BAB 13
Adrianna
Wafiyah menggeliat perlahan. ‘Selesanya tidur malam tadi.’ Adrianna Wafiyah
memeluk bantal disebelahnya. ‘Aik, bantal ke ni. Apasal keras semacam.’ Hatinya
bertanya-tanya. Perlahan-lahan matanya dibuka.Hahhh.! Alangkah terkejut
Adrianna Wafiyah mendapati dirinya sedang enak memeluk tubuh Adam Rayyan.
Jeritan
Adrianna Wafiyah membuatkan Adam Rayyan terjaga dari tidur.
“Kau
ni kenapa menjerit pagi-pagi buta ni?”
“Macamana
saya boleh atas katil dengan awak. Awak saja nak ambil kesempatan dengan saya
akan.?”
“Eh,
mana lah aku tahu. Entah-entah kau yang ambik kesempatan tidur sebelah aku.”
“Tapi,
saya…”
“Shh, dah la tak payah nak bising-bising.
Bukan salah pun kau tidur sebelah aku. Malah dapat pahala lagi.” Adam Rayyan
berkata selamba.
Adrianna
Wafiyah mengetap bibirnya. Dia yakin malam tadi dia memang tidur di atas
karpet. Adam Rayyan memang sengaja mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya. ‘
Kata tak boleh tidur sekatil. Tapi dia yang langgar janji. Benci!’ Marah
Adrianna Wafiyah dalam hati.
Adrianna
Wafiyah segera bangun membersihkan diri setelah Adam Rayyan keluar dari bilik
air.
“Cepat
sikit mandi. Kita solat Jemaah bersama.”
Adrianna
Wafiyah hanya mengangguk. Dia agak terkejut kerana inilah kali pertama Adam
Rayyan mengajaknya berjemaah bersama setelah hampir 3 minggu bergelar isteri
kepada Adam Rayyan. Walaupun Adam Rayyan kaki perempuan. Tapi Adrianna Wafiyah
tidak pernah melihat suaminya tinggal solat sepanjang bergelar isteri
kepadanya.
Usai
berdoa, Adrianna Wafiyah menyalami tangan
Adam Rayyan. Tangan suaminya dicium penuh hormat, persis seorang isteri
solehah. Dengan lembut Adam Rayyan mengucup dahi isterinya. Berdengup jantung
Adrianna Wafiyah saat Adam Rayyan mengucup dahinya. Ini adalah kali kedua
dahinya dicium Adam Rayyan. Kucupan pertama diterima saat membatalkan air
sembahyang semasa pernikahan mereka dahulu.
Suasana
sepi seketika. Masing-masing seperti sedang berada dalam dunia sendiri.
Adrianna Wafiyah bungkam. Dia agak kekok dengan perubahan mendadak suaminya.
Keliru dengan layanan Adam Rayyan. Adakah Adrianna Wafiyah telah mendapat
tempat di hati Adam Rayyan. Adam Rayyan menjadi kelu. Berat mulutnya mahu
menutur kata. Segala macam perasaan sedang bermain di dalam hatinya.
Bagi
Adrianna Wafiyah, segala layanan baik yang diterima tidak dapat merubah hatinya
setelah dia melihat adegan mesra Adam Rayyan dan Lisa tempoh hari. Disebabkan
itu, dia sentiasa mendidik hatinya agar tidak jatuh cinta dengan Adam Rayyan.
Melihat
suasana yang senyap, Adam Rayyan bersuara secara tiba-tiba.
“Kau
kemas-kemas barang semua, sekejap lagi kita check
out. Jangan lambat aku ada urusan petang ni.”
Adrianna
Wafiyah hanya mengangguk tanpa kata. Adam Rayyan hanya memerhati isterinya yang
sedang melipat sejadah sambil berbaring atas katil. Seketika sahaja Adam Rayyan
sudah lena.
Melihat
suaminya sudah lena, Adrianna Wafiyah memberanikan diri mendekati suaminya.
Wajah kacak suaminya diperhati dengan perasaan sayu. Tangannya membelai lembut rambut suaminya.
Semakin lama semakin dekat dia mendekati suaminya sehingga dapat mendengar
hembusan halus nafas lelaki. ‘Apakah penghujung nasib aku.’ Mengingatkan
perjanjian itu, Adrianna Wafiyah menjadi sedih.
Dia
harus kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang. Dia redha sekiranya sudah
tertulis takdir hidupnya seperti ini, dia akan cuba menerima dengan rela hati.
Jika benar Adam Rayyan adalah jodoh yang telah ditetapkan Allah SWT kepadanya,
maka dia pasti suatu hari nanti suaminya pasti dapat menerima dirinya. Itulah
doa Adrianna Wafiyah setiap kali lepas solat.
Mengimbau
kembali kata-kata Adam Rayyan semalam membuatkan Adrianna Wafiyah keliru.
‘Adakah ikhlas tutur kata yang keluar dari mulut suaminya. Adakah dirinya sudah
terima sebagai isteri kepada Adam Rayyan.’ Adrianna Wafiyah berfikir sendiri.
Tanpa
sedar terkeluar keluhan kecil dari Adrianna Wafiyah membuatkan Adam Rayyan
menggeliat lemah. Adrianna Wafiyah segera menjarakkan diri dari suaminya.
