Monday 30 December 2013

"Kenal Erti Cinta" - Bab 6


BAB 6


            Sejak peristiwa terserempak dengan Adrianna Wafiyah, hati Adam Rayyan tidak tenteram. Wajah lembut Adrianna Wafiyah sentiasa muncul dalam fikirannya. Adam Rayyan juga berasa malu untuk berhadapan dengan Adrianna Wafiyah apatah lagi untuk bercakap. Disebabkan perasaan itulah dia terus mengheret Lisa agar segera beredar dari situ. Risau jika Adrianna Wafiyah memandang serong terhadap dirinya. Mungkin juga Adrianna Wafiyah akan menganggap Lisa adalah kekasih hatinya.

            Semenjak dipermainkan oleh Nazirah, Adam Rayyan kerap bertukar teman wanita. Semua itu hanya untuk menghilangkan bayangan Nazirah. Tiada seorang gadis pun yang melekat di hatinya selepas Nazirah.

            “Ishh..apsal aku asyik fikir pasal perempuan kampung tu. Lantak dia  lah nak fikir apa pun pasal aku.! Tak boleh..aku tak boleh suka pada dia. Dia bukan taste aku. Hati aku hanya untuk Nazirah.” Adam Ryyan membulatkan hatinya.

“Tapi kau jangan lupa yang dia akan jadi isteri kau. Macamana kau nak mengelak darinya. Tak mustahil satu hari nanti kau akan jatuh cinta dengannya.” Suara hatinya berkata.

“Tidak..tidakkk..aku takkan jatuh cinta dengan dia.” Adam Rayyan menutup telinga dari mendengar suara hati itu.

Lama kelamaan suara itu hilang dan Adam Rayyan tertidur.  Keesokkan pagi Adam Rayyan bangun dan bersiap awal untuk ke pejabat. Matanya kelihatan sembab kerana tidur lewat semalam. Tiba-tiba handphone Adam Rayyan berbunyi menandakan ada SMS masuk.

Morning sayang.. hari nie you dah janji nak temankan I shopping right?  Can’t wait to see you. Luv u!

          Adam Rayyan mencemikkan wajahnya. Geli-geleman dia dengan perangai menggoda Lisa. Semua perempuan yang dia keluar hanyalah teman untuk menghiburkan hatinya. Tidak lebih dari itu. Dia tidak benarkan mana-mana perempuan mencemarkan hatinya. Dia tetap menanti Nazirah. Biarpun beribu kali hatinya disakiti. Biarpun dia sedar dirinya bodoh kerana membiarkan Nazirah mempermainkan perasaannya.

 Sorry Lisa hari nie I busy. Bye!. Adam Rayyan membalas mesej Lisa.

  “Dasar pisau cukur. Semua perempuan  sama saja. Pantang jumpa lelaki kaya. Pasti akan dikikisnya.” Gumam hati Adam Rayyan.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini Adam Rayyan tidak berminat untuk keluar dengan Lisa ataupun perempuan-perempuan lain yang dia kenal. Masanya banyak dihabiskan di pejabat. Papa dan mummynya jugak gembira melihat perubahan dia. Ini lebih meyakinkan hati mereka kerana membuat pilihan yang tepat dalam memilih calon menantu.

Mereka tidak tahu padahal kepala Adam Rayyan kusut memikirkan tempat Nazirah akan digantikan dengan perempuan kampong itu. Kerana itulah penyebab dia malas mahu berhibur dengan kawan-kawannya. Dia risau kalau tiba-tiba Nazirah pulang ke tanah air. Pasti gadis kesayangannya kecewa.

Morning mummy, papa

Adam Rayyan mencium lembut pipi Datin Rohana.

Morning, awal anak mummy bangun hari ni. Biasanya kalau mummy tak bising ditelinga Ray, jangan harap Ray nak bangun.”

Mummy ni bangun lewat salah, dah bangun awal pun bising jugak.” Rungut Adam Rayyan.

“Entah awak ni, dah bagus la tu kalau Ray ni dah belajar bangun awal. Awak masih nak bebel tu kenapa”

“Saya bukan membebel bang, saya cuma pelik. Sebelum ni bukan main susah nak tengok dia sama-sama sarapan dengan kita”

Datin Rohana sudah menarik muncung. Datuk Razlan tersenyum melihat rajuk si isteri. Pantang di usik cepat sahaja merajuknya datang.

“ Yela sayang, abang gurau sikit pun nak merajuk. Malu sikit depan anak-anak ni.” Datuk Razlan mencuit dagu Datin Rohana.

Tersenyum Adam Rayyan melihat kemesraan mummy dan papanya. Sentiasa menyulam kasih. Kenapa Nazirah tidak mahu jadi seperti mummynya. Kalaulah itu terjadi tentu sekarang dia sedang bahagia dengan Nazirah. ‘Ah! Kenapa kau masih mengharapkan cinta Nazirah. Bukaklah mata hati kau Rayyan. Nazirah sudah mencurah racun kedalam benih cinta yang kau semai.’ Rupa-rupanya suara itu hanya dijerit dalam hati.

