BAB 19
“Bos, ada bunga untuk
bos.” Dahlia masuk ke bilik Adam Rayyan membawa satu jambak bunga ros merah.
Berkerut
dahi Adam Rayyan. Siapa pula yang bagi bunga padanya. Bunga itu beralih tangan.
Adam Rayyan melihat kad yang terselit di bunga itu. Dengan pantas bibirnya
mengukirkan senyuman. Kad itu dicium dengan syahdu.
“Emm..emm,
bos saya keluar dulu.” Dahlia berdehem.
“Err,
ok thanks.” Adam Rayyan tersungging
malu. Lupa pula Dahlia masih berada dalam biliknya.
Dahlia
tersenyum penuh makna. Jarang dia melihat majikannya gembira seperti itu. Dia
tahu pemilik bunga itu pasti isteri majikannya yang cantik manis itu. Walaupun
baru sekali bertemu semasa majlis resepsi majikannya, Dahlia senang dengan
keramahan isteri majikannya itu.
Setelah
Dahlia keluar, Adam Rayyan mencium bunga ros itu. Didakap erat jambangan bunga
seolah-olah sedang memeluk Adrianna Wafiyah. Sungguh kini hatinya yakin yang
dia benar-benar telah jatuh cinta dengan isterinya sendiri. Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi menandakan ada SMS masuk. Dengan pantas dia membaca mesej
itu. Sekali lagi dia tersenyum.
Dah terima bunga itu. Harap awk suka. ;)
Bunga ape?. Balas
Adam Rayyan buat-buat tak tahu.
Aikk, xkan slh alamat kot??
Hmm, bunga ros kau tu? Apsal kau
ingat dgn bg bunga hati aku cairlah?. Adam Rayyan tersengih
sambil menaip mesej itu.
Xpe la klu awk xnak maafkan sy. Dh buntu nak
pujuk awk.:(
Aik, dah putus asa ke?
Sy tau sy slh. Tp xkan smpi mcmtu sekali awk
nak mrhkan sy.:’(
Kesian pula Adam
Rayyan mahu meneruskan sandiwaranya. Akhirnya dia mengalah juga dengan Adrianna
Wafiyah. Egonya yang tinggi tumbang gara-gara Adrianna Wafiyah. Sekali lagi hatinya
cair untuk perempuan selepas Nazirah.
Seketika kemudian
telefon bimbitnya bergetar lagi. Kali ini lagi lama getarannya kerana bukan SMS
yang diterima, tapi ada pemanggil yang menelefonnya. Wajahnya berkerut bila
melihat nombor telefon pejabat yang tertera. Setahu Adrianna Wafiyah, dia tidak
pernah memberikan nombor telefonnya pada mana-mana client. Lantas butang hijau ditekan.
“Hello.”
Suara garau itu menyapanya.
Adrianna Wafiyah
terkedu. Dia kenal dengan suara itu. Tapi hatinya masih ragu-ragu mahu
menekanya. Takut tersalah orang.
“Siapa ni?” Tanya
Adrianna Wafiyah.
“Amboi, suara suami
sendiri pun tak kenal ke.” Sengaja Adam Rayyan membuat suara romantik.
“Erm, tak kenal. Sebab
suami saya tu jarang bercakap. So
saya masih tak berapa nak cam suara dia lagi.” Sengaja Adrianna Wafiyah memerli
Adam Rayyan. Seram sejuk juga dia bila mendengar suara Adam Rayyan yang agak
romantik itu.
“Sempat lagi kau nak
perli aku kan. Nak tambah dosa ke.?”
“Ada apa awak call saya ni.” Adrianna Wafiyah mengubah
topik.
“Hurm, kenapa kau tak
balas SMS aku?”
“Awak yang tak balas
mesej saya.” Jawab Adrianna Wafiyah.
“Lainkali check betul-betul phone tu. Nama aje pakai handphone
canggih tapi tak reti guna.” Perli Adam Rayyan.
“Bila…” Belum sempat
lagi dia menjawab, Adam Rayyan telah mematikan talian.
“Hisyy, orang tak habis
cakap lagi dah letak.” Rungut Adrianna perlahan tapi masih boleh didengar oleh
Sofea. Sofea hanya menggeleng kepala melihat sahabatnya itu.
