Monday, 8 December 2014

Cerpen Pendek - "Ini Takdirku"

Cerpen:  "Ini Takdirku"

Senyuman Aiman begitu mekar setelah melihat kelibat Sara yang sedang mengheret bagasi besar itu. Sejak tunangnya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Luar Negara, Aiman setia menanti kepulangan tunangnya. Hari ini dalam sejarah, Aiman begitu gembira. Penantiannya selama empat tahun tidak sia-sia. Aiman menggamit tangan pada Sara bila dia melihat Sara sedang berjalan ke arahnya. Namun tangannya diturunkan bila dia ternampak Sara memeluk seorang lelaki. Lelaki itu kelihatan seperti orang kaya.  Namun Aiman masih berfikiran positif. Dia masih tersenyum memandang Sara.
            Aiman membetulkan kolar baju kemejanya yang di beli dari pasar malam semalam. Dia mahu kelihatan tampan di hadapan Sara. Aiman memanggil nama Sara setelah dia melihat Sara berjalan ke arah lain.
            “Sara..Sara..” Panggil Aiman. Namun Sara tidak mempedulikan panggilan Aiman.
            Sara memandang sekilas ke arah Aiman sebelum dia memasuki kereta BMW milik lelaki itu. Dia tidak mahu Aiman merosakkan hubungannya dengan Zakri. Dia mengenali Zakri ketika bersama-sama belajar di Kanada dahulu. Zakri merupakan anak orang kaya. Bapanya memiliki sebuah syarikat perkapalan.
            Aiman hanya memandang Sara berlalu pergi bersama kereta BMW itu. Dia menunduk hampa. Sedih menyelubungi diri Aiman. Sara yang dia kenal dahulu telah berubah sekelip mata. Lupakah Sara kenapa segala kebaikannya selama ini. Dia sanggup bekerja keras untuk menanggung pembiayaan pengajian Sara sepanjang tunangnya itu belajar di Luar Negara. Kini semuanya menjadi sia-sia. Sara telah melupakannya. Aiman menahan teksi di luar KLIA itu. Dia pulang ke rumah dengan rasa hampa. Hadiah yang dibawa untuk Sara tadi, disimpan semula ke dalam beg sandangnya.


Sara berjalan ke hulur dan ke hilir. Satu rumah dia berjalan. Telah berkali-kali dia memberitahu kepada kedua orang tuanya, namun mereka tetap tidak faham isi hatinya.
“Mak, Ayah. Tolonglah faham Sara. Sara tak mahu kahwin dengan Aiman! Sara nak putus tunang dengan dia.” Sara bercakap dengan nada yang tinggi.
“Sara, beringat sikit apa yang kamu cakap ni. Aiman tu dah banyak bersusah payah untuk Sara. Kalau bukan sebab dia, Sara tak merasa nak belajar di Luar Negara tu. Mak dengan Ayah ni tak mampu nak tanggung Sara sepanjang Sara belajar dulu.” Kata Mak Limah.
“Kalau setakat duit dia yang tak seberapa tu, nanti Sara boleh bayar balik la!” Jawab Sara angkuh.
“Ya ALLAH bang, apa dah jadi dengan anak kita ni.” Mak Limah menangis mengenangkan sikap anaknya yang telah berubah itu.
“Sara! Apa-apa pun terjadi, Sara tetap akan berkahwin dengan Aiman. Kamu tak kesian ke pada Aiman? Dulu kamu bukan main sayang lagi dengan Aiman. Kenapa sekarang kamu berubah!?” Marah Pak Karim.
“Kalau ayah dengan mak tak mahu batalkan pertunangan ni tak mengapa! Sara akan pergi sendiri!” Jerit Sara.
“Sara, mengucap nak. Jangan buat mak dengan ayah macam ni. Kesianlah pada kami. Mana kami nak letak muka nanti. Aiman tu baik budaknya.” Pujuk Mak Limah sambil memeluk bahu Sara.
“Arghh! Tolonglah faham Sara. Sara dah ada pilihan lain. Dia jauh lebih baik dari si Aiman tu. Dia anak orang kaya Mak, Ayah. Dia boleh bagi kesenangan pada kita.” Sara masih berkeras hati.
“Sara, wang ringgit boleh di cari, tapi hati yang baik sukar kita nak jumpa. Apatah lagi orang sebaik Aiman tu. Kamu akan menyesal suatu hari nanti. Ayah tak mahu kamu membuat kesilapan nak.” Suara Pak Karim mula mengendur.
“Susah la bercakap dengan orang tak sekolah macam Mak dengan Ayah ni.!” Sara bangun dan berlalu pergi. Dia menghempas pintu biliknya.
            Pak Karim dan Mak Limah hanya memandang sayu. Sebak hati mereka bila melihat sikap anak yang diasuh dengan penuh kasih sayang sejak kecil telah berubah menjadi anak yang derhaka. Pilu rasa hati mereka. Ya ALLAH, ke mana hilangnya sifat lemah lembut di dalam diri anaknya. Rintih Pak Karim dan Mak Limah dalam hati mereka.   


Di dalam bilik, Sara mencampak semua bantal-bantal ke atas lantai. Sakit hatinya dengan pemikiran kolot kedua-dua orang tuanya. Sara mencapai telefon bimbitnya, dia mendial nombor Zakri. Lama dia menanti untuk panggilan itu dijawab.
            “Hello sayang…” Ucap Sara di corong telefon.
            “Siapa sayang?” Tanya seorang perempuan.
            Sara terkedu seketika. Mungkin dia bersalah dial nombor. Detik hatinya.
            “Maaf, saya ingat ini nombor telefon teman lelaki saya Zakri.” Jawab Sara.
            “Ini memang nombor Zakri. Kau ni siapa?” Tanya perempuan itu dengan kasar.
            “Saya Sara. Teman wanita dia.” Jawab Sara.
            “Teman wanita?. Baik kau lupakan saja angan-angan kau nak jadi teman wanita Zakri. Aku ni bakal isteri dia. Kami dah pun bertunang!.” Kata perempuan itu.
            Sara tersentak bila panggilan itu terus dimatikan oleh perempuan yang mengaku sebagai bakal isteri Zakri. Sara mula bimbang dan takut. Dia cuba mendial sekali lagi nombor itu namun hampa kerana nombor telefon itu talah dimatikan.


