Suasana di ruang ballroom yang dihias cantik dan elegan
itu begitu meriah dengan kehadiran tetamu jemputan. Semua tetamu yang hadir
mengambil tempat masing-masing dan menikmati juadah yang tersedia. Kedua-dua
mempelai yang diraikan masih belum tiba.
Di dalam bilik hotel yang tersedia
khas untuk kedua mempelai memperlihatkan Adrianna Wafiyah yang sedang disolek
oleh jurumekap khas.
Adrianna Wafiyah agak malu
sebenarnya bersiap sebilik dengan Adam Rayyan. Sebelum ini dia tidak pernah
mendedahkan tubuhnya dihadapan Adam Rayyan walaupun sah bergelar isteri kepada
lelaki itu.
Disudut berbeza Adam Rayyan
memerhati Adrianna Wafiyah yang sedang disiapkan oleh jurumekap khas tanpa
disedari oleh gadis itu. Terpesona Adam Rayyan melihat wajah mulus isterinya
yang disolek itu. Sungguh cantik sekali. Ditambah pula dengan gaun labuh dan veil di kepala menambahkan lagi seri
pengantin yang terpancar di wajah Adrianna Wafiyah. Terasa melantun-lantun
jantungnya melihat keayuaan wajah isteri yang baru dinikahinya.
Dalam
hati sebenarnya dia sudah terpaut dengan isterinya itu. Tetapi sebagai lelaki macho, tak kan dia nak menyerahkan
hatinya begitu mudah sedangkan sebelum ini dia telah memasang benteng yang
tinggi diantara dia dan Adrianna Wafiyah. Itulah padahnya bila mulut cakap
lain, hati cakap lain. Ego!
“Encik
Rayyan, cantik tak? I dah makeover your wife yang cantik ni jadi
bertambah cantik.” Tanya Tyra a.k.a
Talib jurumekap khas itu dengan lenggok suara keperempuanannya yang tak berapa
nak perempuan itu. Geli geleman Adrianna Wafiyah bila melihat gaya Tyra yang
mengalahkan perempuan lembutnya.
Adam
Rayyan tersedar dari mengelamun apabila mendengar Tyra menyebut namanya. Terus
menoleh ke arah Adrianna Wafiyah.
“Ya,
cantik sangat. Pandai you makeover wife I
.” Adam Rayyan tersenyum kepada Tyra. Tanpa mekap pun sebenarnya Adrianna
Wafiyah sudah cantik, nikan pula sudah dicalit mekap.Tentulah bertambah cantik
jadinya. Dalam diam dia masih memuji isterinya.
Adrianna
Wafiyah sudah tersipu malu dengan pujian itu. Walaupun dia tahu Adam Rayyan
tidak ikhlas memuji dirinya. Tapi rasa bahagia itu hadir bila Adam Rayyan
memuji dirinya. Sekurang-kurangnya dia tak kempunan untuk mendengar pujian dari
suaminya. Bukan selalu Adam Rayyan hendak memujinya.
Adam
Rayyan yang sudah siap mengenakan tuxedo
hitam nampak begitu tampan dimata Adrianna Wafiyah. Dia melangkah menghampiri
isterinya itu. Begitu dekat jarak antara mereka. Sehingga terasa nafas Adam
Rayyan mengenai kulit wajahnya.
“You look so beautiful tonight.” Pujinya
setelah Tyra meninggalkan mereka berdua dihadapan cermin besar itu.
Adam
Rayyan membelai lembut pipi Adrianna Wafiyah. Dari pipi beralih kepada bibir
Adrianna Wafiyah yang kemerahan itu. Tindakan diluar sedar Adam Rayyan
membuatkan dada Adrianna Wafiyah berkocak hebat. Adegan lalu kembali mengusik
jiwa. Sungguh dia masih takut. Seram sejuk dengan perangai pelik Adam Rayyan
yang tiba-tiba berubah dari suami singa kepada suami yang romantik. Permainan
apakah ini. Sungguh Adrianna Wafiyah tidah faham dengan sikap Adam Rayyan.
Sekejap garang macam singa, sekejap romantis mengalahkan Brad Pitt.
“Hmm..hmm, majlis dah nak mula. Datuk dan
Datin suruh Encik Rayyan dengan Puan
turun.” Tyra bersuara. Malu dia hendak menganggu pasangan yang sedang dilamun
asmara itu. Selebihnya dia suka melihat wajah prince charmingnya. Hensem sangat Adam Rayyan dimata Tyra.
