Wednesday 10 September 2014

PERCUTIAN KE JAKARTA - BANDUNG 29 HINGGA 31 OGOS 2014

Haiiii....
Lambat update untuk hari kedua percutian saya di Jakarta - Bandung.. saje melambatkan.. huhuhu..

Hari kedua kami ke Bandung.. dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 2 jam, macam dari KL ke Melaka laa.. Rakan saya di sana mengoffer kan diri untuk bawa kami dengan menaiki keretanya..

Di Bandung kami pegi ke Dusun Bambu.. Sssannggaattttttttt santekkkk tempat dia.. dingin, aman sangat rilex bila dapat luangkan masa rehat di situ.. tempat ni kira baru buka so x ramai pengunjung luar atau pelancong luar explore tempat ni.. Kira tempat ni leisure park untuk family atau dengan rakan-rakan.. ada aktiviti berbasikal, naik sampan.. yang best tempat makan macam-macam, kalau nak rasa makan dalam pondok tepi sungai ada, duduk istirehat sambil makan nak tido pon boleh.. Macam-macamla ada nak tau kena pegi.. Dah sampai Bandung mesti singgah di Dusun Bambu..

Hmmm.. siapa yang suka shopping mesti tau Rumah Mode di Bandung.. Di situ menjual macam-macam barangan yang harga nya sangatlaaa berpatutan.. Kat situ kami x ambik masa yang lama, tapi tetap puas hati.. Perjalanan kami diteruskan dengan mencari tempat makan bakso yang sedap.. Bakso Enggal Malang tempat makan bakso yang PALING sedap..

silalahhh tengok-tengok gambar kami di Bandung..................








Ni bukan minyak ye.. hehehe.. mineral water
Depan restoran bakso....
Bakso... hmmmmm


Tu dia muka ceriaa nak shopping.. huhuhu

Wednesday 3 September 2014

PERCUTIAN KE JAKARTA - BANDUNG 29 OGOS - 31 OGOS 2014 (DAY 1ST)

Assalamualaikum.....
Kali ni nak update blog dengan ceritera percutian saya ke Jakarta dan Bandung.. Tak lama 3 hari 2 malam je.. Pergi pon tak ramai kami bertiga saya, husband dan rakan saya.. Anak tinggal.. heheheh..  Dalam masa 3 hari di sana memang tak puas la untuk berjalan.. Tapi kami tetap berpuas hati, sebab banyak tempat dan makanan yang dapat kami pergi dan try.. Memudahkan lagi percutian kami kerana ada rakan saya yang tinggal di Bandung. Dialah yang banyak bantu kami sepanjang percutian di sana....

Sampai sahaja di Lapangan Terbang Soeharto, Jakarta kami terus mengambil teksi untuk ke tempat penginapan kami di Thamrin Residence. Lepas sahaja check in kami berempat termasuk rakan saya yang dari sana terus bawa kami ke Tanah Abang... Hmmm tak tau nak gambarkan macam mana punya ramai orang di Tanah Abang dengan kenderaan lalu lalang, urrghhhh.. Kat situ tempat borong baju-baju, kain, macam-macam lagilaa... selesai di Tanah Abang kami ke Thamrin City, kami sampai situ dh agak petang kat situ pun adalah gudang beli belah.. Harga sangat berbaloi.. Nak tau kena pegi la baru boleh tau macam mana berbaloi ke tidakk.. huuhuhuhuhu.. penat tak yah cakapla, tapi puas hatiiiii...

Malamnya pula kami dibawa makan di gerai.. dekat situ kami order satay.. satay sana sama je ngan kita, bezanya mereka letak kicap dan tabur bawang goreng.. sedappp..!! at least dapat tau beza satay Malaysia dengan Jakarta.. huhuhuu... Tengah2 makan tu nnt adala yang datang ngamen, macam2 cara mereka buat, nyanyi la, main gitar la untuk mendapatkan rezeki, so disitu kita tau kehidupan di sesebuah tempat..



