BAB 40
Datin Rohana menemani
Adrianna Wafiyah ke klinik atas permintaan Adam Rayyan. Memandangkan tiada
apa-apa yang mahu dilakukan pada hari ini maka Datin Rohana terus bersetuju.
Dia mengambil menantunya di Kondo Adam Rayyan bersama pemandunya Pak Hamid.
Adrianna Wafiyah telah menantinya ketika dia sampai dihadapan lobi kondo itu.
“Assalamualaikum mummy,” Ucap Adrianna Wafiyah sambil
melangkah masuk ke dalam kereta Datin Rohana.
“Waalaikumussalam. Cantik anak mummy pagi ni.”
“Iya ke mummy, Abang yang beli baju ni.” Kata Adrianna
Wafiyah.
Pak Hamid meneruskan pemanduan dengan berhati-hati
memandangkan jalan raya agak sesak pagi-pagi begini. Adrianna Wafiyah dan Datin
Rohana pula bercerita mengenai pertunangan Alisya Umaira semalam. Adakalanya
mereka akan ketawa bila menyentuh perkara-perkara yang melucukan.
Sampai sahaja dihadapan klinik, Adrianna Wafiyah dan
Datin Rohana berjalan beriringan menuju ke dalam klinik. Pak Hamid hanya
menunggu di luar. Adrianna Wafiyah menunggu giliran untuk pemeriksaan.
“Wafi, lepas kita pergi Shopping mall nak tak?” Tanya Datin Rohana.
“Hmm, boleh tapi Wafi kena bagitahu abang dulu.”
“Cubalah Wafi call dia.”
“Tapi kata abang pagi ni dia ada meeting. Tapi Wafi cuba kejap.” Adrianna Wafiyah mendial nombor
suaminya. Namun panggilan itu tidak dijawab.
“Macam mana?” Tanya Datin Rohana.
“Erm, dia tak jawab. Masih meeting agaknya.”
“Nantilah call balik. Ala, tak kan Ray nak marah Wafi
kalau keluar dengan mummy.”
Adrianna Wafiyah hanya menggangguk kepala tanda setuju.
Nanti dia akan menghantar SMS kepada suaminya memberitahu bahawa dia akan
keluar bersama Datin Rohana.
“Puan Adrianna” Panggil Jururawat bertugas.
“Mummy, Wafi masuk sekejap ya.”
“Pergilah. Mummy tunggu kat luar aja.”
Adrianna Wafiyah berjalan masuk ke dalam bilik doktor.
Dia duduk dikerusi di hadapan doktor itu. Jururawat yang di dalam bilik doktor
itu mengambil tekanan darah Adrianna Wafiyah sebelum membuat pemeriksaan ultra sound.
“Okay, tekanan darah puan macam hari-hari sebelum ni,
normal.” Terang doktor itu.
“Tapi doktor, sejak akhir-akhir ini saya kerap rasa letih
malah kadang-kadang saya rasa sesak nafas ketika tidur. Is that normal doctor?”
“Kalau mengikut bacaan tekanan darah puan ni, ia normal
tak ada apa-apa masalah. Tapi kalau letih tu memang normal bagi ibu mengandung
tambahan pula kandungan puan semakin membesar. Cuma kalau sesak nafas ni,
erm..puan ada kerap minum ais ke sekarang ni?”
“Saya memang suka makan minuman sejuk. Kadang-kadang tu
saya suka makan ais batu begitu saja. Entahlah doktor tekak saya asyik mahu
makanan yang sejuk sahaja.”
“Oh, tak boleh macamtu puan. Ais batu ni tak berapa elok
untuk ibu mengandung macam puan. Jadi eloklah puan kurangkan atau kalau boleh
jangan ambil ais batu langsung.”
“Oh, begitu.” Adrianna Wafiyah menggangguk tanda faham.
“Jom puan kita check
baby tengah buat apa.” Gurau doktor itu.
Adrianna Wafiyah dibantu oleh jururawat untuk baring di
atas katil yang tersedia untuk melakukan ultra sound. Selepas setengah jam,
Adrianna Wafiyah keluar dari bilik doktor dan berjalan ke arah ibu mertuanya.
“Dah siap?” Tanya Datin Rohana.
