Monday, 24 March 2014

"Kenal Erti Cinta" Bab - 19


BAB 19



“Bos, ada bunga untuk bos.” Dahlia masuk ke bilik Adam Rayyan membawa satu jambak bunga ros merah.

            Berkerut dahi Adam Rayyan. Siapa pula yang bagi bunga padanya. Bunga itu beralih tangan. Adam Rayyan melihat kad yang terselit di bunga itu. Dengan pantas bibirnya mengukirkan senyuman. Kad itu dicium dengan syahdu.

            “Emm..emm, bos saya keluar dulu.” Dahlia berdehem.

            “Err, ok thanks.” Adam Rayyan tersungging malu. Lupa pula Dahlia masih berada dalam biliknya.

            Dahlia tersenyum penuh makna. Jarang dia melihat majikannya gembira seperti itu. Dia tahu pemilik bunga itu pasti isteri majikannya yang cantik manis itu. Walaupun baru sekali bertemu semasa majlis resepsi majikannya, Dahlia senang dengan keramahan isteri majikannya itu.

            Setelah Dahlia keluar, Adam Rayyan mencium bunga ros itu. Didakap erat jambangan bunga seolah-olah sedang memeluk Adrianna Wafiyah. Sungguh kini hatinya yakin yang dia benar-benar telah jatuh cinta dengan isterinya sendiri. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada SMS masuk. Dengan pantas dia membaca mesej itu. Sekali lagi dia tersenyum.


            Dah terima bunga itu. Harap awk suka. ;)

            Bunga ape?. Balas Adam Rayyan buat-buat tak tahu.

            Aikk, xkan slh alamat kot??

            Hmm, bunga ros kau tu? Apsal kau ingat dgn bg bunga hati aku cairlah?. Adam Rayyan tersengih sambil menaip mesej itu.

            Xpe la klu awk xnak maafkan sy. Dh buntu nak pujuk awk.:(

            Sape suruh kau pujuk!. Adam Rayyan sengaja mahu menguji Adrianna Wafiyah.

            Xpelah, terpulang awk nak maafkan sy or tak.

            Aik, dah putus asa ke?

            Sy tau sy slh. Tp xkan smpi mcmtu sekali awk nak mrhkan sy.:’(


            Kesian pula Adam Rayyan mahu meneruskan sandiwaranya. Akhirnya dia mengalah juga dengan Adrianna Wafiyah. Egonya yang tinggi tumbang gara-gara Adrianna Wafiyah. Sekali lagi hatinya cair untuk perempuan selepas Nazirah.

 Adrianna Wafiyah hampa bila Adam Rayyan tidak membalas mesejnya. Dia redha jika suaminya tetap tidak mahu memaafkannya. Sekejap-sekejap dia akan melihat skrin telefon bimbitnya masih mengharap Adam Rayyan membalas mesejnya. Setengah jam menunggu membuatkan Adrianna Wafiyah hampa. Baru sahaja mahu menyimpan telefon bimbitnya dalam laci, tiba-tiba telefonnya bergetar. Dia sengaja meletakkan vibrate mode pada telefon bimbitnya. Sepantas kilat Adrianna Wafiyah membaca. Wajahnya hampa bila melihat mesej itu bukan dari Adam Rayyan tapi mesej dari Celcom. Seminit kemudian, telefonnya bergetar lagi. Tapi Adrianna Wafiyah tiada mood mahu melihat SMS itu, lantas dia hanya membiarkan mesej itu. Dia menyambung kerjanya.

Seketika kemudian telefon bimbitnya bergetar lagi. Kali ini lagi lama getarannya kerana bukan SMS yang diterima, tapi ada pemanggil yang menelefonnya. Wajahnya berkerut bila melihat nombor telefon pejabat yang tertera. Setahu Adrianna Wafiyah, dia tidak pernah memberikan nombor telefonnya pada mana-mana client. Lantas butang hijau ditekan.

“Hello.” Suara garau itu menyapanya.

Adrianna Wafiyah terkedu. Dia kenal dengan suara itu. Tapi hatinya masih ragu-ragu mahu menekanya. Takut tersalah orang.

“Siapa ni?” Tanya Adrianna Wafiyah.

“Amboi, suara suami sendiri pun tak kenal ke.” Sengaja Adam Rayyan membuat suara romantik.

“Erm, tak kenal. Sebab suami saya tu jarang bercakap. So saya masih tak berapa nak cam suara dia lagi.” Sengaja Adrianna Wafiyah memerli Adam Rayyan. Seram sejuk juga dia bila mendengar suara Adam Rayyan yang agak romantik itu.

“Sempat lagi kau nak perli aku kan. Nak tambah dosa ke.?”

“Ada apa awak call saya ni.” Adrianna Wafiyah mengubah topik.

“Hurm, kenapa kau tak balas SMS aku?”

“Awak yang tak balas mesej saya.” Jawab Adrianna Wafiyah.

“Lainkali check betul-betul phone tu. Nama aje pakai handphone canggih tapi tak reti guna.” Perli Adam Rayyan.

“Bila…” Belum sempat lagi dia menjawab, Adam Rayyan telah mematikan talian.

“Hisyy, orang tak habis cakap lagi dah letak.” Rungut Adrianna perlahan tapi masih boleh didengar oleh Sofea. Sofea hanya menggeleng kepala melihat sahabatnya itu.

Adrianna Wafiyah dengan pantas membuka inbox mesejnya. Kumat-kumit bibirnya membaca mesej itu. Seketika kemudian dia tersenyum sambil memeluk telefon bimbitnya.


Aku dh lama maafkan kau. Saja aku nak tgk sejauh mana kau akan pujuk aku. Wafi, aku ada hal nak bgtau dgn kau. Tapi bukan skang. Akan tiba masanya. ;)

Berulang-ulang kali dia membaca mesej itu. Hatinya memanjatkan syukur atas kurniaan dari Illahi. Dia tersenyum lagi. Tapi hatinya masih tertanya-tanya perkara yang hendak diberitahu oleh Adam Rayyan.

“Amboi, cik kak tak habis-habis tenung phone tu kenapa?Pastu sekejap-sekejap senyum sorang-sorang.” Usik Sofea.

