BAB 36
Hari ini genap seminggu
Adam Rayyan tidak pulang ke rumah. Adrianna Wafiyah tidak tahu ke mana Adam
Rayyan pergi. Panggilan telefonnya juga tidak dijawab oleh Adam Rayyan.
Adrianna Wafiyah mengeluh lemah. Dia melangkah longlai ke pejabat.
Andaikan Sofea masih berada di sini pasti Adrianna
Wafiyah akan ada tempat untuk meluahkan perasaannya. Tiba-tiba air matanya
mengalir lagi. Sedih mengenangkan nasib dirinya. Sudahlah adik ipar dan
mertuanya tiada. Kalau mertuanya ada, pasti Adam Rayyan tidak akan bersikap
seperti ini.
“Wafi, Encik Reza panggil.” Kak Rita tiba-tiba datang ke
tempatnya.
“Hah, apa dia kak?”
“La, berangan rupanya. Akak cakap Encik Reza panggil Wafi
kat bilik dia.”
“Oh, sekejap lagi Wafi pergi ya kak.”
“Kamu ni sakit ke? Akak tengok pucat semacam.”
“Eh, tak adalah. Wafi tak sempat mekap tadi.” Ujar
Adrianna Wafiyah sambil menyembunyikan rasa sedihnya.
“Hmm, yela. Cepat sikit. Nanti berangin pula bos muda
tu.”
“Iya, nak pergilah ni.” Adrianna Wafiyah berjalan ke
bilik Reza.
Tokk..Tokk..
“Masuk.” Arah
Reza.
“Encik Reza panggil saya ke?”
“Macam ni Wafi, Esok saya akan ke Sabah.”
“Sabah?” Tiba-tiba dia teringatkan Sofea. Alangkah
seronokmya kalau dia dapat ke sana berjumpa dengan Sofea.
“Wafi?” Reza melayangkan tangannya ke wajah Adrianna
Wafiyah.
“Hah, lepas tu Encik Reza?”
“Hish, berangan awak ya.” Reza tersenyum.
“Saya nak awak ikut saya. Ada laporan yang saya nak awak
siapkan semasa di sana nanti.”
“Saya ikut?” Tanya Adrianna Wafiyah pelik.
“Iyalah, kenapa suami awak tak izinkan ke ?”
“Eh, bukan.. saya terkejut.”
“Hmm, ingatkan apa tadi.”
“Bila kita nak berangkat?” Tanya Adrianna Wafiyah.
“Esok pagi.”
“Okay. Kita jumpa di airport
nanti.”
“Ada apa-apa lagi encik Reza?”
“Hmm, itu saja.”
“oh, lupa pula saya. Lisya kirim salam pada awak.”
“Waalaikumussalam. Dia tak call saya pun sejak-sejak ada buah hati ni.” Usik Adrianna Wafiyah.
“Jangan cakap macam tu. Dia sibuk sangat. Itu pun saya
yang call dia. Sekejap aje dapat
bercakap.”
“Saya gurau aje.” Ucap Adrianna Wafiyah.
“okaylah saya keluar dulu.” Adrianna Wafiyah terus
melangkah keluar dari bilik Reza.
Hatinya berbunga kerana tidak lama lagi dia akan berjumpa
dengan Sofea. Dia akan meluahkan semuanya kepada sahabatnya nanti.
Mudah-mudahan hatinya akan tenang. Dia segera mencapai telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum ibu.” Ucap Adrianna Wafiyah.
“Waalaikumussalam. Wafi..anak ibu ni lama tak call ibu.”
“Maaflah ibu, Wafi sibuk sangat.”
“Iyalah. Ibu tak sempat jumpa dengan mertua kamu.”
“Tak mengapa ibu. Mummy dan papa faham.”
“Ibu, Wafi call ni nak bagitahu ibu, yang Wafi akan ke
Sabah esok.”
“Oh, buat apa ke sana?”
“Bos Wafi ajak. Ada meeting
di sana.”
“Bos Wafi tu lelaki ke perempuan?”
“Lelaki. Ala ibu jangan risau. Wafi tahu jaga batas Wafi.
Lagipun Wafi pergi urusan kerja. Kat sana nanti pun ada Sofea”
“Iyalah. Jangan lupa minta izin Ray.”
“Baik Ibu. Kirim salam pada Tok Leman”
“InShaAllah. Ni dah alang-alang kamu call, Ibu nak tanya,
Raya Haji nanti kamu balik rumah ibu tak?”
“Eh, mestilah balik. Wafi nak beraya kat mana lagi.”