“Ish, abang ni tak adanya saya nak merajuk la. Ni Ray, adik kamu belum bangun ke. Yang tu lagi sorang susah sangat nak bangun pagi. Apa nak jadi dengan anak dara abang tu”

Belum sempat Adam Rayyan membuka mulut, Alisya Umaira sudah turun ke ruang makan.

“ Kenapa pagi-pagi lagi dah sebut nama Lisya ni.”

“Ha..Lisya hari ni tak kerja ke? Tak bersiap pun.” Datin Rohana menyapa.

“Lisya pegi lambat sikit mummy hari ni. Ada meeting di Kedah. ”

Alisya Umaira menarik kerusi dan melabuhkan punggung disebelah abangnya.

“Itulah papa dah suruh kerja dengan papa, Lisya jual mahal. Kalau tak, tak perlu nak susah payah kesana-ke mari.” Adam Rayyan tiba-tiba bersuara.

“Hisy, taknak Lisya, entah-entah lagi teruk Lisya kena buli dengan abang. Nanti semua kerja Lisaya buat. Abang duk goyang kaki”

“Sukahati cakap abang macamtu. Ingat abang ni kaki pembuli ke” Balas Adam Rayyan sambil menunjal dahi adiknya.

“Aduhh, sakitlah.” Alisya Umaira mencebik. Geram betul dengan perangai abangnya yang suka menunjal dahinya. Lama-lama boleh biul.

“Sikit aje pun. Lisya ni manja sangat.” Seloroh Adam Rayyan. Maki giat dia menyakat adiknya.

“Dah-dah, tak payah kamu nak menyakat adik kamu. Kata ada meetingkan cepatlah pegi.” Kata Datuk Razlan.

Alisya Umaira mengangkat jari tanda bagus pada abangnya. Tetapi dengan pantas ditarik oleh Datin Rohana. Anak-anaknya kalau dibiarkan makin panjang mereka bertikam lidah. Tetapi suasana itulah yang sentiasa menceriakan hidup Datin Rohana. Tapi bila anak-anaknya dah besar panjang. Masing-masing sibuk. Susah kalau nak diajak berkumpul.

Okey la mummy Ray pergi dulu. Pagi ni ada meeting. Papa jumpa kat office nanti.” Lantas tangan Datuk Razlan dan Datin Rohana disalam.

“Okey la, abang pun nak beransur jugak. Ada meeting dengan Tan Sri Razif.

Datuk Razlan beredar meninggalkan ruang makan setelah mencium dahi isterinya.

Mummy , along tu dah kena sampuk ke. Sejak bila pulak bersopan-santun macamtu. Tak pernah-pernah Lisya nampak dia cium tangan mummy ngan papa

“Tak baik cakap macamtu, baguslah kalau along dah berubah. Yang Lisya tu bila lagi nak berubah. Lisya pun jarang-jarang bersalam dengan mummy.

‘Hah! Kan dah kena batang hidung sendiri’. Jerit hati Alisya Umaira. Menyesal pulak bercakap begitu.

“Lisya seorang saja tau anak perempuan mummy. Mummy suka sangat kalau Lisya pakai tudung. Mesti lagi cantik anak dara mummy ni.  Sakit mata mummy ni melihat anak dara mummy asyik pakai sendat-sendat.”

“Ishh, mummy ni ke situ pulak. Orang tanya pasal along la.” Cebik Alisya Umaira.

“Cuba Lisya tengok Kak Wafi, kan lebih manis kalau Lisya macamtu. Lebih sopan.” Datin Rohana mula teringat pada bakal menantunya itu. Dah lama benar Adrianna Wafiyah tidak menghubunginya.

“Mummy ni dah mula la kan nak sakitkan hati Lisya. Mummy, Wafi, wafi dan Lisya, Lisya. Tak perlu mummy nak samakan Lisya dengan perempuan tu. Kita pun tak tahu perempuan tu baik ke tak. Mummy pun baru saja kenal kan. Entah-entah perangai lagi teruk dari perempuan tak pakai tudung.” Marah Alisya Umaira. Kenapa semua orang suka pada perempuan kampung perampas tu.

“Lagipun mummy, Lisya ni muda lagi. Lisya ni up to date. Bukan macam bakal menantu mummy tu. Terserlah kekampungan dia! Kesian abang dapat isteri macamtu. Mummy ni tak fikir langsung pasal abang.” Alisya Umaira mula meninggikan suara.

“Lisya, mummy tak ajar anak-anak mummy bersikap kurang ajar macamni! Lisya kena ingat kak Wafi bakal kakak ipar Lisya. Jadi mummy nak Lisya hormat dengan dia. Faham!” Marah Datin Rohana.

