.”
“Ya Allah, siapa pula yang berdendam
dengan Wafi ni. Apa niat dia Ray.” Datuk Razlan mula risau dengan menantunya.
“kamu tunggu di balai polis sekejap
lagi papa sampai.”
Datuk Razlan terus meletakkan
telefon. Dia mahu bergegas ke balai
polis.
“Kenapa ni bang? Kenapa dengan
Wafi?” Tanya Dtain Rohana cemas. Alisya Umaira yang berada bersama turut cemas
bila melihat papanya kelam kabut.
“Wafi…wafi kena culik.”
“Hah! Kena culik?” Tanya Datin
Rohana dan Alisya Umaira serentak.
“Ya Allah, jangan jadi apa-apa pada
menantu aku. Selamatkanlah dia Ya Allah.” Ucap Datin Rohana sambil meraung.
“Pa, Lisya nak ikut papa.” Kata
Alisya Umaira.
“Tak Payahlah. Kamu teman mummy
dirumah. Nanti apa-apa papa bagitahu.”
“Baiklah pa.”
Datuk Razlan terus keluar bersama
Pak Hamid. Dia mahu ke balai polis bersama Adam Rayyan. Sepanjang perjalanan
dia tak henti-hentikan mendoakan keselamatan menantu dan cucu di dalam
kandungan menantunya.