“Mana la tahu kot lah nak beraya di sana aje.”
“Kat sini mana ada sapa-sapa. Nanti Wafi balik sana
dengan abang Ray la.” Ujar Adrianna Wafiyah. Entah-entah dia akan pulang
sendiri tanpa Adam Rayyan.
“Iyalah, kalau macam tu. Sampaikan salam ibu untuk Ray.”
“InShaAllah. Bye Ibu.”
Adrianna Wafiyah mengeluh lemah. Takut juga kalau Adam
Rayyan terus menyepi. Apa dia mahu jawab dengan ibu kalau raya haji tahun ini
dia pulang seorang ke kampung. Adrianna Wafiyah cuba mendial nombor telefon
suaminya. Dia harus meminta izin untuk ke Sabah esok. Lama ditunggu, tetapi
panggilannya seperti biasa tidak berjawab.
Adrianna Wafiyah hampa. Sampai hati Adam Rayyan
meninggalkan dirinya tanpa sebarang berita. Tidak risaukah Adam Rayyan
meninggalkan dirinya seorang diri di rumah. Adrianna Wafiyah membuat keputusan
untuk menghantar SMS. Sekurang-kurangnya suaminya itu pasti akan membaca SMS
darinya.
Salam abg, abg
sihat?abg..Wafi nak minta izin ke Sabah. Esok Wafi akan bertolak. Hrp abg
izinkan. TK.
Butang send terus ditekan.
Sehingga beberapa jam SMSnya masih belum dibalas oleh
Adam Rayyan. Dia hampa dengan sikap Adam Rayyan. Adrianna Wafiyah terasa mahu
menjerit sekuat hatinya bagi melepaskan segala masalah yang dia hadapi. Adrianna Wafiyah pasrah. Dia nekad mahu ke
Sabah. Hanya dengan cara ini dia dapat mententeramkan jiwanya.
Keesokan paginya
Adrianna Wafiyah menunggu Reza di balai berlepas. Masih ada sejam lagi waktu
berlepas. Adrianna Wafiyah membuka komputer ribanya semetara menanti Reza tiba.
Dia membuka gmail untuk menyemak jika
terdapat email baru yang masuk. Leka dia membaca email-email yang diterima
tanpa menyedari Reza telah sampai.
“Wafi. Jom masuk dalam. Dah boarding time ni.” Ajak Reza tercungap-cungap.
“Eh, Reza. Tak perasan tadi. Ha, jomlah.” Adrianna
Wafiyah menyimpan semual komputer ribanya dan megikuti langkah Reza. Mereka
sudah berjanji tidak akan berencik-encik jika diluar pejabat.
Adrianna Wafiyah dan Reza menyerahkan boarding pass kepada pegawai yang
bertugas sebelum memasuki kapal terbang. Setelah pramugari bertugas menerangkan
langkah-langkah keselamatan, kapal terbang mula berlepas.
Sepanjang berada di atas kapal terbang Reza dan Adrianna
Wafiyah lebih banyak membuat hal sendiri. Reza hanya sibuk dengan ipadnya.
Manakala Adrianna Wafiyah telah hanyut kea lam mimpi. Penerbangan di waktu pagi
sememangnya akan membuatkan Adrianna Wafiyah mudah mengantuk kerana terpaksa
bangun seawal pagi untuk ke Lapangan Terbang.
Setelah dua setengah perjalanan, akhirnya mereka sampai
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Setelah melalui kastam dan
mengambil bagasi, meraka terus melangkah ke balai ketibaan. Di luar Sofea dan
pemandu syarikat telah menanti ketibaan mereka.
“Wafiii…!” Jerit Sofea setelah melihat Adrianna Wafiyah
keluar dari balai ketibaan.
“Fea..!!” Laung Adrianna Wafiyah pula. Dah macam bertahun
berpisah. Reza yang berada di situ hanya menggeleng kepala melihat pertemuan
dua sahabat ini.
“Dahlah tu..malu orang tengok. Dah macam jejak kasih aje
aku tengok.” Usik Reza.
“Alamak! Lupa pula big
boss ada kat sini.” Adrianna Wafiyah dan Sofea berbisik sesama mereka.
“Dah, tak payah nak kutuk aku kat situ. Cepatlah. Aku dah
lapar ni.”
“Iyalah bos, oleh kerana korang datang ke tempat aku, aku
akan bawa korang makan kat tempat special
dan murah. Tapi petang nanti bos. Sekarang ini balik check in dulu. Kalau bos lapar, bos makan kat dulu tengahari ni.”
Jawab Sofea.