Alisya Umaira mencebik lagi. Benci sungguh dia pada Adrianna Wafiyah. Entah apa yang menarik pada perempuan itu. Sakit benar hatinya setiap kali mummy pasti akan menyebelahi Adrianna Wafiyah. Benci!. Alisya Umaira bangun lalu menghilang ke biliknya. Lagi lama berada disitu, makin panas hatinya mendengar Datin Rohana bercakap pasal Adrianna Wafiyah.

Datin Rohana tahu yang Alisya Umaira tidak berapa suka dengan Adrianna Wafiyah. Tapi dia pasti satu hari nanti Alisya Umaira pasti nampak kebaikan Adrianna Wafiyah. Pepatah melayu ada mengatakan tak kenal maka tak cinta, kalau dah kenal barulah jatuh cinta. Datin Rohana kenal dengan keperibadian anak gadisnya. Alisya Umaira merupakan seorang yang lembut. Bukan pembentak macam tadi. Mungkin betul anaknya masih belum menyesuaikan diri untuk menerima kehadiran orang baru dalam rumah mereka. Entah kenapa anaknya boleh berubah perangai macam tadi. Tak pernah Lisya bercakap kasar dengannya seperti tadi. Datin Rohana mengeluh lemah.


Hari ini di pejabat, Adrianna Wafiyah sibuk kerana banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum dia mengambil cuti panjang. Tidak menang tangan rasanya untuk menyiapkan kerja-kerja yang bertimbun ini. Adrianna Wafiyah tidak suka menyerahkan tugas yang di amanahkan pada orang lain. Kadang-kadang sampai ke malam pun Adrianna Wafiyah masih lagi di pejabat. Sedang dia sibuk menyiapkan kerjanya, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dengan pantas Adrianna Wafiyah menjawab panggilan itu selepas  melihat nama yang tertera.

“Assalamualaikum Datin.”

“Waalaikumsalam, Wafi dah berapa kali mummy pesan jangan panggil Datin. Wafi tu bukannya orang lain, tak lama lagi jadi menantu mummy jugak kan.”

Adrianna Wafiyah menelan liur apabila Datin Rohana mengingatkan status dirinya.

“Maaf Datin, Wafi tak biasa nak panggil Datin dengan panggilan mummy. Rasa lain sikit.”

“Ala, lama-lama nanti biasa la. Mulai hari ni jangan panggil mummy Datin lagi.”

“Ada apa mum..mummy call Wafi ni?” kekok Adrianna Wafiyah menyebut panggilan mummy.

“Saja la mummy nak berbual dengan Wafi. Wafi pun dah lama tak call mummy.” Jawab Datin Rohana.

Sorry la mummy lately ni Wafi busy sikit. Tak sempat nak call mummy.

“Lagipun minggu depan Wafi dah mula cuti, jadi banyak kerja yang perlu disiapkan awal.”

 “Kerja, kerja jugak Wafi tapi kesihatan jangan abaikan. Mummy tak nak nanti masa hari perkahwinan tu muka Wafi lesu tak bermaya.” Nasihat Datin Rohana.

“Baiklah mummy Wafi ingat pesanan mummy tu.”

Okeylah mummy letak telefon dulu ye sebab mummy nak keluar sekejap jumpa kawan. Assalamualaikum. Ingat pesan Mummy tu.”

Okey mummy, Waalaikumsalam.”   

Baru sahaja Adrianna Wafiyah ingin menyambung kembali kerja yang tergendala, Sofea bertandang ke tempatnya. Panas juga hati Adrianna Wafiyah kerana asyik diganggu. Bila nak siap kerja kalau macam ini.

“Wafi, jom pergi lunch. Dah pukul satu la.” Sofea menunjuk jam ditangannya.
             “Eh, dah pukul satu ke? Patut la perut aku asyik berbunyi aje dari tadi.”

“Dah tu kau tunggu apa lagi, jom la.”
            “Fea kau boleh tapaukan untuk aku tak?Aku malas la nak keluar. Kerja aku tengah banyak ni.”
“Hmm, okey aku tapau untuk kau lauk macam biasa ek. Aku pergi dulu nanti kak Rita tinggal pulak. Tak pasal-pasal aku lunch sorang-sorang nanti.”
            Thanks beb, sorry tau tak teman kau.”

“okey.”

Sofea berlari-lari anak mendapatkan kak Rita yang semakin jauh meninggalkannya. Laju jugak Kak Rita ni berjalan. Tak padan dengan badan besar.

Adrianna Wafiyah menyambung semula kerja yang bertimbun itu setelah Sofea berlalu pergi. Sedang leka menyiapkan kertas kerja yang diberikan oleh ketuanya, tiba-tiba lagu Give Me A Reason berkumandang menandakan ada call masuk. Adrianna Wafiyah mengerling seketika pada telefon bimbitnya tanpa berniat mahu menjawab panggilan itu setelah melihat nama pemanggil. Seketika sahaja telefon itu menjadi sepi. Adrianna Wafiyah berasa lega, rimas dirinya mahu melayan perangai sombong si pemanggil.

