Thursday, 29 May 2014

"Kenal Erti Cinta"-BAB 36

BAB 36

Hari ini genap seminggu Adam Rayyan tidak pulang ke rumah. Adrianna Wafiyah tidak tahu ke mana Adam Rayyan pergi. Panggilan telefonnya juga tidak dijawab oleh Adam Rayyan. Adrianna Wafiyah mengeluh lemah. Dia melangkah longlai ke pejabat.

            Andaikan Sofea masih berada di sini pasti Adrianna Wafiyah akan ada tempat untuk meluahkan perasaannya. Tiba-tiba air matanya mengalir lagi. Sedih mengenangkan nasib dirinya. Sudahlah adik ipar dan mertuanya tiada. Kalau mertuanya ada, pasti Adam Rayyan tidak akan bersikap seperti ini.

            “Wafi, Encik Reza panggil.” Kak Rita tiba-tiba datang ke tempatnya.

            “Hah, apa dia kak?”

            “La, berangan rupanya. Akak cakap Encik Reza panggil Wafi kat bilik dia.”

            “Oh, sekejap lagi Wafi pergi ya kak.”

            “Kamu ni sakit ke? Akak tengok pucat semacam.”

            “Eh, tak adalah. Wafi tak sempat mekap tadi.” Ujar Adrianna Wafiyah sambil menyembunyikan rasa sedihnya.

            “Hmm, yela. Cepat sikit. Nanti berangin pula bos muda tu.”

            “Iya, nak pergilah ni.” Adrianna Wafiyah berjalan ke bilik Reza.

            Tokk..Tokk..

            “Masuk.” Arah Reza.

            “Encik Reza panggil saya ke?”

            “Macam ni Wafi, Esok saya akan ke Sabah.”

            “Sabah?” Tiba-tiba dia teringatkan Sofea. Alangkah seronokmya kalau dia dapat ke sana berjumpa dengan Sofea.

            “Wafi?” Reza melayangkan tangannya ke wajah Adrianna Wafiyah.

            “Hah, lepas tu Encik Reza?”

            “Hish, berangan awak ya.” Reza tersenyum.

            “Saya nak awak ikut saya. Ada laporan yang saya nak awak siapkan semasa di sana nanti.”

            “Saya ikut?” Tanya Adrianna Wafiyah pelik.

            “Iyalah, kenapa suami awak tak izinkan ke ?”

            “Eh, bukan.. saya terkejut.”

            “Hmm, ingatkan apa tadi.”

            “Bila kita nak berangkat?” Tanya Adrianna Wafiyah.

            “Esok pagi.”

            “Okay. Kita jumpa di airport nanti.”

            “Ada apa-apa lagi encik Reza?”

            “Hmm, itu saja.”

            “oh, lupa pula saya. Lisya kirim salam pada awak.”

            “Waalaikumussalam. Dia tak call saya pun sejak-sejak ada buah hati ni.” Usik Adrianna Wafiyah.

            “Jangan cakap macam tu. Dia sibuk sangat. Itu pun saya yang call dia. Sekejap aje dapat bercakap.”

            “Saya gurau aje.” Ucap Adrianna Wafiyah.

            “okaylah saya keluar dulu.” Adrianna Wafiyah terus melangkah keluar dari bilik Reza.

            Hatinya berbunga kerana tidak lama lagi dia akan berjumpa dengan Sofea. Dia akan meluahkan semuanya kepada sahabatnya nanti. Mudah-mudahan hatinya akan tenang. Dia segera mencapai telefon bimbitnya.

            “Assalamualaikum ibu.” Ucap Adrianna Wafiyah.

            “Waalaikumussalam. Wafi..anak ibu ni lama tak call ibu.”

            “Maaflah ibu, Wafi sibuk sangat.”

            “Iyalah. Ibu tak sempat jumpa dengan mertua kamu.”

            “Tak mengapa ibu. Mummy dan papa faham.”

            “Ibu, Wafi call ni nak bagitahu ibu, yang Wafi akan ke Sabah esok.”

            “Oh, buat apa ke sana?”

            “Bos Wafi ajak. Ada meeting di sana.”

            “Bos Wafi tu lelaki ke perempuan?”

            “Lelaki. Ala ibu jangan risau. Wafi tahu jaga batas Wafi. Lagipun Wafi pergi urusan kerja. Kat sana nanti pun ada Sofea”

            “Iyalah. Jangan lupa minta izin Ray.”

            “Baik Ibu. Kirim salam pada Tok Leman”

            “InShaAllah. Ni dah alang-alang kamu call, Ibu nak tanya, Raya Haji nanti kamu balik rumah ibu tak?”

            “Eh, mestilah balik. Wafi nak beraya kat mana lagi.”

            “Mana la tahu kot lah nak beraya di sana aje.”

            “Kat sini mana ada sapa-sapa. Nanti Wafi balik sana dengan abang Ray la.” Ujar Adrianna Wafiyah. Entah-entah dia akan pulang sendiri tanpa Adam Rayyan.

            “Iyalah, kalau macam tu. Sampaikan salam ibu untuk Ray.”

            “InShaAllah. Bye Ibu.”

            Adrianna Wafiyah mengeluh lemah. Takut juga kalau Adam Rayyan terus menyepi. Apa dia mahu jawab dengan ibu kalau raya haji tahun ini dia pulang seorang ke kampung. Adrianna Wafiyah cuba mendial nombor telefon suaminya. Dia harus meminta izin untuk ke Sabah esok. Lama ditunggu, tetapi panggilannya seperti biasa tidak berjawab.

