BAB 1
Kata-kata Puan Asmah masih terngiang-ngiang
ditelinga Adrianna Wafiyah. Adrianna Wafiyah menjadi buntu apabila teringatkan
perbincangan bersama ibunya semasa dia pulang ke kampong minggu lepas.
“Wafi, ibu mohon sangat dengan Wafi,
tolonglah terima pinangan dari Datin Rohana”.
“Ibu..macamana Wafi nak terima sedangkan
Wafi tak pernah kenal pun dengan anak Datin tu. Lagipun Wafi belum bersedia
ibu.”
“Ibu faham perasaan Wafi, tapi Ibu dah
terlanjur terima pinangan itu. Lagipun Datin Rohana tu sangat baik dengan
keluarga kita. Takkan Wafi tidak ingat yang Datin Rohana banyak membantu
keluarga kita selepas ayah Wafi meninggal dunia dulu. Masa itu Wafi masih
kecil, kerana sokongan dan bantuan dari Datin Rohana lah ibu dapat membesarkan
Wafi dengan sempurna. Jadi ibu harap Wafi faham akan situasi ibu.”
Melihat air mata ibunya, membuatkan
Adrianna Wafiyah terasa bersalah. Bukan niatnya untuk membantah, tapi hatinya
tidak dapat menerima pinangan itu. Adrianna Wafiyah faham akan situasi ibunya
yang tersepit dengan jasa Datin Rohana sekeluarga. Tapi takkan dia perlu
merosakkan masa depannya berkahwin dengan lelaki yang dia tak cinta. Melihatkan
kesedihan ibunya membuatkan hati Adrianna Wafiyah berfikir kembali.
“Ibu..Wafi minta maaf kalau Wafi dah
lukakan hati ibu. Ibu bagi Wafi masa untuk berfikir. InsyaAllah jawapan Wafi
tidak akan mengecewakan ibu.”
Puan Asmah terharu dengan jawapan
Adrianna Wafiyah. Walaupun jawapan Adrianna Wafiyah masih belum pasti tetapi
cukup untuk membuatkan hatinya berasa lega. Dia yakin Adrianna Wafiyah pasti
tidak akan mengecewakannya. Hati tuanya kuat mengatakan yang anaknya pasti akan
menemui kebahagiaan dengan anak kepada
Datin Rohana.
“Alhamdulillah..ibu bagi Wafi masa
sampai minggu depan. Ibu harap sangat jawapan Wafi tidak mengecewakan ibu.” Adrianna
Wafiyah hanya tersenyum paksa. Hatinya masih berat mahu menerima pingangan itu.
Tapi demi menjaga hati ibu yang dia sayang, Adrianna Wafiyah cuba menerimanya.
“Hah, berangan!” Sofea menjerit kecil
membuatkan Adrianna Wafiyah tersentak.
Terus
melayang semua masalah yang sedang difikirkan Adrianna Wafiyah.
“Kau ni dah tiada kerja lain ke? Asyik
kacau aku 24 jam!” Geram Adrianna Wafiyah dengan Fea a.k.a Sofea teman baiknya
itu.
“He..he..he..
sorry la Wafi, gurau pun nak marah.”
“Yelar, dah la aku tengah berserabut
dengan masalah aku ni. Kau tetiba sergah macamtu, sapa-sapa pun akan berangin.”
Jeling Adrianna Wafiyah.
“Sorry
la Wafi..aku tengok kau asyik termenung dari tadi langsung tak sedar aku
datang kat meja kau, itu yang aku sergah kau. Tak sangka la pula gurauan aku ni
mengundang marah kau. Sorry tau.”
Sambil memeluk bahu Adrianna Wafiyah.
“Kau ada masalah apa Wafi, ceritalah
dekat aku. Mana la tahu kot-kot aku boleh tolong.”
“Aku tak tau nak cerita macamana dekat
kau. Panjang ceritanya.” Adrianna Wafiyah menekup wajah di atas meja.
“La..cerita aje la..kalau panjang kau
pendekkanlah.” Sofea menepuk bahu Adrianna Wafiyah yang sedang menekup wajah di
atas meja. Adrianna Wafiyah menjeling tajam dengan gurauan tak jadi Sofea.
“Hurm..Ibu
aku tu.. dia nak aku kahwin dengan anak kawan dia Datin Rohana.
“Hah! Kahwin?”
“Ishh! Kau ni slow sikit suara kau tu boleh tak, kau nak satu pejabat ni tahu
ke?”
“Okey-okey, sorry. Aku terkejut la tetiba kau cakap nak kahwin.”
