Sejak peristiwa terserempak dengan
Adrianna Wafiyah, hati Adam Rayyan tidak tenteram. Wajah lembut Adrianna
Wafiyah sentiasa muncul dalam fikirannya. Adam Rayyan juga berasa malu untuk
berhadapan dengan Adrianna Wafiyah apatah lagi untuk bercakap. Disebabkan
perasaan itulah dia terus mengheret Lisa agar segera beredar dari situ. Risau
jika Adrianna Wafiyah memandang serong terhadap dirinya. Mungkin juga Adrianna
Wafiyah akan menganggap Lisa adalah kekasih hatinya.
Semenjak dipermainkan oleh Nazirah,
Adam Rayyan kerap bertukar teman wanita. Semua itu hanya untuk menghilangkan
bayangan Nazirah. Tiada seorang gadis pun yang melekat di hatinya selepas
Nazirah.
“Ishh..apsal aku asyik fikir pasal
perempuan kampung tu. Lantak dia lah nak
fikir apa pun pasal aku.! Tak boleh..aku tak boleh suka pada dia. Dia bukan taste aku. Hati aku hanya untuk
Nazirah.” Adam Ryyan membulatkan hatinya.
“Tapi
kau jangan lupa yang dia akan jadi isteri kau. Macamana kau nak mengelak
darinya. Tak mustahil satu hari nanti kau akan jatuh cinta dengannya.” Suara
hatinya berkata.
“Tidak..tidakkk..aku
takkan jatuh cinta dengan dia.” Adam Rayyan menutup telinga dari mendengar
suara hati itu.
Lama
kelamaan suara itu hilang dan Adam Rayyan tertidur. Keesokkan pagi Adam Rayyan bangun dan bersiap
awal untuk ke pejabat. Matanya kelihatan sembab kerana tidur lewat semalam.
Tiba-tiba handphone Adam Rayyan
berbunyi menandakan ada SMS masuk.
Morning sayang.. hari nie you dah
janji nak temankan I shopping right?
Can’t wait to see you. Luv u!
Entah kenapa sejak
akhir-akhir ini Adam Rayyan tidak berminat untuk keluar dengan Lisa ataupun
perempuan-perempuan lain yang dia kenal. Masanya banyak dihabiskan di pejabat.
Papa dan mummynya jugak gembira
melihat perubahan dia. Ini lebih meyakinkan hati mereka kerana membuat pilihan
yang tepat dalam memilih calon menantu.
Mereka tidak tahu padahal
kepala Adam Rayyan kusut memikirkan tempat Nazirah akan digantikan dengan
perempuan kampong itu. Kerana itulah penyebab dia malas mahu berhibur dengan
kawan-kawannya. Dia risau kalau tiba-tiba Nazirah pulang ke tanah air. Pasti
gadis kesayangannya kecewa.
“Morning mummy, papa”
Adam Rayyan mencium
lembut pipi Datin Rohana.
“Morning, awal anak mummy
bangun hari ni. Biasanya kalau mummy
tak bising ditelinga Ray, jangan harap Ray nak bangun.”
“Mummy ni bangun lewat salah, dah bangun awal pun bising jugak.” Rungut Adam Rayyan.
“Entah awak ni, dah
bagus la tu kalau Ray ni dah belajar bangun awal. Awak masih nak bebel tu kenapa”
“Saya bukan membebel
bang, saya cuma pelik. Sebelum ni bukan main susah nak tengok dia sama-sama
sarapan dengan kita”
Datin Rohana sudah
menarik muncung. Datuk Razlan tersenyum melihat rajuk si isteri. Pantang di
usik cepat sahaja merajuknya datang.
“ Yela sayang, abang
gurau sikit pun nak merajuk. Malu sikit depan anak-anak ni.” Datuk Razlan
mencuit dagu Datin Rohana.
Tersenyum Adam Rayyan
melihat kemesraan mummy dan papanya. Sentiasa menyulam kasih. Kenapa Nazirah
tidak mahu jadi seperti mummynya. Kalaulah itu terjadi tentu sekarang dia
sedang bahagia dengan Nazirah. ‘Ah! Kenapa kau masih mengharapkan cinta
Nazirah. Bukaklah mata hati kau Rayyan. Nazirah sudah mencurah racun kedalam
benih cinta yang kau semai.’ Rupa-rupanya suara itu hanya dijerit dalam hati.
“Ish, abang ni tak
adanya saya nak merajuk la. Ni Ray, adik kamu belum bangun ke. Yang tu lagi
sorang susah sangat nak bangun pagi. Apa nak jadi dengan anak dara abang tu”
Belum sempat Adam
Rayyan membuka mulut, Alisya Umaira sudah turun ke ruang makan.
“ Kenapa pagi-pagi lagi
dah sebut nama Lisya ni.”
“Ha..Lisya hari ni tak
kerja ke? Tak bersiap pun.” Datin
Rohana menyapa.
“Lisya pegi lambat
sikit mummy hari ni. Ada meeting di Kedah. ”
Alisya Umaira menarik
kerusi dan melabuhkan punggung disebelah abangnya.
