Friday, 7 March 2014

"Kenal Erti Cinta" - Bab 17

BAB 17

“Selamat pagi bos. Selamat Pengantin Baru” Tegur Dahlia setiausaha kepada Adam Rayyan.
“Selamat pagi. Thanks. Papa dah sampai ke?”
“Datuk ada dalam bilik meeting. Dia pesan tadi kalau bos sampai, dia suruh bos terus masuk ke bilik meeting.”
“Hmm, yela. Tolong bawak masuk beg saya dalam bilik.” Adam Rayyan menghulurkan beg bimbitnya kepada Dahlia.
Adam Rayyan membuka pintu bilik meeting. Semua wakil syarikat sudah mengambil tempat masing-masing.
“Hah, Ray.”
“Tan Sri, kenalkan ini anak saya Adam Rayyan. Dia yang akan gantikan tempat saya tak lama lagi”
“Ray, ini Tan Sri Khalid, Chairman Sutra Holdings.”
“Apa kahbar Tan Sri, nice meeting you.” Adam Rayyan berjabat salam dengan Tan Sri Khalid.
“Alhamdulillah sihat, nice meeting you too.” Jawab Tan Sri Khalid mesra.
Setelah bersalaman, Datuk Razlan memulakan mesyuarat. Segala isu-isu yang timbul untuk projek usahasama syarikat mereka di bincangkan dalam mesyuarat itu. Sekali-sekala Adam Rayyan mengangguk faham dengan penerangan dari pihak Tan Sri Khalid.
Semasa didalam bilik mesyuarat, Adam Rayyan sempat menghantar mesej kepada Adrianna Rayyan.

Hr ni lunch dgn aku. Kul 1 kau tunggu kat lobi. Send!

Seketika sahaja mesejnya sudah dibalas.

Sy nak lunch dgn Fea hr ni. Dh janji.! ;-p

Adam Rayyan mengetap bibir. Geram sungguh dia dengan sikap degil Adrianna Wafiyah yang sukar mendengar katanya. Mesej Adrianna Wafiyah segera dibalas.

Aku tak peduli. Kul 1 aku tau kau dh ada kat bwh bila aku smpi! Berani buat hal siap kau!!!
Papelah Hitler!

‘Sukahati dia nak panggil aku Hitler. Aku jadi macam Hitler betul baru dia tau langit tinggi ke rendah.’ Gumam hatinya. Adam Rayyan ingin membalas mesej itu tapi terbantut bila papanya menyebut nama dia.
“Ray nanti kamu tolong semak semula dengan pembekal pasal harga material tu. Kenapa harga mereka sekarang ni bercanggah dengan harga yang sudah dipersetujui.” Arah Datuk Razlan. Dia perasan yang anaknya sibuk dengan handphone sejak tadi. Entah apa yang dibeleknya. Geram juga Datuk Razlan dengan sikap tak prihatin Adam Rayyan.
“Hah, okay-okay.” Adam Rayyan yang sedang leka bermesej terus tersentak bilanya disebut. Dia menggaru kepala yang tak gatal. Papanya menggeleng sekilas. Dia hanya tersengih memandang Datuk Razlan.