            Adrianna Wafiyah hampa. Sampai hati Adam Rayyan meninggalkan dirinya tanpa sebarang berita. Tidak risaukah Adam Rayyan meninggalkan dirinya seorang diri di rumah. Adrianna Wafiyah membuat keputusan untuk menghantar SMS. Sekurang-kurangnya suaminya itu pasti akan membaca SMS darinya.

            Salam abg, abg sihat?abg..Wafi nak minta izin ke Sabah. Esok Wafi akan bertolak. Hrp abg izinkan. TK.

            Butang send terus ditekan.

            Sehingga beberapa jam SMSnya masih belum dibalas oleh Adam Rayyan. Dia hampa dengan sikap Adam Rayyan. Adrianna Wafiyah terasa mahu menjerit sekuat hatinya bagi melepaskan segala masalah yang dia hadapi.  Adrianna Wafiyah pasrah. Dia nekad mahu ke Sabah. Hanya dengan cara ini dia dapat mententeramkan jiwanya.


Keesokan paginya Adrianna Wafiyah menunggu Reza di balai berlepas. Masih ada sejam lagi waktu berlepas. Adrianna Wafiyah membuka komputer ribanya semetara menanti Reza tiba. Dia membuka gmail untuk menyemak jika terdapat email baru yang masuk. Leka dia membaca email-email yang diterima tanpa menyedari Reza telah sampai.

            “Wafi. Jom masuk dalam. Dah boarding time ni.” Ajak Reza tercungap-cungap.

            “Eh, Reza. Tak perasan tadi. Ha, jomlah.” Adrianna Wafiyah menyimpan semual komputer ribanya dan megikuti langkah Reza. Mereka sudah berjanji tidak akan berencik-encik jika diluar pejabat.

            Adrianna Wafiyah dan Reza menyerahkan boarding pass kepada pegawai yang bertugas sebelum memasuki kapal terbang. Setelah pramugari bertugas menerangkan langkah-langkah keselamatan, kapal terbang mula berlepas.

            Sepanjang berada di atas kapal terbang Reza dan Adrianna Wafiyah lebih banyak membuat hal sendiri. Reza hanya sibuk dengan ipadnya. Manakala Adrianna Wafiyah telah hanyut kea lam mimpi. Penerbangan di waktu pagi sememangnya akan membuatkan Adrianna Wafiyah mudah mengantuk kerana terpaksa bangun seawal pagi untuk ke Lapangan Terbang.

            Setelah dua setengah perjalanan, akhirnya mereka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Setelah melalui kastam dan mengambil bagasi, meraka terus melangkah ke balai ketibaan. Di luar Sofea dan pemandu syarikat telah menanti ketibaan mereka.

            “Wafiii…!” Jerit Sofea setelah melihat Adrianna Wafiyah keluar dari balai ketibaan.

            “Fea..!!” Laung Adrianna Wafiyah pula. Dah macam bertahun berpisah. Reza yang berada di situ hanya menggeleng kepala melihat pertemuan dua sahabat ini.

            “Dahlah tu..malu orang tengok. Dah macam jejak kasih aje aku tengok.” Usik Reza.

            “Alamak! Lupa pula big boss ada kat sini.” Adrianna Wafiyah dan Sofea berbisik sesama mereka.

            “Dah, tak payah nak kutuk aku kat situ. Cepatlah. Aku dah lapar ni.”

            “Iyalah bos, oleh kerana korang datang ke tempat aku, aku akan bawa korang makan kat tempat special dan murah. Tapi petang nanti bos. Sekarang ini balik check in dulu. Kalau bos lapar, bos makan kat dulu tengahari ni.” Jawab Sofea.

            “Elleh, tempat dia konon.” Kata Reza sambil mencebik ke arah Adrianna Wafiyah.

            “Iyalah. Dah aku duduk sini.” Kata Sofea dengan bangganya.

            “Cik kak awak tu baru berapa minggu aje kat sini. Tak payah nak kekwat sangat.” Usik Adrianna Wafiyah.

            “So what?” Balas Sofea.

            “Aduhh, korang ni kan. Jomlah cepat balik hotel.” Ajak Reza.

            “Iyalah bos besar.” Usik Sofea.

            Reza hanya menjelir lidah ke arah Sofea. Adrianna Wafiyah yang melihat terasa lucu. Terasa sedang kembali ke zaman belajar dulu. Beginilah Reza dan Sofea kalau bertengkar. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah.

            Sepanjang berada di dalam kereta, Sofea tidak berhenti berceloteh. Ada sahaja cerita dia sepanjang berada di Sabah. Dari yang sedih sampailah yang boleh pecah perut ketawa. Itulah sahabat baik Adrianna Wafiyah. Tidak pernah mengeluh atau menunjukkan rasa sedihnya pada orang-orang sekelilingnya.

            “Em, Fea kau temanlah aku kat hotel.” Ajak Adrianna Wafiyah.

            “Kau tak payah ajak pun memang aku akan tidur sana dengan kau. Dah siap bawak baju pun.” Jawab Sofea.

            “Yeayyy. Sayang kau.” Adrianna Wafiyah memeluk bahu sahabatnya.

            “Habis aku sapa nak teman?” Gurau Reza.

            “Nanti dah kahwin suruhlah wife kau yang teman.” Usik Sofea.

            “Fea, macam mana dengan mesyuarat esok? Semua dah siap.?” Soal Reza serius.

            “Semua dah settle bos. Laporan semua dah siapkan.”

            “Okay, bagus. Tak sia-sia aku hantar kau ke sini.” Puji Reza.

            “Eh, mestilah. Tengok kaki lah.”

            “Pantang puji sikit.” Usik Reza lagi.

            “Hish, dah-dah.  Pening kepala dengar korang bergaduh.” Adrianna Wafiyah tiba-tiba mencelah.