Adam
Rayyan yang tersedar dari perbuatannya terus menundukkan muka, pura-pura
membetulkan tuxedonya. Malu
sebenarnya dengan perbuatannya yang diluar jangka itu. Pasti Adrianna Wafiyah
ingat dia lelaki yang suka mengambil kesempatan. Tapi apakan daya. Dia tidak
mampu menahan gelodak jiwanya. Sebenarnya tanpa disedari oleh Adam Rayyan
bayangan Nazirah semakin hilang dari kotak fikirannya. Sungguh hebat penangan
Adrianna Wafiyah padanya.
Adrianna
Wafiyah juga cuba beriak selamba. Menyembunyikan perasaannya yang sedang
berkocak hebat dengan aksi Adam Rayyan sebentar tadi. Takut, malu, mahu
semuanya bersatu dalam jiwanya.
“Jom.”
Adam Rayyan menghulurkan tangan dan disambut lembut oleh Adrianna Wafiyah.
Adam
Rayyan dan Adrianna Wafiyah berarak masuk ke dalam ruang ballroom yang luas dan cantik itu. Aroma segar kelopak bunga mawar
merah yang ditabur sepanjang laluan karpet merah itu menaikkan mood indah dan romantis. Langkah
kedua-dua pengantin diiringi dengan beberapa kanak-kanak kecil yang berjalan
dihadapan sambil menaburkan kelopak bunga mawar. Konsep Inggeris style itu membangkitkan suasana yang
begitu elegan. Memang kena sangat dengan jiwa mat salih Adam Rayyan.Ditambah pula dengan dendangan lagu Inggeris
yang romantis, segalanya tampak begitu sempurna.
Aura
bahagia bagaikan meresap di hati para tetamu yang hadir memeriahkan majlis
resepsi perkahwinan anak Datuk Razlan. Adrianna Wafiyah memuji kebijaksaan ibu
mertuanya dalam memilih konsep pada malam ini.
Adrianna
Wafiyah tersenyum dalam debar. Rasa gemuruh sedikit berkurangan apabila Adam
Rayyan menggengam erat jari-jemarinya. Pancaran flash kamera yang mengerlip-ngerlip tanpa henti membuatkan Adrianna
Wafiyah menjadi makin segan dan kekok. Dia malu bila menjadi perhatian semua
tetamu yang ada dalam ballroom itu.
Langkahnya
diatur kemas ke arah singahsana yang begitu indah terbina. Terpegun Adrianna
Wafiyah melihat pelamin besar yang dihias cantik dengan bunga-bunga segar.
Bagus betul citarasa ibu mertuanya. Sekali lagi pujian itu dituju khas buat ibu
mertuanya. Sofea yang dilantik menjadi pengapit rasmi kepada Adrianna Wafiyah
membetulkan veil labuh yang menghiasi
kepala Adrianna Wafiyah.
Perasaan
gementara Adrianna Wafiyah beransur hilang apabila Adam Rayyan tiba-tiba
menoleh dan senyum kepadanya. Adakah senyuman itu ikhlas, dia sendiri tidak
pasti. Yang pasti hatinya terasa tenang sedikit melihatkan senyuman mesra dari
suaminya.
Selesai
upacara bersanding, menepung tawar dan makan beradab, Adrianna Wafiyah dan Adam
Rayyan bergerak dari satu meja ke satu meja. Adam Rayyan begitu mesra melayan para tetamu yang hadir.
Adrianna Wafiyah masih agak kekok hendak melayan tetamu-tetamu yang hadir.
Kebanyakannya adalah rakan Datuk Razlan dan Datin Rohana serta kenalan
suaminya. Dia hanya menjemput kawan-kawannya yang rapat saja.
Sanak
saudara dan ibunya awal-awal lagi dah pulang selepas selesai upacara makan
beradab. Adrianna Wafiyah agak sedih kerana ibunya terpaksa pulang awal. Tapi
apakan daya ibunya datang menumpang saudara mereka. Jadi haruslah ibunya
mengikut saudara mereka.Tinggallah Adrianna Wafiyah bersama keluarga barunya di
dewan yang tersergam indah itu.
