Tuesday, 3 June 2014

"Kenal Erti Cinta" - BAB 37

BAB 37

Setelah hampir dua jam mesyuarat berlangsung, akhirnya mereka mendapat kata sepakat di dalam penyiapan projek hotel ini. Semua yang hadir mula meninggalkan bilik mesyuarat. Kini tinggallah mereka bertiga.

            “Well done Fea. Terima kasih.” Ucap Reza ikhlas.

            “Terima kasih bos atas kepercayaan yang bos beri pada saya.” Jawab Sofea.

            Adrianna Wafiyah hanya membalas senyuman Sofea. Setelah tamat mesyuarat ini bermakna mereka akan pulang ke Kuala Lumpur pada petang ini. Adrianna Wafiyah terasa berat hati mahu meninggalkan sahabatnya. Kalau boleh dia mahu terus berada di sini bersama Sofea. Dia tidak kuat untuk menghadapi masalah ini seorang diri.

            “Petang ni jadi balik bos?” Tanya Sofea.

            “Jadilah. Semua dah settled.” Jawab Reza.

            “Belum puas melepas rindu pada Wafi.” Rungut Sofea.

            “Ada banyak masa lagi. Selagi projek ni belum siap, Kami akan selalu ke sini. Don’t Worry.” Balas Reza.

            “Hmm, apa boleh buat bila bos dah kata macamtu.” Sofea mencebik mulutnya. Adrianna Wafiyah hanya tersenyum kelat.

            Saya nak keluar dengan Wafi sekejap ya bos. Kami nak beli barang sikit.” Kata Sofea.

            “Okay, Tapi jangan lambat. 4.30 perlu bertolak ke airport.”

            “Baik bos.” Sofea mengangkat tabik.

            Reza hanya menggeleng kepala melihat kawannya yang satu ini. Sentiasa ceria. Reza mengemas semua fail-fail dan bergerak ke hotel. Sementara menunggu 4.30 petang sempatlah dia tidur sekejap kerana semalam dia pulang agak lewat ke hotel.



Adam Rayyan meraup rambutnya ke belakang. Angin laut di waterfront ini sangat mendamaikan. Dia termenung jauh. Teringat pada Adrianna Wafiyah. Sudah seminggu lebih dia tidak mendengar khabar berita isterinya itu.

            “Jauh termenung?” Tegur Rafi.

            “Hah, mana ada.” Jawab Adam Rayyan.

            “Teringat pada isteri tercinta ke?” Rafi sengaja mahu melihat reaksi sahabatnya.

            “Tak adalah. Aku saja nak merasa angin laut Sabah ni. Tenang aje rasa hati ni.”

            “Boleh tenang ke kalau seorang ke hulu seorang lagi ke hilir?” Ujar Rafi.

            Adam Rayyan memandang sahabatnya dengan wajah yang pelik. Dia kurang mengerti dengan maksud Rafi. Adakah Rafi dapat menghidu masalah rumah tangganya yang sedang dingin ini.

            “Kau tak payah nak pandang muka aku macam tu.?” Kata Rafi lagi.

            “Apa maksud kau tadi?” Tanya Adam Rayyan.

            “Wafi apa khabar? Sihat ke dia?” Soalan Adam Rayyan di balas dengan soalan lain oleh Rafi.

            “Wafi..si..sihat la. Kenapa kau nak tanya pasal isteri aku pula ni?” Adam Rayyan makin pelik dengan solan Rafi hari ini.

            “Iya ke sihat?” Tanya Rafi lagi.

            “Eh, sebenarnya apa yang kau nak tahu dari aku?!” Adam Rayyan mula naik angina dengan soalan-soalan Rafi.

            “Hey, cool la. Takkan nak melenting kot.”

            “Tak adalah nak melenting. Yang kau asyik nak tanya pasal Wafi kenapa?”

            “Ray, aku ni kawan kau. Dari kecil sampailah besar. Aku faham sangat dengan perangai kau ni.”