            Masing-masing diam setelah habis modal bercakap. Reza sempat tidur untuk perjalanan yang singkat ini. Adrianna Wafiyah dan Sofea hanya berbual kosong.

            Setengah jam perjalanan, akhirnya meraka sampai di Le Meridien Hotel Kota Kinabalu. Setelah selesai urusan daftar masuk, masing-masing menuju ke bilik. Bilik mereka hanya bersebelahan.

            “Okay guys. Jumpa petang nanti.” Ucap Reza sambil membuka pintu bilik hotel.

            “Okay.” Jawab Adrianna Wafiyah dan Sofea serentak.

            Di dalam bilik hotel Adrianna Wafiyah membuka telefon bimbitnya. Dia masih mengharap Adam Rayyan membalas SMS darinya. Tetapi sekali lagi dia hampa kerana tiada SMS dari suaminya. Adrianna Wafiyah tiba-tiba termenung.

            “Wafi, kenapa ni.?” Tegur Sofea yang baru keluar dari bilik air.

            “Tak ada apa. Kenapa?” Tanya Adrianna Wafiyah balik.

            “Kau tak payah nak tipu aku. Aku tahu kau tengah ada masalah. Dari airport lagi aku perasan.”

            “Entahlah Fea. Aku buntu dengan kehidupan aku sekarang.”Tiba-tiba Adrianna Wafiyah meluahkan perasaannya yang terbuku.

            “La, kenapa pula ni.” Sofea panik bila melihat Adrianna Wafiyah tiba-tiba menangis.

            “Hey, tak mahu nangis-nangis. Cerita kat aku apa masalahnya.” Pujuk Sofea sambil menarik Adrianna Wafiyah ke dalam pelukkannya.

            Lama Adrianna Wafiyah menangis di dalam pelukkan Sofea. Terasa beban yang dia simpan selama ini beransur kurang. Setelah reda sedikit tangisannya, Adrianna Wafiyah menarik nafas perlahan-lahan sebelum menceritakan pada sahabat baiknya itu.

            “Fea, hubungan aku dengan Ray sekarang ni dingin sangat. Ray dah seminggu lebih tak balik rumah.”

            “Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni?”

            “Sejak Nazirah balik ke Malaysia, Ray seakan sentiasa mencari kesalahan aku. Ada saja perkara yang aku buat akan jadi penyebab kemarahannya.”

            “Sapa Nazirah tu?”

            “Nazirah ni bekas kekasih Ray, mereka hampir bertunang dulu. Tapi tak jadi bila perempuan ni lari ke London.”

            “So, maksud kau Ray sekarang bercinta balik dengan Nazirah ni ke?”

            “Itu aku tak tahu, tapi Nazirah pernah meluahkan segalanya pada aku. Dia pernah cakap pada aku yang Ray masih cintakan dia dan aku adalah penghalang untuk mereka bersatu kembali.” Terang Adrianna Wafiyah sambil menyeka air matanya.

            “Boleh percaya ke dengan cakap perempuan tu. Jangan-jangan dia saja nak rosakkan rumah tangga kau dan Ray.”

            “Pada mulanya memang aku tak percaya. Tapi setelah melihat perubahan Ray sejak Nazirah hadir kembali dalam hidup dia, aku perasan suami aku itu dah banyak berubah. Aku pernah nampak Ray dan Nazirah makan berdua di sebuah restoran. Mereka kelihatan sangat mesra.”

            “Lepas tu apa yang terjadi sampai Ray terus keluar dari rumah tak balik-balik.?” Tanya Sofea lagi.

            “Nak jadi cerita, malam tu selepas hantar mertua aku menunaikan haji, Nazirah tiba-tiba mahu menumpang tidur di rumah kami.”

            “Pelik, kenapa dia tiba-tiba nak tidur rumah kau pula.”

            “Itu yang aku pelik. Dan yang menyebabkan aku kecewa sangat, Ray terus setuju tanpa bertanya pendapat aku terlebih dahulu.”

            “dia tampar aku depan perempuan tu Fea. Aku sedih sangat. Padahal aku sayang sangat pada dia. Sampai hati dia aku macam ni Fea.” Adrianna Wafiyah menangis semahu-mahunya.

            “Sabarlah Fea. Kesian dekat kau. Macam-macam dugaan kau tempoh.” Sofea turut menangis bersama Adrianna Wafiyah. Sakit hati Adrianna Wafiyah, sakit juga hati Sofea.

            “Habis sekarang kau nak buat apa?”

            “Aku dah cakap pada Ray, aku redha jika dia mahu kembali pada Nazirah.”

            “Hish, kau tak boleh menyerah kalah macam tu aje. Ray tu suami kau. Perempuan tu masa silam suami kau. Antara kau dan perempuan tu, kau lagi berhak ke atas Ray.” Sofea tidak suka Adrianna Wafiyah mudah putus asa. Semudah itu melepaskan suaminya kepada perempuan lain.

            “Habis, apa aku nak buat?”

            “Kau rebut balik Ray dari perempuan tu sebelum terlambat.”

            “Aku tak tahu Ray ada kat mana sekarang ni. Aku call dia tapi dia tak pernah jawab panggilan aku.”

            “Sabar. Ingat Allah SWT.” Pujuk Sofea.

            “kita akan cari jalan sama-sama.”Kata Sofea lagi.

            “Thanks Fea.” Adrianna Wafiyah berasa lega setelah meluahkan semuanya pada Sofea.

            “Dah, tak nak sedih-sedih. Petang ni kita pergi makan seafood.” Pujuk Sofea.

            “Okaylah, aku pergi mandi dulu.” Ujar Adrianna Wafiyah.

