BAB 21
Hari ini semua staf akan berkumpul di bilik mesyuarat. Itu adalah memo arahan yang dikeluarkan oleh Encik Kamal. Semua staf bergegas memenuhi ruang bilik mesyuarat kerana Encik Kamal paling tidak suka pada staf yang tidak menepati waktu. Adrianna Wafiyah dan Sofea memilih kerusi di sudut hujung meja. Semua staf yang hadir kelihatan sedang bercakap-cakap mengenai mesyuarat tergempar hari ini. Riuh rendah ruang bilik itu dengan suara-suara mereka. Masing-masing tertanya-tanya mengenai mesyuarat tergempar hari ini.
Mendengar pintu bilik terkuak dari luar membuatkan semua staf terdiam. Kelihatan Encik Kamal masuk bersama seorang lelaki tampan yang tidak dikenali. Semua gadis kelihatan teruja melihat lelaki tampan itu. Tidak terkecuali dengan Sofea.
“Assalamualaikum dan selamat pagi semua.”
“Waalaikumussalam” Jawab semua staf.
“Pasti semua tertanya-tanya kenapa saya adakan mesyuarat pada hari ini.” Encik Kamal tersenyum. Reza hanya diam tidak bersuara. Dirinya agak teruja melihat perempuan dihadapannya. Dia yakin itu adalah gadis pujaannya Adrianna Wafiyah. Kecil sungguh dunia ini. Tidak menyangka selama ini Adrianna Wafiyah bekerja disyarikat miliknya.
Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Ada yang mengangguk. Adrianna Wafiyah pula tidak senang duduk bila lelaki tampan dihadapannya asyik memandang ke arahnya. Wajah Reza yang sedikit berubah dan lebih tampan membuatkan Adrianna Wafiyah dan Sofea langsung tidak mengenalinya.
“Sebenarnya hari ni saya nak kenalkan pada kamu semua Ceo sebenar Golden Green Sdn Bhd.”
“Maksud Encik Kamal?” Ada seorang staf bertanya.
“ Saya tahu pasti kamu semua terkejut. Yang sebenarnya saya hanya pemegang amanah Golden Green Sdn Bhd sehinggalah Ceo sebenarnya mengambil alih semula syarikat ini.”
“Saya akan perkenalkan ini Reza bin Dato’ Badri, Ceo Golden Green Sdn Bhd.” Reza bangun dan memperkenalkan diri sekaligus memberi ucapan sepatah dua kepada semua stafnya.
Semua staf kelihatan terkejut. Adrianna Wafiyah dan Sofea juga tercengang kerana Reza yang dimaksudkan adalah kawan lama selama di Universiti. Adrianna Wafiyah sudah tidak senang duduk. Makin risau bila Reza menghadiahkan senyuman buatnya.
“Eh, kecik sungguh dunia ini. Boleh pulak syarikat ini sebenarnya syarikat dia.”
“Itulah pasal. Kalau aku tahu memang aku tak kerja kat sini.” Adrianna Wafiyah dan Sofea berbisik sesama mereka.
“Wafi, kamu ada perkara nak cakap ke.? Dari tadi saya tengok asyik berbisik dengan Fea.” Tegur Encik Kamal.
“Hah!, tak ada apa Encik Kamal.” Adrianna Wafiyah tersungging malu. Ini semua gara-gara Sofea.
“Baiklah, kalau semua dah jelas. Saya tamatkan mesyuarat hari ini.”
Semua staf bangun dan bersalam dengan Encik Kamal dan Ceo baru mereka. Encik Kamal membawa Reza ke bilik yang sudah direka khas mengikut citarasa anak buahnya itu.
“Macam mana bilik ni?”
“Cantik, pandai uncle hias.”
“Okaylah, uncle keluar dulu. Reza boleh tanya apa-apa pada uncle atau Rita kalau perlukan maklumat.”
“Baik uncle. Thanks.” Reza membalas senyuman Encik Kamal.
“Kau macam mana sekarang ni?” Soal Sofea.
“Macam mana apa?”
“Yelar, si Reza tu sekarang ni bos kita. Kau tak takut ke kalau dia tu masih simpan perasaan dekat kau.”
“Tu hak dia. Aku ni isteri orang. Tak mungkin aku akan curang dengan suami aku. Lagipun itu hal lama. Entah-entah dia dah ada pasangan hidup.”
“ Hmm, harap-harap macamtulah. Emm, tapi Wafi makin hensem pulak aku tengok si Reza tu kan.”
“Kau ni memang pantang jumpa lelaki hensem kan. Pakwe kau tu nak campak mana. Aku report kat Pakwe kau kang..” Usik Adrianna Wafiyah.
“Kau ingat aku takut ke?” Lawan Sofea. Gamat ruang pantri itu dengan suara mereka.
