Wednesday, 18 September 2019

Batu dalam pundi hempedu (gallstones)

Assalamualaikum semua..

Hari ni sekali lagi saya admitted ke hospital KPJ Tawakal kerana sakit batu hempedu.
Sebelum ini saya tidak pernah tahu tenang gallstones ni sehingga lah doktor sahkan saya ada batu dalam hempedu melalui ujian Ultrasound dan MRI.

Macam mana saya boleh detect?

Perkara ni bermula pada dua hari sebelum hari raya aidilfitri Jun 2019..saya memang ada gastric.. Tapi dah lama gastric tak attack saya.. Nak dijadikan cerita.. Pada hari kedua last puasa tu.. Saya tidak sahur.. Dan berpuasa seperti sehingga waktu berbuka.. Lebih kurang 3 jam selepas berbuka.. Tibe2 saya diserang sakit perut yang beramat sangat sehingga ke tulang belakang.. Saya terus ke klinik berdekatan.. Doc bagi ubat gastric.. Then balik saya makan ubat gastric macam biasa.. Tapi masih sakit.. Tidak berkurangan langsung.. Saya bertahan sehingga selepas sahur hari terakhir kite berpuasa.. Tepat jam 6 pagi saya bergegas ke klinik itu semula.. Dan doc agak terkejut kerana me urut beliau ubat itu biasanya boleh reduce kan sakit gastric. Kemudian doc beri saya injection supaya sakit saya berkurangan.. But after balik Rumah.. Saya still sakit.. Xde kurang langsung.. Saya ulang lagi ke klinik itu.. Doc pun naik bosan asik muka saya je.. Hahaha.. Akhirnya doc bagi saya surat refer ke hospital.

Ptg itu.. Semua org sibuk dengan Persiapan raya Dan balik kampung.. Saya masih Di hospital menunggu ujian ultrasound.. Dan akhirnya doc sahkan saya ade multiple stones dekat pundi hempedu.. Doc mintak saya admitted tapi saya taknak.. Memandangkan esok raya.. Kesian pada anak2.. Akhirnya doc beri ubat tahan sakit.. Saya feel better.. Berbagai2 pesanan doc.. Jangan makan bende Berlemak.. No lemang no rendang.. If saya xnak sakit balik..

Yeayyy.. Akhirnya saya dapat berjaya dengan keluarga pada hari raya pertama.. Namum hari raya kedua semua plan nak berjaya ke Rumah saudara mara musnah bile saya diserangkan sakit sekali lagi menyebabkan saya terpaksa dimasukkan ke KPJ TAWAKAL. doc Jalan kan ujian MRI Dan sahkan pankreas saya bengkak disebabkan batu itu blok tiub pankreas.. Saya diberi antibiotics kerana saya juga telah menunjuk tanda demam Kuning..

Doctor saran kan untuk membuat pembedahan bagi membuang pundi hempedu. Kerana menurut doc.. Tiada cara lain melainkan pembedahan itu. Saya ambil masa berbulan2 kerana takut kehilangan pundi hempedu.. Hahaha....

Dan.. Akhirnya hari ni saya tewas.. 18.9.2019 saya admitted ke KPJ TAWAKAL untuk pembedahan pundi hempedu.. Esok 19.9.2019 jam 8.30 pagi.. Saya akan melakukan pembedahan ini.. Doakan saya semua.. 😊😊😊

No comments:

Post a Comment