“Itulah papa dah suruh
kerja dengan papa, Lisya jual mahal. Kalau tak, tak perlu nak susah payah
kesana-ke mari.” Adam Rayyan tiba-tiba bersuara.
“Hisy, taknak Lisya,
entah-entah lagi teruk Lisya kena buli dengan abang. Nanti semua kerja Lisaya
buat. Abang duk goyang kaki”
“Sukahati cakap abang
macamtu. Ingat abang ni kaki pembuli ke” Balas Adam Rayyan sambil menunjal dahi
adiknya.
“Aduhh, sakitlah.”
Alisya Umaira mencebik. Geram betul dengan perangai abangnya yang suka menunjal
dahinya. Lama-lama boleh biul.
“Sikit aje pun. Lisya
ni manja sangat.” Seloroh Adam Rayyan. Maki giat dia menyakat adiknya.
“Dah-dah, tak payah
kamu nak menyakat adik kamu. Kata ada meetingkan
cepatlah pegi.” Kata Datuk Razlan.
Alisya Umaira
mengangkat jari tanda bagus pada abangnya. Tetapi dengan pantas ditarik oleh
Datin Rohana. Anak-anaknya kalau dibiarkan makin panjang mereka bertikam lidah.
Tetapi suasana itulah yang sentiasa menceriakan hidup Datin Rohana. Tapi bila
anak-anaknya dah besar panjang. Masing-masing sibuk. Susah kalau nak diajak
berkumpul.
“Okey la mummy Ray pergi
dulu. Pagi ni ada meeting. Papa jumpa
kat office nanti.” Lantas tangan
Datuk Razlan dan Datin Rohana disalam.
“Okey la, abang pun nak
beransur jugak. Ada meeting dengan Tan Sri Razif.
Datuk Razlan beredar
meninggalkan ruang makan setelah mencium dahi isterinya.
“Mummy , along tu dah kena sampuk ke. Sejak bila pulak bersopan-santun macamtu. Tak
pernah-pernah Lisya nampak dia cium tangan mummy ngan papa”
“Tak baik cakap
macamtu, baguslah kalau along dah berubah. Yang Lisya tu bila lagi nak berubah.
Lisya pun jarang-jarang bersalam dengan mummy.
‘Hah! Kan dah kena
batang hidung sendiri’. Jerit hati Alisya Umaira. Menyesal pulak bercakap
begitu.
“Lisya seorang saja tau
anak perempuan mummy. Mummy suka sangat kalau Lisya pakai
tudung. Mesti lagi cantik anak dara mummy
ni. Sakit mata mummy ni melihat anak
dara mummy asyik pakai sendat-sendat.”
“Ishh, mummy ni ke situ pulak. Orang tanya pasal along la.” Cebik Alisya Umaira.
“Cuba Lisya tengok Kak
Wafi, kan lebih manis kalau Lisya macamtu. Lebih sopan.” Datin Rohana mula
teringat pada bakal menantunya itu. Dah lama benar Adrianna Wafiyah tidak menghubunginya.
“Mummy ni dah mula la
kan nak sakitkan hati Lisya. Mummy, Wafi, wafi dan Lisya, Lisya. Tak perlu
mummy nak samakan Lisya dengan perempuan tu. Kita pun tak tahu perempuan tu
baik ke tak. Mummy pun baru saja kenal kan. Entah-entah perangai lagi teruk
dari perempuan tak pakai tudung.” Marah Alisya Umaira. Kenapa semua orang suka
pada perempuan kampung perampas tu.
“Lagipun mummy, Lisya ni muda lagi. Lisya ni up to date. Bukan macam bakal menantu mummy tu. Terserlah kekampungan dia!
Kesian abang dapat isteri macamtu. Mummy ni tak fikir langsung pasal abang.” Alisya
Umaira mula meninggikan suara.
“Lisya,
mummy tak ajar anak-anak mummy bersikap kurang ajar macamni!
Lisya kena ingat kak Wafi bakal kakak ipar Lisya. Jadi mummy nak Lisya hormat dengan dia. Faham!” Marah Datin Rohana.
Alisya
Umaira mencebik lagi. Benci sungguh dia pada Adrianna Wafiyah. Entah apa yang
menarik pada perempuan itu. Sakit benar hatinya setiap kali mummy pasti akan
menyebelahi Adrianna Wafiyah. Benci!. Alisya Umaira bangun lalu menghilang ke
biliknya. Lagi lama berada disitu, makin panas hatinya mendengar Datin Rohana
bercakap pasal Adrianna Wafiyah.
Datin
Rohana tahu yang Alisya Umaira tidak berapa suka dengan Adrianna Wafiyah. Tapi
dia pasti satu hari nanti Alisya Umaira pasti nampak kebaikan Adrianna Wafiyah.
