Thursday, 17 April 2014

"Kenal Erti Cinta" - BAB 26

BAB 26

Sally kelihatan cantik mengenakan blaus labuh yang dipadankan dengan seluar palazzo bercorak bunga kecil. Nampak begitu menyerlah keayuannya. Dia menanti kedatangan  Adrianna Wafiyah. Tidak lama menunggu, Adrianna Wafiyah muncul menghampiri dirinya.

            “Assalamualaikum.” Tegur Adrianna Wafiyah.

            “Waalaikumussalam.” Jawab Sally sambil mereka berbalas pelukkan.

            “Sorry Sally, tadi Wafi ada kerja sikit. Dah lama ke Sally tunggu.?”

            “It’s okay. Sally pun baru aje sampai.”

            Sedang mereka berbual. Seorang pelayan restoran datang menghampiri mereka untuk mengambil pesanan. Setelah memesan apa yang patut, pelayan itu beredar.

            “Wafi sihat. ?” Tanya Sally mesra.

            “Alhamdulillah. Kehidupan Sally macam mana sekarang?”

            “Alhamdulillah. Sally sekarang ini ada mengikuti kelas mengaji dekat surau area rumah. Terima kasih Wafi kerana banyak beri tunjuk ajar pada Sally.”

            “Sama-sama. Wafi tak banyak pun membantu. Sally yang ada keinginan yang tinggi untuk berubah. Yang penting itu semua datang dari Allah SWT. DIA yang mengatur segalanya.

            “Syukur sangat Allah SWT masih beri kesempatan untuk Sally berubah.” Ucap Sally.

            “Wafi, Sally sebenarnya ada perkara nak bagitahu Wafi. Tapi Sally harap sangat Wafi simpan rahsia ni.”

            “Perkara apa Sally?”

            “Sally nak pergi ke Tanah Suci Mekah.”

            “Alhamdulillah. Jadi kenapa perlu berrahsia. Kan perkara baik tu”. Soal Adrianna Wafiyah agak pelik dengan permintaan Sally.

            “Sally tak nak orang ingat Sally nak menunjuk-menunjuk. Sally bagitahu dekat Wafi seorang aje. Sebab Wafi dah bayak ajar Sally tentang Islam. Sekarang ini hati Sally tenang dan tenteram.”

            “InShaAllah Sally. Wafi akan simpan rahsia Sally.”

Sedang mereka rancak berbual, telefon bimbit Adrianna Wafiyah berbunyi.

            “Waalaikumussalam. Ye abang. Hah? Abang dah sampai?. Okay Wafi balik sekarang.”

            Sally hanya menjadi pendengar. Dia pasti Adam Rayyan yang menelefon Adrianna Wafiyah. Kalau lah dulu Nazirah tidak meninggalkan Adam Rayyan, pasti sekarang ini dia sedang berbahagia bersama Adam Rayyan. Tapi apakan daya, Jodoh itu milik Allah SWT. Kita hanya merancang tetapi DIA yang menentukan segalanya. Sally mengelamun seketika.

            “Sally, Wafi kena balik lah..Ray dah sampai.” Ucap Adrinna Wafiyah sambil memanggil pelayan untuk membayar bil makanan mereka.

            Sally kelihatan tidak menyahut perbualan Adrianna Wafiyah. Dia agak mengelamun. Entah apa yang difikirkan oleh Sally. Adrianna Wafiyah melayangkan tangannya ke wajah Sally. Tetapi Sally masih diam membantu.

            “Sally” Adrianna Wafiyah menyebut lagi sekali nama Sally sambil mencuit bahunya.

            “Hah, Subhanallah. Nasib baik tak luruh jantung. Wafi nikan...” Terperanjat Sally dibuatnya.

            “Sally mengelamun aje . Dari tadi Wafi bercakap seorang-seorang rupanya.” Adrianna Wafiyah tersenyum geli hati melihat wajah terkejut Sally.

            “Iya ke, sorry la. Wafi cakap apa tadi?”

            “Wafi cakap, Wafi terpaksa balik dulu. Ray dah tunggu kat luar tu.”

            “Oh, jomlah. Sally pun nak balik dah. Nanti Wafi teman Sally beli jubah ya?” Ajak Sally.

            “Okay, InShaAllah. Jomlah tunggu apa lagi.” Soal Adrianna Wafiyah pelik bila melihat Sally mengeluarkan duitnya.

            “Kejaplah, tak akan tak nak bayar dah makan.” Usik Sally.

            “Nampak sangat Sally memang berangan panjang ni. Sampai Wafi dah bayar pun Sally tak perasan.”

            “La..yeke. aduhh, buah malu aje.” Wajah Sally terasa membahang. Malu dengan gelagatnya dihadapan Adrianna Wafiyah.

Mereka berjalan beriringan keluar dari Restoran Secret Recepi itu. Kelihatan Adam Rayyan sedang menanti di luar kereta sambil leka melihat telefon bimbitnya. Adrianna Wafiyah pantas berjalan ke arah suaminya sambil ikuti oleh Sally dari belakang.