            Sofea sedih mendengar masalah Adrianna Wafiyah. Tidak disangka sahabatnya itu sedang berduka sepanjang dia berada di Sabah. Sofea harus membantu Adrianna Wafiyah. Dia tidak mahu Adrianna Wafiyah cepat putus asa.


Petang itu meraka bertiga menikmati makanan laut di Filipino market. Memang betul kata Sofea, makanan laut di Sabah sangat segar dan murah. Ramai pengunjung yang menikmati makanan laut di sini. Harganya juga berpatutan.

            “Sedapkan seafood kat sini?” Tanya Sofea pada Adrianna Wafiyah.

            “Hmm, sedap. Boleh kena kolestrol tinggi kalau macam ni hari-hari.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            “Wafi, kau kena makan banyak sikit. Sekarang ni aku tengok kau makin kurus.” Kata Reza sambil mengopek kulit udang.

            “Jangan menyesal pula suruh aku makan banyak. Karang maut nak membayarnya.” Usik Adrianna Wafiyah cuba menceriakan dirinya.

            Sofea hanya tersenyum mendengarnya. Dia tahu Adrianna Wafiyah sedang berperang dengan perasaan sedihnya.

            “Ala, takat kau yang makan, belum boleh bankrap lagi. Makanlah Wafi banyak mana pun kau nak makan.” Jawab Reza bersahaja.

            Mereka menikmati makanan laut itu sambil menghayati panaroma petang di Sabah. Sangat mendamaikan. Sedang asyik berbual dan menjamu selera, tiba-tiba Adrianna Wafiyah ditegur seseorang.

            “Eh, Wafi kan?” Tegur orang itu.

            “Ya, saya Wafi. Encik ni siapa?” Tanya Adrianna Wafiyah pelik.

            “Tak ingat ke? Rafi la, kawan Ray.” Rafi memperkenalkan dirinya.

            “Oh, maaf saya tak perasan bila Rafi pakai topi macam ni.”

            “Wafi ikut Ray ke sini ke?. Ray tak bagitahu pula yang Wafi ada di sini.” Tanya Rafi.

            “Ray ada di sini?” Tanya Adrianna Wafiyah terkejut.

            “Haah, Kami tengah melawat tapak projek kat sini. Takkan Wafi tak tahu.”

            Adrianna Wafiyah menggeleng perlahan. Dia memang tidak tahu langsung Adam Rayyan turut berada di Sabah.

            “Kenapa ni Wafi ada masalah dengan Ray ke?” Tanya Rafi.

            “Erm, tak ada apa-apa. Rafi, boleh tak kalau saya nak minta tolong dengan Rafi?” Tanya Adrianna Wafiyah sambil berjalan menjauhi Sofea dan Reza. Dia tidak mahu Reza tahu masalahnya.

            Reza telah pelik bila melihat Adrianna Wafiyah bangun dan bercakap dengan Rafi jauh dari mereka.

            “Kenapa tu?” Tanya Reza sambil menunjuk ke arah Adrianna Wafiyah dan Rafi.

            “Entah, biarlah. Kita tak payah campur urusan mereka.” Nasihat Sofea.

            “Hmm” Reza meneruskan makannya.

            Di meja berbeza, Adrianna Wafiyah sedang berbual dengan Rafi.

            “Apa yang Wafi nak saya bantu?” Tanya Rafi agak pelik.

            “Tolong jangan bagitahu dengan Ray yang awak terjumpa saya di sini.” Mohon Adrianna Wafiyah.

            “Tapi kenapa? Korang ada masalah ke?” Tanya Rafi.

            “Entahlah susah saya nak cerita. Biarlah Ray yang cerita pada awak kalau dia nak cerita.”

            “Awak berdua dengan Ray sahaja ke di sini.?” Tanya Adrianna Wafiyah.

            “Bertiga. Nazirah pun ada sekali. Syarikat kami bergabung untuk projek ni.”

            “Oh, Nazirah pun ada.”

            “erm, okaylah Rafi. Terima kasih. Saya pergi dulu. Kesian kawan-kawan saya menunggu kat sana.”

            “Baiklah. Err..Wafi,  apa pun masalahnya pasti akan ada jalan keluar. Saya harap awak kuat menghadapinya.” Ucap Rafi sebelum berlalu pergi.

            Adrianna Wafiyah hanya senyum sambil mengangguk kepala. Dia berjalan ke mejanya semula. Tidak sangka suaminya ada di sini. Sekurang-kurangnya Adrianna Wafiyah tahu yang suaminya selamat.

            “Korang dah habis makan ke?” Tanya Adrianna Wafiyah.

            “Dah, tunggu kau la.” Jawab Reza.

            “Kalau dah, jomlah balik. Esok pagi kita ada meeting kan.” Ajak Adrianna Wafiyah.

            “Korang berdua baliklah dulu. Aku nak jalan-jalan kat sini sekejap.” Kata Reza.

            “Hmm, okay.”Jawab Sofea.

            “Jumpa esok.” Ucap Adrianna Wafiyah pada Reza.


            Sampai sahaja di bilik hotel, Adrianna Wafiyah menangis lagi. Dia sangat rindukan Adam Rayyan. Sofea yang melihatnya turut sedih melihat sahabat baiknya berduka. Dia hanya membiarkan Adrianna Wafiyah menangis semahu-mahunya. Ini sahaja cara supaya sahabatnya melepaskan semua duka.

