BAB 35
Hari
ini Adrianna Wafiyah bersiap untuk ke pejabat. Tangannya yang sakit juga telah
beransur baik. Sejak pertelingkahan dengan Adam Rayyan tempoh hari, hubungan
mereka juga sudah dingin. Tiada lagi gurau mesra dari Adam Rayyan. Adrianna
Wafiyah menguatkan semangatnya untuk teruskan dengan keputusan yang telah dia
ambil. Jika suatu hari nanti Adam Rayyan akan menceraikan dirinya, dia akan
menerima dengan hati yang tenang.
“Hari ni pulang awal. Kita hantar
mummy dan papa ke airport.” Kata Adam
Rayyan dingin tanpa sebarang senyuman.
“Okay.” Jawab Adrianna Wafiyah
ringkas. Dia menyalami tangan suaminya sebelum berangkat ke pejabat.
Walaupun hubungannya dan Adam Rayyan
masih dingin, tetapi Adrianna Wafiyah masih menghormati Adam Rayyan sebagai
suaminya yang sah. Tiada sebab untuk dia menjadi isteri derhaka. Dia masih
menyediakan makan minum suaminya.
Malam ini dia dan Adam Rayyan akan
menghantar mertuanya ke Kompleks Haji Kelana Jaya. Tempat untuk semua bakal
haji berkumpul sebelum berangkat ke lapangan terbang. Mereka akan menunaikan
haji. Malam ini juga Alisya Umaira akan berangkat ke Dubai selama sebulan.
Selepas ini tinggallah Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan. Mak Limah juga diberi
cuti memandangkan tiada siapa dirumah.
Adam Rayyan menyemak
setiap laporan yang diterima dari syarikat Nazirah untuk projek terbaru mereka
di Sabah. Mereka akan membina resort tercanggih di Sabah. Tumpuan Adam Rayyan
agak terganggu sejak keretakan rumahtangganya dengan Adrianna Wafiyah. Nasib
baik Nazirah banyak membantu dirinya dalam menjayakan projek ini.
Tut..tutt..
Bunyi
interkom biliknya menyedarkan Adam Rayyan yang sedang asyik menyemak laporan
itu.
“Yes Dahlia”
Soal Adam Rayyan.
“Encik Rayyan, Cik Nazirah nak berjumpa.” Jawan Dahlia.
“Suruh dia masuk.”
“Baik Encik Rayyan.”
Adam Rayyan mengemas mejanya yang berselerak dengan
fail-fail. Dia membetulkan tali lehernya yang tidak rapi sementara menanti
Nazirah masuk.
“Hai Ray.” Ucap Nazirah sambil menutup pintu bilik Adam
Rayyan.
“Hey Nazirah, Have a seat.” Pelawa Adam Rayyan.
“So, you dah
semak report yang I bagi?” Tanya
Nazirah.
“I tengah
semak. Thanks a lot sebab you banyak bantu I.”
“It’s okay. Ini
pun project I juga kan. Mestilah I bantu. Kalau project ni hancur, bukan you
seorang yang hancur. I pun hancur
sekali.” Gurau Nazirah.
Adam Rayyan ketawa mendengar gurauan itu.
“Ya, you are right”.
So, apa hajat you datang sini?” Tanya Adam Rayyan.
“I nak bagitahu
you lah pasal perbincangan I dengan
syarikat pembekal tempoh hari.”
“Oh, ya. So apa
kata mereka?. Mereka setuju ke dengan cadangan kita?” Tanya Adam Rayyan.
“So far, mereka
suka dengan cadangan itu. Tapi mereka tetap nak tengok tapak project tu. Sebelum mereka ambil apa-apa
keputusan.” Terang Nazirah.
“Kalau macam tu, kita bawa mereka ke Sabah la. Bila
mereka nak pergi?”
“Itulah yang I
nak bincang dengan you ni. Bila you free?”
“Maksud you?”