Sup Ceker
(hmm lebih kurang soto kot)


 



Kamilah wataknya
huuhhuhu



Satay
(sedap kan..kan..kannnn.. mau tak terliur)

"Kenal Erti Cinta" - BAB 43

BAB 43

Setelah setahun peristiwa hitam itu berlalu. Kini Adrianna Wafiyah telah disahkan mengandung semula. Bukan main gembira Adam Rayyan dengan berita yang disampaikan oleh isterinya. Dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas kurniaanNYA. Usia kandungan Adrianna Wafiyah kini telah masuk lapan bulan. Ini bermakna tidak lama lagi dia akan menjadi seorang ayah.

            Keluarga Datin Rohana mengadakan kenduri doa selamat untuk Adrianna Wafiyah dan sekaligus untuk Alisya Umaira dan Reza yang telah selamat dinikahkan sebulan yang lalu. Disebabkan peristiwa hitam yang menimpa mereka sekeluarga, Datin Rohana dan Datuk Razlan terpaksa menunda pernikahan mereka yang sepatutnya diadakan sebulan selepas mereka bertunang dahulu.

            Adrianna Wafiyah duduk di kerusi di bawah khemah. Dia hanya melihat suaminya ke hulur dan ke hilir melayan tetamu yang hadir di kenduri doa selamat ini. Alisya Umaira juga sibuk memperkenalkan Reza kepada keluarga mereka. Maklumlah Reza masih baru dalam keluarga Datin Rohana.

            “Sayang, sayang okay tak ni.?” Tanya Adam Rayyan sambil mengusap perut Adrianna Wafiyah yang telah masuk 8 bulan.

            “Okay, cuma penat sikit.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil menyandarkan kepala di bahu suaminya.

            “Kalau penat, jom abang hantar sayang berehat kat bilik.” Kata Adam Rayyan.

            “Tak mengapalah bang. Wafi nak duduk diluar ni. Bukanlah penat sangat.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            “Okay, kalau macamtu..sayang nak minum ke  nak makan ke biar abang ambilkan.” Tanya Adam Rayyan lagi.

            “Tak usahlah bang. Dah banyak Wafi makan malam ni.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil ketawa kecil.

            Adam Rayyan hanya menemani isterinya di bawah khemah itu. Tangan Adrianna Wafiyah digenggam erat.

            “Abang, kalau ada apa-apa jadi pada Wafi nanti, Abang janji akan jaga anak kita naik-baik ya. 
Berikan dia kasih sayang yang secukupnya. Jangan biar dia rasa kekurangan.” Kata Adrianna Wafiyah.

            “Apa yang sayang merepek ni.?” Adam Rayyan tidak suka isterinya berkata begitu. Dia mahukan kedua-duanya selamat.

            “Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti. Jadi Wafi cuma nak abang berjanji.”

            “InShaAllah semuanya akan selamat.”

            Adam Rayyan mengucup dahi isterinya. Dia terlalu sayangkan Adrianna Wafiyah. Dia mahu hidup bersama Adrianna Wafiyah sehingga ke jannah.

            “Amboi, macam mereka pula pengantin baru.” Tegur Alisya Umaira. Reza yang mendengarnya hanya ketawa.

            “Eh, kacau daun aja la korang ni.” Gurau Adam Rayyan.

            “Yela, kami ni yang pengantin baru tapi abang dengan kak Wafi pula yang melekat macam belangkas.” Usik Alisya Umaira lagi.

            “Eh, abang dengan kak Wafi memang hari-hari macam pengantin baru.” Jawab Adam Rayyan tidak mahu kalah dengan Alisya Umaira.

            “Iyalah, tapi cover-cover sikit ya abang. Kesian kat kak Wafi asyik melayan perangai miang abang.” Balas Alisya Umaira lagi.

            “Dahlah sayang, jangan ganggu abang Ray dengan kak Wafi.” Reza mencelah. Adrianna Wafiyah pula hanya tersenyum melihat perbalahan mereka.

            “Ha betul cakap Reza tu. Jangan ganggu kami nak bermadu kasih kat sini. Baik korang masuk dalam buat apa yang patut. Buat emm.emmm ke..” Usik Adam Rayyan sambil mengisyaratkan mata kepada Reza.

            Reza ketawa kerana faham dengan maksud Adam Rayyan. Alisya Umaira yang pada mulanya tidak mengerti maksud abangnya terus berubah wajah menjadi kemerahan. Dia tiba-tiba berasa malu.

