BAB 20
Kapal terbang A380 milik Malaysia
Airlines mendarat dengan selamat di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Semua penumpang keluar dari perut kapal terbang. Nazirah mengambil bagasinya
dan melangkah keluar dari balai ketibaan. Dia tercari-cari kelibat sahabat
karibnya. Inilah kali pertama dia pulang ke Malaysia setelah bertahun-tahun
bermastautin di United Kingdoms.
BUKK!!
Bagasi milik Nazirah terjatuh dari
troli bila trolinya dilanggar seseorang. Terasa mahu marah pun ada dengan
lelaki yang melanggarnya. Sudahlah bagasi yang dibawa semuanya berat-berat.
Pandangan tajam dihalakan ke arah lelaki itu. Belum sempat dia menghamburkan
kata marah, lelaki itu lebih pantas mengungkapkan kata maaf.
“Sorry
miss I tak sengaja.” Reza mengangkat kembali bagasi Nazirah dan diletakkan
di atas troli.
“Its
okay. Next time be carefull.” Ujar Nazirah.
“I’m
Reza.” Reza menghulur tangan memperkenalkan diri.
“Nazirah”
“I
rasa kita satu flight tadi kan.”
Ramah Reza
“Maybe,
sorry I tak perasan kita satu flight pun.”
Malas Nazirah mahu bersembang lama dengan lelaki terlebih ramah ni.
“Oh, okaylah I got to go. Nice
meeting you.” Reza mempercepatkan langkah bila melihat kelibat bapa
saudaranya. Sejak ibu bapa Reza meninggal dunia selepas pulang dari majlis
konvokesyennya dahulu, bapa saudaranya yang banyak membantu Reza dalam
menguruskan syarikat arwah papanya.
Nazirah hanya tersenyum. Dia tidak
berminat dengan mana-mana lelaki selain dari Adam Rayyan. Jiwanya kini tidak
sabar mahu menatap wajah lelaki kesayangannya.
“Naz!” Laung Sally sambil meluru ke
arah Nazirah.
Nazirah memalingkan tubuhnya ke arah
Sally sambil berlari anak mendapatkan sahabatnya. Mereka berpelukkan seketika.
Melepas rindu yang telah lama tersimpan. Persahabatan mereka begitu akrab
membuatkan semua rakan-rakan lain sudah menggelar mereka saudara kembar.
“Rindunya aku dekat kau” Tutur Nazirah.
“Aku pun.” Sally hanya senyum.
“Dah, jomlah. Beg kau ni aja ke.?”
Soal Sally.
“Yup!,
aku malas nak bawak banyak. Yang lain semua aku tinggalkan dekat sana.” Jawab
Nazirah.
“Anak orang kaya, bolehlah buat
macamtu.” Usik Sally.
“Eh, perli nampak.” Nazirah mencekak
pinggang.
“Siapa lelaki yang bersembang dengan
kau tadi. He’s so handsome.!” Sally
bertanya dengan wajah teruja.
“Entah, aku tak kenal. Ala biasalah
lelaki, pantang nampak perempuan cantik.” Jawab Nazirah.
“Ala…ingat kawan kau, baru nak
berkenalan.” Wajah Sally kecewa.
“Hisyy, pantang kau nikan. Dah la
jom bawak aku terus ke pejabat Ray.” Nazirah tidak sabar mahu berjumpa dengan
Adam Rayyan.
“Sekarang ke? Esok-esok ajelah. Hari
ini aku hantar kau balik rest dulu.”
Sally memberi idea.
“Why?,aku
dah tak sabar nak jumpa Ray. Please…”
Jelas kecewa dengan penolakan dari Sally.
“Hmmm, okay aku tolong hantar aje
tau. Tapi kau dah ready ke nak jumpa
Ray? Kau tak takut dia masih marah dengan kau?” Tanya Sally. Risau juga kalau
Adam Rayyan memaki hamun sahabatnya seperti dia terkena dahulu.
“I
know him very well. Aku tahu dia masih cintakan aku.” Tutur Nazirah dengan
yakin.
“Ok
then. Jomlah kejap lagi aku ada meeting.”
Dua
sahabat itu sampai di hadapan lobi bangunan pencekar langit milik Datuk Razlan.