            “Baik kau cerita apa yang dah berlaku antara kau dengan isteri kau. Kesian aku tengok dia. Muka dia pucat, kurus. Macam orang sakit aku tengok dia. Langsung tak ceria.” Terang Rafi. Dia tiada niat mahu membuka rahsia Adrianna Wafiyah.

            Adam Rayyan memandang Rafi. Dia mahukan kepastian. Adakah Adrianna Wafiyah meluahkan segalanya pada Rafi.

            “Kau tak payah risau. Wafi langsung tak cerita masalah dia dengan kau. Dia seorang wanita yang baik Ray. Kenapa kau layan dia macam tu?” Rafi tahu maksud renungan Adam Rayyan padanya.

            “Hmmm.” Adam Rayyan mengeluh lemah.

            “entahlah Fi, aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu pada Wafi. Aku tampar dia di depan Nazirah. Aku tak pulang ke rumah dah seminggu lebih.” Jelas Adam Rayyan.

            “Ya Allah, kenapa kau buat dia macam tu.? Dan apa kaitannya dengan Nazirah?”

            “Aku tak tahulah macam mana nak cerita. Tapi yang kau tahu Adrianna Wafiyah terlalu benci dengan Nazirah. Sehinggakan dia sanggup menghina Nazirah. Sedangkan Nazirah menghormati dirinya sebagai isteri aku.” Terang Adam Rayyan dengan nada marah.

            “Ada kau tanya kenapa dia buat macamtu pada Nazirah?”

            “Apa pun alasannya, dia tak patut buat macamtu pada Nazirah.!” Marah Adam Rayyan lagi.

            “Sekarang ni siapa isteri kau? Wafi atau Nazirah?” Tanya Rafi.

            “sepatutnya siapa harus kau pertahankan?. Fikir baik-baik bro. Jangan kau menyesal suatu hari nanti.” Ujar Rafi sambil menepuk bahu sahabatnya. Dia bangun dan meninggalkan Adam Rayyan dengan persoalannya.

            Adam Rayyan memandang Rafi sehingga hilang dari pandangan matanya. Dia mengeluh lemah. Fikirannya berkecamuk dengan masalah Adrianna Wafiyah. Kehadiran Nazirah semasa dia sedang bermasalah juga sedikit sebanyak membuatkan dia makin dekat Nazirah.

            “Arghh!” Adam Rayyan menumbuk tembok kayu itu. Kusut dirinya memikirkan hal isterinya.

            Sudah lama dia tidak merokok sejak Adrianna Wafiyah hadir dalam hidupnya. Hari ini dalam sejarah hidupnya, dia merokok kembali untuk menenagkan jiwanya. Berkepul-kepul asap rokok dihembus ke udara.

            Adam Rayyan melayan perasaannya. Dia tidak tahu apa kesudahannya dengan Adrianna Wafiyah. Semua panggilan dan SMS dari isterinya tidak dijawab. Dia sengaja mahu mendera perasaan Adrianna Wafiyah. Berada di Sabah bersama Nazirah dan Rafi sedikit sebanyak mengurangkan kekusutannya.

            “Ray..puas I cari you. Rupanya you ada kat sini.” Nazirah muncul dengan mengenakan gaun pendek paras lutut.

            Adam Rayyan hanya memandang wajah Nazirah sekilas sebelum dia kembali melayan perasannya. Sungguh, sekarang ini dia hanya mahu bersendirian tanpa gangguan dari sesiapa.

            “Ray..kenapa ni?. You masih ingat pada perempuan tu ke?” Tanya Nazirah sambil memaut lengan Ray.
            “Nama dia Adrianna Wafiyah.” Jawab Adam Rayyan ringkas dan tegas.

            “Ya..I know.” Nazirah mencemikkan wajahnya bila Adam Rayyan masih mempertahankan Adrianna Wafiyah.

            “tapi Ray..dia tak layak untuk you. You berhak dapat yang lagi baik.” Kata Nazirah.

            Adam Rayyan hanya diam. Dia tiada hati mahu berbicara denagn Nazirah. Walau apa pun yang terjadi di antara dia dan isterinya, tidak terlintas langsung difikiran Adam Rayyan untuk melepaskan isterinya.