Hampir satu jam barulah mesyuarat itu tamat. Pegawai-pegawai yang terlibat mula meninggalkan bilik mesyuarat. Kini hanya tinggal dia dan papanya. Setelah mengambil buku catatannya, Adam Rayyan bangun untuk melangkah keluar.
“Ray, tunggu kejap. Papa ada hal nak bincang.”
‘Hisy, papa mesti nak marah aku sebab tak bagi tumpuan tadi.’ Teka hatinya.
“Ada apa papa. Ray kejap lagi ada meeting dengan pembekal pulak.” Tutur Adam Rayyan sopan.
“Sekejap aje. Tak lama pun. Duduklah yang kamu berdiri kenapa.”
Adam Rayyan menarik kerusi di tepi papanya lalu duduk. Dia memandang sekilas ke arah papanya yang diam seketika. Datuk Razlan menarik nafas dalam perlahan sebelum memulakan bicara.
“Papa sebenarnya ada hal nak bagitahu kamu.”
“Apa dia papa. Cakaplah.”
“Papa dan mummy akan menunaikan Haji hujung tahun ini.”
“Syukur Alhamdulillah. Jadi apa masalahnya papa?”
“Sebelum papa pergi, papa ingat nak serahkan jawatan CEO ni kepada Ray. Yela, papa dah tua. Jadi papa ingat nak bersara awal, bolehlah papa tumpu pada bekalan akhirat pulak.”
“Tapi pa, Ray masih belum cukup ilmu di dada. Ray takut nak meneraju syarikat ni sendiri.”
“Papa yakin Ray mampu lakukan. Hasil kerja Ray selama ni pun memuaskan.”
“Tapi pa, macam mana dengan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain. Mereka setuju ke Ray jadi CEO?”
“Semua telah setuju. Sebenarnya, dah lama keputusan diambil untuk menjadikan Ray sebagai CEO. Tapi papa yang tangguhkan sebab nak tengok keupayaan Ray dalam menguruskan syarikat kita.”
“Terima kasih pa, terima kasih sebab percayakan Ray.” Tangan Datuk Razlan dicium penuh hormat dan lantas tubuh papanya dipeluk erat. Terharu di atas kepercayaan papanya.
“Cuma satu lagi papa nak tanya.” Serius muka Datuk Razlan.
“A..apa dia lagi papa.?” Tanya Adam Rayyan gugup.
“Bila nak pegi honeymoon.?. Jangan nanti kamu pegi time papa nak pegi Haji pulak. Kesian nanti Lisya sorang kat rumah.
“Papa ni buat saspen aje. Ingat nak tanya apa. Nanti dululah pa, Ray sibuk sikit dengan projek baru kita di seremban tu. Nantilah kalau dah tak sibuk Ray pegilah honeymoon.”
“Papa bukannya apa. Yela pengantin baru ni kan selalunya masih dalam mood honeymoon kalau baru 2,3 minggu kahwin. Asyik nak berkepit aje. Tapi kamu dengan Wafi lain pulak. Dua-dua tak nak honeymoon. Tapi tak habis-habis asyik bermesej.” Usik Datuk Razlan.
“Amboi pa, sempat lagi nak perli Ray.” Adam Rayyan bersuara malu. Malu kerana Datuk Razlan perasan dia sedang asyik bermesej tadi.
“Papa bukannya apa. Papa bagi green light ni. Suruh kamu pegi honeymoon. Kalau masuk pejabat pun asyik bermesej aje. Sampai ke dalam meeting pun bermesej jugak, satu kerja pun tak jalan. Baiklah  pegi honeymoon.” Perli Datuk Razlan lagi.
“ Papa ni ada je bahan nak mengenakan Ray.” Adam Rayyan sudah tebal seinci.
Ha..ha..ha., kamu fikirkan apa cakap tu. Nanti papa sponsor. Mummy tu bising suruh korang pegi honeymoon. Bukan kamu tak kenal mummy kamu tu. Selagi tak pegi selagilah dia duk membebel ditelinga papa ni.” Adu Datuk Razlan.
“Yela papa.” Adam Rayyan tersenyum.
“Mummy kamu tu bukannya apa, dia tak sabar nak timang cucu. Papa nak balik awal sikit hari ni. Dah janji dengan mummy nak lunch kat rumah.”
“Okay pa. Kirim salam mummy” Adam Rayyan hanya memerhati papanya sehingga hilang dari pandangan mata.
‘Honeymoon?.Hurm, okay jugak idea papa tu. Masa nilah aku nak tackle dia.’ Desis hati Adam Rayyan.
Wajah comel isterinya menjelma lagi. Tambah comel wajah itu kalau isterinya marah tiap kali dia mengusik. Lamunannya terhenti bila pintu bilik mesyuarat itu terkuak dari luar. Kelihatan Dahlia melangkah masuk ke arahnya.
“Bos, Encik Shahrul pembekal dari Syarikat Bina Maju dah sampai. Bos nak terus meeting dalam bilik ni or kat bilik bos aje.?”
“Suruh dia masuk sini ajelah.”
“Baik bos.” Dahlia mengangguk sambil melangkah keluar.

Tidak sampai seminit pembekal yang dinanti masuk ke bilik mesyuarat.Setelah berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapi, mesyuarat itu berakhir tepat pukul satu petang.
“Dah alang-alang pukul satu ni, Apa kata kita makan tengahari sama-sama.”Ajak Shahrul pembekal Syarikat Bina Maju.
Adam Rayyan mengerling jam ditangan. Jarum sudah menunjukkan pukul satu. ‘Alamak, mesti minah ni tengah tunggu aku’ Desis hatinya.
“Sorry sangat. Hari ni tak dapat. Saya ada lunch meeting dekat luar.” Bohong Adam Rayyan.
“Oh, kalau macamtu saya pergi dulu. Pasal masalah harga tu akan saya selesaikan secepat mungkin.” Ujar Shahrul.
“Okay, thanks.” Adam Rayyan menepuk bahu Shahrul.
Adam Rayyan bergegas keluar dari bilik mesyuarat. Dia melangkah ke arah lift dengan kelam kabut sambil itu Adam Rayyan  masih sempat memberitahu Dahlia dia keluar.