Selepas beberapa minit, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Tetapi kali ini mesej yang diterima dari Note 3 miliknya. Adrianna Wafiyah mengeluh setelah membaca mesej yang dihantar oleh Adam Rayyan. ‘ Apa hal mamat poyo ni nak jumpa aku. Kan tak elok berjumpa sebelum kahwin. Pesan Ibu tersayang yang melarang dia berjumpa dengan Adam Rayyan menjelma kembali. Tinggal beberapa hari saja lagi. Kenapa dia nak jumpa aku. Hah! Jangan-jangan dia nak batalkan perkahwinan kami. Nauzubillah..janganlah terjadi seperti yang aku fikir ni. Kalau tak malu Ibu aku kerana semua kad jemputan telah diedarkan.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah. Risau!

Sunday 29 December 2013

Dapur Iedawafiyah.. - LAKSA

Assalamualaikum...

Hari2 minggu ini tiba2 mood rajin datang dan saya sediakan laksa ini untuk santapan bersama keluarga tersayang <3

Laksa resepi tersendiri :

Bahan2 :
* ikan sardin fresh or ikan kembong (dikisar)
* daum kesom
* Bunga kantan
* Asam keping

Bahan2 dikisar :
* cili padi
* cili kering blender
* bawang merah (dikisar)
* Bawang putih (dikisar)
* belacan

 Cara memasak :
* Masukkan ikan yang telah dikisar dan biarkan seketika. Kemudian masukkan air stok ikan dan juga bahan2 kisar tadi. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan daun kesom, bunga kantan, dan asam keping. Kemudian masukkan garam dan perisa.. Biarkan sehingga mendidih.. Dan akhir sekaliiiiiii




Siap untuk dihidanggggggg... Hhmmmmmm

S.E.L.A.M.A.T M.E.N.C.U.B.A.



Oooppppsssss... Jangan lupa nantikan sambungan bab 6 "Kenal Erti Cinta"

Monday 23 December 2013

"Kenal Erti Cinta" - Bab 5


BAB 5


Derap langkah terdengar sayup-sayup di telinganya. Namun tidak dipedulikannya. Tidurnya lebih penting. Bunyi tirai jendela ditarik kasar menyebabkan tujahan cahaya tepat mengenai wajahnya.

Adrianna Wafiyah mengeluh, lantas menarik selimut menutup matanya. Matanya dipejam rapat. Dia ingin terus tidur. Lagipun hari ini hari minggu. Inilah masanya dia berpeluang tidur lebih lama dari biasa. Kalau tidak pagi-pagi lagi dia terpaksa bangun bergegas awal ke pejabat kerana tidak mahu menghadap kesesakan jalan raya. Namun tidurnya terganggu apabila selimutnya ditarik-tarik seseorang.

“Ala Fea, biarlah aku tidur sekejap. Hari nikan hari minggu” rungutnya dengan mata yang masih terpejam rapat.

Tiada suara balas kedengaran. Adrianna Wafiyah lega kerana temannya itu seperti membiarkan dia terus bermalas di atas katil. Beberapa ketika kemudian, selimutnya ditarik lagi.

“Fea…please….aku nak tidur ni. Semalam aku tidur lambat,” adu Adrianna Wafiyah seraya menarik selimut ke mukanya.

“ Bakal isteri orang tak baik tidur sampai tengahari!”

Jeritan Sofea membingitkan telinga Adrianna Wafiyah.

Mata Adrianna Wafiyah terbuka luas. Terkejut dengan jeritan temannya itu. Cis! Kurang asam jawa punya kawan. Gumam hati Adrianna Wafiyah seraya itu dia melemparkan bantal ke arah muka temannya itu.

“Aduhh..sakit la, ganas betul la kau ni.” Sofea menepis bantal yang hampir mengenai mukanya itu.

“Padan muka kau! Siapa suruh kau kacau aku tidur pagi-pagi ni.”   

“Ala, kau ni kalau dah tidur memang tak ingat dunia. Jom la keluar Wafi, bosan la asyik duduk rumah jer. Lagipun lepas ini kau dah jadi isteri orang, susah dah aku nak ajak kau keluar.      Sofea menayang wajah kesiannya. Menyampah Adrianna Wafiyah menengoknya.

“Nak pergi mana? Kau ni memang tak boleh tengok aku nak tidur lama sikit kan hari-hari minggu macamni.” Adrianna Wafiyah bersuara sambil menggeliat membetulkan urat-urat sarafnya.

“ Jom kita pergi Sogo nak tak?, Kak Siti jiran sebelah itu cakap hari ni ada sale. Jom la Wafi, boleh kita survey baju untuk kau. Dah nak jadi isteri orang takkan kau nak pakai selekeh-selekeh lagi.”. Sofea seraya menarik Adrianna Wafiyah bangun dari pembaringan.