Adrianna Wafiyah dengan
pantas membuka inbox mesejnya.
Kumat-kumit bibirnya membaca mesej itu. Seketika kemudian dia tersenyum sambil
memeluk telefon bimbitnya.
Aku
dh lama maafkan kau. Saja aku nak tgk sejauh mana kau akan pujuk aku. Wafi, aku
ada hal nak bgtau dgn kau. Tapi bukan skang. Akan tiba masanya. ;)
Berulang-ulang kali dia
membaca mesej itu. Hatinya memanjatkan syukur atas kurniaan dari Illahi. Dia
tersenyum lagi. Tapi hatinya masih tertanya-tanya perkara yang hendak
diberitahu oleh Adam Rayyan.
“Amboi, cik kak tak
habis-habis tenung phone tu
kenapa?Pastu sekejap-sekejap senyum sorang-sorang.” Usik Sofea.
“Shut up.” Adrianna Wafiyah menjeling sahabatnya itu.
“Ooo, mentang-mentang
dah baik dengan hubby dia, mulalah
nak menyombong dengan kita.” Sofea menjuihkan bibirnya. Pura-pura merajuk.
“Merajuk pulak kau ni.
Sofea dia dah maafkan aku. Ini semua kerana pertolongan kau.” Tutur Adrianna
Wafiyah dengan ceria.
“Kau sahabat aku Wafi.
Aku cuma nak kau bahagia.” Jawab Sofea.
“Thanks Fea.” Terharu Adrianna Wafiyah mendengar.
“Dah la jom balik. Kau
tak nak balik ke?”
“Kau baliklah dulu aku
nak shutdown pc dulu.”
“Okay, esok jangan
lambat tau. Sebab aku dengar Encik Kamal akan perkenalkan CEO baru yang akan
ganti tempat dia tu.”
“Oh,
okay.”
Adrianna
Wafiyah mengangguk faham. Dalam hati tertanya-tanya juga macam mana karakter
bos baru mereka. Adakah orangnya baik seperti Encik Kamal. Adrianna Wafiyah
mengambil beg tangan dan mula berlari anak meninggalkan ruang pejabat. Seram
juga kerana hanya tinggal dia seorang sahaja ketika itu.
Petang itu Adrianna Wafiyah sampai agak
awal ke rumah. Mungkin kerana sekarang tengah musim cuti sekolah, jadi jalan
pun agak lengang berbanding hari biasa. Dilihat kereta Adam Rayyan tiada di
halaman rumah. ‘Mungkin belum sampai.’ Desis hati Adrianna Wafiyah.
Dia
melangkah menuju ke dalam rumah agam itu. Kelihatan agak sunyi. Dia menapak ke
arah dapur. Dilihat pintu dapur belakang terbuka. ‘Mana Mak Limah ni.’ Gumam
hatinya.
Adrianna Wafiyah berdiri di hadapan
pintu belakang itu. Dia mencari kelibat Mak Limah.
“Mak
Limah.!” Panggil Adrianna Wafiyah. Tiada sahutan.
“Mak
Limah..oi..Mak Limah!” Dia memanggil dengan lebih kuat.
“Ye..Mak
Limah ada kat belakang ni.” Sahut Mak Limah.
“Belakang
mana? Wafi kat belakanglah ni. Tak nampak pun Mak Limah.” Jerit Adrianna
Wafiyah.
“Mak
Limah ambik serai kat tepi pagar sana tu.” Tiba-tiba Mak Limah muncul sambil
membimbit serai ditangan.
“Puas
Wafi panggil Mak Limah.”
“Kenapa
ni, balik-balik aje terus terkam Mak Limah.?”Usik Mak Limah.
“He..he..he..Mak Limah nak masak apa
dengan serai ni?” Tanya Adrianna Wafiyah.
“Entah,
Mak Limah saja ambik serai ni. Mak Limah pun tak tahu lagi nak masak apa untuk
malam ni. Wafi ada teringin nak makan apa-apa ke?” Jawab Mak Limah.
“Hmm..malam
ni biar Wafi lah masak. Wafi nak masak makanan kesukaan abang Ray. Mak Limah
tahu dia suka makan apa?” Tanya Adrianna Wafiyah.
