Malam
itu Adrianna Wafiyah memilih untuk tidur
di sofa panjang yang terletak di dalam bilik Adam Rayyan. Tangannya memeluk
erat tubuhnya yang kedinginan akibat dari penghawa dingin yang dipasang.
Sudahlah Adam Rayyan hanya memberikan sebiji bantal padanya tanpa selimut. ‘
Mahu mati keras aku macamni.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah. Dilihat Adam Rayyan
begitu enak membuai mimpi. Adrianna Wafiyah mengambil kain batik yang dibawa
dan cuba melelapkan mata dalam kesejukan.
Akhirnya dia terlelap. Adam Rayyan bangun dari katil setelah yakin Adrianna
Wafiyah sudah tidur. Sebenarnya dia hanya pura-pura tidur. Bukan dia tak dengar
Adrianna Wafiyah mengeluh kesejukan. Saja dia nak kenakan isterinya.
Adam
Rayyan menghampiri Adrianna Wafiyah. Wajah isterinya dipandang dengan perasaan
simpati. Wajah mulus itu diusap perlahan-lahan. Dari hidung beralih pula ke
bibir kemerahan milik Adrianna Wafiyah. Dilihat bibir yang merah bak delima itu
sedikit kebiruan kerana menahan sejuk. Badan Adrianna Wafiyah juga kelihatan menggigil.
Dengan pantas Adam Rayyan mengambil selimut untuk meyelimuti tubuh isterinya
yang kesejukan dan penghawa dingin dinaikan suhunya. Serta merta bilik itu
terasa nyaman. Tidak terlalu sejuk seperti sebelumnya.
Adam
Rayyan merebahkan kembali badan ke katil. Dipandang sekilas pada Adrianna
Wafiyah yang semakin selesa tidur setelah diselimutkan. Tangan diletakkan ke
dahi. Adam Rayyan memikirkan kesudahan hidupnya bersama Adrianna Wafiyah. ‘Sampai bila aku akan melayannya begitu.
Kesian Wafi, tak pasal-pasal dihukum begitu.’ Detik hatinya.
Sayup-sayup
kedengaran Azan Subuh dari masjid berhampiran. Adrianna Wafiyah membuka matanya
perlahan-lahan. Kantuknya masih bersisa. Dingin pagi membuatkan Adrianna
Wafiyah menarik kembali selimut itu membaluti tubuhnya. ‘Selimut?!, macamana
selimut ni boleh ada pada aku. Setahu aku malam tadi Adam Rayyan hanya bagi
bantal.’ Hatinya tertanya-tanya misteri selimut itu.
“Isteri
apa kau ni masih tidur lagi. Subuh dah nak habis.”
Tegur
Adam Rayyan yang baru selesai menunaikan solat subuh . Dia masih lengkap dengan
baju melayu dan kain pelekat.
‘
Hensemnya dia.’ Adrianna Wafiyah tersenyum seorang diri. Dia memang suka
melihat lelaki yang memakai baju melayu dan kain pelekat. Nampak sangat hensem
dimatanya.
“Hey,
kau dengar tak aku cakap ni!”
“Hah!
Dengar-dengar.” Dengan pantas Adrianna Wafiyah bangun dan berlari anak ke bilik
air.
Tersenyum
Adam Rayyan dengan gelagat isterinya itu. Sedikit demi sedikit hatinya sudah
terpaut dengan isterinya itu. Tapi ego
seorang lelaki harus dijaga. ‘ Takkan aku nak mengaku dah sayang dekat dia. Jatuh la ego aku.’ Gumam hati Adam
Rayyan.
“Alamak!
macamana aku boleh terlupa nak bawak baju sekali. Takkan nak keluar macamni.
Karang tak pasal-pasal mamat poyo tu
ingat aku nak goda dia pulak. Baju
semalam dah rendam la pulak. Aduhh.”
Adrianna Wafiyah mengeluh lemah.
Adrianna
Wafiyah memikir cara untuk keluar. ‘ Ishh, tak boleh jadi ni, kalau aku tunggu
lagi, mahu terlepas subuh karang.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah.
Perlahan-lahan
Adrianna Wafiyah membuka pintu. Kepalanya menjenguk mencari kelibat Adam
Rayyan. Setelah yakin Adam Rayyan tiada dalam bilik itu, Adarianna Wafiyah
dengan pantas keluar untuk mengambil pakaiannya.
Sedang
dia membuka pintu almari, tiba-tiba pintu bilik terkuak dari luar. Adrianna
Wafiyah terkejut lantas pakaian yang diambil terlepas dari pegangan tangannya. Nasib
baik tak terlucut tuala yang dia pakai. Kalau tak naya saja buat free show.