Wednesday, 21 May 2014

"Kenal Erti Cinta" - BAB 35

BAB 35

Hari ini Adrianna Wafiyah bersiap untuk ke pejabat. Tangannya yang sakit juga telah beransur baik. Sejak pertelingkahan dengan Adam Rayyan tempoh hari, hubungan mereka juga sudah dingin. Tiada lagi gurau mesra dari Adam Rayyan. Adrianna Wafiyah menguatkan semangatnya untuk teruskan dengan keputusan yang telah dia ambil. Jika suatu hari nanti Adam Rayyan akan menceraikan dirinya, dia akan menerima dengan hati yang tenang.

            “Hari ni pulang awal. Kita hantar mummy dan papa ke airport.” Kata Adam Rayyan dingin tanpa sebarang senyuman.

            “Okay.” Jawab Adrianna Wafiyah ringkas. Dia menyalami tangan suaminya sebelum berangkat ke pejabat.

            Walaupun hubungannya dan Adam Rayyan masih dingin, tetapi Adrianna Wafiyah masih menghormati Adam Rayyan sebagai suaminya yang sah. Tiada sebab untuk dia menjadi isteri derhaka. Dia masih menyediakan makan minum suaminya.

            Malam ini dia dan Adam Rayyan akan menghantar mertuanya ke Kompleks Haji Kelana Jaya. Tempat untuk semua bakal haji berkumpul sebelum berangkat ke lapangan terbang. Mereka akan menunaikan haji. Malam ini juga Alisya Umaira akan berangkat ke Dubai selama sebulan. Selepas ini tinggallah Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan. Mak Limah juga diberi cuti memandangkan tiada siapa dirumah.



Adam Rayyan menyemak setiap laporan yang diterima dari syarikat Nazirah untuk projek terbaru mereka di Sabah. Mereka akan membina resort tercanggih di Sabah. Tumpuan Adam Rayyan agak terganggu sejak keretakan rumahtangganya dengan Adrianna Wafiyah. Nasib baik Nazirah banyak membantu dirinya dalam menjayakan projek ini.

            Tut..tutt..

Bunyi interkom biliknya menyedarkan Adam Rayyan yang sedang asyik menyemak laporan itu.

            “Yes Dahlia” Soal Adam Rayyan.

            “Encik Rayyan, Cik Nazirah nak berjumpa.” Jawan Dahlia.

            “Suruh dia masuk.”

            “Baik Encik Rayyan.”

            Adam Rayyan mengemas mejanya yang berselerak dengan fail-fail. Dia membetulkan tali lehernya yang tidak rapi sementara menanti Nazirah masuk.

            “Hai Ray.” Ucap Nazirah sambil menutup pintu bilik Adam Rayyan.

            “Hey Nazirah, Have a seat.” Pelawa Adam Rayyan.

            “So, you dah semak report yang I bagi?” Tanya Nazirah.

            “I tengah semak. Thanks a lot sebab you banyak bantu I.”

            “It’s okay. Ini pun project I juga kan. Mestilah I bantu. Kalau project ni hancur, bukan you seorang yang hancur. I pun hancur sekali.” Gurau Nazirah.

            Adam Rayyan ketawa mendengar gurauan itu.

            “Ya, you are right”. So, apa hajat you datang sini?” Tanya Adam Rayyan.

            “I nak bagitahu you lah pasal perbincangan I dengan syarikat pembekal tempoh hari.”

            “Oh, ya. So apa kata mereka?. Mereka setuju ke dengan cadangan kita?” Tanya Adam Rayyan.

            “So far, mereka suka dengan cadangan itu. Tapi mereka tetap nak tengok tapak project tu. Sebelum mereka ambil apa-apa keputusan.” Terang Nazirah.

            “Kalau macam tu, kita bawa mereka ke Sabah la. Bila mereka nak pergi?”

            “Itulah yang I nak bincang dengan you ni. Bila you free?”

            “Maksud you?

            “Pihak mereka kalau boleh nak pergi sana secepat mungkin. Tapi terpulanglah pada you. Bila you free nak ke sana?”

            “Eh, kita jangan tangguh-tangguh. Nanti kalau mereka ubah fikiran, Kita yang susah.”

            “Kalau macam tu you rasa bila kita patut bawa mereka?” Tanya Nazirah.

            “Kita pergi minggu depan aje lah.”

            “Okay, kalau macam tu nanti I akan deal dengan mereka.”

            “Erm, Ray, you dah breakfast ke?”

            “Kenapa?”

            “Sajalah I nak ajak you breakfast.”

            “Boleh, jomlah. I pun belum breakfast lagi.”

            Mereka beriringan menuju ke Kafetaria di tingkat 10 pejabat Adam Rayyan. Setelah memesan makanan, mereka memilih tempat yang selesa untuk menyambung perbincangan mereka.

            “Ray, I tengok you macam ada masalah.” Tebak Nazirah.

            “Masalah?. Tak adalah, I’m fine.”

            “Ray, I bukan semalam baru kenal you. So you tak payah nak tipu I.”

            “Emm, entahlah Naz, it’s too personal.”

            “If you still anggap I ni kawan you, You can share with me. Maybe I boleh tolong you.” Pujuk Nazirah.

            “Hurmmm.” Adam Rayyan mengeluh lemah.

            “it’s about my wife.”

            “You wife? Why, what happen to her?” Tanya Nazirah.

            “Entahlah, sejak kebelakangan ini hubungan I dengan dia dingin.”

            “What happen?”

            “I don’t know macam mana dia tahu kisah lama kita and she keep talking that I’m still loving you.”

            Nazirah tersenyum sinis. Akhirnya rumah tangga Adam Rayyan dan Adrianna Wafiyah bergoyah. Inilah masanya untuk dia memainkan peranannya.

            “I can tell her the true. Kalau you izinkan.”

            “Nope, thanks. I tak nak keruhkan lagi keadaan.”