“Dah, jom mummy.”
“Okay.” Datin Rohana dan Adrianna Wafiyah berjalan keluar
dari klinik itu menuju ke kereta.
Telefon bimbit Adrianna Wafiyah berbunyi. Melihatkan nama pemanggil yang tertera di skrin telefon membuatkan Adrianna Wafiyah memandang wajah ibu mertuanya sambil tersenyum.
Telefon bimbit Adrianna Wafiyah berbunyi. Melihatkan nama pemanggil yang tertera di skrin telefon membuatkan Adrianna Wafiyah memandang wajah ibu mertuanya sambil tersenyum.
“Hello abang,
dah habis meeting ke?” Tanya Adrianna
Wafiyah.
“Dah, sayang dah selesai check up?”
“Baru habis..Abang..” Sebut Adrianna Wafiyah dengan suara
yang manja.
“Kenapa manja sangat ni. Mesti nak minta apa-apa kan?”
“Abang ni tahu aja kan.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil
ketawa.
“Sayang nak minta apa?”Tanya Adam Rayyan lembut.
“Wafi nak keluar dengan mummy pergi shopping mall. Boleh ya.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil memandang
ke arah mummy sambil mengenyitkan mata.
“Nak buat apa. Nanti sayang penat lagi. Dah la abang
tak ada. Kalau jadi apa-apa macam mana.
Mummy bukannya larat nak angkat sayang.” Adam Rayyan membebel tanpa sedar.
Adrianna Wafiyah sudah menarik muka masam. Adam Rayyan
pasti akan melarangnya melakukan itu dan ini. Sejak dia mengandung semua
perkara dia tidak boleh lakukan termasuklah memasak. Kehidupan sehariannya
hanya makan dan tidur. Kalau pergi bersiar-siar pun mesti dengan Adam Rayyan
sahaja.
Datin Rohana yang melihat wajah keruh Adrianna Wafiyah
memberi isyarat kepada Adrianna Wafiyah agar menyerahkan telefon itu kepadanya.
Dia mahu bercakap sendiri dengan Adam Rayyan.
“Sayang, dengar tak abang cakap ni.? Kenapa diam?.” Suara
Adam Rayyan di telefon itu membingitkan telinga Datin Rohana.
“Ray, mummy ni.” Kata Datin Rohana.
“Err, Mummy rupanya. Kenapa berpindah ke mummy pula
telefon ni. Wafi merajuk ke?. Tanya Adam Rayyan.
“Kamu tu jangan nak jadi ‘King control’ sangat boleh tak. Macamlah mummy ni tak pandai nak
jaga menantu mummy. Lagipun Shopping Mall
tu kan ramai orang. Apa yang kamu nak risaukan sangat.” Datin Rohana mula
membebel pada anaknya.
“Tapi mummy, disebabkan ramai oranglah yang Ray…”
“Dah..tak payah nak tapi-tapi. Kami keluar sekejap aja.
Kesian mummy tengok Wafi asyik terperuk aja kat rumah.” Potong Datin Rohana
sambil senyum memandang Adrianna Wafiyah.
“Hmm, okaylah. Tapi mummy nak pergi Shopping Mall mana?”
“Kami nak pergi Pavilion.”
“Okay, bagi phone pada
Wafi mummy.” Suruh Adam Rayyan.
“Hmm,” Jawab Adrianna Wafiyah apabila Datin Rohana
menyerahkan kembali telefon itu kepadanya.
“Amboii..main hmm.hmm pula. Tak baik tau cakap dengan
suami macam tu.”
“Yela, ada apa lagi abang.”
“Sayang ni cepat betul merajuk. Okay, abang izinka sayang
keluar dengan mummy. Tapi janji dengan abang nanti hati-hati semasa berjalan.
Ingat yang Wafi tu sedang mengandung.”
“Baiklah abang. Wafi akan ingat semua pesanan abang tu.
Terima kasih abang.”Ujar Adrianna Wafiyah dengan ceria.
“Bagus. Good girl.”
“Okay, bye
abang.” Adrianna Wafiyah menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam handbag.
