Cerpen: "Ini Takdirku"
Senyuman
Aiman begitu mekar setelah melihat kelibat Sara yang sedang mengheret bagasi
besar itu. Sejak tunangnya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke
Luar Negara, Aiman setia menanti kepulangan tunangnya. Hari ini dalam sejarah,
Aiman begitu gembira. Penantiannya selama empat tahun tidak sia-sia. Aiman
menggamit tangan pada Sara bila dia melihat Sara sedang berjalan ke arahnya.
Namun tangannya diturunkan bila dia ternampak Sara memeluk seorang lelaki.
Lelaki itu kelihatan seperti orang kaya.
Namun Aiman masih berfikiran positif. Dia masih tersenyum memandang
Sara.
Aiman membetulkan kolar baju
kemejanya yang di beli dari pasar malam semalam. Dia mahu kelihatan tampan di
hadapan Sara. Aiman memanggil nama Sara setelah dia melihat Sara berjalan ke
arah lain.
“Sara..Sara..” Panggil Aiman. Namun
Sara tidak mempedulikan panggilan Aiman.
Sara memandang sekilas ke arah Aiman
sebelum dia memasuki kereta BMW milik lelaki itu. Dia tidak mahu Aiman
merosakkan hubungannya dengan Zakri. Dia mengenali Zakri ketika bersama-sama
belajar di Kanada dahulu. Zakri merupakan anak orang kaya. Bapanya memiliki
sebuah syarikat perkapalan.
Aiman hanya memandang Sara berlalu
pergi bersama kereta BMW itu. Dia menunduk hampa. Sedih menyelubungi diri
Aiman. Sara yang dia kenal dahulu telah berubah sekelip mata. Lupakah Sara
kenapa segala kebaikannya selama ini. Dia sanggup bekerja keras untuk
menanggung pembiayaan pengajian Sara sepanjang tunangnya itu belajar di Luar
Negara. Kini semuanya menjadi sia-sia. Sara telah melupakannya. Aiman menahan
teksi di luar KLIA itu. Dia pulang ke rumah dengan rasa hampa. Hadiah yang
dibawa untuk Sara tadi, disimpan semula ke dalam beg sandangnya.
Sara berjalan
ke hulur dan ke hilir. Satu rumah dia berjalan. Telah berkali-kali dia
memberitahu kepada kedua orang tuanya, namun mereka tetap tidak faham isi
hatinya.
“Mak, Ayah.
Tolonglah faham Sara. Sara tak mahu kahwin dengan Aiman! Sara nak putus tunang
dengan dia.” Sara bercakap dengan nada yang tinggi.
“Sara,
beringat sikit apa yang kamu cakap ni. Aiman tu dah banyak bersusah payah untuk
Sara. Kalau bukan sebab dia, Sara tak merasa nak belajar di Luar Negara tu. Mak
dengan Ayah ni tak mampu nak tanggung Sara sepanjang Sara belajar dulu.” Kata
Mak Limah.
“Kalau
setakat duit dia yang tak seberapa tu, nanti Sara boleh bayar balik la!” Jawab
Sara angkuh.
“Ya ALLAH
bang, apa dah jadi dengan anak kita ni.” Mak Limah menangis mengenangkan sikap
anaknya yang telah berubah itu.
“Sara!
Apa-apa pun terjadi, Sara tetap akan berkahwin dengan Aiman. Kamu tak kesian ke
pada Aiman? Dulu kamu bukan main sayang lagi dengan Aiman. Kenapa sekarang kamu
berubah!?” Marah Pak Karim.
“Kalau ayah
dengan mak tak mahu batalkan pertunangan ni tak mengapa! Sara akan pergi
sendiri!” Jerit Sara.
“Sara,
mengucap nak. Jangan buat mak dengan ayah macam ni. Kesianlah pada kami. Mana
kami nak letak muka nanti. Aiman tu baik budaknya.” Pujuk Mak Limah sambil
memeluk bahu Sara.
“Arghh!
Tolonglah faham Sara. Sara dah ada pilihan lain. Dia jauh lebih baik dari si
Aiman tu. Dia anak orang kaya Mak, Ayah. Dia boleh bagi kesenangan pada kita.”
Sara masih berkeras hati.
“Sara, wang
ringgit boleh di cari, tapi hati yang baik sukar kita nak jumpa. Apatah lagi
orang sebaik Aiman tu. Kamu akan menyesal suatu hari nanti. Ayah tak mahu kamu
membuat kesilapan nak.” Suara Pak Karim mula mengendur.
“Susah la
bercakap dengan orang tak sekolah macam Mak dengan Ayah ni.!” Sara bangun dan
berlalu pergi. Dia menghempas pintu biliknya.