            “Abang..tak baiklah. Tengok tu Lisya dah malu tu.” Adrianna Wafiyah menepuk lembut peha suaminya.

            “Sayang, jom kita masuk.” Ajak Reza sambil mengenyitkan mata pada abang iparnya. Dia sengaja mahu mengusik Alisya Umaira.

            Adam Rayyan sudah ketawa kuat melihat wajah Alisya Umaira yang mula keruh. Dia kenal sangat dengan adiknya yang satu ini. Pantang diusik lebih sikit mulalah dia nak tarik muka masam.

            “Malas Lisya nak layan korang!”Alisya Umaira berlalu pergi meninggalkan suaminya bersama kakak dan abangnya.

            “Sayang..tunggulah.” Panggil Reza.

            “Itulah. Mengusik lagi..kan dah merajuk si Lisya tu.” Kata Adrianna Wafiyah.

            “Baik kamu pergi pujuk si Lisya tu Reza. Karang tak pasal-pasal kena tidur luar.” Kata Adam Rayyan sambil ketawa.

            “Jangan bang, baru sebulan kahwin tak kan nak tidur luar dah.” Ucap Reza sambil pergi mencari isterinya.

            Datin Rohana yang sedang berjalan ke arah mereka berhenti sekejap apabila melihat Reza sedang mengejar Alisya Umaira.

            “Itu dah kenapa pula tu?” Tanya Datin Rohana sambil berjalan hampir ke arah mereka.

            “Ala..macam mummy tak kenal anak mummy tu. Pantang diusik sikit, berangin satu badan.” Jawab Adam Rayyan.

            “Hishh, macam-macam. Baru sebulan kahwin dah bergaduh pula. Dah bersuami pun masih tak buang perangai lama dia. Lisya..Lisya..” Bebel Datin Rohana.

            “Gaduh manja aja tu mummy.” Jawab Adrianna Wafiyah pula.

            “Mummy tengok perut Wafi ni besar betul. Kesian mummy tengok kamu. Nak berjalan pun susah.”

            “Iya ke mummy. Ini mungkin sebab Wafi mengandung kali kedua..itu yang besar sikit agaknya.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            Dia menyembunyikan suatu perkara dari mereka semua. Sengaja dia tidak memberitahu suaminya bahawa dia sedang mengandung kembar. Dia mahu memberi kejutan buat suami dan keluarga mertuanya. Dia telah berpakat dengan doktor yang merawatnya supaya merahsiakan dari pengetahuan semua. Bukan niatnya mahu menipu tapi dia cuma mahu memberi kejutan buat suaminya.

            “Sayang jom kita masuk. Dah lewat ni. Tak elok sayang berembun lama-lama kat luar.” Kata Adam Rayyan.

            Adrianna Wafiyah hanya menurut kata suaminya. Sejak disahkan mengandung buat kali kedua, Adam Rayyan memberi perhatian dua kali ganda berbanding dengan dulu. Dia tidak mahu berlaku apa-apa yang tidak diingini lagi.

            “Kami masuk dulu mummy.” Kata Adrianna Wafiyah sambil berjalan dengan dipimpin oleh Adam Rayyan.

            “Iyalah.” Datin Rohana mengangguk kepala.

            Adam Rayyan membaringkan Adrianna Wafiyah di atas katil. Dia turun sebentar ke bawah untuk membuat susu pada Adrianna Wafiyah.

            “Sayang, minum susu dulu sebelum tidur.” Adam Rayyan menyerahkan segelas susu panas pada Adrianna Wafiyah.

            “Terima kasih abang.” Adrianna Wafiyah meminum susu itu hingga habis.

            Adam Rayyan meletakkan gelas di atas meja sudut. Dia menyelimutkan Adrianna Wafiyah. Setelah mematikan lampu bilik, Adam Rayyan berbaring disebelah Adrianna Wafiyah sambil memeluk isterinya.

            Terasa baru sekejap tidur, tiba-tiba Adrianna Wafiyah bangun dari tidurnya. Perutnya terasa memulas-mulas. Adrianna Wafiyah bangun ke bilik air, namun sakit itu hilang secara tiba-tiba. Dia kembali ke katil semula. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata, perutnya terasa sakit semula. Dia terus mengejutkan Adam Rayyan bangun.