“Elleh, tempat
dia konon.” Kata Reza sambil mencebik ke arah Adrianna Wafiyah.
“Iyalah. Dah aku duduk sini.” Kata Sofea dengan
bangganya.
“Cik kak awak tu baru berapa minggu aje kat sini. Tak
payah nak kekwat sangat.” Usik
Adrianna Wafiyah.
“So what?”
Balas Sofea.
“Aduhh, korang
ni kan. Jomlah cepat balik hotel.” Ajak Reza.
“Iyalah bos besar.” Usik Sofea.
Reza hanya menjelir lidah ke arah Sofea. Adrianna Wafiyah
yang melihat terasa lucu. Terasa sedang kembali ke zaman belajar dulu.
Beginilah Reza dan Sofea kalau bertengkar. Masing-masing tidak mahu mengaku
kalah.
Sepanjang berada di dalam kereta, Sofea tidak berhenti berceloteh.
Ada sahaja cerita dia sepanjang berada di Sabah. Dari yang sedih sampailah yang
boleh pecah perut ketawa. Itulah sahabat baik Adrianna Wafiyah. Tidak pernah
mengeluh atau menunjukkan rasa sedihnya pada orang-orang sekelilingnya.
“Em, Fea kau temanlah aku kat hotel.” Ajak Adrianna
Wafiyah.
“Kau tak payah ajak pun memang aku akan tidur sana dengan
kau. Dah siap bawak baju pun.” Jawab Sofea.
“Yeayyy. Sayang kau.” Adrianna Wafiyah memeluk bahu
sahabatnya.
“Habis aku sapa nak teman?” Gurau Reza.
“Nanti dah kahwin suruhlah wife kau yang teman.” Usik Sofea.
“Fea, macam mana dengan mesyuarat esok? Semua dah siap.?”
Soal Reza serius.
“Semua dah settle
bos. Laporan semua dah siapkan.”
“Okay, bagus. Tak sia-sia aku hantar kau ke sini.” Puji
Reza.
“Eh, mestilah. Tengok kaki lah.”
“Pantang puji sikit.” Usik Reza lagi.
“Hish, dah-dah.
Pening kepala dengar korang
bergaduh.” Adrianna Wafiyah tiba-tiba mencelah.
Masing-masing diam setelah habis modal bercakap. Reza
sempat tidur untuk perjalanan yang singkat ini. Adrianna Wafiyah dan Sofea
hanya berbual kosong.
Setengah jam perjalanan, akhirnya meraka sampai di Le
Meridien Hotel Kota Kinabalu. Setelah selesai urusan daftar masuk,
masing-masing menuju ke bilik. Bilik mereka hanya bersebelahan.
“Okay guys. Jumpa petang nanti.” Ucap Reza sambil membuka
pintu bilik hotel.
“Okay.” Jawab Adrianna Wafiyah dan Sofea serentak.
Di dalam bilik hotel Adrianna Wafiyah membuka telefon
bimbitnya. Dia masih mengharap Adam Rayyan membalas SMS darinya. Tetapi sekali
lagi dia hampa kerana tiada SMS dari suaminya. Adrianna Wafiyah tiba-tiba
termenung.
“Wafi, kenapa ni.?” Tegur Sofea yang baru keluar dari
bilik air.
“Tak ada apa. Kenapa?” Tanya Adrianna Wafiyah balik.
“Kau tak payah nak tipu aku. Aku tahu kau tengah ada
masalah. Dari airport lagi aku perasan.”
“Entahlah Fea. Aku buntu dengan kehidupan aku sekarang.”Tiba-tiba
Adrianna Wafiyah meluahkan perasaannya yang terbuku.
“La, kenapa pula ni.” Sofea panik bila melihat Adrianna
Wafiyah tiba-tiba menangis.
“Hey, tak mahu nangis-nangis. Cerita kat aku apa
masalahnya.” Pujuk Sofea sambil menarik Adrianna Wafiyah ke dalam pelukkannya.
Lama Adrianna Wafiyah menangis di dalam pelukkan Sofea.
Terasa beban yang dia simpan selama ini beransur kurang. Setelah reda sedikit
tangisannya, Adrianna Wafiyah menarik nafas perlahan-lahan sebelum menceritakan
pada sahabat baiknya itu.
“Fea, hubungan aku dengan Ray sekarang ni dingin sangat.
Ray dah seminggu lebih tak balik rumah.”
“Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni?”
“Sejak Nazirah balik ke Malaysia, Ray seakan sentiasa mencari
kesalahan aku. Ada saja perkara yang aku buat akan jadi penyebab kemarahannya.”
