Tuesday, 28 January 2014

'Kenal Erti Cinta' - Bab 12


BAB 12


            Suasana di ruang ballroom yang dihias cantik dan elegan itu begitu meriah dengan kehadiran tetamu jemputan. Semua tetamu yang hadir mengambil tempat masing-masing dan menikmati juadah yang tersedia. Kedua-dua mempelai yang diraikan masih belum tiba.

            Di dalam bilik hotel yang tersedia khas untuk kedua mempelai memperlihatkan Adrianna Wafiyah yang sedang disolek oleh jurumekap khas.

            Adrianna Wafiyah agak malu sebenarnya bersiap sebilik dengan Adam Rayyan. Sebelum ini dia tidak pernah mendedahkan tubuhnya dihadapan Adam Rayyan walaupun sah bergelar isteri kepada lelaki itu.

            Disudut berbeza Adam Rayyan memerhati Adrianna Wafiyah yang sedang disiapkan oleh jurumekap khas tanpa disedari oleh gadis itu. Terpesona Adam Rayyan melihat wajah mulus isterinya yang disolek itu. Sungguh cantik sekali. Ditambah pula dengan gaun labuh dan veil di kepala menambahkan lagi seri pengantin yang terpancar di wajah Adrianna Wafiyah. Terasa melantun-lantun jantungnya melihat keayuaan wajah isteri yang baru dinikahinya.

Dalam hati sebenarnya dia sudah terpaut dengan isterinya itu. Tetapi sebagai lelaki macho, tak kan dia nak menyerahkan hatinya begitu mudah sedangkan sebelum ini dia telah memasang benteng yang tinggi diantara dia dan Adrianna Wafiyah. Itulah padahnya bila mulut cakap lain, hati cakap lain. Ego!

“Encik Rayyan, cantik tak? I dah makeover your wife yang cantik ni jadi bertambah cantik.” Tanya Tyra a.k.a Talib jurumekap khas itu dengan lenggok suara keperempuanannya yang tak berapa nak perempuan itu. Geli geleman Adrianna Wafiyah bila melihat gaya Tyra yang mengalahkan perempuan lembutnya.

Adam Rayyan tersedar dari mengelamun apabila mendengar Tyra menyebut namanya. Terus menoleh ke arah Adrianna Wafiyah.

“Ya, cantik sangat. Pandai you makeover wife I .” Adam Rayyan tersenyum kepada Tyra. Tanpa mekap pun sebenarnya Adrianna Wafiyah sudah cantik, nikan pula sudah dicalit mekap.Tentulah bertambah cantik jadinya. Dalam diam dia masih memuji isterinya.

Adrianna Wafiyah sudah tersipu malu dengan pujian itu. Walaupun dia tahu Adam Rayyan tidak ikhlas memuji dirinya. Tapi rasa bahagia itu hadir bila Adam Rayyan memuji dirinya. Sekurang-kurangnya dia tak kempunan untuk mendengar pujian dari suaminya. Bukan selalu Adam Rayyan hendak memujinya.

Adam Rayyan yang sudah siap mengenakan tuxedo hitam nampak begitu tampan dimata Adrianna Wafiyah. Dia melangkah menghampiri isterinya itu. Begitu dekat jarak antara mereka. Sehingga terasa nafas Adam Rayyan mengenai kulit wajahnya.

You look so beautiful tonight.” Pujinya setelah Tyra meninggalkan mereka berdua dihadapan cermin besar itu.

Adam Rayyan membelai lembut pipi Adrianna Wafiyah. Dari pipi beralih kepada bibir Adrianna Wafiyah yang kemerahan itu. Tindakan diluar sedar Adam Rayyan membuatkan dada Adrianna Wafiyah berkocak hebat. Adegan lalu kembali mengusik jiwa. Sungguh dia masih takut. Seram sejuk dengan perangai pelik Adam Rayyan yang tiba-tiba berubah dari suami singa kepada suami yang romantik. Permainan apakah ini. Sungguh Adrianna Wafiyah tidah faham dengan sikap Adam Rayyan. Sekejap garang macam singa, sekejap romantis mengalahkan Brad Pitt.

Hmm..hmm, majlis dah nak mula. Datuk dan Datin suruh Encik  Rayyan dengan Puan turun.” Tyra bersuara. Malu dia hendak menganggu pasangan yang sedang dilamun asmara itu. Selebihnya dia suka melihat wajah prince charmingnya. Hensem sangat Adam Rayyan dimata Tyra.

Adam Rayyan yang tersedar dari perbuatannya terus menundukkan muka, pura-pura membetulkan tuxedonya. Malu sebenarnya dengan perbuatannya yang diluar jangka itu. Pasti Adrianna Wafiyah ingat dia lelaki yang suka mengambil kesempatan. Tapi apakan daya. Dia tidak mampu menahan gelodak jiwanya. Sebenarnya tanpa disedari oleh Adam Rayyan bayangan Nazirah semakin hilang dari kotak fikirannya. Sungguh hebat penangan Adrianna Wafiyah padanya.

Adrianna Wafiyah juga cuba beriak selamba. Menyembunyikan perasaannya yang sedang berkocak hebat dengan aksi Adam Rayyan sebentar tadi. Takut, malu, mahu semuanya bersatu dalam jiwanya.

“Jom.” Adam Rayyan menghulurkan tangan dan disambut lembut oleh Adrianna Wafiyah.


Adam Rayyan dan Adrianna Wafiyah berarak masuk ke dalam ruang ballroom yang luas dan cantik itu. Aroma segar kelopak bunga mawar merah yang ditabur sepanjang laluan karpet merah itu menaikkan mood indah dan romantis. Langkah kedua-dua pengantin diiringi dengan beberapa kanak-kanak kecil yang berjalan dihadapan sambil menaburkan kelopak bunga mawar. Konsep Inggeris style itu membangkitkan suasana yang begitu elegan. Memang kena sangat dengan jiwa mat salih Adam Rayyan.Ditambah pula dengan dendangan lagu Inggeris yang romantis, segalanya tampak begitu sempurna.

Aura bahagia bagaikan meresap di hati para tetamu yang hadir memeriahkan majlis resepsi perkahwinan anak Datuk Razlan. Adrianna Wafiyah memuji kebijaksaan ibu mertuanya dalam memilih konsep pada malam ini.

Adrianna Wafiyah tersenyum dalam debar. Rasa gemuruh sedikit berkurangan apabila Adam Rayyan menggengam erat jari-jemarinya. Pancaran flash kamera yang mengerlip-ngerlip tanpa henti membuatkan Adrianna Wafiyah menjadi makin segan dan kekok. Dia malu bila menjadi perhatian semua tetamu yang ada dalam ballroom itu.

Langkahnya diatur kemas ke arah singahsana yang begitu indah terbina. Terpegun Adrianna Wafiyah melihat pelamin besar yang dihias cantik dengan bunga-bunga segar. Bagus betul citarasa ibu mertuanya. Sekali lagi pujian itu dituju khas buat ibu mertuanya. Sofea yang dilantik menjadi pengapit rasmi kepada Adrianna Wafiyah membetulkan veil labuh yang menghiasi kepala Adrianna Wafiyah.