Setelah
para tetamu beransur pulang, tiba-tiba Adrianna Wafiyah didatangi seorang
perempuan anggun yang agak seksi. ‘Macam pernah lihat, tapi dimana ya.?’.
Adrianna Wafiyah berfikir sejenak.
“Hello, I’m Sally.”
“Saya
Wafi.” Tangan dihulurkan untuk bersalam tidak disambut oleh Sally. Kawan Adam
Rayyan agaknya dalam hati. Segera Adrianna Wafiyah menarik semula tangannya.
Dia mula rasa lain bila melihat riak wajah tegang perempuan yang menggelar
dirinya Sally itu
“So, you lah perempuan perampas tu.!”
Perli Sally dengan wajah menyinga. Entah apa yang merasuk dirinya sehingga dia
berani membuat kacau dalam majlis orang.
Tiba-tiba
Sally meninggi suara. Sekaligus menampar pipi Adrianna Wafiyah. Alisya Umaira
yang memerhati dari jauh hanya tersenyum kepuasan. Memang dia yang memberitahu
Sally tentang majlis resepsi abangnya. Alisya Umaira mereka cerita yang
membuatkan Sally terasa tercabar dengan Adrianna Wafiyah. Dia yakin Sally akan
rasa tercabar bila mendengar cerita rekaannya. Mana tidaknya Nazirah adalah
sahabat sejati Sally. Pasti wanita itu akan datang menyerang bagi pihak
sahabatnya yang berada jauh beribu batu.
Sally
agak terkejut bila mendapat tahu Adam Rayyan berkahwin. Ditambah lagi dengan
cerita Alisya Umaira yang memberitahunya perempuan kampung itu menggunakan
taktik kotor untuk mendapatkan Adam Rayyan.
Kesian
pada nasib kawan baiknya membuatkan Sally bertindak datang menyerang isteri
Adam Rayyan. Kononnya friend for ever
la. Sampai sanggup datang mempertahankan maruah kawannya. Sehingga tidak tahu
diri sedang dipergunakan oleh Alisya Umaira.
Walaupun
perbuatan Nazirah agak keterlaluan, tapi Sally pasti cinta Nazirah masih utuh
untuk Adam Rayyan. Buktinya Nazirah sentiasa bertanya mengenai Adam Rayyan
walaupun dia berada jauh di Kota London.
Kalau
ikutkan hati Alisya Umaira, dia malas nak layan Sally. Dia pun muak dengan
perangai Sally. Tapi bila mengenangkan hanya Sally yang boleh digunakan untuk
menjayakan rancangannya untuk memalukan Adrianna Wafiyah, maka dia terpaksa
berurusan dengan Sally. Bagi Alisya Umaira,
Sally dan Nazirah adalah serasi bersama. Kerana perangai mereka
sama-sama menjelikkan. Tapi dia tiada pilihan demi melancarkan misinya.
Adrianna
terjelepuk jatuh ke permaidani dewan besar itu. Pipinya yang sudah kemerahan
itu digosok perlahan. Terasa perit menahan sakit. Mahu pekak Adrianna Wafiyah
dengan tamparan itu.
“Dasar
perempuan perampas !”
Sally
berkata Sinis. Nasib baik kebanyakkan tetamu sudah pulang. Kalau tidak sudah
tentu kecoh dengan drama yang dibawa oleh Sally. Sally cuba menampar Adrianna
Wafiyah buat kali kedua. Tetapi dengan pantas dihalang oleh Adam Rayyan. Adam
Rayyan membantu Adrianna Wafiyah berdiri. Pipi isterinya dipandang. Terdapat
kesan merah dan kebiruan pada pipi isterinya. Mesti lebam akibat tamparan itu.
Dia pun tidak pernah menampar isterinya, Sally dengan sukahati menampar
isterinya yang semakin mendapat tempat hatinya.
“Hey,
you dah gila ke?” Marah Adam Rayyan.
Berderau darah dia melihat Sally datang membuat kecoh. Entah siapa yang
menjemputnya ke majlis ini. Setahu Adam Rayyan, dia tidak menjemput Sally.
“You ketepi Ray, I nak ajar perempuan tak sedar diri ni.”
Marah
Sally lagi. Dia sudah tidak kisah dengan orang sekeliling. Yang penting hatinya
puas! Alisya Umaira hanya mematung, takut jugak dia melihat wajah tegang
abangnya. Dalam hati mengharap agar Sally tidak membocor rahsianya.
