Saturday, 21 September 2019

Resepi Ayam Ungkep Ibu Mertua

Assalamualaikum,

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan bulan yang mulia bagi seluruh umat islam. Tak sabar kan. Kalau Ramadhan tahun lepas kami sambut berempat.. Tahun lagi meriah, kami sambut berlima dengan kelahiran anak ke-3. Mau kelam kabut kali ni. sebab yang ke-3 baru 9 bulan..hehehe..Tapi saya happy. Pasti bertambah riuh kali ni dengan gelagat mereka tiga beradik.

Seperti biasa kalau nak ramadhan ni, kita mesti akan terfikir-fikir resepi-resepi sepanjang ramadhan kan. Di sini saya nak share resepi mudah dari ibu mertua yang menjadi kegemaran saya dan suami serta adik beradik yang lain.

 Bahan-Bahan:

Ayam setengah ekor
Cili Padi (ikut tahap kepedasan masing-masing. Kalau saya segenggam utk 1/2 ekor ayam)- Diblender
Halia dalam 2 inci lebih kurang- diblender                                                                        
Kunyit hidup dalam 1 inci - diblender
Bawang merah dalam 5 ulas - diblender
Bawang putih dalam 3 ulas - diblender
Serai 3 batang - diketuk manja

Rempah disangai dan diblender kering :
Biji Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih


  • Selepas itu masukkan bahan2 blender td ke dalam kuali dan masukkan ayam serta serai kemudian tutup.. Biar ayam masak seketika. Kemudian masukkan satu sudu Besar rempah yang telah disangai dan diblender tadi.. Kacau Dan biar ungkep kite kering sedikit Airnya. Untuk makluman korang.. Masakan ni x payah guna minyak.. Sangat sihat kan.. Hehehe.. Nanti minyak ayam itu sendiri akan keluar.

Setelah pastikan ayam sudah masak.. Boleh la dihidang.. Makan bersama nasi atau nasi impit.. Cara masak lebih kurang kite masak rendang je.. Cume xde santan n kerisik je..



Batu dalam pundi hempedu (gallstones)

Hi..

Ni sambungan kisah batu dalam hempedu atau kite panggil gallstone.. 

Batu hempedu dibentuk oleh unsur-unsur air hempedu kita (yang terdiri daripada garam hempedu,
pigment hempedu, kalsium, cholesterol dan sebagainya). Kalau batu hempedu terbentuk dan
berada di pundi hempedu, ia dipanggil “BATU PUNDI HEMPEDU”. Kalau ia berada di saluran
hempedu, ia dipanggil “BATU SALURAN HEMPEDU”.

Terdapat 3 jenis batu hempedu:
1. Batu kolesterol
2. Batu pigment hempedu
3. Batu bercampur
(sumber Google)

Alhamdulillah operation saya berjalan lancar. Ini saya share rupe batu dalam hempedu saya tu.


  • Pundi hempedu terpaksa dibuang dan ni batu2 yang ade dalam pundi  hempedu saya. 

Wednesday, 18 September 2019

Batu dalam pundi hempedu (gallstones)

Assalamualaikum semua..

Hari ni sekali lagi saya admitted ke hospital KPJ Tawakal kerana sakit batu hempedu.
Sebelum ini saya tidak pernah tahu tenang gallstones ni sehingga lah doktor sahkan saya ada batu dalam hempedu melalui ujian Ultrasound dan MRI.

Macam mana saya boleh detect?

Perkara ni bermula pada dua hari sebelum hari raya aidilfitri Jun 2019..saya memang ada gastric.. Tapi dah lama gastric tak attack saya.. Nak dijadikan cerita.. Pada hari kedua last puasa tu.. Saya tidak sahur.. Dan berpuasa seperti sehingga waktu berbuka.. Lebih kurang 3 jam selepas berbuka.. Tibe2 saya diserang sakit perut yang beramat sangat sehingga ke tulang belakang.. Saya terus ke klinik berdekatan.. Doc bagi ubat gastric.. Then balik saya makan ubat gastric macam biasa.. Tapi masih sakit.. Tidak berkurangan langsung.. Saya bertahan sehingga selepas sahur hari terakhir kite berpuasa.. Tepat jam 6 pagi saya bergegas ke klinik itu semula.. Dan doc agak terkejut kerana me urut beliau ubat itu biasanya boleh reduce kan sakit gastric. Kemudian doc beri saya injection supaya sakit saya berkurangan.. But after balik Rumah.. Saya still sakit.. Xde kurang langsung.. Saya ulang lagi ke klinik itu.. Doc pun naik bosan asik muka saya je.. Hahaha.. Akhirnya doc bagi saya surat refer ke hospital.

Ptg itu.. Semua org sibuk dengan Persiapan raya Dan balik kampung.. Saya masih Di hospital menunggu ujian ultrasound.. Dan akhirnya doc sahkan saya ade multiple stones dekat pundi hempedu.. Doc mintak saya admitted tapi saya taknak.. Memandangkan esok raya.. Kesian pada anak2.. Akhirnya doc beri ubat tahan sakit.. Saya feel better.. Berbagai2 pesanan doc.. Jangan makan bende Berlemak.. No lemang no rendang.. If saya xnak sakit balik..

Yeayyy.. Akhirnya saya dapat berjaya dengan keluarga pada hari raya pertama.. Namum hari raya kedua semua plan nak berjaya ke Rumah saudara mara musnah bile saya diserangkan sakit sekali lagi menyebabkan saya terpaksa dimasukkan ke KPJ TAWAKAL. doc Jalan kan ujian MRI Dan sahkan pankreas saya bengkak disebabkan batu itu blok tiub pankreas.. Saya diberi antibiotics kerana saya juga telah menunjuk tanda demam Kuning..

Doctor saran kan untuk membuat pembedahan bagi membuang pundi hempedu. Kerana menurut doc.. Tiada cara lain melainkan pembedahan itu. Saya ambil masa berbulan2 kerana takut kehilangan pundi hempedu.. Hahaha....

Dan.. Akhirnya hari ni saya tewas.. 18.9.2019 saya admitted ke KPJ TAWAKAL untuk pembedahan pundi hempedu.. Esok 19.9.2019 jam 8.30 pagi.. Saya akan melakukan pembedahan ini.. Doakan saya semua.. 😊😊😊