Perasaan gementara Adrianna Wafiyah beransur hilang apabila Adam Rayyan tiba-tiba menoleh dan senyum kepadanya. Adakah senyuman itu ikhlas, dia sendiri tidak pasti. Yang pasti hatinya terasa tenang sedikit melihatkan senyuman mesra dari suaminya.

Selesai upacara bersanding, menepung tawar dan makan beradab, Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan bergerak dari satu meja ke satu meja. Adam Rayyan  begitu mesra melayan para tetamu yang hadir. Adrianna Wafiyah masih agak kekok hendak melayan tetamu-tetamu yang hadir. Kebanyakannya adalah rakan Datuk Razlan dan Datin Rohana serta kenalan suaminya. Dia hanya menjemput kawan-kawannya yang rapat saja. 

Sanak saudara dan ibunya awal-awal lagi dah pulang selepas selesai upacara makan beradab. Adrianna Wafiyah agak sedih kerana ibunya terpaksa pulang awal. Tapi apakan daya ibunya datang menumpang saudara mereka. Jadi haruslah ibunya mengikut saudara mereka.Tinggallah Adrianna Wafiyah bersama keluarga barunya di dewan yang tersergam indah itu.

Setelah para tetamu beransur pulang, tiba-tiba Adrianna Wafiyah didatangi seorang perempuan anggun yang agak seksi. ‘Macam pernah lihat, tapi dimana ya.?’. Adrianna Wafiyah berfikir sejenak.

Hello, I’m Sally.

“Saya Wafi.” Tangan dihulurkan untuk bersalam tidak disambut oleh Sally. Kawan Adam Rayyan agaknya dalam hati. Segera Adrianna Wafiyah menarik semula tangannya. Dia mula rasa lain bila melihat riak wajah tegang perempuan yang menggelar dirinya Sally itu

So, you lah perempuan perampas tu.!” Perli Sally dengan wajah menyinga. Entah apa yang merasuk dirinya sehingga dia berani membuat kacau dalam majlis orang.

Tiba-tiba Sally meninggi suara. Sekaligus menampar pipi Adrianna Wafiyah. Alisya Umaira yang memerhati dari jauh hanya tersenyum kepuasan. Memang dia yang memberitahu Sally tentang majlis resepsi abangnya. Alisya Umaira mereka cerita yang membuatkan Sally terasa tercabar dengan Adrianna Wafiyah. Dia yakin Sally akan rasa tercabar bila mendengar cerita rekaannya. Mana tidaknya Nazirah adalah sahabat sejati Sally. Pasti wanita itu akan datang menyerang bagi pihak sahabatnya yang berada jauh beribu batu.

Sally agak terkejut bila mendapat tahu Adam Rayyan berkahwin. Ditambah lagi dengan cerita Alisya Umaira yang memberitahunya perempuan kampung itu menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan Adam Rayyan.

Kesian pada nasib kawan baiknya membuatkan Sally bertindak datang menyerang isteri Adam Rayyan. Kononnya friend for ever la. Sampai sanggup datang mempertahankan maruah kawannya. Sehingga tidak tahu diri sedang dipergunakan oleh Alisya Umaira.

Walaupun perbuatan Nazirah agak keterlaluan, tapi Sally pasti cinta Nazirah masih utuh untuk Adam Rayyan. Buktinya Nazirah sentiasa bertanya mengenai Adam Rayyan walaupun dia berada jauh di Kota London.

Kalau ikutkan hati Alisya Umaira, dia malas nak layan Sally. Dia pun muak dengan perangai Sally. Tapi bila mengenangkan hanya Sally yang boleh digunakan untuk menjayakan rancangannya untuk memalukan Adrianna Wafiyah, maka dia terpaksa berurusan dengan Sally. Bagi Alisya Umaira,  Sally dan Nazirah adalah serasi bersama. Kerana perangai mereka sama-sama menjelikkan. Tapi dia tiada pilihan demi melancarkan misinya.

Adrianna terjelepuk jatuh ke permaidani dewan besar itu. Pipinya yang sudah kemerahan itu digosok perlahan. Terasa perit menahan sakit. Mahu pekak Adrianna Wafiyah dengan tamparan itu.

“Dasar perempuan perampas !”

Sally berkata Sinis. Nasib baik kebanyakkan tetamu sudah pulang. Kalau tidak sudah tentu kecoh dengan drama yang dibawa oleh Sally. Sally cuba menampar Adrianna Wafiyah buat kali kedua. Tetapi dengan pantas dihalang oleh Adam Rayyan. Adam Rayyan membantu Adrianna Wafiyah berdiri. Pipi isterinya dipandang. Terdapat kesan merah dan kebiruan pada pipi isterinya. Mesti lebam akibat tamparan itu. Dia pun tidak pernah menampar isterinya, Sally dengan sukahati menampar isterinya yang semakin mendapat tempat hatinya.

“Hey, you dah gila ke?” Marah Adam Rayyan. Berderau darah dia melihat Sally datang membuat kecoh. Entah siapa yang menjemputnya ke majlis ini. Setahu Adam Rayyan, dia tidak menjemput Sally.

You ketepi Ray, I nak ajar perempuan tak sedar diri ni.”

Marah Sally lagi. Dia sudah tidak kisah dengan orang sekeliling. Yang penting hatinya puas! Alisya Umaira hanya mematung, takut jugak dia melihat wajah tegang abangnya. Dalam hati mengharap agar Sally tidak membocor rahsianya.

“Dia yang tak sedar diri atau you? Datang buat kacau dalam majlis orang.”

I datang sini sebab nak mempertahankan hubungan you dan Naz. I tahu perempuan ni dah perangkap you. Sebagai sahabat takkan I nak diam aje!”

Terkejut Adam Rayyan. Sally datang semata-mata mahu mempertahankan kawan baiknya. Tak masuk akal langsung.

“Hey, itu urusan I. Tiada kena mengena dengan you. So please get out from here. I tak jemput you pun and you tolong bagitahu dekat kawan baik you tu hati I dah mati untuk dia!” Herdik Adam Rayyan.

Terkedu Sally. Dia langsung tidak menyangka Adam Rayyan akan mempertahankan perempuan kampung itu. Sangkanya Adam Rayyan akan berterima kasih padanya kerana tolong mengajar perempuan kampung itu. Mengikut cerita yang disampai oleh Alisya Umaira, abangnya dipaksa berkahwin kerana perempuan itu telah membuat onar terhadap keluarganya. Mana satu yang betul.

Sekali lagi Adrianna Wafiyah mendengar perihal Nazirah. Pening kepala otaknya memikirkan siapa Nazirah dihati suaminya. Tapi mengikut gaya Sally marahkan dia tadi, cukup membuktikan Nazirah seorang yang istimewa dihati suaminya. Dalam diam dia merasa sedih. Lepas sorang, sorang lagi datang memusuhi dirinya. ‘Apa salah aku. Kenapa aku yang jadi mangsa.’ Jerit hati Adrianna Wafiyah.