Shut up.” Adrianna Wafiyah menjeling sahabatnya itu.

“Ooo, mentang-mentang dah baik dengan hubby dia, mulalah nak menyombong dengan kita.” Sofea menjuihkan bibirnya. Pura-pura merajuk.

“Merajuk pulak kau ni. Sofea dia dah maafkan aku. Ini semua kerana pertolongan kau.” Tutur Adrianna Wafiyah dengan ceria.

“Kau sahabat aku Wafi. Aku cuma nak kau bahagia.” Jawab Sofea.

Thanks Fea.” Terharu Adrianna Wafiyah mendengar.

“Dah la jom balik. Kau tak nak balik ke?”

“Kau baliklah dulu aku nak shutdown pc dulu.”

“Okay, esok jangan lambat tau. Sebab aku dengar Encik Kamal akan perkenalkan CEO baru yang akan ganti tempat dia tu.”

            “Oh, okay.”

            Adrianna Wafiyah mengangguk faham. Dalam hati tertanya-tanya juga macam mana karakter bos baru mereka. Adakah orangnya baik seperti Encik Kamal. Adrianna Wafiyah mengambil beg tangan dan mula berlari anak meninggalkan ruang pejabat. Seram juga kerana hanya tinggal dia seorang sahaja ketika itu.
     

Petang itu Adrianna Wafiyah sampai agak awal ke rumah. Mungkin kerana sekarang tengah musim cuti sekolah, jadi jalan pun agak lengang berbanding hari biasa. Dilihat kereta Adam Rayyan tiada di halaman rumah. ‘Mungkin belum sampai.’ Desis hati Adrianna Wafiyah.

            Dia melangkah menuju ke dalam rumah agam itu. Kelihatan agak sunyi. Dia menapak ke arah dapur. Dilihat pintu dapur belakang terbuka. ‘Mana Mak Limah ni.’ Gumam hatinya.

Adrianna Wafiyah berdiri di hadapan pintu belakang itu. Dia mencari kelibat Mak Limah.

            “Mak Limah.!” Panggil Adrianna Wafiyah. Tiada sahutan.

            “Mak Limah..oi..Mak Limah!” Dia memanggil dengan lebih kuat.

            “Ye..Mak Limah ada kat belakang ni.” Sahut Mak Limah.

            “Belakang mana? Wafi kat belakanglah ni. Tak nampak pun Mak Limah.” Jerit Adrianna Wafiyah.

            “Mak Limah ambik serai kat tepi pagar sana tu.” Tiba-tiba Mak Limah muncul sambil membimbit serai ditangan.

            “Puas Wafi panggil Mak Limah.”

            “Kenapa ni, balik-balik aje terus terkam Mak Limah.?”Usik Mak Limah.

            He..he..he..Mak Limah nak masak apa dengan serai ni?” Tanya Adrianna Wafiyah.

            “Entah, Mak Limah saja ambik serai ni. Mak Limah pun tak tahu lagi nak masak apa untuk malam ni. Wafi ada teringin nak makan apa-apa ke?” Jawab Mak Limah.

            “Hmm..malam ni biar Wafi lah masak. Wafi nak masak makanan kesukaan abang Ray. Mak Limah tahu dia suka makan apa?” Tanya Adrianna Wafiyah.

            “Encik Ray tu dia suka makan masak lemak cili api ikan sembilang dengan buah nenas.” Cerita Mak Limah.

            “Eee, orang moden macam abang Ray tu suka makan ikan sembilang ke.? Pelik Wafi.”  Adrianna Wafiyah menayangkan wajah tidak percaya.

            “Ishh, Wafi ingat orang bandar semua macamtu ke. Ray tu memang moden cara hidup dia tapi bab-bab makan ni tekak dia memang selera masakan kampong.”

            “Ikan sembilang ada ke Mak Limah?” Soal Adrianna Wafiyah.

            “Nasib Wafi memang baik. Semalam memang Mak Limah beli ikan sembilang.”

            “Okay, cantik” Adrianna Wafiyah menaik ibu jari kepada Mak Limah.

            “Jom masak.”

            “Tak tukar baju dulu ke.”

            “Tak payahlah nanti lambat.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            Semua perkakas untuk memasak dikeluarkan oleh Adrianna Wafiyah. Mak Limah hanya menolong mengupas bawang dan membasuh ikan sembilang. Adrianna Wafiyah begitu leka memasak.

            Apabila hampir masak, barulah dia memasukkan buah nenas yang telah dicuci. Nasib baik semua bahan-bahan untuk memasak ada. Jadi senanglah kerja Adrianna Wafiyah untuk memasak. Kuah masak lemak cili api dikacau perlahan-lahan. Setelah menggelegak Adrianna Wafiyah mematikan api dapur. Bau wangi masakan itu boleh membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur termasuklah Mak Limah yang sedari tadi menelan liurnya..

            “Taraa..” Adrianna Wafiyah berpuas hati dengan masakan dia.”

            “ Wafi pergilah naik mandi dulu. Dah macam baru balik berperang Mak Limah tengok.”

            “Okay, nanti Mak Limah tolong hidangkan ya. Wafi naik mandi dulu.”
                    

Semua makanan telah terhidang di atas meja. Seperti kebiasaan, Datuk Razlan akan membaca doa makan. Hanya Alisya Umaira sahaja tiada kerana berkursus selama seminggu di Penang.

            “Wahh.. special masakan Mak Limah malam ni.” Tegur Datin Rohana apabila melihat Mak Limah datang membawa semangkuk masak lemak cili api ikan sembilang dengan buah nenas.

            Adam Rayyan yang baru turun terus menerpa ke meja makan bila terhidu bau masak lema cili api.

            Thanks, Mak Limah masakkan lauk kegemaran Ray.” Kecur air liur Adam Rayyan melihat lauk kegemarannya.

            “Bukan Mak Limah yang masak lauk ni. Puan Wafi yang masak. Balik kerja tadi dia dah beria nak masak untuk Encik Ray.” Terang Mak Limah.

            “Bertuah Ray dapat isteri macamtu.” Kembang rasa hati Datin Rohana bila menantunya melayan anaknya dengan baik.

