Hari
ini adalah hari yang paling bahagia bagi seorang perempuan yang akan bergelar
isteri. Tetapi tidak pada Adrianna Wafiyah. Bagi dia hari ini adalah hari
kemusnahan hidupnya. Kalau dia tak terserempak dengan Adam Rayyan dan perempuan
gedik itu, mungkin sahaja dia akan cuba untuk mencintai bakal suaminya. Kini
hatinya remuk berkecai ditambah lagi dengan perjanjian yang dibuat oleh Adam
Rayyan. Dirasakan maruahnya sedang dipijak-pijak oleh Adam Rayyan. Tapi dia
tiada keberanian mahu membatalkan majlis ini. Tiba-tiba dia teringat kembali
perjumpaannya dengan Adam Rayyan beberapa hari sebelum hari pernikahan mereka.
“Aku
nak kau sign surat perjanjian ni.”
Adam Rayyan menyerahkan surat itu kepadanya.
Berkerut
dahi Adrianna Wafiyah. Sungguh dia tidak mengerti tujuan lelaki itu. Kertas
yang dihulurkan oleh Adam Rayyan disambut jua. Satu persatu isi surat itu
dibaca.
1.
Tidak
boleh membuka cerita rumah tangga kepada orang lain.
2.
Perlu
menjaga maruah keluarga Datuk Razlan.
3.
Tidak
boleh tidur sekatil
4.
Tidak
boleh masuk campur urusan Adam Rayyan.
5.
Tidak
perlu bercakap jika tiada keperluan
6.
Tidak
boleh tuntut sebarang hak selepas bercerai.
“Ya
Allah, dugaan apakah ni. Kenapa sampai perlu buat surat perjanjian bagai.”
Gumam Hati Adrianna Wafiyah. Perkataan cerai itu begitu merobek hatinya. Takkan
Adam Rayyan mahu menceraikannya. Tak pernah terlintas difikirannya akan menjadi
janda secepat itu. Sungguh dia tidak faham dengan permainan Adam Rayyan.
“Setakat ni, itu saja yang terlintas
dalam otak aku. Aku akan tambah perjanjian ini jika perlu.”
“Macamana kalau saya nak keluar.”
“Kau boleh pergi kemana saja kau nak
pergi. Aku tak ada halangan. Kau boleh buat apa kau suka.”
Adrianna
Wafiyah menandatangani surat perjanjian itu dengan hati yang remuk. Tidak
disangka begini sekali layanan Adam Rayyan terhadap dirinya. Sedih!
Petang
ini Adrianna Wafiyah akan sah bergelar isteri kepada Adam Rayyan. Hatinya
langsung tidak gembira. Rumah Puan Asmah sudah dipenuhi dengan sanak saudara.
Persiapan perkahwinan sudah siap sepenuhnya. Mujurlah keluarga Datin Rohana
banyak membantu. Jika nak diharapkan Puan Asmah sendiri nak buat segala persiapan
memang tidak sempat dia nak kumpul duit dalam masa 3 bulan. Memang mustahil
memandangkan dia hanya seorang ibu tunggal.
Disebabkan
keluarga Datin Rohana sendiri yang ingin segera majlis ini berlangsung, maka
keluarga Datin Rohana bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyiapkan segala
persiapan. Walaupun Puan Asmah sebenarnya agak berat hati mahu menerima huluran
dari Datin Rohana. Hanya majlis pernikahan dan majlis doa selamat sahaja yang
akan dibuat sebelah pihak pengantin perempuan. Majlis resepsi kedua-dua belah
pengantin akan diadakan serentak di Kuala Lumpur atas desakan Datin Rohana
kerana dia tidak mahu membebankan Puan Asmah.
Ramai
saudara mara terdekat dari sebelah Puan Asmah dan Datin Rohana memenuhi ruang
masjid. Adrianna Wafiyah melangkah keluar dari kereta dengan berhati-hati.
Maklumlah baju yang dia pakai begitu sarat dengan manik-manik. Ini semua adalah
rekaan oleh ibu mertuanya.
“Selamat
pengantin baru Wafi. Aku harap kau akan bahagia sampai bila-bila. Sofea memeluk
erat sahabatnya di perkarangan masjid. Dia terus ke masjid menunggu sahabatnya.
“Fea,
aku…”
“Shhh..,janganlah sedih Wafi. Kalau kau
nangis, nanti aku pun ikut nangis. Cair mekap kau nanti. Banjir masjid ni
dengan air mata kau.” Sofea membuat mimik wajah sedih.
Sofea
memeluk erat sahabatnya sambil menggosok lembut belakang Wafi untuk menyalurkan
sedikit semangat buat sahabatnya. Dia tahu perasan Adrianna Wafiyah. Pasti
sahabatnya itu sedang berperang dengan perasaan sendiri. Dia tidak dapat
menafikan Adrianna Wafiyah memang seorang anak yang taat sehinggakan sanggup
menerima Adam Rayyan demi menjaga hati ibu tersayang. Dia tersenyum sambil
membetulkan veil Adrianna Wafiyah.
“Terima
kasih Fea, kau tolong doakan kebahagiaan aku ya.” Adrianna Wafiyah meminta
penuh pengharapan.
Sofea
tersenyum sambil mengelus lembut tangan Adrianna Wafiyah.
“Ya,
aku pasti akan doakan kau. Dah jom masuk. Semua orang tak sabar nak tengok
pengantin vogue ni.” Sofea mengiring
Adrianna Wafiyah melangkah masuk ke dalam masjid. Penuh berhati-hati Adrianna
Wafiyah melangkah.
