Thursday, 24 April 2014

"Kenal Erti Cinta" - BAB 29

BAB 29

Nazirah menghempaskan diri di atas katil hotel yang empuk itu. Dia sangat senang hati dengan penerimaan Adam Rayyan. Senang-senang saja Adam Rayyan percaya dengan pengakuannya. Ini adalah peluang baik yang ditunggu-tunggu untuk dia mendapatkan Adam Rayyan kembali. Nazirah tersenyum seorang-seorang membayangkan Adam Rayyan.

“Selepas ini aku akan buat dia percaya dengan aku..Ha..ha..ha.” Nazirah bercakap seorang diri.
            Nazirah mendail nombor khidmat pelanggan hotel berkenaan.

            “Hello, can I get Mr Adam Rayyan room number. I’m his friend.”

            Nazirah menyalin nombor yang diberikan oleh staf hotel itu berkenaan. Dia mula berfikir agenda seterusnya.



Adrianna Wafiyah mengemas baju-baju dan dimasukkan ke dalam beg pakaiannya. Hari ini dia akan pulang ke Kuala Lumpur. Rindu terhadap ibunya sedikit sebanyak terubat jua.

            “Wafi dah siap berkemas ke?” Tanya Puan Asmah sambil melabuhkan punggung di birai katil.

            “Sikit lagi ibu.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil tersenyum memandang ibunya.

            “Ibu ada bekalkan asam pedas ikan sembilang. Nanti Wafi bawa balik ya.”

            “Okay ibu. Susahkan ibu pula pagi-pagi dah terpaksa masak asam pedas.”

            “Tak susah pun. Nanti ibu pun boleh makan. Dah tak perlu nak masak lagi tengahari nanti.”

            Adrianna Wafiyah membawa beg pakaiannya keluar ke ruang tamu. Puan Asmah turut membantu anaknya mengangkat beg pakaian itu. Asam pedas yang dimaksudkan telah siap dibungkus oleh Puan Asmah.

            “Banyaknya ibu asam pedas ni.”

            “Bagilah ibu mertua kamu sikit.”

            “Wafi bawa balik buah manga ni untuk keluarga mertua kamu.” Tok Leman datang sambil membawa satu beg plastik yang berisi buah manga yang dipetik olehnya  dari belakang rumah.

            “La atuk..susah-susah aje.”

            “Banyak sangat buah mangga kat pokok belakang rumah atuk. Siapa yang nak habiskan nanti.”

            “Hmm, yela. Terima kasih ya atuk.” Adrianna menyalami tangan atuknya.

            “Sama-sama. Kirim salam dekat keluarga mertua kamu tu.”

            “Hati-hati memandu. Kalau dah sampai nanti jangan lupa bagitahu ibu.” Pesan Puan Asmah.

            “Okay. Assalamualaikum.”

            “Waalaikumussalam.” Jawab Puan Asmah dan Tok Leman serentak.

Kereta BMW X6 milik Adam Rayyan yang dipandu oleh Adrianna Wafiyah mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah Puan Asmah. Adrianna Wafiyah melambai tangannya kepada Ibu dan atuknya menerusi tingkap yang dibuka.

Jalan raya kelihatan agak lengang hari ini. Ini memberi keselesaan pada Adrianna Wafiyah untuk memandu. Dia hanya memandu dengan kadar kelajuan sederhana. Setelah hampir 2 jam perjalanan, Adrianna Wafiyah berhenti sebentar di R&R Dengkil untuk solat zohor.

Disamping itu dia mengambil kesempatan untuk menelefon suaminya. Waktu di London sekarang baru menginjak pagi. Pasti suaminya sedang bersiap-siap. Dia mendail nombor telefon suaminya. Lama Adrianna Wafiyah menunggu tetapi suaminya tidak menjawab panggilan itu. Adrianna Wafiyah mencuba sekali lagi. Tetapi dia hampa kerana panggilannya tidak dijawab. Adrianna Wafiyah mengeluh perlahan. Mungkin suaminya sedang sibuk atau masih tidur. Dia cuba berfikiran positif.  Adrianna Wafiyah segera menghantar pesanan ringkas untuk suaminya.

Di London..
Adam Rayyan baru sahaja selesai membersihkan diri. Hari ini dia akan menghadiri pembentangan di persidangan itu. Dia mengeluarkan baju kemeja berwarna biru dari almari bilik hotelnya.