            Hati Adam Rayyan terasa berbunga-bunga dengan ungkapan Datin Rohana. Sedari tadi dia mencari kelibat isterinya. Sejak dia pulang maghrib tadi sampai sekarang dia tidak nampak kelibat isterinya. Entah dimana isterinya itu mandi dan sembahyang.

            Perasaannya terus berbunga bila melihat kelibat isterinya datang sambil membawa sepiring buah-buahan untuk pencuci mulut. Malam itu Adam Rayyan makan begitu berselera sampai tiga pinggan nasi ditambahnya.

            Kembang hati Adrianna Wafiyah melihat suaminya menjamah lauk yang dia masak dengan berselera. Tanpa terduga Adam Rayyan menggenggam jari-jemari isterinya di bawah meja. Adrianna Wafiyah tersentak dengan sentuhan itu terus menoleh ke arah suaminya. Adam Rayyan menghadiahkan senyuman yang cukup manis kepada isterinya. Terkedu Adrianna Wafiyah melihat senyuman itu. Dirasakan ini adalah senyuman yang betul-betul ikhals dari suaminya. Sebelum ini semuanya hanya kepura-puraan.

Tuesday, 11 March 2014

"Kenal Erti Cinta"- Bab 18

BAB 18

            Bunyi hempasan pintu yang kuat mengejutkan Adrianna Wafiyah dari lenanya. Dia bangun sambil merapikan rambutnya yang sudah berserabut. Mata dikerling ke arah katil yang menjadi tempat khas suaminya beradu. Kosong, barangkali Adam Rayyan sedang membersihkan diri dalam bilik air. Adrianna Wafiyah memikirkan cara mahu memujuk lelaki itu. Dahinya dipicit lembut. Pening kepala memikirkan cara yang sesuai untuk memujuk lelaki itu. Bunyi pintu bilik air dikuak membuatkan Adrianna Wafiyah membetulkan duduknya. Adam Rayyan kelihatan bersahaja, seolah-olah tidak mempedulikan kehadiran Adrianna Wafiyah disitu.
            “Emm,emm, baju awak saya dah gosok. Ada dalam almari.” Adrianna Wafiyah memulakan bicara. Agak gugup bila melihat wajah keruh Adam Rayyan.
            “Hmm.” Adam Rayyan membelek wajahnya dicermin. Tidak berminat mahu berbicara dengan Adrianna Wafiyah. Dirinya masih merajuk dengan isterinya itu.
“Awak nak pakai baju kemeja warna apa? Saya boleh ambik kan?” Adrianna Wafiyah sedaya upaya cuba berlembut dengan Adam Rayyan.
“Tak payah! Aku boleh ambik sendiri!” Adam Rayyan berlalu ke almari pakaian.
Adrianna Wafiyah buntu. Dia memang tak pandai memujuk orang lebih-lebih lagi memujuk lelaki seperti Adam Rayyan.
“Awak, saya nak minta maaf pasal semalam.”
Tutur Adrianna Wafiyah sambil menarik tangan Adam Rayyan. Belum sempat tangan itu dicium, Adam Rayyan dengan kasar menarik tangannya. Air mata Adrianna Wafiyah mula gugur kembali. Barulah dia faham perasaan Adam Rayyan bila diri tidak diendahkan.
“Tak payah kau nak bersedih-sedih depan aku. Bukan semalam kau bukan main sombong lagi. Langsung tak endah kata maaf aku. Sekarang kenapa kau terhegeh-hegeh nak minta maaf.!? Tanya Adam Rayyan kasar.
Tangan Adam Rayyan dicapai lagi. Kali ini dia menggenggam erat. Air mata yang mengalir laju dibiar saja. Biarlah diri dianggap terhegeh-hegeh. Apa yang penting dia harus mendapatkan kemaafan dari Adam Rayyan. Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka.
“Awak, saya tahu saya bersalah. Saya tak sepatutnya buat awak macamtu semalam. Saya tak ada niat nak tunjuk marah dengan awak. Saya betul-betul minta maaf. Tolonglah awak, saya tak nak jadi isteri derhaka.” Tersedu-sedan Adrianna Wafiyah menangis.
Adam Rayyan mula tidak senang duduk. Hatinya tersentuh melihat air mata Adrianna Wafiyah. Tapi ego yang tinggi membuatkan dia hanya kaku tanpa membalas kata-kata isterinya. Bukan dia masih marah pada Adrianna Wafiyah. Cuma diam mahu isterinya sedar dan hormat dirinya sebagai suami.
Adam Rayyan menarik tangannya dari genggaman Adrianna Wafiyah. Dia menagmbil baju kemeja dan terus bersiap dalam bilik air. Dia tidak mahu berlama disitu kerana lama-kelamaan egonya akan tumbang bila Adrianna Wafiyah merayu-rayu dengannya.
Adrianna Wafiyah hampa. Dia buntu bila Adam Rayyan tidak mengendahkan kata maaf darinya. Air mata yang mengalir dikesat kasar. Entah berapa banyak air mata dia mengalir sejak semalam. Dengan langkah longlai dia bangun bersiap ke pejabat. Matanya yang sembab dibiarkan sahaja.
Ketika menuruni anak tangga, Adrianna Wafiyah dapat mendengar suara-suara mereka di meja makan. Wajahnya seudaya upaya cuba diceriakan supaya mertuanya tidak menghidu masalah mereka.
“Ha, Wafi mari makan.” Sapa Datuk Razlan
Adrianna Wafiyah hanya senyum sambil melabuhkan duduk dikerusi sebelah suaminya. Adam Rayyan hanya diam menikmati nasi goreng tanpa menegurnya seperti selalu.
“Wafi, mummy ada benda nak minta pendapat Wafi.” Tiba-tiba Datin Rohana muncul dari arah dapur sambil membawa telur separuh masak untuk Datuk Razlan.
“Apa dia mummy,”Jawab Adrianna Wafiyah sambil menoleh ke arah Datin Rohana.
“Mummy ingat hujung minggu ni mummy nak ajak semua pergi berkelah dekat Port Dickson. Dah lama tak bercuti.”
“Wafi tak kisah mummy, Wafi ikut aje.” Tutur Adrianna Wafiyah sambil menoleh ke arah suaminya. Adam Rayyan hanya diam.
“Ray suruh mummy tanya sendiri dekat Wafi. Dia takut Wafi sibuk.”
“Eh, Wafi okay aje mummy, mana ada sibuk hari minggu.”
“Kalau macamtu kira jadi la kan. Nanti mummy nak suruh Wafi masak masakan kampong. Boleh?”
“Boleh mummy.” Adrianna Wafiyah hanya senyum.
“Emm, mummy hujung bulan ni Ray ingat nak pindah balik kondo. Dah lama sangat tinggal kondo tu. Nanti ada penghuni lain pulak dalam rumah tu.” Tiba-tiba Adam Rayyan bersuara.
Adrianna Wafiyah terkejut mendengar ungkapan Adam Rayyan. Sampai hati Adam Rayyan tidak berbincang dengannya.
“ Kenapa nak pindah pulak. Mummy ingat Ray nak terus tinggal sini. Sewakan ajelah kondo tu.”
“Awak ni, biarlah budak-budak tu nak pindah. Biar diaorang belajar hidup berdikari. Belajar menguruskan rumah tangga.” Datuk Razlan mengokong anaknya.
“Hisyy..awak ni, bukan nak sokong kita. Awak sukalah kan anak-anak jauh dari kita.” Rajuk Datin Rohana.
“La, ke situ pulak. Bukan jauh pun kondo Ray tu, setengah jam aje dah sampai.”Pujuk Datuk Razlan.
“Betul..betul..betul..” Sampuk Alisya Umaira sambil tersengih.
“Apa yang betulnya. Dah macam upin ipin aje mummy dengar.” Alisya mencebik.
“Haah mummy, Ray janji nanti tiap-tiap hujung minggu Ray balik sini.” Pujuk Adam Rayyan.
“Hmm, yela. Tapi janji dengan mummy tiap-tiap minggu bawak Wafi balik sini.”
“Ha, Ray..ingat jangan tak bawak balik menantu kesayangan mummy kamu tu. Kang nanti papa yang jadi mangsa kemarahan mummy.” Usik Datuk Razlan
“Suka sangat awak ni menyakat saya kan.” Datin Rohana mencubit lengan suaminya.
“Sakitlah yang.” Datuk Razlan mengaduh sambil menggosok lengannya.
“Rasakan. Suka sangat kacau mummy.” Rajuk Datin Rohana.
Semua yang berada di meja makan ketawa melihat gelagat kedua-dua orang tua mereka. Tapi Adrianna Wafiyah hanya tersenyum paksa. Dalam hati dia benar-benar rasa terpinggir bila Adam Rayyan langsung tidak mahu berbincang dengannya.
“Okay mummy Ray gerak dulu. Nanti lambat masuk office, papa potong gaji pulak.” Usik Adam Rayyan niat mengenakan papanya.
“Abang pergi dulu. Hati-hati drive nanti.”
Adam Rayyan mengucup dahi isterinya. Terkejut Adrianna Wafiyah dengan tindakan spontan suaminya. Terus merah pipinya menahan malu dihadapan keluarga mertuanya.Alisya Umaira sudah tersengih-sengih melihat muka cuak kakak iparnya.
“Hisyy, abang ni kesian Kak Wafi. Dah merah menyala muka dia. Nak romantik pun biar la bertempat.” Usik Alisya Umaira. Adrianna Wafiyah sudah membeliakkan matanya kepada Alisya Umaira. Adam Rayyan hanya tersenyum sungging.
“Wafi pun pergi kerja dulu mummy, papa.” Ujar Adrianna Wafiyah kemudian.