Aiman menyusun semua buah-buah pisang yang di ambil dari dusunnya untuk di hantar ke pasar tani. Selepas kejadian di KLIA tempoh hari, Aiman tidak lagi berkunjung ke rumah Sara. Walaupun hatinya begitu hati dengan kecurangan Sara , namun dia tidak dapat menipu hatinya. Dia masih sayang dan cintakan Sara. Sedang Aiman ingin menunggang motorsikalnya, Pak Karim tiba-tiba muncul di hadapannya.
            “Assalamualaikum.” Ucap Pak Karim.
            “Waalaikumussalam Pak Karim.” Jawab Aiman dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
            Sejuk hati Pak Karim melihat senyuman Aiman. Di Dalam hatinya dia berdoa agar pintu hati anaknya lembut untuk menerima Aiman kembali.
            “Pak Karim.” Panggil Aiman bila dia melihat Pak Karim termenung.
            “Hah, iya-iya. Maaf Pak Karim tak dengar tadi. Aiman tanya apa tadi?” Soal Pak Karim kalut.
            Aiman tersenyum memandang Pak Karim. “ Saya tak sempat lagi nak bertanya apa-apa. Tengok Pak Karim termenung saja. Ada apa-apa masalah ke Pak Karim.?”
            “Tak ada apa-apa. Eh, kamu tak mahu tanya khabar Sara? Dia dah balik. Ada di rumah.” Kata Pak Karim mahu melihat reaksi Aiman.
            “Maaf Pak Karim. Saya sibuk sikit tak sempat nak ke rumah menjenguk Sara lagi.” Jawab Aiman cuba menyembunyikan rasa hatinya dari pengetahuan Pak Karim.
            “Senang-senang datanglah. Pak Karim balik dulu.” Kata Pak Karim sambil berlalu pergi. Berat rasa hatinya mahu memberitahu Aiman tentang permintaan anaknya yang mahu memutuskan ikatan pertunangan itu.
            Aiman mengangguk kepala sambil tersenyum pada Pak Karim. Dia melihat Pak Karim berlalu pergi. Dia tahu ada perkara yang disembunyikan oleh bakal bapa mertuanya itu. Pasti ada kaitan dengan hubungannya dengan Sara. Aiman mengeluh lemah.


Sara mula menangis. Sudah berhari-hari cuba menghubungi Zakri. Namun nombor telefon Zakri tidak aktif lagi. Sara mula bimbang. Dia risau jika dia hamil. Ini semua kerana termakan dengan janji manis Zakri semasa mereka belajar di Kanada dahulu. Dia dan Zakri bersekedudukan tanpa rasa bersalah dan malu dengan ALLAH S.W.T.
Dia sedih kerana begitu mudah dia tertipu dengan janji manis lelaki seperti Zakri. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan kedua-dua orang tuanya. Jika mereka tahu dia telah terlanjur dengan Zakri, pasti mereka akan kecewa dengannya.
Sara tiba-tiba teringatkan Aiman. Hatinya sedih. Rasa kesal kerana mempermainkan perasaan Aiman. Sara segera menukar pakaiannya. Dia mahu keluar sebentar. Dia harus menemui Aiman. Dia harus memohon maaf kepada Aiman atas sikapnya terhadap lelaki itu.
Sara melangkah laju. Dia tahu Aiman pasti berada di pasar tani ketika ini. Apa-apa pun terjadi dia harus menemui Aiman. Dia mempercepatkan langkahnya. Jangkaannya tepat sekali. Dari jauh dia dapat melihat Aiman sedang sibuk mengeluarkan buah-buah yang dibawa dari dusunnya untuk di jual. Sara memanggil Aiman dari seberang jalan.
“Aiman..Aiman..” Laung Sara.
Sayup-sayup kedengaran nama Aiman di panggil. Aiman segera memandang ke arah suara itu. Dari jauh dia melihat Sara sedang melambai tangan padanya. Riak wajah Sara yang ayu dan manis itu mengingatkan dia pada gadis itu. Aiman segera melintas jalan raya itu untuk menemui Sara.
“Sara.” Panggil Aiman.
“Aiman..maafkan Sara. Sara dah banyak sakitkan hati Aiman.” Ucap Sara pantas dengan air mata berjuraian membasahi pipi.
“Sara rasa bersalah sangat buat Aiman macam tu. Sara kesal dengan sikap Sara. Sara terlalu alpa dengan kekayaan dia. Maafkan Sara. Sara harap sangat Aiman masih mahu menerima Sara.” Kata Sara lagi dengan rasa kesal yang bersarang di hatinya. Dia memohon maaf pada Aiman seikhlas hatinya.
Shhh, Aiman tak pernah marahkan Sara. Bagi Aiman, Sara tetap tunang Aiman dan Aiman sentiasa berdoa agar pintu hati Sara terbuka kembali untuk Aiman. Err, Sara, Aiman ada benda nak bagi pada Sara. Dah lama Aiman simpan. Sara tunggu sekejap. Aiman nak ambil dalam beg dekat motor.” Ucap Aiman. Dia terus melintas jalan untuk mengambil hadiah yang dibelikan untuk Sara.
Sara melihat kesungguhan Aiman. Hatinya tiba-tiba sebak mengenangkan segala perbuatannya terhadap Aiman. Benar kata ayahnya, lelaki sebaik Aiman sukar untuk dicari. Sara menanti kedatangan Aiman. Dia memandang jalan yang agak sesak dengan kenderaan yang lalu lalang. Dari jauh Aiman melambai tangan padanya. Dia membalas lambaian itu dengan senyuman. Namun, malangnya tiba-tiba ada sebuah kenderaan yang sedang memecut laju melalui jalan itu.

DEBUMMMM!!!!!!

Segala-galanya berlaku dengan pantas. Ketika itu Sara melihat tubuh Aiman melayang-layang sebelum terjatuh ke atas jalan raya. Tubuh Aiman tergolek tidak bermaya di atas jalan raya itu.
Sara kaku. Dia tergamam seketika. Dia betul-betul keliru ketika itu. Rasanya baru sahaja tadi Aiman malambai tangan padanya. Setelah beberapa orang yang mengerumuni tubuh Aiman, barulah Sara tersedar apa yang sedang berlaku. Dia berlari ke arah Aiman. Dia meraung sekuat hati bila melihat tubuh kaku Aiman yang sedang berlumuran darah itu. Puas Sara menjerit memanggil nama Aiman. Namun Aiman langsung tidak bergerak. Aiman tidak bermaya lagi. Dia sempat tersenyum kepada Sara sebelum menutup mata untuk selama-lamanya.

Sara meraung. Dia meratap sepuas-puas hatinya. Kepala Aiman dipangku atas ribanya. Sara terlihat cincin emas bertahta berlian itu masih berada dalam gengaman tangan Aiman. Sara meraung lagi. Sedih hati menanggung kesakitan ini. Lelaki sebaik Aiman telah meninggal dunia. Rasa kesal, sedih dan pilu tidak dapat membetulkan keadaan lagi. Kini Sara terpaksa menerima hakikat bahawa Aiman telah pergi untuk selama-lamanya.

                                                     *****TAMAT******

Tuesday, 4 November 2014

"Birthday Party Ultraman Theme"

Hi readers....