“Dia
yang tak sedar diri atau you? Datang
buat kacau dalam majlis orang.”
“I datang sini sebab nak mempertahankan
hubungan you dan Naz. I tahu perempuan ni dah perangkap you. Sebagai sahabat takkan I nak diam aje!”
Terkejut
Adam Rayyan. Sally datang semata-mata mahu mempertahankan kawan baiknya. Tak
masuk akal langsung.
“Hey,
itu urusan I. Tiada kena mengena
dengan you. So please get out from here.
I tak jemput you pun and you tolong bagitahu dekat kawan baik you tu hati I dah mati untuk dia!” Herdik Adam Rayyan.
Terkedu
Sally. Dia langsung tidak menyangka Adam Rayyan akan mempertahankan perempuan
kampung itu. Sangkanya Adam Rayyan akan berterima kasih padanya kerana tolong
mengajar perempuan kampung itu. Mengikut cerita yang disampai oleh Alisya
Umaira, abangnya dipaksa berkahwin kerana perempuan itu telah membuat onar
terhadap keluarganya. Mana satu yang betul.
Sekali
lagi Adrianna Wafiyah mendengar perihal Nazirah. Pening kepala otaknya
memikirkan siapa Nazirah dihati suaminya. Tapi mengikut gaya Sally marahkan dia
tadi, cukup membuktikan Nazirah seorang yang istimewa dihati suaminya. Dalam
diam dia merasa sedih. Lepas sorang, sorang lagi datang memusuhi dirinya. ‘Apa
salah aku. Kenapa aku yang jadi mangsa.’ Jerit hati Adrianna Wafiyah.
Tubuh
Sally dilanggar Adam Rayyan hingga dia terjatuh. Adam Rayyan segera menarik
tangan isterinya beredar dari situ. Datuk Razlan dan Datin Rohana yang
memandang dari jauh. Menahan malu dengan sikap Adam Rayyan. Nasib baik keluarga
besannya sudah pulang. Kalau tak tentu bertambah malu mereka dengan perangai
Adam Rayyan.
Alisya
Umaira berlari mendapat Sally yang terjelepuk di lantai.
“Kak
Sally okey, kan Lisya dah cakap jangan kecoh-kecoh. Cukup dengan akak
menakutkan dia saja. Ini tak, akak pergi tampar perempuan kampung tu. Tentu
lepas ni abang makin benci dengan akak,”
“Akak
sakit hati melihat perempuan tu membuat wajah selamba dia tu.”
“Dah
la akak, baik akak balik dulu sebelum papa dengan mummy datang sini. Lisya tak nak
perkara ni jadi kecoh pulak.”
Sally
segera bangun dan melangkah pergi.
Alisya
Umaira terus beredar dari situ kerana bimbang abangnya akan bersoal selidik
dengannya. ‘Padan muka kau perempuan kampung. Itu baru sikit. Lepas ni tahu la
nasib kau.’ Alisya Umaira memasang dendam terhadap Adrianna Wafiyah.
Adrianna
Wafiyah termengah-mengah mengikut langkah kaki Adam Rayyan yang laju itu. Dia
tidak tahu kemana Adam Rayyan mahu membawanya. Sampai sahaja di hadapan pintu
bilik, Adam Rayyan terus sahaja membuka pintu dan menarik Adrianna Wafiyah
masuk. Terpinga-pinga Adrianna Wafiyah dengan tindakan Adam Rayyan. Mahu
menegur tindakan Adam Rayyan dia tidak berani. Memandangkan wajah bengis Adam
Rayyan, membuatkan Adrianna Wafiyah hanya berdiam diri.
“Kau
okey ke?”
“Awak
jangan risau. Saya okey.”
“Okey
apa kalau macamni. Dah merah aku tengok pipi kau tu.”
Adam
Rayyan membelek wajah Adrianna Wafiyah. Tanpa menyedari tindak-tanduknya sedang
diperhatikan oleh Adrianna Wafiyah. Terbit rasa bahagia dalam diri Adrianna
Wafiyah kerana Adam Rayyan mempertahankan dirinya dari Sally. Terasa dirinya
seperti disayangi. He..he..he.
Perasan!
“Aku
tahu la aku ni hensem. Tapi tak payah la kau nak tenung aku sampai macamtu
sekali.”
“Eh,
sapa pandang awak. Jangan nak perasan okey.”
