Monday, 9 June 2014

"Kenal Erti Cinta" - BAB 38

BAB 38

            “Tahniah puan, puan sedang hamil 3 minggu.” Kata doktor muda itu.

            Adrianna Wafiyah terkejut mendengar keputusan itu. Selama ini dia selalu mual dan sakit kepala rupa-rupanya ada satu nyawa baru yang sedang hidup di dalam rahimnya. Hanya Allah yang tahu bertapa gembira hatinya mendengar ucapan dari doktor itu.

            “Suami puan tak ikut sekali?” Tanya doktor itu.

            Adrianna Wafiyah tiba-tiba sedih dengan pertanyaan doktor itu. Kalaulah Adam Rayyan ada sekali tentu mereka akan bahagia menerima orang baru dalam hidup mereka. Tapi sayangnya, Adam Rayyan tidak memerlukan dirinya lagi. Dia harus menempuh dugaan ini dengan tabah.

            “Suami saya outstation.” Bohong Adrianna Wafiyah sambil memegang perutnya yang masih kempis itu.
            “Oh, begitu. Kalau dia ada sekali senang saya terangkan prosedur untuk mejadi kehamilan.” Jawab doktor itu.

            “Tak mengapa, doktor boleh terangkan pada saya. Nanti saya akan maklumkan pada suami saya bila dia balik nanti.” Kata Adrianna Wafiyah sambil senyum.

            Doktor muda itu menerangkan segala prosedur-prosedur yang Adrianna Wafiyah perlu ambil tahu dan patuhi demi menjadi kehamilan agar kekal sihat sehingga melahir bayi nanti. Adrianna Wafiyah mendengar dengan teliti setiap penerangan yang disampaikan oleh doktor itu.

            Selepas mendengar penerangan dari doktor dan mengambil beberapa vitamin untuk ibu mengandung, Adrianna Wafiyah pulang ke rumah. Dia mendapat cuti sakit selama seminggu memandangkan kandungannya masih baru. Menurut kata doktor itu, dia perlu banyak rehat dan tidak boleh menerima apa-apa tekanan perasaan buat masa ini demi kesihatan dia dan kandungannya.

            “Kesian nasib anak aku.” Kata Adrianna Wafiyah sambil mengusap perlahan perutnya. Hatinya sayu memikirkan nasib bakal anak yang akan lahir nanti. Mungkin dia tidak akan tahu siapa papanya jika Adam Rayyan masih tidak mahu kembali kepadanya.

            “Baby, apa saja yang berlaku..mama akan pastikan kamu bahagia. Walaupun tanpa papa di sisi kita.” Adrianna Wafiyah menyeka air matanya.



Nazirah sedang menikmati sarapan pagi sambil menanti kedatangan Adam Rayyan. Awal pagi tadi Adam Rayyan menelefon untuk bertemu dengannya. Menurut Adam rayyan ada perkara yang dia mahu bincangkan. Nazirah yakin mesti Adam Rayyan mahu bincangkan tentang hubungan mereka. Dia mula tersenyum memasang angan-angan.

            “Ray..!” Laung Nazirah sambil melambai tangan ke arah Adam Rayyan.

            Adam Rayyan menapak dengan pantas ke arah Nazirah. Hatinya membara-bara melihat wajah ceria Nazirah. Langsung tiada perasaan bersalah.

            “Naz, I nak you buat satu pengakuan di depan I.” Kata Adam Rayyan serius.

            “Pengakuan apa? Tentang perasaan I pada you?”

            “macam yang I kata hari tu. I memang cintakan you. I nak hidup semati dengan you.” Nazirah mengusap perlahan tangan Adam Rayyan sambil tersenyum menggoda.

            Adam Rayyan mula panas hati dengan perangai menggoda Nazirah. Dia mengalihkan tangannya dari disentuh oleh Nazirah.

            “I tak nak tahu pasal perasaan you.! Yang I nak tahu kenapa you lakukan ini semua?”

            “Lakukan apa?. Apa yang I dah buat.?” Tanya Nazirah.

