Hi semua.. Asam rebus kedah resepi mak. Sangat healthy sebab x guna minyak.
Ikan - ikut suka hampa nak guna ikan apa. Macam saya.. Masa ni ada ikan patin je kat umah.. Kakak ipar bagi balik dari temerloh.. Hehe..
Bahan2:
Ikan
Cili kering 3 - 4 tangkai (ikut kepedasan hampa)
Cili padi 3 tangkai
Bawang merah dalam 5 ulas
Kunyit hidup 1 inci
Asam keping
Secubit beras
Secubit biji ketumbar
Sedikit belacan
Bahan rendam- rendam seketika dan toskan:
Beras
Cili kering
Biji ketumbar
Bahan tumbuk:
Tumbuk bahan rendaman tadi bersama cili padi dan bawang merah serta kunyit hidup.. Tumbuk sehingga lumat
Kemudian:
Masukkan bahan tumbuk td ke dalam periuk bersama air.. Air tu jgn byk sgt nanti cair sangat x sedap..
Kemudian masukkan asam keping, garam dan perasa. Setelah mendidih masukkan ikan Dan biar seketika.. Kemudian boleh tambah bendi jika mahu.... Biar sehingga ikan masak Dan boleh hidang..
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment