BAB 16
Berita yang disampaikan
oleh Sally semasa kawannya itu menelefon dia sebentar tadi, betul-betul membuat
dia menjadi marah. Habis semua barang-barang yang berada berdekatan dengannya
dibaling sekuat hati. Sakit hatinya dengan berita itu. Dia menyangka Adam
Rayyan akan setia menanti kepulangannya. Tapi ternyata anggapannya salah.
Memang dia bersalah
kerana meninggalkan Adam Rayyan. Tapi masa itu tawaran yang diterima lebih
penting dari perasaannya terhadap Adam Rayyan. Kerjayanya sebagai model baru
bermula pada masa itu. Bila mendapat tawaran dari salah sebuah agensi terkenal
di London, membuatkan dia nekad meninggalkan Adam Rayyan demi kerjayanya. Hanya
ini satu-satunya peluang yang dia ada demi mengejar impiannya selama ini.
Rayuan dari Adam Rayyan terimbau kembali.
“Sayang, please..you dah terima lamaran I. Kenapa sekarang you nak batalkan majlis pertunangan kita.” Pujuk Adam Rayyan dengan
lembut.
“You tahu kan cita-cita I.
So, sekarang ni peluang ada depan
mata. Takkan I nak sia-siakan semata-mata
pasal you.” Kasar Nazirah berkata.
“Okay, I faham. Tapi kita boleh bertunang dulu
kan sebelum you pegi. Kesian mummy I dia dah buat segala persiapan.” Rayu
Adam Rayyan lagi.
“ Hisy! You ni tak faham
bahasa ke.? I cakap taknak, means taknak la.!” Herdik Nazirah. Dia
jadi rimas bila Adam Rayyan memujuk rayunya. Selebihnya dia takut hati dia akan
berubah dengan pujuk rayu lelaki itu.
Berubah wajah Adam
Rayyan dengan herdikan itu. Tidak pernah sekali pun kekasih hatinya itu
bercakap kasar seperti ini. Remuk rasa hatinya. Keras betul hati Nazirah.
“Okay, I akan cuba minta mummy tangguhkan
majlis kita. Bila you dah ready baru kita akan bertunang. Okay
sayang.” Adam Rayyan masih merendahkan ego lelakinya demi memujuk hati Nazirah.
“You ni masih tak faham or
buat-buat tak faham. I nak break up dengan you. I taknak jalinkan apa-apa hubungan bila I ke sana.” Putus Nazirah. Dia nekad dengan pendiriannya.
“Sayang, I akan tetap tunggu you walau berapa lama pun you
mahu.” Pujuk Adam Rayyan. Segala ego telah dicampak ketepi demi rasa sayangnya
terhadap Nazirah.
“Suka hati you nak tunggu ke apa. I taknak bagi harapan apa-apa.”
Nazirah melangkah pergi
meninggalkan Adam Rayyan buat selama-lamanya. Hatinya juga sakit melihat
tangisan Adam Rayyan. Hatinya juga sakit kerana terpaksa memutuskan hubungannya
dengan Adam Rayyan. Tapi dia perlu kuat demi kerjaya yang diimpikan.
Nazirah mengesat air
mata yang mengalir ke pipi. Sekarang rasa kesal mula menyelubungi diri kerana
meninggalkan Adam Rayyan suatu ketika dulu. ‘Aku akan rebut kau semula. Adam
Rayyan hanya akan jadi milik aku. Milik aku!. Tiada siapa pun boleh
menghalang.’ Jerit hatinya.
Setelah bertahun-tahun
berada di Kota London kini dia nekad mahu pulang ke tanah air demi mendapatkan
semula Adam Rayyan. ‘ Ya, aku akan pulang. Akan pulang ke pangkuan Adam
Rayyan.’ Desis hatinya. Dia yakin Adam Rayyan masih menyayangi dirinya.
Tiba-tiba dia tersenyum bila mengingatkan reaksi Adam Rayyan. ‘Pasti dia akan
gembira melihat kepulangan aku.’ Gumam hatinya lagi. Tiba-tiba rindunya
terhadap Adam Rayyan membuak-buak.
Hari ini Adam Rayyan dan Adrianna
Wafiyah mula bekerja setelah hampir 2 minggu bercuti. Pagi-pagi lagi Adrianna
Wafiyah sudah bersiap. Begitu bersemangat dia hendak ke pejabat. Rindu pada kawan-kawannya
terutama Sofea, sahabat baiknya itu semakin membuak-buak.
