BAB 5
Derap langkah terdengar
sayup-sayup di telinganya. Namun tidak dipedulikannya. Tidurnya lebih penting.
Bunyi tirai jendela ditarik kasar menyebabkan tujahan cahaya tepat mengenai
wajahnya.
Adrianna Wafiyah
mengeluh, lantas menarik selimut menutup matanya. Matanya dipejam rapat. Dia
ingin terus tidur. Lagipun hari ini hari minggu. Inilah masanya dia berpeluang
tidur lebih lama dari biasa. Kalau tidak pagi-pagi lagi dia terpaksa bangun
bergegas awal ke pejabat kerana tidak mahu menghadap kesesakan jalan raya.
Namun tidurnya terganggu apabila selimutnya ditarik-tarik seseorang.
“Ala Fea, biarlah aku
tidur sekejap. Hari nikan hari minggu” rungutnya dengan mata yang masih
terpejam rapat.
Tiada suara balas
kedengaran. Adrianna Wafiyah lega kerana temannya itu seperti membiarkan dia
terus bermalas di atas katil. Beberapa ketika kemudian, selimutnya ditarik
lagi.
“Fea…please….aku nak tidur ni. Semalam aku
tidur lambat,” adu Adrianna Wafiyah seraya menarik selimut ke mukanya.
“ Bakal isteri orang
tak baik tidur sampai tengahari!”
Jeritan Sofea membingitkan telinga
Adrianna Wafiyah.
Mata Adrianna Wafiyah
terbuka luas. Terkejut dengan jeritan temannya itu. Cis! Kurang asam jawa punya
kawan. Gumam hati Adrianna Wafiyah seraya itu dia melemparkan bantal ke arah muka
temannya itu.
“Aduhh..sakit la, ganas
betul la kau ni.” Sofea menepis bantal yang hampir mengenai mukanya itu.
“Padan
muka kau! Siapa suruh kau kacau aku tidur pagi-pagi ni.”
“Ala,
kau ni kalau dah tidur memang tak ingat dunia. Jom la keluar Wafi, bosan la
asyik duduk rumah jer. Lagipun lepas
ini kau dah jadi isteri orang, susah dah aku nak ajak kau keluar. ” Sofea
menayang wajah kesiannya. Menyampah Adrianna Wafiyah menengoknya.
“Nak
pergi mana? Kau ni memang tak boleh tengok aku nak tidur lama sikit kan
hari-hari minggu macamni.” Adrianna Wafiyah bersuara sambil menggeliat
membetulkan urat-urat sarafnya.
“
Jom kita pergi Sogo nak tak?, Kak Siti jiran sebelah itu cakap hari ni ada sale. Jom la Wafi, boleh kita survey baju untuk kau. Dah nak jadi isteri
orang takkan kau nak pakai selekeh-selekeh lagi.”. Sofea seraya menarik
Adrianna Wafiyah bangun dari pembaringan.
“
Sukahati kau aje cakap aku selekeh. Kau
pergi sendiri.!” Adrianna Wafiyah mencebik.
“Ala..gurau
pun nak marah. Sejak nak jadi bini orang ni asyik nak mengamuk aje kerjanya.”
Rungut Sofea.
Eee,
sukahati kau aje . Hurmm..yela-yela,
kau pergi siap cepat. Takkan nak pergi Sogo dengan baju kelawar kau ni.” Ejek Adrianna
Wafiyah lantas bingkas bangun menuju ke bilik air.
Suasana
hingar-bingar menyakitkan kepala Adrianna Wafiyah. Orang ramai yang
berebut-rebut memilih baju yang dilonggok itu dipandang sekilas oleh Adrianna
Wafiyah. Pening kepala Adrianna Wafiyah mengikut Sofea ke hulur ke hilir. Tapi
satu baju pun belum dapat. Menyesal ikut!
“Fea
aku pegi MPH kejap tau. Nanti dah habis kau borong, kau cari aku kat sana” “Hmm, yela. Kau pegi dulu. Nanti dah siap aku pegi
sana”
Adrianna
Wafiyah melangkah menuju ke MPH Bookstore. Jiwanya lebih tenang mengadap
buku-buku novel dari berhimpit –himpit membeli baju bersama Sofea. Langkah kaki
diatur perlahan sambil mata menjamu melihat pakaian-pakaian display yang terdapat di setiap ruangan
depan kedai-kedai yang dia lalui. Dengan tiba-tiba badannya dirempuh seseorang.
BUKK!!
“Aduhh..sakitnya.
Ucap Adrianna Wafiyah seraya menggosok sikunya yang terasa perit akibat jatuh.
Nasib baik dia sempat menahan badannya dengan siku. Kalau tak, sudah tentu
mukanya akan menyembah lantai.
“Hey
perempuan! You ni jalan tutup mata ke apa?! “Menyusahkan orang betul! Sergah
Lisa sambil membetulkan anak rambutnya.