            “Ray, I masih cintakan you. I sanggup jadi isteri kedua you kalau you tidak mahu menceraikan isteri you.” Nazirah tiba-tiba memeluk pinggan Adam Rayyan sambil meletakkan kepalanya di bahu Adam Rayyan.

            “Naz, please..Behave yourself.” Adam Rayyan cuba melepaskan diri dari pelukkan Nazirah.

            “Ray, please terima I. I dah tak sanggup hidup tanpa you. I promise akan menjadi isteri yang baik untuk you.” Pujuk Nazirah lagi.

            “Naz, antara you dan I dah tamat. I terima you sekarang as my friend. Not more than that.”

            “Not more than that?! Tapi you dah nodai I. Kalau haritu you tak sedar langsung tentu I dah hilang maruah I.!” Nazirah mula marah.

            “Macamtu you kata kawan biasa?.”

            “Semua itu berlaku tanpa dirancang. Kalau you tak goda I, semua ini takkan terjadi.” Adam Rayyan membela dirinya.

            “No..you boleh elak kalau you nak. Tapi you sanggup digoda oleh I sebab I tahu you pun mahukannya.”

            “Naz..please. Jangan kusutkan lagi fikiran I.”

            “Ray, sayangkan you.” Nazirah terus memeluk leher Adam Rayyan sambil menyembankan wajahnya ke dada bidang Adam Rayyan.

            Adam Rayyan mengeluh lemah. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Adrianna Wafiyah makin jauh darinya. Nazirah di sini masih menagih cinta darinya. Akhirnya Adam Rayyan hanya membiarkan Nazirah berada di dalam pelukkannya. Masing-masing hanya melayan perasaan.

            Dari jauh Rafi telah menyaksikan segalanya. Dia hanya menggelengkan kepala. Adam Rayyan tidak tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Melihatkan keintiman itu dia tahu Adam Rayyan dan Nazirah bersatu kembali.

            Simpati terhadap Adrianna Wafiyah di atas kecurangan Adam Rayyan. Jika betul Adam Rayyan dan Nazirah tiada apa-apa hubungan, kenapa Adam Rayyan perlu mempertahankan Nazirah dan membiarkan Adrianna Wafiyah terkapai-kapai sendirian. Rafi berlalu dari situ. Sakit matanya melihat kemesraan itu.



Adrianna Wafiyah dan Reza bergegas ke Lapangan Terbang. Mereka hampir sahaja terlepas kapal terbang gara-gara Adrianna Wafiyah yang  leka berjalan-jalan dengan Sofea sebentar tadi.

            Sepanjangan penerbangan, mereka hanya melayan perasaan masing-masing. Adrianna Wafiyah banyak menyepi. Dia hanya memandang keluar tingkap kapal terbang itu. Hatinya teramat merindui suaminya. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Rafi tempoh hari telah merungkai persoalan Adrianna Wafiyah mengenai kehilangan suaminya.

            Rupa-rupanya Adam Rayyan berada di Sabah. Sampai hati Adam Rayyan tidak mahu menjawab panggilan darinya. Tidak langsung bertanya khabar Adrianna Wafiyah. Hatinya berduka merindui Adam Rayyan. Tetapi Adam Rayyan langsung tidak menelefonnya. Ini telah membuktikan bahawa Adam Rayyan sememangnya tidak perlukan dia lagi. Adrianna Wafiyah menyeka air mata yang mengalir ke pipi. Risau kalau Reza dapat menghidu kesedihannya.

            Adrianna Wafiyah sampai dirumah pada pukul 10 malam. Seluruh badannya terasa sengal. Dia merehatkan diri di sofa ruang tamu. Suasana di kondo itu suram sekali. Tiada lagi gurau senda di antara dia dan Adam Rayyan.

            Sayup-sayup kedengaran suara Adam Rayyan memanggil dirinya.

            “Sayang dah balik.”

            “Abang…mana abang pergi. Sampai hati abang tinggalkan Wafi sendirian dirumah.”