            Tiba-tiba perasaan rindu terhadap isterinya menjadi semakin membuak-buak. Selalunya Adrianna Wafiyah akan membutangkan baju kemeja yang dipakainya setiap pagi. Dia mencapai telefon bimbit untuk menghubungi isteri kesayanganya. Adam Rayyan terpandang dua miscall dan satu SMS dari Adrianna Wafiyah di skrin telefon bimbitnya.

            Dia mula pelik. Selalunya dia yang yang akan menghubungi isterinya jika ada kelapangan. Adam Rayyan segera membuka SMS itu. Lalu dibaca isi SMS itu.

            Abg bz ya..dua kali Wafi call abg tak jwb. Wafi nak bgthu Wafi otw balik rumah mummy. Abg..Wafi rindu sgt dekat abg. Cpt la balik. Take care n luv u.

            Adam Rayyan tersenyum senang kerana Adrianna Wafiyah sentiasa rindukan dirinya seperti dia merindui isterinya. Adam Rayyan segera mendial nombor telefon isterinya. Kesian isterinya. Pasti tertunggu-tunggu panggilan darinya. Seketika sahaja menunggu, panggilan itu dijawab oleh isterinya.

            “Assalamualaikum, sayang…buat apa tu?” Tanya Adam Rayyan dalam nada romantis.

            “Waalaikumussalam..abang, Wafi rindu sangat dekat abang. Sampai hati abang tak jawab panggilan telefon Wafi.” Adrianna Wafiyah mula meluahkan rasa yang terbuku dihatinya.

            “Sorry sangat sayang..tadi abang dalam bilik air. Abang tak dengar bunyi phone. Abang pun rindu kan sayang. Rindu sangat-sangat.”

            “Banyak alasan abang kan.”

            “Betullah, buat apa abang nak tipu. Sayang buat apa tu?

            “Tengah drive la.”

            “Tengah drive, sayang boleh pula nak jawab phone. Kan bahaya. Nanti abang call balik ya. Sayang drive dulu. Dah sampai nanti text abang.”

            “Wafi pakai handfree la. Tak apa kan..”

            “Oh, cakaplah awal-awal. Hisy..sayang ni suka buat abang membebel tak tentu pasal pagi-pagi ni.”

            “Abang tu yang macam nenek-nenek suka membebel.” Usik Adrianna Wafiyah.

            “Oh..panggil abang nenek iya. Abang balik nanti siaplah sayang abang kerjakan.”

            “Eee, seramnya dengar.” Adrianna Wafiyah ketawa mendengar ugutan dari suaminya.

            “Tahu takut. Sayang, abang dah nak keluar ni. Rafi dah tunggu kat lobby tu. Nanti abang call lagi.”

            “Okay abang. Love you.”

            “Love you too sayang. Assalamualaikum.”

            “Waalaikumussalam.”

Adam Rayyan segera bersiap dan bergegas ke lobby. Dia takut terlambat untuk ke persidangan itu. Pasti Rafi akan membebel di telinganya nanti. Sampai sahaja di bawah kelihatan Rafi dan Nazirah sedang menanti dirinya.

            “Sorry guys, Dah lama ke korang tunggu?” Tanya Adam Rayyan

            “Dah berjanggut aku tunggu kau kat bawah ni.” Gurau Rafi.

            Adam Rayyan hanya ketawa mendengar jawapan dari sahabatnya. Dia tiada niat mahu membalas gurauan itu.

            “You terlewat bangun ke Ray.” Tanya Nazirah

            “Nope, tadi leka berbual dengan wife I. Lupa korang tengah tunggu.”

            “Patutlah, orang tengah mabuk asmara. Memang sampai lupa kawan.” Usik Rafi.

            Sakit hati Nazirah mendengar penyataan dari Adam Rayyan. Tetapi dia harus bersabar dengan semua itu. Tidak lama lagi pasti Adam Rayyan akan berada dalam genggamannya. Dia cuba mempamerkan senyuman dengan gurauan Rafi yang boleh dikira sebagai tidak lawak langsung pada pandangan Nazirah.

            Sepanjang persidangan itu, Nazirah hanya memerhatikan Adam Rayyan. Sungguh dia tidak dapat menahan perasaannya terhadap Adam Rayyan.

Adam Rayyan pula hanya kelihatan bersahaja. Dia hanya memberi tumpuan terhadap pembentangan itu. Cuma sekali-sekali menjawab pertanyaan dari Rafi.

            Tamat sahaja sesi pembentangan itu, mereka menikmati kopi di restoran berhampiran dengan tempat persidangan mereka.

            “Malam ni kita keluar nak tak?” Ajak Nazirah tiba-tiba.