Bilik yang terhias cantik itu membuatkan Reza tersenyum. Uncle Kamal memang tahu akan citarasanya. Dia menghenyak ke kerusi empuk miliknya. Fikirannya masih terbayang wajah ayu Adrianna Wafiyah. Dia tersenyum lagi. Lucu melihat wajah terkejut gadis pujaannya itu.
“Kak Rita, panggil Wafi masuk bilik saya” Reza mengeluarkan arahannya.
“Baik Encik Reza.” Jawab Rita. Dia terkocoh-kocoh berlari mendapatkan Adrianna Wafiyah.
“Wafi. Bos baru nak jumpa.” Tutur Rita.
“Hah?! Buat apa kak dia nak jumpa saya?”
“Mana la akak tahu. Dah pegilah cepat. Nanti bising pulak bos tu.” Arah Rita.
Adrianna Wafiyah memandang wajah Sofea. Jelas riak wajah risaunya. Risau jika Reza masih mengharapkan cinta darinya.
“La, termenung lagi buat apa. Cepatlah” Arah Rita lagi.
“Yelar kak, orang nak pegi lah ni.” Adrianna Wafiyah melangkah lesu ke bilik Reza.
“Ha, kamu Fea. Nak jadi tea lady ke? Asyik duk kat pantri aje.”Usik Rita.
“Hisy, akak ni. Ada ke patut tanya macamtu. Yelar-yelar orang balik tempat.” Sofea menarik muncung sambil melangkah keluar dari pantri dan diikuti Rita.
Tuk..Tuk..
‘Masuk.” Arah Reza
“Kak Rita bagitahu Encik Reza nak jumpa saya.” Tutur Adrianna Wafiyah kekok.
“Duduklah dulu.” Lembut Reza menutur.
“Wafi sihat?” Reza bersuara lagi bila melihat Adrianna Wafiyah hanya diam.
“Encik Reza please straight to the point.”
“Kenapa Wafi tak nak pandang wajah Reza?” Soal Reza.
“Wafi tahu tak sampai sekarang Reza tak pernah lupakan Wafi.” Rintih Reza.
“Encik Reza. Ini pejabat. Di sini Encik Reza bos dan saya staf. So please jangan campur adukkan soal peribadi kat sini..” Marah Adrianna Wafi.
“So, kalau tak luar bolehlah bincang soal peribadi?” Usik Reza sambil menggenggam jari-jemari Adrianna Wafiyah.
“Apa ni!, kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu.” Adrianna Wafiyah menarik kembali tangannya seraya bangun dan terus meninggalkan bilik Reza.
‘Aku akan terus menangi hati kau Adrianna Wafiyah.’ Gumam hati Reza sambil senyum sinis.
Adrianna Wafiyah meluru keluar dari bilik Reza. Sakit hatinya kerana Reza tidak menghormati dirinya. Sesuka hati menyentuh tangan yang bukan muhrimnya. Dia menghempaskan punggung dengan kasar. Mulutnya kumat-kumit menyumpah seranah Reza. Dalam hati dia risau jika kemunculan Reza bakal meruntuhkan mahligainya yang baru terbina.
“Apa Reza nak.?” Sofea tiba-tiba muncul dihadapan mejanya.
“Hisyy. Kau ni buat terkejut aku aje. Sukakan tengok aku sakit jantung!” Adrianna Wafiyah mengurut dadanya. Dia memang seorang yang lemah semangat. Memang mudah terkejut kalau disergah.
“He..he..he.., sorry. Aku lupa yang sahabat aku ni jenis yang lemah semangat.” Sofea tersengih.
Adrianna Wafiyah hanya menjeling tajam. Dia tahu Sofea sengaja perlinya begitu. Dia terus menyilang kedua-dua tangannya. Biar sahabatnya itu faham yang dia tiada hati mahu bergurau sekarang ini.
“Alalala..marah pulak. Yelalah patik mohon ampun tuanku.” Sofea tersengih lagi sambil menunuduk kepala. Geli hati Adrianna Wafiyah dengan jenaka sahabatnya tapi dia masih pura-pura marah.
“Aku tanya ni apasal Reza panggil kau?” Soal Sofea lagi kerana dirasa Adrianna Wafiyah seperti mahu mengelak menjawab soalan itu.
“Hmm, entahlah mamat tu. Dia panggil aku sekadar nak tanya sihat ke tak. Dan yang paling aku sakit hati, sesuka hati dia pengang tangan aku.!” Adrianna Wafiyah meluahkan semuanya kepada sahabatnya.
“Aku rasa dia masih ada hati la dengan kau. Baik kau hati-hati. Jangan sampai timbul fitnah. Nanti tak pasal-pasal suami kau hilang kepercayaan dekat kau.” Nasihat Sofea. Dia jugak risau dengan sahabatnya.