“Hmm,
dah la kau rehat la dulu. Aku nak turun bawah sekejap.”
Adrianna
Wafiyah hanya mengangguk kepala. Setelah yakin Adam Rayyan telah keluar, dia
mula menanggalkan veil pengantinnya.
Terkial-kial dia membuka zip pada pakaian pengantinnya. Agak susah kerana
tangannya tak sampai untuk membuka zip di belakang.
Tiba-tiba
dia terasa ada tangan lain yang sedang membuka zip pakaian pengantinnya. Bau
wangian minyak wangi 1million
membuatkan Adrianna Wafiyah terkejut dan terus memalingkan badannya ke arah
Adam Rayyan. Dia cuba menyembungikan belakang badannya yang sudah terdedah.
“Tak
apa awak, saya boleh buat sendiri.” Tegah Adrianna Wafiyah.
“Dari
tadi aku tengok terkial-kial kau nak bukak zip tu. Mari sini aku tolong.”
Adrianna
Wafiyah masih teragak-agak mahu menerima pertolongan dari Adam Rayyan. Bimbang
kalau Adam Rayyan bertindak seperti hari itu.
“Dah,
tak payah nak takut-takut la. Aku janji takkan buat macam haritu.”
‘Eh-eh
macam tahu-tahu saja apa yang aku sedang fikir.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah.
Dengan agak takut-takut, Adrianna Wafiyah memalingkan tubuhnya supaya mudah
Adam Rayyan membuka zip pada pakaiannya. Wajahnya sudah membahang menahan malu
kerana Adam Rayyan melihat sebahagian dari tubuhnya yang sudah terdedah.
“Hurm,
tak apa la awak saya rasa saya boleh buat sendiri. Thanks.”
“Hmm,
yela. Aku turun dulu.”
Setelah
membuka semua perhiasan yang menghias dirinya, Adrianna Wafiyah mencapai tuala
dan beransur ke bilik air untuk membersihkan diri dan bersolat isyak. Agak lama
Adrianna Wafiyah berendam di dalam bath
tub yang terdapat di dalam hotel itu. Terasa nyaman dirinya. Segala
kekusutan yang difikirkan ditinggal seketika.
Usai
membersih diri, Adrianna Wafiyah segera menunaikan solat yang sudah menjadi
kewajipan bagi semua umat Islam. Selesai bersolat, sejadah dilipat kemas dan
kakinya melangkah ke arah hadiah-hadiah yang tersusun kemas disudut bilik hotel
itu.
Adrianna
Wafiyah sedang membelek hadiah-hadiah yang terima dari teman-temannya dan
teman-teman Adam Rayyan. Terdengar pintu bilik terkuak, Adrianna Wafiyah segera
menoleh ke arah pintu itu. Kelihatan Adam Rayyan masuk dengan wajah yang letih.
‘Kesian, tentu dia penat melayan tetamu seorang diri.’ Gumam hati Adrianna
Wafiyah.
Adam
Rayyan melabuhkan punggungnya ke sofa empuk yang tersedia. Kepalanya disandarkan
ke dinding bagi mencari keselesaan. Matanya terlelap seketika kerana terlalu
letih. Adrianna Wafiyah hanya memerhati dari jauh. Sedang dia leka memerhati
wajah Adam Rayyan, tiba-tiba telefon bilik hotel itu berbunyi. Adrianna Wafiyah
berlari anak untuk menjawab panggilan itu.
“Hello”
“Wafi,
mummy ni, sorry kalau mummy menganggu. Mummy just nak bagitahu, malam ni mummy terus balik ke rumah. Tak jadi la
nak bermalam kat sini.”
“Baiklah
mummy.”
“Kirim
salam pada Ray. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Adrianna
Wafiyah termenung seketika di birai katil. Tanpa menyedari Adam Rayyan telah
bangun dari tidurnya.
“Sapa
yang call?”
“Oh
mak kau! .” Adrianna Wafiyah mengurut dadanya. Terkejut dengan sergahan Adam
Rayyan.
Terlepas
tawa Adam Rayyan mendengar isterinya melatah. “Tula, berangan lagi. Aku tanya
sapa yang call.?” Kelakar Adam Rayyan
menengok gelagat isterinya. Macamtu pun boleh terkejut. Nampak sangat isterinya
tengah mengelamun tadi.