Tubuh Sally dilanggar Adam Rayyan hingga dia terjatuh. Adam Rayyan segera menarik tangan isterinya beredar dari situ. Datuk Razlan dan Datin Rohana yang memandang dari jauh. Menahan malu dengan sikap Adam Rayyan. Nasib baik keluarga besannya sudah pulang. Kalau tak tentu bertambah malu mereka dengan perangai Adam Rayyan.

Alisya Umaira berlari mendapat Sally yang terjelepuk di lantai.

“Kak Sally okey, kan Lisya dah cakap jangan kecoh-kecoh. Cukup dengan akak menakutkan dia saja. Ini tak, akak pergi tampar perempuan kampung tu. Tentu lepas ni abang makin benci dengan akak,”

“Akak sakit hati melihat perempuan tu membuat wajah selamba dia tu.”

“Dah la akak, baik akak balik dulu sebelum papa dengan mummy datang sini. Lisya tak nak perkara ni jadi kecoh pulak.”

Sally segera bangun dan melangkah pergi.

Alisya Umaira terus beredar dari situ kerana bimbang abangnya akan bersoal selidik dengannya. ‘Padan muka kau perempuan kampung. Itu baru sikit. Lepas ni tahu la nasib kau.’ Alisya Umaira memasang dendam terhadap Adrianna Wafiyah.

Adrianna Wafiyah termengah-mengah mengikut langkah kaki Adam Rayyan yang laju itu. Dia tidak tahu kemana Adam Rayyan mahu membawanya. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, Adam Rayyan terus sahaja membuka pintu dan menarik Adrianna Wafiyah masuk. Terpinga-pinga Adrianna Wafiyah dengan tindakan Adam Rayyan. Mahu menegur tindakan Adam Rayyan dia tidak berani. Memandangkan wajah bengis Adam Rayyan, membuatkan Adrianna Wafiyah hanya berdiam diri.

“Kau okey ke?”

“Awak jangan risau. Saya okey.”

“Okey apa kalau macamni. Dah merah aku tengok pipi kau tu.”

Adam Rayyan membelek wajah Adrianna Wafiyah. Tanpa menyedari tindak-tanduknya sedang diperhatikan oleh Adrianna Wafiyah. Terbit rasa bahagia dalam diri Adrianna Wafiyah kerana Adam Rayyan mempertahankan dirinya dari Sally. Terasa dirinya seperti disayangi. He..he..he. Perasan!

“Aku tahu la aku ni hensem. Tapi tak payah la kau nak tenung aku sampai macamtu sekali.”

“Eh, sapa pandang awak. Jangan nak perasan okey.”

“Hmm, dah la kau rehat la dulu. Aku nak turun bawah sekejap.”

Adrianna Wafiyah hanya mengangguk kepala. Setelah yakin Adam Rayyan telah keluar, dia mula menanggalkan veil pengantinnya. Terkial-kial dia membuka zip pada pakaian pengantinnya. Agak susah kerana tangannya tak sampai untuk membuka zip di belakang.

Tiba-tiba dia terasa ada tangan lain yang sedang membuka zip pakaian pengantinnya. Bau wangian minyak wangi 1million membuatkan Adrianna Wafiyah terkejut dan terus memalingkan badannya ke arah Adam Rayyan. Dia cuba menyembungikan belakang badannya yang sudah terdedah.

“Tak apa awak, saya boleh buat sendiri.” Tegah Adrianna Wafiyah.

“Dari tadi aku tengok terkial-kial kau nak bukak zip tu. Mari sini aku tolong.”

Adrianna Wafiyah masih teragak-agak mahu menerima pertolongan dari Adam Rayyan. Bimbang kalau Adam Rayyan bertindak seperti hari itu.

“Dah, tak payah nak takut-takut la. Aku janji takkan buat macam haritu.”

‘Eh-eh macam tahu-tahu saja apa yang aku sedang fikir.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah. Dengan agak takut-takut, Adrianna Wafiyah memalingkan tubuhnya supaya mudah Adam Rayyan membuka zip pada pakaiannya. Wajahnya sudah membahang menahan malu kerana Adam Rayyan melihat sebahagian dari tubuhnya yang sudah terdedah.

“Hurm, tak apa la awak saya rasa saya boleh buat sendiri. Thanks.”

“Hmm, yela. Aku turun dulu.”

Setelah membuka semua perhiasan yang menghias dirinya, Adrianna Wafiyah mencapai tuala dan beransur ke bilik air untuk membersihkan diri dan bersolat isyak. Agak lama Adrianna Wafiyah berendam di dalam bath tub yang terdapat di dalam hotel itu. Terasa nyaman dirinya. Segala kekusutan yang difikirkan ditinggal seketika.

Usai membersih diri, Adrianna Wafiyah segera menunaikan solat yang sudah menjadi kewajipan bagi semua umat Islam. Selesai bersolat, sejadah dilipat kemas dan kakinya melangkah ke arah hadiah-hadiah yang tersusun kemas disudut bilik hotel itu.

Adrianna Wafiyah sedang membelek hadiah-hadiah yang terima dari teman-temannya dan teman-teman Adam Rayyan. Terdengar pintu bilik terkuak, Adrianna Wafiyah segera menoleh ke arah pintu itu. Kelihatan Adam Rayyan masuk dengan wajah yang letih. ‘Kesian, tentu dia penat melayan tetamu seorang diri.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah.

Adam Rayyan melabuhkan punggungnya ke sofa empuk yang tersedia. Kepalanya disandarkan ke dinding bagi mencari keselesaan. Matanya terlelap seketika kerana terlalu letih. Adrianna Wafiyah hanya memerhati dari jauh. Sedang dia leka memerhati wajah Adam Rayyan, tiba-tiba telefon bilik hotel itu berbunyi. Adrianna Wafiyah berlari anak untuk menjawab panggilan itu.

Hello

“Wafi, mummy ni, sorry kalau mummy menganggu. Mummy just nak bagitahu, malam ni mummy terus balik ke rumah. Tak jadi la nak bermalam kat sini.”

“Baiklah mummy.”

“Kirim salam pada Ray. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Adrianna Wafiyah termenung seketika di birai katil. Tanpa menyedari Adam Rayyan telah bangun dari tidurnya.

“Sapa yang call?”

“Oh mak kau! .” Adrianna Wafiyah mengurut dadanya. Terkejut dengan sergahan Adam Rayyan.

Terlepas tawa Adam Rayyan mendengar isterinya melatah. “Tula, berangan lagi. Aku tanya sapa yang call.?” Kelakar Adam Rayyan menengok gelagat isterinya. Macamtu pun boleh terkejut. Nampak sangat isterinya tengah mengelamun tadi.

“Ohh, mummy call, dia bagitahu malam ni dia terus balik rumah.”

“Hurm, yela.”

“Awak tak nak mandi dulu ke.?”