Adrianna Wafiyah mengejar langkah Adam Rayyan ke kereta. Niatnya hanya satu. Dia harus mendapatkan kemaafan dari Adam Rayyan.
“Awak..” Jerit Adrianna Wafiyah
Langkah Adam Rayyan terhenti bila mendengar suara Adrianna Wafiyah.
“Salam.” Adrianna Wafiyah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Adam Rayyan.
“Hmm.” Adam Rayyan menghulurkan tangannya.
“Awak..” Jerit Adrianna Wafiyah lagi bila dia melihat Adam Rayyan mula membuka pintu kereta.
“Saya betul-betul minta maaf pasal semalam.” Adrianna Wafiyah sudah membuat wajah kesian.
‘Ishh, comel la pulak minah ni bila buat muka macamtu. Relaks Ray kau jangan mudah cair.’ Gumam hati Adam Rayyan.
“Awak, awak maafkan saya tak?”
“Tengoklah nanti kalau aku ada mood nak maafkan kau!” Adam Rayyan terus menghidupkan enjin kereta dan meluncur laju meninggalkan Adrianna Wafiyah terpinga-pinga.
‘Hisyy, geram betul la. Saja nak dera perasaan aku.!Menyampah betul.’ Rungut hati Adrianna Wafiyah sambil melangkah ke kereta.