            “Sorry guys, malam ni aku dah janji nak jumpa adik aku.” Jawab Rafi.

            “Adik you?” Tanya Nazirah pelik.

            “I ada adik kat London ni. Dia tengah buat  A – Level.” Terang Rafi.

            “Oh, I see. So I keluar dengan Ray aje lah?” Tanya Nazirah

            “Nampaknya macamtu lah.” Ujar Rafi sambil menggaru kepalanya.

            “Tapi aku..” Ray serba salah. Dia tidak mahu isterinya sedih jika tahu nanti.

            “Ala..wife ko kat Malaysia. Jangan risau, aku takkan bagitahu dia.” Usik Rafi.

            “Kita bukan nak buat apa pun Ray. Just hang out as a friend.” Jawab Nazirah. Dia suka  kerana Rafi tidak ikut serta. Inilah peluang dia untuk mendekati Adam Rayyan.

            “Erm, oklah.” Ucap Adam Rayyan.

            ‘Yess!!’. Jerit Nazirah dalam hati. Malam ni dia akan menggoda Adam Rayyan.

Malam itu Nazirah begitu teruja kerana dapat berdua-duaan dengan Adam Rayyan. Kesempatan yang ada akan digunakan sebaik mungkin. Selesai makan malam, mereka hanya berjalan-jalan sambil mengambil angin malam.

            “Dah lama kita tak keluar macamni kan?” Ujar Nazirah.

            “Ya, semua itu telah menjadi kenangan lalu dalam hidup I.” Jawab Adam Rayyan.

            “Ray, you masih marahkan I?” Tanya Nazirah.

            “As long as you dah berubah, buat apa I nak simpan perasaan marah lagi pada you. Masing-masing ada buat silap.”

            “Tapi I tak pernah lupakan you. Sampai bila-bila pun I takkan pernah buang you dari hati I. I terlalu cintakan you Ray. Tapi I sedar segalanya telah berubah and I harus terima kenyataan yang kita tiada jodoh.”

            “You adalah cinta pertama I, tapi segalanya telah ditentukan. So I harap you akan dapat pengganti yang jauh lebih baik dari I.”

            “Thank you Ray.”

            “Hmm, jomlah kita balik. Lama-lama boleh beku kat luar ni.” Ajak Adam Rayyan.

            “Iyalah. Makin sejuk pula malam ni.”

            Mereka berjalan bersama-sama memasuki ruangan hotel. Sampai sahaja di tingkat 12 Adam Rayyan keluar dari lif manakala Nazirah masih perlu menaiki beberapa tingkat lagi, memandangkan bilik hotelnya di tingkat 16.

            “See you tomorrow.” Ucap Adam Rayyan sebelum pintu lif itu tertutup semula.

            Setengah jam kemudian, telefon bilik hotel Adam Rayyan berdering. Dia mengangkat telefon itu.

            “Hello” Jawab Adam Rayyan.

            “Ray, you boleh tolong I tak?”

            “Nazirah, kenapa ni?”

            “Ray, kepala I sakit sangat. I tak larat nak cari ubat I. I tak ingat mana I letak.”

            “Bilik you nombor berapa?. Okay, You tunggu sekejap nanti I datang.” Tanpa memikirkan sesuatu yang negatif, Adam Rayyan terus keluar ke bilik Nazirah.
           
Ting..Tong..Ting..Tong..

Nazirah bergegas membuka pintu biliknya. Dia sengaja memakai gaun tidur yang nipis untuk menggoda Adam Rayyan.

Are you okay.?” Tanya Adam Rayyan. Sambil sempat memandang ke arah gaun tidur Nazirah yang agak nipis itu. Adam Rayyan telan liur. Dia mengalihkan matanya dari memandang Nazirah.

“Tolong Ray, carikan ubat I.” Nazirah mempelawa Adam Rayyan masuk ke biliknya.

Adam Rayyan seperti patuh dengan pelawaan Nazirah terus masuk ke dalam bilik itu tanpa berfikir kebarangkalian yang boleh terjadi. Nazirah hanya berbaring disofa sambil menanti Adam Rayyan mencari ubat sakit kepalanya.

“Ini ubat you.” Adam Rayyan membawa sebotol ubat yang dimaksudkan kepada Nazirah.

Thanks Ray.”

“Sejak bila you ada migrin ni?” Tanya Adam Rayyan kerana dulu tidak pernah pula dia lihat Nazirah kerap sakit kepala.

“Baru lagi. Maybe sebab I kurang tidur.”