Adam Rayyan yang baru
saja selesai mandi terus terpegun melihat isterinya. Sungguh cantik dengan baju
kebaya ungu yang dipakai dan dipadankan dengan selendang berwarna pink cair
mengikut warna bunga dibaju itu dan dililit dengan rapi di kepala . Terserlah keayuan Adrianna Wafiyah. Pelik
juga kadang-kadang Adam Rayyan melihat perempuan-perempuan yang melilit
selendang ini. Macam-macam cara lilitan mereka. Macam-macam fesyen dan gaya
dapat dilihat kalau dipejabatnya itu.
Adrianna Wafiyah yang
perasaan dengan renungan suaminya itu mula berdehem. Rimas melihat lelaki itu
asyik merenungnya.
“Erm..erm.., baju awak
saya dah gosok. Ada dalam almari. Awak pilihlah sendiri.” Tutur Adrianna
Wafiyah. Menutup debaran yang bertandang. Entah mengapa akhir-akhir ini jantungnya
kerap berdebar bila bertentang mata dengan Adam Rayyan.
Adam Rayyan yang
tersedar dari lamunan terus berjalan pantas ke almari. Tanpa diduga kepala dia
terhantuk ke pintu almari itu.
“Aduhh! Hisyyy,
lainkali kalau dah bukak pintu almari ni. Pandai-pandailah tutup balik.” Dia
menggosok kepalanya yang terasa perit. Cuba menutup malu atas kecuaiannya
sendiri.
Terlepas ketawa
Adrianna Wafiyah melihat kecuaian Adam Rayyan. Adam Rayyan yang mendengar
ketawa itu terasa bengang. ‘Seronok dia gelakkan aku.’ Gumam hatinya. Adrianna
Wafiyah yang terperasan wajah bengis Adam Rayyan segera mematikan tawanya.
“Hm..saya turun dululah
la.” Ujarnya sambil mengambil beg tangan dan terus keluar dari bilik itu. ‘Dia
yang jalan mata letak kat lutut. Aku pulak nak disalahkan. Siapa lagi yang ada
dalam bilik itu kalau bukan aku. Saja nak perli akulah tu’. Rungut hatinya
sambil menuruni anak tangga. Dia terus melangkah ke dapur. Dilihat Mak Limah
sedang sibuk menyediakan sarapan pagi.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam, Eh
Wafi. Awal bangun.” Jawab Mak Limah.
“Wafi dah mula kerja
hari ni.” Jawabnya lembut.
“Oh, tapi nikan awal
lagi. Baru pukul 6.45 pagi. Biasanya semua orang dalam rumah ni pukul 7.30 pagi
baru turun kalau hari kerja.” Terang Mak Limah.
“Wafi tak nak keluar
lambat. Takut jem. Lagipun hari ni Wafi bersemangat nak pegi kerja. Yela dah
lama cuti.” Jawab Adrianna Wafiyah.
“Hm, yela. Wafi pegi
duduk depan dulu. Biar Mak Limah siapkan sarapan. Tinggal nak goreng bihun aje
ni.”
“Takpalah biar Wafi
tolong.”
“Dah, tak payah. Nanti
kotor baju tu dah satu hal nak menukarnya.” Halang Mak Limah.
“Hurmm, yela. Wafi
duduk depan.” Ujarnya sambil sengaja memuncungkan bibirnya. Konon-kononnya
merajuk.
“Dah tak payah nak buat
muncung itik tu. Kalau tambah cantik tak apa la jugak. Ni Mak Limah tengok dah
macam tempat sangkut baju dah.”Usik Mak Limah.
“Hurm, tak nak kawan
Mak Limah.” Adrianna Wafiyah pura-pura merajuk sambil melangkah keluar.
Mak Limah hanya menggeleng
kepala dengan sikap manja Adrianna Wafiyah. Dia senang hati melihat Adrianna
Wafiyah manja dengannya.
Adrianna Wafiyah membaca
majalah ketika Adam Rayyan sedang menuruni anak tangga. Dia hanya memandang
sekilas sebelum menyelak helaian seterusnya.
Adam Rayyan meletak beg
bimbitnya sambil melabuhkan punggung di sofa berhampiran Adrianna Wafiyah.
“Kau pegi kerja dengan
aku aje hari ni.” Adam Rayyan bersuara memecah kesunyian antara mereka.
“Eh, takpalah. Saya
boleh naik cab. Lagipun arah jalan
kita tak sama. Nanti awak lambat pulak sampai pejabat.” Tutur Adrianna Wafiyah
selamba. Padahal dia tak tahu pun dimana pejabat Adam Rayyan. Main bedal sahaja bercakap.