Tegur Adrianna Wafiyah apabila melihat Adam Rayyan seperti mahu menyambung tidurnya semula.

“Kenapa, kalau aku tak mandi kau tak nak tidur dengan aku ke.?” Adam Rayyan sahaja menduga perasaan Adrianna Wafiyah.

“Eh, apa yang awak merepek ni. Sukahati awak la nak mandi atau tak.”

Adrianna Wafiyah cuba melarikan diri apabila Adam Rayyan semakin menghampirinya. ‘Tapi ke mana aku nak lari. Bilik hotel ni bukan besar sangat.’ Gumam hatinya. Adam Rayyan cuba menyembunyikan tawanya. Geli hatinya melihat wajah gementar Adrianna Wafiyah.

Satu persatu butang bajunya dibuka lalu dilempar baju tu ke lantai. Kini Adam Rayyan membuka pula butang seluarnya. Adrianna Wafiyah sudah menutup muka kerana takut dan malu untuk melihat keadaan Adam Rayyan. Seumur hidupnya, belum pernah dia melihat tubuh lelaki. Tiba-tiba dari kejauhan kedengaran suara Adam Rayyan ketawa dan bunyi pintu bilik air ditutup.

‘Cis! Dia saja nak kenakan aku. Tapi nasib baik dia tipu. Kalau betul-betul mati aku.’ Marah Adrianna Wafiyah.

Adrianna Wafiyah segera mencapai bantal untuk tidur. ‘ Tapi kat mana aku nak tidur. Ini sofa pendek. Alamak mana aku nak tidur ni.’ Adrianna Wafiyah gelabah memikir.

‘Ah, tidur aje la atas lantai ni. Nasib baik karpet ni karpet tebal. Hmm, selesa jugak.’ Gumam hatinya sambil merebahkan diri.

Adrianna Wafiyah segera memejamkan matanya supaya Adam Rayyan tahu yang dia sudah tidur. Lama-kelamaan Adrianna Wafiyah terlelap betul kerana keletihan.

Adam Rayyan keluar dari bilik air dengan wajah yang agak pelik. 

‘ Sunyi aje, dah tidur ke minah ni.’ Gumam hati Adam Rayyan.

Terlihat tubuh Adrianna Wafiyah yang sedang mengerekot kesejukan itu membuatkan Adam Rayyan simpati. Salahnya juga memberi amaran kepada Adrianna Wafiyah agar tidak tidur sekatil dengannya. Tapi itu dulu, sebelum hatinya terpaut pada Adrianna Wafiyah.

Dengan berhati-hati, tubuh Adrianna Wafiyah dicempung dan dibawa ke atas katil. Selimut dicapai bagi membaluti tubuh Adrianna Wafiyah. Wajah Adrianna Wafiyah dibelai perlahan-lahan. ‘Kenapa dengan mudah hati aku menerima kau dalam hidup aku. Apakah keistemewaan yang kau hingga membuatkan aku makin jatuh sayang pada kau.’ Adam Rayyan berkata di dalam hati. Dahi isterinya dikucup dengan berhati-hati.

Adam Rayyan segera berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk. Kemudian sejadah dibentang. Usai menunaikan solat isyak, dia membuat solat istikarah . Mudah-mudahan dia akan mendapat petunjuk dari yang Maha Esa.. ‘Ya Allah, jika benar jodohku dengan Adrianna Wafiyah, aku benar-benar memohon padamu Ya Allah agar menutup serapat-rapat hati aku untuk perempuan yang bernama Nazirah. Hilangkan rasa kasihku, rasa cintaku untuk Nazirah. Kau tumbuhkanlah rasa sayangku untuk isteriku Ya Allah. Amin Ya Rabbalalamin.’

Adam Rayyan duduk dibirai katil. Wajah putih gebu isterinya direnung seketika. Mata yang semakin memberat membuatkan Adam Rayyan merebahkan diri lalu tidur dengan lena. Tiada lagi bayangan Nazirah menemani tidurnya.

'Kenal Erti Cinta' Bab - 11


BAB 11


Malam itu Adrianna Wafiyah memilih untuk  tidur di sofa panjang yang terletak di dalam bilik Adam Rayyan. Tangannya memeluk erat tubuhnya yang kedinginan akibat dari penghawa dingin yang dipasang. Sudahlah Adam Rayyan hanya memberikan sebiji bantal padanya tanpa selimut. ‘ Mahu mati keras aku macamni.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah. Dilihat Adam Rayyan begitu enak membuai mimpi. Adrianna Wafiyah mengambil kain batik yang dibawa dan  cuba melelapkan mata dalam kesejukan. Akhirnya dia terlelap. Adam Rayyan bangun dari katil setelah yakin Adrianna Wafiyah sudah tidur. Sebenarnya dia hanya pura-pura tidur. Bukan dia tak dengar Adrianna Wafiyah mengeluh kesejukan. Saja dia nak kenakan isterinya.

Adam Rayyan menghampiri Adrianna Wafiyah. Wajah isterinya dipandang dengan perasaan simpati. Wajah mulus itu diusap perlahan-lahan. Dari hidung beralih pula ke bibir kemerahan milik Adrianna Wafiyah. Dilihat bibir yang merah bak delima itu sedikit kebiruan kerana menahan sejuk. Badan Adrianna Wafiyah juga kelihatan menggigil. Dengan pantas Adam Rayyan mengambil selimut untuk meyelimuti tubuh isterinya yang kesejukan dan penghawa dingin dinaikan suhunya. Serta merta bilik itu terasa nyaman. Tidak terlalu sejuk seperti sebelumnya.

Adam Rayyan merebahkan kembali badan ke katil. Dipandang sekilas pada Adrianna Wafiyah yang semakin selesa tidur setelah diselimutkan. Tangan diletakkan ke dahi. Adam Rayyan memikirkan kesudahan hidupnya bersama Adrianna Wafiyah.  ‘Sampai bila aku akan melayannya begitu. Kesian Wafi, tak pasal-pasal dihukum begitu.’ Detik hatinya.

Sayup-sayup kedengaran Azan Subuh dari masjid berhampiran. Adrianna Wafiyah membuka matanya perlahan-lahan. Kantuknya masih bersisa. Dingin pagi membuatkan Adrianna Wafiyah menarik kembali selimut itu membaluti tubuhnya. ‘Selimut?!, macamana selimut ni boleh ada pada aku. Setahu aku malam tadi Adam Rayyan hanya bagi bantal.’ Hatinya tertanya-tanya misteri selimut itu.

“Isteri apa kau ni masih tidur lagi. Subuh dah nak habis.”

Tegur Adam Rayyan yang baru selesai menunaikan solat subuh . Dia masih lengkap dengan baju melayu dan kain pelekat.

‘ Hensemnya dia.’ Adrianna Wafiyah tersenyum seorang diri. Dia memang suka melihat lelaki yang memakai baju melayu dan kain pelekat. Nampak sangat hensem dimatanya.

“Hey, kau dengar tak aku cakap ni!”