            “Selama ini I percaya pada you. Percaya yang you dah berubah. I terima you menjadi sahabat I semula. Tapi ini yang you balas!!” Adam rayyan mencampakkan surat dari arwah Sally ke muka Nazirah.

            Nazirah yang kebingungan terus membaca isi surat itu. Dia mengetap bibirnya. Sally telah memusnahkan harapannya. Dia menggenggam surat itu dengan perasaan geram. Turun naik nafasnya dengan perbuatan Sally. Walaupun melalui surat itu dia tahu Sally telah meningggal dunia tetapi sedikit pun tiada perasaan sedih yang bertandang di hatinya. Hanya perasaan narah dan dendam yang ada di hati Nazirah kini.

            “Mulai hari ni, you bukan lagi kawan I.! Jangan cuba-cuba ganggu rumah tangga I lagi!!” Adam Rayyan memberi amaran kepada Nazirah.

            “Ray, kalau I tak dapat you. You jangan harap akan hidup bahagia dengan perempuan tu!” Nazirah mengetap bibirnya.

            “Kalau you berani apa-apakan isteri I. You akan terima habuan you nanti!” Adam Rayyan terus bangun meninggalkan Nazirah seorang diri.

            “Arghh!!” Jerit Nazirah. Dia sudah tidak peduli pada pengunjung yang melihatnya.

            “You akan terima balasannya Ray. You tunggu!” Kata Nazirah seorang diri. Dia tersenyum sinis.

Adam Rayyan terus bergegas ke Lapangan Terbang. Dia mahu menemui Adrianna Wafiyah. Dia mahu memohon maaf kepada isterinya itu. Sejam dari sekarang dia akan berlepas ke Kuala Lumpur. Dia tidak sabar mahu memeluk isterinya itu. Memohon maaf kepada isteri kesayangannya.

Tetapi Adam Rayyan hampa bila mendengar pengumuman yang penerbangannya ke Kuala Lumpur dilewatkan selama sejam kerana cuaca tidak baik.

            “Tunggu abang sayang.” Ucapnya perlahan semasa menunggu di ruang yang terdapat di dalam Lapangan Terbang itu. Dia mahu menghubungi Adrianna Wafiyah. Tetapi hampa kerana telefon bimbit habis bateri. Dia mengeluh lemah.



Adrianna Wafiyah baru sahaja selesai memasak. Walaupun tidak berselera untuk makan, dia harus memaksa diri demi kandungannya. Dia tidak mahu terjadi apa-apa pada kandungannya. Adrianna Wafiyah mahu membersihkan diri sebelum makan. Tubuhnya terasa melekit. Baru sahaja dia mahu memulas tombol pintu bilik air, telefon bimbitnya berdering. Adrianna Wafiyah pantas menjawab panggilan itu.

            ‘Maklong’ Desis hatinya. Pelik kerana maklongnya jarang menghubunginya kalau tak ada apa-apa hal. Hatinya mula tidak sedap. Adrianna Wafiyah pantas menekan butang hijau.

            “Hello..hello, Wafi ke tu?” Suara Maklong kedengaran cemas.

            “Iya maklong, Wafi ni.”

            “Wafi, Wafi balik kampung sekarang nak.” Suara maklong kedengaran tenggelam timbul.

            “Ada apa maklong. Kenapa maklong cemas? Ibu baik-baik aja kan?” Tanya Adrianna Wafiyah panik.

            “Balik dulu. Nanti maklong akan ceritakan pada kamu.”

            “Baiklah Wafi balik.”
           
Sepanjang perjalanan dia memohon agar tiada perkara buruk yang terjadi kepada Ibunya dan Tok Leman. Tetapi entah kenapa hatinya berdegup pantas. Seolah-olah ada perkara tidak elok terjadi.

Sampai sahaja di kampung ibunya, Adrianna Wafiyah dapat melihat orang ramai sedang berkumpul dirumahnya. Hatinya mula tidak enak. Dia keluar dari kereta dan melangkah perlahan-lahan ke arah orang ramai itu. Setiap penduduk kampung itu memandangnya dengan wajah yang sayu. Tiba-tiba Maklongnya keluar dari rumah dan pantas mendapatkan Adrianna Wafiyah. Tubuh Adrianna Wafiyah dipeluk erat oleh Maklongnya. Adrianna Wafiyah mula berperasaan tidak enak.