“Ohh,
mummy call, dia bagitahu malam ni dia
terus balik rumah.”
“Hurm,
yela.”
“Awak
tak nak mandi dulu ke.?”
Tegur
Adrianna Wafiyah apabila melihat Adam Rayyan seperti mahu menyambung tidurnya
semula.
“Kenapa,
kalau aku tak mandi kau tak nak tidur dengan aku ke.?” Adam Rayyan sahaja
menduga perasaan Adrianna Wafiyah.
“Eh,
apa yang awak merepek ni. Sukahati awak la nak mandi atau tak.”
Adrianna
Wafiyah cuba melarikan diri apabila Adam Rayyan semakin menghampirinya. ‘Tapi
ke mana aku nak lari. Bilik hotel ni bukan besar sangat.’ Gumam hatinya. Adam
Rayyan cuba menyembunyikan tawanya. Geli hatinya melihat wajah gementar
Adrianna Wafiyah.
Satu
persatu butang bajunya dibuka lalu dilempar baju tu ke lantai. Kini Adam Rayyan
membuka pula butang seluarnya. Adrianna Wafiyah sudah menutup muka kerana takut
dan malu untuk melihat keadaan Adam Rayyan. Seumur hidupnya, belum pernah dia
melihat tubuh lelaki. Tiba-tiba dari kejauhan kedengaran suara Adam Rayyan
ketawa dan bunyi pintu bilik air ditutup.
‘Cis!
Dia saja nak kenakan aku. Tapi nasib baik dia tipu. Kalau betul-betul mati aku.’
Marah Adrianna Wafiyah.
Adrianna
Wafiyah segera mencapai bantal untuk tidur. ‘ Tapi kat mana aku nak tidur. Ini
sofa pendek. Alamak mana aku nak tidur ni.’ Adrianna Wafiyah gelabah memikir.
‘Ah,
tidur aje la atas lantai ni. Nasib
baik karpet ni karpet tebal. Hmm, selesa jugak.’
Gumam hatinya sambil merebahkan diri.
Adrianna
Wafiyah segera memejamkan matanya supaya Adam Rayyan tahu yang dia sudah tidur.
Lama-kelamaan Adrianna Wafiyah terlelap betul kerana keletihan.
Adam
Rayyan keluar dari bilik air dengan wajah yang agak pelik.
‘
Sunyi aje, dah tidur ke minah ni.’ Gumam hati Adam Rayyan.
Terlihat
tubuh Adrianna Wafiyah yang sedang mengerekot kesejukan itu membuatkan Adam
Rayyan simpati. Salahnya juga memberi amaran kepada Adrianna Wafiyah agar tidak
tidur sekatil dengannya. Tapi itu dulu, sebelum hatinya terpaut pada Adrianna
Wafiyah.
Dengan
berhati-hati, tubuh Adrianna Wafiyah dicempung dan dibawa ke atas katil.
Selimut dicapai bagi membaluti tubuh Adrianna Wafiyah. Wajah Adrianna Wafiyah
dibelai perlahan-lahan. ‘Kenapa dengan mudah hati aku menerima kau dalam hidup
aku. Apakah keistemewaan yang kau hingga membuatkan aku makin jatuh sayang pada
kau.’ Adam Rayyan berkata di dalam hati. Dahi isterinya dikucup dengan
berhati-hati.
Adam
Rayyan segera berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk. Kemudian sejadah
dibentang. Usai menunaikan solat isyak, dia membuat solat istikarah .
Mudah-mudahan dia akan mendapat petunjuk dari yang Maha Esa.. ‘Ya Allah, jika
benar jodohku dengan Adrianna Wafiyah, aku benar-benar memohon padamu Ya Allah
agar menutup serapat-rapat hati aku untuk perempuan yang bernama Nazirah.
Hilangkan rasa kasihku, rasa cintaku untuk Nazirah. Kau tumbuhkanlah rasa
sayangku untuk isteriku Ya Allah. Amin Ya Rabbalalamin.’
Adam
Rayyan duduk dibirai katil. Wajah putih gebu isterinya direnung seketika. Mata
yang semakin memberat membuatkan Adam Rayyan merebahkan diri lalu tidur dengan
lena. Tiada lagi bayangan Nazirah menemani tidurnya.
assalamualaikum.. salam perkenalan..
ReplyDeleteWaalaikumussalam..
ReplyDelete