“Pihak mereka kalau boleh nak pergi sana secepat mungkin.
Tapi terpulanglah pada you. Bila you free
nak ke sana?”
“Eh, kita jangan tangguh-tangguh. Nanti kalau mereka ubah
fikiran, Kita yang susah.”
“Kalau macam tu you
rasa bila kita patut bawa mereka?” Tanya Nazirah.
“Kita pergi minggu depan aje lah.”
“Okay, kalau macam tu nanti I akan deal dengan
mereka.”
“Erm, Ray, you
dah breakfast ke?”
“Kenapa?”
“Sajalah I nak
ajak you breakfast.”
“Boleh, jomlah. I
pun belum breakfast lagi.”
Mereka beriringan menuju ke Kafetaria di tingkat 10
pejabat Adam Rayyan. Setelah memesan makanan, mereka memilih tempat yang selesa
untuk menyambung perbincangan mereka.
“Ray, I tengok you macam ada masalah.” Tebak Nazirah.
“Masalah?. Tak adalah, I’m fine.”
“Ray, I bukan
semalam baru kenal you. So you tak payah nak tipu I.”
“Emm, entahlah Naz, it’s
too personal.”
“If you still
anggap I ni kawan you, You
can share with me. Maybe I boleh tolong
you.” Pujuk Nazirah.
“Hurmmm.” Adam Rayyan mengeluh lemah.
“it’s about my wife.”
“You wife? Why,
what happen to her?” Tanya Nazirah.
“Entahlah, sejak kebelakangan ini hubungan I dengan dia dingin.”
“What happen?”
“I don’t know
macam mana dia tahu kisah lama kita and she
keep talking that I’m still loving you.”
Nazirah
tersenyum sinis. Akhirnya rumah tangga Adam Rayyan dan Adrianna Wafiyah
bergoyah. Inilah masanya untuk dia memainkan peranannya.
“I can tell her the
true. Kalau you izinkan.”
“Nope, thanks. I
tak nak keruhkan lagi keadaan.”
“Kalau macam tu, tak mengapalah. Tapi if you need help. Just tell me.”
“Thanks Naz.”
Adrianna Wafiyah kelam
kabut berlari ke kereta. Dia takut terlambat sampai di rumah. Malam ini dia akan
menghantar kedua orang mertuanya ke Kelana Jaya. Risau jika Adam Rayyan
memarahi dirinya gara-gara lambat.
Sampai sahaja di rumah, Adrianna Wafiyah terus
membersihkan diri. Nasib baik Adam Rayyan belum balik. Sekurang-kurangnya dia
sampai lebih awal dari suaminya. Usai membersihkan diri, Adrianna Wafiyah
bersiap. Dia memakai jubbah berwarna hitam dan melilit selendang berwarna
keemasan. Sekali pandang dah macam wanita arab.
Bila dia keluar dari bilik, kelihatan Adam Rayyan telah
menunggunya di sofa. Entah bila suaminya sampai. Dia tidak dengar pula bunyi
pintu.
“Abang tak mandi dulu.” Tanya Adrianna Wafiyah.
“Saya dah mandi tadi. Jomlah. Nanti lambat.” Jawab Adam
Rayyan.
Seperti biasa tiada senyuman yang terukir di wajah Adam
Rayyan. Walaupun Adrianna Wafiyah mempamerkan senyuman manis sekali pun, Adam
Rayyan tidak akan membalasnya. Entah sampai bila dia harus menghadapi semua
ini.
Sepanjang perjalanan mereka hanya diam. Tiada sepatah
perkataan pun yang mereka bualkan. Adam Rayyan lebih selesa berdiam diri. Sikap
isterinya yang seakan tidak mahu memohon maaf dan memujuk dirinya membuatkan
Adam Rayyan yakin yang Adrianna Wafiyah betul-betul nekad dengan keputusannya
tempoh hari.