“Maklong apa yang sedang berlaku ni.?” Tanya Adrianna Wafiyah.

“Ibu mana Maklong?” Tanya Adrianna Wafiyah lagi.

“Ibu Wafi…” Maklong tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Adrianna Wafiyah pantas berlari ke dalam rumah. Alangkah terkejut dia melihat sekujur tubuh Puan Asmah sedang terbaring di tengah rumah itu berselimutkan kain putih. Adrianna Wafiyah meraung sekuat-kuatnya sambil memeluk tubuh kaku Puan Asmah.

“Ibu..bangun bu..jangan tinggalkan Wafi.” Teresak-esak Adrianna Wafiyah menangis.

Semua yang ada di situ turut sedih melihat Adrianna Wafiyah. Masing-masing tidak dapat menahan sebak melihat Adrianna Wafiyah menangis.

“Maklong, tolong kejut ibu. Cakap dekat ibu jangan bergurau macam ni dengan Wafi.” Suruh Adrianna Wafiyah pada Maklongnya.

Maklongnya tidak dapat menahan sebak. Dia menarik Adrianna Wafiyah ke dalam pelukkannya. Simpatinya tumpah untuk anak saudara tunggalnya. Kesian AdriannaWafiyah.

“Atok..atok tolong kejut ibu. Wafi tak suka ibu main-maian macamni.” Adrianna Wafiyah mengesot pada Tok Leman sambil menggocang tubuh tua itu.

“Wafi, Wafi banyak bersabar cu, Ingat Allah SWT.” Tok Leman menasihati cucunya.

“Tidak..Wafi tak percaya. Ibu tak boleh tinggalkan Wafi.” Adrianna Wafiyah teresak-esak menangis sambil memeluk tubuh kaku ibunya.

“Wafi..jangan macam ni nak. Dengar cakap Maklong ni, Wafi kena redha. Kesian pada Ibu.” Nasihat Maklong.

Tiba-tiba Adrianna Wafiyah terasa berpinar mata. Dia terasa dunia di sekelilingnya menjadi kelam. Tiba-tiba Adrianna Wafiyah rebah. Nasib baik Maklong sempat memaut tubuh Adrianna Wafiyah dari terhempas ke lantai.

“Ya Allah..Wafi..” Maklong menangis melihat Adrianna Wafiyah yang tiba-tiba pengsan.

Suasana yang sedih itu menjadi kelam kabut bila Adrianna Wafiyah tiba-tiba pengsan. Dua tiga orang penduduk kampung mengangkat Adrianna Wafiyah ke bilik. Adrianna Wafiyah dibaringkan di atas katil. Maklong mengelap wajah Adrianna Wafiyah dengan kain basah.

Kebetulan sepupu Adrianna Wafiyah iaitu anak kepada maklong merupakan seorang jururawat di kampung itu. Dia memeriksa Adrianna Wafiyah.

“Macam mana Ani?” Tanya Maklong cemas.

“Wafi okay mak. Dia cuma terkejut aje. Sekejap lagi dia akan sedar.” Jawab Ani.

“Kalau macamtu jomlah kita keluar dulu. Biar Wafi rehat dulu. Kesian dia. Jenazah makngah kamu pun mesti diuruskan segera.” Kata Maklong.

“Baiklah mak.”

Belum sempat Ani dan Maklong keluar dari bilik Adrianna Wafiyah, tiba-tiba mereka terdengar bunyi telefon bimbit.

“Eh, bunyi telefon sapa pula?” Soal Maklong.

“Telefon Wafi kot mak.”

“Cuba kamu tengok.”

Ani mencari-cari bunyi telefon bimbit itu. Akhirnya dia jumpa di dalam beg pakaian milik Adrianna Wafiyah. Telefon itu segera diberikan pada emaknya.