            “Abang…abang..bangun.” Panggil Adrianna Wafiyah sambil menahan rasa sakit diperutnya.

            “Kenapa ni sayang?” Tanya Adam Rayyan cemas bila melihat wajah isterinya berkerut-kerut menahan sakit.

            “Abang, Wafi rasa dah sampai masanya nak bersalin ni.” Kata Adrianna Wafiyah.

            “Takkan kot. Masih belum cukup masa lagi.” Jawab Adam Rayyan.

            “Anak dah nak keluar tak kan nak tahan-tahan. Cepatlah bang..Sakit ni.” Adrianna Wafiyah mula meninggikan suara. Sudahlah dia sedang menahan sakit, Adam Rayyan masih boleh mengira tarikh dia patut bersalin.

            “Hah, dah nak bersalin ke?. Okay sekejap. Mummy…Mummy..!” Laung Adam Rayyan dari dalam bilik tidurnya.

            Datin Rohana bergegas ke bilik Adam Rayyan setelah mendengar bunyi bising. “Kenapa ni?”

            “Wafi dah nak bersalin mummy.” Jawab Adam Rayyan.

            “Hah, dah tu kamu tunggu apa lagi. Bawa la Wafi ke hospital”

            “Okay-okay. Sayang boleh berjalan tak ni?” Tanya Adam Rayyan.

            “Boleh lagi. Cepat bang. Wafi tak tahan dah ni.” Kata Adrianna Wafiyah sambil berjalan perlahan-lahan ke kereta.

            Sampai sahaja dihadapan hospital, Adrianna Wafiyah terus dibawa ke bilik bersalin. Hanya Adam Rayyan seorang yang dibenarkan masuk menemani isterinya. Datin Rohana dan yang lain-lain menunggu di luar bilik bersalin itu.

            Adam Rayyan agak cemas melihat gunting pisau dah sebagainya di dalam bilik itu. Dia berada dihujung kepala isterinya sambil memegang tangan Adrianna Wafiyah. Doktor yang merawat Adrianna Wafiyah masuk ke bilik bersalin itu.

            “Okay puan Adrianna , bila saya kata push..baru puan push ya.” Ajar doktor itu.

            Adrianna Wafiyah hanya mampu menganggukan kepala. Air mata mula mengalir menahan sakit yang teramat sangat.  Adam Rayyan mengusap perlahan kepala Adrianna Wafiyah untuk menenangkan isterinya.

            “Okay puan. Push..push..”

            Adrianna Wafiyah meneran beberapa kali. Tiba-tiba dia mendengar suara tangisan bayi. Adam Rayyan yang melihatnya terasa teruja. Bayi lelaki itu sangat comel.  Namun Adam Rayyan terkejut bila Adrianna Wafiyah tiba-tiba mengerang sakit semula.

            “Okay, ready untuk baby satu lagi.” Kata doktor itu.

            “Satu lagi?” Tanya Adam Rayyan pelik.

            “Ya, isteri encik mengandung kembar.” Jawab doktor itu.

            Tiba-tiba Adam Rayyan mendengar tangisan bayi kedua. Dia tersenyum gembira. Dia mengucup lembut dahi Adrianna Wafiyah yang masih lemah.

            “Syukur Alhamdulillah. Terima kasih sayang.” Ucap Adam Rayyan.

            Setelah selesai semuanya di bilik bersalin, Adrianna Wafiyah ditempatkan di bilik yang telah ditempah khas oleh Adam Rayyan. Dia mahu isterinya berasa selesa berada di hospital itu maka dia telah menempah bilik seorang untuk isterinya.

            Adam Rayyan mengiqamatkan kedua-dua bayi kembar mereka. Datin Rohana sekeluarga yang berada di dalam bilik wad itu sangat teruja melihat cucu-cucu kembarnya. Tidak sangka Adrianna Wafiyah melahirkan bayi kembar. Alisya Umaira dan Reza mendukung anak kembar kembar. Sekejap-sekejap bertukar tangan pula kepada Datuk Razlan dan Datin Rohana. Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan hanya tersenyum melihat mummy, papa, dan adik-adiknya begitu teruja dengan kehadiran anak kembar mereka itu.