“Hisyy!! Ni yang aku nak hangin ni. Kalau dah tahu sibuk tak payah la nak ajak keluar. Dah pukul satu setengah tak sampai-sampai lagi.” Rungut hati Adrianna Wafiyah sambil melihat jam tangan.
Adrianna Wafiyah sudah gelisah menunggu suaminya. Sekejap dia berdiri dan sekejap dia duduk di tepi tangga lobi. Sudah naik juling matanya memandang jam di tangan. Peluh renik mula mengalir di dahi. Cuaca hari ini agak terik. Hari panas membuatkan hati Adrianna Wafiyah semakin membahang dengan sikap Adam Rayyan. Mukanya tak payah cakaplah. Dah monyok mengalahkan asam kecut.

Pon..Pon..!

“Astaghfirrullahhalazim.!” Adrianna Wafiyah mengurut dada kerana terkejut bunyi hon kereta suaminya.
Adrianna Wafiyah lantas bangun bila melihat kereta suaminya berhenti di hadapannya.  Makin monyok wajahnya bila terkejut begitu. Nasib baik dia tak melatah. Kalau tidak sudah tentu bangla sebelah dia terkejut sama. Dia membuka pintu kereta dan memboloskan diri ke dalam BMW X6 itu.
Adam Rayyan memandang sekilas wajah isterinya. Wajah isterinya sudah kemerah-merahan disebabkan terkena panas terik. Kesian pulak dia melihat wajah itu. Adrianna Wafiyah membuang pandang ke luar tingkap sambil tangan disilangkan tanda protes.
“Err..sorry sebab lambat. Tadi aku ada meeting.” Lembut tutur Adam Rayyan.
Adrianna Wafiyah hanya diam membisu. Hatinya masih panas. Walaupun aircond kereta ini sudah dikira sejuk, tapi tidak dapat menyejukkan hatinya yang tengah panas.
“Kau marah aku ke.?” Soal Adam Rayyan.
‘Dia boleh tanya aku marah dia ke.?. Hisy, dah tentulah aku marah. Sapa-sapa pun marah.’ Rungut hatinya. Tapi Adrianna Wafiyah masih belum mahu membuka mulutnya.
“Kan aku dah minta maaf. Tak cukup lagi ke?” Adam Rayyan mula bengang dengan sikap berdiam diri Adrianna Wafiyah.
Adrianna Wafiyah masih diam. Hatinya masih sakit kerana berdiri lama tengah panas.
Moodnya langsung tiada bila terpaksa menunggu lama. Sudahlah dia terpaksa membatalkan janji dengan Sofea. Kini terpaksa berpanas kerana menunggu kedatangan suaminya. Dia langsung tiada mood untuk memandang wajah suaminya.
            “Kalau kau tak ada mood tak apalah, aku hantar kau balik!”Adam Rayyan mula terasa hati dengan sikap isterinya. Bukan dirinya sengaja melambatkan diri.
            Adrianna Wafiyah mula tersedar akan kesilapan dirinya melayan mood sendiri. Dia hilang punca mahu berkata-kata bila Adam Rayyan membuat pusingan U dan terus memandu ke arah bangunan pejabatnya. Hatinya mula terasa takut melihat wajah bengis Adam Rayyan. Terasa mahu menangis saat itu. Sungguh dia rasa takut bila Adam Rayyan membawa kereta dengan laju dan sekali-sekala menekan brek dengan mengejut bila hampir melanggar kereta-kereta dihadapannya. Dia mula terasa bersalah kerana membiarkan Adam Rayyan bila lelaki itu mengungkap kata maaf di atas kelewatannya. Dia memandang Adam Rayyan. Saat itu Air mata mula gugur.
            Berdecit bunyi tayar kereta bila Adam Rayyan menekan brek mengejut dihadapan bangunan pejabat Adrianna Wafiyah. Adrianna Wafiyah hanya terkaku ditempat duduk penumpang. Tiada tanda-tanda mahu keluar dari kereta itu. Air matanya makin laju mengalir.
            “Kau tunggu apa lagi?! Keluarlah.!Kau tak ada moodkan?!” Pekik Adam Rayyan.
Air mata Adrianna Wafiyah tumpah lagi. Sungguh dia berasa sangat bersalah melayan Adam Rayyan begitu. Perasaan kesal mula menjalar dalam diri. Dia tidak sepatutnya terlalu mengikut hati. Kini semuanya sudah terlambat. Disebabkan hatinya terlampau sakit dengan kelewatan Adam Rayyan, dia langsung tidak peduli dengan kata maaf lelaki itu.
            “Awak….” Belum sempat Adrianna Wafiyah menghabiskan ayatnya, Adam Rayyan sudah mencantas.
            “Dah! Kau tak payah nak cakap apa-apa lagi! Sekarang ni aku nak kau keluar dari kereta aku! Kau rasa kesalahan aku besar sangat kan.?!Keluar!!” Adam Rayyan mula terasa tercabar dengan Adrianna Wafiyah. Baru diri dia mahu menerima kehadiran Adrianna Wafiyah, dirinya sudah dilayan sebegitu oleh Adrianna Wafiyah.
            Adrianna Wafiyah keluar dari kereta dengan perasaan sedih. Dia kesal dengan diri sendiri. Kerana sikapnya itu, dia sudah mengundang marah Adam Rayyan. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus bersikap begitu. Mungkin disebabkan terpaksa keluar dengan Adam Rayyan sehingga terpaksa membatalkan janji dengan Sofea membuatkan dia moody. Adrianna Wafiyah melangkah lemah ke pejabatnya.
