BAB
9
Majlis
perkahwinan kedua-dua belah pihak akan diadakan serentak di Hotel Mandarin
Oriental Kuala Lumpur seminggu lagi. Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan akan
pulang dahulu ke Kuala Lumpur bagi membuat segala persiapan. Puan Asmah dan
sanak saudara yang lain akan menyusur kemudian ke Kuala Lumpur.
Adrianna
Wafiyah menyusun baju-bajunya untuk dibawa bersama. Sakit hatinya kerana
tiba-tiba selepas sarapan pagi tadi, Adam Rayyan menyuarakan hasrat hatinya
untuk pulang awal ke Kuala Lumpur kerana kesiankan Datin Rohana seorang diri
menyiapkan segala persiapan majlis resepsi mereka. Padahal kalau ikut rancangan
asal mereka akan berada 3 hari di kampungnya. Ini baru 2 hari Adam Rayyan sudah
hendak pulang.
‘Bukan
aku tak tahu yang sebenarnya mamat poyo
tu tak selesa tinggal kat rumah aku ni. Dasar anak orang kaya!’ Marah Adrianna
Wafiyah dalam hati sambil memasukkan pakaiannya ke dalam beg dengan kasar.
“Kau
dah siap ke belum ni. Lembab betul la kau ni. Aku dah lambat tahu tak.”
Adrianna
Wafiyah tidak menjawab pertanyaan itu. Dia mengangkat beg pakaiannya ke ruang
tamu tanpa mempedulikan pandangan Adam Rayyan.
“Ha,
Wafi dah siap ke.?”
“Dah
Ibu.”
“Ingat
pesan ibu, jaga tingkah laku dekat rumah mertua kamu tu. Jangan buat perangai
malas kamu tu.”
“Yela
ibu, Wafi ingat. Takkan Wafi nak buat macamtu pulak.”
“Ibu
ni mengingatkan saja. Ibu kenal sangat dengan perangai manja anak ibu ni.” Puan
Asmah mencuit hidung anaknya.
Adrianna
Wafiyah terus saja memeluk tubuh ibunya. Terasa sedih hatinya. Selepas ini
tentu dia susah mahu bermanja dengan ibunya lagi. Adam Rayyan hanya memerhati
drama sebabak diantara Adrianna Wafiyah dan Puan Asmah.
‘Beria
betul minah ni menangis, macam lepas ni tak boleh nak jumpa lagi.’ Kutuk Adam
Rayyan dalam hati.
“Dah,
jangan sedih-sedih sayang, nanti ada masa kita balik lagi jenguk ibu.” Adam
Rayyan pura-pura menenangkan Adarianna Wafiyah.
“Betul
cakap Rayyan tu Wafi. Dah jangan nangis-nangis lagi. Malu sikit dekat suami
kamu tu.”
“Ibu
jaga diri tau. Jangan kerja teruk sangat.”
“Yela,
pandai la ibu nak jaga diri. Wafi jangan risau.”
Setelah
bersalaman dengan Puan Asmah, kereta BMW X6 Adam Rayyan meluncur laju
meninggalkan perkarangan rumah Puan Asmah. Adrianna Wafiyah beberapa kali
membetulkan duduknya. Terasa sengal-sengal urat sendinya gara-gara tidur
dibawah semalam. ‘Kalau macam ini sampai bila-bila, mahu patah tulang aku.’
Detik hati Adrianna Wafiyah.
Adam Rayyan hanya diam kerana fokus
pada jalan raya. Sekilas dia memerhati Adrianna Wafiyah di sebelah tempat duduk
penumpang.
‘Cis,
asal naik kereta aku je membuta. Tahu
la kereta aku ni mewah. Sedap je nak
membuta.’ Detik hati Adam Rayyan.
Wajah
ayu Adrianna Wafiyah diteliti penuh minat. ‘Cantik jugak minah ni’. Adam Rayyan menyentuh lembut pipi Adrianna Wafiyah
yang gebu itu. Tiba-tiba lahir satu perasaan aneh terhadap Adrianna Wafiyah.
Tetapi hanya seketika sebelum Adam
Rayyan tersedar atas keterlanjurannya. Entah apa yang menghasut dirinya untuk
berbuat begitu. ‘Ni kalau minah ni sedar mesti perasan aku syok dekat dia.’ Detik hati Adam Rayyan.
Dua
jam setengah perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur, akhirnya Adam Rayyan dan
Adrianna Wafiyah sampai ke banglo mewah milik Datuk Razlan. Pintu pagar terbuka
secara automatik. Kereta Adam Rayyan terus masuk ke perkarangan banglo agam
itu.
“Wei,
bangunlah dah sampai. Membuta je
tahu!”
Kejut
Adam Rayyan dengan kasar. Adrianna Wafiyah terpisat-pisat bangun. Agak terkejut
dengan suara petir Adam Rayyan. Setelah mengambil bagasi miliknya, Adam Rayyan
terus berlalu masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Adrianna Wafiyah.
Terkial-kial
Adrianna Wafiyah membimbit beg pakaiannya yang agak berat itu, mengekori
langkah Adam Rayyan yang laju itu. Adrianna Wafiyah masih tercegat di muka
pintu dengan wajah yang teruja melihat banglo yang tersegam indah.
“Hey,
masuklah! Apa lagi yang tercegat dekat situ? Kau nak aku dukung ke?”
Beg
pakaian Adrianna Wafiyah terlepas dari tangan kerana terkejut dengan herdikan
itu. Rasa sebak menyerang jiwanya tiba-tiba. Sudahlah dia masih baru di banglo
ini, Adam Rayyan sudah menunjukkan taringnya kembali. Adam Rayyan hanya membuang pandang bila
melihat wajah sedih Adrianna Wafiyah. Dalam hati sebenarnya terdetik juga rasa
simpati melihat wajah sedih Adrianna Wafiyah bila dia mengherdik tadi. Tapi
Adam Rayyan segera menyingkirkan perasaan itu. Dia tidak boleh jatuh cinta
dengan Adrianna Wafiyah. Itu janjinya pada diri.
“Eh,
mummy tak tahu korang balik hari ni?”
Adam
Rayyan segera menyalami tangan Datin Rohana. Begitu juga dengan Adrianna
Wafiyah.
“Ray
ada hal mummy. Papa ngan Lisya mana mummy?”
“Papa
biasalah kalau hari minggu macam ni main golf la dia dengan kawan-kawannya.
Lisya pulak pagi-pagi lagi dah
keluar.”
“Ray
naik atas dulu la mummy.”
Adam
Rayyan lantas mengambil beg pakaiannya dan terus melangkah menaiki anak tangga
tanpa mempedulikan Adrianna Wafiyah.
“Ray,
tak kan nak tinggalkan isteri kamu macam tu aje.
Ajak la Wafi sekali.”
“Pandailah
dia mummy nak naik nanti.”
Adam
Rayyan terus menghilang ke dalam bilik. Datin Rohana agak malu dengan Adrianna
Wafiyah melihat sikap anaknya itu. Kesian Adrianna Wafiyah. Tiba-tiba rasa
bersalah mula menyerbu hatinya. Bimbang jika anaknya mengotakan janji tidak
mahu menerima Adrianna Wafiyah dihatinya.
“Erm,
Wafi, jangan ambik hati dengan Ray. Pergilah rehat kat atas, bilik Ray
disebelah tangga tu.Nanti mummy suruh mak Limah siapkan makan tengahari.”
“Tak
adalah mummy. Wafi tak ambik hati pun. Mungkin abang Ray penat . Wafi naik dulu
ya mummy.”