Sampai sahaja di Kompleks Haji Kelana Jaya, kelihatan
sanak saudara terdekat sedang berkumpul bersama Jemaah haji masing-masing. Papa
dan mummy juga sedang menunggu di khemah bersama Alisya Umaira dan sanak saudara
yang lain.
“Assalamualaikum, mummy, papa.” Ucap Adrianna Wafiyah dan
Adam Rayyan.
Mereka menyalami tangan orang tua mereka dan sanak
saudara yang hadir. Semuanya saudara di sebelah Datin Rohana dan Datuk Razlan.
Nazirah juga hadir bersama keluarganya.
“Apa khabar uncle,
auntie.” Ucap Adam Rayyan kepada kedua orang tua Nazirah.
“Baik Ray.”
Adam Rayyan tidak mengenalkan Adrianna Wafiyah kepada
orang tua Nazirah. Tetapi Adrianna Wafiyah tetap bersalam dengan mereka. Dia
mengenalkan dirinya sendiri.
Suasana sedih mengelubungi semua Jemaah Haji dan sanak-
saudara yang ada di Kompleks Haji Kelana Jaya itu. Masing-masing sedih apabila
bersalam dengan keluarga masing-masing. Termasuklah dengan keluarga Datin
Rohana dan Datuk Razlan.
“Mummy, papa. Lisya minta ampun kalau selama ini Lisya
banyak menyusahkan mummy dengan papa. Halalkan semua makan minum Lisya. Mummy
dengan papa jaga diri kat sana.” Ucap Alisya Umaira sambil menangis. Dia tidak
dapat menahan sebak.
“Mummy dengan papa pun sama. Kamu jaga diri semasa di
Dubai nanti. Jaga makan minum. Jaga perlakuan.” Pesan Datuk Razlan dan Datin
Rohana. Mereka memeluk Alisya Umaira.
“Papa, mummy, Ray pun sama juga. Ray minta ampun untuk
setiap tingkah laku Ray selama ini yang selalu menyusahkan hati mummy dan papa.
Maafkan Ray mumm, papa.” Ucap Adam Rayyan sambil memeluk kedua orang tuanya.
Adrianna Wafiyah yang meliaht tidak dapat menahan sebak.
Dia turut sedih melihatnya.
“Mummy..” Adrianna Wafiyah terus memeluk ibu mertuanya.
“Wafi minta maaf kalau selama menjadi mennatu mummy
dengan papa, Wafi ada menyakiti hati mummy dan papa.” Ucap Adrianna Wafiyah
sambil memandang wajah Datuk Razlan.
“Wafi menantu yang baik. Jaga diri baik-baik.” Ucap datin
Rohana dan Datuk Razlan. Adrianna Wafiyah menyalami tangan kedua orang mertua.
Pilu hatinya.
Adrianna Wafiyah mengesat air matanya. Adam Rayyan yang
berdiri disebelah juga sedih. Begitu juga Alisya Umaira.
Nazirah dan kedua orang tuanya juga bersalaman dengan
Datin Rohana dan Datuk Razlan.
“Terima Nazirah, Tan Sri, Puan Sri kerana datang
menghantar kami.” Ucap Datin Rohana.
“Mummy, uncle..jaga
diri di sana ya. Maafkan semua kesalahan Nazirah.” Ucap Nazirah penuh dengan
kepura-puraan.
Datin Rohana dan Datuk Razlan, juga Jemaah Haji yang lain
melambai tangan pada keluarga masing-masing ketika berjalan masuk ke dewan
berkumpul sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah.
Selepas semuanya selesai, kebanyakan sanak saudara yang
menghantar ahli keluarga mereka mula berangkat pulang. Begitu juga dengan sanak
saudara Datin Rohana dan Datuk Razlan.
Baru sahaja Adrianna Wafiyah ingin melangkah tiba-tiba
bahunya disentuh seseorang.
Adrianna Wafiyah
berpaling ke belakang.