Bangunan itu kelihatan sangat mewah. Nazirah melangkah keluar dari kereta
setelah meyakinkan sahabatnya agar pulang dahulu. Dia tidak mahu diganggu oleh
sesiapa termasuk Sally kerana pada hari ini dia mahu melepaskan segala rindu
dendamnya terhadap Adam Rayyan.
Semua mata tertumpu kepadanya.
Barangkali ada di antara mereka yang mengenali dirinya. Siapa yang tidak kenal
dengan model antarabangsa sepertinya. Semua gambarnya menghiasi majalah-majalah
tempatan dan antarabangsa. Kakinya diatur dengan penuh gaya menghampiri kaunter
pertanyaan.
“Excuse,
I nak jumpa Adam Rayyan. Bilik dia di tingkat berapa? Tanya Nazirah sambil
menanggalkan kaca mata hitam yang dipakai.
“Oh, cik nak jumpa dengan Ceo Megah
Holdings. Erm, cik dah buat appointment?
Tanya penyambut tetamu yang bernama Ani itu.
'Oh, dah jadi Ceo rupanya.’ Desis
hatinya sambil tersenyum. Dia sudah membayangkan kemewahan yang bakal dinikmati.
“Erm, I ni girlfriend dia.
Takkan nak jumpa dengan boyfriend sendiri
nak kena buat appointment pulak?”
Jawab Nazirah dengan angkuh.
“Tapi cik…” Ani agak kehairanan.
Setahunya Ceo nya itu telah pun berkahwin. Takkan bos nya itu main kayu tiga.
“Kalau you nak kerja lama dekat sini. Just
tell me where is his office. Atau I
akan pastikan Adam Rayyan pecat you!”
Ugut Nazirah.
“Maaf cik. Bilik Ceo ditingkat 20.”
Jawab Ani laju kerana takut dengan ugutan itu.
“Thanks,
macamtulah cara nak layan guest!”
Nazirah tersenyum sinis sambil melangkah pergi.
Ani hanya menggeleng melihat sikap
angkuh perempuan yang menggelar diri sebagai teman wanita bosnya.
Semua
staf memandang perempuan anggun yang sedang melangkah masuk ke ruang pejabat
yang menempatkan tempat Ceo Megah Holdings. Nazirah berjalan dengan angkuh. Dia
tahu kerana kecantikan yang dia ada boleh memukau mata-mana sahaja lelaki yang
melihatnya.
“Eh, Cik Nazirah.” Tegur Dahlia
terkejut dengan kemunculan Nazirah.
“You
ni Dahliakan?, I nak jumpa bos you. Dia ada?” Tanya Nazirah sombong.
Dahlia mengganguk kepala, dan
sekejap kemudian dia menggeleng kepala. Dia tidak tahu macam mana harus
memberitahu bos nya dengan kedatangan Nazirah.
“You
ni mana yang betul, sekejap angguk sekejap geleng?” Nazirah mula berang dengan
sikap setiausaha Adam Rayyan.
“Aaa, Encik Rayyan tengah meeting.” Jawab Dahlia sangkut-sangkut.
“Dahlia masuk bilik I kejap.” Arah Adam Rayyan melalui
interkom. Dahlia kelihatan terkedu memandang Nazirah kerana pembohongannya
terbongkar. Dia hanya tersenyum kambing ke arah Nazirah.
‘Aihh, bos ni pun
bikin aku kantoi pulak.’ Gumam hatinya.
“Jaga you!. Berani you nak tipu I.”
Nazirah menunjukkan jari telunjuk kepada Dahlia. Dia terus merempuh bilik Adam
Rayyan setelah terpandang tanda nama di hadapan pintu kayu itu.
Bilik bilik dikuak dari luar. Adam
Rayyan masih kusyuk menghadap komputer ribanya. Dia masih tidak sedar dengan
kehadiran Nazirah.
“Duduk dahlia.” Tutur Adam Rayyan
tanpa melihat.
“You…I rindu sangat dengan you.”
Ucap Nazirah sambil melangkah ke arah Adam Rayyan. Adam Rayyan kelihatan lebih
tampan dari sebelum ini. Air mata Nazirah mula bergenang.