Adrianna Wafiyah melangkah longlai ke pejabat. Jiwanya masih sedih bila kemaafan yang diharapkan belum tertunai. Sedih rasa hati bila suami tidak endahkan kehadirannya. ‘Ah! Mengadalah dengan kau ni Wafi. Selama ni pun bukan dia pernah terima kau dalam hati dia pun. So yang kau beria sedih ni kenapa.’ Gumam hatinya.
“Cik kak apasal monyok aje muka ni. Dah macam popia basi aku tengok muka kau.” Usik Sofea.
“Diam ah,” Marah Adrianna Wafiyah.
“Amboi, garang sangat kau hari ni. Kenapa ni beb, cerita kat aku.” Jawab Sofea.
“Aku rasa nak nangis sekarang ni.” Adrianna Wafiyah membawa langkahnya ke pantri dan ikuti oleh Sofea.
“Kenapa ni beb.”
“Rayyan, dia merajuk dengan aku.”
“La, kenapa pulak. Apa kau dah buat?”
“Semalam tu la, aku marah dekat dia sebab lambat jemput aku masa nak keluar lunch.”
“La pasal tu pun dia merajuk. Ingat masalah besar sangat.”
“Besar la tu, dia marah aku sebab aku buat dek aje bila dia minta maaf dengan aku.”
“Hmm, kau ni pun satu, ego tak bertempat.”
“Habis tu macam mana ni. Apa aku nak buat. Dia sampai sekarang tak nak cakap dengan aku.”
“Aku mintak maaf pun dia buat dek aje.” Rungut Adrianna Wafiyah.
“Hmm, ala aku rasa dia saja nak merajuk manja dengan kau. Kau tu pun sama gak mengada nak merajuk-merajuk.”
“Hey, kau ni nak tolong aku ke nak mengata aku.?” Adrianna Wafiyah sudah mencekak pinggang.
He..he..he.. yela, aku nak tolonglah ni.”
“Apa kata kau hantar bunga dekat dia.” Sofea memberikan idea.
“Hisyy, seganlah aku. Nanti dia ingat aku nak tackle dia pulak.”
            “Kau ni kan, boleh tak kau buang ego kau tu jauh-jauh. Apa salah ke kalau kau nak tackle suami sendiri?”
            “Memanglah tak salah, tapi kau pun tau kan, aku dengan dia kahwin macam mana.”
            “Ala..tak kisah la semua tu. Aku tau kau sebenarnya dah lama jatuh cinta dengan suami kau tu kan.? Tebak Sofea.
            “Hisyy, kau ni suka sangat buat andaian sendiri.” Wajah Adrianna Wafiyah membahang. Malu pulak nak mengaku.
            “Elleh..malu konon. Dengan aku pun nak malu. Sebab tu lah kau mengada-ngada merajuk bagai kan. Sebabnya kau tu dah jatuh cinta. Jadi perasaan kau tu mudah terusik.” Tebak Sofea lagi.
            “Hmm..nanti kau teman aku pergi kedai bunga.” Tutur Adrianna Wafiyah malu-malu.

            “Yeayy, macamtu lah. Okay, kita akan jalankan misi mengorat laki kau tu.” Sofea memeluk bahu Adrianna Wafiyah sambil memikirkan strategi.


Friday, 7 March 2014

"Kenal Erti Cinta" - Bab 17

BAB 17

“Selamat pagi bos. Selamat Pengantin Baru” Tegur Dahlia setiausaha kepada Adam Rayyan.
“Selamat pagi. Thanks. Papa dah sampai ke?”
“Datuk ada dalam bilik meeting. Dia pesan tadi kalau bos sampai, dia suruh bos terus masuk ke bilik meeting.”
“Hmm, yela. Tolong bawak masuk beg saya dalam bilik.” Adam Rayyan menghulurkan beg bimbitnya kepada Dahlia.
Adam Rayyan membuka pintu bilik meeting. Semua wakil syarikat sudah mengambil tempat masing-masing.
“Hah, Ray.”
“Tan Sri, kenalkan ini anak saya Adam Rayyan. Dia yang akan gantikan tempat saya tak lama lagi”
“Ray, ini Tan Sri Khalid, Chairman Sutra Holdings.”
“Apa kahbar Tan Sri, nice meeting you.” Adam Rayyan berjabat salam dengan Tan Sri Khalid.
“Alhamdulillah sihat, nice meeting you too.” Jawab Tan Sri Khalid mesra.
Setelah bersalaman, Datuk Razlan memulakan mesyuarat. Segala isu-isu yang timbul untuk projek usahasama syarikat mereka di bincangkan dalam mesyuarat itu. Sekali-sekala Adam Rayyan mengangguk faham dengan penerangan dari pihak Tan Sri Khalid.
Semasa didalam bilik mesyuarat, Adam Rayyan sempat menghantar mesej kepada Adrianna Rayyan.

Hr ni lunch dgn aku. Kul 1 kau tunggu kat lobi. Send!

Seketika sahaja mesejnya sudah dibalas.

Sy nak lunch dgn Fea hr ni. Dh janji.! ;-p

Adam Rayyan mengetap bibir. Geram sungguh dia dengan sikap degil Adrianna Wafiyah yang sukar mendengar katanya. Mesej Adrianna Wafiyah segera dibalas.

Aku tak peduli. Kul 1 aku tau kau dh ada kat bwh bila aku smpi! Berani buat hal siap kau!!!
Papelah Hitler!

‘Sukahati dia nak panggil aku Hitler. Aku jadi macam Hitler betul baru dia tau langit tinggi ke rendah.’ Gumam hatinya. Adam Rayyan ingin membalas mesej itu tapi terbantut bila papanya menyebut nama dia.
“Ray nanti kamu tolong semak semula dengan pembekal pasal harga material tu. Kenapa harga mereka sekarang ni bercanggah dengan harga yang sudah dipersetujui.” Arah Datuk Razlan. Dia perasan yang anaknya sibuk dengan handphone sejak tadi. Entah apa yang dibeleknya. Geram juga Datuk Razlan dengan sikap tak prihatin Adam Rayyan.
“Hah, okay-okay.” Adam Rayyan yang sedang leka bermesej terus tersentak bilanya disebut. Dia menggaru kepala yang tak gatal. Papanya menggeleng sekilas. Dia hanya tersengih memandang Datuk Razlan.

