BAB 18
Bunyi
hempasan pintu yang kuat mengejutkan Adrianna Wafiyah dari lenanya. Dia bangun
sambil merapikan rambutnya yang sudah berserabut. Mata dikerling ke arah katil
yang menjadi tempat khas suaminya beradu. Kosong, barangkali Adam Rayyan sedang
membersihkan diri dalam bilik air. Adrianna Wafiyah memikirkan cara mahu
memujuk lelaki itu. Dahinya dipicit lembut. Pening kepala memikirkan cara yang
sesuai untuk memujuk lelaki itu. Bunyi pintu bilik air dikuak membuatkan
Adrianna Wafiyah membetulkan duduknya. Adam Rayyan kelihatan bersahaja,
seolah-olah tidak mempedulikan kehadiran Adrianna Wafiyah disitu.
“Emm,emm,
baju awak saya dah gosok. Ada dalam almari.” Adrianna Wafiyah memulakan bicara.
Agak gugup bila melihat wajah keruh Adam Rayyan.
“Hmm.”
Adam Rayyan membelek wajahnya dicermin. Tidak berminat mahu berbicara dengan
Adrianna Wafiyah. Dirinya masih merajuk dengan isterinya itu.
“Awak nak pakai baju
kemeja warna apa? Saya boleh ambik kan?” Adrianna Wafiyah sedaya upaya cuba
berlembut dengan Adam Rayyan.
“Tak payah! Aku boleh
ambik sendiri!” Adam Rayyan berlalu ke almari pakaian.
Adrianna Wafiyah buntu.
Dia memang tak pandai memujuk orang lebih-lebih lagi memujuk lelaki seperti
Adam Rayyan.
“Awak, saya nak minta
maaf pasal semalam.”
Tutur Adrianna Wafiyah
sambil menarik tangan Adam Rayyan. Belum sempat tangan itu dicium, Adam Rayyan
dengan kasar menarik tangannya. Air mata Adrianna Wafiyah mula gugur kembali.
Barulah dia faham perasaan Adam Rayyan bila diri tidak diendahkan.
“Tak payah kau nak
bersedih-sedih depan aku. Bukan semalam kau bukan main sombong lagi. Langsung
tak endah kata maaf aku. Sekarang kenapa kau terhegeh-hegeh nak minta maaf.!?
Tanya Adam Rayyan kasar.
Tangan Adam Rayyan
dicapai lagi. Kali ini dia menggenggam erat. Air mata yang mengalir laju dibiar
saja. Biarlah diri dianggap terhegeh-hegeh. Apa yang penting dia harus
mendapatkan kemaafan dari Adam Rayyan. Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka.
“Awak, saya tahu saya
bersalah. Saya tak sepatutnya buat awak macamtu semalam. Saya tak ada niat nak
tunjuk marah dengan awak. Saya betul-betul minta maaf. Tolonglah awak, saya tak
nak jadi isteri derhaka.” Tersedu-sedan Adrianna Wafiyah menangis.
Adam Rayyan mula tidak
senang duduk. Hatinya tersentuh melihat air mata Adrianna Wafiyah. Tapi ego
yang tinggi membuatkan dia hanya kaku tanpa membalas kata-kata isterinya. Bukan
dia masih marah pada Adrianna Wafiyah. Cuma diam mahu isterinya sedar dan
hormat dirinya sebagai suami.
Adam Rayyan menarik tangannya
dari genggaman Adrianna Wafiyah. Dia menagmbil baju kemeja dan terus bersiap
dalam bilik air. Dia tidak mahu berlama disitu kerana lama-kelamaan egonya akan
tumbang bila Adrianna Wafiyah merayu-rayu dengannya.
Adrianna Wafiyah hampa.
Dia buntu bila Adam Rayyan tidak mengendahkan kata maaf darinya. Air mata yang
mengalir dikesat kasar. Entah berapa banyak air mata dia mengalir sejak
semalam. Dengan langkah longlai dia bangun bersiap ke pejabat. Matanya yang
sembab dibiarkan sahaja.
Ketika menuruni anak
tangga, Adrianna Wafiyah dapat mendengar suara-suara mereka di meja makan.
Wajahnya seudaya upaya cuba diceriakan supaya mertuanya tidak menghidu masalah
mereka.
“Ha, Wafi mari makan.”
Sapa Datuk Razlan
Adrianna Wafiyah hanya
senyum sambil melabuhkan duduk dikerusi sebelah suaminya. Adam Rayyan hanya
diam menikmati nasi goreng tanpa menegurnya seperti selalu.