“Aku tak mampu nak tolak pinangan tu
sebab ibu aku macam mengharap sangat aku terima pinangan itu.” Adrianna Wafiyah
menekup wajahnya semula.
“Siannya kau Wafi. Ha! Aku ada idea apa kata kau lari je. Tak payah la kau nak kena kahwin
paksa.” Otak Sofea memberikan idea jahat.
“Hish, kau gila nak ajar aku buat
jahat.!”
Sofea tersengih, he..he..he..
“Aku nak tolong kau je.”
“Itu bukan tolong namanya, tapi nak
menjahanamkan aku ada la.” Adrianna Wafiyah menunjal dahi Sofea. Geram pulak
dengan idea gila Sofea.
“Aduh, sakit la. Habis tu macamana Wafi.
Setakat ni itu aje idea yang
terlintas kat otak aku.”
“Hurm, entahlah mungkin aku akan terima
pinangan tu demi ibu aku.”
“Kesian kau Wafi. Aku faham perasaan
kau. Sebagai sahabat aku akan sentiasa menyokong kau dari belakang. Kau memang
seorang anak yang baik. Kalau aku, belum tentu mampu buat apa yang kau buat.” Sofea
memeluk erat bahu sahabatnya itu.
“Thanks…
Sofea. Tapi kau jangan bagitahu pada sesiapa termasuk boyfriend kau tu.” Warning
Adrianna Wafiyah. Jari telunjuk diangkat menanda isyarat amaran kepada Sofea.
“Yela..aku janji. Selama ni pernah ke
aku bukak rahsia kau kat orang lain.”
“Yela, aku tahu kau memang sahabat yang
baik.”
“Ha, tau tak apa.” Sofea menarik hidung
Adrianna Wafiyah.
“Sakitlah.” Adrianna Wafiyah menggosok hidungnya.
“ Wahh..tak lama lagi dapat la aku
merasa nasi minyak kau. Aku yang bercinta setengah mati, tup..tup.. kau yang kahwin dulu. He..he..he..” Sofea cuba
mengembalikan mood ceria teman
baiknya itu.
“Ini kahwin bidan terjun namanya. Mana
boleh samakan dengan kau.’
“Mesti hensem kan bakal suami kau tu. Yela anak Datuk la katakan. Untung
kau Wafi dapat suami kaya. Mesti grand
majlis kau nanti kan.”
“Mana kau tahu yang anak Datuk tu semua
hensem-hensem?”
“Aku tahu la, biasanya anak-anak orang
kaya ni semuanya hensem-hensem tahu.”
“Tapi kan Wafi, kesian dekat Reza. Mesti
dia kecewa kalau tahu kau nak kahwin dengan lelaki lain.”
“Apasal pulak dia nak kecewa. Aku dengan
dia bukan ada apa-apa pun.”
“Yela, tapi si Reza tu kan syok gila
dekat kau.”
“Ala..tu kisah lama la. Aku pun dah lama
tak dengar kisah Reza. Entah-entah dah beranak-pinak.”
“Tapi masa aku terjumpa dengan kawan
baik dia dulu, budak tu bagitahu si Reza ni belum kahwin lagi. Sekarang dia ada
kat London. Dia buat Master kat London. Kalau tak salah aku, hujung tahun ni
dia balik Malaysia.” Cerita Sofea dengan panjang lebar.
“Biarlah dia, aku tak nak ambil tahu
pasal dia. Lagipun kau dah lupa yang family dia tak suka aku. Kononnya tak
sesuai berkawan dengan anaknya. Macamlah aku ni nak sangat dengan anak dia tu.
Yela, dia kan orang kaya. Kalau nak bandingkan dengan aku ni dah macam langit
dengan bumi.”
“Hmm…dah-dah
tak payah kau nak berangin dengan kisah dulu tu. Tak payah cakap pasal tu lagi.
Nanti sampai ke petang kau moody.”
“Eh, eh.. kau yang tiba-tiba bukak
cerita pasal Reza.”
“Okay-okay aku salah. Disebabkan kau nak
kahwin tak lama lagi. Apa kata hari ini aku belanja kau makan tenghari.
Tapi..di warong Pak Abu je la..He..he..he..”
“Cis..ingat nak belanja kat restoran
mewah tadi.” Adrianna Wafiyah mengusik sahabatnya itu.
Mereka beriringan menuju ke lift sambil
ketawa.
To be continue..
next chapter...??
ReplyDeleteDah jadi penulis novel ke?..hebat awok!!!
ReplyDeleteSelama ni hanya buat utk koleksi sendiri..huhuhu
Delete