Hari ni saya nak update pasal birthday party anak saya last month. Khalif ni sangat minat dengan "Ultraman". Kalau dekat rumah tu, bersepah ultraman..Setiap kali pegi kedai mainan, dia akan beli ultraman..haihh..Agaknya kalau dikumpul boleh buat muzium ultraman..he..he..he..

So...dia awal-awal lagi dah bagitahu nak "kek ultraman" untuk birthday tahun ni.. huhu..Masa kecik-kecik dulu tak pandai pu lagi mintak-mintak...Ha..skang dah besar, dia yang bagitahu kite nak tema apa...haii la anak...huhu.. Majlis ni kami buat simple-simple je... tak jemput ramai pun.. Tapi happy sangat sebab majlis berjalan dengan lancarnya walaupun hari hujan...huhuhu....



Invitation Card pun ultraman okey..huhu
Candy booth katanya.. Simple jer....Thanks to my sisters. Love it!

Ni goodies bag untuk kids..Tapi bukan kids aje yang nak...mak budak pun ada yang nak jugak..hehehe..

Ha,,ni kek ultraman...Suka khalif bila tengok gambar ultraman tue....Selagi tak potong kek tu..sekejap-sekejap dia datang  kat meja kek....Suka betul dia..huhu.
Ini la dia birthday boy... Genap 4 tahun dah anak mama ni...

Okey...ini la dia sedikit perkongsian dengan anda semua..Semua  buat sendiri..takde tempah-tempah..kecuali kek ultraman aje tempah..huhu..Nak jimat kos la katakan... Tahun depan tak tahu lagi tema apa pulak yang khalif nak mintak...

"Kenal Erti Cinta"- BAB 44

BAB 44



Langit yang cerah dan kebiruan itu nampak sangat indah. Angin laut sepoi-sepoi bahasa itu terasa nyaman apabila menampar lembut pipi Adrianna Wafiyah. Tudung yang dipakainya terkibas-kibas ditiup angin laut.
            Dari jauh dia dapat mendengar suara anak-anak lelaki kembarnya sedang berseronok dan ketawa girang bermain bola pantai bersama Reza dan Adam Rayyan. Datin Rohana dan Datuk Razlan menjadi penonton setia di gelanggang buatan mereka itu. Alisya Umaira pula sedang sibuk melayan anaknya yang baru berusia enam bulan itu. Kini keluarga Datin Rohana tambah meriah dengan keletah cucu-cucu mereka.
            Hari ini juga usia anak-anak kembarnya genap 5 tahun. Terasa baru semalam Adrianna Wafiyah melahirkan anak-anak kembarnya itu. Cepat benar masa berlalu. Kehidupan hariannya juga bertambah sibuk dengan menguruskan tiga heronya. Namun semua itu membahagiakan Adrianna Wafiyah.
            Kini Adrianna Wafiyah disahkan mengandung anak ketiga. Kandungannya kini telah masuk 6 bulan.  Ini bermakna tidak lama lagi dia dan Adam Rayyan akan menimang cahaya mata yang ketiga. Rayyan Qalif dan Rayyan Qayyum juga akan menjadi seorang abang tidak lama lagi. Menurut doktor anak ketiga yang dikandung oleh Adrianna Wafiyah adalah anak perempuan. Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang ALLAH S.W.T berikan padanya.
            Adam Rayyan telah berkata kepada Adrianna Wafiyah cukuplah mereka punya tiga orang cahaya mata. Adam Rayyan tidak mahu Adrianna Wafiyah menanggung kesakitan lagi. Tapi bagi Adrianna Wafiyah pula kesakitan itu hanya dirasai oleh setiap ibu. Pengalaman melahirkan anak merupakan pengalaman terindah bagi setiap ibu yang tidak akan difahami oleh setiap lelaki.
            “Mama!!” Adrianna Wafiyah mendengar jeritan Rayyan Qalif dan Rayyan Qayyum memanggilnya.
            Adrianna Wafiyah melambai-lambaikan tangan pada anak-anak kembarnya. Dia tersenyum melihat Rayyan Qalif dan Rayyan Qayyum yang semakin membesar dan semakin tampan seperti Adam Rayyan.
            Adam Rayyan berlari-lari anak menuju ke arah Adrianna Wafiyah. Dia sempat melambai tangan pada anak-anak kembarnya .
            “Sayang..kenapa duduk seorang-seorang dekat sini.?” Tanya Adam Rayyan
            “Saja Wafi nak ambil angin kat sini.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil menyandarkan kepala di bahu suaminya.
            “Papa..Papa..” Rayyan Qalif sedang berlari mendapatkan Adam Rayyan.
            “Kenapa sayang?” Tanya Adam Rayyan pada anaknya itu.
            “Que tak nak bagi bola pada Qal.” Rayyan Qalif mengadu dalam pelatnya kepada Adam Rayyan.
            “Qal cakaplah pada Que yang Qal nak main sama-sama. Janganlah gaduh-gaduh sayang.” Pujuk Adrianna Wafiyah.
            “Tapi Qal dah cakap..Que buat tak tahu aje.”Rayyan Qalif mula menangis.
            “Que..bagilah Qal main sama.” Laung Adam Rayyan dari jauh.
            “Qal sinilah.” Panggil Rayyan Qayyum.
            “Dah pergi main. Tak nak gaduh-gaduh lagi ya sayang.”Ujar Adrianna Wafiyah.
            Rayyan Qalif berlari menuju ke tepi pantai. Reza yang berada di situ melayan keletah anak-anak buahnya.
            “Sekejap masa berlalu kan sayang.. Pejam celik dah 7 tahun kita berkahwin.” Kata Adam Rayyan.
            “Alhamdulillah..terima kasih abang kerana sentiasa menyayangi Wafi. Terima kasih juga kerana menerima Wafi seadanya.” Ucap Adrianna Wafiyah.
            “Abang juga nak berterima kasih pada sayang kerana sentiasa bersabar dengan kerenah abang dari kita mula-mula kahwin hinggalah sekarang.” Balas Adam Rayyan.
            “Sejak abang hadir dalam hidup Wafi, Wafi mula kenal erti cinta. Cinta yang telah menyatukan kita. Cinta juga yang telah membuat kita bahagia. Cinta adalah amanah dari Allah SWT. Wafi akan sentiasa menjaga amanah ini.” Kata Adrianna Wafiyah sambil menggenggam jari-jemari Adam Rayyan. Sungguh dia tidak sanggup kehilangan Adam Rayyan.
            “Hadirnya sayang dalam hidup abang telah membuatkan abang merasa bahagia. Abang tidak mencari kesempurnaan dalam diri sayang. Cukuplah dengan sayang selalu membahagiakan abang selama ini. Abang akan sentiasa mencintaimu.” Kata Adam Rayyan dengan romantis dan Adrianna Wafiyah terasa terharu dengan kata-kata romantis itu. Dia terus memeluk leher Adam Rayyan.
            Adam Rayyan memeluk pinggang Adrianna Wafiyah kemas. Mereka menikmati keindahan pantai yang sangat mendamaikan sambil melihat keseronokan anak-anak kembar mereka bermain di tepi pantai.
Semoga cinta mereka terus mekar hingga ke akhir hayat.
           