“Assalamualaikum
saudari, cakap tu berlapik sikit boleh tak! Awak yang langgar saya. Dah la tak
minta maaf, lepas tu cakap ikut sedap mulut jer!” Marah Adrianna Wafiyah sambil
matanya sempat mengerling jejaka yang sedang menghampiri perempuan seksi itu.
“Macam kenal. Tapi takkanlah kot.’ Desis hatinya. Dalam waktu yang sama
kelihatan Sofea sedang terkocoh-kocoh berlari menghampiri dia.
“Lisa,
what’s happening here?. Tanya Adam
Rayyan.
“Wafi
kenapa ni. Malu orang kiri kanan tengok.” Tanya Sofea sambil matanya mengerling
tajam ke arah perempuan seksi itu.
Adam
Rayyan segera menoleh bila terdengar nama Wafi disebut. Terkejut Adam Rayyan
bila Wafi yang disebut adalah tunangnya sendiri. ‘Aduhh, kantoi!’ Gumam hati
Adam Rayyan. Dia mula tak senang berdiri lama-lama disitu.
“You, you tengok la apa yang perempuan kampung
ini dah buat pada I .” Rengek Lisa sambil tangannya merangkul lengan
Adam Rayyan. Sengaja kepalanya dilentokkan ke bahu Adam Rayyan. Rimas Adam Rayyan
dengan perangai gedik Lisa. Meluat!
Adrianna
Wafiyah yang ternyata terkejut melihat Adam Rayyan bersama dengan perempuan
gedik yang dipanggil Lisa itu cuba mengelak dari pandangan mata Adam Rayyan.
Tidak disangka rupa-rupanya Adam Rayyan sudah punya kekasih hati. Dalam hati
terbit rasa cemburu melihat Lisa memeluk lengan Adam Rayyan. ‘Patutlah Adam
Rayyan begitu membenci dirinya. Kerana dia sudah ada kekasih hati.’ Detik
hatinya. Adam Rayyan kelihatan serba
salah dan tercengang kerana tidak terjangka akan bertemu dengan Adrianna
Wafiyah lalu dia terus menarik tangan Lisa meninggalkan tempat itu. Adrianna
Wafiyah hanya melihat kelibat Adam Rayyan hingga hilang dari pandangan matanya.
Sungguh! Hatinya sangat sakit melihat tunangnya bergandingan dengan perempuan
seksi itu. Sofea bersimpati dengan nasib sahabat baiknya itu. Tidak menyangka
begini nasib sahabatnya.
“Wafi,
tu bukan tunang kau ke?
“Hurm..yelar kot. Kau dah habis beli ke?. Kalau
dah jomlah balik.”Adrianna Wafiyah cuba menutup
kesedihan yang dialami.
“Tak
sangka aku Si Adam Rayyan ini kaki perempuan. Kesian kau Wafi. Kau kena ingat
tau yang aku sentiasa ada kat belakang kau kalau kau dilanda masalah.”
“Ishh,
kau tak payah nak touching-touching
sangat la. Entah-entah itu kawan dia aje. Lain aku tanya lain pulak kau jawab ”
Adrianna
Wafiyah masih mahu back up Adam
Rayyan. Walaupun ternyata dia tahu kalau kawan bukan begitu caranya. Sedih!
“Takkan
kawan macamtu main peluk-peluk pulak. Kalau aku lah kan dekat situ jugak
aku serang perempuan gedik tu.Geram betul aku tengok perempuan gedik itu. Dah
la pakai baju tak cukup kain dengan make
up tebal seinci.!Kau 10 kali ganda lagi cantik dari perempuan gedik itu.
Apa yang bodoh sangat bakal suami kau itu.! Eee..!! Geramnya aku!”.
Menggeleng
Adrianna Wafiyah melihat muka sahabatnya itu berkerut-kerut menahan marah.
Macam dia pulak yang kena. Dalam hati
dia bersyukur punya sahabat seperti Sofea. Adrianna Wafiyah tersenyum.
“Dah
la, aku tak nak bercakap pasal hal ini lagi.Kalau tak betul apa yang kita sangka
ni nanti dah jadi fitnah tahu.”
“Hurm, yela ustazah Wafi.”
Sengaja
Sofea perli sahabatnya itu. Entah kenapalah sahabatnya yang satu ini terlalu
baik hinggakan dah sah-sah Adam Rayyan main kayu tiga pun dia masih bersabar.
Kepala
yang runsing menjadi tenang setelah meluahkan semuanya kepada Allah S.W.T.
Adrianna Wafiyah mencapai novel yang belum habis dibaca. Helaian demi helaian
dibaca hinggalah dia tertidur dalam kekusutan yang dihadapi olehnya. Kesian.
Bab6?
ReplyDeleteComing ASAP
ReplyDeleteGud..
ReplyDelete