“Okaylah. You rehatlah. I balik bilik dulu.” Ucap Ray.

“Okay, thanks again Ray.

Nazirah menghantar Adam Rayyan hingga ke pintu. Tiba-tiba sahaja dia rasa hendak terjatuh dan terus disambut oleh Adam Rayyan. Adam Rayyan segera memapah Nazirah dan diletakkan di atas katil.

Adam Rayyan ingin menelefon operator untuk mendapatkan khidmat doktor. Baru sahaja dia hendak mengangkat ganggang telefon, tiba-tiba Nazirah memeluknya dari belakang. Adam Rayyan terkejut dengan perlakuan Nazirah. Dia cuba melepaskan tangan Nazirah dari memeluknya.

“Ray, I sayang sangat dengan you. Please Ray. Please stay with me tonight.”

“Naz, bawa mengucap.” Adam Rayyan cuba mengelak dari cumbuan menggila Nazirah.

Adam Rayyan mulai risau kerana imannya sudah menjadi senipis kulit bawang. Pelukkan Nazirah membuat dia terus leka. Perlahan - lahan tangannya membalas pelukkan Nazirah. Lama bibirnya memagut lembut bibir Nazirah tanpa disedari. Kerinduan terhadap isterinya terus hilang bila Nazirah semakin menggodanya.

Tiba-tiba Adam Rayyan tersedar dari perbuatannya. Dia terus menolak Nazirah jauh dari tubuhnya. Rambutnya diraup ke belakang. Godaan syaitan hampir sahaja meruntuhkan rumah tangganya.

‘Ya Allah, apa aku dah buat ni.’ Jerit Adam Rayyan dalam hati.

“Ray, I minta maaf. I tak berniat nak buat you macamni. Tapi entahlah I asyik fikirkan pasal you aje kebelakangan ini. Sampai I bertindak bodoh macam tadi.” Terang Nazirah sambil pura-pura menangis.

            “Sorry, I  betul-betul tak sengaja.” Adam Rayyan bingkas bangun dan terus keluar dari bilik Nazirah.

Hilang sahaja kelibat Adam Rayyan dari pandangan mata mata Nazirah, bergema ketawa Nazirah di dalam bilik hotel itu. Akhirnya Adam Rayyan kecundangan di tangannya. Pasti selepas ini Adam Rayyan akan rasa bersalah terhadap dia. Itu yang sebenarnya Nazirah mahukan supaya Adam Rayyan tunduk kepadanya. Nazirah mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendial nombor seseorang.

“Hello, kau dah ikut perempuan tu?”

“Sudah bos. Setakat ini kami lihat dia hanya pergi balik pejabat. Tidak ke mana-mana.” Jawab si pemanggil.

“Okay, aku nak kau terus ikut pergerakkan dia. Aku akan bagitahu kau arahan seterusnya bila tiba masanya nanti.”
“Baik bos.”

Nazirah mematikan talian sambil tersenyum sinis. Dia akan buat supaya Adam Rayyan hilang kepercayaan terhadap Adrianna Wafiyah. Oleh kerana itu dia telah mengupah seseorang untuk memerhatikan tindak tanduk Adrianna Wafiyah. Jika perlu, dia akan tabur fitnah kepada Adrianna Wafiyah.

Adam Rayyan berteleku dia atas sejadah yang dibentang. Dia mohon keampunan dari Allah SWT atas ketelanjurannya sebentar tadi. Dia amat bersyukur kerana tersedar sebelum berlanjur lebih jauh dengan Nazirah.

            Adam Rayyan rasa bersalah di atas ketelanjurannya terhadap Nazirah. Pasti Nazirah akan menganggapnya sengaja mahu mengambil kesempatan. Jika Nazirah tidak memeluknya pasti semua ini tidak akan berlaku. Perasaan bersalah berhadap isterinya mula menjelma. Tidak disangka iman yang dijaga selama ini runtuh gara-gara Nazirah.


‘Ah, aku tidak boleh menyalahkan Nazirah seratus peratus. Kalau aku tidak terbuai dengan layanannya sebentar tadi, pasti semua ini tidak akan terjadi. ’ Adam Rayyan berkata dalam hatinya. Kusut!

2 comments:

  1. salam kenal, pembaca dari indonesia, nak lagi boleh.....tapi taknak sedih sedihlah

    ReplyDelete
  2. Salam Kenal... Tq sudi baca.. Saya Akan update bab seterusnya.. Sabar menanti ya... :)

    ReplyDelete