            “Kalau macam tu, tak mengapalah. Tapi if you need help. Just tell me.”

            “Thanks Naz.”



Adrianna Wafiyah kelam kabut berlari ke kereta. Dia takut terlambat sampai di rumah. Malam ini dia akan menghantar kedua orang mertuanya ke Kelana Jaya. Risau jika Adam Rayyan memarahi dirinya gara-gara lambat.

            Sampai sahaja di rumah, Adrianna Wafiyah terus membersihkan diri. Nasib baik Adam Rayyan belum balik. Sekurang-kurangnya dia sampai lebih awal dari suaminya. Usai membersihkan diri, Adrianna Wafiyah bersiap. Dia memakai jubbah berwarna hitam dan melilit selendang berwarna keemasan. Sekali pandang dah macam wanita arab.

            Bila dia keluar dari bilik, kelihatan Adam Rayyan telah menunggunya di sofa. Entah bila suaminya sampai. Dia tidak dengar pula bunyi pintu.

            “Abang tak mandi dulu.” Tanya Adrianna Wafiyah.

            “Saya dah mandi tadi. Jomlah. Nanti lambat.” Jawab Adam Rayyan.

            Seperti biasa tiada senyuman yang terukir di wajah Adam Rayyan. Walaupun Adrianna Wafiyah mempamerkan senyuman manis sekali pun, Adam Rayyan tidak akan membalasnya. Entah sampai bila dia harus menghadapi semua ini.

            Sepanjang perjalanan mereka hanya diam. Tiada sepatah perkataan pun yang mereka bualkan. Adam Rayyan lebih selesa berdiam diri. Sikap isterinya yang seakan tidak mahu memohon maaf dan memujuk dirinya membuatkan Adam Rayyan yakin yang Adrianna Wafiyah betul-betul nekad dengan keputusannya tempoh hari.

            Sampai sahaja di Kompleks Haji Kelana Jaya, kelihatan sanak saudara terdekat sedang berkumpul bersama Jemaah haji masing-masing. Papa dan mummy juga sedang menunggu di khemah bersama Alisya Umaira dan sanak saudara yang lain.

            “Assalamualaikum, mummy, papa.” Ucap Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan.

            Mereka menyalami tangan orang tua mereka dan sanak saudara yang hadir. Semuanya saudara di sebelah Datin Rohana dan Datuk Razlan. Nazirah juga hadir bersama keluarganya.

            “Apa khabar uncle, auntie.” Ucap Adam Rayyan kepada kedua orang tua Nazirah.

            “Baik Ray.”

            Adam Rayyan tidak mengenalkan Adrianna Wafiyah kepada orang tua Nazirah. Tetapi Adrianna Wafiyah tetap bersalam dengan mereka. Dia mengenalkan dirinya sendiri.

            Suasana sedih mengelubungi semua Jemaah Haji dan sanak- saudara yang ada di Kompleks Haji Kelana Jaya itu. Masing-masing sedih apabila bersalam dengan keluarga masing-masing. Termasuklah dengan keluarga Datin Rohana dan Datuk Razlan.

            “Mummy, papa. Lisya minta ampun kalau selama ini Lisya banyak menyusahkan mummy dengan papa. Halalkan semua makan minum Lisya. Mummy dengan papa jaga diri kat sana.” Ucap Alisya Umaira sambil menangis. Dia tidak dapat menahan sebak.

            “Mummy dengan papa pun sama. Kamu jaga diri semasa di Dubai nanti. Jaga makan minum. Jaga perlakuan.” Pesan Datuk Razlan dan Datin Rohana. Mereka memeluk Alisya Umaira.

            “Papa, mummy, Ray pun sama juga. Ray minta ampun untuk setiap tingkah laku Ray selama ini yang selalu menyusahkan hati mummy dan papa. Maafkan Ray mumm, papa.” Ucap Adam Rayyan sambil memeluk kedua orang tuanya.

            Adrianna Wafiyah yang meliaht tidak dapat menahan sebak. Dia turut sedih melihatnya.

            “Mummy..” Adrianna Wafiyah terus memeluk ibu mertuanya.

            “Wafi minta maaf kalau selama menjadi mennatu mummy dengan papa, Wafi ada menyakiti hati mummy dan papa.” Ucap Adrianna Wafiyah sambil memandang wajah Datuk Razlan.

            “Wafi menantu yang baik. Jaga diri baik-baik.” Ucap datin Rohana dan Datuk Razlan. Adrianna Wafiyah menyalami tangan kedua orang mertua. Pilu hatinya.

            Adrianna Wafiyah mengesat air matanya. Adam Rayyan yang berdiri disebelah juga sedih. Begitu juga Alisya Umaira.

            Nazirah dan kedua orang tuanya juga bersalaman dengan Datin Rohana dan Datuk Razlan.

            “Terima Nazirah, Tan Sri, Puan Sri kerana datang menghantar kami.” Ucap Datin Rohana.

            “Mummy, uncle..jaga diri di sana ya. Maafkan semua kesalahan Nazirah.” Ucap Nazirah penuh dengan kepura-puraan.

            Datin Rohana dan Datuk Razlan, juga Jemaah Haji yang lain melambai tangan pada keluarga masing-masing ketika berjalan masuk ke dewan berkumpul sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah.

            Selepas semuanya selesai, kebanyakan sanak saudara yang menghantar ahli keluarga mereka mula berangkat pulang. Begitu juga dengan sanak saudara Datin Rohana dan Datuk Razlan.

            Baru sahaja Adrianna Wafiyah ingin melangkah tiba-tiba bahunya disentuh seseorang.
Adrianna Wafiyah berpaling ke belakang.