“Encik
Ray tu dia suka makan masak lemak cili api ikan sembilang dengan buah nenas.”
Cerita Mak Limah.
“Eee,
orang moden macam abang Ray tu suka makan ikan sembilang ke.? Pelik Wafi.” Adrianna Wafiyah menayangkan wajah tidak
percaya.
“Ishh,
Wafi ingat orang bandar semua macamtu ke. Ray tu memang moden cara hidup dia
tapi bab-bab makan ni tekak dia memang selera masakan kampong.”
“Ikan
sembilang ada ke Mak Limah?” Soal Adrianna Wafiyah.
“Nasib
Wafi memang baik. Semalam memang Mak Limah beli ikan sembilang.”
“Okay,
cantik” Adrianna Wafiyah menaik ibu jari kepada Mak Limah.
“Jom
masak.”
“Tak
tukar baju dulu ke.”
“Tak
payahlah nanti lambat.” Jawab Adrianna Wafiyah.
Semua
perkakas untuk memasak dikeluarkan oleh Adrianna Wafiyah. Mak Limah hanya
menolong mengupas bawang dan membasuh ikan sembilang. Adrianna Wafiyah begitu
leka memasak.
Apabila
hampir masak, barulah dia memasukkan buah nenas yang telah dicuci. Nasib baik
semua bahan-bahan untuk memasak ada. Jadi senanglah kerja Adrianna Wafiyah
untuk memasak. Kuah masak lemak cili api dikacau perlahan-lahan. Setelah
menggelegak Adrianna Wafiyah mematikan api dapur. Bau wangi masakan itu boleh
membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur termasuklah Mak Limah yang sedari tadi
menelan liurnya..
“Taraa..”
Adrianna Wafiyah berpuas hati dengan masakan dia.”
“
Wafi pergilah naik mandi dulu. Dah macam baru balik berperang Mak Limah
tengok.”
“Okay,
nanti Mak Limah tolong hidangkan ya. Wafi naik mandi dulu.”
Semua makanan telah terhidang di atas
meja. Seperti kebiasaan, Datuk Razlan akan membaca doa makan. Hanya Alisya
Umaira sahaja tiada kerana berkursus selama seminggu di Penang.
“Wahh..
special masakan Mak Limah malam ni.”
Tegur Datin Rohana apabila melihat Mak Limah datang membawa semangkuk masak
lemak cili api ikan sembilang dengan buah nenas.
Adam
Rayyan yang baru turun terus menerpa ke meja makan bila terhidu bau masak lema
cili api.
“Thanks, Mak Limah masakkan lauk
kegemaran Ray.” Kecur air liur Adam Rayyan melihat lauk kegemarannya.
“Bukan
Mak Limah yang masak lauk ni. Puan Wafi yang masak. Balik kerja tadi dia dah
beria nak masak untuk Encik Ray.” Terang Mak Limah.
“Bertuah
Ray dapat isteri macamtu.” Kembang rasa hati Datin Rohana bila menantunya
melayan anaknya dengan baik.
Hati
Adam Rayyan terasa berbunga-bunga dengan ungkapan Datin Rohana. Sedari tadi dia
mencari kelibat isterinya. Sejak dia pulang maghrib tadi sampai sekarang dia
tidak nampak kelibat isterinya. Entah dimana isterinya itu mandi dan
sembahyang.
Perasaannya
terus berbunga bila melihat kelibat isterinya datang sambil membawa sepiring
buah-buahan untuk pencuci mulut. Malam itu Adam Rayyan makan begitu berselera
sampai tiga pinggan nasi ditambahnya.
Kembang
hati Adrianna Wafiyah melihat suaminya menjamah lauk yang dia masak dengan
berselera. Tanpa terduga Adam Rayyan menggenggam jari-jemari isterinya di bawah
meja. Adrianna Wafiyah tersentak dengan sentuhan itu terus menoleh ke arah
suaminya. Adam Rayyan menghadiahkan senyuman yang cukup manis kepada isterinya.
Terkedu Adrianna Wafiyah melihat senyuman itu. Dirasakan ini adalah senyuman
yang betul-betul ikhals dari suaminya. Sebelum ini semuanya hanya
kepura-puraan.
No comments:
Post a Comment