Pepatah melayu ada mengatakan tak kenal maka tak cinta, kalau dah kenal barulah
jatuh cinta. Datin Rohana kenal dengan keperibadian anak gadisnya. Alisya
Umaira merupakan seorang yang lembut. Bukan pembentak macam tadi. Mungkin betul
anaknya masih belum menyesuaikan diri untuk menerima kehadiran orang baru dalam
rumah mereka. Entah kenapa anaknya boleh berubah perangai macam tadi. Tak
pernah Lisya bercakap kasar dengannya seperti tadi. Datin Rohana mengeluh
lemah.
Hari
ini di pejabat, Adrianna Wafiyah sibuk kerana banyak kerja yang perlu disiapkan
sebelum dia mengambil cuti panjang. Tidak menang tangan rasanya untuk
menyiapkan kerja-kerja yang bertimbun ini. Adrianna Wafiyah tidak suka
menyerahkan tugas yang di amanahkan pada orang lain. Kadang-kadang sampai ke
malam pun Adrianna Wafiyah masih lagi di pejabat. Sedang dia sibuk menyiapkan
kerjanya, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dengan pantas Adrianna Wafiyah
menjawab panggilan itu selepas melihat
nama yang tertera.
“Assalamualaikum
Datin.”
“Waalaikumsalam,
Wafi dah berapa kali mummy pesan jangan panggil Datin. Wafi tu bukannya orang
lain, tak lama lagi jadi menantu mummy
jugak kan.”
Adrianna
Wafiyah menelan liur apabila Datin Rohana mengingatkan status dirinya.
“Maaf
Datin, Wafi tak biasa nak panggil Datin dengan panggilan mummy. Rasa lain
sikit.”
“Ala,
lama-lama nanti biasa la. Mulai hari ni jangan panggil mummy Datin lagi.”
“Ada
apa mum..mummy call Wafi ni?” kekok Adrianna Wafiyah menyebut panggilan mummy.
“Saja
la mummy nak berbual dengan Wafi.
Wafi pun dah lama tak call mummy.” Jawab Datin Rohana.
“Sorry la mummy lately ni Wafi
busy sikit. Tak sempat nak call mummy.”
“Lagipun
minggu depan Wafi dah mula cuti, jadi banyak kerja yang perlu disiapkan awal.”
“Kerja, kerja jugak Wafi tapi kesihatan jangan
abaikan. Mummy tak nak nanti masa hari perkahwinan tu muka Wafi lesu tak
bermaya.” Nasihat Datin Rohana.
“Baiklah
mummy Wafi ingat pesanan mummy tu.”
“Okeylah mummy letak telefon dulu ye
sebab mummy nak keluar sekejap jumpa kawan.
Assalamualaikum. Ingat pesan Mummy tu.”
“Okey mummy, Waalaikumsalam.”
Baru
sahaja Adrianna Wafiyah ingin menyambung kembali kerja yang tergendala, Sofea
bertandang ke tempatnya. Panas juga hati Adrianna Wafiyah kerana asyik diganggu.
Bila nak siap kerja kalau macam ini.
“Wafi,
jom pergi lunch. Dah pukul satu la.”
Sofea menunjuk jam ditangannya.
“Eh,
dah pukul satu ke? Patut la perut aku asyik berbunyi aje dari tadi.”
“Dah
tu kau tunggu apa lagi, jom la.”
“Fea
kau boleh tapaukan untuk aku tak?Aku malas la nak keluar. Kerja aku tengah
banyak ni.”
“Hmm,
okey aku tapau untuk kau lauk macam
biasa ek. Aku pergi dulu nanti kak
Rita tinggal pulak. Tak pasal-pasal
aku lunch sorang-sorang nanti.”
“Thanks beb, sorry tau tak teman kau.”
“okey.”
Sofea
berlari-lari anak mendapatkan kak Rita yang semakin jauh meninggalkannya. Laju jugak Kak Rita ni berjalan. Tak padan
dengan badan besar.
Adrianna
Wafiyah menyambung semula kerja yang bertimbun itu setelah Sofea berlalu pergi.
Sedang leka menyiapkan kertas kerja yang diberikan oleh ketuanya, tiba-tiba
lagu Give Me A Reason berkumandang
menandakan ada call masuk. Adrianna
Wafiyah mengerling seketika pada telefon bimbitnya tanpa berniat mahu menjawab
panggilan itu setelah melihat nama pemanggil. Seketika sahaja telefon itu
menjadi sepi. Adrianna Wafiyah berasa lega, rimas dirinya mahu melayan perangai
sombong si pemanggil.
Selepas
beberapa minit, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Tetapi kali ini mesej yang
diterima dari Note 3 miliknya. Adrianna Wafiyah mengeluh setelah membaca mesej
yang dihantar oleh Adam Rayyan. ‘ Apa hal mamat
poyo ni nak jumpa aku. Kan tak elok berjumpa sebelum kahwin. Pesan Ibu
tersayang yang melarang dia berjumpa dengan Adam Rayyan menjelma kembali.
Tinggal beberapa hari saja lagi. Kenapa dia nak jumpa aku. Hah! Jangan-jangan
dia nak batalkan perkahwinan kami. Nauzubillah..janganlah terjadi seperti yang
aku fikir ni. Kalau tak malu Ibu aku kerana semua kad jemputan telah
diedarkan.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah. Risau!