“Ini Rayyan ni.” Ucap maklong pada anaknya.

Hello sayang. Abang ni.” Kata Adam Rayyan.

Hello, Rayyan. Ini Maklong ni.”

“Oh, Maklong. Maaf, saya ingatkan Wafi tadi. Wafi ada Maklong?”

            “Rayyan, kamu kat mana ni nak. Kamu tak balik ke tengok jenazah arwah ibu mertua kamu.?” Soal Maklong dalam nada sedih.

“Apa Maklong? Ibu meninggal dunia?” Tanya Adam Rayyan cemas.

“Saya balik sekarang maklong.”

“Hati-hati memandu Rayyan.”

Maklong dan Ani keluar dari bilik Adrianna Wafiyah. Mereka perlu menguruskan jenazah Puan Asmah. Penduduk kampung makin ramai datang melawat arwah buat kali terakhir. Alunan Surah Yassin dari penduduk kampung memenuhi ruang tamu yang menempatkan arwah. Jenazah dimandi dan dikafankan. Adrianna Wafiyah masih belum sedarkan diri. Berita kematian Puan Asmah masih sukar diteriam oleh Adrianna Wafiyah.


Lebih kurang sejam lebih perjalanan, Adam Rayyan sampai di kampung ibu mertuanya. Suasana sayu menyelubungi rumah itu. Adam Rayyan melangkah ke dalam rumah itu.

            “Assalamualaikum.”

            “Waalaikumussalam.” Jawab Tok Leman, Maklong dan semua yang berada di dalam rumah itu.

            Adam Rayyan bersalaman dengan semua orang. Sayu hatinya melihat sekujur tubuh yang kaku itu. Dia menghampiri jenazah ibu mertuanya dan bersedekah Al-Fatehah. Dia mencari kelibat isterinya. Namun tidak kelihatan.

            “Wafi di mana Maklong.?” Tanya Adam Rayyan.

            “Wafi, pengsan tadi Ray. Sekarang ada dalam bilik masih belum sedarkan diri.” Jawab Maklong sambil mengesatkan air matannya dengan hujung lengan baju kurung.

            “Maklong, macam mana arwah ibu boleh meninggal?. Setahu saya ibu sihat sebelum ini.?” Tanya Adam Rayyan pada maklong isterinya ketika mereka berada di dalam Adrianna Wafiyah.

            “Maklong pun dapat tahu daripada atok kamu. Menurut atok, ibu kamu meninggal dunia ketika sedang bersolat.”

            “Semoga roh ibu dicucuri rahmat.”

            “Amin..” Jawab Maklong sambil mengesat air matanya. Itulah satu-satunya adik yang dia ada.

            “Ibu…Ibu..jangan tinggal Wafi bu..” Tiba-tiba Adrianna Wafiyah tersedar dan meracau-meracau.

            Adam Rayyan segera mendapat isterinya. Kepala isterinya dipangku ke ribanya. Tumpah simpatinya melihat wajah isteri tercinta.

            “Sayang..bangun sayang.” Ucap Adam Rayyan sambil menguap lembut ubun-ubun Adrianna Wafiyah.

            Adrianna Wafiyah tersedar dan dia terus meraung. Dia meratapi kematian ibunya. Dalam keadaan masih pening, Adrianna Wafiyah bergegas keluar dari bilik dan menacri jasad ibunya. Adam Rayyan yang melihatnya bertambah pilu.

            “Ibu, Wafi minta ampun banyak-banyak pada Ibu. “ Ucap Adrianna Wafiyah sambil menghadiahkan ciuman terakhir buat ibunya.

            Jenazah Puan Asmah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam kampung itu. Adrianna Wafiyah langsung tidak bercakap sepatah pun dengan Adam Rayyan. Perasaan sedih kerana telah kehilangan ibu tersayang.

            Adam Rayyan memapah Adrianna Wafiyah walaupun berkali-kali dihalang oleh isterinya itu. Dia tahu Adrianna Wafiyah masih sedih dan marah kepadanya. Walaupun berkecil hati dengan sikap isterinya, Namun Adam Rayyan segera menyingkirkan perasaan itu. Apa yang penting sekarang adalah menenagkan perasaan isterinya.