-Tamat-

Wednesday, 8 October 2014

Hi Readers........................





Hi readers....

Terima kasih kerana sudi membaca novel "Kenal Erti Cinta" ni.. Mesti semua tak sabar nak tahu cerita akhir tentang Adrianna Wafiyah kan... Actually, novel ini  hampir sampai ke penghujungnya dah. Harap korang dapat tunggu bab yang terakhir..:)

Oh ya, In Sha Allah lepas ni novel kedua pula bakal saya kongsikan dengan korang. ;)


Wednesday, 10 September 2014

PERCUTIAN KE JAKARTA - BANDUNG 29 HINGGA 31 OGOS 2014

Haiiii....
Lambat update untuk hari kedua percutian saya di Jakarta - Bandung.. saje melambatkan.. huhuhu..

Hari kedua kami ke Bandung.. dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 2 jam, macam dari KL ke Melaka laa.. Rakan saya di sana mengoffer kan diri untuk bawa kami dengan menaiki keretanya..

Di Bandung kami pegi ke Dusun Bambu.. Sssannggaattttttttt santekkkk tempat dia.. dingin, aman sangat rilex bila dapat luangkan masa rehat di situ.. tempat ni kira baru buka so x ramai pengunjung luar atau pelancong luar explore tempat ni.. Kira tempat ni leisure park untuk family atau dengan rakan-rakan.. ada aktiviti berbasikal, naik sampan.. yang best tempat makan macam-macam, kalau nak rasa makan dalam pondok tepi sungai ada, duduk istirehat sambil makan nak tido pon boleh.. Macam-macamla ada nak tau kena pegi.. Dah sampai Bandung mesti singgah di Dusun Bambu..

Hmmm.. siapa yang suka shopping mesti tau Rumah Mode di Bandung.. Di situ menjual macam-macam barangan yang harga nya sangatlaaa berpatutan.. Kat situ kami x ambik masa yang lama, tapi tetap puas hati.. Perjalanan kami diteruskan dengan mencari tempat makan bakso yang sedap.. Bakso Enggal Malang tempat makan bakso yang PALING sedap..

silalahhh tengok-tengok gambar kami di Bandung..................








Ni bukan minyak ye.. hehehe.. mineral water
Depan restoran bakso....
Bakso... hmmmmm


Tu dia muka ceriaa nak shopping.. huhuhu

Wednesday, 3 September 2014

PERCUTIAN KE JAKARTA - BANDUNG 29 OGOS - 31 OGOS 2014 (DAY 1ST)

Assalamualaikum.....
Kali ni nak update blog dengan ceritera percutian saya ke Jakarta dan Bandung.. Tak lama 3 hari 2 malam je.. Pergi pon tak ramai kami bertiga saya, husband dan rakan saya.. Anak tinggal.. heheheh..  Dalam masa 3 hari di sana memang tak puas la untuk berjalan.. Tapi kami tetap berpuas hati, sebab banyak tempat dan makanan yang dapat kami pergi dan try.. Memudahkan lagi percutian kami kerana ada rakan saya yang tinggal di Bandung. Dialah yang banyak bantu kami sepanjang percutian di sana....

Sampai sahaja di Lapangan Terbang Soeharto, Jakarta kami terus mengambil teksi untuk ke tempat penginapan kami di Thamrin Residence. Lepas sahaja check in kami berempat termasuk rakan saya yang dari sana terus bawa kami ke Tanah Abang... Hmmm tak tau nak gambarkan macam mana punya ramai orang di Tanah Abang dengan kenderaan lalu lalang, urrghhhh.. Kat situ tempat borong baju-baju, kain, macam-macam lagilaa... selesai di Tanah Abang kami ke Thamrin City, kami sampai situ dh agak petang kat situ pun adalah gudang beli belah.. Harga sangat berbaloi.. Nak tau kena pegi la baru boleh tau macam mana berbaloi ke tidakk.. huuhuhuhuhu.. penat tak yah cakapla, tapi puas hatiiiii...

Malamnya pula kami dibawa makan di gerai.. dekat situ kami order satay.. satay sana sama je ngan kita, bezanya mereka letak kicap dan tabur bawang goreng.. sedappp..!! at least dapat tau beza satay Malaysia dengan Jakarta.. huhuhuu... Tengah2 makan tu nnt adala yang datang ngamen, macam2 cara mereka buat, nyanyi la, main gitar la untuk mendapatkan rezeki, so disitu kita tau kehidupan di sesebuah tempat..



Sup Ceker
(hmm lebih kurang soto kot)


 



Kamilah wataknya
huuhhuhu



Satay
(sedap kan..kan..kannnn.. mau tak terliur)

"Kenal Erti Cinta" - BAB 43

BAB 43

Setelah setahun peristiwa hitam itu berlalu. Kini Adrianna Wafiyah telah disahkan mengandung semula. Bukan main gembira Adam Rayyan dengan berita yang disampaikan oleh isterinya. Dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas kurniaanNYA. Usia kandungan Adrianna Wafiyah kini telah masuk lapan bulan. Ini bermakna tidak lama lagi dia akan menjadi seorang ayah.

            Keluarga Datin Rohana mengadakan kenduri doa selamat untuk Adrianna Wafiyah dan sekaligus untuk Alisya Umaira dan Reza yang telah selamat dinikahkan sebulan yang lalu. Disebabkan peristiwa hitam yang menimpa mereka sekeluarga, Datin Rohana dan Datuk Razlan terpaksa menunda pernikahan mereka yang sepatutnya diadakan sebulan selepas mereka bertunang dahulu.

            Adrianna Wafiyah duduk di kerusi di bawah khemah. Dia hanya melihat suaminya ke hulur dan ke hilir melayan tetamu yang hadir di kenduri doa selamat ini. Alisya Umaira juga sibuk memperkenalkan Reza kepada keluarga mereka. Maklumlah Reza masih baru dalam keluarga Datin Rohana.

            “Sayang, sayang okay tak ni.?” Tanya Adam Rayyan sambil mengusap perut Adrianna Wafiyah yang telah masuk 8 bulan.

            “Okay, cuma penat sikit.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil menyandarkan kepala di bahu suaminya.

            “Kalau penat, jom abang hantar sayang berehat kat bilik.” Kata Adam Rayyan.

            “Tak mengapalah bang. Wafi nak duduk diluar ni. Bukanlah penat sangat.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            “Okay, kalau macamtu..sayang nak minum ke  nak makan ke biar abang ambilkan.” Tanya Adam Rayyan lagi.