Terasa seperti terkena renjatan
elektrik bila Adam Rayyan mendengar suara itu. Lebih terkejut lagi bila melihat
wajah yang pernah bertahta dihatinya berada dihadapannya kini. Hatinya berdegup
kencang. Nazirah dengan pantas memeluk tubuhnya dengan erat. Adam Rayyan hanya
terkaku dengan pelukkan itu. Terasa damai bila Nazirah berada dalam
pelukkannya. Tetapi hanya seketika sebelum dia tersedar dari mimpi lama.
Sepantas kilat tubuh Nazirah ditolak jauh darinya.
“Bila you balik?!” Tanya Adam Rayyan sinis.
“I
baru aja sampai. I terus datang sini
jumpa you.” Jawab Nazirah dengan
manja.
“Buat apa you nak jumpa I. Antara kita dah tamat.”
“Tapi I masih sayangkan you.”
Rengek Nazirah.
“Hurm, sayang? Kalau sayang you tak akan nak tinggalkan I demi karier you.
“I
tahu I banyak buat salah dengan you. Tapi please.. I betul-betul menyesal
dengan perbuatan I dulu. I nak balik pada you. I tak pernah lupakan
you. Please sayang.”
“Memang diri you masih bertahta dihati I.
Tapi itu dulu. Sekarang ini hati I
hanya untuk isteri I. I dah kahwin. I harap you lupakan I.
Segala kesilapan yang lalu I dah lama
maafkan you.”
“No..no..please
sayang, I tahu you masih cintakan I. You keliru sekarang ni kan.?” Nazirah
memegang pipi Adam Rayyan. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Adam
Rayyan tidak lagi cinta kepadanya.
“Naz! Please! I harap you dapat
terima kenyataan. Memang sakit sebelum ni apa yang you dah buat pada I.
Pintu Hati I tertutup rapat untuk
mana-mana gadis selepas you tinggalkan
I dulu. Tapi hati I terbuka lepas I berkahwin dengan isteri I.”
“No,
Ray!, you hanya untuk I. Memang I bersalah tinggalkan you
dulu. Tapi cinta I tak pernah berubah
untuk you. Memang I menyesal kerana tinggalkan you dulu. Tapi I tak dapat patah balik kerana I
terikat dengan kontrak. Please
sayang, don’t do this to me.” Rayu
Nazirah.
“Bertahun-tahun I tunggu kepulangan you. You langsung tak reply semua email-email I and
now you came here and simply said that you still love me!” Sinis Adam
Rayyan menutur.
“Sayang, I..”
“Stop
calling me sayang.! Please get out from my office.!” Kata-kata Nazirah
segera dicantas oleh Adam Rayyan.
Nazirah terkedu dengan tengkingan
Adam Rayyan. Adam Rayyan tidak pernah berkasar dengannya. Air matanya makin
laju membasahi pipi. Kerana terlalu yakin dengan cinta Adam Rayyan masih utuh
untuknya, membuatkan Nazirah termalu sendiri bila Adam Rayyan terang-terangan
menolak cintanya kembali.
“Okay I akan pergi. Tapi ingat Ray, I
takkan putus asa mendapatkan you
kembali pada I .”
Nazirah terus melangkah keluar. Pintu
bilik sengaja dihempas kuat. Biar Adam Rayyan tahu sakit hatinya. Melihat
Nazirah berlalu keluar, Dahlia cepat-cepat melangkah masuk ke bilik bosnya.
“Bos, sorry I dah cuba halang dia.”
“Its
ok, but make sure kalau dia datang lagi, please jangan benarkan dia masuk ke bilik I lagi.
“Baik bos.” Dahlia melangkah keluar.
Adam Rayyan bungkam dengan kehadiran
Nazirah secara tiba-tiba. Jari-jemarinya kuat menekan dahi seolah-olah cuba
menghilang semua tekanan. Dia risau jika hatinya kembali bertaut dengan
Nazirah. Tidak dinafikan perasaannya masih ada untuk Nazirah. Cuma dia harus
kuat untuk menghalang cinta Nazirah dari terus mekar dalam jiwanya. Dia harus
memberi ruang untuk isterinya.
No comments:
Post a Comment