“ Sukahati kau aje cakap aku selekeh. Kau pergi sendiri.!” Adrianna Wafiyah mencebik.

“Ala..gurau pun nak marah. Sejak nak jadi bini orang ni asyik nak mengamuk aje kerjanya.” Rungut Sofea.

Eee, sukahati kau aje . Hurmm..yela-yela, kau pergi siap cepat. Takkan nak pergi Sogo dengan baju kelawar kau ni.” Ejek Adrianna Wafiyah lantas bingkas bangun menuju ke bilik air.

Suasana hingar-bingar menyakitkan kepala Adrianna Wafiyah. Orang ramai yang berebut-rebut memilih baju yang dilonggok itu dipandang sekilas oleh Adrianna Wafiyah. Pening kepala Adrianna Wafiyah mengikut Sofea ke hulur ke hilir. Tapi satu baju pun belum dapat. Menyesal ikut!

“Fea aku pegi MPH kejap tau. Nanti dah habis kau borong, kau cari aku kat sana”  “Hmm, yela. Kau pegi dulu. Nanti dah siap aku pegi sana”

Adrianna Wafiyah melangkah menuju ke MPH Bookstore. Jiwanya lebih tenang mengadap buku-buku novel dari berhimpit –himpit membeli baju bersama Sofea. Langkah kaki diatur perlahan sambil mata menjamu melihat pakaian-pakaian display yang terdapat di setiap ruangan depan kedai-kedai yang dia lalui. Dengan tiba-tiba badannya dirempuh seseorang.          

BUKK!!

“Aduhh..sakitnya. Ucap Adrianna Wafiyah seraya menggosok sikunya yang terasa perit akibat jatuh. Nasib baik dia sempat menahan badannya dengan siku. Kalau tak, sudah tentu mukanya akan menyembah lantai.

“Hey perempuan! You ni jalan tutup mata ke apa?! “Menyusahkan orang betul! Sergah Lisa sambil membetulkan anak rambutnya.

“Assalamualaikum saudari, cakap tu berlapik sikit boleh tak! Awak yang langgar saya. Dah la tak minta maaf, lepas tu cakap ikut sedap mulut jer!” Marah Adrianna Wafiyah sambil matanya sempat mengerling jejaka yang sedang menghampiri perempuan seksi itu. “Macam kenal. Tapi takkanlah kot.’ Desis hatinya. Dalam waktu yang sama kelihatan Sofea sedang terkocoh-kocoh berlari menghampiri dia.

“Lisa, what’s happening here?. Tanya Adam Rayyan.

“Wafi kenapa ni. Malu orang kiri kanan tengok.” Tanya Sofea sambil matanya mengerling tajam ke arah perempuan seksi itu.

Adam Rayyan segera menoleh bila terdengar nama Wafi disebut. Terkejut Adam Rayyan bila Wafi yang disebut adalah tunangnya sendiri. ‘Aduhh, kantoi!’ Gumam hati Adam Rayyan. Dia mula tak senang berdiri lama-lama disitu.

  “You, you tengok la apa yang perempuan kampung ini dah buat pada I .”  Rengek Lisa sambil tangannya merangkul lengan Adam Rayyan. Sengaja kepalanya dilentokkan ke bahu Adam Rayyan. Rimas Adam Rayyan dengan perangai gedik Lisa. Meluat!

Adrianna Wafiyah yang ternyata terkejut melihat Adam Rayyan bersama dengan perempuan gedik yang dipanggil Lisa itu cuba mengelak dari pandangan mata Adam Rayyan. Tidak disangka rupa-rupanya Adam Rayyan sudah punya kekasih hati. Dalam hati terbit rasa cemburu melihat Lisa memeluk lengan Adam Rayyan. ‘Patutlah Adam Rayyan begitu membenci dirinya. Kerana dia sudah ada kekasih hati.’ Detik hatinya.  Adam Rayyan kelihatan serba salah dan tercengang kerana tidak terjangka akan bertemu dengan Adrianna Wafiyah lalu dia terus menarik tangan Lisa meninggalkan tempat itu. Adrianna Wafiyah hanya melihat kelibat Adam Rayyan hingga hilang dari pandangan matanya. Sungguh! Hatinya sangat sakit melihat tunangnya bergandingan dengan perempuan seksi itu. Sofea bersimpati dengan nasib sahabat baiknya itu. Tidak menyangka begini nasib sahabatnya.

“Wafi, tu bukan tunang kau ke?

“Hurm..yelar kot. Kau dah habis beli ke?. Kalau dah jomlah balik.”Adrianna Wafiyah cuba menutup  kesedihan yang dialami.

“Tak sangka aku Si Adam Rayyan ini kaki perempuan. Kesian kau Wafi. Kau kena ingat tau yang aku sentiasa ada kat belakang kau kalau kau dilanda masalah.”

“Ishh, kau tak payah nak touching-touching sangat la. Entah-entah itu kawan dia aje. Lain aku tanya lain pulak kau jawab ”

Adrianna Wafiyah masih mahu back up Adam Rayyan. Walaupun ternyata dia tahu kalau kawan bukan begitu caranya. Sedih!