Setelah seminggu berada di hospital, kini Adrianna Wafiyah dibenarkan pulang bersama bayi kembar mereka. Adrianna Wafiyah berasa cukup lega kerana dapat pulang ke rumah sendiri. Dia langsung tidak selesa semasa berada di hospital selama seminggu.

            “Leganya dapat balik rumah.”Kata Adrianna Wafiyah kepada Adam Rayyan.

            Adam Rayyan pula sibuk melayan bayi kembar mereka sambil mata sempat memandang Adrianna Wafiyah yang sedang berjalan menuju ke katil.

            “Sayang, apa nama yang kita nak bagi pada anak kembar kita ni.?” Tanya Adam Rayyan.

            “Abanglah pilih.” Kata Adrianna Wafiyah sambil bertungku.

            “Abang tak tahu yang sayang mengandung kembar. Abang cuma cari satu nama sahaja. Kini kita ada dua anak lelaki.” Jawab Adam Rayyan sambil mencium bayi kembar mereka.

            “Apa nama yang abang pilih?” Tanya Adrianna Wafiyah.

            “Rayyan  Qalif.” Sebut Adam Rayyan.

            “Erm, kalau macamtu yang lagi seorang tu kita letak Rayyan Qayyum.”Cadang Adrianna Wafiyah.

            “Okay. Menarik juga nama tu. Tapi yang mana satu Qalif dan yang mana Qayyum.?” Tanya Adam Rayyan yang masih tidak dapat mengecam anak-anak kembarnya. Kedua-duanya nampak seiras.

            “Yang ada tahi lalat dekat kening tu Qayyum dan yang lagi seorang tu Qalif.”Kata Adrianna Wafiyah.

            “Oh, senang la abang nak cam lepas ni. Kan Qayyum, Qalif..Sayang nak anak papa ni..” Adam Rayyan tak henti-henti mencium anaknya.

            “Dahlah tu bang, dari tadi abang asyik cium mereka. Biarlah mereka tidur. Kalau tak nanti Wafi langsung tak boleh nak tidur.” Kata Adrianna Wafiyah.

            “Qayyum, Qalif..tengok tu mama dah jeles la, papa tak cium dia.” Bisik Adam Rayyan pada anak-anaknya namun masih oleh didengari oleh Adrianna Wafiyah.

            “Elleh, mama tak jeles langsung..Cuma cemburu aja.” Kata Adrianna Wafiyah dan dibalas dengan ketawa oleh Adam Rayyan.

            Adam Rayyan berjalan menuju ke katil tempat isterinya sedang baring. Dia membantu isterinya yang sedang memakai stokin. Penghawa dingin dinaikkan suhunya supaya bilik itu tidak terlalu sejuk.

            “Lepas ni abang tak boleh tidur lena lagi.” Kata Adrianna Wafiyah.

            “Tak mengapa, abang sanggup berjaga tiap-tiap malam.” Jawab Adam Rayyan.

            “Iyalah tu. Jangan cakap aja.” Sangkal Adrianna Wafiyah.

            Adam Rayyan hanya senyum sambil menaikkan selimut sehingga ke paras dada isterinya.

            “Lepas ni sayang tak payah mengandung lagi la. Cukuplah kita dah ada dua orang anak.” Kata Adam Rayyan.

            “Kenapa pula?. Wafi nak anak ramai.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            “Abang kesian pada sayang. Masa abang tengok sayang bergelut melahirkan anak hari tu, abang rasa cukuplah kita ada dua orang saja anak. Abang tak sampai hati tengok sayang bertarung sakit macam tu.” Kata Adam Rayyan sambil mengusap kepala Adrianna Wafiyah.

            “Bila Wafi tengok wajah anak-anak kita, Wafi rasa macam nak mengandung lagi. Mana cukup dua orang bang. Biarlah ramai sikit. Baru meriah rumah ni nanti.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            Tiba-tiba kedengaran tangisan anak-anak mereka. Adam Rayyan pantas bangun nak mendukung Rayyan Qalif dan membawa Rayyan Qalif kepada Adrianna Wafiyah untuk disusukan. Setelah Rayyan Qalif berada dalam dukungan Adrianna Wafiyah, Adam Rayyan mengambil Rayyan Qayyum pula menunggu giliran untuk disusukan.