Hampir satu jam barulah mesyuarat itu tamat. Pegawai-pegawai yang terlibat mula meninggalkan bilik mesyuarat. Kini hanya tinggal dia dan papanya. Setelah mengambil buku catatannya, Adam Rayyan bangun untuk melangkah keluar.
“Ray, tunggu kejap. Papa ada hal nak bincang.”
‘Hisy, papa mesti nak marah aku sebab tak bagi tumpuan tadi.’ Teka hatinya.
“Ada apa papa. Ray kejap lagi ada meeting dengan pembekal pulak.” Tutur Adam Rayyan sopan.
“Sekejap aje. Tak lama pun. Duduklah yang kamu berdiri kenapa.”
Adam Rayyan menarik kerusi di tepi papanya lalu duduk. Dia memandang sekilas ke arah papanya yang diam seketika. Datuk Razlan menarik nafas dalam perlahan sebelum memulakan bicara.
“Papa sebenarnya ada hal nak bagitahu kamu.”
“Apa dia papa. Cakaplah.”
“Papa dan mummy akan menunaikan Haji hujung tahun ini.”
“Syukur Alhamdulillah. Jadi apa masalahnya papa?”
“Sebelum papa pergi, papa ingat nak serahkan jawatan CEO ni kepada Ray. Yela, papa dah tua. Jadi papa ingat nak bersara awal, bolehlah papa tumpu pada bekalan akhirat pulak.”
“Tapi pa, Ray masih belum cukup ilmu di dada. Ray takut nak meneraju syarikat ni sendiri.”
“Papa yakin Ray mampu lakukan. Hasil kerja Ray selama ni pun memuaskan.”
“Tapi pa, macam mana dengan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain. Mereka setuju ke Ray jadi CEO?”
“Semua telah setuju. Sebenarnya, dah lama keputusan diambil untuk menjadikan Ray sebagai CEO. Tapi papa yang tangguhkan sebab nak tengok keupayaan Ray dalam menguruskan syarikat kita.”
“Terima kasih pa, terima kasih sebab percayakan Ray.” Tangan Datuk Razlan dicium penuh hormat dan lantas tubuh papanya dipeluk erat. Terharu di atas kepercayaan papanya.
“Cuma satu lagi papa nak tanya.” Serius muka Datuk Razlan.
“A..apa dia lagi papa.?” Tanya Adam Rayyan gugup.
“Bila nak pegi honeymoon.?. Jangan nanti kamu pegi time papa nak pegi Haji pulak. Kesian nanti Lisya sorang kat rumah.
“Papa ni buat saspen aje. Ingat nak tanya apa. Nanti dululah pa, Ray sibuk sikit dengan projek baru kita di seremban tu. Nantilah kalau dah tak sibuk Ray pegilah honeymoon.”
“Papa bukannya apa. Yela pengantin baru ni kan selalunya masih dalam mood honeymoon kalau baru 2,3 minggu kahwin. Asyik nak berkepit aje. Tapi kamu dengan Wafi lain pulak. Dua-dua tak nak honeymoon. Tapi tak habis-habis asyik bermesej.” Usik Datuk Razlan.
“Amboi pa, sempat lagi nak perli Ray.” Adam Rayyan bersuara malu. Malu kerana Datuk Razlan perasan dia sedang asyik bermesej tadi.
“Papa bukannya apa. Papa bagi green light ni. Suruh kamu pegi honeymoon. Kalau masuk pejabat pun asyik bermesej aje. Sampai ke dalam meeting pun bermesej jugak, satu kerja pun tak jalan. Baiklah  pegi honeymoon.” Perli Datuk Razlan lagi.
“ Papa ni ada je bahan nak mengenakan Ray.” Adam Rayyan sudah tebal seinci.
Ha..ha..ha., kamu fikirkan apa cakap tu. Nanti papa sponsor. Mummy tu bising suruh korang pegi honeymoon. Bukan kamu tak kenal mummy kamu tu. Selagi tak pegi selagilah dia duk membebel ditelinga papa ni.” Adu Datuk Razlan.
“Yela papa.” Adam Rayyan tersenyum.
“Mummy kamu tu bukannya apa, dia tak sabar nak timang cucu. Papa nak balik awal sikit hari ni. Dah janji dengan mummy nak lunch kat rumah.”
“Okay pa. Kirim salam mummy” Adam Rayyan hanya memerhati papanya sehingga hilang dari pandangan mata.
‘Honeymoon?.Hurm, okay jugak idea papa tu. Masa nilah aku nak tackle dia.’ Desis hati Adam Rayyan.
Wajah comel isterinya menjelma lagi. Tambah comel wajah itu kalau isterinya marah tiap kali dia mengusik. Lamunannya terhenti bila pintu bilik mesyuarat itu terkuak dari luar. Kelihatan Dahlia melangkah masuk ke arahnya.
“Bos, Encik Shahrul pembekal dari Syarikat Bina Maju dah sampai. Bos nak terus meeting dalam bilik ni or kat bilik bos aje.?”
“Suruh dia masuk sini ajelah.”
“Baik bos.” Dahlia mengangguk sambil melangkah keluar.

Tidak sampai seminit pembekal yang dinanti masuk ke bilik mesyuarat.Setelah berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapi, mesyuarat itu berakhir tepat pukul satu petang.
“Dah alang-alang pukul satu ni, Apa kata kita makan tengahari sama-sama.”Ajak Shahrul pembekal Syarikat Bina Maju.
Adam Rayyan mengerling jam ditangan. Jarum sudah menunjukkan pukul satu. ‘Alamak, mesti minah ni tengah tunggu aku’ Desis hatinya.
“Sorry sangat. Hari ni tak dapat. Saya ada lunch meeting dekat luar.” Bohong Adam Rayyan.
“Oh, kalau macamtu saya pergi dulu. Pasal masalah harga tu akan saya selesaikan secepat mungkin.” Ujar Shahrul.
“Okay, thanks.” Adam Rayyan menepuk bahu Shahrul.
Adam Rayyan bergegas keluar dari bilik mesyuarat. Dia melangkah ke arah lift dengan kelam kabut sambil itu Adam Rayyan  masih sempat memberitahu Dahlia dia keluar.


“Hisyy!! Ni yang aku nak hangin ni. Kalau dah tahu sibuk tak payah la nak ajak keluar. Dah pukul satu setengah tak sampai-sampai lagi.” Rungut hati Adrianna Wafiyah sambil melihat jam tangan.
Adrianna Wafiyah sudah gelisah menunggu suaminya. Sekejap dia berdiri dan sekejap dia duduk di tepi tangga lobi. Sudah naik juling matanya memandang jam di tangan. Peluh renik mula mengalir di dahi. Cuaca hari ini agak terik. Hari panas membuatkan hati Adrianna Wafiyah semakin membahang dengan sikap Adam Rayyan. Mukanya tak payah cakaplah. Dah monyok mengalahkan asam kecut.

Pon..Pon..!