“Hah! Dengar-dengar.” Dengan pantas Adrianna Wafiyah bangun dan berlari anak ke bilik air.

Tersenyum Adam Rayyan dengan gelagat isterinya itu. Sedikit demi sedikit hatinya sudah terpaut dengan isterinya itu.  Tapi ego seorang lelaki harus dijaga. ‘ Takkan aku nak mengaku dah sayang  dekat dia. Jatuh la ego aku.’ Gumam hati Adam Rayyan.

“Alamak! macamana aku boleh terlupa nak bawak baju sekali. Takkan nak keluar macamni. Karang tak pasal-pasal mamat poyo tu ingat aku nak goda dia pulak. Baju semalam dah rendam la pulak. Aduhh.”  Adrianna Wafiyah mengeluh lemah.

Adrianna Wafiyah memikir cara untuk keluar. ‘ Ishh, tak boleh jadi ni, kalau aku tunggu lagi, mahu terlepas subuh karang.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah.

Perlahan-lahan Adrianna Wafiyah membuka pintu. Kepalanya menjenguk mencari kelibat Adam Rayyan. Setelah yakin Adam Rayyan tiada dalam bilik itu, Adarianna Wafiyah dengan pantas keluar untuk mengambil pakaiannya.

Sedang dia membuka pintu almari, tiba-tiba pintu bilik terkuak dari luar. Adrianna Wafiyah terkejut lantas pakaian yang diambil terlepas dari pegangan tangannya. Nasib baik tak terlucut tuala yang dia pakai. Kalau tak naya saja buat free show.

Adam Rayyan terkaku melihat keindahan ciptaan tuhan. Perlahan-lahan pintu bilik ditutup. Bagaikan dipukau dia menapak menghampiri Adrianna Wafiyah yang sudah ketakutan. Semakin lama semakin hampir dia menghampiri Adrianna Wafiyah. Sehingga terasa hembusan nafas Adrianna Wafiyah. Tangannya perlahan-lahan mengusap lengan Adrianna Wafiyah yang hanya bertuala itu. Aroma dari tubuh Adrianna Wafiyah yang baru selesai mandi membuatkan hati Adam Rayyan semakin bergelora.

Adrianna Wafiyah sudah menggigil ketakutan dengan perilaku Adam Rayyan yang semakin menggila merenung tubuhnya yang hanya dibaluti tuala separas lutut. Tanpa sedar, Adam Rayyan membenamkan bibirnya ke leher Adrianna Wafiyah yang terdedah. Tangannya sudah menjalar keseluruhan tubuh Adrianna Wafiyah.

Saat itu Adrianna Wafiyah terasa mahu menangis dengan perbuatan Adam Rayyan. Dengan kekuatan yang ada Adrianna Wafiyah menolak tubuh Adam Rayyan menjauh darinya sekuat hati. Dia terus berlari ke bilik air menguncikan diri. Perasaan takutnya terhadap Adam Rayyan tidak dapat dibendung lagi.

Adam Rayyan meraup rambutnya ke belakang. Esakan kecil Adrianna Wafiyah mula kedengaran. Dalam hati dia beristighfar dengan keterlajurannya sebentar tadi. Kesian Adrianna Wafiyah. Mesti dia takut dengan apa yang terjadi.

Perasan kesal mula menyelubungi diri. ‘Ah, apa yang aku nak menyesal. Dia kan isteri aku. Lagipun bukan aku tertindak jauh pun.’ Adam Rayyan cuba menyedapkan hatinya. Pintu bilik air dipandang sepi. Untuk memujuk dan memohon maaf pada Adrianna Wafiyah terasa berat mulutnya. Egonya masih meninggi.

Setelah beberapa minit menanti, Adrianna Wafiyah masih belum keluar. Akhirnya Adam Rayyan keluar dari bilik itu untuk memberi ruang kepada Adrianna Wafiyah bertenang.

Adrianna Wafiyah membelek lehernya yang sedikit kemerahan akibat kesan dari ‘gigitan cinta’ buatan Adam Rayyan. ‘Ah, malunya. Macamana aku nak turun ke bawah dengan kesan merah macamni. Mesti mertuanya akan fikir bukan-bukan. Ha, pakai tudung aje lah.’ Idea datang secara tiba-tiba.

Setelah yakin Adam Rayyan tiada, Adrianna Wafiyah cepat-cepat mengenakan pakaiannya. ‘ Tak pasal-pasal terlepas subuh aku hari ni. Ni semua gara-gara perangai gila si mamat poyo tu!’ Marah Adrianna Wafiyah dalam hati.


Setelah bersiap ala kadar, Adrianna Wafiyah turun ke bawah. Dilihat ahli keluarga suaminya sedang berbual-bual di ruang tamu. Malu pada mertuanya kerana terlewat turun ke bawah. Adrianna Wafiyah berkira-kira untuk ke dapur, mungkin dapat membantu Mak Limah menyiapkan sarapan. Sudah kebiasaannya dikampung membantu Ibu di dapur.

“Eh, Wafi nak ke mana tu? Marilah berbual-bual dengan mummy.”

“Wafi ingat nak ke dapur tolong Mak Limah.”

“Ala, tak payah Wafi, Mak Limah dah biasa buat semua kerja sorang-sorang.”

Tiba-tiba muncul Mak Limah dengan membawa dulang berisi air untuk dihidangkan pada majikannya sementara menanti sarapan pagi siap. Adrianna Wafiyah kelihatan teragak-agak mahu menyertai mereka setelah melihat wajah masam adik iparnya.

“Marilah sayang.” Ajak Adam Rayyan.

Adam Rayyan menarik tangan Adrianna Wafiyah untuk duduk disebelahnya. Dia tahu Adrianna Wafiyah pasti masih marahkannya atas ketelanjurannya tadi.

“Hai, baru jadi menantu orang kaya dah pandai bangun lewat.” Lancang mulut Alisya Umaira mengata kakak iparnya.

“Lisya, tak baik cakap macamtu dengan Kak Wafi. Minta maaf cepat!” Marah Datin Rohana.

Alisya Umaira sudah mencemikkan wajahnya kerana dimarahi Datin Rohana.

“Tak apa mummy, memang salah Wafi sebab terlewat bangun. Wafi tak ambil hati pun.” Celah Adrianna Wafiyah. Dia tidak mahu isu ini dipanjangkan.

“Ha, kamu dah rancang ke nak honeymoon ke mana Ray?” Tanya Datuk Razlan.

Honeymoon?!. Tak payah nak honeymoon jauh-jauh la papa, kat rumah pun dah cukup. Kan sayang?”

Adam Rayyan memeluk bahu isterinya. Lakonan harus mantap. Kalau tak habis terbongkar semua rahsianya. Dia perasaan Adrianna Wafiyah mengeraskan badannya. Mungkin masih takut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Tiba-tiba bayangan Adrianna Wafiyah yang terdedah itu muncul kembali. Dia tersenyum bila teringatkan adegannya tadi.