            “Sally?” Ucap Adrianna Wafiyah. Yang lain turut menoleh ke arah Sally.

            “Awak pun pergi hari ni ke?” Tanya Adrianna Wafiyah.

            Nazirah memandang pelik ke arah Sally. Sejak bila Sally dan Adrianna Wafiyah berkawan baik. Nazirah menjeling ke arah Sally. Dia berlalu pergi tanpa menegur Sally. Sally hanya melihat Nazirah meninggalkannya. Dia tahu Nazirah masih marah dengannya. Adam Rayyan mengikuti langkah Nazirah. Maka, tinggallah Adrianna Wafiyah dan Sally di situ.

            “Wafi, saya nak minta maaf pada awak. Selama ini saya banyak buat salah dengan awak.” Ucap Sally sambil menahan sebak.

            “InShaAllah Sally, saya dah lama maafkan awak.”

            “Terima kasih Wafi. Saya pergi dulu.” Ucap Sally.

            “Semoga awak tenang menunaikan ibadah Haji.”

            “InShaAllah.” Ucap Sally sambil melangkah memasuki dewan utama.

            Adrianna Wafiyah berjalan keluar. Dia melihat Adam Rayyan, Nazirah dan Alisya Umaira sedang menanti dirinya di kereta. Dia mengeluh lemah. Terasa asing berada diantara Adam Rayyan dan Nazirah.

            “Lisya nak abang hantar ke airport ke?” Tanya Adam Rayyan.

            “Tak payahlah abang. Lisya pergi dengan kawan.”

            “Oh, bila nak kenalkan pada abang “kawan “lisya tu?” Usik Adam Rayyan.

            “InShaAllah, tunggu mummy dan papa balik nanti, Lisya kenalkan pada semua.”

            “Lisya pergi dululah. Kak Wafi, Kak Naz.”

            “Hati-hati Lisya.” Jawab Nazirah.

            “Kak, Lisya pergi dulu. Kalau ada apa-apa akak jangan segan-segan nak call Lisya.” Pesan Lisya bila memeluk kakak iparnya.”

            “InShaAllah. Hati-hati ya dik.”

            “Bye semua.” Ucap Alisya Umaira sambil melambai tangan pada mereka semua.

            Mereka melambai tangan pada Alisya Umaira. Adrianna Wafiyah agak hairan bila melihat Nazirah menaiki kereta Adam Rayyan.

            “Naz tumpang kita balik.” Kata Adam Rayyan. Bila dia melihat wajah Adrianna Wafiyah seakan terkejut melihat Nzairah menaiki kereta mereka.

            “Oh, okay.” Jawabnya ringkas.

            Nazirah berada di kerusi belakang. Tetapi dia menongkat tangannya diantara kerusi Adam Rayyan dan Adrianna Wafiyah. Ini bermaksud Nazirah berada ditengah-tengah antara mereka.

            “Erm Ray, boleh tak malam ni I tumpang tidur rumah you.” Tanya Nazirah.

            Adrianna Wafiyah memandang wajah Adam Rayyan. Dengan harapan Adam Rayyan tidak bersetuju. Masa kan Nazirah mahu tidur di rumah mereka.

            “Kenapa you nak tidur rumah I pula?”

            “Actually my parents tak ada malam ni. Diorang balik kampung. Maid I pun ikut sekali. So, dah malam macam ni, I takut juga nak duduk seorang.”

            “Oh, berapa hari parents you balik kampung?”

            “Esok petang diorang balik sini dah. So I nak tumpang malam ni aje.”

            “Boleh, tak ada masalah. Bahaya juga you duduk seorang di rumah.”

            Adrianna Wafiyah mengetap bibir. Dia kecewa dengan sikap Adam Rayyan. Kalau iya pun mahu menyakiti hatinya, janganlah sampai membawa Nazirah pulang ke rumah. Apa kata jiran-jiran nanti. Adam Rayyan langsung tidak meminta pendapatnya.

            “Boleh ya Wafi, I tumpang rumah you malam ni?” Tanya Nazirah pada Adrianna Wafiyah sambil tersenyum sinis.

            “Hmm, kalau Ray dah kata ya, buat apa nak tanya saya lagi. Lagipun itu rumah Ray.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil menjeling tajam ke arah Adam Rayyan.

            Adam Rayyan terasa terpukul dengan kata-kata isterinya. Dia tahu Adrianna Wafiyah tidak suka dengan kehadiran Nazirah di rumah itu.

            Adrianna Wafiyah hanya berdiam diri. Hanya Adam Rayyan dan Nazirah yang berbual sepanjang perjalanan. Dia tiada hati mahu berbual dengan mereka berdua. Hatinya sakit dengan permainan Nazirah dan Adam Rayyan.

            Sampai sahaja dirumah, Adrianna Wafiyah terus melangkah masuk ke bilik. Dia tiada hati mahu melayan tetamu yang tidak diundang itu. Pandai-pandailah Adam Rayyan melayan tetamu itu. Pintu bilik sengaja dihempas kuat. Biar Adam Rayyan tahu hatinya sakit dengan sikap Adam Rayyan.

            Nazirah dan Adam Rayyan yang berada diruang tamu berkejut dengan bunyi pintu yang kuat itu. Adam Rayyan mengetap bibirnya tanpa geram dengan sikap kurang ajar Adrianna Wafiyah.

            “Naz, bilik you kat depan sana tu ya.”

            “Thanks Ray. Err, Ray. I think Wafi marah I tumpang tidur sini. Kalau menyusahkan I boleh balik rumah I malam ni.” Ujar Nazirah meminta simpati Adam Rayyan.

            “Sorry pasal Wafi. You jangan ambil hati. Just make yourself comfortable at here.” Jawab Adam Rayyan senyum sambil melangkah ke bilik.