“Wafi, mummy ada benda
nak minta pendapat Wafi.” Tiba-tiba Datin Rohana muncul dari arah dapur sambil
membawa telur separuh masak untuk Datuk Razlan.
“Apa dia mummy,”Jawab
Adrianna Wafiyah sambil menoleh ke arah Datin Rohana.
“Mummy ingat hujung
minggu ni mummy nak ajak semua pergi berkelah dekat Port Dickson. Dah lama tak
bercuti.”
“Wafi tak kisah mummy,
Wafi ikut aje.” Tutur Adrianna Wafiyah sambil menoleh ke arah suaminya. Adam
Rayyan hanya diam.
“Ray suruh mummy tanya
sendiri dekat Wafi. Dia takut Wafi sibuk.”
“Eh, Wafi okay aje
mummy, mana ada sibuk hari minggu.”
“Kalau macamtu kira
jadi la kan. Nanti mummy nak suruh Wafi masak masakan kampong. Boleh?”
“Boleh mummy.” Adrianna
Wafiyah hanya senyum.
“Emm, mummy hujung
bulan ni Ray ingat nak pindah balik kondo. Dah lama sangat tinggal kondo tu.
Nanti ada penghuni lain pulak dalam rumah tu.” Tiba-tiba Adam Rayyan bersuara.
Adrianna Wafiyah
terkejut mendengar ungkapan Adam Rayyan. Sampai hati Adam Rayyan tidak
berbincang dengannya.
“ Kenapa nak pindah
pulak. Mummy ingat Ray nak terus tinggal sini. Sewakan ajelah kondo tu.”
“Awak ni, biarlah
budak-budak tu nak pindah. Biar diaorang belajar hidup berdikari. Belajar
menguruskan rumah tangga.” Datuk Razlan mengokong anaknya.
“Hisyy..awak ni, bukan
nak sokong kita. Awak sukalah kan anak-anak jauh dari kita.” Rajuk Datin
Rohana.
“La, ke situ pulak.
Bukan jauh pun kondo Ray tu, setengah jam aje dah sampai.”Pujuk Datuk Razlan.
“Betul..betul..betul..”
Sampuk Alisya Umaira sambil tersengih.
“Apa yang betulnya. Dah
macam upin ipin aje mummy dengar.” Alisya mencebik.
“Haah mummy, Ray janji
nanti tiap-tiap hujung minggu Ray balik sini.” Pujuk Adam Rayyan.
“Hmm, yela. Tapi janji
dengan mummy tiap-tiap minggu bawak Wafi balik sini.”
“Ha, Ray..ingat jangan
tak bawak balik menantu kesayangan mummy kamu tu. Kang nanti papa yang jadi
mangsa kemarahan mummy.” Usik Datuk Razlan
“Suka sangat awak ni
menyakat saya kan.” Datin Rohana mencubit lengan suaminya.
“Sakitlah yang.” Datuk
Razlan mengaduh sambil menggosok lengannya.
“Rasakan. Suka sangat
kacau mummy.” Rajuk Datin Rohana.
Semua yang berada di
meja makan ketawa melihat gelagat kedua-dua orang tua mereka. Tapi Adrianna
Wafiyah hanya tersenyum paksa. Dalam hati dia benar-benar rasa terpinggir bila
Adam Rayyan langsung tidak mahu berbincang dengannya.
“Okay mummy Ray gerak
dulu. Nanti lambat masuk office, papa
potong gaji pulak.” Usik Adam Rayyan niat mengenakan papanya.
“Abang pergi dulu.
Hati-hati drive nanti.”
Adam Rayyan mengucup
dahi isterinya. Terkejut Adrianna Wafiyah dengan tindakan spontan suaminya.
Terus merah pipinya menahan malu dihadapan keluarga mertuanya.Alisya Umaira
sudah tersengih-sengih melihat muka cuak kakak iparnya.
“Hisyy, abang ni kesian
Kak Wafi. Dah merah menyala muka dia. Nak romantik pun biar la bertempat.” Usik
Alisya Umaira. Adrianna Wafiyah sudah membeliakkan matanya kepada Alisya
Umaira. Adam Rayyan hanya tersenyum sungging.
“Wafi pun pergi kerja
dulu mummy, papa.” Ujar Adrianna Wafiyah kemudian.
Adrianna Wafiyah
mengejar langkah Adam Rayyan ke kereta. Niatnya hanya satu. Dia harus
mendapatkan kemaafan dari Adam Rayyan.
