Thursday, 13 February 2014

"Kenal Erti Cinta" - BAB 15

BAB 15

Sambil memandu, Adam Rayyan teringat kata-kata Rafi. Dia akan cuba menerima Adrianna Wafiyah dengan ikhlas. Benar kata Rafi, Wafi tak bersalah. Tak seharusnya dia dilayan dengan teruk. Terbit rasa bersalah dengan layanannya terhadap Adrianna Wafiyah sebelum ini. Semakin hari cintanya terhadap Nazirah makin menipis.
            ‘Adrianna Wafiyah.’ Tanpa sedar nama itu meniti di bibirnya. Adam Rayyan tersenyum. Ingatannya kembali teringat tubuh Adrianna Wafiyah yang putih gebu itu hanya dibaluti tuala separas lutut. Kesian bercampur lucu melihat wajah gelabah Adrianna Wafiyah bila dia menyentuh tubuh itu.
            Pon!!Pon!!
            Lamunannya terus hilang bila mendengar bunyi hon kereta dari belakang. Terus dia tersedar yang sekarang dia sedang berada di Traffic light. Dengan pantas pedal minyak ditekan dan kereta terus meluncur  perlahan.
            “Hoi! Nak berangan balik rumahlah. Menyusahkan orang betul.!”
Marah pemandu lori yang memintas jalannya. Dia hanya mengangkat tangan tanda maaf atas kesalahannya sendiri. Habis sesak jalanraya dibuatnya. ‘Ah, Adrianna Wafiyah, kau dah buat aku gila bayang.’  Desis hatinya.

Adrianna Wafiyah sedang membantu Mak Limah memasak. Riuh dapur tu dibuatnya dengan telatah Adrianna Wafiyah. Mak Limah senang dengan perangai Adrianna Wafiyah. Terhibur hatinya.
“Mak Limah pandai nyanyi?” Tiba-tiba keluar soalan bodoh dari Adrianna Wafiyah. Angin tak ada, ribut tak ada ditanyanya pasal nyanyi.
“Mak Limah ni kalau lagu dulu-dulu tu pandailah. Juara karaoke kampong ni.”Seloroh Mak Limah tiba-tiba.
“Nyanyi la satu lagu Mak Limah.”Rengek Adrianna Wafiyah.
Serba salah Mak Limah dibuatnya. “Okay kita nyanyi sama-samalah. Kalau Mak Limah sorang Mak Limah taknak.” Mak Limah melayan perangai gila-gila Adrianna Wafiyah.
“Okay-okay, lagu apa ye?” Adrianna Wafiyah menggosok-gosok dagunya dengan jari.
“Hah! Lagu Lemak Manis. Wafi suka lagu tu. Ibu selalu nyanyikan untuk Wafi masa kecik-kecik dulu.”
“Okay, Mak Limah mula dulu. 1, 2, 3 mula.” Adrianna Wafiyah mula mengira.
“sopan-santun, anak melayu, senyum terukir...senyum terukir ...bila disapa…dalam pantun, kukirim rindu ,rindu mengalir...rindu mengalir ...di dalam kata lemak manis...”

Mak Limah menyanyi dengan bersemangat sekali. Maklumlah juara karaoke kampung. He..he..he.. “Okay Wafi sambung pulak.” Ujar Mak Limah

alah amboi-amboi, santan kelapa...alah amboi-amboi, kupandang- lah manis... alah amboi-amboi, anak siapa?.”

 Adrianna Wafiyah menyambung bahagian korusnya. Mereka sama-sama ketawa geli hati.
Wow, best la Mak Limah ni, sporting habis.” Puji Adrianna Wafiyah.
“Amboi Mak Limah praktis nyanyi nak masuk ujibakat Kilauan Emas ke”