            “Shhh…jangan menangis sayang..abang dah balik. Abang janji abang takkan tinggalkan sayang lagi.”

            “Wafi minta maaf dengan abang. Apa yang Wafi katakan tempoh hari tidak benar. Wafi tak sanggup kehilangan abang.” Ucap Adrianna Wafiyah sambil menangis.

            “Abang maafkan sayang..jangan menangis lagi sayang.”

            “Terima kasih abang..terima kasih.”

Adrianna Wafiyah memeluk tubuh suaminya seeratnya. Seperti takut kehilangan suaminya lagi. Namun Adrianna Wafiyah menjadi pelik kerana dia tidak dapat memeluk tubuh suaminya. Lama kelamaan bayangan suaminya mula hilang. Adrianna Wafiyah menjadi gelabah.

“Abang..abang..abang…jangan tinggalkan Wafi!!”

Adrianna Wafiyah menjerit sekuat hatinya. Tiba-tiba dia tersedar dari tidur. Adrianna Wafiyah mengucap panjang. Dia menangis semahu-mahunya. Rindunya terhadap Adam Rayyan tidak tertahan lagi. Dia mahukan suaminya. Dia mahukan Adam Rayyan kembali kepadanya.

Pagi itu Adrianna Wafiyah bangun dengan kepala yang sakit. Semalaman tidurnya tidak lena. Dia asyik memikirkan Adam Rayyan. Terasa malas mahu pergi kerja. Adrianna Wafiyah berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu. Dia menyadarkan kepalanya di sofa.

Sejak akhir-akhir ini dia kerap sakit kepala. Selera makannya juga telah kurang. Adrianna Wafiyah mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi kak Rita.

“Hello, kak Rita. Wafi ni.”

“Ha Wafi, ada apa call. Kamu tak datang kerja ke?”

“Itu yang Wafi call ni. Akak tolong bagitahu Encik Reza saya ambil cuti hari ni. Saya tak sihat.” Ujar Adrianna Wafiyah dengan suara yang sedikit serak.

            “Teruk sangat dengar suara kamu ni. Jangan lupa pergi klinik.” Pesan Kak Rita.

            “Baik kak. Terima kasih.”

            Adrianna Wafiyah meletakkan telefon bimbit di atas meja sudut yang terdapat di ruang tamu itu. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur. Perutnya sudah berkeroncong minta di isi. Sejak pulang semalam dia belum belum menjamah apa-apa makanan.

            Adrianna Wafiyah membuat air milo dan mengambil beberapa keping biskut. Dia membawanya ke meja makan. Baru sekeping biskut masuk ke mulutnya, tiba-tiba Adrianna Wafiyah terasa mual. Dia segera berlari ke sinki dapur.

            Habis semua makanan yang ada di dalam perutnya dimuntah keluar. Tekaknya terasa pahit. Perutnya terasa sakit gara-gara tekanan dari muntah itu. Adrianna Wafiyah terbongkok-bongkok memuntahkan segala isi perutnya. Dari memuntahkan sisa-sisa makanan yang ada di dalam perutnya sehinggalah hanya air sahaj yang keluar dari mulutnya.

            Adrianna Wafiyah berjalan ke ruang tamu bila terasa sedikit lega. Dia berbaring di atas sofa sambil memicitkan kepalanya. Mahu pergi ke klinik sekarang ini dia tidak larat untuk memandu.  Adrianna Wafiyah mengambil telefon bimbitnya dan menghantar SMS kepada Adam Rayyan.

            Salam abang, abang akan balik ke kampung Ibu dgn Wafi raya haji ni kan. Kesian Ibu. Dia dah lama tak jumpa abg. Wafi harap sgt abg bls SMS Wafi.

            Butang send di tekan. Adrianna Wafiyah terharap sangat Adam Rayyan akan membalas SMS darinya. Dia tidak mahu Ibunya tahu mengenai masalah dia antara dia  dan Adam Rayyan. Biarlah dia terpaksa berlakon sekali pun dihadapan ibu nya. Asalkan Ibunya tidak susah hati.
           