Adrianna
Wafiyah melangkah ke bilik yang dimaksudkan. Perasaan sedih dan malu dengan
Datin Rohana terhadap layanan Adam Rayyan kepadanya menghimpit jiwa Adrianna
Wafiyah. Bukanlah layanan yang istimewa diharapkan oleh Adrianna Wafiyah.
Cukuplah sekadar Adam Rayyan menghormatinya sebagai seorang isteri terutama
dihadapan keluarga Datin Rohana.
Sudahlah
adik iparnya tidak menyukai dia berkahwin dengan Adam Rayyan. Kini suami
sendiri pun tidak suka pada dirinya. Apa salahnya pada mereka. Bukan dia yang
minta untuk berkahwin dengan Adam Rayyan. Tahukah Adam Rayyan yang Adrianna
Wafiyah juga terpaksa menerima perkahwinan ini. Nasib baiklah layanan Datuk
Razlan dan Datin Rohana baik terhadap dirinya. Alangkah bahagia jika Adam
Rayyan turut menerima dirinya. Dalam
hati Adrianna Wafiyah berdoa moga ada sinar kebahagiaan untuknya di dalam
banglo mewah ini. Adrianna Wafiyah memulas perlahan tombol pintu dan melangkah
perlahan-lahan memasuki bilik Adam Rayyan. Adam Rayyan hanya membuang pandang
apabila ternampak kelibat Adrianna Wafiyah melangkah masuk ke biliknya.
Adrianna Wafiyah berdiri tercegat di hadapan pintu bilik. Kekok dengan layanan
Adam Rayyan yang tidak mempedulikan kehadirannya di situ.
“Yang
kau asyik tercegat depan pintu tu kenapa?”
“Huh,
saya..”
“Hurm,
nak bercakap pun lembab. Saya, saya. Kau dengar sini baik-baik, aku taknak kau
mengadu apa-apa dekat mummy. Kalau aku dapat tahu kau mengadu apa-apa nahas kau
aku kerjakan!” Ugut Adam Rayyan.
Air
mata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir dengan sendirinya. Hati Adrianna
Wafiyah begitu sedih dengan layanan Adam Rayyan. Kalaulah ibu tahu anaknya
dilayan begini tentu ibunya sedih.
“Tak
habis-habis menangis. Macam budak-budak. Rimas tahu tak!”
Adrianna
Wafiyah pantas menyeka air matanya. Sendunya cuba ditahan agar Adam Rayyan
tidak dengar. Bimbang jika tangisnya menngundang marah Adam Rayyan.
Adam
Rayyan cuba menyembunyikan perasaan yang semakin bercambah terhadap Adrianna
Wafiyah. Simpati hatinya melihat air mata Adrianna Wafiyah. Tetapi Cuma
seketika. Tidak, dia tidak boleh
menduakan Nazirah. Walaupun Nazirah telah meninggalkannya di hari pertunangan
mereka, Adam Rayyan tetap mencintai wanita itu. Disebabkan itulah dia
menidakkan kehadiran Adrianna Wafiyah dalam hidupnya. Perasaan bersalah kerana
memberikan layanan buruk kepada Adrianna Wafiyah membelengu jiwanya. Kesian
Adrianna Wafiyah. Tetapi hatinya belum dapat melupakan Nazirah keran saban hari
dia mengharap Nazirah akan pulang ke pangkuannya.
“Kau boleh guna almari hujung sekali. Susun
baju-baju kau kat situ. Tapi ingat, jangan sesekali kau usik barang-barang aku
dalam bilik ni.”
“Terima
kasih awak.”
“Lagi
satu, kau tak boleh tidur di katil aku. Kau boleh pilih mana-mana pot yang kau suka untuk tidur.”
“Sudah
aku jangka. Habis la kau Wafi mahu patah tulang-belulang kau lepas ni.” Rintih
hati Adrianna Wafiyah.
Adrianna wafiyah ni u ke..? Huhu
ReplyDelete