            Setelah selesai semuanya, masing-masing beransur pulang. Tinggallah Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan di situ. Adrianna Wafiyah masih enggan pulang.

            “Sayang, kita balik dulu. Nanti kita datang lagi.” Pujuk Adam Rayyan.

            “Saya tak mahu balik lagi. Kalau awak nak balik, awak baliklah.” Jawab Adrianna Wafiyah tegas.

            Adam Rayyan mengeluh lemah. Dalam keadaan ini dia tidak boleh cepat melenting. Dia cuba memujuk lagi isterinya.

            “Kesian arwah ibu kalau sayang terus-terusan menangis macam ni. Tentu arwah takkan tenang di sana. Jom kita balik. Hari dah nak hujan ni. Abang janji, esok abang akan bawa sayang ke sini lagi.” Pujuk Adam Rayyan.

            Akhirnya Adrianna Wafiyah akur dengan kata-kata suaminya. Dia hanya membiarkan Adam Rayyan memapahnya hingga ke kereta. Sampai sahaja di rumah, Adrianna Wafiyah terus meluru keluar dan masuk ke bilik ibunya. Adam Rayyan cuba memanggil isterinya namun dihalang oleh Maklong.

            “Biarkan dia tenang dulu Rayyan.” Kata Maklong.

            “Tapi maklong..”

            “Wafi masih sukar menerima kejadian yang menimpanya. Kita perlu beri dia masa untuk pulih.” Nasihat maklong.

            “Baiklah maklong.” Adam Rayyan berlalu ke bilik tidur Adrianna Wafiyah.

            Telefon bimbit dikeluarkan lalu dia menelefon mummynya di Mekah. Berita ini harus disampaikan kepada mereka. Agak lama menanti, panggilannya dijawab.

            “Assalamualaikum..mummy sihat?” Tanya Adam Rayyan.

            “Waalaikumussalam..kamu kat mana ni Ray?. Kenapa telefon mummy?”

            “Ray nak bagitahu ibu wafi dah meninggal dunia.”

            “Innalillah..kenapa tiba-tiba?” Tanya Datin Rohana terkejut dengan berita itu.

            “Kata maklong arwah meninggal dunia ketika solat.”

            “Wafi macam mana?”

            “Wafi masih tak boleh terima kenyataan. Kesian Ray tengok dia.”

            “Kesian Wafi..kamu kena kuatkan semangat dia Ray. Hanya kamu yang mampu salurkan semangat untuk dia sekarang ni.”

            “Baik mummy.”

            “Sampaikan salam mummy pada Wafi. Mummy tak dapat ke sana sekarang ini. Nanti mummy dah balik mummy akan ke sana.”

            “Ray faham mummy. Sampaikan salam pada papa.”

            “InShaAllah.”

            Adam Rayyan mematikan talian. Dia segera mencari kelibat isterinya. Pada masa ini isterinya tidak boleh dibiarkan berseorangan. Nanti semangatnya boleh hilang. Semuanya berlaku terlalu mendedak. Pasti isterinya sukar mahu menerimanya. Adam Rayyan berjanji akan sentiasa berada di sisi isterinya. Dia tidak mahu isterinya bersedih sendirian. Adrianna Wafiyah masih mempunyai dia sebagai suami.



Malam itu majlis tahlil diadakan untuk arwah puan Asmah. Adrianna Wafiyah tidak banyak bercakap. Sekejap-sekejap pasti air matanya akan mengalir setiap kali teringatkan arwah ibunya.

            Baru beberapa hari lepas dia bercakap dengan ibunya di telefon. Sepatutnya hari raya haji nanti dia akan menyambut bersama ibunya di rumah ini. Namun semuanya telah tertulis. Puan Asmah telah pergi meninggalkan Adrianna Wafiyah buat selama-lamanya.

            Tidak disangka secepat ini Puan Asmah meninggalkan Adrianna Wafiyah. Adrianna Wafiyah terasa ralat sangat. Sepatutnya berita gembira yang patut dia sampaikan kepada ibu tercinta telah bertukar kepada cerita sedih.

