BAB 14
BMW X6 milik Adam Rayyan meluncur
masuk ke perkarangan banglo Datuk Razlan. Setelah menurunkan Adrianna Wafiyah,
kereta Adam Rayyan terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah itu.
Adrianna Wafiyah hanya memerhati kelibat kereta suaminya hingga hilang dari
pandangan mata. Hatinya keluh dengan sikap Adam Rayyan yang berubah-ubah.
Suaminya itu langsung tidak memberitahu ke mana hendak pergi. Sedih sungguh
rasa hati bila tidak dihiraukan suami sendiri. Kemanisan rumah tangga yang
diharapkan tidak mungkin akan dirasai oleh Adrianna Wafiyah. Air mata mula mengalir
laju ke pipi. Dalam waktu itu, dia terdengar pintu rumah dibuka, Adrianna
Wafiyah pantas menyeka air matanya seraya menoleh ke arah pintu itu. Wajahnya
segera dimaniskan bila melihat kelibat ibu mertuanya.
“Wafi, kenapa tercegat kat luar tu.
Mana Ray?” Tanya Datin Rohana.
“Emm, abang Ray keluar sekejap
mummy. Dia cakap nak jumpa kawan.”
Bohong
Adrianna Wafiyah. Takkan nak cakap dia tak tahu ke mana Adam Rayyan pergi. Mahu
lagi banyak pertanyaan dari ibu mertuanya.
“Hmm,
dah la mari masuk. Panas kat luar tu”
Adrianna
Wafiyah mengangguk sambil melangkah masuk ke rumah agam itu. Dia membuntuti
langkah Datin Rohana ke ruang tamu sambil melabuhkan punggung ke sofa empuk
buatan itali itu. Baru sahaja duduk, mak Limah sudah datang menatang dua gelas
air oren untuk dia dan ibu mertuanya.
“Minum
Wafi.” Pelawa Datin Rohana.
“Mana
yang lain mummy? Sunyi jer rumah.”
“Biasalah
Wafi kalau dah jadi isteri ahli perniagaan ni. Bukan nak lekat kat rumah papa
kamu tu. Hari minggu pun sibuk memanjang dengan kawan-kawannya.” Datin Rohana
melepas keluhannya.
“Papa
tu kerja kuat untuk mummy jugak kan. Tak apalah kan Wafi dah ada. Wafi boleh
temankan mummy.” Adrianna Wafiyah memujuk ibu mertuanya.
“Mummy
bersyukur sangat Wafi sudi terima anak mummy.”
“Mummy,
Wafi redha dengan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk Wafi.”
“Mummy
harap sangat Wafi bersabar dengan kerenah Ray. Mummy tahu yang Ray melayan Wafi
dengan kasar. Tapi percayalah cakap mummy, yang sebenarnya Ray bukan macam tu
perangainya. Dia berubah kerana masa silamnya.”
“Masa
silam? Maksud mummy?”
“Pasal
hal tu, mummy rasa baiklah Ray yang cerita sendiri pada Wafi. Mummy sentiasa
doa yang terbaik untuk kebahagian kamu berdua. Mummy harap Wafi mempertahankan
rumah tangga Wafi dan Ray biarpun badai melanda.”
“Insyaallah
mummy, Wafi akan cuba menjadi isteri terbaik untuk abang Ray.” Ujar Adrianna
Wafiyah sambil menggengam tangan Datin Rohana.
Adakah
kisah silam yang dimaksudkan mummy itu adalah Nazirah. Hatinya menjadi tak
keruan. Untuk bertanya lanjut, dia pasti mummy tidak akan menceritakan apa-apa.
“Hey,
mengelamun pulak dia.”
Teguran
Datin Rohana menyedarkan Adrianna Wafiyah. Dia hanya tersenyum.
“Wafi
naiklah dulu. Nak rehat ke nak mandi ke. Mummy ada janji dengan kawan mummy.
Mummy pergi dulu ya.”
“Yela
mummy.”
Baru
sahaja dia hendak melangkah ke bilik, dia melihat kelibat Alisya Umaira.
“Baru
balik Lisya?” Tegur Adrianna Wafiyah.
Alisya
Umaira hanya menjeling tajam. Benci sungguh dia melihat wajah itu.
“Lisya..”
Panggil Adrianna Wafiyah sambil menyentuh lembut bahu adiknya.
“Hisy!
Kau ni kenapa.?” Alisya Umaira menepis tangan Adrianna Wafiyah.
Adrianna
Wafiyah takut-takut untuk meneruskan bicaranya. Bengis wajah Alisya Umaira
membuatkan dia berasa takut.
“Lisya,
apa salah Kak Wafi dekat Lisya?. Kenapa Lisya benci sangat pada Kak Wafi.”