“ Yang kamu tersenyum sorang-sorang ni kenapa?” Soal Datin Rohana. Pelik dia melihat Adam Rayyan tersenyum tiba-tiba.

“Hah, tak apalah mummy.” Malu pulak bila Datin Rohana perasaan dia tersenyum.

“Wafi ikut saja ke mana abang Ray nak pergi papa.”

“Eh, pengantin baru kenalah pergi honeymoon. Manalah tahu ada rezeki, cepatlah sikit mummy menimang cucu.”

“Mummy ni, cepat sangat nak bercucu. Bagilah Ray puas bermanja dengan isteri Ray dulu. Lagipun majlis resepsi pun belum berlangsung lagi tapi mummy dah suruh pergi honeymoon.”

Adam Rayyan melentokkan kepalanya ke bahu Adrianna Wafiyah. Wajah Adrianna Wafiyah sudah membahang dengan aksi manja Adam Rayyan. Penuh kepura-puraan. Alisya Umaira mencebik melihat kemesraan abangnya dan perempuan kampong itu. Sampai ke hari ini dia masih tak tahu kenapa Adrianna Wafiyah berkahwin dengan abangnya.

Adakah Adrianna Wafiyah juga seperti abangnya terpaksa menerima pernikahan ini. Apa dah jadi dengan perhubungan Adrianna Wafiyah dan Reza. Semua itu membuatkan Alisya Umaira menjadi semakin ingin tahu. Kesian Reza, mesti dia sedih kerana dimainkan perempuan ini. Tak mustahil satu hari nanti abangnya juga akan mengalami nasib yang sama. Alisya Umaira membuat kesimpulan sendiri.

“Yela, kena la plan awal-awal. Kalau boleh bawak la Wafi melancong ke Luar Negara.”

“Nantilah mummy, biar Ray bincang dulu dengan Wafi. Nanti Ray bagitahu mummy tempatnya.”

“Kali ni papa akan sponsor percutian korang. Anggap saja hadiah perkahwinan dari papa dan mummy.”

Adrianna Wafiyah hanya tersenyum. Tidak mahu menyampuk. Kalau tersalah cakap nanti pasti dia akan disembur Adam Rayyan. Selebihnya hati dia masih sakit dengan perbuatan tak senonoh Adam Rayyan pagi tadi.

“Datuk, Datin sarapan dah siap.”

“Ha, jomlah kita bersarapan. Sambil itu bolehlah kita sambung berbual. Mummy pun nak bincang pasal majlis resepsi korang ni.

Mereka sama-sama beriringan menuju ke ruang makan. Adrianna Wafiyah membuntuti langkah suaminya. Masih agak kekok bila bersama dengan keluarga Datin Rohana. Nasib baik mertuanya baik. Kalau tidak tentu dia akan jadi seperti Cinderella. ‘Ah, Wafi..kau ni mula la nak merepek sampai ke cerita kartun pun masuk dalam otak kau.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah.

Esok malam adalah majlis resepsinya dan Adam Rayyan. Adrianna Wafiyah menjadi berdebar menanti hari esok kerana pasti majlis itu sangat grand. Maklumlah mertuanya bukan calang-calang orang. Pasti ramai orang kaya yang datang. Memikirkan itu, Adrianna Wafiyah hilang selera nak makan.



Friday, 24 January 2014

'Kenal Erti Cinta' Bab 10


BAB 10


Setelah membersihkan diri dan solat, Adrianna Wafiyah melangkah turun ke bawah meninggalkan Adam Rayyan yang sedang lena. Langkahnya diatur ke arah dapur untuk melihat Mak Limah.

“Ada yang boleh saya bantu?” Tegur Adrianna Wafiyah.

“Eh, Puan Wafi. Terkejut Mak Limah.”

“Tak payah nak berpuan-puan dengan saya Mak Limah. Panggil Wafi jer cukup.” Sapa Adrianna Wafiyah dengan ramah.

Mak Limah hanya tersenyum. Dalam hati dia memuji kecantikan dan kesopanan Adrianna Wafiyah. Sangat berlainan dengan perangai Nazirah bekas tunang tak jadi Adam Rayyan dulu. Dia berharap Adam Rayyan dapat membuka mata melihat kebaikan Adrianna Wafiyah. ‘ Pandai sungguh Datin Rohana memilih menantu.’ Pujinya lagi dalam hati.

“Mak Limah.” Adrianna Wafiyah melayangkan tangan di hadapan muka Mak Limah.

“Mak Limah berangan ya. Boleh pulak tersenyum sorang-sorang.” Usik Adrianna Wafiyah mesra.

“Eh, tak adalah. Wafi nak makan? Mak Limah boleh siapkan. Datin cakap tadi Wafi belum makan. Mak Limah tunggu juga tadi Wafi turun.” Tanya Mak Limah.

“Emm, tak payahlah Mak Limah, saya belum lapar lagi. Lagipun dah petang ni. Tunggu makan malam teruslah. Jimat sikit lauk pauk. He..he..he…”

“Ada pulak macamtu. Nanti masuk angin perut tu.”

“Kalau angin masuk, Wafi keluarkanlah. Ha..ha..ha..”Gurau Adrianna Wafiyah.

Mak Limah ketawa geli hati dengan perangai selamba menantu majikannya ini. Hati tuanya terhibur dengan kehadiran Adrianna Wafiyah. Walaupun masih baru dalam keluarga Datin Rohana, tapi Adrianna Wafiyah pandai membawa diri.

“Apa yang seronoknya ni Mak Limah?”

Mak Limah dan Adrianna Wafiyah serentak berpaling ke arah suara itu. Terkejut Adrianna Wafiyah melihat Adam Rayyan sudah terpacak disebelah peti sejuk dan sedang memerhatikannya.

“Tak ada apa Encik Ray. Saja bergurau dengan Wafi.”

“Sayang, jom ke depan. Mummy ajak berbual di taman. Mak Limah nanti siapkan minum petang dan bawa ke tanam ya.”

“Baiklah Encik Ray.”

“Awak pegilah dulu, saya nak tolong Mak Limah siapkan minum petang. Nanti saya keluar.”

Adam Rayyan sudah menahan geram dengan perangai Adrianna Wafiyah. Melihatkan wajah tegang Adam Rayyan, Mak Limah tahu anak majikannya itu sedang menahan marah. Lalu dia segera bersuara.

“Eh, tak apa Wafi, Mak Limah boleh siapkan sorang diri. Lagipun Mak Limah dah biasa. Wafi ikutlah Encik Ray ke depan.”

“Tapi Mak Limah..”

“Dah, tak payah tapi-tapi.”

Adrianna Wafiyah mengeluh sambil melangkah lemah mengekori Adam Rayyan yang telah pun berlalu ke depan. Sebenarnya Adrianna Wafiyah mahu mengelak dari bersama Adam Rayyan. Dia agak kekok terus-terusan berlakon di hadapan Datin Rohana. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia menjadi pelakon. Walaupun bukan pelakon dalam erti kata sebenar.