            “Kesian anak mama. Tak sempat nak jumpa dengan nenek.” Kata Adrianna Wafiyah dalam sebak sambil mengusap lembut perutnya yang masih kempis itu.

            Maklong yang mendengar dari luar pintu bilik arwah puan Asmah hanya mampu menangis melihat nasib anak buahnya. Dia mengelap air matanya bila melihat kelibat Adam Rayyan menghampiri dirnya.

            “Maklong nampak Wafi?” Tanya Adam Rayyan.

            “Dia ada kat dalam ni.” Tunjuk maklong ke arah bilik arwah.

            Adam Rayyan menghadiah senyuman untuk maklongnya sebelum melangkah ke dalam bilik itu. Sedih hatinya melihat Adrianna Wafiyah terbaring di atas katil arwah sambil memeluk baju arwah.

            “Sayang, jom kita makan. Abang perasan sejak petang tadi sayang belum jamah apa-apa.” Ajak Adam Rayyan lembut.

            “Wafi tak ada selera nak makan.” Kata ganti dirinya telah berubah seperti biasa.

            “Jangan macam ni. Nanti kalau sayang jatuh sakitkan susah. Jom kita makan sikit.” Pujuk Adam Rayyan lagi.

            “Wafi rindukan arwah ibu.” Ucapnya smabil air mata telah bergenang ditubir matanya.

            Adam Rayyan segera menarik Adrianna Wafiyah ke dalam pelukkannya. Disalur semangat sebanyak yang mungkin agar isterinya terus kuat menghadapi dugaan ini. Dia mengusap lembut kepala isterinya.

            “Kalau sayang rindukan arwah ibu, sayang kena banyak-banyak sedekahkah Al-Fatehah untuk arwah ibu.” Pujuk Adam Rayyan sambil menyalurkan semangat untuk isterinya.

            “Wafi dah tak ada sapa-sapa lagi. Wafi dah jadi sebatang kara.”

            “Shhhh, jangan cakap macamtu. Wafi masih punya abang, mummy, papa, maklong, tok leman.”

            “Jom kita keluar, Sofea pun ada kat luar. Dia baru sampai dengan Reza.”

            Adrianna Wafiyah segera bangun bila terdengar nama Sofea. Adam Rayyan mengikuti langkah Adrianna Wafiyah ke ruang tamu.

            “Fea..!!” Adrianna Wafiyah menangis sambil memeluk sahabatnya.

            Sofea menenangkan sahabatnya. Dia juga sedih apabila menerima berita kematian ibu sahabat baiknya.

            “Fea, ibu dah tak ada. Ibu dah tinggalkan aku.” Ucap Adrianna Wafiyah sambil menangis.

            “Jangan macam ni Wafi. Walaupun sukar untuk kau menerimanya, kau tetap harus belajar menerima ketentuanNYA.” Nasihat Sofea.

            “Jom kita makan. Aku dapat tahu kau belum jamah apa-apa makanan lagi.” Pujuk Sofea.

            Adrianna Wafiyah tiba-tiba pengsan sekali lagi. Wajahnya telah bertukar menjadi pucat. Sofea menjerit memanggil Adam Rayyan yang sedang berbual dengan Reza.

            “Ray..!!” Laung Sofea.

            Adam Rayyan bergegas ke ruang tamu. Alangkah terkejut dirinya melihat Adrianna Wafiyah terkulai di sisi Sofea.

            “Ya Allah, sayang..”

            “Ray, aku rasa baik kita bawak ke hospital.” Nasihat Reza.

            Adam Rayyan segera mencempung isterinya ke dalam kereta. Maklong dan Tok Leman juga bergegas ke hospital dengan menaiki kereta maklong.

            Sepanjang perjalanan Adam Rayyan tidak putus-putus berdoa agar isterinya selamat. Reza yang memandu kereta ketika itu mula panik bila Adam Rayyan menyuruhnya memandu dengan lebih laju bila mendengar nadi Adrianna Wafiyah semakin lemah. Sofea pula sudah menangis melihat sahabatnya. Sedih rasa hatinya.