“Takkan kawan macamtu main peluk-peluk pulak. Kalau aku lah kan dekat  situ jugak aku serang perempuan gedik tu.Geram betul aku tengok perempuan gedik itu. Dah la pakai baju tak cukup kain dengan make up tebal seinci.!Kau 10 kali ganda lagi cantik dari perempuan gedik itu. Apa yang bodoh sangat bakal suami kau itu.! Eee..!! Geramnya aku!”.

Menggeleng Adrianna Wafiyah melihat muka sahabatnya itu berkerut-kerut menahan marah. Macam dia pulak yang kena. Dalam hati dia bersyukur punya sahabat seperti Sofea. Adrianna Wafiyah tersenyum.

“Dah la, aku tak nak bercakap pasal hal ini lagi.Kalau tak betul apa yang kita sangka ni nanti dah jadi fitnah tahu.”

Hurm, yela ustazah Wafi.”

Sengaja Sofea perli sahabatnya itu. Entah kenapalah sahabatnya yang satu ini terlalu baik hinggakan dah sah-sah Adam Rayyan main kayu tiga pun dia masih bersabar.

 Usai menunaikan kewajipan yang satu kepadaNYA, Adrianna Wafiyah berdoa kepada Allah SWT agar hatinya kuat untuk menempuh dugaan yang dihadapi.  Adrianna Wafiyah pasrah dengan peristiwa yang berlaku. Dia mengingatkan diri agar membataskan perasaannya terhadap Adam Rayyan. Mungkin sudah ditakdirkan begini jalan hidup yang akan ditempuh olehnya. Dia redha dengan ketentuan Illahi.

Kepala yang runsing menjadi tenang setelah meluahkan semuanya kepada Allah S.W.T. Adrianna Wafiyah mencapai novel yang belum habis dibaca. Helaian demi helaian dibaca hinggalah dia tertidur dalam kekusutan yang dihadapi olehnya. Kesian.
                                                                                                                       >>>>>>>>>>>>