“Awak..” Jerit Adrianna
Wafiyah
Langkah Adam Rayyan
terhenti bila mendengar suara Adrianna Wafiyah.
“Salam.” Adrianna
Wafiyah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Adam Rayyan.
“Hmm.” Adam Rayyan
menghulurkan tangannya.
“Awak..” Jerit Adrianna
Wafiyah lagi bila dia melihat Adam Rayyan mula membuka pintu kereta.
“Saya betul-betul minta
maaf pasal semalam.” Adrianna Wafiyah sudah membuat wajah kesian.
‘Ishh, comel la pulak
minah ni bila buat muka macamtu. Relaks Ray kau jangan mudah cair.’ Gumam hati
Adam Rayyan.
“Awak, awak maafkan
saya tak?”
“Tengoklah nanti kalau
aku ada mood nak maafkan kau!” Adam Rayyan terus menghidupkan enjin kereta dan
meluncur laju meninggalkan Adrianna Wafiyah terpinga-pinga.
‘Hisyy, geram betul la.
Saja nak dera perasaan aku.!Menyampah betul.’ Rungut hati Adrianna Wafiyah
sambil melangkah ke kereta.
Adrianna Wafiyah melangkah longlai ke
pejabat. Jiwanya masih sedih bila kemaafan yang diharapkan belum tertunai. Sedih
rasa hati bila suami tidak endahkan kehadirannya. ‘Ah! Mengadalah dengan kau ni
Wafi. Selama ni pun bukan dia pernah terima kau dalam hati dia pun. So yang kau
beria sedih ni kenapa.’ Gumam hatinya.
“Cik kak apasal monyok
aje muka ni. Dah macam popia basi aku tengok muka kau.” Usik Sofea.
“Diam ah,” Marah
Adrianna Wafiyah.
“Amboi, garang sangat
kau hari ni. Kenapa ni beb, cerita kat aku.” Jawab Sofea.
“Aku rasa nak nangis
sekarang ni.” Adrianna Wafiyah membawa langkahnya ke pantri dan ikuti oleh
Sofea.
“Kenapa ni beb.”
“Rayyan, dia merajuk
dengan aku.”
“La, kenapa pulak. Apa
kau dah buat?”
“Semalam tu la, aku
marah dekat dia sebab lambat jemput aku masa nak keluar lunch.”
“La pasal tu pun dia
merajuk. Ingat masalah besar sangat.”
“Besar la tu, dia marah
aku sebab aku buat dek aje bila dia minta maaf dengan aku.”
“Hmm, kau ni pun satu,
ego tak bertempat.”
“Habis tu macam mana
ni. Apa aku nak buat. Dia sampai sekarang tak nak cakap dengan aku.”
“Aku mintak maaf pun
dia buat dek aje.” Rungut Adrianna Wafiyah.
“Hmm, ala aku rasa dia
saja nak merajuk manja dengan kau. Kau tu pun sama gak mengada nak
merajuk-merajuk.”
“Hey, kau ni nak tolong
aku ke nak mengata aku.?” Adrianna Wafiyah sudah mencekak pinggang.
“He..he..he.. yela, aku nak tolonglah ni.”
“Apa kata kau hantar
bunga dekat dia.” Sofea memberikan idea.
“Hisyy, seganlah aku.
Nanti dia ingat aku nak tackle dia
pulak.”
“Kau
ni kan, boleh tak kau buang ego kau tu jauh-jauh. Apa salah ke kalau kau nak tackle suami sendiri?”
“Memanglah
tak salah, tapi kau pun tau kan, aku dengan dia kahwin macam mana.”
“Ala..tak
kisah la semua tu. Aku tau kau sebenarnya dah lama jatuh cinta dengan suami kau
tu kan.? Tebak Sofea.
“Hisyy,
kau ni suka sangat buat andaian sendiri.” Wajah Adrianna Wafiyah membahang.
Malu pulak nak mengaku.
“Elleh..malu
konon. Dengan aku pun nak malu. Sebab tu lah kau mengada-ngada merajuk bagai
kan. Sebabnya kau tu dah jatuh cinta. Jadi perasaan kau tu mudah terusik.”
Tebak Sofea lagi.
“Hmm..nanti
kau teman aku pergi kedai bunga.” Tutur Adrianna Wafiyah malu-malu.
“Yeayy,
macamtu lah. Okay, kita akan jalankan misi mengorat laki kau tu.” Sofea memeluk
bahu Adrianna Wafiyah sambil memikirkan strategi.
No comments:
Post a Comment