            Sampai sahaja di hospital, Adrianna Wafiyah segera dikejarkan ke unit kecemasan. Adam Rayyan dihalang dari memasuki unit kecemasan. Semua hadir hanya dapat menunggu di kerusi yang terdapat diluar bilik kecemasan itu.

            Selepas sejam seorang doktor keluar dari bilik kecemasan. Adam Rayyan bergegas bangun menghampiri doktor itu.

            “Macam mana keadaan isteri saya doktor?” Tanya Adam Rayyan cemas.

            “Keadaan Puan Adrianna agak lemah. Dia kekurangan air dalam badan. Kandungannya juga agak lemah. Tapi encik jangan bimbang. Dia dalam keadaan stabil. Begitu juga dengan kandungannya.” Jelas doktor itu.

            “Maksud doktor isteri saya mengandung?” Tanya Adam Rayyan sekali lagi.

            “Iya, kandungannya telah masuk 3 minngu. Sekejap lagi Puan Adrianna akan dipindah ke wad biasa. Tapi saya nasihatkan jangan ramai-ramai masuk melawatnya kerana puan Adrianna perlu berehat.” Nasihat doktor itu smabil berlalu pergi.

            “Syukur Ya Allah..tidak sangka dia bakal menjadi ayah tidak lama lagi.”

            Semua yang mendengarnya juga gembira. Sofea tersenyum sambil memandang Reza. Malam ini mereka harus pulang ke Kuala Lumpur kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.

            “ Ray kami terpaksa pulang dulu.” Kata Sofea setelah bersalaman dengan maklong dan tok leman.

            “Terima kasih Fea, Reza.” Ucap Adam Rayyan.

            Sofea dan Reza melangkah pergi setelah bersalaman dengan semua orang. Klaua bukan kerana tuntutan kerja pasti dia akan menemani Adrianna Wafiyah di sini.

            “Maklong, Tok Leman..Ray rasa baik maklong dengan tok leman balik dulu. Biar Ray yang jaga Wafi kat sini.”

            “Baiklah. Kalau ada apa- apa jangan lupa hubungi kami.”

            “Baiklah maklong.”

            “Jom ayah kita balik dulu.”

            “Atok balik dulu.” Tok Leman menepuk lembut bahu Adam Rayyan.

            Adam Rayyan terus ke wad yang menempatkan isterinya. Sayu hatinya melihat wajah lemah isteri tercinta. Adam Rayyan mengucup perlahan dahi Adrianna Wafiyah.

            “Terima kasih sayang..” Ucapnya perlahan sambil menggenggam erat jari-jemari Adrianna Wafiyah.

            Hari dah jauh malam, Adrianna Wafiyah masih belum sedarkan diri. Adam Rayyan yang menemani Adrianna Wafiyah akhirnya tertidur di sisi isterinya. Cintanya terhadap Adrianna Wafiyah makin mekar. Dengan kehadiran bakal anak mereka akan menanbahkan lagi sinar kebahagiaan di dalam rumah tangga mereka kelak.

            Keesokkan paginya Adrianna Wafiyah tersedar. Dia melihat keadaan disekelilinginya. Juah berbeza dari rumah ibunya.

            “Abang…” Panggil Adrianna Wafiyah lemah.

            “Ya sayang..” Jawab Adam Rayyan baru selesai mandi di bilik air hospital.

            “Kenapa Wafi ada kat sini?”

            “Sayang pengsan lagi semalam. Nasib baik sayang tak apa-apa.” Jawab Adam Rayyan lembut.

            “Baby..?” Tanya Adrianna Wafiyah takut. Sejak kematian ibunya dia seakan tidak mempedulikan kandungannya.

            “Baby pun okay. Terima kasih sayang.” Ucapnya lembut sambil mengucup pipi isterinya.

            Tiba-tiba Adrianna Wafiyah menangis lagi. Adam Rayyan jadi panik melihatnya. Tadi isterinya telah pulih. Kenapa tiba-tiba menangis lagi.