“Sally?” Ucap Adrianna Wafiyah. Yang lain turut menoleh
ke arah Sally.
“Awak pun pergi hari ni ke?” Tanya Adrianna Wafiyah.
Nazirah memandang pelik ke arah Sally. Sejak bila Sally
dan Adrianna Wafiyah berkawan baik. Nazirah menjeling ke arah Sally. Dia
berlalu pergi tanpa menegur Sally. Sally hanya melihat Nazirah meninggalkannya.
Dia tahu Nazirah masih marah dengannya. Adam Rayyan mengikuti langkah Nazirah.
Maka, tinggallah Adrianna Wafiyah dan Sally di situ.
“Wafi, saya nak minta maaf pada awak. Selama ini saya
banyak buat salah dengan awak.” Ucap Sally sambil menahan sebak.
“InShaAllah Sally, saya dah lama maafkan awak.”
“Terima kasih Wafi. Saya pergi dulu.” Ucap Sally.
“Semoga awak tenang menunaikan ibadah Haji.”
“InShaAllah.” Ucap Sally sambil melangkah memasuki dewan
utama.
Adrianna Wafiyah berjalan keluar. Dia melihat Adam
Rayyan, Nazirah dan Alisya Umaira sedang menanti dirinya di kereta. Dia
mengeluh lemah. Terasa asing berada diantara Adam Rayyan dan Nazirah.
“Lisya nak abang hantar ke airport ke?” Tanya Adam
Rayyan.
“Tak payahlah abang. Lisya pergi dengan kawan.”
“Oh, bila nak kenalkan pada abang “kawan “lisya tu?” Usik
Adam Rayyan.
“InShaAllah, tunggu mummy dan papa balik nanti, Lisya
kenalkan pada semua.”
“Lisya pergi dululah. Kak Wafi, Kak Naz.”
“Hati-hati Lisya.” Jawab Nazirah.
“Kak, Lisya pergi dulu. Kalau ada apa-apa akak jangan
segan-segan nak call Lisya.” Pesan
Lisya bila memeluk kakak iparnya.”
“InShaAllah. Hati-hati ya dik.”
“Bye semua.”
Ucap Alisya Umaira sambil melambai tangan pada mereka semua.
Mereka melambai tangan pada Alisya Umaira. Adrianna
Wafiyah agak hairan bila melihat Nazirah menaiki kereta Adam Rayyan.
“Naz tumpang kita balik.” Kata Adam Rayyan. Bila dia
melihat wajah Adrianna Wafiyah seakan terkejut melihat Nzairah menaiki kereta
mereka.
“Oh, okay.” Jawabnya ringkas.
Nazirah berada di kerusi belakang. Tetapi dia menongkat
tangannya diantara kerusi Adam Rayyan dan Adrianna Wafiyah. Ini bermaksud Nazirah
berada ditengah-tengah antara mereka.
“Erm Ray, boleh tak malam ni I tumpang tidur rumah you.”
Tanya Nazirah.
Adrianna Wafiyah memandang wajah Adam Rayyan. Dengan
harapan Adam Rayyan tidak bersetuju. Masa kan Nazirah mahu tidur di rumah
mereka.
“Kenapa you nak tidur rumah I pula?”
“Actually my
parents tak ada malam ni. Diorang balik kampung. Maid I pun ikut sekali. So, dah
malam macam ni, I takut juga nak
duduk seorang.”
“Oh, berapa hari parents
you balik kampung?”
“Esok petang diorang balik sini dah. So I nak tumpang malam ni aje.”
“Boleh, tak ada masalah. Bahaya juga you duduk seorang di
rumah.”
Adrianna Wafiyah mengetap bibir. Dia kecewa dengan sikap
Adam Rayyan. Kalau iya pun mahu menyakiti hatinya, janganlah sampai membawa
Nazirah pulang ke rumah. Apa kata jiran-jiran nanti. Adam Rayyan langsung tidak
meminta pendapatnya.