            “Tak usahlah bang. Dah banyak Wafi makan malam ni.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil ketawa kecil.

            Adam Rayyan hanya menemani isterinya di bawah khemah itu. Tangan Adrianna Wafiyah digenggam erat.

            “Abang, kalau ada apa-apa jadi pada Wafi nanti, Abang janji akan jaga anak kita naik-baik ya. 
Berikan dia kasih sayang yang secukupnya. Jangan biar dia rasa kekurangan.” Kata Adrianna Wafiyah.

            “Apa yang sayang merepek ni.?” Adam Rayyan tidak suka isterinya berkata begitu. Dia mahukan kedua-duanya selamat.

            “Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti. Jadi Wafi cuma nak abang berjanji.”

            “InShaAllah semuanya akan selamat.”

            Adam Rayyan mengucup dahi isterinya. Dia terlalu sayangkan Adrianna Wafiyah. Dia mahu hidup bersama Adrianna Wafiyah sehingga ke jannah.

            “Amboi, macam mereka pula pengantin baru.” Tegur Alisya Umaira. Reza yang mendengarnya hanya ketawa.

            “Eh, kacau daun aja la korang ni.” Gurau Adam Rayyan.

            “Yela, kami ni yang pengantin baru tapi abang dengan kak Wafi pula yang melekat macam belangkas.” Usik Alisya Umaira lagi.

            “Eh, abang dengan kak Wafi memang hari-hari macam pengantin baru.” Jawab Adam Rayyan tidak mahu kalah dengan Alisya Umaira.

            “Iyalah, tapi cover-cover sikit ya abang. Kesian kat kak Wafi asyik melayan perangai miang abang.” Balas Alisya Umaira lagi.

            “Dahlah sayang, jangan ganggu abang Ray dengan kak Wafi.” Reza mencelah. Adrianna Wafiyah pula hanya tersenyum melihat perbalahan mereka.

            “Ha betul cakap Reza tu. Jangan ganggu kami nak bermadu kasih kat sini. Baik korang masuk dalam buat apa yang patut. Buat emm.emmm ke..” Usik Adam Rayyan sambil mengisyaratkan mata kepada Reza.

            Reza ketawa kerana faham dengan maksud Adam Rayyan. Alisya Umaira yang pada mulanya tidak mengerti maksud abangnya terus berubah wajah menjadi kemerahan. Dia tiba-tiba berasa malu.

            “Abang..tak baiklah. Tengok tu Lisya dah malu tu.” Adrianna Wafiyah menepuk lembut peha suaminya.

            “Sayang, jom kita masuk.” Ajak Reza sambil mengenyitkan mata pada abang iparnya. Dia sengaja mahu mengusik Alisya Umaira.

            Adam Rayyan sudah ketawa kuat melihat wajah Alisya Umaira yang mula keruh. Dia kenal sangat dengan adiknya yang satu ini. Pantang diusik lebih sikit mulalah dia nak tarik muka masam.

            “Malas Lisya nak layan korang!”Alisya Umaira berlalu pergi meninggalkan suaminya bersama kakak dan abangnya.

            “Sayang..tunggulah.” Panggil Reza.

            “Itulah. Mengusik lagi..kan dah merajuk si Lisya tu.” Kata Adrianna Wafiyah.

            “Baik kamu pergi pujuk si Lisya tu Reza. Karang tak pasal-pasal kena tidur luar.” Kata Adam Rayyan sambil ketawa.

            “Jangan bang, baru sebulan kahwin tak kan nak tidur luar dah.” Ucap Reza sambil pergi mencari isterinya.

            Datin Rohana yang sedang berjalan ke arah mereka berhenti sekejap apabila melihat Reza sedang mengejar Alisya Umaira.

            “Itu dah kenapa pula tu?” Tanya Datin Rohana sambil berjalan hampir ke arah mereka.

            “Ala..macam mummy tak kenal anak mummy tu. Pantang diusik sikit, berangin satu badan.” Jawab Adam Rayyan.

            “Hishh, macam-macam. Baru sebulan kahwin dah bergaduh pula. Dah bersuami pun masih tak buang perangai lama dia. Lisya..Lisya..” Bebel Datin Rohana.

            “Gaduh manja aja tu mummy.” Jawab Adrianna Wafiyah pula.

            “Mummy tengok perut Wafi ni besar betul. Kesian mummy tengok kamu. Nak berjalan pun susah.”

            “Iya ke mummy. Ini mungkin sebab Wafi mengandung kali kedua..itu yang besar sikit agaknya.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            Dia menyembunyikan suatu perkara dari mereka semua. Sengaja dia tidak memberitahu suaminya bahawa dia sedang mengandung kembar. Dia mahu memberi kejutan buat suami dan keluarga mertuanya. Dia telah berpakat dengan doktor yang merawatnya supaya merahsiakan dari pengetahuan semua. Bukan niatnya mahu menipu tapi dia cuma mahu memberi kejutan buat suaminya.

            “Sayang jom kita masuk. Dah lewat ni. Tak elok sayang berembun lama-lama kat luar.” Kata Adam Rayyan.

            Adrianna Wafiyah hanya menurut kata suaminya. Sejak disahkan mengandung buat kali kedua, Adam Rayyan memberi perhatian dua kali ganda berbanding dengan dulu. Dia tidak mahu berlaku apa-apa yang tidak diingini lagi.

            “Kami masuk dulu mummy.” Kata Adrianna Wafiyah sambil berjalan dengan dipimpin oleh Adam Rayyan.

            “Iyalah.” Datin Rohana mengangguk kepala.

            Adam Rayyan membaringkan Adrianna Wafiyah di atas katil. Dia turun sebentar ke bawah untuk membuat susu pada Adrianna Wafiyah.

            “Sayang, minum susu dulu sebelum tidur.” Adam Rayyan menyerahkan segelas susu panas pada Adrianna Wafiyah.

            “Terima kasih abang.” Adrianna Wafiyah meminum susu itu hingga habis.

            Adam Rayyan meletakkan gelas di atas meja sudut. Dia menyelimutkan Adrianna Wafiyah. Setelah mematikan lampu bilik, Adam Rayyan berbaring disebelah Adrianna Wafiyah sambil memeluk isterinya.

            Terasa baru sekejap tidur, tiba-tiba Adrianna Wafiyah bangun dari tidurnya. Perutnya terasa memulas-mulas. Adrianna Wafiyah bangun ke bilik air, namun sakit itu hilang secara tiba-tiba. Dia kembali ke katil semula. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata, perutnya terasa sakit semula. Dia terus mengejutkan Adam Rayyan bangun.

            “Abang…abang..bangun.” Panggil Adrianna Wafiyah sambil menahan rasa sakit diperutnya.

