Thursday, 17 April 2014

"Kenal Erti Cinta" - BAB 25

BAB 25

Selepas keluar dari bilik Reza sebentar tadi, Adrianna Wafiyah menyambung kerjanya. Hari ini dia terasa banyak sangat kerja yang harus disiapkan. Semuanya mahukan dateline segera. Nampaknya dia terpaksa makan nasi bungkus lagi hari ini. Tidak tenteram hatinya jika kerja tidak siap dengan sempurna. Satu sifat Adrianna Wafiyah yang tak dapat disingkirkan. Terlalu mementingkan kesempurnaan dalam setiap kerja yang dilakukan.

Kringgg..kringgg..kringgg

‘Tengah busy nilah kau nak bunyi.’ Adrianna Wafiyah mengeluh sambil menjwab panggilan itu.

“Assalamualaikum.” Pemanggil memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Sape ni? Soal Adrianna Wafiyah. Bila tengah sibuk menghadap kerja memang sukar dia mahu mengecam suara pemanggil.

“Sally la. Wafi busy ke?” Tanya Sally.

“Tak adalah busy sangat”. Adrianna Wafiyah berbahasa.

“Wafi, petang ini boleh tak kalau kita jumpa.”

“Hmm, boleh, tapi dekat mana?” Soal Adrianna Wafiyah.

“Kita jumpa dengan area office Wafi la. Boleh?”

“Boleh sangat la. Kita jumpa dengan Restoran Secret Recepi dekat office Wafi. Okay?”

“Haa okay, kita jumpa petang nanti. Bye Wafi, Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Bye.”

Adrianna Wafiyah mematikan talian. Dia termenung seketika. Pelik kerana Sally mahu bertemu dengannya. Selalu mereka hanya bercakap dalam telefon ataupun berchatting dalam Yahoo Messenger aje. Sedang dia mengelamun, sekali lagi telefon bimbitnya berdering. Dengan pantas dia menjawab bila melihat nama si pemanggil.

“Assalamualaikum abang.”

“Waalaikumussalam. Amboi cepat betul sayang jawab telefon. Mesti tengah rindu abang kan.? Usik Adam Rayyan.

“Mana ada. Wafi baru lepas bercakap dengan telefon. Belum sempat simpan telefon tu, abang pulak call.” Jawab Adrianna Wafiyah.

“Ohh, tak rindu abang la ni. Kita kat sini setengah mati rindukan dia. Takpelah, sapalah kita kan..” Adam Rayyan pura-pura merajuk.

“Ala abang ni, cepat sangat merajuk.”

“Sapa yang call sayang tadi?”

“Sally. Opss, terlepas pulak.”

“Sally? Sejak bila sayang berkawan dengan dia.? Hati-hati sayang. Abang taknak dia apa-apakan sayang lagi.

“Sebenarnya Wafi dah lama berkawan dengan Sally tanpa pengetahuan abang. Wafi minta maaf ya abang.”
“Kenapa sayang tak nak berterus terang abang?. Kalau apa-apa terjadi pada sayang macam mana?”. Adam Rayyan mula menunjukkan riak risau.

“InShaAllah, tak ada apa-apa akan terjadi. Abang ni risau sangat lah. Wafi dah dekat 2 minggu lebih berkawan dengan Sally. Dia dah banyak berubah bang. Dia banyak minta nasihat Wafi bab-bab Agama. Wafi cuma membantu aje sesama Islam.”

“Sally dah berubah?. Hmm, kalau betul dia dah berubah. Alhamdulillah. Cuma abang tetap mahu sayang berhati-hati. Hati manusia kita tak tahu baik-buruknya.”

“Baiklah abang. Wafi janji akan hati-hati. Hmm, abang petang ni Wafi nak keluar boleh?”

“Sayang nak pegi mana?. Petang nanti abang bawa sayang. Tapi sayang nak ke mana?

“Wafi nak keluar dengan Sally. Tadi dia la yang call nak jumpa Wafi dekat area office aje. Boleh tak abang?”

“Ermm, pegilah. Tapi balik nanti tunggu abang. Abang jemput nanti. Jangan pandai-pandai nak balik sendiri.”

“Yela abang sayang..Wafi tunggu abang.” Usik Adrianna Wafiyah.

“Hmm, okay lah, hati-hati.”

“Okay abang, Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

Adrianna Wafiyah kembali menyambung kerjanya yang tergendala. Dia harus menyiapkan segera. Dia tidak mahu menanggung kerja yang bertimbun-timbun.


Suasana di Shopping Mall Wangsa Walk agak santai jika dibandingkan dengan hari munggu yang penuh dengan pengunjung. Reza memilih tempat duduk yang selesa di Restoran BBQ Chicken itu. Sementara menanti kedatangan Alisya Umaira. Gadis yang sedikit sebanyak telah dapat mengubat luka dihatinya. Air tembikai yang dipesan disedut perlahan. Matanya tertancap pada Alisya Umaira yang berjalan ke arahnya. Senyuman dihadiahkan buat si gadis.

            “Sorry, abang Reza dah lama sampai ke?” Soal Alisya Umaira.

            “Baru lagi. Kita order makan dulu.?” Tutur Reza.

            “Lisya kenyang lagi. Takpelah abang aje yang order. Lisya nak mimun saja.”

            “Oh, okay.” Reza hanya memesan makanan untuk dirinya dan segelas air oren untuk Alisya Umaira.