Bimbang jika suaminya marah dan menganggap dia cuba mengambil kesempatan tika
suaminya sedang tidur.
Dilihat
Adam Rayyan menyambung semula tidurnya. Adrianna Wafiyah merasa lega. Dia terus
mengemas beg pakaiannya dan Adam Rayyan. Takut juga jika lelaki itu bangun dan
melihat beg-beg pakaian masih belum berkemas pasti dia akan jadi mangsa amarah
lelaki itu lagi.
Bunyi
alarm dari telefon bimbitnya
membuatkan Adam Rayyan terjaga dari tidur. Jam di telefon bimbitnya menunjukkan
sekarang pukul 8 pagi. Matanya melilau mencari kelibat Adrianna Wafiyah. ‘Mana minah ni pergi?. Adam menggeliat seraya
menguap. Kantuknya masih bersisa. Dia berjalan ke arah balkoni. Dia sengaja
memilih bilik menghadap ke arah swimming
pool .
Dari
atas dia dapat melihat Adrianna Wafiyah sedang duduk di kerusi rehat yang
terdapat di tepi-tepi swimming pool
itu. Gayanya agak ringkas dengan dress labuh
dan dipadankan dengan cardigan
berwarna hitam. Tampak simple tetapi
masih kelihatan ayu dan sopan. Dia hanya memerhati gelagat Adrianna Wafiyah
yang hanya bermain ditepi kolam itu. ‘Barangkali dia tak tahu berenang.’ Desis
hatinya. Adam Rayyan segera berlalu ke bilik air untuk mandi.
Sedang Adam Rayyan bersiap,
kedengaran loceng bilik berbunyi. Adam Rayyan membuka pintu bilik dan melihat
Adrianna Wafiyah melangkah masuk dengan wajah selamba. Dia hanya mengerling
isterinya yang sedang duduk menonton televisyen. ‘Apesal minah ni diam jer.
Masih marah ke pasal semalam.’ Gumam hati Adam Rayyan. ‘ Hisy, apasal aku asyik
fikir pasal minah ni. Lantak dia la.’ Hati Adam Rayyan berkata lagi.
“Kau dah siap berkemas ke belum?
Boleh seronok pulak jeluar berjalan-jalan dekat luar itu. Lepas itu balik bilik
sedap aje tengok tv.” Sindir Adam Rayyan.
“Dah siap kemas. Tunggu awak siap
jer.”Adrianna Wafiyah malas mahu membalas kata-kata sindiran suaminya yang
dirasakan agak tidak matang.
Melihat tiada respon dari isterinya,
Adam Rayyan segera mencapai beg pakaiannya. “Hmm, dah jom balik..”
Adrianna Wafiyah bangun dan terus
mengambil beg pakaiannya. Melangkah laju mengejar Adam Rayyan yang sudah pun
keluar. ‘Hisy, bukan nak tunggu aku. Dah la berat beg ni.’ Rungut hati Adrianna
Wafiyah.
“Kau boleh jalan cepat sikit tak!.
Terhegeh-hegeh!” Herdik Adam Rayyan.
Adrianna Wafiyah menahan rasa dengan
layanan Adam Rayyan. Malu juga dengan dua, tiga orang pengunjung yang melihat
mereka. Pasti mereka fikir dia sedang bergaduh dengan suaminya. ‘Kesiannya
dekat aku.’ Gumam hatinya sedih.
‘Apa
kena dengan mamat poyo ni. Semalam bukan main lemah lembut bercakap. Hari ni
dah kembali dengan perangai singa dia tu.’ Kata hati Adrianna Wafiyah. Cukuplah
kalau Adam Rayyan menjaga maruahnya dihadapan orang. Ini tidak,
sewenang-wenangnya dia diherdik dihadapan orang. Malulah!
“Dah, kau tak payah nak buat muka
kesian kat situ. Cepat!”. Adam Rayyan masih meninggikan suara. Lupa dengan
keadaan sekeliling.
Adrianna Wafiyah melangkah laju
mengikuti Adam Rayyan menuju ke tempat kereta yang diparkirkan. Setelah
memasukkan semua beg pakaian ke dalam bonet kereta, BMW X6 meluncur laju meninggalkan hotel itu.
Sepanjang perjalanan Adam Rayyan hanya menumpukan pada
pemanduan. Begitu juga dengan Adrianna Wafiyah. Dia lebih selesa melelapkan
mata dari suasana yang membosankan walaupun tidak mengantuk.
Adam Rayyan menguatkan radio bila mendengar lagu
kesukaannya sedang berkemundang. Dia menyanyi-nyanyi kecil mengikut retak lagu
itu. Sesekali jari-jemarinya mengetuk stereng kereta seakan-akan sedang bermain
drum.
Adrianna Wafiyah yang pura-pura lelap tercuit hati
mendengar suara suaminya. Walaupun suaminya menyanyi perlahan. Dia menikmati
suara itu dalam lelapnya sambil tersenyum.
Adrianna
Wafiyah berdoa moga Adam Rayyan adalah lelaki pertama dan yang terakhir dalam
hidupnya. Memang dia telah mencintai suaminya sejak menjadi isteri kepada
lelaki itu. Tapi semua angan-angannya musnah untuk hidup bahagia bila Adam
Rayyan terang-terangan membenci dirinya. Sedih.
No comments:
Post a Comment