Tiba-tiba ada satu suara sergah mereka di dapur. Kedua-duanya terkejut seraya menoleh ke arah pemilik suara itu. Adrianna Wafiyah terasa wajah membahang. Malu kerana dia pun tadi tumpang menyanyi sekaki. Entah sejak bila Adam Rayyan berdiri di situ.
“Eh, Encik Ray.” Tegur Mak Limah sambil menyibukkan diri mengemas dapur. Malu kepada anak majikannya. Nanti diingatkan dia ni orang tua tak sedar diri.
“Nanti tak jadi Pak Hamid nak masuk meminang. Orang tua-tua cakap jangan menyanyi kat dapur nanti tak ada orang masuk meminang. Kau pun sama. Bukan main lagi.” Usik Adam Rayyan. Mak Limah sudah tersipu-sipu malu. Ini semua kerana terikut-ikut perangai gila-gila Adrianna Wafiyah.
Pak Hamid merupakan driver keluarga Datuk Razlan. Pak Hamid sudah lama berkenan dengan Mak Limah tapi Mak Limah sahaja yang masih jual mahal. Katanya dah tua-tua. Sehingga kini usianya telah mencecah 40 tahun dan dia masih belum bertemu jodoh. Hanya Mak Limah yang tahu isi hatinya mengapa dia tidak mahu berkahwin sehingga sekarang.
“Apa pulak, saya dah kahwin.” Ujarnya pantas. Adrianna Wafiyah menekup mulutnya kerana terlepas cakap.
Mak Limah sudah beredar dari  dapur. Segan pula dia mahu mengganggu mereka di dapur. Adam Rayyan mengangkat keningnya. Semakin berani sekarang Adrianna Wafiyah membalas kata-katanya. Melihat Mak Limah sudah keluar dari dapur, dia menghampiri Adrianna Wafiyah. Tangannya sudah melekap di kiri dan kanan sinki dapur membuatkan Adrianna Wafiyah terhalang dari melepaskan diri. Adrianna Wafiyah sudah kecut perut. Itulah mulut tak tahu diam. Desis hatinya.
“Sekarang dah berani balas cakap aku ye.?” Keningnya diangkat lagi sambil senyum sinis.
“Apa pulak, betul la apa yang saya cakap tu. Dah memang saya dah kahwin.” Adrianna Wafiyah melarikan pandangan ke arah lain. Malu dia mahu bertentang mata dengan suaminya itu.
“Apasal kau tak nak pandang  wajah aku. Kau dah jatuh cinta dekat aku ke.” Sakat Adam Rayyan lagi. Adrianna Wafiyah hanya diam membatu.
“Aku tanya ni jawablah!. Kau dah suka aku kan.? Baik kau cakap cepat. Kalau tak aku cium kau kat sini.” Asak Adam Rayyan lagi.
“Suka.!”Tanpa sedar jawapan itu terpancul keluar dari mulutnya. Adrianna Wafiyah menekup mulutnya lagi. Aduh, mulut kenapa kau makan tuan ni. Asyik terlepas cakap saja. Malunya. Wajahnya sudah merona merah. Malu tahap kritikal bila terlepas cakap.
Adam Rayyan tersenyum mendengar pengakuan Adrianna Wafiyah. Dia makin mendekatkan jarak mereka. Adrianna Wafiyah sudah kepanasan kerana tiada ruang sehingga dia boleh merasa hembusan nafas suaminya yang menampar lembut pipinya. Jantungnya makin berdegup kencang. Bukan boleh percaya dengan perangai Adam Rayyan yang kadang-kadang boleh bertukar miang. Selebihnya dia malu dengan pengakuan luar sedarnya tadi. Tentu Adam Rayyan ingat dia perempuan tak sedar diri. Tangan Adam Rayyan sudah melingkar ke pinggang ramping Adrianna Wafiyah. Dia makin merapatkan jarak antara mereka. Sehinggakan dia dapat merasa lekuk-lekuk tubuh milik isterinya. Adrianna Wafiyah semakin panik. Tangannya sudah menolak dada Adam Rayyan dari bersentuhan dengan tubuhnya.
“Bertuah betul budak ni. Kat dapur pun boleh nak bermesra. Nak bermesra masuk bilik. Malu sikit dekat Mak Limah.” Tiba-tiba Datin Rohana menjengah ke dapur.
Adam Rayyan menoleh sambil tersengih macam kerang busuk. Adrianna Wafiyah jadi kalut. Serta merta dia buat-buat mengacau kuah kari dalam periuk itu. Terasa lucu pula Datin Rohana melihat gelagat anak menantunya. Adam Rayyan beredar dari dapur. Dalam hati dia masih tertanya-tanya pengakuan isterinya sebentar tadi.  Tanpa sedar bibirnya mengukirkan senyuman. Senyuman yang hanya dia tahu maksudnya. Dia jadi tekad mahu mendekati Adrianna Wafiyah. Mahu membuka pintu hatinya untuk perempuan bernama Adrianna Wafiyah. Biarlah Nazirah yang menjadi kenangan masa lampaunya.


