Wednesday, 18 December 2013

"Kenal Erti Cinta" - Bab 3


BAB 3





Majlis pertunangan yang secara mendadak itu berlangsung dengan meriah sekali. Kedua-dua belah pihak rombongan memenuhi ruang tamu rumah Puan Asmah.

Adrianna Wafiyah memandang cermin solek di dalam biliknya. Masuk ini dah empat kali dia melihat wajahnya dicermin. Baju kurung moden berwarna ungu lembut ini begitu cantik apabila bersarung ke tubuh Adrianna Wafiyah. Ditambah dengan selendang putih mutiara itu menyerlahkan lagi keayuan Adrianna Wafiyah. Dia hanya bersolek sendiri, jadi tak perlulah nak over-over. Lagipun dia bukan bertunang dengan pilihan hatinya. Tak kuasalah!

Bosan menghadap cermin, Adrianna Wafiyah menghadap jendela biliknya. Seakan- akan berfikir sesuatu. Dalam hati Adrianna Wafiyah berdoa semoga majlis ini cepat berakhir.

“Hah! Kau jangan terfikir nak lari ikut tingkap pulak Wafi.” Sergah Sofea dari pintu bilik.

Adrianna Wafiyah menjeling Sofea yang masih menyengih di muka pintu. Sahabatnya ini macam tahu sahaja apa yang difikirkan.

“Diamlah.” Gerutunya geram.

“Aik, marah? Yalah-yalah aku tak kacau.”

“Sekarang ni aku memang ada rasa nak lompat tingkap. So, baik kau diam.”

“Hei..kau jangan nak buat gila Wafi. Rombongan lelaki dah sampai kat luar tu. Tapi kan Wafi, bakal suami kau tu hensem sangat. Habis semua anak dara kat luar terpikat. Untung la kau Wafi.” Balas Sofea.

“Hensem sahaja buat apa Fea, yang penting perangai dia tu.” Ujar Adrianna Wafiyah seraya mencebik.

“Mana kau tahu perangai dia baik ke tak, tak baik la kau ni kutuk bakal suami sendiri.” Sofea meleteri sahabatnya itu.

“Kau jangan nak berleter sangat boleh tak, dah kalah ibu aku pulak. Ya Allah, aku harap sangat ibu ikat lama sikit pertunangan ni. Aku tak  ready lagi nak bergelar isteri orang.” Kata Adrianna Wafiyah.

“Dah terlambat kau nak berdoa Wafi. Aku dengar tadi dia orang mintak 2 bulan aje.”

Adrianna Wafiyah tersentak sebelum dia bingkas bangun  berdiri. Ngeri, dada terasa nak pecah mendengar tempoh yang disebut Sofea. Tajam matanya memanah ke arah sahabatnya yang masih bersenang-lenang berbaring di atas katil.

“Hah?! 2 bulan? Apasal cepat sangat. Kau sahaja nak mainkan aku kan Fea.”

Shhh! Sofea mengisyaratkan jari ke bibirnya.

Tiba-tiba pintu bilik terkuak dari luar.  Adrianna Wafiyah pucat lesi . Takut sangat kalau Datin Rohana itu datang hendak menyarungkan cincin. Mata menjeling tingkap, terlintas juga mahu terjun. Ah, gila!

Shhh.. apa yang bising-bising ni Wafi.  Sampai ke luar dengar suara korang. Orang ramai kat luar tu tak elok bising-bising. ”Puan Asmah muncul di muka pintu bilik. Wajah anak tunggalnya dipandang bersilih ganti dengan wajah Sofea. Riuh rendah di dalam bilik ini boleh didengar sampai ke luar. Malu dia dengan tetamu yang ramai itu.

“Wafi ni makcik, dia..”

“Eee..diamlah, Fea.” Wajah Sofea dijeling tajam, isyarat supaya gadis itu menutup mulut. Minah ni memang kepoh, mulut tak pandai diam. Nanti kalau ibu tahu, mulalah ibu tak senang duduk.

“Sudah la, dah macam budak kecil korang berdua ni. Wafi awak tu dah nak jadi isteri orang jaga sikit perangai tu.” Puan Asmah menasihati anaknya.

Sofea di hadapan sudah menangkat jari tanda bagus pada sahabatnya itu.

“Duduk tu sopan sikit Wafi,  ni sekejap lagi bakal ibu mertua kamu dah nak masuk sarung cincin tu.” Pesan Puan Asmah.

Adrianna Wafiyah telan liur. Sekejap lagi dia akan menjadi tunangan kepada orang yang tidak dikenali. Kenapa semua orang nampak bahagia dengan pertunangan ini. Sedangkan hatinya sedang bersedih.

Sofea menarik perlahan lengan Adrianna Wafiyah dan menyuruhnya duduk di birai katil setelah Puan Asmah  berlalu ke ruang tamu. “Senyumlah sikit Wafi, kejap lagi kan kau dah nak jadi tunang orang.

Pintu bilik terkuak sekali lagi. Adrianna Wafiyah telan liur, darah terasa berhenti mengalir ke tubuhnya. Cepat-cepat dia menundukkan kepala memandang lantai. Menggelabah, panik semuanya ada sekarang ini. Jantungnya jangan ceritalah, melantun-lantun macam hendak terkeluar dari dada.

