Sunday 19 April 2020

Asam rebus kedah

Hi semua.. Asam rebus kedah resepi mak. Sangat healthy sebab x guna minyak.

Ikan - ikut suka hampa nak guna ikan apa. Macam saya.. Masa ni ada ikan patin je kat umah.. Kakak ipar bagi balik dari temerloh.. Hehe..



Bahan2:

Ikan
Cili kering 3 - 4 tangkai (ikut kepedasan hampa)
Cili padi 3 tangkai
Bawang merah dalam 5 ulas
Kunyit hidup 1 inci
Asam keping
Secubit beras
Secubit biji ketumbar
Sedikit belacan

Bahan rendam- rendam seketika dan toskan:
Beras
Cili kering
Biji ketumbar

Bahan tumbuk:
Tumbuk bahan rendaman tadi bersama cili padi dan bawang merah serta kunyit hidup.. Tumbuk sehingga lumat

Kemudian:
Masukkan bahan tumbuk td ke dalam periuk bersama air.. Air tu jgn byk sgt nanti cair sangat x sedap..

Kemudian masukkan asam keping, garam dan perasa. Setelah mendidih masukkan ikan Dan biar seketika.. Kemudian boleh tambah bendi jika mahu.... Biar sehingga ikan masak Dan boleh hidang..

Selamat mencuba







Asam pedas ayam mudah

Hai semua..resepi asam pedas ni saya belajar dengan mak mertua. Lain orang lain cara kan.. Hehehe


Bahan2:
1 ekor ayam (dipotong ikut saiz korang nak)
1 Batang serai (dititik)
Daun kesum
1 Batang bunga kantan - bunga kantan pun saya tak letak sebab tak ada masa masak ni.
Air asam jawa
Sedikit lada hitam tumbuk kasar - mcm saya x letak pun sebab masa buat ni xde lada hitam.


Bahan kisar:

Cili kering ikut kepedasan korang nak
6 - 7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
Sedikit belacan

Bahan sangai Dan diblend kering: saya biasa buat stock byk2.. Sebab boleh guna dalam byk masakan lain. Kalau xnak sangai boleh blend sekali bahan kisar.
Jintan putih
Jintan manis
Biji ketumbar

Kemudian:
Tumis semua bahan kisar bersama serai dititik dalam minyak yg dah panas.. Tumis sehingga garing dan cili tu masak.

Kemudian masukkan ayam, daun kesum, bunga kantan dan 1 sudu kecil rempah disangai td dan air asam jawa serta air (air ikut kepekatan.. Ade suka pekat ade suka cair). Garam gula perasa.

Gaul semua sekali dan biar seketika sehingga ayam masak.. Dan boleh dihidang.

Selamat mencuba.