“Boleh ya Wafi, I
tumpang rumah you malam ni?” Tanya
Nazirah pada Adrianna Wafiyah sambil tersenyum sinis.
“Hmm, kalau Ray dah kata ya, buat apa nak tanya saya
lagi. Lagipun itu rumah Ray.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil menjeling tajam ke
arah Adam Rayyan.
Adam Rayyan terasa terpukul dengan kata-kata isterinya.
Dia tahu Adrianna Wafiyah tidak suka dengan kehadiran Nazirah di rumah itu.
Adrianna Wafiyah hanya berdiam diri. Hanya Adam Rayyan
dan Nazirah yang berbual sepanjang perjalanan. Dia tiada hati mahu berbual
dengan mereka berdua. Hatinya sakit dengan permainan Nazirah dan Adam Rayyan.
Sampai sahaja dirumah, Adrianna Wafiyah terus melangkah
masuk ke bilik. Dia tiada hati mahu melayan tetamu yang tidak diundang itu.
Pandai-pandailah Adam Rayyan melayan tetamu itu. Pintu bilik sengaja dihempas
kuat. Biar Adam Rayyan tahu hatinya sakit dengan sikap Adam Rayyan.
Nazirah dan Adam Rayyan yang berada diruang tamu berkejut
dengan bunyi pintu yang kuat itu. Adam Rayyan mengetap bibirnya tanpa geram
dengan sikap kurang ajar Adrianna Wafiyah.
“Naz, bilik you
kat depan sana tu ya.”
“Thanks Ray.
Err, Ray. I think Wafi marah I tumpang tidur sini. Kalau menyusahkan I boleh balik rumah I malam ni.” Ujar Nazirah meminta simpati Adam Rayyan.
“Sorry pasal
Wafi. You jangan ambil hati. Just make yourself comfortable at here.”
Jawab Adam Rayyan senyum sambil melangkah ke bilik.
Nazirah tersenyum senang. Dia mula berangan menjadi
isteri Adam Rayyan. Rumah ini bakal menjadi rumahnya tidak lama lagi. Nazirah
tersenyum sinis. ‘Padan muka kau perempuan kampung.’ Kutuk hatinya. Dia melangkah
menuju ke bilik yang dimaksudkan.
Di dalam bilik tidur utama menyaksikan wajah Adam Rayyan
yang menyinga. Tidak pernah Adrianna Wafiyah menunjuk sikap kurang ajar seperti
ini. Dia mula hilang sabar dengan Adrianna Wafiyah. Baru sahaja dia mahu membuka
mulut memarahi Adrianna Wafiyah, tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar.
Tok..Tokk..
Adam Rayyan membuka pintu bilik. Adrianna Wafiyah hanya
menjeling dari jauh. Dia tahu pasti Nazirah.
“Ada apa Naz?” Tanya Adam Rayyan pelik.
“Err, I tak
bawa baju la. Boleh I pinjam baju?”
Tanya Nazirah sambil menjeling sekitar bilik tidur utama itu.
“Oh, I ingatkan
apa tadi. Sekejap ya.”
“Pinjam baju untuk Naz.” Suruh Adam Rayyan kepada
isterinya.
“Haihh, dah tahu nak tumpang tidur sini tapi baju tak
bawa?” Perli Adrianna Wafiyah.
“Err, sorry
Wafi, I tak plan pun sebenarnya nak tidur sini.” Terang Nazirah di muka pintu.
“Wafi, behave
yourself!” Marah Adam Rayyan.
Adam Rayyan segera mengambil baju Adrianna Wafiyah dan
menyerahkan kepada Nazirah tanpa bertanya kepada Adrianna Wafiyah.
Pintu bilik ditutup kembali. Adam Rayyan sudah hilang
sabar. Dia mencengkam pergelangan tangan Adrianna Wafiyah. Perasaan marahnya
telah sampai ke kemuncak.