Sampai sahaja di Pavilion, Datin Rohana dan Adrianna
Wafiyah singgah mengisi perut dahulu memandangkan sekarang sudah waktu makan
tengahari. Mereka memilih tempat duduk yang selesa. Waktu tenghari seperti ini
semua restoran yang ada di pavilion akan dipenuhi oleh orang ramai yang bekerja
di sekitar pavilion ini. Nasib baik masih ada kekosong tempat untuk mereka
menjamu selera.
“Kita duduk kat sana Wafi.” Ujar Datin Rohana sambil
menunjukkan tempat yang kosong itu kepada Adrianna Wafiyah.
Adrianna Wafiyah hanya mengangguk kepala dan mengikut ibu
mertuanya dari belakang.
Setelah memesan makanan masing-masing, Adrianna Wafiyah
dan Datin Rohana berbual kosong sementara menanti makanan mereka tiba. Adrianna
Wafiyah melihat sekeliling restoran itu. Dia merasakan ada seseorang yang sedang
memerhatikan dirinya. Perasaannya mula tidak enak. Mimpi ngerinya terimbas
kembali. Risau kalau-kalau ia terjadi seperti dalam mimpi itu.
“Kenapa ni Wafi?. Mummy tengok Wafi asyik memandang ke
luar.” Tanya Datin Rohana yang perasan menantunya asyik memandang ke luar
restoran.
“Tak ada apa-apa mummy. Saja tengok-rengok kat luar.
Mummy, kita nak pergi mana lepas ni?” Tanya Adrianna Wafiyah mengubah topik
perbualan.
“Kita pergi tengok barang baby nak?” Ajak Datin Rohana.
“Boleh juga. Wafi pun ingat nak cari baju mengandunglah.
Baju Wafi banyak yang tak muat dah.”
“Boleh. Hari ni mummy teman Wafi ke mana saja Wafi nak
pergi.”
“Thank you
mummy.” Jawab Adrianna Wafiyah dengan wajah girang. Dia senang punya ibu mertua
yang begitu menyayangi dirinya.
“Masa Wafi bersalin nanti mummy ingat nak ambil tukang
urut yang mak Limah cadangkan. Bidan kat kampung mak Limah. Nanti kita bawalah
dia ke sini untuk dua tiga hari.” Cerita Datin Rohana.
Wajah Adrianna Wafiyah tiba-tiba berubah mendung. Dia
teringatkan arwah ibunya. Kalaulah ibunya masih hidup pasti dia akan berpantang
di kampung ibu sendiri.
“Wafi, kenapa ni? Wafi tak setuju ke dengan cadangan
mummy?” Tanya Datin Rohana.
“Bukan macamtu. Wafi tiba-tiba teringatkan arwah ibu.
Kalau ibu masih hidup pasti dia yang akan menjaga Wafi nanti semasa pantang.”
Kata Adrianna Wafiyah dalam nada menahan sebak.
“Wafi..jangan macamtu nak. Mummy kan ada. Mummy akan
menjaga Wafi sebaik mungkin.” Pujuk Datin Rohana sambil menggenggam erat tangan
Adrianna Wafiyah.
“Terima kasih mummy. Terima kasih kerana sayangkan Wafi
macam anak mummy sendiri.”
“Dah, tak mahu sedih-sedih. Kan kita datang sini nak happy-happy.” Datin Rohana membalas
senyuman Adrianna Wafiyah.
Adrianna Wafiyah menyesat air matanya. Mereka menikmati
makanan yang dipesan. Setelah kekenyangan, mereka meneruskan agenda mereka
untuk meninjau barangan bayi. Datin Rohana tidak sabar menanti kelahiran cucu
sulongnya. Pasti meriah rumahnya nanti dengan kelahiran anak Adrianna Wafiyah
dan Adam Rayyan.
Datin Rohana mengajak Adrianna Wafiyah ke butik yang
menempatkan barang-barang bayi. Leka sungguh Adrianna Wafiyah melihat baju-baju
bayi yang sangat comel pada pandangan mata Adrianna Wafiyah. Kalau ikutkan
hatinya dia mahu beli semua baju-baju yang comel ini. Tetapi dia masih belum
tahu jantina anak yang dikandungnya. Entahkan lelaki ataupun perempuan.
“Wafi, mummy nak pergi butik depan tu sekejap. Nanti Wafi
cari mummy kat butik depan tu ya.