“Entahlah. Aku harap dia dah lupakan perasaan yang lepas.” Jelas kelihatan wajah risau Adrianna Wafiyah.
“Baik kau berterus terang dengan dia yang kau dah kahwin. Sebelum keadaan jadi lebih buruk.”
“Nanti aku cari masa yang sesuai. Kalau kau nak tahu, adik ipar aku tu rupanya kenal dengan si Reza ni.”
“Si Lisya tu?”
“Yela, Sapa lagi. Kau tahu punca dia bencikan aku dulu rupa-rupanya sebab dia ada hati dekat Reza dan Si Reza tu pulak tolak cinta dia sebab aku. Entahlah aku pun tak faham sangat cerita diaorang ni.”
“Hmm, rumit betul masalah kau ni. Habis tu Lisya masih marah kat kau ke.?”
“Sekarang dia dah okay dengan aku. Maybe lepas aku explain dekat dia yang aku memang tak ada hati dekat Reza. Tapi aku tahu dia masih ada hati dekat Reza tu.”
“Baguslah kalau dia dah okay dengan kau. Sekarang ni, masalah kau dengan Reza ni kau kena settlekan cepat.”
“Yela. Kalau kau tak cakap pun, memang aku akan terangkan semuanya dekat Reza.”
Kring..kring..
Telefon bimbit Adrianna Wafiyah berdering. Dia menilik nombor telefon yang tertera sebelum menjawab. Sofea berlalu dari meja sahabatnya. Memberi ruang untuk Adrianna Wafiyah setelah dia yakin panggilan itu adalah dari Adam Rayyan. Melihatkan wajah ceria Adrianna Wafiyah sudah membuatkan dia tahu.
“Assalamualaikum.” Jawab Adrianna Wafiyah lembut. Sambil memerhati langkah Sofea.
“Waalaikumussalam. Cepatnya jawab?”
“Hah, cepat salah lambat salah..” Rungut Adrianna Wafiyah. Kedengaran suara Adam Rayyan ketawa mendengar omelan isterinya.
“Hari ni jangan balik lambat. Saya nak pindah balik ke kondo malam ni.”
“Hah!, kenapa cepat sangat? Kesian mummy. Kata hujung bulan”
“Bukan jauh pun dari rumah mummy, ada masa nanti kita baliklah rumah mummy.”
“Hurmm, yela.”
“Okay. See you.”
“Bye”. Adrianna Wafiyah mematikan talian.
Seawal jam enam petang, Adrianna Wafiyah sudah sampai ke rumah mertuanya. Baru sahaja dia melangkah keluar dari kereta, kelihatan BMW X6 milik Adam Rayyan memasuki perkarangan rumah. Seperti berjanji pula.
Adrianna Wafiyah memandang suaminya sambil menghadiahkan senyuman yang cukup menawan. Adam Rayyan membalasnya sambil melangkah menghampiri isterinya.
“Erm, macam berjanji pulak kan?”
Adrianna Wafiyah hanya mengangguk sambil senyum. Mereka melangkah ke dalam rumah agam itu. Kelihatan Alisya Umaira dan Datin Rohana sedang menikmati juadah petang sambil menonton TV. Mereka melangkah ke ruang tamu.
“Sedapnya bau..” Tegur Adam Rayyan.
“Eh, bila sampai? Mummy tak dengar pun.” Serentak Datin Rohana dan Alisya Umaira menoleh.
“Baru aje sampai mummy.” Jawab Adrianna Wafiyah.
“Mana nak dengar kalau mata mengadap TV aje. Pencuri masuk pun mummy tak sedar. Lisya pun sama. Pekak.” Usik Adam Rayyan.
“Hisy, apsal Lisya terbabit ni. Orang diam aje pun kena jugak.” Alisya Umaira menarik muka masam.
“Dah-dah, korang ni kalau berjumpa tak sah kalau tak gaduh.”
“Gaduh-gaduh sayang la mummy. Kan Lisya?” Adam Rayyan menarik hidung adiknya.
“Aduh, sakitlah. Abang ni kenapa?” Alisya menggosok hidungnya.
Adrianna Wafiyah hanya ketawa geli hati melihat keletah dua beradik itu. Adam Rayyan memeluk bahu isterinya secara tiba-tiba. Adrianna Wafiyah hanya membiarkan sahaja bahunya dipeluk oleh suaminya. Melihat isterinya tidak membantah, Adam Rayyan mengemaskan lagi pautan dibahu isterinya. Alisya Umaira yang melihat mula rasa nak geli geleman dengan sikap mengada-ngada abangnya.
“Hmm, mummy Ray sebenarnya ada hal nak bagitau mummy ni.” Ujar Adam Rayyan.
“Hal apa?”
“Sebenarnya petang ni Ray ingat nak balik kondo Ray. Dah lama sangat tinggalkan kondo tu.”