Tanyanya sambil menahan sebak di dada.
“Kau
tanya apa salah kau?! Setelah apa yang kau buat pada aku. Masih nak tanya apa
salah kau.!” Alisya Umaira melepaskan segala kesakitan yang dipendam selama
bertahun-tahun ini. Adrianna Wafiyah terkedu.
“Apa
yang Kak Wafi dah buat pada Lisya. Kak Wafi tak faham apa yang Lisya cakap.”
“Kau
tak payah nak buat tak tahu la.!”
“Sumpah!
Lisya, Kak Wafi tak faham maksud Lisya. Cuba Lisya cerita pada Kak Wafi. Biar
segala kekusutan kita selama ini terungkai.”
“Kau
kenal Reza?”
“Reza?”
Adrianna Wafiyah menjadi semakin pelik. ‘Kenapa nama Reza dikaitkan dan macam
mana Lisya boleh kenal dengan Reza.’Desis hati Adrianna Wafiyah.
Melihat
wajah terkejut Adrianna Wafiyah, membuatkan Alisya Umaira yakin memang wanita
ini mempunyai agenda tersendiri. Dia mencemikkan wajah.
“Apa
kaitan Reza dalam kemelut ini?” Tanya Adrianna Wafiyah.
“Disebabkan
kau, Reza tolak cinta aku.! Disebabkan kau, aku kehilangan dia!!” Alisya Umaira
menjerit. Dia benci dengan wajah pura-pura baik Adrianna Wafiyah.
Otak
Adrianna Wafiyah makin berbelit. Pening kepalanya.
“Lisya,
Kak Wafi tak tahu kenapa Lisya tuduh Kak Wafi macamtu. Kak Wafi tak pernah
merampas Reza dari Lisya, Kak Wafi pun tak pernah kenal dengan Lisya sebelum
ni.” Tutur Adrianna Wafiyah sebak.
Alisya
Umaira meraup rambutnya. Tidak yakin dengan kata-kata yang dituturkan oleh
Adrianna Wafiyah.
Adrianna Wafiyah menapak perlahan
menghampiri adik iparnya. Dia mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicaranya.
Alisya Umaira kelihatan kelu. Dia bingung sama ada mahu mempercayainya atau
tak. Kerana sudah sekian lama dia menanggung derita menagih kasih dari Reza.
Sampai sekarang dia tak pernah membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki.
“Kalau Lisya nak tahu, sebelum ini
memang Kak Wafi dan Reza berkawan rapat kerana kami belajar di Universiti yang
sama. Tapi Kak Wafi tak pernah bercinta dengan Reza.”
Alisya Umaira mengangkat wajahnya
memandang Adrianna Wafiyah. Caranya itu seperti meminta kepastian.
“Kau bohong! Kalau kau tak bercinta
dengan dia. Kenapa Reza cakap dia hanya cintakan kau!” Sinis suara Alisya
Umaira menanya.
Adrianna Wafiyah menarik nafas
dalam-dalam dan menghembusnya perlahan. Mencari kekuatan sebelum memulakan
bicara. Dia tahu, dia perlu berlembut untuk bercakap dengan adik iparnya yang
satu ini.
“Memang Reza pernah meluahkan
perasaannya pada Kak Wafi. Tapi Kak Wafi tak boleh terima cinta dia sebab Kak
Wafi tak pernah anggap dia lebih dari seorang kawan.” Terang Adrianna Wafiyah.
Alisya Umaira mula berubah rentak.
Melihat wajah bersungguh-sungguh kakak iparnya meluahkan segala kekusutan itu,
membuatkan dia berbelah bagi. Dia mula menanti bicara seterusnya.
“Keluarga dia pun tak suka Kak Wafi berkawan
dengan dia.” Adrianna Wafiyah mengesat air mata yang mula mengalir. Alisya
Umaira mula dihambat rasa bersalah. Tapi masih dikawal olehnya.
“Kalau betul apa yang kau cakap ni,
kenapa Reza boleh ada gambar kau.?”
Adrianna Wafiyah kelihatan terkejut.
‘Reza ada gambar aku.’ Desis hatinya. Sungguh dia tak tahu yang Reza menyimpan
gambarnya tanpa pengetahuan dia.
“Kak Wafi tak tahu pasal gambar tu.
Sungguh.” Dia merenung wajah Alisya Umaira moga-moga adik iparnya
mempercayainya.
“Lepas dia luah perasaan pada Kak
Wafi, kami gaduh besar. Sebab dia tak boleh terima Kak Wafi tolak cinta dia.”
Berubah wajah Alisya Umaira
mendengarnya. Serta merta dia mula rasa bersalah kerana mendendami Adrianna
Wafiyah tanpa usul periksa. Dia menundukkan wajahnya. Malu pula mahu bertentang
mata dengan Adrianna Wafiyah setelah mendengar penerangan darinya. Adrianna
Wafiyah yang perasan akan wajah mencuka itu terus mencapai tangan adik iparnya.