            “Kenapa ni sayang?” Tanya Adam Rayyan cemas bila melihat wajah isterinya berkerut-kerut menahan sakit.

            “Abang, Wafi rasa dah sampai masanya nak bersalin ni.” Kata Adrianna Wafiyah.

            “Takkan kot. Masih belum cukup masa lagi.” Jawab Adam Rayyan.

            “Anak dah nak keluar tak kan nak tahan-tahan. Cepatlah bang..Sakit ni.” Adrianna Wafiyah mula meninggikan suara. Sudahlah dia sedang menahan sakit, Adam Rayyan masih boleh mengira tarikh dia patut bersalin.

            “Hah, dah nak bersalin ke?. Okay sekejap. Mummy…Mummy..!” Laung Adam Rayyan dari dalam bilik tidurnya.

            Datin Rohana bergegas ke bilik Adam Rayyan setelah mendengar bunyi bising. “Kenapa ni?”

            “Wafi dah nak bersalin mummy.” Jawab Adam Rayyan.

            “Hah, dah tu kamu tunggu apa lagi. Bawa la Wafi ke hospital”

            “Okay-okay. Sayang boleh berjalan tak ni?” Tanya Adam Rayyan.

            “Boleh lagi. Cepat bang. Wafi tak tahan dah ni.” Kata Adrianna Wafiyah sambil berjalan perlahan-lahan ke kereta.

            Sampai sahaja dihadapan hospital, Adrianna Wafiyah terus dibawa ke bilik bersalin. Hanya Adam Rayyan seorang yang dibenarkan masuk menemani isterinya. Datin Rohana dan yang lain-lain menunggu di luar bilik bersalin itu.

            Adam Rayyan agak cemas melihat gunting pisau dah sebagainya di dalam bilik itu. Dia berada dihujung kepala isterinya sambil memegang tangan Adrianna Wafiyah. Doktor yang merawat Adrianna Wafiyah masuk ke bilik bersalin itu.

            “Okay puan Adrianna , bila saya kata push..baru puan push ya.” Ajar doktor itu.

            Adrianna Wafiyah hanya mampu menganggukan kepala. Air mata mula mengalir menahan sakit yang teramat sangat.  Adam Rayyan mengusap perlahan kepala Adrianna Wafiyah untuk menenangkan isterinya.

            “Okay puan. Push..push..”

            Adrianna Wafiyah meneran beberapa kali. Tiba-tiba dia mendengar suara tangisan bayi. Adam Rayyan yang melihatnya terasa teruja. Bayi lelaki itu sangat comel.  Namun Adam Rayyan terkejut bila Adrianna Wafiyah tiba-tiba mengerang sakit semula.

            “Okay, ready untuk baby satu lagi.” Kata doktor itu.

            “Satu lagi?” Tanya Adam Rayyan pelik.

            “Ya, isteri encik mengandung kembar.” Jawab doktor itu.

            Tiba-tiba Adam Rayyan mendengar tangisan bayi kedua. Dia tersenyum gembira. Dia mengucup lembut dahi Adrianna Wafiyah yang masih lemah.

            “Syukur Alhamdulillah. Terima kasih sayang.” Ucap Adam Rayyan.

            Setelah selesai semuanya di bilik bersalin, Adrianna Wafiyah ditempatkan di bilik yang telah ditempah khas oleh Adam Rayyan. Dia mahu isterinya berasa selesa berada di hospital itu maka dia telah menempah bilik seorang untuk isterinya.

            Adam Rayyan mengiqamatkan kedua-dua bayi kembar mereka. Datin Rohana sekeluarga yang berada di dalam bilik wad itu sangat teruja melihat cucu-cucu kembarnya. Tidak sangka Adrianna Wafiyah melahirkan bayi kembar. Alisya Umaira dan Reza mendukung anak kembar kembar. Sekejap-sekejap bertukar tangan pula kepada Datuk Razlan dan Datin Rohana. Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan hanya tersenyum melihat mummy, papa, dan adik-adiknya begitu teruja dengan kehadiran anak kembar mereka itu.

Setelah seminggu berada di hospital, kini Adrianna Wafiyah dibenarkan pulang bersama bayi kembar mereka. Adrianna Wafiyah berasa cukup lega kerana dapat pulang ke rumah sendiri. Dia langsung tidak selesa semasa berada di hospital selama seminggu.

            “Leganya dapat balik rumah.”Kata Adrianna Wafiyah kepada Adam Rayyan.

            Adam Rayyan pula sibuk melayan bayi kembar mereka sambil mata sempat memandang Adrianna Wafiyah yang sedang berjalan menuju ke katil.

            “Sayang, apa nama yang kita nak bagi pada anak kembar kita ni.?” Tanya Adam Rayyan.

            “Abanglah pilih.” Kata Adrianna Wafiyah sambil bertungku.

            “Abang tak tahu yang sayang mengandung kembar. Abang cuma cari satu nama sahaja. Kini kita ada dua anak lelaki.” Jawab Adam Rayyan sambil mencium bayi kembar mereka.

            “Apa nama yang abang pilih?” Tanya Adrianna Wafiyah.

            “Rayyan  Qalif.” Sebut Adam Rayyan.

            “Erm, kalau macamtu yang lagi seorang tu kita letak Rayyan Qayyum.”Cadang Adrianna Wafiyah.

            “Okay. Menarik juga nama tu. Tapi yang mana satu Qalif dan yang mana Qayyum.?” Tanya Adam Rayyan yang masih tidak dapat mengecam anak-anak kembarnya. Kedua-duanya nampak seiras.

            “Yang ada tahi lalat dekat kening tu Qayyum dan yang lagi seorang tu Qalif.”Kata Adrianna Wafiyah.

            “Oh, senang la abang nak cam lepas ni. Kan Qayyum, Qalif..Sayang nak anak papa ni..” Adam Rayyan tak henti-henti mencium anaknya.

            “Dahlah tu bang, dari tadi abang asyik cium mereka. Biarlah mereka tidur. Kalau tak nanti Wafi langsung tak boleh nak tidur.” Kata Adrianna Wafiyah.

            “Qayyum, Qalif..tengok tu mama dah jeles la, papa tak cium dia.” Bisik Adam Rayyan pada anak-anaknya namun masih oleh didengari oleh Adrianna Wafiyah.

            “Elleh, mama tak jeles langsung..Cuma cemburu aja.” Kata Adrianna Wafiyah dan dibalas dengan ketawa oleh Adam Rayyan.

            Adam Rayyan berjalan menuju ke katil tempat isterinya sedang baring. Dia membantu isterinya yang sedang memakai stokin. Penghawa dingin dinaikkan suhunya supaya bilik itu tidak terlalu sejuk.

            “Lepas ni abang tak boleh tidur lena lagi.” Kata Adrianna Wafiyah.