            “Abang rasa kita kena campur dengan susu formula. Kalau tak, penat sayang hari-hari macam ni. Kesian juga abang pada anak-anak kita. Terpaksa menunggu giliran untuk menyusu.” Kata Adam Rayyan yang masih memujuk Rayyan Qayyum yang sedang menangis kelaparan.

            Adrianna Wafiyah yang mendengarnya tersenyum. Sejak dia pulang dari hospital hinggalah sekarang, Adam Rayyan tak henti-henti bercakap. Ada sahaja perkara yang dia cakapkan.

            Walaupun masih kekok mendukung anak, namun Adrianna Wafiyah dapat melihat naluri kebapaan dalam diri Adam Rayyan. Adam Rayyan sentiasa membantu Adrianna Wafiyah di dalam menguruskan anak-anaknya.

            “Abang cuti sampai bila?” Tanya Adrianna Wafiyah sambil menyerahkan Rayyan Qalif kepada Adam Rayyan dan mengambil pula Rayyan Qayyum untuk disusukan.

            “Kalau ikutkan hati abang nak cuti sampai sayang habis pantang. Nanti abang nak tanya papa.” Kata Adam Rayyan.

            “Jangan nak merepeklah bang. Buat apa abang nak cuti sampai Wafi habis pantang. Kesian papa nak uruskan syarikat tu seorang-seorang.”

            “Tapi abang kesiankan sayang nak uruskan anak-anak kita seorang diri dalam keadaan sayang yang masih belum baik sakitnya.”

            “Abang, tak pernah dibuat orang. Isteri bersalin dan suaminya ambil cuti selama 40 hari.”

            “Orang tak buat, tak apalah kita yang mulakan dulu.”

            “Jangan nak merepek la. Mummy, Lisya dan Mak Limah ada untuk bantu Wafi. Abang pergi kerja.” Kata Adrianna Wafiyah.

            “Papa cuma nak menyenangkan mama aje kan Qalif.”Adam Rayyan bercakap dengan anaknya yang berada di dalam dukungannya.

            Adrianna Wafiyah yang sedang menyusukan Qayyum tersenyum lucu melihat Adam Rayyan meluahkan pada anak mereka yang kedua itu. Yang si anak kecil itu pula merenung wajah papanya macam mengerti apa yang papanya luahkan.

            Adam Rayyan meletakkan kedua-dua anak mereka di dalam katil bayi setelah anak-anaknya tidur selepas menyusu tadi. Adrianna Wafiyah bangun dari katil untuk menukar tuala wanitanya yang telah penuh dengan darah.

            “Sayang nak ke mana tu?” Tanya Adam Rayyan pada Adrianna Wafiyah.

            “Wafi nak tukar pad.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            “Eh, biar abang tukarkan. Sayang baring aje.”

            “Tak apalah bang biar Wafi buat sendiri.” Adrianna Wafiyah berasa malu. Semasa sedang dalam keadaan elok pun dia malu mahu menunjukkan kepada Adam Rayyan ini kan pula dalam keadaan berjahit.

            “Tak payah nak malu-malu dengan abang. Sayangkan belum baik lagi. Biar abang bantu.” Adam Rayyan telah mengambil tuala wanita yang baru untuk ditukar.

            Dalam keadaan malu, Adrianna Wafiyah terpaksa akur kerana Adam Rayyan berkeras mahu menukarkan untuknya. Setelah menukar yang baru, Adam Rayyan membawa tuala wanita yang telah digunakan itu ke bilik air. Adrianna Wafiyah berasa terharu dengan tindakan Adam Rayyan. Begitu sekali Adam Rayyan melayan dirinya. Hinggakan sanggup menukarkan tuala wanita untuknya.

            Setelah itu Adrianna Wafiyah tidur kerana badannya masih lemah. Inilah masanya untuk dia tidur apabila kedua-dua putera hatinya sedang tidur. Jika kedua-duanya telah bangun, Adrianna Wafiyah sukar untuk berehat kerana kedua-dua putera hatinya kuat menyusu.