“Kalau itulah punca Lisya marahkan
Kak Wafi, akak mohon maaf dari Lisya. Akak tak berniat nak lukakan hati Lisya.
Sungguh akak tak tahu Lisya dengan Reza.” Adrianna Wafiyah mengesat air matanya
yang makin laju mengalir.
Tanpa diduga, Alisya Umaira membalas
gengaman Adrianna Wafiyah. Lantas dia memeluk tubuh kakak iparnya. Dia menangis
semahu-mahunya di bahu Adrianna Wafiyah. Segala kemelut yang melanda mula reda.
Segala kekusutan yang dia tanggung selama ini mula terungkai.
Adrianna Wafiyah tersenyum gembira
dengan penerimaan Alisya Umaira. Dia menggosok perlahan belakang Alisya Umaira
bagi menenangkan jiwa adik iparnya itu.
“Kak Wafi..” Alisya Umaira malu
untuk berkata.
Adrianna Wafiyah senang hati
mendengar Alisya Umaira memanggilnya kakak. Terasa diri semakin dekat dengan
adik iparnya. Dia menanti bicara seterusnya.
“Lisya nak minta maaf pada Kak Wafi.
Selama ni Lisya hidup dengan perasaan dendam.”
“Kak Wafi tak pernah simpan apa yang
Lisya buat sebelum ni. Akak dah anggap Lisya macam adik sendiri. Cuma apa yang
akak boleh cakap, kalau betul cinta Lisya tulus untuk Reza, InShaAllah ada
jodoh Lisya dengan dia. Biarpun terpisah bertahun-tahun.” Ujar Adrianna
Wafiyah.
“Terima kasih Kak Wafi.” Alisya
mengukir senyuman ikhlas buat kakak iparnya.
“Sama-sama dik. Lepas ni kalau ada
apa-apa masalah jangan simpan sorang. Kak Wafi ada untuk jadi pendengar setia.”
Ujar Adrianna Wafiyah dengan senang hati. Dalam hati dia bersyukur kerana
segala kemelutnya dengan Alisya Umaira telah terungkai.
Rupa-rupanya dari jauh Mak Limah
sudah mendengar segalanya. Dia turut ikut menangis melihat percantuman dua
beradik itu. Hatinya mengucap syukur melihat kemesraan yang terjalin antara
mereka. Dia mengesat air mata sambil melangkah ke dapur.
Setelah
menurunkan Adrianna Wafiyah sebentar tadi, Adam Rayyan terus menghubungi kawan
baiknya Rafi. Mereka berjumpa di tempat yang telah dijanjikan.
“Hello
geng, sejak kahwin ni aku langsung tak dengar cerita kau. Baru skang kau
nak cari aku.”
“Aku busy la. Yang kau pun langsung tak call aku.” Balas Adam Rayyan.
“Aku malaslah nak kacau orang tengah
honeymoon.” Usik Rafi. Padahal dia
tahu segalanya pasal perkahwinan kawannya itu.
“Banyaklah kau punya honeymoon.”
Makanan yang dipesan sampai ke meja
mereka. Suasana diam seketika. Masing-masing meneguk air kehausan.
“Aku tengok muka kau dah macam ayam berak
kapur ni kenapa.?”
“Entah la Rafi. Aku kusut dengan
segala yang terjadi. Semuanya terjadi terlalu pantas. Dalam sekelip mata sahaja
aku sudah menjadi suami orang.” Luah Adam Rayyan lemah.
“Kau kena redha dengan segalanya.
Barulah hidup kau tenteram. Cuba kau belajar terima isteri kau tu.” Nasihat
Rafi.
“Aku dapat tahu Nazirah akan pulang
ke Malaysia. Kau ada dengar?” Celah Adam Rayyan.
Rafi mengeluh perlahan. Sampai
sekarang dia tak faham kenapa Adam Rayyan masih mengharapkan Nazirah. Sedang
perempuan itu sudah banyak menyakitkan hati Adam Rayyan.
“Ada..haritu aku lepak dengan Sally.
Dia yang bagitahu aku.” Jawab Rafi mendatar.
“Oh..kau tahu bila dia balik.?”
“Entah tak tahu. Eh, yang kau asyik
tanya pasal dia kenapa.Sudah-sudah Ray. Dia tak layak untuk kau. Aku rasa lebih
baik kau bina rumah tangga kau dengan Wafi.”
Terdengar keluhan Adam Rayyan. Sudah
3 kali dia membuat solat istikarah tapi masih belum ada petunjuk. Ada benar
kata kawannya itu. Tapi entah mengapa hatinya masih mengingati Nazirah. Masih
ingin tahu perihal Nazirah.