“Assalamualaikum, wahh.. cantik sungguh bakal menantu saya ni kak Asmah. Dah macam pelakon korea sahaja wajahnya.” Kedengaran suara lembut memuji-muji.

Alisya Umaira melihat wajah bakal isteri abangnya yang sedang dipuji oleh Datin Rohana. ‘Cantik sangat ke’. Detik hatinya.  Alangkah terkejut bila melihat wajah itu. Sungguh dia tidak akan pernah lupa pada wajah yang meyebab lelaki pujaannya menolak cintanya. Kecil sungguh dunia ni. ‘Kenapa mesti kau muncul depan aku?’. Hatinya menjerit geram.  Kenangan lalu terimbau kembali.

“Abang minta maaf Lisya. Abang tak berniat nak lukakan hati Lisya”

“Sampai hati abang . Lisya betul-betul ikhlas sayangkan abang.”

“Sekali lagi abang minta maaf.”

“Cuba abang beritahu Lisya kenapa abang tak boleh terima Lisya dalam hidup abang?”

“Lisya tolonglah faham, abang dah anggap Lisya macam adik abang. Tak pernah terlintas langsung dihati abang untuk mencintai Lisya.”

“Tapi Lisya cintakan abang. Lisya tahu abang pun sayangkan Lisya. Kalau tak takkan abang sentiasa datang jumpa Lisya di Kolej.”

“Abang tak sangka keprihatinan abang telah disalah erti oleh Lisya. Untuk pengetahuan Lisya, abang mencintai seseorang. Tapi gadis itu bukan Lisya. Gadis itu adalah perempuan di dalam gambar ini.” Reza mengeluarkan gambar Adrianna Wafiyah yang sentiasa tersemat dalam dompetnya tanpa pengetahuan sesiapa termasuk Adrianna Wafiyah.

Alisya Umaira melihat wajah didalam gambar itu. Sungguh hatinya sakit dengan penolakan Reza. Kerana perempuan itu Reza menolak cintanya. Tanpa disangka Alisya Umaira memasang dendam terhadap gadis itu. Alisya Umaira lantas mencampak gambar itu mengenai muka Reza.

“Kalau abang setakat datang nak sakitkan hati Lisya, tahniah bang. Abang dah Berjaya buat hati Lisya merana. Terima kasih.”

Alisya Umaira melangkah pergi dengan hati yang sakit. Malu dengan penolakan dari Reza.  Laungan Reza memanggil namanya tidak diendahkan. Air mata yang mengalir di pipi disapu kasar. Teguran kawan-kawan kelasnya juga dibiar sepi tanpa bicara. Kalau inilah tujuan Reza jumpanya pada hari ni, sungguh dia tidak akan jumpa dengan Reza. Biarlah hatinya tidak tahu hal sebenar. Kerana sakit hatinya hanya tuhan yang tahu.

Suara riuh rendah membawa Alisya Umaira ke alam nyata. Dia terdengar suara mummynya memanggil dia untuk mengambil gambar kenangan semasa cincin disarungkan ke jari perempuan yang dia benci. Alisya Umaira menyertai keluarga dengan hati yang sakit. Dendam terhadap Adrianna Wafiyah membara kembali. Luka lama berdarah kembali.

‘Aku akan pastikan kau merasa kesakitan yang sama aku rasai. Dasar perempuan kampong!’Gumam hati Alisya Umaira sambil mencebik.

Datin Rohana menyarungkan cincin tanda pertunangan ke jari manis Adrianna Wafiyah. Adrianna Wafiyah menyalami tangan bakal ibu mertuanya. Tangannya sudah sejuk seperti ais. Tentu sahaja dapat dirasai oleh Datin Rohana. Datin Rohana hanya tersenyum faham dengan kegugupan Adrianna Wafiyah.

“Habis la aku dah kena booked.” Gumam hati Adrianna Wafiyah.

“Panggil bakal pengantin untuk ambil gambar kenang kenangan.” Jurukamera yang ditempah khas oleh ibunya bersuara.

“Ha..duduk sahaja belum boleh nak pegang-pegang lagi.” Kedengaran usikan dari sanak saudaranya.

“Apsal mamat ni masam sangat mukanya. Dah kalah masam buah kedondong pulak. Ingat aku nak sangat ke bergambar dengan dia. Tapi hensem jugak mamat ni.” Gumam hati Adrianna Wafiyah.

Adam Rayyan bergambar kerana terpaksa. Dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia benci melihat tunangnya itu. Sedikit pun hatinya tidak goyah melihat kecantikan Adrianna Wafiyah. Suara usikan dari saudara mara merimaskan Adam Rayyan. Terasa mahu segera beredar dari situ. ‘Alangkah bahagianya kalau hari ini adalah majlis pertunangan dia dan Nazirah. Tentu Nazirah akan kelihatan lebih cantik dari perempuan kampong ni.’ Gumam hati Adam Rayyan.



No comments:

Post a Comment