Adam Rayyan membaca mesej yang dihantar dari isterinya. Ego lelakinya terlalu tinggi sehinggakan dia sanggup membiarkan Adrianna Wafiyah seorang diri di rumah. Entahkan sihat entahkan tidak.

            Tiba-tiba dia teringat Rafi pernah berkata dia melihat Adrianna Wafiyah telah kurus dan pucat seperti orang sakit. Macam mana sahabatnya itu tahu. Jangan-jangan Rafi telah berjumpa dengan Adrianna Wafiyah secara diam-diam tanpa pengetahuannya.

            “Sudah-sudahlah tenung telefon tu.” Ujar Rafi.

            “Hmm, Fi. Aku nak tanya kau sikit.”

            “Apa dia?”

            “Kau ada berjumpa dengan Wafi ke sebelum ni?”

            “Kenapa kau nak tahu. Bukan ke kau dah tak kisah lagi pasal Wafi.”

            “Tak payahlah nak perli-perli aku.”

            “Hmm, Ray..Ray..tamak betul kau ni. Wafi kau nak, Nazirah pun kau nak.”

            “Apa maksud kau?”

            “Aku tahu kau dan Nazirah kini sedang hangat bercinta balik kan.?”

            “Eh, kau jangan nak tuduh aku bukan-bukan Fi.”

            “Habis, yang haritu sakan kau berpelukkan dengan Naz tu apa? Kalau bukan bercinta?”

            “Naz yang peluk aku. Dia paksa aku terima dia balik.”

            “So, kau terimalah?” Tanya Rafi sinis.

            “Fi, kau jangan ingat aku ni lelaki murahan. Aku masih sayangkan isteri aku.”

            “Eh, aku tak cakap pun kau lelaki muarahan.”

            “Erm, dari riak wajah kau tu pun aku dah tahu kau memang pandang serong pada aku.”

            “Kalau kau boleh baca fikiran aku. Kenapa kau tak dapat baca fikiran wife kau?”

            “atau kau takut ego kau jatuh kalau kau mengaku salah kau?”

            “Sudahlah Fi, Kau tak payah nak perli-perli aku lagi. Aku tahu aku bersalah.”

            “Ha, akhirnya. Kau mengaku juga.” Ujar Rafi.

            “Tapi..itu tak bermaksud Wafi betul dalam segala hal.”

            “Ray, sebagai kawan aku nak nasihat kau.”

            “kalau kau sayangkan Wafi, aku nak kau jauhi Nazirah.”

            “Apa maksud kau.?”

            “Kau dengar aje nasihat aku ni. Suatu hari nanti aku akan tahu siapa Nazirah.”

            “walaupun Nazirah itu kawan kita, tapi kita harus membezakan kawan yang baik dan jahat.”

            “Aku tak faham..” Adam Rayyan bingung dengan jawapan Rafi.

            Rafi hanya memandang Adam Rayyan dengan senyuman yang penuh makna. Dia tahu Adam Rayyan bingung dengan jawapannya. Perbualan dengan abang kepada sally di telefon tempoh hari terimbas kembali.

            “Assalamualaikum..Ini Rafi ke?” Tanya Syukri abang kepada Sally.

            “Waalaikumussalam. Iya saya Rafi.”

            “Syukur Alhamdulillah.” Ujar Syukri.

            “Maaf, saudara siapa.” Tanya Rafi kepada pemanggil misteri itu.

            “Saya Syukri abang kepada Sally.” Jelas Syukri.

            “Abang Sally?” Rafi menjadi pelik kerana telah lama dia tidak bertemu dengan Sally. Tiba-tiba sekarang ini abangnya menelefon.

            “Apa yang boleh saya bantu abang syukri?”

            “Rafi, abang sebenarnya cube mencari nombor telefon Adam Rayyan. Tetapi tidak ada di dalam simpanan telefon bimbit adik saya.”

            “Kenapa abang cari Ray?”