Pak Karim dan Mak Limah hanya
memandang sayu. Sebak hati mereka bila melihat sikap anak yang diasuh dengan
penuh kasih sayang sejak kecil telah berubah menjadi anak yang derhaka. Pilu
rasa hati mereka. Ya ALLAH, ke mana hilangnya sifat lemah lembut di dalam diri
anaknya. Rintih Pak Karim dan Mak Limah dalam hati mereka.
Di dalam
bilik, Sara mencampak semua bantal-bantal ke atas lantai. Sakit hatinya dengan
pemikiran kolot kedua-dua orang tuanya. Sara mencapai telefon bimbitnya, dia
mendial nombor Zakri. Lama dia menanti untuk panggilan itu dijawab.
“Hello sayang…” Ucap Sara di corong
telefon.
“Siapa sayang?” Tanya seorang
perempuan.
Sara terkedu seketika. Mungkin dia
bersalah dial nombor. Detik hatinya.
“Maaf, saya ingat ini nombor telefon
teman lelaki saya Zakri.” Jawab Sara.
“Ini memang nombor Zakri. Kau ni
siapa?” Tanya perempuan itu dengan kasar.
“Saya Sara. Teman wanita dia.” Jawab
Sara.
“Teman wanita?. Baik kau lupakan
saja angan-angan kau nak jadi teman wanita Zakri. Aku ni bakal isteri dia. Kami
dah pun bertunang!.” Kata perempuan itu.
Sara tersentak bila panggilan itu terus
dimatikan oleh perempuan yang mengaku sebagai bakal isteri Zakri. Sara mula
bimbang dan takut. Dia cuba mendial sekali lagi nombor itu namun hampa kerana
nombor telefon itu talah dimatikan.
Aiman menyusun
semua buah-buah pisang yang di ambil dari dusunnya untuk di hantar ke pasar
tani. Selepas kejadian di KLIA tempoh hari, Aiman tidak lagi berkunjung ke
rumah Sara. Walaupun hatinya begitu hati dengan kecurangan Sara , namun dia
tidak dapat menipu hatinya. Dia masih sayang dan cintakan Sara. Sedang Aiman
ingin menunggang motorsikalnya, Pak Karim tiba-tiba muncul di hadapannya.
“Assalamualaikum.” Ucap Pak Karim.
“Waalaikumussalam Pak Karim.” Jawab
Aiman dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
Sejuk hati Pak Karim melihat
senyuman Aiman. Di Dalam hatinya dia berdoa agar pintu hati anaknya lembut
untuk menerima Aiman kembali.
“Pak Karim.” Panggil Aiman bila dia
melihat Pak Karim termenung.
“Hah, iya-iya. Maaf Pak Karim tak
dengar tadi. Aiman tanya apa tadi?” Soal Pak Karim kalut.
Aiman tersenyum memandang Pak Karim.
“ Saya tak sempat lagi nak bertanya apa-apa. Tengok Pak Karim termenung saja.
Ada apa-apa masalah ke Pak Karim.?”
“Tak ada apa-apa. Eh, kamu tak mahu
tanya khabar Sara? Dia dah balik. Ada di rumah.” Kata Pak Karim mahu melihat
reaksi Aiman.
“Maaf Pak Karim. Saya sibuk sikit
tak sempat nak ke rumah menjenguk Sara lagi.” Jawab Aiman cuba menyembunyikan rasa
hatinya dari pengetahuan Pak Karim.
“Senang-senang datanglah. Pak Karim
balik dulu.” Kata Pak Karim sambil berlalu pergi. Berat rasa hatinya mahu
memberitahu Aiman tentang permintaan anaknya yang mahu memutuskan ikatan
pertunangan itu.
Aiman mengangguk kepala sambil
tersenyum pada Pak Karim. Dia melihat Pak Karim berlalu pergi. Dia tahu ada
perkara yang disembunyikan oleh bakal bapa mertuanya itu. Pasti ada kaitan
dengan hubungannya dengan Sara. Aiman mengeluh lemah.
Sara mula
menangis. Sudah berhari-hari cuba menghubungi Zakri. Namun nombor telefon Zakri
tidak aktif lagi. Sara mula bimbang. Dia risau jika dia hamil. Ini semua kerana
termakan dengan janji manis Zakri semasa mereka belajar di Kanada dahulu. Dia
dan Zakri bersekedudukan tanpa rasa bersalah dan malu dengan ALLAH S.W.T.