            “Lekanya abang tengok telefon tu.” Sergah Adrianna Wafiyah.

            “Eh, sayang ni buat abang terperanjat aje.” Jawab Adam Rayyan sambil melihat Sally yang tersenyum ke arahnya. Dia tidak perasan yang Sally turut berada disitu.

            “Ray, how are you?”Tegur Sally cuba ramah tapi masih agak kekok.

            “I’m great. You.?”Soal Adam Rayyan kembali.

            “I’m just fine.” Jawab Sally.

            “Ray, I sebenarnya nak minta maaf pada you atas perbuatan I dulu. I menyesal sangat bertindak macamtu.” Ucap Sally sambil mata bergenang dengan air mata.

            “I dah lupakan hal tu. Janji you dah berubah sekarang. Kan sayang.” Adam Rayyan memeluk bahu isterinya.

            “Thanks Ray. Wafi, terima kasih ya. Sally balik dulu. Assalamualaikum.” Ujar Sally sambil bersalam dan berpelukan dengan Adrianna Wafiyah.

            “Hati-hati memandu.” Laung Adrianna Wafiyah dari jauh.

Sally yang mengangguk sambil tersenyum memandang Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan. Dia berasa bersyukur sangat dapat mengenali Adrianna Wafiyah. Tidak hairan kalau Adam Rayyan boleh jatuh cinta dengan Adrianna Wafiyah. Dia seorang perempuan yang cukup sempurna di mata Sally. Sally memandu keretanya dengan berhati-hati.




Lamaran dari Reza membuatkan Alisya Umaira serabut mahu berfikir. Dia takut mahu membuat keputusan. Takut jika Reza mempermainkan perasaannya untuk kali kedua. Alisya Umaira membuat solat Istiqorah untuk mohon petunjuk Allah SWT.

            ‘Ya Allah, Ya Tuhan Ku. Kau berikanlah petunjuk andai benar dia adalah jodohku. Aku mohon petunjuk Mu Ya Allah. Amin Ya Robbal Alamin.’

Alisya Umaira melipat sejadah dan meletakkannya di ruangan yang tersedia. Matanya telah mengantuk. Dia harus tidur kerana esok pagi dia harus menghadiri satu mesyuarat di Melaka.




Sejak berbaik-baik dan menerima Adrianna Wafiyah dalam hidupnya, telah menjadi rutin Adam Rayyan untuk menunggu isterinya sebelum tidur. Dia tidak boleh tidur tanpa isteri kesayangannya tiada disebelah.

            Adam Rayyan membuka akaun YM nya. Telah lama dia tidak berchatting. Kesempatan ini diambil sementara menanti isterinya menyiapkan kerja rumah. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, Adam Rayyan setia menanti isterinya.

            Rafi_84: Bro, lama x online??

            Ray_Hott : Wassap bro..aku bz skit.

            Rafi_84 : Aku dgr ko nak g London?

            Ray_Hott: Yups..mana ko tau?

            Rafi_84: Staff aku bgthu. Conference tu aku pun kena pegi jgk..

            Ray_Hott: Oh..great..atleast xdelah aku bosan kat sana.
           
            “Abang tak tidur lagi ke?. Kan Wafi dah kata tak payah tunggu..” Tanya Adrianna Wafiyah sambil melangkah menghampiri suaminya yang sedang berada di sofa di dalam bilik tidur mereka.

            “Abang belum mengantuk. Sayang dah siap mengemas ke?”

            “Dah, jomlah tidur esokkan kerja.” Ajak Adrianna Wafiyah sambil matanya sempat mengerling laptop suaminya.

            “Okay, sayang pergi dulu. Abang nak shutdown laptop ni dulu.”

            Adrianna Wafiyah mengangguk sambil melangkah ke katil. Dia menarik selimut membaluti tubuhnya dari kedinginan penghawa dingin yang terpasang. Matanya terasa berat, dan akhirnya dia terlelap sebaik sahaja kepalanya menyentuh bantal.

Ray_Hott: Fi, aku chow dulu. Ngantuk dah ni. Huhuhu.

            Rafi_84: lain macam aje menguapnya tu, hehehehe..

            Ray_Hott: Dah xpyh nak pk bukan2. Bye.

            Rafi_84: bye bro.
           
            Adam Rayyan menghampiri isterinya yang telah tidur. Dia hanya tersenyum melihat wajah isterinya. Adrianna Wafiyah tetap kelihatan cantik walaupun dalam keadaan tidur. Rambut isterinya dielus lembut. Adam Rayyan mengucup lembut dahi isterinya. Sayangnya terhadap Adrianna Wafiyah makin bercambah.


Dia menutup lampu utama dan serta merta bilik itu bertukar suram kerana hanya disirami lampu tidur yang menemani tidur mereka. Tangannya melingkari pinggang ramping isterinya. Tubuh itu didakap erat sambil matanya terpejam rapat. Akhirnya Adam Rayyan tertidur sambil memeluk isteri kesayangannya.


No comments:

Post a Comment