            “Tak mengapa, abang sanggup berjaga tiap-tiap malam.” Jawab Adam Rayyan.

            “Iyalah tu. Jangan cakap aja.” Sangkal Adrianna Wafiyah.

            Adam Rayyan hanya senyum sambil menaikkan selimut sehingga ke paras dada isterinya.

            “Lepas ni sayang tak payah mengandung lagi la. Cukuplah kita dah ada dua orang anak.” Kata Adam Rayyan.

            “Kenapa pula?. Wafi nak anak ramai.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            “Abang kesian pada sayang. Masa abang tengok sayang bergelut melahirkan anak hari tu, abang rasa cukuplah kita ada dua orang saja anak. Abang tak sampai hati tengok sayang bertarung sakit macam tu.” Kata Adam Rayyan sambil mengusap kepala Adrianna Wafiyah.

            “Bila Wafi tengok wajah anak-anak kita, Wafi rasa macam nak mengandung lagi. Mana cukup dua orang bang. Biarlah ramai sikit. Baru meriah rumah ni nanti.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            Tiba-tiba kedengaran tangisan anak-anak mereka. Adam Rayyan pantas bangun nak mendukung Rayyan Qalif dan membawa Rayyan Qalif kepada Adrianna Wafiyah untuk disusukan. Setelah Rayyan Qalif berada dalam dukungan Adrianna Wafiyah, Adam Rayyan mengambil Rayyan Qayyum pula menunggu giliran untuk disusukan.

            “Abang rasa kita kena campur dengan susu formula. Kalau tak, penat sayang hari-hari macam ni. Kesian juga abang pada anak-anak kita. Terpaksa menunggu giliran untuk menyusu.” Kata Adam Rayyan yang masih memujuk Rayyan Qayyum yang sedang menangis kelaparan.

            Adrianna Wafiyah yang mendengarnya tersenyum. Sejak dia pulang dari hospital hinggalah sekarang, Adam Rayyan tak henti-henti bercakap. Ada sahaja perkara yang dia cakapkan.

            Walaupun masih kekok mendukung anak, namun Adrianna Wafiyah dapat melihat naluri kebapaan dalam diri Adam Rayyan. Adam Rayyan sentiasa membantu Adrianna Wafiyah di dalam menguruskan anak-anaknya.

            “Abang cuti sampai bila?” Tanya Adrianna Wafiyah sambil menyerahkan Rayyan Qalif kepada Adam Rayyan dan mengambil pula Rayyan Qayyum untuk disusukan.

            “Kalau ikutkan hati abang nak cuti sampai sayang habis pantang. Nanti abang nak tanya papa.” Kata Adam Rayyan.

            “Jangan nak merepeklah bang. Buat apa abang nak cuti sampai Wafi habis pantang. Kesian papa nak uruskan syarikat tu seorang-seorang.”

            “Tapi abang kesiankan sayang nak uruskan anak-anak kita seorang diri dalam keadaan sayang yang masih belum baik sakitnya.”

            “Abang, tak pernah dibuat orang. Isteri bersalin dan suaminya ambil cuti selama 40 hari.”

            “Orang tak buat, tak apalah kita yang mulakan dulu.”

            “Jangan nak merepek la. Mummy, Lisya dan Mak Limah ada untuk bantu Wafi. Abang pergi kerja.” Kata Adrianna Wafiyah.

            “Papa cuma nak menyenangkan mama aje kan Qalif.”Adam Rayyan bercakap dengan anaknya yang berada di dalam dukungannya.

            Adrianna Wafiyah yang sedang menyusukan Qayyum tersenyum lucu melihat Adam Rayyan meluahkan pada anak mereka yang kedua itu. Yang si anak kecil itu pula merenung wajah papanya macam mengerti apa yang papanya luahkan.

            Adam Rayyan meletakkan kedua-dua anak mereka di dalam katil bayi setelah anak-anaknya tidur selepas menyusu tadi. Adrianna Wafiyah bangun dari katil untuk menukar tuala wanitanya yang telah penuh dengan darah.

            “Sayang nak ke mana tu?” Tanya Adam Rayyan pada Adrianna Wafiyah.

            “Wafi nak tukar pad.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            “Eh, biar abang tukarkan. Sayang baring aje.”

            “Tak apalah bang biar Wafi buat sendiri.” Adrianna Wafiyah berasa malu. Semasa sedang dalam keadaan elok pun dia malu mahu menunjukkan kepada Adam Rayyan ini kan pula dalam keadaan berjahit.

            “Tak payah nak malu-malu dengan abang. Sayangkan belum baik lagi. Biar abang bantu.” Adam Rayyan telah mengambil tuala wanita yang baru untuk ditukar.

            Dalam keadaan malu, Adrianna Wafiyah terpaksa akur kerana Adam Rayyan berkeras mahu menukarkan untuknya. Setelah menukar yang baru, Adam Rayyan membawa tuala wanita yang telah digunakan itu ke bilik air. Adrianna Wafiyah berasa terharu dengan tindakan Adam Rayyan. Begitu sekali Adam Rayyan melayan dirinya. Hinggakan sanggup menukarkan tuala wanita untuknya.

            Setelah itu Adrianna Wafiyah tidur kerana badannya masih lemah. Inilah masanya untuk dia tidur apabila kedua-dua putera hatinya sedang tidur. Jika kedua-duanya telah bangun, Adrianna Wafiyah sukar untuk berehat kerana kedua-dua putera hatinya kuat menyusu.


Awal-awal pagi lagi Adam Rayyan telah bangun dan bersiap untuk ke pejabat. Berat rasa hatinya untuk berpisah dengan kedua-dua anak lelakinya. Namun dia terpaksa pergi kerja kerana Adrianna Wafiyah tidak bersetuju dengan cadangannya untuk bercuti lama.

            “Abang dah siap.?” Tanya Adrianna Wafiyah bila Adam Rayyan sedang leka bermain dengan kedua-dua anak lelakinya.

            “Dah, okay sayang..papa pergi kerja dulu. Jangan nakal-nakal. Nanti papa balik ya.” Adam Rayyan bercakap dengan kedua-dua anaknya.

            Adrianna Wafiyah membetulkan tali leher suaminya. Adam Rayyan mencium pipi Adrianna Wafiyah.

            “Abang pergi dulu. Sayang jangan banyak berjalan. Kalau mahu apa-apa panggil saja mummy atau mak Limah.” Pesan Adrianna Wafiyah.

            “Iya. Wafi tahu. Dah cepat pergi kerja.” Adrianna Wafiyah menyalami tangan suaminya.

Adrianna Wafiyah bermain dengan putera-puteranya. Tidak sabar rasanya mahu melihat anak-anaknya tu membesar. Datin Rohana datang sambil membawa sarapan pagi untuk Adrianna Wafiyah.