Adrianna Wafiyah melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Adam Rayyan. Saja dia memilih kerusi itu kerana tidak mahu Adam Rayyan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan ke atas dirinya. Adam Rayyan hanya memerhati isterinya dengan rasa sebal. Menyampah pun ada bila melihat perangai isterinya yang agak sombong kebelakangan ini. Dari kejauhan Adrianna Wafiyah dapat melihat ibu mertuanya sedang leka membelek bunga-bunga ros yang sedang mekar itu. Menurut Mak Limah, Datin Rohana memang penggemar kepada bunga-bunga ros. Semua bunga-bunga ros itu ditanam sendiri oleh Datin Rohana.

Adrianna Wafiyah yang sedar akan pandangan tajam Adam Rayyan segera menoleh ke arah Mak Limah yang sedang menghala ke arah mereka dengan membawa air dan kuih keria yang dibuatnya tadi. Datin Rohana menapak perlahan mendapatkan anak dan menantunya.

“Terima kasih Mak Limah.”

“Sama-sama Datin. Hari ni saya buat kuih keria kesukaan Datin.”

“Wahh, yeke, tentu sedap macam selalu. Kalau Wafi nak tahu Mak Limah ni kalau bab memasak memang terror. Kalah Chef Wan.”Puji Datin Rohana.

Mak Limah tersenyum sambil melangkah masuk ke dalam.Kembang-kucup hatinya dipuji begitu.

“Cantik bunga-bunga yang mummy tanam.” Puji Adrianna Wafiyah.

“Itulah penghibur hati mummy bila sunyi. Wafi pun suka ke dengan bunga-bunga ros tu?”

“Wafi suka tengok. Dekat kampong pun ibu suka tanam bunga jugak. Tapi Wafi ni sekadar suka tengok ajelah. Kalau suruh tanam, confirm mati semua bunga-bunga tu.” Seloroh Adrianna Wafiyah sambil ketawa kecil.

Datin Rohana tersenyum dengan gelagat Adrianna Wafiyah. Dia menoleh ke arah anak lelaki tunggalnya. Adam Rayyan hanya diam. Dia hanyut dalam dunianya sendiri.

“Hey Ray, diam aje.”

Adrianna Wafiyah hanya memerhati sambil menuang air ke dalam cawan. Adam Rayyan membetulkan duduknya sebelum bersuara.

“Dah mummy seronok sangat berbual dengan menantu kesayangan mummy ni. Sampai lupa Ray ada kat sini.” Jawab Adam Rayyan dengan rajuk yang dibuat-buat.

“Sejak bila pulak anak mummy ni pandai nak merajuk-rajuk.”

“Sejak berkahwin dengan menantu kesayangan mummy nilah.” Jawab Adam Rayyan sambil bangun dan duduk dikerusi sebelah Adrianna Wafiyah seraya memeluk bahu isterinya.

Adrianna Wafiyah menjadi geram dengan perangai ulat bulu Adam Rayyan. Tak habis-habis mengambil kesempatan. Dia cuba melepaskan diri dari pautan itu. Tapi Adam Rayyan mengemaskan pautan dibahu isterinya. Dia cuba memaniskan muka demi menjadi air muka suaminya. Kalau ikutkan hatinya mahu di siku mamat poyo ni. Pantang ada peluang mesti dirinya dipeluk sesuka hati.

Datin Rohana senang hati melihat layanan anaknya kepada Adrianna Wafiyah. Dalam hati dia berdoa moga hati anaknya terbuka untuk insan bernama Adrianna Wafiyah.

“Kalau iye pun tak payah la nak tunjuk manja kamu tu depan mummy. Kesian Wafi melayan perangai manja kamu tu.”

“Ala mummy, apa salahnya bermanja dengan isteri sendiri. Kan sayang?”

Adam Rayyan meramas mesra jemari Adrianna Wafiyah. Adrianna Wafiyah hanya tersenyum paksa. Dalam hati dia mengutuk perangai mengada Adam Rayyan. ‘Pandai sungguh mamat poyo ni berlakon.’ Kutuk Adrianna Wafiyah dalam hati.

Sedang mereka rancak berbual, sebuah kereta mini cooper memasuki perkarangan rumah. Kelibat Alisya Umaira melangkah keluar sambil membimbit beberapa beg kertas diperhati oleh mereka.

“Tengoklah adik kamu tu. Tak habis-habis shopping. Entah apa yang dibelinya.” Bebel Datin Rohana.

“Lisya mari minum petang sekali. Mak Limah buat kuih keria ni.” Tegur Datin Rohana.

Alisya Umaira melangkah ke taman sambil menjeling tajam ke arah Adrianna Wafiyah. Sakit hatinya setiap kali melihat wajah itu. Kerana Adrianna Wafiyahlah dia kehilangan lelaki yang amat dia cintai.

“Banyak shopping Lisya? Tegur Datin Rohana seraya melihat Alisya Umaira duduk di kerusi.

“Biasalah mummy. Nak cantik kan. Takkan nak pakai selekeh-selekeh jer. Nanti orang ingat Lisya ni datang dari ceruk kampong mana pulak.” Sinis Alisya Umaira menjawab sambil menjeling tajam ke arah Adrianna Wafiyah.

Adrianna Wafiyah tahu adik iparnya menujukan kata-kata tersebut untuk dirinya. ‘Teruk sangat ke pakaian yang aku pakai.’ Detik hati Adrianna Wafiyah. Sedih betul dimusuhi suami dan adik ipar sendiri.

“Hisy, kamu ni Lisya tak habis-habis menghina orang kampong. Kamu jangan lupa mummy pun asal dari kampong jugak.”

“Papelah mummy.” Alisya Umaira mencebik. Tangannya mencapai kuih keria yang terhidang dengan riak selamba.

“Abang tadi masa shopping Lisya terserempak dengan Kak Sally. Dia kirim salam kat abang. Katanya dia dah lama tak dengar khabar abang. Dia ada bagitahu Lisya yang…” Lisya menoleh ke arah mummynya sebelum meneruskan bicara.

“…yang Kak Nazirah akan balik ke Malaysia.” Perlahan tutur bicaranya. Takut juga kalau mummynya melenting.

Adrianna Wafiyah semakin tertanya-tanya siapa Nazirah ini sebenarnya.  Dia perasan wajah cuak Adam Rayyan. Hatinya semakin meluap-luap ingin tahu. Ingin bertanya pada Adam Rayyan, hanya akan mengundang herdikan sahaja. Wajahnya mula berkerut tanpa sedar.

Debaran dada Adam Rayyan semakin kuat berbunyi. Perkhabaran yang dibawa oleh Alisya Umaira membuatkan hatinya gelisah bercampur suka. Semua andaiannya tepat belaka. Apa yang dinantikan selama ini akan berada didepan matanya tidak lama lagi. Kelu lidah Adam Rayyan untuk bertanya lebih lanjut mengenai perihal Nazirah. Kini dia dalam delima. Kasihnya pada Adrianna Wafiyah yang semakin menggebu dan cintanya untuk Nazirah yang masih utuh.