Friday 20 December 2013

"Kenal Erti Cinta" - Bab 4


BAB 4


Hari ini hampir genap 2 bulan Adrianna Wafiyah menjadi tunang kepada Adam Rayyan. Nama sahaja tunang kepada Adam Rayyan tapi belum pernah sekali pun dia berjumpa dengan bakal suaminya itu. Hanya sesekali sahaja Datin Rohana menghubunginya bertanyakan khabar dan membincangkan mengenai majlis yang bakal berlangsung. Mengikut kata bakal mak mertuanya, Adam Rayyan akan menghubungi dirinya untuk fitting baju kahwin mereka. Tetapi sampai ke hari ini Adam Rayyan masih belum menghubungi dirinya.
“Ishh..tak kan aku pulak yang nak telefon dia kot, seganlah. Lagipun aku perasan Adam Rayyan tu macam tak suka je dekat aku. Apa lah nasib aku ni, mendapat gelaran bukan isteri pilihan!” Gumam hati Adrianna Wafiyah sendirian.
Sedang Adrianna Wafiyah leka menyiapkan kertas kerja yang diberikan oleh Encik Kamal, telefon Samsung Note 2 miliknya berbunyi menyanyikan lagu Give Me A Reason nyanyian Pink menandakan ada call masuk.. Kelam kabut Adrianna Wafiyah menjawab panggilan itu.
“Siapa pulak yang call ni. Tak pernah tengok pun nombor telefon ni.” Gumam hati Adrianna Wafiyah.
Hello..Assalamualaikum.”.
Hello! Apsal kau ni lembab sangat nak jawab telefon!” Marah pemanggil ditalian.
“Aku nak kau turun sekarang kat bawah!” Jawab pemanggil itu lagi.
“Orang gila mana pulak yang call aku ni.” Gumam hati Adrianna Wafiyah.
“Maaf encik ni siapa? Tiba-tiba suruh saya turun bawah.”. Geram sungguh hatinya dengan pemanggil itu. Dah la tak jawab salam yang diberi.
“Aku Adam Rayyan! Aku nak kau turun bawah sekarang.”
“Ishh, Adam Rayyan telefon aku. Biar betul, ke aku sedang berangan ni” Gumam hati Adrianna Wafiyah tanpa menyedari Adam Rayyan masih ditalian. Adrianna Wafiyah mengetuk kepalanya. Moga-moga dia tersedar ke  alam nyata.
“Kau ni bisu ke apa?!
Adam Rayyan bengang kerana Adrianna Wafiyah diam membisu.
“Hah! dengar-dengar. Tapi kenapa Encik Rayyan nak suruh saya turun bawah pulak?” Kelam kabut Adrianna Wafiyah menyusun ayat. Ishh, ingat mimpi tadi mamat poyo ni call.
“Kau tak payah banyak tanya la! Aku kata turun, kau turun aja la!” Marah Adam Rayyan.
“Kalau kau tak turun dalam masa 5 minit, kau tau la nasib kau lepas ini!” Ugut Adam Rayyan.
“Hah! 5 minit? Tuu..tunggu sekejap saya turun sekarang.” Kelam kabut Adrianna Wafiyah .
“Ishh, apsal mamat poyo ni nak jumpa aku. Dah la garang semacam aje suaranya.” Rungut hati Adrianna Wafiyah sambil mengambil handphone dan wallet miliknya.
“Eh, kau nak ke mana kelam kabut ni. Takkan nak lunch dah kot. Ada lagi setengah jam la.”Soal Sofea apabila dia melihat sahabatnya itu kelam kabut.
“Fea, aku nak keluar sekejap dengan Adam Rayyan. Nanti kau tolong cover line aku kalau Encik Kamal tanya ye. Thanks Fea, sorry tak dapat lunch dengan kau hari ini.”  Adrianna Wafiyah bergegas turun ke bawah tanpa menunggu jawapan dari Sofea.
“Wafi..wafi..aku harap kau akan bahagia dengan perkahwinan ini.” Gumam hati Sofea .
Kelam kabut Adrianna Wafiyah mengatur langkah menuruni anak tangga. Nasib baik tempat kerjanya di tingkat 3 kalau tak mati Adrianna Wafiyah nak turun tangga. Nak tunggu lift memang dia akan lambat la sampai ke bawah. Sebab itu Adrianna Wafiyah menggunakan alternative tangga.       
Sampai sahaja di bawah, Adam Rayyan sudah menyekak pinggang tanda marah dengan kelewatan Adrianna Wafiyah. Kalau bukan kerana permintaan Datin Rohana, jangan harap Adam Rayyan nak pergi fitting baju dengan Adrianna Wafiyah.
Sorry Encik Rayyan, lift rosak tadi jadi saya terpaksa turun tangga.” Adrianna Wafiyah mengelat peluh di dahi. Tercungap-cungap dia menyusun kata.
            “Ada aku tanya kau ke?! Masuk la cepat yang kau tercegat kat situ kenapa?!Marah Adam Rayyan. Adrianna Wafiyah mengerutkan dahi.
            “Encik Rayyan, kita nak pergi mana sebenarnya?”
“ Kau diam boleh tak! Banyak tanya pulak!. Marah Adam Rayyan lagi.
            “Ishh..apsal dengan mamat poyo ni. Asyik nak marah aje. Tak sakit ke tekak dia asyik nak menjerit-jerit aje. Gumam hati Adrianna Wafiyah. Bingung dengan sikap Adam Rayyan. Tanya pun salah.
            Masing-masing hanya mendiamkan diri. Adrianna Wafiyah hanya memandang ke luar tingkap. Melayani perasaan sendiri.  Suasana yang sunyi sepi di dalam kereta membuatkan Adrianna Wafiyah mengantuk. Lantas Adrianna Wafiyah terlelap seketika.
            “ Eh..eh..perempuan kampung ni, sempat lagi dia nak membuta. Sekejap ye..aku tahu macamana cara nak bagi kau bangun.” Adam Rayyan merungut perlahan. Timbul niat jahatnya mahu mengenakan Adrianna Wafiyah.
            Zrettt!!!
Terkejut Adrianna Wafiyah apabila terasa kereta itu di brek mengejut. Adam Rayyan hanya tersenyum kepuasan dapat mengenakan Adrianna Wafiyah.
“Kenapa ni Encik Rayyan? Kereta rosak ke? Terlanggar orang ke?” Tertubi-tubi soalan yang keluar dari mulunya gara-gara terkejut.