            “Ada apa abang Reza nak jumpa Lisya?”

            “Saja. Abang rindu nak bual dengan Lisya.” Jawab Reza dengan terus terang.

            “Hisy, abang ni orang serius dia main-main pulak.”  Rungut Alisya Umaira. Reza hanya ketawa melihat wajah kelat Alisya Umaira. Sudah lama dia tidak melihat wajah monyok itu.

            “Abang ada perkara nak bagitahu Lisya.”

            “Apa dia?”

            “Mungkin apa yang abang nak bagitahu dengan Lisya mungkin agak keterlaluan atau mungkin tercepat pada Lisya…….” Reza menarik nafas sebelum menyambung kembali.

            “…abang sebenarnya nak melamar Lisya jadi suri hidup abang.”

            “Apa abang merepek ni?” Alisya Umaira mula panas hati. Adakah Reza cuba mempermainkan perasaannya sekali lagi. Alisya mula berdiri. Berkira-kira mahu meninggalkan Reza.

            “Lisya dengar dulu apa yang abang nak terangkan ni.” Pujuk Reza sambil mengarahkan gadis itu duduk kembali. Alisya Umaira duduk kembali dengan wajah yang sebal.

            “Abang tahu mungkin Lisya terkejut dengan lamaran abang. Abang tak paksa Lisya untuk terima abang. Abang tahu abang dah banyak buat salah dengan Lisya.” Reza berkata sedih. Sungguh banyak hati gadis ini dilukai olehnya.

            “Macam mana dengan perempuan yang abang cinta tu? Bukankah patutnya abang sekarang ini malamar dia.? Kenapa Lisya yang abang lamar?” Soal Alisya Umaira tertubi-tubi. Dia sengaja mahu mendengar alasan Reza. Walaupun dia sudah mendapat menjelasan dari Adrianna Wafiyah.

            “Okay, abang akan berterus terang dengan Lisya. Sebenarnya perempuan yang Lisya maksudkan itu tak pernah mencintai abang. Abang hanya bertepuk sebelah tangan. Selama ini abang telah tersalah sangka dengan kebaikannya hingga abang ingatkan dia turut mempunya perasaan yang sama dengan abang….” Reza mengeluh perlahan sebelum menyambung kembali ceritanya. Alisya kusyuk mendengar. Hatinya turut sayu mendengar cerita Reza.

            “…..selepas abang ke London untuk melanjutkan pengajian, abang terus terputus hubungan dengannya. Sehinggalah abang bertemu kembali dengannya di office abang. Masa tu abang mengaku memang abang tersangat gembira kerana dipertemukan semula dengannya. Tapi sayang, dia telah pun berkahwin dengan lelaki lain. Abang kecewa. Tiba-tiba Lisya muncul kembali dalam hidup abang. Abang seolah-olah nampak sinar kebahagian dalam hidup abang selepas terjumpa dengan Lisya tempoh hari.”

            “Tapi abang Reza, itu tak bererti abang kena melamar Lisya. Lisya tak mahu hidup dengan lelaki yang tidak cintakan Lisya.” Jawab Alisya Umaira perlahan.

            “Abang telah redha dengan ketentuan Allah SWT. Abang mengaku masih belum dapat melupakan dia sepenuh hati abang. Abang sedang berusaha. Abang harap sangat Lisya dapat bantu abang melupakannya. Abang dah tak ada sapa-sapa selepas kematian orang tua abang. Abang harap Lisya tak tolak lamaran abang.” Rayu Reza.

            Terasa sayu hati Alisya Umaira mendengar rintihan Reza. Tetapi hatinya masih ragu-ragu mahu menerima Reza kembali. Tidak dinafikan hatinya masih menyayangi Reza. Tetapi dia tidak mahu menjadi kambing hitam. Selepas cinta Reza kecundang, Reza mahu kembali kepadanya. Alisya Umaira mula terasa berbelah bahagi di antara perasaan sayang terhadap Reza dengan keraguannya terhadap lamaran Reza.

            “Abang semua ini berlaku tercepat cepat. Tidak seperti yang Lisya harapkan. Harap abang boleh bagi masa untuk Lisya berfikir.”

            “Baiklah kalau itu yang Lisya mahu abang akan tunggu.”

            Reza mengeluarkan sebentuk cincin bertakhtakan berlian dan dihulurkan kepada Alisya Umaira.

            “Ambillah seberapa banyak masa yang Lisya mahu. Abang akan tunggu. Kalau Lisya terima lamaran abang. Lisya pakailah cincin ni. Kalau sebaliknya berjadi. InShaAllah abang akan cuba menerimanya.”

            “InShaAllah. Lisya balik dulu.” Alisya Umaira terus bangun dan meninggalkan Reza. Dia perlukan waktu untuk berfikir.


            Reza hanya mengeluh lemah selepas bayang Alisya Umaira hilang dari pandangan matanya. Sungguh hatinya takut jika Alisya Umaira menolak lamarannya. Mungkin tidak ada seorang pun yang akan percaya jika dia berkata benar bahawa hatinya sedikit sebanyak telah dapat menerima kehadiran Alisya Umaira dalam hidupnya. Mungkin terlalu cepat perasaan ini muncul. Tetapi hanya dia seorang yang mengerti perasaan hatinya.


No comments:

Post a Comment