“Sapa Nazirah tu?”
“Nazirah ni bekas kekasih Ray, mereka hampir bertunang
dulu. Tapi tak jadi bila perempuan ni lari ke London.”
“So, maksud kau
Ray sekarang bercinta balik dengan Nazirah ni ke?”
“Itu aku tak tahu, tapi Nazirah pernah meluahkan
segalanya pada aku. Dia pernah cakap pada aku yang Ray masih cintakan dia dan
aku adalah penghalang untuk mereka bersatu kembali.” Terang Adrianna Wafiyah
sambil menyeka air matanya.
“Boleh percaya ke dengan cakap perempuan tu.
Jangan-jangan dia saja nak rosakkan rumah tangga kau dan Ray.”
“Pada mulanya memang aku tak percaya. Tapi setelah
melihat perubahan Ray sejak Nazirah hadir kembali dalam hidup dia, aku perasan
suami aku itu dah banyak berubah. Aku pernah nampak Ray dan Nazirah makan
berdua di sebuah restoran. Mereka kelihatan sangat mesra.”
“Lepas tu apa yang terjadi sampai Ray terus keluar dari
rumah tak balik-balik.?” Tanya Sofea lagi.
“Nak jadi cerita, malam tu selepas hantar mertua aku
menunaikan haji, Nazirah tiba-tiba mahu menumpang tidur di rumah kami.”
“Pelik, kenapa dia tiba-tiba nak tidur rumah kau pula.”
“Itu yang aku pelik. Dan yang menyebabkan aku kecewa
sangat, Ray terus setuju tanpa bertanya pendapat aku terlebih dahulu.”
“dia tampar aku depan perempuan tu Fea. Aku sedih sangat.
Padahal aku sayang sangat pada dia. Sampai hati dia aku macam ni Fea.” Adrianna
Wafiyah menangis semahu-mahunya.
“Sabarlah Fea. Kesian dekat kau. Macam-macam dugaan kau
tempoh.” Sofea turut menangis bersama Adrianna Wafiyah. Sakit hati Adrianna
Wafiyah, sakit juga hati Sofea.
“Habis sekarang kau nak buat apa?”
“Aku dah cakap pada Ray, aku redha jika dia mahu kembali
pada Nazirah.”
“Hish, kau tak boleh menyerah kalah macam tu aje. Ray tu
suami kau. Perempuan tu masa silam suami kau. Antara kau dan perempuan tu, kau
lagi berhak ke atas Ray.” Sofea tidak suka Adrianna Wafiyah mudah putus asa.
Semudah itu melepaskan suaminya kepada perempuan lain.
“Habis, apa aku nak buat?”
“Kau rebut balik Ray dari perempuan tu sebelum
terlambat.”
“Aku tak tahu Ray ada kat mana sekarang ni. Aku call dia tapi dia tak pernah jawab
panggilan aku.”
“Sabar. Ingat Allah SWT.” Pujuk Sofea.
“kita akan cari jalan sama-sama.”Kata Sofea lagi.
“Thanks Fea.”
Adrianna Wafiyah berasa lega setelah meluahkan semuanya pada Sofea.
“Dah, tak nak sedih-sedih. Petang ni kita pergi makan seafood.” Pujuk Sofea.
“Okaylah, aku pergi mandi dulu.” Ujar Adrianna Wafiyah.
Sofea sedih mendengar masalah Adrianna Wafiyah. Tidak
disangka sahabatnya itu sedang berduka sepanjang dia berada di Sabah. Sofea
harus membantu Adrianna Wafiyah. Dia tidak mahu Adrianna Wafiyah cepat putus
asa.
Petang itu meraka
bertiga menikmati makanan laut di Filipino market. Memang betul kata Sofea,
makanan laut di Sabah sangat segar dan murah. Ramai pengunjung yang menikmati
makanan laut di sini. Harganya juga berpatutan.
“Sedapkan seafood
kat sini?” Tanya Sofea pada Adrianna Wafiyah.
“Hmm, sedap. Boleh kena kolestrol tinggi kalau macam ni
hari-hari.” Jawab Adrianna Wafiyah.
“Wafi, kau kena makan banyak sikit. Sekarang ni aku
tengok kau makin kurus.” Kata Reza sambil mengopek kulit udang.
“Jangan menyesal pula suruh aku makan banyak. Karang maut nak membayarnya.” Usik
Adrianna Wafiyah cuba menceriakan dirinya.
Sofea hanya tersenyum mendengarnya. Dia tahu Adrianna
Wafiyah sedang berperang dengan perasaan sedihnya.