Adam
Rayyan terkaku melihat keindahan ciptaan tuhan. Perlahan-lahan pintu bilik
ditutup. Bagaikan dipukau dia menapak menghampiri Adrianna Wafiyah yang sudah
ketakutan. Semakin lama semakin hampir dia menghampiri Adrianna Wafiyah.
Sehingga terasa hembusan nafas Adrianna Wafiyah. Tangannya perlahan-lahan
mengusap lengan Adrianna Wafiyah yang hanya bertuala itu. Aroma dari tubuh
Adrianna Wafiyah yang baru selesai mandi membuatkan hati Adam Rayyan semakin
bergelora.
Adrianna
Wafiyah sudah menggigil ketakutan dengan perilaku Adam Rayyan yang semakin
menggila merenung tubuhnya yang hanya dibaluti tuala separas lutut. Tanpa
sedar, Adam Rayyan membenamkan bibirnya ke leher Adrianna Wafiyah yang
terdedah. Tangannya sudah menjalar keseluruhan tubuh Adrianna Wafiyah.
Saat
itu Adrianna Wafiyah terasa mahu menangis dengan perbuatan Adam Rayyan. Dengan
kekuatan yang ada Adrianna Wafiyah menolak tubuh Adam Rayyan menjauh darinya
sekuat hati. Dia terus berlari ke bilik air menguncikan diri. Perasaan takutnya
terhadap Adam Rayyan tidak dapat dibendung lagi.
Adam
Rayyan meraup rambutnya ke belakang. Esakan kecil Adrianna Wafiyah mula
kedengaran. Dalam hati dia beristighfar dengan keterlajurannya sebentar tadi.
Kesian Adrianna Wafiyah. Mesti dia takut dengan apa yang terjadi.
Perasan
kesal mula menyelubungi diri. ‘Ah, apa yang aku nak menyesal. Dia kan isteri
aku. Lagipun bukan aku tertindak jauh pun.’ Adam Rayyan cuba menyedapkan
hatinya. Pintu bilik air dipandang sepi. Untuk memujuk dan memohon maaf pada
Adrianna Wafiyah terasa berat mulutnya. Egonya masih meninggi.
Setelah
beberapa minit menanti, Adrianna Wafiyah masih belum keluar. Akhirnya Adam
Rayyan keluar dari bilik itu untuk memberi ruang kepada Adrianna Wafiyah
bertenang.
Adrianna
Wafiyah membelek lehernya yang sedikit kemerahan akibat kesan dari ‘gigitan
cinta’ buatan Adam Rayyan. ‘Ah, malunya. Macamana aku nak turun ke bawah dengan
kesan merah macamni. Mesti mertuanya akan fikir bukan-bukan. Ha, pakai tudung
aje lah.’ Idea datang secara tiba-tiba.
Setelah
yakin Adam Rayyan tiada, Adrianna Wafiyah cepat-cepat mengenakan pakaiannya. ‘
Tak pasal-pasal terlepas subuh aku hari ni. Ni semua gara-gara perangai gila si
mamat poyo tu!’ Marah Adrianna
Wafiyah dalam hati.
Setelah
bersiap ala kadar, Adrianna Wafiyah turun ke bawah. Dilihat ahli keluarga
suaminya sedang berbual-bual di ruang tamu. Malu pada mertuanya kerana terlewat
turun ke bawah. Adrianna Wafiyah berkira-kira untuk ke dapur, mungkin dapat
membantu Mak Limah menyiapkan sarapan. Sudah kebiasaannya dikampung membantu
Ibu di dapur.
“Eh,
Wafi nak ke mana tu? Marilah berbual-bual dengan mummy.”
“Wafi
ingat nak ke dapur tolong Mak Limah.”
“Ala,
tak payah Wafi, Mak Limah dah biasa buat semua kerja sorang-sorang.”
Tiba-tiba
muncul Mak Limah dengan membawa dulang berisi air untuk dihidangkan pada
majikannya sementara menanti sarapan pagi siap. Adrianna Wafiyah kelihatan
teragak-agak mahu menyertai mereka setelah melihat wajah masam adik iparnya.
“Marilah
sayang.” Ajak Adam Rayyan.
Adam
Rayyan menarik tangan Adrianna Wafiyah untuk duduk disebelahnya. Dia tahu
Adrianna Wafiyah pasti masih marahkannya atas ketelanjurannya tadi.
“Hai,
baru jadi menantu orang kaya dah pandai bangun lewat.” Lancang mulut Alisya
Umaira mengata kakak iparnya.