            “Hari ini Hari Raya Aidiladha. Sepatutnya wafi menyambutnya bersama ibu.” Ucapnya lemah.

            “Shhhh, jangan macam ni sayang. Sayang kena kuat. Kala uterus-terusan macam ni ia boleh effect kandungan sayang.” Pujuk Adam Rayyan.

            “InShaAllah, Wafi akan cuba kuat. Terima kasih abang.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            “Petang ini mummy akan datang malawat sayang kat hospital.” Kata Adam Rayyan.

            “Mummy dah balik?”

            “Dah..pagi tadi mereka sampai. Sekarang mereka melawat kubur arwah dulu.” Jawab Adam Rayyan.

            “Hmm.” Adrianna Wafiyah mengeluh lemah.

            “Abang..Wafi nak balik rumah kita petang ni.?”

            “Tapi sayang belum sihat lagi.”

            “Wafi tak boleh lama-lama di sini. Nanti Wafi asyik teringatkan arwah ibu. Wafi tak sanggup menghadapinya.”

            “Baiklah. Nanti abang bincang dengan doktor.”


Petang itu keluarga mertuanya datang melawat. Termasuklah Alisya Umaira adik iparnya. Tok Leman dan maklongnya juga ada sekali.

            “Wafi sayang..” Ucap Datin Rohana sambil memeluk menantunya.

            “Mummy…” Adrianna Wafiyah menangis lagi.

            “Shhhh, anak mummy ni kuat. Tak mahu menangis lagi.” Pujuk Datin Rohana.

            Datuk Razlan dan yang lain-lain hanya memerhati Datin Rohana memujuk menantunya.

            “Maklong, Atok..petang ini Ray akan bawa Wafi balik ke Kuala Lumpur.” Ujar Adam Rayyan.

            “Kenapa cepat sangat?” Tanya Tok Leman.

            “Tok, Wafi bukan nak lupakan arwah ibu. Tidak sama sekali. Tapi Wafi tak kuat bila mengingati kenangan bersama ibu di dalam rumah itu. Wafi janji akan balik semuala ke sini nanti.” Jelas Adrianna Wafiyah.

            “Baliklah Wafi..maklong faham perasaan kamu. Cuma maklong harap kamu kuat semangat. Jaga kandungan kamu baik-baik.”

            “Terima kasih maklong.” Ucap Adrianna Wafiyah sambil mencium tangan maklongnya.

            Setelah selesai proses daftar keluar dari hospital itu, Adrianna Wafiyah terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur bersama Adam Rayyan. Sepanjang perjalanan Adrianna Wafiyah hanya diam. Dia hanya melayan perasaan.

            “Sayang..” Panggil Adam Rayyan.

            “abang nak minta maaf atas perbuatan abang selama ni pada sayang.” Kata Adam Rayyan lagi.

            “Wafi juga bersalah pada abang. Tak sepatutnya Wafi menunjukkan sikap kurang ajar seperti itu pada abang.”

            “Abang dah tahu semuanya tentang permainan Nazirah. Dia sengaja mahu menghancurkan rumah tangga kita.” Jelas Adam Rayyan.

            “Syukur Alhamdulillah. Sekarang abang dah balik pada Wafi saat Wafi memerlukan perhatian dari abang.” Ucap Adrianna Wafiyah dalam sebak.


            Adam Rayyan telah berjanji pada dirinya untuk menjaga Adrianna Wafiyah seumur hidupnya. Dia tidakkan sesekali menyakiti hati isterinya lagi. InShaAllah.

2 comments:

  1. waaaah lama juga tak jenguk blog ini dan pastinya baca cerita wafilah....lama tunggu akhirnya ada n3 baru...
    happy+sedih juga bab 38 ini...makin seru....
    sambung cepat cepat...hehee
    pembaca setia mu _Indonesia

    ReplyDelete
  2. macamana parents in law boleh balik pada hari raya haji? bukan tengah buat haji kat Mekah ke? nice story..keep it up

    ReplyDelete