“Apa ni, sakitlah.” Marah Adrianna Wafiyah sambil cuba
melepaskan pergelangan tangannya.
“Kenapa kau ni kurang ajar sangat!” Marah Adam Rayyan.
“Apa salah Wafi! Abang cuba tanya diri abang! Pernah tak abang
jaga perasaan Wafi!” Adrianna Wafiyah mula menangis.
“Apa aku dah buat?! Bukankah kau sendiri yang redha pasal
Nazirah! Kenapa sekarang kau nak tunjuk protes!” Tengking Adam Rayyan.
“Iya memang Wafi yang buat keputusan! Tapi abang tak
sepatutnya bawa perempuan itu balik sini selagi belum ada ikatan yang sah!”
Marah Adrianna Wafiyah.
“Hey..Hey! Kau dengar sini. Pandang muka aku bila aku
bercakap!” Adam Rayyan mencengkam dagu Adrianna Wafiyah.
“aku tak buat apa-apa pun dengan Nazirah. Dia just nak tumpang tidur sini semalam.
Salah ke?!”
“Ada abang fikir perasaan Wafi masa setuju tumpangkan
Nazirah tadi?”
“Ada kau jaga air muka aku bila kau kurang ajar depan
tetamu tadi?” Tanya Adam Rayyan kembali.
“Kau nak jadi apa? Isteri derhaka!” Tengking Adam Rayyan.
Terkedu Adrianna Wafiyah mendengar perkataan derhaka yang
keluar dari mulut Adam Rayyan tadi. Adrianna Wafiyah mula tersedar. Dia mula
mengucap panjang. Dia menarik nafas dalam-dalam.
Adam Rayyan terus berlalu ke sofa. Dia tiada hati mahu
berada di dalam bilik itu. Jika tidak difikirkan Nazirah ada dirumah itu pasti
dia akan berambus keluar dari rumah itu.
Pagi itu Adrianna Wafiyah menyediakan sarapan pagi
seperti biasa. Hatinya sedih dengan sikap Adam Rayyan.
“Hai.” Tegur Nazirah di dapur.
“Kau nak apa?” Tanya Adrianna Wafiyah kasar.
“Hey, tak bersopan langsung you kan. Layan tetamu macam tu?” Perli Nazirah.
“Aku bersopan dengan orang yang baik-baik. Bukan
perempuan macam kau!” Adrianna Wafiyah mengetap bibirnya.
“Hey!, you
dengar sini perempuan. I pun tak
heranlah dengan you. I akan pastikan Ray ceraikan you. Dia tak layak dapat perempuan macam
you!” Nazirah menambah minyak dalam
api Adrianna Wafiyah.
Tiba-tiba Nazirah nampak Adam Rayyan sedang menuju ke
dapur. Terus dia bertukar menjadi lembut.
“Biar I bantu you.” Ucapnya lembut.
“Kau tak payah nak tunjuk baik kat sini. Dasar
perempuan..” Belum sempat Adrianna Wafiyah menjawab, Adam Rayyan telah menampar
pipinya.
Pangg!!
“Jangan nak
kurang ajar!” Marah Adam Rayyan.
Adrianna Wafiyah memegang pipinya yang terasa perit
dengan tamparan itu. Nazirah yang menyaksikannya turut terkedu dengan tindakan
pantas Adam Rayyan.
“Jom Naz. I hantar you balik.!” Adam Rayyan menarik
tangan Nazirah keluar dari rumah itu.
Tinggallah Adrianna Wafiyah seorang diri sambil menangis.
Dia tidak menyangka Adam Rayyan akan bertindak sejauh itu. Dia terduduk
menangisi nasibnya.
yeay... ada new n3, tapi kasian wafilah....kasih happy happy, jangan banyak sedih...
ReplyDeletejadi ikut sedih juga..huhu
pembaca setiamu