“Astaghfirrullahhalazim.!” Adrianna Wafiyah mengurut dada kerana terkejut bunyi hon kereta suaminya.
Adrianna Wafiyah lantas bangun bila melihat kereta suaminya berhenti di hadapannya.  Makin monyok wajahnya bila terkejut begitu. Nasib baik dia tak melatah. Kalau tidak sudah tentu bangla sebelah dia terkejut sama. Dia membuka pintu kereta dan memboloskan diri ke dalam BMW X6 itu.
Adam Rayyan memandang sekilas wajah isterinya. Wajah isterinya sudah kemerah-merahan disebabkan terkena panas terik. Kesian pulak dia melihat wajah itu. Adrianna Wafiyah membuang pandang ke luar tingkap sambil tangan disilangkan tanda protes.
“Err..sorry sebab lambat. Tadi aku ada meeting.” Lembut tutur Adam Rayyan.
Adrianna Wafiyah hanya diam membisu. Hatinya masih panas. Walaupun aircond kereta ini sudah dikira sejuk, tapi tidak dapat menyejukkan hatinya yang tengah panas.
“Kau marah aku ke.?” Soal Adam Rayyan.
‘Dia boleh tanya aku marah dia ke.?. Hisy, dah tentulah aku marah. Sapa-sapa pun marah.’ Rungut hatinya. Tapi Adrianna Wafiyah masih belum mahu membuka mulutnya.
“Kan aku dah minta maaf. Tak cukup lagi ke?” Adam Rayyan mula bengang dengan sikap berdiam diri Adrianna Wafiyah.
Adrianna Wafiyah masih diam. Hatinya masih sakit kerana berdiri lama tengah panas.
Moodnya langsung tiada bila terpaksa menunggu lama. Sudahlah dia terpaksa membatalkan janji dengan Sofea. Kini terpaksa berpanas kerana menunggu kedatangan suaminya. Dia langsung tiada mood untuk memandang wajah suaminya.
            “Kalau kau tak ada mood tak apalah, aku hantar kau balik!”Adam Rayyan mula terasa hati dengan sikap isterinya. Bukan dirinya sengaja melambatkan diri.
            Adrianna Wafiyah mula tersedar akan kesilapan dirinya melayan mood sendiri. Dia hilang punca mahu berkata-kata bila Adam Rayyan membuat pusingan U dan terus memandu ke arah bangunan pejabatnya. Hatinya mula terasa takut melihat wajah bengis Adam Rayyan. Terasa mahu menangis saat itu. Sungguh dia rasa takut bila Adam Rayyan membawa kereta dengan laju dan sekali-sekala menekan brek dengan mengejut bila hampir melanggar kereta-kereta dihadapannya. Dia mula terasa bersalah kerana membiarkan Adam Rayyan bila lelaki itu mengungkap kata maaf di atas kelewatannya. Dia memandang Adam Rayyan. Saat itu Air mata mula gugur.
            Berdecit bunyi tayar kereta bila Adam Rayyan menekan brek mengejut dihadapan bangunan pejabat Adrianna Wafiyah. Adrianna Wafiyah hanya terkaku ditempat duduk penumpang. Tiada tanda-tanda mahu keluar dari kereta itu. Air matanya makin laju mengalir.
            “Kau tunggu apa lagi?! Keluarlah.!Kau tak ada moodkan?!” Pekik Adam Rayyan.
Air mata Adrianna Wafiyah tumpah lagi. Sungguh dia berasa sangat bersalah melayan Adam Rayyan begitu. Perasaan kesal mula menjalar dalam diri. Dia tidak sepatutnya terlalu mengikut hati. Kini semuanya sudah terlambat. Disebabkan hatinya terlampau sakit dengan kelewatan Adam Rayyan, dia langsung tidak peduli dengan kata maaf lelaki itu.
            “Awak….” Belum sempat Adrianna Wafiyah menghabiskan ayatnya, Adam Rayyan sudah mencantas.
            “Dah! Kau tak payah nak cakap apa-apa lagi! Sekarang ni aku nak kau keluar dari kereta aku! Kau rasa kesalahan aku besar sangat kan.?!Keluar!!” Adam Rayyan mula terasa tercabar dengan Adrianna Wafiyah. Baru diri dia mahu menerima kehadiran Adrianna Wafiyah, dirinya sudah dilayan sebegitu oleh Adrianna Wafiyah.
            Adrianna Wafiyah keluar dari kereta dengan perasaan sedih. Dia kesal dengan diri sendiri. Kerana sikapnya itu, dia sudah mengundang marah Adam Rayyan. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus bersikap begitu. Mungkin disebabkan terpaksa keluar dengan Adam Rayyan sehingga terpaksa membatalkan janji dengan Sofea membuatkan dia moody. Adrianna Wafiyah melangkah lemah ke pejabatnya.
            Adrianna Wafiyah menekup wajah ke meja. Nasib baik semua rakan-rakannya masih belum balik dari makan tengahari. Kalau tidak sudah tentu mereka banyak soal bila melihat wajahnya yang sembab kerana menangis.
            ‘Ya Allah, berdosanya aku kerana telah melukakan hati suamiku. Aku tak sepatutnya berperangai macamtu. Mungkin betul dia memang tengah sibuk tadi.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah.
            Sedang dia melayan perasaan, dia mendengar suara rakan-rakannya termasuk Sofea sedang berjalan masuk ke ruang pejabat. Dia segera menyibukkan diri menaip di komputer tanpa menoleh kiri kanan.
            “Aihh Wafi, cepatnya kau balik. Kau kata tadi nak makan dengan hubby kau.” Soal Sofea.
            “Erm, tak jadi. Dia ada hal.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil menahan sebak yang datang bertandang.
            “Oh.., so kau dah makan ke belum ni? Tak cakap tadi. Kalau tak tadi boleh aku tapaukan.” Tanya Sofea lagi sambil memandang wajah keruh sahabatnya.
            “It’s ok, aku tak lapar sangat. Nanti kalau lapar aku makanlah apa-apa yang ada kat pantri tu.” Tutur Adrianna Wafiyah lemah.
            Sofea berlalu ke tempatnya. Tidak berniat mahu menanya lagi kerana dia tahu sahabatnya sedang berserabut dengan masalah yang dia sendiri tidak tahu. Dia memberi ruang untuk sahabatnya bertenang dahulu kerana dia yakin Adrianna Wafiyah pasti akan bercerita kepadanya setelah sahabatnya itu kembali tenang. Sofea memandang telefon bimbit Adrianna Wafiyah yang berdering. Pelik kerana Adrianna Wafiyah tidak mengendahkan bunyi itu.
            “Wafi, telefon kau bunyi kenapa tak jawab?” Tanya Sofea.
            Adrianna Wafiyah kelam kabut menjawab panggilan itu sambil tersengih memandang Sofea. Kerana terlalu mengelamun dia tidak sedar bunyi telefonnya.
            “Assalamualaikum, anak ibu sihat?”
            “Waalaikumussalam, ibu..Ya Allah rindunya Wafi dekat ibu.” Jawab Adrianna Wafiyah ceria. Terus hilang sebentar masalah yang dihadapi.
            “Erm..kalau rindu kenapa tak call ibu.?”
            “Err..Wafi sibuk la ibu.” Jawab Adrianna Wafi tersekat-sekat.
            “Yela, orang dah bersuami mana nak ingat ibu lagi.” Puan Asmah mengusik anaknya.
            “Ada cakap macamtu pulak, Wafi tak pernah lupa kat ibu.”
            “Ermm.ibu sihat tak? Wafi dengar suara ibu macam serak aje.”
            “Ibu sihat, cuma tekak ni sakit sikit. Mungkin sebab cuaca panas.” Puan Asmah berdehem.
            “Ibu janganlah kerja kuat sangat. Wafi tak nak ibu sakit.” Adrianna Wafiyah terasa sebak bila teringat ibunya.
            “Dah, jangan nak nangis-nangis. Ibu sihat. Jangan risaulah, lagipun Tok Leman kan ada.” Tutur Puan Asmah.
            “Ibu ni tahu aje kalau orang nangis.” Adrianna Wafiyah mengesat air mata bergenang.
            “Anak ibu, mestilah ibu tahu. Dah jangan risau-risau.”
            “Wafi tetap risau, Wafi ada Ibu seorang aje, jadi Wafi tak nak apa-apa jadi dekat Ibu. Tok Leman tu pun dah tua. Kalau ibu jatuh sakit, mana dia larat nak angkat ibu ke hospital.” Adrianna Wafiyah sempat mengusik ibunya.
            “Amboi, sedap aje mengata Tok Leman tu tua. Atuk Wafi tu masih kuat tahu kalah anak muda.” Seloroh Puan Asmah.
            He..he..he.., Wafi gurau ajelah.”
            “Okaylah Wafi, Ibu nak hantar lauk ke rumah Tok Leman. Kesian nanti Tok Leman lapar.”
            “Okay Ibu, kirim salam kat Tok Leman.”
            “In Sha Allah, jangan lupa pesan ibu. Jaga hati suami, jangan melawan cakap suami, jangan sampai dia tergores. Nanti tak cium bau syurga.” Nasihat Puan Asmah.
            “Yela, ibu Wafi ingat pesan-pesan ibu tu.”
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam.” Telefon bimbitnya diletak kembali ke meja.
            Tangannya menongkat dahi. Kata-kata Puan Asmah sebentar tadi masih terngiang-ngiang. Jiwanya mula sebak kembali bila teringatkan sikapnya terhadap Adam Rayyan. Sofea hanya memandang dari jauh.
           