“Lisya,
tak baik cakap macamtu dengan Kak Wafi. Minta maaf cepat!” Marah Datin Rohana.
Alisya
Umaira sudah mencemikkan wajahnya kerana dimarahi Datin Rohana.
“Tak
apa mummy, memang salah Wafi sebab terlewat bangun. Wafi tak ambil hati pun.”
Celah Adrianna Wafiyah. Dia tidak mahu isu ini dipanjangkan.
“Ha,
kamu dah rancang ke nak honeymoon ke
mana Ray?” Tanya Datuk Razlan.
“Honeymoon?!. Tak payah nak honeymoon
jauh-jauh la papa, kat rumah pun dah cukup. Kan sayang?”
Adam
Rayyan memeluk bahu isterinya. Lakonan harus mantap. Kalau tak habis terbongkar
semua rahsianya. Dia perasaan Adrianna Wafiyah mengeraskan badannya. Mungkin
masih takut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Tiba-tiba bayangan Adrianna
Wafiyah yang terdedah itu muncul kembali. Dia tersenyum bila teringatkan
adegannya tadi.
“
Yang kamu tersenyum sorang-sorang ni kenapa?” Soal Datin Rohana. Pelik dia melihat
Adam Rayyan tersenyum tiba-tiba.
“Hah,
tak apalah mummy.” Malu pulak bila Datin Rohana perasaan dia tersenyum.
“Wafi
ikut saja ke mana abang Ray nak pergi papa.”
“Eh,
pengantin baru kenalah pergi honeymoon.
Manalah tahu ada rezeki, cepatlah sikit mummy menimang cucu.”
“Mummy
ni, cepat sangat nak bercucu. Bagilah Ray puas bermanja dengan isteri Ray dulu.
Lagipun majlis resepsi pun belum berlangsung lagi tapi mummy dah suruh pergi honeymoon.”
Adam
Rayyan melentokkan kepalanya ke bahu Adrianna Wafiyah. Wajah Adrianna Wafiyah
sudah membahang dengan aksi manja Adam Rayyan. Penuh kepura-puraan. Alisya
Umaira mencebik melihat kemesraan abangnya dan perempuan kampong itu. Sampai ke
hari ini dia masih tak tahu kenapa Adrianna Wafiyah berkahwin dengan abangnya.
Adakah
Adrianna Wafiyah juga seperti abangnya terpaksa menerima pernikahan ini. Apa
dah jadi dengan perhubungan Adrianna Wafiyah dan Reza. Semua itu membuatkan
Alisya Umaira menjadi semakin ingin tahu. Kesian Reza, mesti dia sedih kerana
dimainkan perempuan ini. Tak mustahil satu hari nanti abangnya juga akan
mengalami nasib yang sama. Alisya Umaira membuat kesimpulan sendiri.
“Yela,
kena la plan awal-awal. Kalau boleh
bawak la Wafi melancong ke Luar Negara.”
“Nantilah
mummy, biar Ray bincang dulu dengan Wafi. Nanti Ray bagitahu mummy tempatnya.”
“Kali
ni papa akan sponsor percutian korang.
Anggap saja hadiah perkahwinan dari papa dan mummy.”
Adrianna
Wafiyah hanya tersenyum. Tidak mahu menyampuk. Kalau tersalah cakap nanti pasti
dia akan disembur Adam Rayyan. Selebihnya hati dia masih sakit dengan perbuatan
tak senonoh Adam Rayyan pagi tadi.
“Datuk,
Datin sarapan dah siap.”
“Ha,
jomlah kita bersarapan. Sambil itu bolehlah kita sambung berbual. Mummy pun nak
bincang pasal majlis resepsi korang
ni.
Mereka
sama-sama beriringan menuju ke ruang makan. Adrianna Wafiyah membuntuti langkah
suaminya. Masih agak kekok bila bersama dengan keluarga Datin Rohana. Nasib
baik mertuanya baik. Kalau tidak tentu dia akan jadi seperti Cinderella. ‘Ah, Wafi..kau ni mula la
nak merepek sampai ke cerita kartun pun masuk dalam otak kau.’ Gumam hati
Adrianna Wafiyah.
Esok
malam adalah majlis resepsinya dan Adam Rayyan. Adrianna Wafiyah menjadi
berdebar menanti hari esok kerana pasti majlis itu sangat grand. Maklumlah mertuanya bukan calang-calang orang. Pasti ramai
orang kaya yang datang. Memikirkan itu, Adrianna Wafiyah hilang selera nak
makan.
No comments:
Post a Comment