Awal-awal pagi lagi Adam Rayyan telah bangun dan bersiap untuk ke pejabat. Berat rasa hatinya untuk berpisah dengan kedua-dua anak lelakinya. Namun dia terpaksa pergi kerja kerana Adrianna Wafiyah tidak bersetuju dengan cadangannya untuk bercuti lama.

            “Abang dah siap.?” Tanya Adrianna Wafiyah bila Adam Rayyan sedang leka bermain dengan kedua-dua anak lelakinya.

            “Dah, okay sayang..papa pergi kerja dulu. Jangan nakal-nakal. Nanti papa balik ya.” Adam Rayyan bercakap dengan kedua-dua anaknya.

            Adrianna Wafiyah membetulkan tali leher suaminya. Adam Rayyan mencium pipi Adrianna Wafiyah.

            “Abang pergi dulu. Sayang jangan banyak berjalan. Kalau mahu apa-apa panggil saja mummy atau mak Limah.” Pesan Adrianna Wafiyah.

            “Iya. Wafi tahu. Dah cepat pergi kerja.” Adrianna Wafiyah menyalami tangan suaminya.

Adrianna Wafiyah bermain dengan putera-puteranya. Tidak sabar rasanya mahu melihat anak-anaknya tu membesar. Datin Rohana datang sambil membawa sarapan pagi untuk Adrianna Wafiyah.

            “Wafi, makan dulu. Nanti masuk angin perut tu.” Kata Datin Rohana sambil bermain dengan cucu-cucunya.

            “Terima kasih mummy.” Adrianna Wafiyah mengambil gelas yang berisi susu panas itu dan meneguknya perlahan-lahan.

            “Wafi, mummy bawa turun Qalif dan Qayyum ya. Wafi rehatlah dulu.” Datin Rohana membawa turun cucu-cucunya ke bawah dengan bantuan mak Limah.

            Adrianna Wafiyah hanya membalas dengan senyuman kepada ibu mertuanya. Bolehlah dia berehat sebentar sementara anak-anaknya dijaga oleh ibu mertuanya.

            Apabila melihat cucu-cucunya dibawa turun oleh isterinya, Datuk Razlan terus menerpa sambil mengambil salah seorang dari cucu-cucunya. Dia masih belum dapat membezakan yang mana satu Qalif dan yang mana satu Qayyum.

            “Abang sampai sekarang masih tak dapat nak bezakan yang mana Qalif dan yang mana Qayyum.” Kata Datuk Razlan kepada Datin Rohana.

            “Abang nampak tahi lalat kat kening ni?” Datin Rohana menunjukkan tahi lalat yang terdapat pada kening Qayyum.

            “Nampak..” Jawab Datuk Razlan.

            “Ha..yang ada tahi lalat ni namanya Qayyum. Dan yang abang dukung tu Qalif.” Terang Datin Rohana sambil mengagah Qayyum yang berada di atas ribanya.

            “Oh..barulah abang boleh bezakan. Rupanya ada tahi lalat yang seorang ni.” Kata Datuk Razlan.

            “Tak sangkakan bang selepas peristiwa dulu Wafi kehilangan anak yang dikandungnya. Sekarang ini Allah kurniakan dia dengan anak kembar ini.” Kata Datin Rohana.

            “Itulah rezeki. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.” Jawab Datuk Razlan.

            Alisya Umaira yang baru turun terus berjalan menuju ke ruang tamu setelah ternampak anak-anak buahnya.

            “Hai babies..” Ucap Alisya Umaira sambil mencium kedua-dua anak buahnya yang berada di atas riba Datin Rohana dan Datuk Razlan.

            “Reza dah pergi kerja ke Lisya. Mummy tak nampak pun dia sarapan tadi.” Tanya Datin Rohana.

            “Dah..pagi-pagi lagi dia dah keluar. Ada meeting pagi ni katanya.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            “Kamu tak sarapan ke?. Pergilah sarapan dulu. Tak elok biar perut kosong.” Nasihat Datin Rohana.

            “Kejap lagilah mummy. Papa bagi Lisya dukung pula.” Alisya Umaira mengambil Qalif dari Datuk Razlan.