“Tak payah nak
mengadalah. Ikut aje cakap aku kan senang.” Adam Rayyan mula bengang bila Adrianna
Wafiyah seolah-olah main tarik tali dengannya. Takkan dia nak biarkan isteri
dia pergi kerja naik teksi. Tak masuk dek akal. Dia bukan lelaki yang tak
bertanggungjawab.
Belum sempat Adrianna
Wafiyah membalas kata-kata Adam Rayyan, dia melihat kelibat adik ipar dan
mertuanya menuruni anak tangga. Terbantut untuk membalas kata-kata itu.
“Eh, awalnya korang bangun. Nak pegi ke mana
awal-awal pagi ni.” Tanya Datin Rohana.
“Mummy ni dah lupalah
tu. Kan Ray dah mula kerja hari ni. Wafi pun sama.” Adam Rayyan menjawab.
“Oh..haah, mummy lupa.”
Ucap mummynya sambil tersengih.
“Jomlah breakfast. Kejap lagi saya ada meeting ni. Hah Ray, terlanjur kamu ada
ni, papa nak kamu join meeting dengan
Sutra Holding pagi ni.”
“Yela papa.”
“Mummy Lisya tak sempat
nak breakfast ni. Lisya ada urgent meeting pagi ni. Tadi bos Lisya call.” Alisya Umaira bergegas keluar.
“Eh, Lisya..” Belum
sempat Datin Rohana menghabiskan ayatnya, Alisya Umaira sudah menghilang.
“Hisy, budak bertuah ni. Belum sempat kita cakap dia dah keluar.” Bebel Datin
Rohana.
Adrianna Wafiyah hanya diam membisu.
Tidak berniat mahu berbual dengan lelaki itu. Pagi yang ceria ini dia tidak
mahu merosakkan moodnya bergaduh
dengan Adam Rayyan.
“Kau habis kerja pukul
brapa?” Soal Adam Rayyan tiba-tiba.
Adrianna Wafiyah
memandang wajah Adam Rayyan seketika sebelum bersuara. “Pukul 5.30 petang la.
Kenapa?” Soal dia pula.
“Tunggu aku datang. Kau
jangan pandai-pandai nak balik sendiri.” Adam Rayyan memberi amaran kepada
Adrianna Wafiyah.
“Saya baru nak mintak
izin awak nak balik lambat sikit.”
“Kenapa pulak kau nak
balik lambat. Jangan nak mengada.”
“Saya nak pegi ambik
kereta saya la kat rumah sewa .” Jawab Adrianna Wafiyah.
“Tak payah. Tunggu hari
minggu nanti kita pegi ambik sama-sama.”
“Habis, esok lusa tulat
tungging semua saya nak pegi kerja naik apa. Takkan hari-hari awak nak hantar.”
Adrianna Wafiyah meninggikan suara tanpa sedar. Bengang juga kerana dikongkong
suaminya. Dulu bukan main lagi buat perjanjian bagai. Tak kisah aku nak ke
mana. Jerit dia dalam hati.
“Kenapa kalau aku
hantar?. Kenapa, kau takut boyfriend kau
nampak ke?
“Hisyy! Dah la, malas
saya nak layan cakap awak. Nak hantar ke nak ambik ke sukahati awak.” Adrianna
Wafiyah berkata sambil menyilangkan tangan. Dia sudah ketandusan idea mahu membalas kata-kata Adam
Rayyan. Rosak mood dia hari ni. Dia
merengus geram.
“Haa, macamtulah kalau
nak jadi isteri solehah. Dengar cakap suami. Tak melawan.” Adam Rayyan masih
giat mengusik isterinya.
Sempat lagi dia mencuit
pipi Adrianna Wafiyah. Adrianna Wafiyah cuba mengelak tapi sudah terlambat.
Tangan itu terlebih dulu mendarat dipipinya. Dia menjeling tajam ke arah
suaminya. Suka ambil kesempatan ke atas dirinya. Benci!
Kereta
BMW X6 milik Adam Rayyan berhenti di tepi jalan. Adrianna Wafiyah memandang
hairan ke arah suaminya.
“Apasal
berhenti pulak. Cepatlah saya dah lambat.” Marah Adrianna Wafiyah. Sangka dia
sedang dipermainkan Adam Rayyan.
“Kalau
dah lambat turunlah. Apa lagi kau duk tunggu.” Pelik dengan soalan isterinya.
Adrianna
Wafiyah memandang ke arah luar. Ya Allah, rupanya dia dah sampai depan pejabat.
Lupa pulak yang Adam Rayyan memang tahu lokasi pejabatnya. Cuma dia yang tak
tahu di mana pejabat suaminya. Yang dia tahu nama Syarikat milik keluarga
mertuanya ialah Megah Holdings. Selebihnya dia tak tahu apa-apa.