            Nazirah tersenyum senang. Dia mula berangan menjadi isteri Adam Rayyan. Rumah ini bakal menjadi rumahnya tidak lama lagi. Nazirah tersenyum sinis. ‘Padan muka kau perempuan kampung.’ Kutuk hatinya. Dia melangkah menuju ke bilik yang dimaksudkan.

            Di dalam bilik tidur utama menyaksikan wajah Adam Rayyan yang menyinga. Tidak pernah Adrianna Wafiyah menunjuk sikap kurang ajar seperti ini. Dia mula hilang sabar dengan Adrianna Wafiyah. Baru sahaja dia mahu membuka mulut memarahi Adrianna Wafiyah, tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar.

            Tok..Tokk..

            Adam Rayyan membuka pintu bilik. Adrianna Wafiyah hanya menjeling dari jauh. Dia tahu pasti Nazirah.

            “Ada apa Naz?” Tanya Adam Rayyan pelik.

            “Err, I tak bawa baju la. Boleh I pinjam baju?” Tanya Nazirah sambil menjeling sekitar bilik tidur utama itu.

            “Oh, I ingatkan apa tadi. Sekejap ya.”

            “Pinjam baju untuk Naz.” Suruh Adam Rayyan kepada isterinya.

            “Haihh, dah tahu nak tumpang tidur sini tapi baju tak bawa?” Perli Adrianna Wafiyah.

            “Err, sorry Wafi, I tak plan pun sebenarnya nak tidur sini.” Terang Nazirah di muka pintu.

            “Wafi, behave yourself!” Marah Adam Rayyan.

            Adam Rayyan segera mengambil baju Adrianna Wafiyah dan menyerahkan kepada Nazirah tanpa bertanya kepada Adrianna Wafiyah.

            Pintu bilik ditutup kembali. Adam Rayyan sudah hilang sabar. Dia mencengkam pergelangan tangan Adrianna Wafiyah. Perasaan marahnya telah sampai ke kemuncak.

            “Apa ni, sakitlah.” Marah Adrianna Wafiyah sambil cuba melepaskan pergelangan tangannya.

            “Kenapa kau ni kurang ajar sangat!” Marah Adam Rayyan.

            “Apa salah Wafi! Abang cuba tanya diri abang! Pernah tak abang jaga perasaan Wafi!” Adrianna Wafiyah mula menangis.

            “Apa aku dah buat?! Bukankah kau sendiri yang redha pasal Nazirah! Kenapa sekarang kau nak tunjuk protes!” Tengking Adam Rayyan.

            “Iya memang Wafi yang buat keputusan! Tapi abang tak sepatutnya bawa perempuan itu balik sini selagi belum ada ikatan yang sah!” Marah Adrianna Wafiyah.

            “Hey..Hey! Kau dengar sini. Pandang muka aku bila aku bercakap!” Adam Rayyan mencengkam dagu Adrianna Wafiyah.

            “aku tak buat apa-apa pun dengan Nazirah. Dia just nak tumpang tidur sini semalam. Salah ke?!”

            “Ada abang fikir perasaan Wafi masa setuju tumpangkan Nazirah tadi?”

            “Ada kau jaga air muka aku bila kau kurang ajar depan tetamu tadi?” Tanya Adam Rayyan kembali.

            “Kau nak jadi apa? Isteri derhaka!” Tengking Adam Rayyan.

            Terkedu Adrianna Wafiyah mendengar perkataan derhaka yang keluar dari mulut Adam Rayyan tadi. Adrianna Wafiyah mula tersedar. Dia mula mengucap panjang. Dia menarik nafas dalam-dalam.

            Adam Rayyan terus berlalu ke sofa. Dia tiada hati mahu berada di dalam bilik itu. Jika tidak difikirkan Nazirah ada dirumah itu pasti dia akan berambus keluar dari rumah itu.

            Pagi itu Adrianna Wafiyah menyediakan sarapan pagi seperti biasa. Hatinya sedih dengan sikap Adam Rayyan.

            “Hai.” Tegur Nazirah di dapur.

            “Kau nak apa?” Tanya Adrianna Wafiyah kasar.

            “Hey, tak bersopan langsung you kan. Layan tetamu macam tu?” Perli Nazirah.

            “Aku bersopan dengan orang yang baik-baik. Bukan perempuan macam kau!” Adrianna Wafiyah mengetap bibirnya.

            “Hey!, you dengar sini perempuan. I pun tak heranlah dengan you. I akan pastikan Ray ceraikan you. Dia tak layak dapat perempuan macam you!” Nazirah menambah minyak dalam api Adrianna Wafiyah.

            Tiba-tiba Nazirah nampak Adam Rayyan sedang menuju ke dapur. Terus dia bertukar menjadi lembut.

            “Biar I bantu you.” Ucapnya lembut.

            “Kau tak payah nak tunjuk baik kat sini. Dasar perempuan..” Belum sempat Adrianna Wafiyah menjawab, Adam Rayyan telah menampar pipinya.

            Pangg!!

            “Jangan nak kurang ajar!” Marah Adam Rayyan.

            Adrianna Wafiyah memegang pipinya yang terasa perit dengan tamparan itu. Nazirah yang menyaksikannya turut terkedu dengan tindakan pantas Adam Rayyan.

            “Jom Naz. I hantar you balik.!” Adam Rayyan menarik tangan Nazirah keluar dari rumah itu.


            Tinggallah Adrianna Wafiyah seorang diri sambil menangis. Dia tidak menyangka Adam Rayyan akan bertindak sejauh itu. Dia terduduk menangisi nasibnya.