            “Wafi, makan dulu. Nanti masuk angin perut tu.” Kata Datin Rohana sambil bermain dengan cucu-cucunya.

            “Terima kasih mummy.” Adrianna Wafiyah mengambil gelas yang berisi susu panas itu dan meneguknya perlahan-lahan.

            “Wafi, mummy bawa turun Qalif dan Qayyum ya. Wafi rehatlah dulu.” Datin Rohana membawa turun cucu-cucunya ke bawah dengan bantuan mak Limah.

            Adrianna Wafiyah hanya membalas dengan senyuman kepada ibu mertuanya. Bolehlah dia berehat sebentar sementara anak-anaknya dijaga oleh ibu mertuanya.

            Apabila melihat cucu-cucunya dibawa turun oleh isterinya, Datuk Razlan terus menerpa sambil mengambil salah seorang dari cucu-cucunya. Dia masih belum dapat membezakan yang mana satu Qalif dan yang mana satu Qayyum.

            “Abang sampai sekarang masih tak dapat nak bezakan yang mana Qalif dan yang mana Qayyum.” Kata Datuk Razlan kepada Datin Rohana.

            “Abang nampak tahi lalat kat kening ni?” Datin Rohana menunjukkan tahi lalat yang terdapat pada kening Qayyum.

            “Nampak..” Jawab Datuk Razlan.

            “Ha..yang ada tahi lalat ni namanya Qayyum. Dan yang abang dukung tu Qalif.” Terang Datin Rohana sambil mengagah Qayyum yang berada di atas ribanya.

            “Oh..barulah abang boleh bezakan. Rupanya ada tahi lalat yang seorang ni.” Kata Datuk Razlan.

            “Tak sangkakan bang selepas peristiwa dulu Wafi kehilangan anak yang dikandungnya. Sekarang ini Allah kurniakan dia dengan anak kembar ini.” Kata Datin Rohana.

            “Itulah rezeki. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.” Jawab Datuk Razlan.

            Alisya Umaira yang baru turun terus berjalan menuju ke ruang tamu setelah ternampak anak-anak buahnya.

            “Hai babies..” Ucap Alisya Umaira sambil mencium kedua-dua anak buahnya yang berada di atas riba Datin Rohana dan Datuk Razlan.

            “Reza dah pergi kerja ke Lisya. Mummy tak nampak pun dia sarapan tadi.” Tanya Datin Rohana.

            “Dah..pagi-pagi lagi dia dah keluar. Ada meeting pagi ni katanya.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            “Kamu tak sarapan ke?. Pergilah sarapan dulu. Tak elok biar perut kosong.” Nasihat Datin Rohana.

            “Kejap lagilah mummy. Papa bagi Lisya dukung pula.” Alisya Umaira mengambil Qalif dari Datuk Razlan.

            “Ala sayang..sayang..geram betullah auntie Lisya tengok Qalif ni..rasa macam nak gigit.” Alisya Umaira bercakap dengan anak buahnya. Datin Rohan dan Datuk Razlan ketawa melihat Alisya Umaira mengagah anak buahnya.


Tengahari itu Adam Rayyan telah pulang ke rumah. Dia tidak dapat menumpukan pada kerjanya kerana rindukan anak-anaknya. Adam Rayyan meletakkan beg kerjanya dia atas sofa ruang tamu. Dia menanggalkan tali leher yang dipakai.

            Datin Rohana yang baru keluar dari dapur terkejut melihat Adam Rayyan telah pulang. Dia menegur Adam Rayyan yang berada di ruang tamu.

            “Ray, awal kamu balik. Balik makan tengahari ke?” Tanya Datin Rohana.

            “Taklah. Ray balik terus. Rindu pada anak-anak Ray.” Adam Rayyan berkira mahu naik ke atas.

            “Hm, Ray..Ray..Macam mana nak buat kerja kalau asyik ingat pada anak-anak.” Datin Rohana geleng kepala dengan perangai anaknya itu.

            Adam Rayyan hanya tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal itu.

            “Ray naik atas dululah mummy.” Kata Adam Rayyan.

            “Dah alang-alang kamu nak naik tu bawa sekali nasi untuk Wafi. Dia belum makan lagi tengahari ni.” Datin Rohana menunjukkan dulang yang berisi nasi dan semangkuk sup ikan haruan untuk menantunya yang diletakkan di atas meja makan.

            Adam Rayyan mengambil dulang itu dan dibawa ke atas. Dia menguak pintu bilik perlahan-lahan. Risau jika mengejutkan anak-anaknya yang sedang tidur itu.

            “Abang.” Sebut Adrianna Wafiyah terperanjat melihat suaminya balik tiba-tiba.

            “Shhhh. Jangan bising. Nanti babies bangun.” Kata Adam Rayyan.

            “Awalnya abang balik?” Bisik Adrianna Wafiyah perlahan.

            “Abang tak boleh nak buat kerja. Asyik teringatkan Qalif dan Qayyum.” Jelas Adam Rayyan.

            Adrianna Wafiyah tersenyum lucu. Baru setengah hari berpisah dengan anak- anaknya, Adam Rayyan telah merindui si kembar itu.

            “Sayang makan dulu sementara baby-baby kita tengah tidur.” Kata Adam Rayyan dan Adrianna Wafiyah berjalan ke sofa yang terdapat di dalam bilik itu untuk makan tengahari.

            Kesian Adam Rayyan melihat lauk yang dimakan oleh isterinya. Hari-hari Adrianna Wafiyah terpaksa makan lauk itu. Kalau dia ditempat Adrianna Wafiyah pasti sudah bosan mahu menelan lauk itu hari-hari.

            “Abang dah makan ke?” Tanya Adrianna Wafiyah pada Adam Rayyan yang asyik memandangnya makan.

            “Belum lagi. Kejap lagilah. Abang tak lapar lagi.” Jawab Adam Rayyan.

            Adrianna Wafiyah mengangguk faham. Dia terus makan nasi itu bersama sup ikan haruan.

            “Sayang, sabar sikit ya makan lauk tu. Nanti dah habis pantang abang bawa sayang makan makanan yang sedap-sedap.” Kata Adam Rayyan tiba-tiba.

            “Wafi okay aje makan lauk macam ni. Dah nama pun berpantang.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil senyum memandang Adam Rayyan. Begitu prihatin Adam Rayyan ke atas dirinya.


            Adam Rayyan menemani isterinya makan tengahari di bilik. Hendak bermain dengan anak-anaknya mereka masih tidur. Tidak sabar rasanya mahu menunggu mereka bangun. Dia belum puas bermain dengan anak-anak kembarnya. Adrianna Wafiyah yang melihat Adam Rayyan sekejap-sekejap menjenguh anak-anak kembarnya mula tersenyum lucu. Dia tahu Adam Rayyan mahu anak-anaknya bangun supaya dia dapat bermain dengan mereka.