“Okay mummy.” Jawab Adrianna Wafiyah masih leka melihat
barang-barang bayi yang comel-comel belaka itu.
Setelah berpuas hati, Adrianna Wafiyah berjalan
perlahan-lahan mencari Datin Rohana sambil meninjau butik-butik mahal yang
terdapat disekitarnya. Namun dia tidak jumpa Datin Rohana. Lupa pula Adrianna
Wafiyah mahu bertanya kepada Datin Rohana nama butik yang ibu mertuanya pergi.
Akhirnya, Adrianna Wafiyah berjalan-jalan sambil menjamu
mata. Dia yakin sekejap lagi pasti mummynya akan keluar dari mana-mana butik
yang terdapat dihadapan. Tiba-tiba Adrianna Wafiyah berasa tidak sedap hati
bila dia terasa ada seseorang sedang mengekori langkahnya. Dia berhenti dan
menoleh ke belakang namun dia tidak nampak siapa-siapa yang mecurigakan.
Adrianna Wafiyah berjalan perlahan-lahan. Hatinya mula
tidak enak. Dia tahu ada seseorang sedang mengekori dirinya sejak akhir-akhir
ini. Hatinya mula risau kalau-kalau mimpi ngerinya menjadi kenyataan. Dia
mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi ibu mertuanya. Namun belum sempat
dia mendial nombor ibu mertuanya, tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahunya.
Adrianna Wafiyah terus menjerit ketakutan.
“Arghhh!!”
“Sayang, ini abanglah.” Adam Rayyan yang muncul tiba-tiba
itu membuatkan Adrianna Wafiyah membuka matanya.
“Apa abang buat kat sini.?”Tanya Adrianna Wafiyah yang
masih terperanjat.
“Sayang tu kenapa menjerit?” Tanya Adam Rayyan kembali.
“Wafi ingatkan ada orang jahat yang ikut Wafi tadi.”
Jelas Adrianna Wafiyah.
“Erm, kenapa jalan seorang-seorang ni mana mummy?” Adam
Rayyan memandang sekeliling mencari mummynya.
“Tadi mummy cakap nak pergi butik depan-depan sini.
Tapi..”
“Ray, Wafi..” Panggil Datin Rohana.
“Macam mana abang boleh ada kat sini? Abang ponteng kerja
ya.” Tanya Adrianna Wafiyah lagi.
“Erm, suami kamu ni Wafi memang tak percaya pada mummy
agaknya. Masa mummy kat butik depan tu dia dah call mummy bagitahu dia ada kat sini.”
“Bukan Ray tak percayakan mummy. Dah kebetulan Ray dah
habis kerja. Jadi Ray menyusurlah ke sini. Nanti mummy tak perlulah
pusing-pusing nak hantar Wafi balik. Dia boleh balik dengan Ray.”
“Erm, ada sajalah alasan kamu tu Ray. Bukan sebab kamu
risaukan Wafi.”
Adrianna Wafiyah hanya ketawa geli hati melihat Adam
Rayyan dan Datin Rohana berbalas cakap. Dia tahu pasti Adam Rayyan tidak tenang
berada di pejabat bila tahu dia mahu keluar bersama Datin Rohana.
“Kalau kamu dah sampai ni baiklah mummy balik aja.” Ucap
Datin Rohana.
“Ala, mummy marahkan Ray ke?”
“Tak kuasa mummy nak marahkan kamu.” Kata Datin Rohana
“Wafi nanti lain kali kita jalan-jalan lagi ya. Lepas ni
jangan bagitahu Ray ke mana kita nak pergi.” Usik Datin Rohana.
Adrianna Wafiyah hanya tersenyum kepada Datin Rohana
dengan gurauan itu. Setelah bersalaman, Datin Rohana meninggalkan mereka di
situ. Mereka menghantar pandangan mata sehingga Datin Rohana hilang dari
pandangan mereka. Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan juga pulang selepas itu.
Sepanjang perjalanan pulang Adrianna Wafiyah tertidur di
dalam kereta. Mungkin kerana kepenatan. Adam Rayyan memandang sekilas ke arah
isterinya sebelum menumpukan semuala pemanduan kepada jalan raya yang semakin
sesak itu.
No comments:
Post a Comment