Wednesday, 18 December 2013

"Kenal Erti Cinta" - Bab 2


BAB 2


            “Mummy..please, Ray taknak kahwin lagi. Mummy dah janjikan dengan Ray untuk Ray cari calon isteri sendiri. Sekarang Mummy tiba-tiba nak suruh Ray kahwin. Apa ni mummy, papa?

Mummy dah bagi tempoh pada Ray. Sekarang ni dah dua tahun lebih mummy tunggu calon menantu dari Ray. Tapi Ray tak endah dengan cakap mummy. Makin berfoya-foya adalah. Sekarang ni mummy tak peduli, Ray tetap akan bernikah tahun ni. Hujung minggu ni majlis pertunganan Ray dan Adrianna Wafiyah anak kawan mummy.

“Papa, tolong la pujuk mummy. Ray belum bersedia lagi nak pikul tanggungjawab.” Adam Rayyan memohon simpati dari Datuk Razlan.

“Papa tak boleh nak tolong Ray lagi kali ini. Sebelum ini papa dah banyak bertolak ansur dengan Ray. Tapi Ray tak pernah berubah, bertukar perempuan macam tukar baju. Berfoya-foya sampai ke pagi. Langsung tidak kisah soal syarikat. Sekarang ini papa setuju sangat dengan cadangan mummy.”

“Apa-apa pun Ray tetap tak setuju dengan cadangan mummy dan papa.” 

“Sampai bila Ray nak berperangai macamni, mummy tahu Ray masih ingat pada Nazirah. Tapi Ray juga harus ingat, apa yang Nazirah dah buat begitu memalukan keluarga kita.”

Adam Rayyan bangun dari sofa untuk beredar. Remuk hatinya bila mummy berkata begitu. Tidak tahukah mummy bertapa dia mencintai Nazirah. Sikapnya yang agak liar itu pun adalah salah satu cara untuk dia tidak ingat pada Nazirah. Dia sentiasa menunggu kepulangan Nazirah. Biarpun hatinya sudah banyak kali remuk dengan perangai Nazirah. Cintanya masih menggunung untuk Nazirah.

“Adam Rayyan! Papa dan mummy tak perlukan jawapan dari Ray. Kalau Ray ingkar dengan cadangan papa dan mummy, papa akan bekukan semua kad kredit dan akaun bank Ray. Papa juga akan tarik balik kereta BMW X6 kesayangan Ray kat luar tu dan papa juga akan tarik balik keputusan papa untuk melantik Ray sebagai CEO Megah Holdings. Kali ni papa serius! Suara Datuk Razlan meninggi.

            “Baiklah kalau itu yang mummy dan papa inginkan, Ray akan kahwin dengan perempuan tu. Tapi jangan harap Ray akan terima dia dalam hati Ray!”

Terkejut dengan tengkingan Adam Rayyan. Bukan niat Datuk Razlan dan Datin Rohana mahu memaksa Adam Rayyan berkahwin. Tetapi hanya dengan cara ini mereka dapat mengajar Adam Rayyan erti tanggungjawab dan harapan besar mereka moga

Adam Rayyan akan berubah. Mereka yakin yang Adrianna Wafiyah mampu merubah Adam Rayyan menjadi insan yang baik. Meraka yakin Adrianna Wafiyah mampu membawa sinar kebahagiaan untuk mereka sekeluarga.

Gedengang!

             Adam Rayyan menghempas pintu bilik. Dinding biliknya ditumbuk kerana geram dengan arahan kedua orang tuanya.

“Papa dan mummy sengaja buat aku dalam dilema macam ni. Sampai hati mummy memaksa aku berkahwin dengan perempuan yang aku tak cinta. Sedangkan mummy tahu perasaan aku terhadap Nazirah.. Ah, kusut!!!

“Okey..kau nak sangat berkahwin dengan aku kan perempuan kampong. Kau tunggu la nasib kau bila kau dah sah bergelar isteri aku nanti. Ishh..macamana la agaknya rupa perempuan kampong tu..mesti selekeh. Tak apa, aku akan pastikan kau akan menyesal kahwin dengan aku.” Gumam hati Adam Rayyan.

Bagi Adam Rayyan sekarang Adrianna Wafiyah adalah punca masalah ini terjadi. Kalau Adrianna Wafiyah tidak setuju tentu sahaja pinangan ini akan dibatal.

  

            Sebaik sahaja mendapat persetujuan dari Adrianna Wafiyah, Puan Asmah terus sahaja memaklumkan tarikh pertunangan itu kepada Datin Rohana. Majlis akan diadakan hujung minggu ini. Hati Adrianna menjadi tak tentu arah menanti detik tersebut. Macam-macam rasa yang sedang bermain dalam fikirannya membuatkan Adrianna Wafiyah menjadi risau.

“Esok dah nak balik kampong, aduhh..macamana aku nak berdepan dengan Adam Rayyan ni. Dah la aku tak pernah kenal dengan dia sebelum ni. Nasib baik Sofea boleh ikut aku balik kampong.” Gumam hati Adrianna Wafiyah.

Adrianna Wafiyah menjadi tidak keruan seorang diri di atas katil. Matanya langsung tidak boleh nak lelap kerana risau akan status yang akan disandar tidak lama lagi. Adrianna Wafiyah memintal-mintal telinga teddy bear kesayangannya itu. Adrianna Wafiyah memang gemar mengumpul Teddy bear. Ada sahaja yang akan dibelinya kalau ternampak teddy bear yang comel.

“Kalau dah kahwin nanti suami aku bagi ke malam-malam aku nak peluk teddy bear aku ni. Mesti nanti dia ingat aku ni budak-budak pulak. Ishh… apsal denga aku ni

belum bertunang pun lagi aku dah berangan sampai ke kahwin.Ish, dah la Wafi nak berangan, baik kau tidur esok awal pagi nak balik kampong.”

Lantas lampu bilik dimatikan dan diganti dengan lampu tidur. Serta merta bilik itu menjadi suram. Seketika sahaja Adrianna Wafiyah telah melelapkan matanya.
                                                                                                             To be continueeeee.....

No comments:

Post a Comment