Kali ni nak update blog dengan ceritera percutian saya ke Jakarta dan Bandung.. Tak lama 3 hari 2 malam je.. Pergi pon tak ramai kami bertiga saya, husband dan rakan saya.. Anak tinggal.. heheheh.. Dalam masa 3 hari di sana memang tak puas la untuk berjalan.. Tapi kami tetap berpuas hati, sebab banyak tempat dan makanan yang dapat kami pergi dan try.. Memudahkan lagi percutian kami kerana ada rakan saya yang tinggal di Bandung. Dialah yang banyak bantu kami sepanjang percutian di sana....
Sampai sahaja di Lapangan Terbang Soeharto, Jakarta kami terus mengambil teksi untuk ke tempat penginapan kami di Thamrin Residence. Lepas sahaja check in kami berempat termasuk rakan saya yang dari sana terus bawa kami ke Tanah Abang... Hmmm tak tau nak gambarkan macam mana punya ramai orang di Tanah Abang dengan kenderaan lalu lalang, urrghhhh.. Kat situ tempat borong baju-baju, kain, macam-macam lagilaa... selesai di Tanah Abang kami ke Thamrin City, kami sampai situ dh agak petang kat situ pun adalah gudang beli belah.. Harga sangat berbaloi.. Nak tau kena pegi la baru boleh tau macam mana berbaloi ke tidakk.. huuhuhuhuhu.. penat tak yah cakapla, tapi puas hatiiiii...
Malamnya pula kami dibawa makan di gerai.. dekat situ kami order satay.. satay sana sama je ngan kita, bezanya mereka letak kicap dan tabur bawang goreng.. sedappp..!! at least dapat tau beza satay Malaysia dengan Jakarta.. huhuhuu... Tengah2 makan tu nnt adala yang datang ngamen, macam2 cara mereka buat, nyanyi la, main gitar la untuk mendapatkan rezeki, so disitu kita tau kehidupan di sesebuah tempat..
Sup Ceker (hmm lebih kurang soto kot) |
Kamilah wataknya huuhhuhu |
Satay (sedap kan..kan..kannnn.. mau tak terliur) |
No comments:
Post a Comment