            “Macam ni, sebelum Sally menghembuskan nafas terakhirnya di Mekah, dia ada meninggalkan sepucuk surat untuk Adam Rayyan. Tetapi abang tidak tahu apa isinya. Menurut Sally, surat ini harus diserahkan kepada Adam Rayyan walau apa cara sekali pun.”

            “Innalillah..Sally sakit apa abang?”

            “Sally menderita sakit barah perut.”

            “Ya Allah, semoga rohnya dicucri rahmat.”

            “Boleh abang serahkan surat ini pada Rafi.?”

            “Boleh bang. Tapi bagaimana abang nak bagi?

            “Rafi ada emailkan?”

            “Ada bang.”

            “Kalau macamtu abang akan email kepada Rfai. Harap Rafi dapat sampaikan pada Ray.”

            “InShaAllah bang.”

            Rafi masih mengelamun jauh. Adam Rayyan disebelah terkulat-kulat memandang Rafi. Adam Rayyan mula hilang sabar. Dia menyiku Rafi .

            “Rafi! Kau ni nak cerita ke tak? Tadi bukan main nasihat aku. Lepas tu tiba-tiba mengelamun.” Marah Adam Rayyan.

            “Sorry-sorry.” Ucap Rafi.

            “ini ada surat dari arwah Sally untuk kau.”

            “Arwah?”

            “Iya Ray, Sally dah pergi buat selama-lamanya. Kau akan faham bila baca surat ini nanti.” Rafi bangun dan meningglkan Adam Rayyan sendirian bersama surat itu.

            Adam Rayyan mambaca surat itu. Alangkah terkejut apabila dia membaca isi surat itu. Tidak sangka ini yang terjadi kepada dirinya. Terketa-ketar dia membaca isi surat.

            Assalamualaikum Ray.
          Masa awak baca surat ini mungkin saya telah tiada di dunia ini. Saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan saya terhadap awak dan Wafi. Ray..mungkin awak akan terkejut bila saya cerita semuanya. Ray..untuk makluman awak, Nazirah sememangnya sahabat baik saya. Dia akan kekal menjadi sahabat baik saya buat selama-lamanya. Tapi itu tak bererti saya harus menutup mata dengan apa yang telah dia lakukan. Ray.. Nazirah sebenarnya pulang ke Malaysia dengan satu matlamat iaitu untuk merampas awak dari Wafi. Pada mulanya memang saya menyokong tindakan dia sehinggalah saya sedar bahawa perbuatan itu tidak baik dan sekaligus akan meruntuhkan rumah tangga awak dan Wafi. Ray, segala yang terlaku pada rumah tangga awak dan afi selama ini adalah atas perbuatan Nazirah. Saya harap sangat awak lindungi Wafi dari Nazirah. Nazirah boleh melakukan apa saja termasuk menamatkan riawayat Wafi jika apa yang dia mahu tidak tercapai. Tolong halang ini dari terjadi. Saya tak mahu Naz terus sesat dalam dunia ciptaannya. Walau apa pun dia masih sahabat baik saya, pernah menjadi kekasih awak. Jadi saya harap sangat awak halang dia dari mengambil tindakan bodoh. P/s: sampaikan salam saya buat Wafi.                              
Salam terakhir,
                                                                                              Sally.

Adam Rayyan melipat surat itu dan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Dia meraup wajahnya. Tidak disangka semua yang terjadi selama ini adalah permainan Nazirah. Adam Rayyan menyesal dengan perbuatannya terhadap Adrianna Wafiyah.

Dia harus bersemuka dengan Nazirah. Dia mahu Nazirah mengaku semuanya di hadapan dia. Nazirah harus diberi pengajaran. Nazirah tidak pernah berubah. Adam Rayyan terasa tertipu dengan permainan Nazirah yang licik.


Adam Rayyan terus bangun. Dia mahu mencari Nazirah. Selepas itu dia akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menemui isterinya. Dia harus membetulkan semula hubungan dia dan Adrianna Wafiyah.

3 comments:

  1. update lgi yer...suka ksu baca cerita ida..xbnyk drag sgt hehe..

    ReplyDelete
  2. xde ada lagi ke novel / short story dari blog ni..?

    ReplyDelete