Adrianna
Wafiyah menarik nafas dalam-dalam. Semua mata tertumpu kepada dia dan Adam
Rayyan. Peluh yang merenik di dahi segera disapu dengan tisu. Wajah Adam Rayyan
di hadapan jurunikah dipandang sekilas oleh Adrianna Wafiyah. Tiada langsung
riak cemas di wajah Adam Rayyan, yang ada hanya wajah tiada perasaan. Masam
mencuka!.
Adam
Rayyan buat-buat selamba dihadapan jurunikah. Hakikat sebenar dadanya berdegup
kencang, agaknya beginilah yang berlaku saat seseorang itu diijabkabulkan.
Tangannya terasa sejuk beku. Wajah Adrianna Wafiyah dipandang sekilas. ‘Cantik,
mungkin seri pengantin barangkali. Sesuai sungguh baju itu dibadannya”. Puji
Adam Rayyan dalam hati.
Suasana
hening di dalam masjid, semua tetamu hadir yang hadir menanti saat Adrianna
Wafiyah dan Adam Rayyan diijabkabulkan. Adam Rayyan segera mencapai tangan
jurunikah dihadapannya.
“Aku
terima nikahnya Adrianna Wafiyah Binti Zainal dengan mas kahwinnya lapan puluh
ringgit tunai.”
Apabila
ucapan itu terbit dengan lancarnya dari mulut Adam Rayyan, dan disahkan saksi,
maka terjalinlah ikatan yang halal di antara kedua-dua mempelai.
Adam
Rayyan yang segak berbaju melayu itu melangkah menghampiri Adrianna Wafiyah
yang ayu duduk di atas kusyen empuk bertakhtakan benang perak. Adam Rayyan diam
seketika saat melihat raut wajah Adrianna Wafiyah yang sudah bercalit mekap.
Lain benar wajah Adrianna Wafiyah sekarang berbanding pada hari-hari biasa.
Kecantikan aslinya terserlah dengan palitan mekap. Datuk Razlan segera mencuit
bahu Adam Rayyan untuk menyarungkan cincin ke jari manis Adrianna Wafiyah. Leka
betul Adam Rayyan menilik wajah isterinya. Kata tak suka.
Adam
Rayyan tersedar, lalu dengan pantas dia mengambil tangan Adrianna Wafiyah yang
terhias dengan inai kemerah-merahan di setiap jari gadis itu. Jari manis
isterinya segera disarungkan cincin bertakhtakan berlian itu. Adrianna Wafiyah
menyambut tangan suaminya lantas dicium lembut. Berdegup jantung Adam Rayyan
saat Adrianna Wafiyah mencium tangannya. Perasaan apakah ini. Dia memejamkan
matanya. Seolah-olah sedang nikmati perasaan yang sedang menjalar dalam salur
darahnya.
“Okey
cium dahi pulak, nak ambik gambar ni.”
Adam
Rayyan tersentak dari lamunan. Jurugambar yang diupah khas itu segera
memberikan arahan. Nak atau tak nak Adam Rayyan terpaksa mencium dahi
isterinya, sesaat saja sebelum menjauhkan wajahnya dari Adrianna Wafiyah.
“Eh,
laju sangatlah. Tak sempat nak ambik gambar. Lama la sikit janganlah
malu-malu.” Ada pula suara-suara lain yang menyuruh. Mungkin untuk mengambil
gambar majlis itu sebagai kenangan barangkali.
Adrianna
Wafiyah terasa membahang saat bibir Adam Rayyan menyentuh lembut dahinya buat
kali kedua. Terasa kebas seluruh wajahnya dengan tetamu-tetamu yang hadir.
‘Adam Rayyan ni boleh pulak buat selamba. Tak malu ke.’ Kata hati Adrianna
Wafiyah. Mesti dia dah biasa cium perempuan. Sebab itu perasaan malu tiada
dalam dirinya. Desis hati Adrianna Wafiyah lagi.
Setelah
selesai sesi bergambar, Adam Rayyan dan Adrianna Wafiyah menghampiri Puan
Asmah. Tangan tua itu dicium lembut tanda hormat kepadanya.
“Jaga
anak ibu baik-baik.” Puan Asmah berpesan saat Adam Rayyan menyalami tanganya.
Bahu menantunya dipegang lembut. Giliran Adrianna Wafiyah pula mencium tangan
ibunya. Perasaan sebak bertandang ke hatinya. Sedih melihat ibu tersayang.
“Dah..
jangan sedih-sedih. Ibu harap Wafi jadi isteri yang baik kepada menantu ibu
ini.”
Puan
Asmah lantas memeluk erat tubuh anaknya. Adrianna Wafiyah tersendu dalam
tangisnya tidak mampu bersuara. Hanya kepala dianggukkan tanda faham akan
nasihat ibunya. Kedua-dua mempelai beralih ke arah keluarga pengantin lelaki.
Tangan kedua-dua ibubapa Adam Rayyan di salam. Begitu juga dengan tetamu-tetamu
yang hadir dan tidak terkecuali dengan adik Adam Rayyan, Alisya Umaira. Saat
Adrianna Wafiyah bersalam dengan Alisya Umaira. Tangannya tidak bersambut oleh
Alisya Umaira. Hanya jelingan maut yang diberikan oleh adik iparnya itu.
“Kau
jangan mimpi nak hidup senang dalam keluarga aku. Sebab kau tak layak utuk
bergandingan dengan abang aku.”
Alisya
Umaira berkata saat Adrianna Wafiyah ingin keluar dari masjid itu. Dirinya agak
terkejut dengan layanan adik iparnya. Pelik kerana dirinya begitu dibenci oleh
Adam Rayyan dan adiknya. Macam berkomplot pun ada jugak.
No comments:
Post a Comment