            “Ala sayang..sayang..geram betullah auntie Lisya tengok Qalif ni..rasa macam nak gigit.” Alisya Umaira bercakap dengan anak buahnya. Datin Rohan dan Datuk Razlan ketawa melihat Alisya Umaira mengagah anak buahnya.


Tengahari itu Adam Rayyan telah pulang ke rumah. Dia tidak dapat menumpukan pada kerjanya kerana rindukan anak-anaknya. Adam Rayyan meletakkan beg kerjanya dia atas sofa ruang tamu. Dia menanggalkan tali leher yang dipakai.

            Datin Rohana yang baru keluar dari dapur terkejut melihat Adam Rayyan telah pulang. Dia menegur Adam Rayyan yang berada di ruang tamu.

            “Ray, awal kamu balik. Balik makan tengahari ke?” Tanya Datin Rohana.

            “Taklah. Ray balik terus. Rindu pada anak-anak Ray.” Adam Rayyan berkira mahu naik ke atas.

            “Hm, Ray..Ray..Macam mana nak buat kerja kalau asyik ingat pada anak-anak.” Datin Rohana geleng kepala dengan perangai anaknya itu.

            Adam Rayyan hanya tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal itu.

            “Ray naik atas dululah mummy.” Kata Adam Rayyan.

            “Dah alang-alang kamu nak naik tu bawa sekali nasi untuk Wafi. Dia belum makan lagi tengahari ni.” Datin Rohana menunjukkan dulang yang berisi nasi dan semangkuk sup ikan haruan untuk menantunya yang diletakkan di atas meja makan.

            Adam Rayyan mengambil dulang itu dan dibawa ke atas. Dia menguak pintu bilik perlahan-lahan. Risau jika mengejutkan anak-anaknya yang sedang tidur itu.

            “Abang.” Sebut Adrianna Wafiyah terperanjat melihat suaminya balik tiba-tiba.

            “Shhhh. Jangan bising. Nanti babies bangun.” Kata Adam Rayyan.

            “Awalnya abang balik?” Bisik Adrianna Wafiyah perlahan.

            “Abang tak boleh nak buat kerja. Asyik teringatkan Qalif dan Qayyum.” Jelas Adam Rayyan.

            Adrianna Wafiyah tersenyum lucu. Baru setengah hari berpisah dengan anak- anaknya, Adam Rayyan telah merindui si kembar itu.

            “Sayang makan dulu sementara baby-baby kita tengah tidur.” Kata Adam Rayyan dan Adrianna Wafiyah berjalan ke sofa yang terdapat di dalam bilik itu untuk makan tengahari.

            Kesian Adam Rayyan melihat lauk yang dimakan oleh isterinya. Hari-hari Adrianna Wafiyah terpaksa makan lauk itu. Kalau dia ditempat Adrianna Wafiyah pasti sudah bosan mahu menelan lauk itu hari-hari.

            “Abang dah makan ke?” Tanya Adrianna Wafiyah pada Adam Rayyan yang asyik memandangnya makan.

            “Belum lagi. Kejap lagilah. Abang tak lapar lagi.” Jawab Adam Rayyan.

            Adrianna Wafiyah mengangguk faham. Dia terus makan nasi itu bersama sup ikan haruan.

            “Sayang, sabar sikit ya makan lauk tu. Nanti dah habis pantang abang bawa sayang makan makanan yang sedap-sedap.” Kata Adam Rayyan tiba-tiba.

            “Wafi okay aje makan lauk macam ni. Dah nama pun berpantang.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil senyum memandang Adam Rayyan. Begitu prihatin Adam Rayyan ke atas dirinya.


            Adam Rayyan menemani isterinya makan tengahari di bilik. Hendak bermain dengan anak-anaknya mereka masih tidur. Tidak sabar rasanya mahu menunggu mereka bangun. Dia belum puas bermain dengan anak-anak kembarnya. Adrianna Wafiyah yang melihat Adam Rayyan sekejap-sekejap menjenguh anak-anak kembarnya mula tersenyum lucu. Dia tahu Adam Rayyan mahu anak-anaknya bangun supaya dia dapat bermain dengan mereka.