Adrianna Wafiyah terpinga-pinga. Sambil membetulkan tudungnya yang senget gara-gara terhantuk ke cermin kereta.
            “Siapa suruh kau tidur dalam kereta aku? Aku tak nak kereta aku kotor dengan air liur basi kau tu!. Seronok Adam Rayyan melihat wajah cemberut Adrianna Wafiyah.
            Adrianna Wafiyah mengelap mulutnya. Mana la tahu memang betul ada air liur basi. Malu lah dia kalau Adam Rayyan melihatnya.
            ‘Tak ada pun air liur basi. Mamat poyo ni saja nak mengenakan aku. Siapa suruh dia ajak aku naik kereta dia kalau dah takut sangat kereta dia kotor.’ Gumam hati Adrianna Wafiyah. Terasa mahu mencekik Adam Rayyan.
            “ Kau tak payah nak kutuk-kutuk aku. Kau jangan ingat yang aku nak sangat keluar dengan kau. Kalau bukan mummy aku yang suruh jangan harap aku nak keluar dengan perempuan kampung macam kau ni.”
            Adrianna Wafiyah menahan rasa dengan sikap Adam Rayyan. Bagi Adrianna Wafiyah dia tidak kisah kalau Adam Rayyan membenci dirinya, apa yang penting dia dapat mengembirakan hati ibu tersayang yang terlalu mengharapkan dia berkahwin dengan pilihan ibunya. ‘Ibu, kalaulah ibu tahu sikap Adam Rayyan  yang sebenar, tentu tak akan terima pinangan Datin Rohana.’ Desis hatinya. Adrianna Wafiyah hanya mendiamkan diri, dia tidak mahu membalas kata-kata Adam Rayyan yang menyakitkan hati. Jalan yang baik adalah berdiam diri!.
            Setelah 30 minit perjalanan, Adam Rayyan memberhentikan kereta di hadapan sebuah butik. Adrianna Wafiyah mengikut langkah Adam Rayyan. Hatinya tertanya-tanya adakah Adam Rayyan ingin fitting baju perkahwinan mereka.  ‘Kalau iye pun bagitahu la awal-awal. Tak ada la aku tertanya-tanya. Sengal la mamat poyo ni!’ Kutuk Adrianna Wafiyah dalam hati.
Kedatangan mereka disambut oleh seorang perempuan yang anggun bergaya. Kalau sekali pandang dah macam muka pelakon terkenal Nasha Aziz. Tinggi lampai.
            “Hey Ray akhirnya datang jugak you ke butik I .” Tegur Maya mesra.
            ‘Cantinya perempuan ni.’ Puji Adrianna Wafiyah dalam hati. Malu pula diri dia bila dibandingkan dengan perempuan cantik ini.
            So I guess you all datang ni nak fitting baju right? Soal Maya lagi.
            Yup, so kenalkan ini tunang I .” Balas Adam Rayyan.
            “Apa nama perempuan kampung ni, alamak lupa lah pulak .” Gumam hati Adam Rayyan
            Hello..I’m Maya, nice to meet you.” Tegur Maya mesra. Dalam hati dia memuji kecantikan tunang Ray. Tidak sangka Ray yang Maya kenal akhirnya memilih calon isteri yang bertudung.
            “Hai.. Adrianna Wafiyah, just call me Wafi. Nice to meet you too. Balas Adrianna Wafiyah ramah.
            “Ishh..pandai speaking rupanya perempuan kampung ni. Hurmm, takde la kampung sangat.” Tanpa sedar Adam Rayyan memuji Adrianna Wafiyah dalam hati.
Sementara menanti Maya mengambil baju yang telah direka khas buat mereka berdua, Adrianna Wafiyah meninjau baju-baju yang terdapat di butik tersebut. Dekorasi butik tersebut sungguh kreatif dan cantik. Dalam hati Adrianna Wafiyah memuji kebijaksanaan Maya dalam memilih konsep yang digunakan di butik itu. Adam Rayyan hanya memerhati tingkah laku Adrianna Wafiyah dari sofa tetamu.
Okay guys, this is your wedding dress. I reka khas untuk you all atas permintaan your mum.” Ujar Maya seraya menyerahkan baju tersebut kepada Adam Rayaan dan Adrianna Wafiyah.
            Adrianna Wafiyah terpegun melihat baju yang tersarung di badannya. Sungguh cantik. Bagi Adrianna Wafiyah, dia tidak menyangka akan memakai baju yang cantik seperti ini.
‘Cantik Jugak aku ni,  He.he..he..’ Gumam hati Adrianna Wafiyah sambil menggayakan baju tersebut di cermin yang dikhaskan dalam bilik persalinan itu.
            Setelah berpuas hati dengan rekaan Maya, Adam Rayyan menghantar Adrianna Wafiyah ke pejabat gadis itu. Adam Rayyan langsung tidak mengajak Adrianna Wafiyah makan tengahari. Kesian Adrianna Wafiyah menahan lapar. Sampai sahaja di pejabat Adrianna Wafiyah terus sahaja membuat air milo bagi mengisi perutnya yang kosong.
“Aikk, dah keluar lunch dengan bakal suami pun lapar lagi.” Sofea melangkah masuk ke ruangan pantry.
            Aku tak sempat lunch pun. Mamat poyo tu just bawak aku pergi fitting baju aje. Hampeh betul, macam la aku nak sangat keluar dengan dia.” Adu Adrianna Wafiyah.
            “La, macam tu pulak.
            “Macam la aku hadap sangat nak keluar dengan dia. Nyampah betul!” Adrianna Wafiyah melepaskan amarahnya kepada Sofea.
 Sabar la Wafi, mungkin dia pun sama macam kau dipaksa untuk berkahwin. Kau bagi lah dia masa.” 
Adrianna Wafiyah hanya mencebik mendengar Sofea memihak pada Adam Rayyan. Pada Adrianna Wafiyah dia tidak kisah kalau Adam Rayyan belum dapat menerimya dia sepenuh hati. Tapi tak payah nak bersikap kurang ajar. Hormat dirinya sebagai tunang.

                                                                   Sekian untuk hari ini... Nantikan bab seterusnya..