“La, kenapa nak tergesa-gesa. Haritu kata hujung bulan. Lagipun rumah tu mesti berhabuk.”
“Ray dah upah orang bersihkan rumah tu. So tak ada masalah kalau nak masuk rumah tu.”
“Hurm, kalau macamtu takpalah. Nak buat macamana, dah Ray nak pindah jugak.” Kedengaran suara Datin Rohana merajuk.
“Mummy, Wafi dan abang Ray janji akan selalu balik jengok mummy.” Adrianna Wafiyah memujuk Ibu mertuanya. Geram jugak dengan sikap tergopoh gapah suaminya. Dah la tak bincang dulu dengan mummy. Adrianna Wafiyah menjeling suaminya supaya mengiakan kata-katanya.
“Em, Ray janji mummy. Ray akan selalu balik sini. Lagipun bukan jauh pun.” Pujuk Adam Rayyan.
“Tak apa la mummy, biarlah abang dengan kak Wafi hidup berdikari. Lisya kan ada.” Pujuk Alisya Umaira lagi.
“Yela mummy izinkan. Tapi ingat jaga menantu mummy baik-baik. Wafi kalau Ray ni buli kamu, bagitahu mummy. Tahulah mummy nak ajar dia nanti.”
“Amboi mummy, takkan Ray nak buli isteri kesayangan Ray pulak. Kan sayang?” Adam Rayyan menghadiah senyuman menggoda buatnya. Adrianna Wafiyah hanya senyum.
Setelah siap mengemas pakaiannya dan Adam Rayyan, Adrianna Wafiyah melangkah menuju ke bilik Alisya Umaira. Niatnya cuma satu, dia harus memberitahu Alisya Umaira tentang Reza. Pintu bilik adik iparnya diketuk perlahan. Seketika sahaja terdengar suara Alisya Umaira.
“Masuk.”
“Eh, Kak Wafi. Masuklah. Lisya ingatkan Mak Limah tadi.”
“Lisya busy ke?”
“Taklah kak. Kenapa?”
“Erm, Lisya akak sebenarnya ada hal nak bagitahu Lisya.”
“Apa dia kak? Bunyi macam serius aje.”
“Sebelum tu akak nak minta maaf kalau apa yang akak nak cerita ni akan menggores hati Lisya.”
“In Sha Allah Lisya tak kecil hati. Akak ceritalah. Saspen aje bunyinya.”
Adrianna Wafiyah tersenyum dan menarik nafas dalam sebelum memulakan bicaranya. Bimbang sungguh jika hal Reza akan membuatkan dia dan adik iparnya perang kembali.
“Pasal Reza.” Perlahan suara Adrianna Wafiyah menutur.
“Ke..kenapa dengan Reza?”
“Reza dah balik Lisya dan sekarang dia bos ditempat akak bekerja tu.” Sekali nafas Adrianna Wafiyah meluahkan semua yang terbuku.
“Oh, tapi kenapa akak bagitahu Lisya semua ni?”
“Akak taknak Lisya salah anggap dengan akak bila Lisya tahu dari mulut orang lain.”
“Apalah akak ni. Lisya dah buang semua perasaan tu. Lisya pegang kata-kata akak, kalau dah memang jodoh tak kemana kan.” Alisya Umaira senyum sambil menggenggam tangan kakak iparnya.
“Terima kasih Lisya sebab percayakan akak. In Sha Allah akak doakan semoga jodoh Lisya dan Reza bersatu.” Adrianna Wafiyah membalas genggaman tangan adik iparnya.
“Terima ka….” Belum sempat Alisya Umaira menghabiskan ayatnya, pintu bilik dikuak dari luar.
“Kat sini rupanya sayang. Puas abang cari.” Adam Rayyan melabuhkan punggung disebelah isterinya.
“Abang ni tak reti nak ketuk pintu dulu ke sebelum masuk.?” Geram Alisya Umaira. Nasib baik abangnya tidak dengar. Kalau tidak habis bocor rahsianya.
“Sorry. Sayang jomlah. Kita dah lambat ni nak balik kondo. Esok kerja kan.”
“Lisya. Nanti kita sambung ye.” Adrianna Wafiyah kekok dengan panggilan sayang oleh suaminya.
“Bincang pasal apa ni?” Adam Rayyan tidak puas hati.
“Adalah. Sibuk aje.” Alisya Umaira menjeling abangnya.
“Sayang..baik bagitahu abang.”
“Takda apalah bang. Hal perempuan aje.” Adrianna Wafiyah sudah berjanji dengan Lisya akan menyimpan rahsianya.
“Hmm, okay jomlah. Nanti lewat sampai.”
“Okay Lisya, akak balik dulu.” Adrianna Wafiyah memeluk adik iparnya.
No comments:
Post a Comment