Dia sedih
kerana begitu mudah dia tertipu dengan janji manis lelaki seperti Zakri. Bagaimana
dia mahu berhadapan dengan kedua-dua orang tuanya. Jika mereka tahu dia telah
terlanjur dengan Zakri, pasti mereka akan kecewa dengannya.
Sara
tiba-tiba teringatkan Aiman. Hatinya sedih. Rasa kesal kerana mempermainkan
perasaan Aiman. Sara segera menukar pakaiannya. Dia mahu keluar sebentar. Dia
harus menemui Aiman. Dia harus memohon maaf kepada Aiman atas sikapnya terhadap
lelaki itu.
Sara
melangkah laju. Dia tahu Aiman pasti berada di pasar tani ketika ini. Apa-apa
pun terjadi dia harus menemui Aiman. Dia mempercepatkan langkahnya. Jangkaannya
tepat sekali. Dari jauh dia dapat melihat Aiman sedang sibuk mengeluarkan buah-buah
yang dibawa dari dusunnya untuk di jual. Sara memanggil Aiman dari seberang
jalan.
“Aiman..Aiman..”
Laung Sara.
Sayup-sayup
kedengaran nama Aiman di panggil. Aiman segera memandang ke arah suara itu.
Dari jauh dia melihat Sara sedang melambai tangan padanya. Riak wajah Sara yang
ayu dan manis itu mengingatkan dia pada gadis itu. Aiman segera melintas jalan
raya itu untuk menemui Sara.
“Sara.”
Panggil Aiman.
“Aiman..maafkan
Sara. Sara dah banyak sakitkan hati Aiman.” Ucap Sara pantas dengan air mata berjuraian
membasahi pipi.
“Sara rasa
bersalah sangat buat Aiman macam tu. Sara kesal dengan sikap Sara. Sara terlalu
alpa dengan kekayaan dia. Maafkan Sara. Sara harap sangat Aiman masih mahu
menerima Sara.” Kata Sara lagi dengan rasa kesal yang bersarang di hatinya. Dia
memohon maaf pada Aiman seikhlas hatinya.
“Shhh, Aiman tak pernah marahkan Sara. Bagi
Aiman, Sara tetap tunang Aiman dan Aiman sentiasa berdoa agar pintu hati Sara
terbuka kembali untuk Aiman. Err, Sara,
Aiman ada benda nak bagi pada Sara. Dah lama Aiman simpan. Sara tunggu sekejap.
Aiman nak ambil dalam beg dekat motor.” Ucap Aiman. Dia terus melintas jalan
untuk mengambil hadiah yang dibelikan untuk Sara.
Sara melihat
kesungguhan Aiman. Hatinya tiba-tiba sebak mengenangkan segala perbuatannya
terhadap Aiman. Benar kata ayahnya, lelaki sebaik Aiman sukar untuk dicari.
Sara menanti kedatangan Aiman. Dia memandang jalan yang agak sesak dengan
kenderaan yang lalu lalang. Dari jauh Aiman melambai tangan padanya. Dia
membalas lambaian itu dengan senyuman. Namun, malangnya tiba-tiba ada sebuah
kenderaan yang sedang memecut laju melalui jalan itu.
DEBUMMMM!!!!!!
Segala-galanya
berlaku dengan pantas. Ketika itu Sara melihat tubuh Aiman melayang-layang
sebelum terjatuh ke atas jalan raya. Tubuh Aiman tergolek tidak bermaya di atas
jalan raya itu.
Sara kaku.
Dia tergamam seketika. Dia betul-betul keliru ketika itu. Rasanya baru sahaja
tadi Aiman malambai tangan padanya. Setelah beberapa orang yang mengerumuni
tubuh Aiman, barulah Sara tersedar apa yang sedang berlaku. Dia berlari ke arah
Aiman. Dia meraung sekuat hati bila melihat tubuh kaku Aiman yang sedang
berlumuran darah itu. Puas Sara menjerit memanggil nama Aiman. Namun Aiman
langsung tidak bergerak. Aiman tidak bermaya lagi. Dia sempat tersenyum kepada
Sara sebelum menutup mata untuk selama-lamanya.
Sara
meraung. Dia meratap sepuas-puas hatinya. Kepala Aiman dipangku atas ribanya.
Sara terlihat cincin emas bertahta berlian itu masih berada dalam gengaman
tangan Aiman. Sara meraung lagi. Sedih hati menanggung kesakitan ini. Lelaki
sebaik Aiman telah meninggal dunia. Rasa kesal, sedih dan pilu tidak dapat
membetulkan keadaan lagi. Kini Sara terpaksa menerima hakikat bahawa Aiman
telah pergi untuk selama-lamanya.
*****TAMAT******
No comments:
Post a Comment