            Adrianna Wafiyah menekup wajah ke meja. Nasib baik semua rakan-rakannya masih belum balik dari makan tengahari. Kalau tidak sudah tentu mereka banyak soal bila melihat wajahnya yang sembab kerana menangis.
            ‘Ya Allah, berdosanya aku kerana telah melukakan hati suamiku. Aku tak sepatutnya berperangai macamtu. Mungkin betul dia memang tengah sibuk tadi.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah.
            Sedang dia melayan perasaan, dia mendengar suara rakan-rakannya termasuk Sofea sedang berjalan masuk ke ruang pejabat. Dia segera menyibukkan diri menaip di komputer tanpa menoleh kiri kanan.
            “Aihh Wafi, cepatnya kau balik. Kau kata tadi nak makan dengan hubby kau.” Soal Sofea.
            “Erm, tak jadi. Dia ada hal.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil menahan sebak yang datang bertandang.
            “Oh.., so kau dah makan ke belum ni? Tak cakap tadi. Kalau tak tadi boleh aku tapaukan.” Tanya Sofea lagi sambil memandang wajah keruh sahabatnya.
            “It’s ok, aku tak lapar sangat. Nanti kalau lapar aku makanlah apa-apa yang ada kat pantri tu.” Tutur Adrianna Wafiyah lemah.
            Sofea berlalu ke tempatnya. Tidak berniat mahu menanya lagi kerana dia tahu sahabatnya sedang berserabut dengan masalah yang dia sendiri tidak tahu. Dia memberi ruang untuk sahabatnya bertenang dahulu kerana dia yakin Adrianna Wafiyah pasti akan bercerita kepadanya setelah sahabatnya itu kembali tenang. Sofea memandang telefon bimbit Adrianna Wafiyah yang berdering. Pelik kerana Adrianna Wafiyah tidak mengendahkan bunyi itu.
            “Wafi, telefon kau bunyi kenapa tak jawab?” Tanya Sofea.
            Adrianna Wafiyah kelam kabut menjawab panggilan itu sambil tersengih memandang Sofea. Kerana terlalu mengelamun dia tidak sedar bunyi telefonnya.
            “Assalamualaikum, anak ibu sihat?”
            “Waalaikumussalam, ibu..Ya Allah rindunya Wafi dekat ibu.” Jawab Adrianna Wafiyah ceria. Terus hilang sebentar masalah yang dihadapi.
            “Erm..kalau rindu kenapa tak call ibu.?”
            “Err..Wafi sibuk la ibu.” Jawab Adrianna Wafi tersekat-sekat.
            “Yela, orang dah bersuami mana nak ingat ibu lagi.” Puan Asmah mengusik anaknya.
            “Ada cakap macamtu pulak, Wafi tak pernah lupa kat ibu.”
            “Ermm.ibu sihat tak? Wafi dengar suara ibu macam serak aje.”
            “Ibu sihat, cuma tekak ni sakit sikit. Mungkin sebab cuaca panas.” Puan Asmah berdehem.
            “Ibu janganlah kerja kuat sangat. Wafi tak nak ibu sakit.” Adrianna Wafiyah terasa sebak bila teringat ibunya.
            “Dah, jangan nak nangis-nangis. Ibu sihat. Jangan risaulah, lagipun Tok Leman kan ada.” Tutur Puan Asmah.
            “Ibu ni tahu aje kalau orang nangis.” Adrianna Wafiyah mengesat air mata bergenang.
            “Anak ibu, mestilah ibu tahu. Dah jangan risau-risau.”
            “Wafi tetap risau, Wafi ada Ibu seorang aje, jadi Wafi tak nak apa-apa jadi dekat Ibu. Tok Leman tu pun dah tua. Kalau ibu jatuh sakit, mana dia larat nak angkat ibu ke hospital.” Adrianna Wafiyah sempat mengusik ibunya.
            “Amboi, sedap aje mengata Tok Leman tu tua. Atuk Wafi tu masih kuat tahu kalah anak muda.” Seloroh Puan Asmah.
            He..he..he.., Wafi gurau ajelah.”
            “Okaylah Wafi, Ibu nak hantar lauk ke rumah Tok Leman. Kesian nanti Tok Leman lapar.”
            “Okay Ibu, kirim salam kat Tok Leman.”
            “In Sha Allah, jangan lupa pesan ibu. Jaga hati suami, jangan melawan cakap suami, jangan sampai dia tergores. Nanti tak cium bau syurga.” Nasihat Puan Asmah.
            “Yela, ibu Wafi ingat pesan-pesan ibu tu.”
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam.” Telefon bimbitnya diletak kembali ke meja.
            Tangannya menongkat dahi. Kata-kata Puan Asmah sebentar tadi masih terngiang-ngiang. Jiwanya mula sebak kembali bila teringatkan sikapnya terhadap Adam Rayyan. Sofea hanya memandang dari jauh.
           