Arghhh!” Adam Rayyan menghentak tangannya ke stereng kereta. Rambutnya diraup kebelakang. Dia kecewa dengan sikap isterinya itu. Kereta dipandu laju tanpa arah tujuan membawa rajuknya. Masuk ini dah empat kali telefonnya terdering dan akhirnya Adam Rayyan menjawab juga setelah melihat nombor telefon pejabat yang tertera.
            “Yes Dahlia, kenapa?”
            “ Bos ada meeting dengan bahagian kewangan pukul tiga petang ni.” Dahlia mengingatkan Adam Rayyan.
            “Awak tangguhkan meeting itu. Saya tak masuk office petang ni.”
            “Okay bos.”


Adrianna Wafiyah sampai ke rumah agak lewat. Dia sebenarnya menyinggah ke rumah Sofea untuk mengambil keretanya. Dilihat kereta Adam Rayyan sudah terparkir dihadapan rumah agam itu. Hatinya mula bimbang. Dia takut untuk menghadapi Adam Rayyan dan yang pasti lelaki sedang merajuk dengannya. Adrianna Wafiyah mundar-mandir dihadapan anak tangga memikirkan cara untuk berhadapan dengan lelaki itu.
            “Wafi, apa yang kamu buat kehulur-kehilir macam kucing hilang anak ni” Tiba-tiba Mak Limah muncul dari arah dapur.
            “Huh!, Mak Limah, terkejut Wafi. Mak Limah tak tidur lagi? Kan dah lewat ni.?” Soal Adrianna Wafiyah balik.
            “Mak Limah nak tidurlah ni. Baru habis mengemop lantai. Dah, pergi tidur dah lewat ni. Ke Wafi nak makan. Kalau nak makan Mak Limah boleh hidangkan.”
            Eh, takpa Mak Limah, tadi Wafi dah makan dengan Fea kat luar masa singgah ambik kereta kat umah dia tadi.”
            “Oh, kalau macamtu Mak Limah masuk bilik dulu.”
            “ Yela.” Angguk Adrianna Wafiyah.
            Adrianna Wafiyah menaiki anak tangga dengan berhati-hati kerana tidak mahu menggangu isi rumah yang sedang dibuai mimpi. Pintu bilik dikuak perlahan. Ruang bilik itu kelihatan malap kerana hanya lampu tidur yang terpasang. Dia melihat sekujur tubuh yang sedang tidur mengiring.
            “Fuhh, lega. Nasib baik dia dah tidur.” Tutur Adrianna Wafiyah perlahan.
            Dia menghampiri katil dan berlutut sambil mengusap wajah Adam Rayyan dengan berhati-hati. Bimbang jika lelaki itu tersedar dengan perlakuannya.
            “Awak, saya minta maaf, saya tak ada niat nak buat macamtu.” Tutur Adrianna Wafiyah perlahan kerana dikuatiri didengar suaminya. Dia bangun dan mencapai tuala untuk membersihkan diri dan bersolat.

            Usai solat isyak, Adrianna Wafiyah membaringkan tubuhnya ke sofa empuk. Tidurnya malam itu bertemankan air mata dan rasa kesal kerana telah melukakan hati Adam Rayyan.