“Ala, takat kau yang makan, belum boleh bankrap lagi.
Makanlah Wafi banyak mana pun kau nak makan.” Jawab Reza bersahaja.
Mereka menikmati makanan laut itu sambil menghayati
panaroma petang di Sabah. Sangat mendamaikan. Sedang asyik berbual dan menjamu
selera, tiba-tiba Adrianna Wafiyah ditegur seseorang.
“Eh, Wafi kan?” Tegur orang itu.
“Ya, saya Wafi. Encik ni siapa?” Tanya Adrianna Wafiyah
pelik.
“Tak ingat ke? Rafi la, kawan Ray.” Rafi memperkenalkan
dirinya.
“Oh, maaf saya tak perasan bila Rafi pakai topi macam ni.”
“Wafi ikut Ray ke sini ke?. Ray tak bagitahu pula yang
Wafi ada di sini.” Tanya Rafi.
“Ray ada di sini?” Tanya Adrianna Wafiyah terkejut.
“Haah, Kami tengah melawat tapak projek kat sini. Takkan
Wafi tak tahu.”
Adrianna Wafiyah menggeleng perlahan. Dia memang tidak
tahu langsung Adam Rayyan turut berada di Sabah.
“Kenapa ni Wafi ada masalah dengan Ray ke?” Tanya Rafi.
“Erm, tak ada apa-apa. Rafi, boleh tak kalau saya nak
minta tolong dengan Rafi?” Tanya Adrianna Wafiyah sambil berjalan menjauhi
Sofea dan Reza. Dia tidak mahu Reza tahu masalahnya.
Reza telah pelik bila melihat Adrianna Wafiyah bangun dan
bercakap dengan Rafi jauh dari mereka.
“Kenapa tu?” Tanya Reza sambil menunjuk ke arah Adrianna
Wafiyah dan Rafi.
“Entah, biarlah. Kita tak payah campur urusan mereka.”
Nasihat Sofea.
“Hmm” Reza meneruskan makannya.
Di meja berbeza, Adrianna Wafiyah sedang berbual dengan
Rafi.
“Apa yang Wafi nak saya bantu?” Tanya Rafi agak pelik.
“Tolong jangan bagitahu dengan Ray yang awak terjumpa
saya di sini.” Mohon Adrianna Wafiyah.
“Tapi kenapa? Korang
ada masalah ke?” Tanya Rafi.
“Entahlah susah saya nak cerita. Biarlah Ray yang cerita
pada awak kalau dia nak cerita.”
“Awak berdua dengan Ray sahaja ke di sini.?” Tanya
Adrianna Wafiyah.
“Bertiga. Nazirah pun ada sekali. Syarikat kami bergabung
untuk projek ni.”
“Oh, Nazirah pun ada.”
“erm, okaylah Rafi. Terima kasih. Saya pergi dulu. Kesian
kawan-kawan saya menunggu kat sana.”
“Baiklah. Err..Wafi,
apa pun masalahnya pasti akan ada jalan keluar. Saya harap awak kuat menghadapinya.”
Ucap Rafi sebelum berlalu pergi.
Adrianna Wafiyah hanya senyum sambil mengangguk kepala.
Dia berjalan ke mejanya semula. Tidak sangka suaminya ada di sini.
Sekurang-kurangnya Adrianna Wafiyah tahu yang suaminya selamat.
“Korang dah
habis makan ke?” Tanya Adrianna Wafiyah.
“Dah, tunggu kau la.” Jawab Reza.
“Kalau dah, jomlah balik. Esok pagi kita ada meeting kan.” Ajak Adrianna Wafiyah.
“Korang berdua
baliklah dulu. Aku nak jalan-jalan kat sini sekejap.” Kata Reza.
“Hmm, okay.”Jawab Sofea.
“Jumpa esok.” Ucap Adrianna Wafiyah pada Reza.
Sampai sahaja di bilik hotel, Adrianna Wafiyah menangis
lagi. Dia sangat rindukan Adam Rayyan. Sofea yang melihatnya turut sedih
melihat sahabat baiknya berduka. Dia hanya membiarkan Adrianna Wafiyah menangis
semahu-mahunya. Ini sahaja cara supaya sahabatnya melepaskan semua duka.
sukanya, lama menunggu akhirnya ada...
ReplyDeletetapi sedihlah, kasian wafi....kasih happylah..hehe
next n3....ditunggu
pembaca setiamu..
Terima Kasih..sorry bz kuliah..sy akan update bab seterusnya..Tunggu....
ReplyDelete