Adrianna Wafiyah
tersengih malu. Tak pasal-pasal tebal seinci wajahnya hari ni. Mana dia perasan
dah sampai sebab selalu kat depan ni ada makcik jual nasi lemak. Tapi hari ni
dah tak ada pulak. Meja makcik tu pun tak ada. ‘Makcik nasi lemak ni cuti kot
hari ni’. Sempat lagi dia berfikir pasal makcik nasi lemak tu.
“Tadi kata dah lambat,
ni apsal kau duk berangan lagi. Kau nak aku bukakkan pintu ke?
“Nak turun la ni.”
Adrianna Wafiyah yang tersedar segera membuka pintu kereta. Dia mencebikkan
wajah. Belum sempat dia nak melangkah keluar, Adam Rayyan menahannya dari
keluar.
“Kejap.”
“Apa lag…”
Cupp!
Tiba-tiba Adam Rayyan
menghadiahkan ciuman di dahinya. Terkedu dia dengan ciuman itu. Terasa
jantungnya melantun-lantun keluar. Dia menyentuh dahinya. Tiba-tiba terasa ada
tangan melayang-layang diwajahnya.
“Berangan! Dah, cepat
keluar.”
Adrianna Wafiyah terus
melangkah keluar dengan hati berbunga. Kereta suaminya terus meluncur sehingga
hilang dari pandangan matanya.
“Amboi cik abang hantar
hari ni ye.”
Adrianna Wafiyah
tersenyum sambil menoleh ke arah suara itu. Dia kenal sangat dengan suara itu.
Siapa lagi kalau bukan Sofea.
“Fea, aku rindu sangat
dekat kau.” Adrianna Wafiyah dan Sofea berbalas pelukan.
“Seronok cuti.? Soal
Sofea.
“Seronok apa, bukan aku ke mana pun asyik duk rumah
aje. Naik bosan aku dibuatnya.”
“Yela, mana sempat kau
nak ke mana kan. Kalau asyik nak memerap dalam bilik dengan suami tersayang.”
Usik Sofea.
“Hisy, kau ingat aku
tak ada kerja lain nak buat.” Adrianna Wafiyah mencebik.
“Jomlah naik atas. Ada
banyak lagi yang aku nak tanya ni.” Sengih Sofea sambil menarik Adrianna
Wafiyah melajukan langkahnya.
“Tak habis-habis nak
korek. Kepoci betul la kau ni. Kalah paparazzi.”
Sofea tersengih.
Adrianna Wafiyah hanya menggeleng. Sampai sahaja di atas, semua rakan-rakan
sepejabat berkerumun di sekeliling Adrianna Wafiyah. Macam-macam soalan mereka
tanya. Termasuklah usik-mengusik. Sekali - sekala pecah ketawa mereka. Gamat
pejabat itu. Nasib baiklah bos belum masuk.
Melihat sahaja kelibat
bos mereka Encik Kamal, masing-masing berlari ke tempat masing-masing.
“Assalamualaikum Encik
Kamal.” Sapa Adrianna Wafiyah.
“Walaikumussalam, Eh,
Wafi awak dah masuk kerja hari ke?”
“Haah. Baru hari ni
mula.” Jawab Adrianna Wafiyah. ‘Pelik
bos aku ni takkan dia tak tahu aku cuti sampai bila. Dia yang luluskan cuti
aku.’ Desis hatinya sambil tersenyum ke arah bosnya.
“Oh, selamat kembali
bertugas. Sofea nanti awak hantar laporan yang saya minta semalam. Petang ni
saya ada meeting.”
“Baik bos.” Jawab Sofea
“Wafi, Wafi..Sinilah.”
Sofea menggamit tangannya supaya sahabatnya datang dekat tempatnya.
“Kenapa.?” Soal
Adrianna Wafiyah pelik.
“Haritu Kak Rita bagitahu
aku yang Encik Kamal nak bersara. Kak Rita cakap nanti anak buah dia akan ambil
alih syarikat ni. Maklumlah Encik Kamal tu kan duda tak ada anak. Sapa lagi dia
nak suruh ambik alih kan.” Cerita Sofea.
“Kau kenal ke anak buah
dia tu.?”
“Entah, lupa pulak aku
nak tanya nama dia dekat Kak Rita. Tapi kalau tak salah aku Kak Rita bagitahu
bulan depan dia masuk sini.”
“Hurm, kita tunggu dan
lihat jer la.” Adrianna Wafiyah berlalu ke tempatnya.