“Nazirah adalah segara-galanya bagi
aku. Entahlah Rafi, hati aku masih berbelah bagi. Bila aku cuba membuka pintu
hati untuk Wafi, bayang Nazirah datang menjelma.”
“Sebab tu aku cakap, kau kena ikhlas
terima Wafi, kau tak boleh layan dia ikut ego kau. Buang jauh-jauh bayangan
Nazirah. Kesian kat Wafi, dia tak bersalah langsung. Jadi kau tak berhak layan
dia macamtu. ”
“Aku akan cuba.”
“Ha, macamtu la. Lagipun aku tengok
Wafi tu boleh tahan cantik. Sopan pulak tu. Kalau orang nak cari isteri yang
macamtu la. Sejuk mata memandang. Ni kau dah ada depan mata buat tak tahu.
Karang melepas ke tangan orang lain baru padan muka kau.”
“Bukan main lagi kau duk memuji
isteri aku. Sikit-sikit sudahlah.” Adam Rayyan dihambat cemburu.
“Bro,
takkan jeles kot. Kata tak suka.”
Usik Rafi lagi.
“Suka atau tak, yang kau duk puji tu
isteri aku. Karang aku sekeh baru tahu.” Adam Rayyan membalas usikan Rafi.
Mereka sama- sama ketawa. Adam Rayyan
dan Rafi adalah sahabat sejak dibangku sekolah. Hubungan mereka sudah seperti
adik-beradik. Cuma masing-masing berpisah setelah Adam Rayyan melanjutkan
pelajaran ke Luar Negara.
“Turunkanlah sikit ego kau tu.
Jangan nanti ego kau makan tuannya sendiri. Percayalah cakap aku, kau akan
temui kebahagiaan dengan Wafi. Aku ni pun bukanlah baik sangat nak bagi kau
nasihat. Tapi sebagai sahabat, aku nak sangat tengok kau happy.”
“Kau nak tahu haritu aku saja usik
sikit dia. Baru sentuh sikit dah menangis macam kena pukul. Tu belum lagi aku
buat yang berat-berat.”
“Kau ni pun bawa-bawalah bersabar.
Cakap tak serupa bikin. Kata tak suka tapi part
tu kau main terjah jer. Tapi kan boleh percaya ke kau tak buat-buat berat-berat
haritu.” Serkap Rafi.
“Kau
ingat aku ni jenis main langgar jer ke. Walaupun Wafi tu isteri aku yang sah.
Tapi aku belum terfikir nak buat sejauh itu kalau hati aku dan dia masih
ragu-ragu. Tapi kan bukan luak pun dah bini aku .” Gurau Adam Rayyan. Cuba
menutup isi hatinya dari dibaca oleh sahabatnya.
“Sekaranglah baru nak mengaku bini
sebelum ni, bukan main benci lagi kau pada dia. Apa sekarang ni benci sudah
bertukar sayang ke? Tebak Rafi.
“Sikit-sikitlah.” Adam Rayyan malu untuk mengaku.
“Elleh, sejak bila kau jadi pemalu ni. Menyampah pulak aku tengok wajah angau kau.” Gurau Rafi.
“Elleh, sejak bila kau jadi pemalu ni. Menyampah pulak aku tengok wajah angau kau.” Gurau Rafi.
“Tapi kan apa yang kau usik.
Ceritalah sikit.”
“Ah! kau ni, lebih-lebih pulak. Kang
aku sekeh karang.”
“Yela, gurau pun takleh dah sekarang
ni.”
“Dahlah, tukar cerita lain.”
“Cerita apa pulak, sinchan ke.?”
Gurau Rafi lagi sambil ketawa.
“Eh, eh kau ni aku tengok dah macam
terlebih hormon pulak hari ni. Asyik nak ketawa jer.
“Hidup mesti ceria, baru awet muda
macam aku.” He..he..he.
“Hurm.” Rafi ni
kalau dilayan makin melalut jadinya. Dia menyedut baki air dan terus memanggil waiter.
“Eh, nak balik dah ke? Awal lagi ni.” Tanya Rafi hairan.
“Eh, nak balik dah ke? Awal lagi ni.” Tanya Rafi hairan.
“Awal kau cakap. Sekarang ni dah
pukul 6 tahu. Aku balik dululah. Nanti ada masa kau singgah office aku.” Balas Adam Rayyan.
“Yela, orang ada bini menunggu kat
rumah.”
“Hmm, cakap aku. Kau tu pun sama.
Pegi balik cepat.” Balas Adam Rayyan sambil bersalam dengan Rafi.
Mereka beriringan menuju ke kereta
masing-masing.
Bab 15 manaaaaaaa.............??
ReplyDelete