“Jangan sesekali kamu sebut nama perempuan tu depan mummy.” Marah Datin Rohana tiba-tiba.

“Hisy, mummy ni tak baik cakap Kak Nazirah macamtu. Kita tak tahu penyebabnya. Mungkin dia ada alasan yang kukuh.” Alisya terusan back up Nazirah.

“Lagipun Kak Nazirah tu cantik, pandai bergaya. Taklah selekeh macam..” Tanpa rasa bersalah Alisya Umaira terus-terusan menyakiti hati Adrianna Wafiyah.

“Apa ni cerita pasal Nazirah pulak. Mummy tak suka. Alasan apa lagi kalau menghilangkan diri sampai bertahun-tahun. Buat apa nak lari jauh-jauh kalau dia tak bersalah. ” Celah Datin Rohana. Geram dia mendengar anaknya bercakap mengenai Nazirah. Risau juga jika menantunya berkecil hati dengan omongan Alisya Umairah.

Adrianna Wafiyah yang sedari tadi menjadi pemerhati terkejut dengan tutur kata Alisya Umaira yang seakan dituju untuk dirinya.

Adam Rayyan sudah panas hati dengan kata-kata Datin Rohana. Sewenang-wenangnya mummynya mengutuk Nazirah. Dia faham perasaan mummynya. Memang dia akui apa yang Nazirah lakukan terhadap keluarganya begitu teruk. Tapi entah mengapa hati kecilnya masih utuh untuk perempuan bernama Nazirah. Mungkin kerana Nazirah adalah gadis pertama yang mendapat tempat dihatinya.

“Emm, mummy Wafi masuk dalam dululah. Wafi tak sembahyang Asar lagi ni.”

Adrianna Wafiyah perlu melarikan diri dari terus menjadi mangsa sindiran. Dia harus mengelak sementara imannya masih kuat. Kalau tidak difikirkan ibu mertuanya ada sekali, sudah lama mulut Alisya Umaira dicilinya. Mahu dikorek mata gadis itu yang asyik menjeling kepadanya.

Adrianna Wafiyah melangkah dengan lemah. Nama Nazirah sedang bermain difikirannya.

Datin Rohana mengerti menantunya terasa hati dengan kata-kata dari anak-anaknya. ‘Kesian Wafi. Kerana desakan aku, dia terpaksa menghadapi semua ni. Adakah aku seorang yang kejam.’ Gumam hati Datin Rohana.

“Pegilah Wafi. Nanti terlepas waktu Asar.” Balas Datin Rohana sambil tersenyum memandang wajah menantunya.

Sebaik sahaja kelibat Adrianna Wafiyah menghilang ke dalam rumah. Datin Rohana mula bersyarah kepada anak-anaknya.

“Mummy tak suka korang bercakap macamtu depan Wafi. Lisya, mummy tengok kamu sekarang makin menjadi-jadi perangai kurang ajar kamu. Langsung tak reti nak hormat kakak ipar kamu tu. Ada mummy ajar anak-anak mummy berperangai kurang ajar macamni. Ray kamu pun sama jugak! Tak boleh ke kamu cuba terima Wafi. Jagalah perasaan dia jugak. Kamu ingat dia tak ada perasaan.”

Adam Rayyan dan Alisya Umaira hanya diam. Tidak berniat membalas kata-kata mummy meraka. Datin Rohana kalau dah marah tiada siapa yang berani mencelah. Kalau nak rasa sengatan Datin Rohana cubalah mencelah. Alisya Umaira makin meluap-luap marahnya terhadap Adrianna Wafiyah. Adam Rayyan pula mempamerkan wajah selamba. Dalam hati terdetik juga perasaan simpati terhadap isterinya. Tanpa sedar dia telah membabitkan isterinya dalam masalah hatinya. Baru sahaja Datin Rohana mahu menyambung katanya, tiba-tiba Datuk Razlan muncul.

“Apa yang dibualkan ni. Tegang saja muka masing-masing.” Sapa Datuk Razlan.

“Abang tanya la anak-anak abang ni. Pening kepala Ana dengan perangai diorang.”

“Ray masuk dulu mummy, papa” Ujar Adam Rayyan seraya bangun beredar.

“Lisya pun.” Alisya Umaira berlari anak meninggalkan tanam itu.

“Masing-masing lari nak lepas diri. Geram sungguh Ana dengan perangai mereka.” Datin Rohana merengus geram.

“Dah la tu, bawa-bawa bersabar. Awak tu dahlah ada darah tinggi. Nanti tak pasal-pasal naik darah tinggi awak tu.” Datuk Razlan cuba menyejukkan hati isterinya.

Datin Rohana mengeluh perlahan. Ada benar cakap suaminya. Dia menuang air ke dalam cawan lalu disuakan ke suaminya. Suasana tegang sebentar tadi beransur hilang bila suaminya menghiburkan hatinya. Namun hatinya tetap risau bila memikirkan Nazirah akan kembali.

Rupa-rupanya dari balkoni atas, Adrianna Wafiyah dapat melihat suasana tegang tadi. Cuma dia tidak dengar butir bicara mereka.

Tersenyum dia melihat kemesraan mertuanya. Alangkah indah kalau dia turut dapat merasai kebahagiaan seperti ibu mertuanya. Tanpa disuruh air mata mengalir ke pipi. Adrianna Wafiyah mengesat perlahan sambil berlalu ke dalam bilik.

“Hmm..hmm.”

Adam Rayyan berdehem. Dia perasan wajah monyok isterinya. ‘Mungkin dia terasa dengan kata-kata Lisya sebentar tadi. ‘Detik hatinya. Adrianna Wafiyah hanya memandang sekilas ke arah suaminya sebelum membelek majalah yang sedari tadi berada ditangannya. Dia cuba mengelak dari melihat dan berbicara dengan lelaki itu.

“Aku minta maaf bagi pihak Lisya.” Adam Rayyan menutur perlahan.

Adrianna Wafiyah mendongak kepala memandang wajah suaminya. Agak terkejut kerana untuk kesekian kalinya Adam Rayyan memohon maaf darinya. Entahkan ikhlas entahkan tidak.

“Saya tak kisah. Saya pun tak pernah mengharap untuk hadir dalam keluarga ni. Jadi kalau awak rasa terpaksa, begitu juga saya. Saya melakukan semua ini demi kasih saya kepada Ibu.” Adrianna Wafiyah mula sebak. Dia cuba menahan air matanya dari mengalir.

Adam Rayyan terkedu. Dengan tiba-tiba satu perasaan aneh menjalar dalam dirinya. Tetapi dengan pantas Adam Rayyan menyingkirkannya. Semakin dia cuba membenci Adrianna Wafiyah, sedikit demi sedikit hatinya semakin menerima kehadiran wanita ini.

Kini hatinya sudah berbelah bagi dengan perkhabaran dari adiknya sebentar tadi. Tetapi kenapa hatinya tidak gembira setelah tahu berita itu. Sedangkan selama ini dia memang mengharap Nazirah pulang ke pangkuannya.