Arghhh!” Adam Rayyan menghentak tangannya ke stereng kereta. Rambutnya diraup kebelakang. Dia kecewa dengan sikap isterinya itu. Kereta dipandu laju tanpa arah tujuan membawa rajuknya. Masuk ini dah empat kali telefonnya terdering dan akhirnya Adam Rayyan menjawab juga setelah melihat nombor telefon pejabat yang tertera.
            “Yes Dahlia, kenapa?”
            “ Bos ada meeting dengan bahagian kewangan pukul tiga petang ni.” Dahlia mengingatkan Adam Rayyan.
            “Awak tangguhkan meeting itu. Saya tak masuk office petang ni.”
            “Okay bos.”


Adrianna Wafiyah sampai ke rumah agak lewat. Dia sebenarnya menyinggah ke rumah Sofea untuk mengambil keretanya. Dilihat kereta Adam Rayyan sudah terparkir dihadapan rumah agam itu. Hatinya mula bimbang. Dia takut untuk menghadapi Adam Rayyan dan yang pasti lelaki sedang merajuk dengannya. Adrianna Wafiyah mundar-mandir dihadapan anak tangga memikirkan cara untuk berhadapan dengan lelaki itu.
            “Wafi, apa yang kamu buat kehulur-kehilir macam kucing hilang anak ni” Tiba-tiba Mak Limah muncul dari arah dapur.
            “Huh!, Mak Limah, terkejut Wafi. Mak Limah tak tidur lagi? Kan dah lewat ni.?” Soal Adrianna Wafiyah balik.
            “Mak Limah nak tidurlah ni. Baru habis mengemop lantai. Dah, pergi tidur dah lewat ni. Ke Wafi nak makan. Kalau nak makan Mak Limah boleh hidangkan.”
            Eh, takpa Mak Limah, tadi Wafi dah makan dengan Fea kat luar masa singgah ambik kereta kat umah dia tadi.”
            “Oh, kalau macamtu Mak Limah masuk bilik dulu.”
            “ Yela.” Angguk Adrianna Wafiyah.
            Adrianna Wafiyah menaiki anak tangga dengan berhati-hati kerana tidak mahu menggangu isi rumah yang sedang dibuai mimpi. Pintu bilik dikuak perlahan. Ruang bilik itu kelihatan malap kerana hanya lampu tidur yang terpasang. Dia melihat sekujur tubuh yang sedang tidur mengiring.
            “Fuhh, lega. Nasib baik dia dah tidur.” Tutur Adrianna Wafiyah perlahan.
            Dia menghampiri katil dan berlutut sambil mengusap wajah Adam Rayyan dengan berhati-hati. Bimbang jika lelaki itu tersedar dengan perlakuannya.
            “Awak, saya minta maaf, saya tak ada niat nak buat macamtu.” Tutur Adrianna Wafiyah perlahan kerana dikuatiri didengar suaminya. Dia bangun dan mencapai tuala untuk membersihkan diri dan bersolat.

            Usai solat isyak, Adrianna Wafiyah membaringkan tubuhnya ke sofa empuk. Tidurnya malam itu bertemankan air mata dan rasa kesal kerana telah melukakan hati Adam Rayyan.

No comments:

Post a Comment