Malam itu suasana makan malam begitu riuh dengan suara anak-anaknya  bergurau senda. Kedengaran bunyi sudu dan garpu berlaga-laga di dalam pinggan bercampur dengan suara ketawa mereka. Gamat ruang meja makan itu dibuatnya.. Adrianna Wafiyah hanya ketawa kecil bila melihat Alisya Umaira menyakat abangnya. Sejak hubungannya dengan Alisya Umaira sudah baik, adik iparnya itu sudah boleh bergurau dengannya. Adrianna Wafiyah gembira dengan kehidupannya sekarang walaupun suaminya masih membenci dirinya.
“Abang tu dulu kalau Kak Wafi nak tahu dia ni anak manja. Bahasakan diri pun adik. Padahal Lisya ni yang adik.” Alisya Umaira membongkar cerita waktu kecik mereka.
“Biarlah kalau abang nak bermanja pun. Sekarang abang tak manja dengan mummy dah. Lisya boleh ambik tempat abang tu sebab abang dah ada Kak Wafi.” Adam Rayyan melentokkan kepala di bahu Adrianna Wafiyah.
Rimas Adrianna Wafiyah dengan perlakuan suaminya. Malu pada mertua dan adiknya pun ada jugak dengan sikap miang suaminya. Tak berlapik langsung kalau bercakap.
Alisya Umaira hanya mencebik. Geli geliman melihat perangai gatal abangnya.
“Eee, tak payah nak tunjuk kemesraan abang dekat Kak Wafi depan Lisya. Nak muntah Lisya tengok. Kak Wafi, kalau Lisya jadi Kak Wafi dah lama Lisya jauhkan diri dari abang. Miang sangat.” Alisya Umaira membuat aksi geli gelemannya.
Elleh, itu kalau Lisya. Tapi Kak Wafi suka jer. Kan sayang?” Sengaja dia mengusik jiwa isterinya.
Adrianna Wafiyah hanya tersenyum. Wajahnya sudah membahang. Terasa malu dengan mertuanya dengan usikan Adam Rayyan. ‘Mamat ni kalau bercakap ikut sedap mulut jer.’ Marah Adrianna Wafiyah dalam hati.
“Yela, orang dah ada isteri. Mummy ni pun dibuangnya.” Celah Datin Rohana buat-buat sedih.
“Ala.. mummy Ray gurau jer la.” Pujuk Adam Rayyan.
“Papa kan ada. Meh sini papa manjakan mummy. Mummy pun dah lama tak bermanja ngan papa kan” Usik Datuk Razlan. Datin Rohana mencubit lembut tangan suaminya. Geram dengan sikap suka mengusik suaminya.
“Eloklah tu anak dengan bapak sama jer perangai miangnya.” Balas Datin Rohana. Mereka semua ketawa serentak. Mak Limah di dapur ikut ketawa mendengar usikan mereka.

Namun begitu, Datin Rohana sempat berfikir mengenai anak gadisnya yang sudah boleh mesra dengan Adrianna Wafiyah. Dia bersyukur dalam hati kerana dikurniakan keluarga bahagia.
Adam Rayyan juga dilihat sudah boleh menerima kehadiran Adrianna Wafiyah. Tapi Datin Rohana tahu yang anaknya tidak mahu mengaku itu. Biasalah lelaki, terkenal dengan ego yang tinggi.

Datin Rohana merasakan itulah makan malam yang paling seronok. Sejak kehadiran Adrianna Wafiyah dalam keluarga mereka, rumah mereka yang suram sudah diterangi dengan sinar kebahagiaan yang dibawa oleh Adrianna Wafiyah. Dalam hati dia berdoa moga anak menantunya akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

1 comment: