BAB
27
Bunyi
jam loceng mengejutkan Adrianna Wafiyah dari tidurnya. Dia segera bangun untuk
mematikan bunyi jam loceng itu. Mata yang masih bersisa kantuknya dipaksa buka.
Adrianna Wafiyah mengerling suaminya disebelah. Suaminya kelihatan masih
nyenyak tidur. Dia segera bangun untuk membersihkan diri.
Selepas
setengah jam, Adrianna Wafiyah selesai membersihkan diri. Tubuhnya terasa segar
. Dia telah lengkap memakai telekung untuk menunaikan solat subuh bersama
suaminya. Langkah diatur menghampiri birai katil. Dia mengejutkan suaminya.
Tangannya berlapik dengan kain telekung agar tidak terbatal air sembahyangnya.
“Abang,
bangun.” Kejut Adrianna Wafiyah.
Adam
Rayyan hanya mengeliat seketika dan menyambung semula tidurnya.
‘Ya
Allah, dia boleh tidur balik.’ Rungut hati Adrianna Wafiyah.
“Abang..bangunlah.
Dah pukul 6.30 pagi ni.” Suara Adrianna Wafiyah mula dinaikkan.
Adam
Rayyan pantas bangkit dari tidurnya bila suara isterinya kedengaran kuat. Dia
menggosok matanya sambil duduk bersila dibirai katil. Adam Rayyan memandang isterinya
yang telah lengkap bertelekung.
“Sayang
dah solat ke?” Tanya Adam Rayyan.
“Belum,
tunggu abang la. Cepat la pegi mandi. Dah 6.30 ni?” Suruh Adrianna Wafiyah.
Tanpa
banyak soal, Adam Rayyan mencapai tuala yang dihulurkan oleh isterinya dan
terus masuk ke dalam bilik air. Sesaat kemudian, bunyi jirusan air mula
kedengaran. Adrianna Wafiyah menanti suaminya di atas sejadah yang telah dibentang.
Dia membaca Al-Quran sementara menanti suaminya selesai mandi.
Seketika
sahaja Adam Rayyan telah lengkap memakai baju melayu dan kain pelekat. Bersedia
mahu mengimamkan isterinya.
Usai
membaca doa, Adrianna Wafiyah menyalami tangan suami sambil mencium lembut.
Adam Rayyan memyambut salam itu sambil mengucup lembut dahi isterinya.
“Sayang
pagi ni tak payah masak ya.”
“Kenapa,
abang dah bosan makan masakan Wafi ke?” Tanya Adrianna Wafiyah. Dia berjauh
hati dengan ungkapan suaminya.
“Bukanlah.
Abang ada meeting pagi ni. Takut tak
sempat. Nanti abang breakfast kat office aje. Dah tak nak merajuk
pagi-pagi ni. Abang tak pernah bosan dengan masakan sayang.”
Adrianna
Wafiyah mula mempamerkan senyumannya. Malu pula kerana merajuk begitu. Sejak
dimanja-manjakan oleh Adam Rayyan, dia mudah
sahaja merajuk. Adrianna Wafiyah segera bersiap untuk ke pejabat. Dia
tidak suaminya terlewat masuk mesyuarat gara-gara dia.
“Cepat
siap, abang tunggu kat luar.” Adam Rayyan menggosok lembut kepala isterinya.
Persis memujuk seorang kanak-kanak yang sedang merajuk.
Adrianna
Wafiyah hanya senyum sambil menggangguk faham. Dia hanya mengenakan pakaian
yang ringkas tetapi tetap menampakkan dia kelihatan kemas dan cantik.
Setengah jam
perjalanan, kini kereta Adam Rayyan sampai di hadapan pejabat isterinya.
Adrianna Wafiyah mencium tangan suaminya tanda keizinan untu keluar bekerja.
Haram bagi seseorang isteri itu jika keluar rumah tanpa keizinan dari seorang lelaki
bergelar suami walaupun untuk keluar bekerja.
“Sayang, petang ni kita balik rumah mummy ya. Dah lama
tak jenguk mummy. Esok abang dah nak ke London.”
“Esok?” Adrianna Wafiyah agak terkejut.
“Yelar esok. Kenapa?”
“Bukan abang kata minggu depan.?”
“Sayang ni, hari kan jumaat. Esok dah sabtu. Flight abang kan Sabtu malam. Lupa la
tu.” Terang Adam Rayyan.
“Cepatnya.” Wajah Adrianna Wafiyah mula berubah keruh.
“Abang pegi seminggu aje. Dah tak nak monyok-monyok.”
Adam Rayyan memujuk isterinya.
“Okay. Saya pegi dulu.”
Adrianna
Wafiyah keluar dari kereta dengan tidak bersemangat. Entah macam mana dia mahu
menghadapi seminggu ini tanpa suaminya disisi. ‘Ah, hati jangan mengada-ngada
sangat boleh tak. Abang pegi seminggu aje.’ Adrianna cuba memujuk hatinya
sambil melangkah masuk ke pejabat.
“Wafii..!!!”
laung Sofea dari tempat duduknya.
Adrianna
Wafiyah yang sedang berduka itu terkejut mendengar suara sahabatnya yang agak
kuat.
“Weyy,
dah kenapa dengan kau ni terjerit-jerit. Ingat dekat pasar tani ke?” Tegur
Adrianna Wafiyah dalam niat untuk mengusik sahabatnya itu.
“Aku
rindu la kat kau.” Ujar Sofea.
“Eh,
buang tebiat ke tiba-tiba rindu aku. Macam setahun tak jumpa aku.” Jawab
Adrianna Wafiyah sambil duduk di mejanya.
“He..he..he…Semalam
aku mimpi kau kot..” Balas Sofea.
“Wafiii….”
Tiba-tiba wajah Sofea berubah mendung.
“Dah
kenapa pula ni?. Tadi ceria sekarang dan nampak macam nak hujan aje muka tu.”
Usik Adrianna Wafiyah.
“Aku
tengah sedih sebenarnya ni. Kau boleh pula nak buat lawak.” Wajah Sofea berubah
masam dengan usikan Adrianna Wafiyah.
“La..okay-okay
aku serius. Cepat cerita kenapa kau sedih..?” Adrianna Wafiyah membetulkan
posisi duduknya agar kelihatan lebih serius mahu mendengar masalah sahabatnya
itu.
“Tak
payah la nak serius sangat.” Marah Sofea dengan gelagat Adrianna Wafiyah. Dia
termenung panjang tanpa sedar. Sofea teringat kembali perjumpaan dengan Reza di
bilik bosnya itu lewat petang semalam.
“Fea, aku nak hantar kau untuk pantau projek kita di
Sabah.” Ujar Reza
“Maksud Encik Reza?” Tanya Sofea.
“Tak payah la nak berencik sangat. Kita dah lama kawan
kan. Lagipun ini dah lepas waktu pejabat.” Ucap Reza tidak selesa dengan
panggilan itu.
“Encik kan bos saya kat sini kenalah respect.” Balas Sofea.
“Reza.. R.E.Z.A” Jawab Reza lagi.
“Ya, okay. Apa maksud encik ..arr…apa maksud kau nak
hantar aku pegi Sabah?” Tanya Sofea agak kekok. Terasa kurang ajar pula
bercakap dengan bos mengunnakan bahasa ‘aku
kau’ ni.
“Kau kan tahu projek hotel kita kat Sabah tu baru
bermula. Jadi aku dah berbincang dengan ahli lembaga pengarah untuk hantar kau
ke sana bagi memantau projek kita sampailah projek itu siap sepenuhnya.” Terang
Reza.
“Maksudnya aku kena pindah Sabah?” Tanya Sofea agak
terperanjat dengan penerangan itu.
“Yela. Aku rasa kau adalah orang yang layak untuk ke
sana. Aku tak nampak orang lain selaian kau kat pejabat ini yang aku boleh
percaya.” Jawab Reza.
“Tapi.. Reza macam mana denga kos hidup aku kat sana?”
tanya Sofea lagi.
“Jangan risau semua itu akan ditanggung oleh syarikat.”
Balas Reza.
“Baiklah, kalau itu arahan syarikat. Aku ikut saja.”
Jawab Sofea.
“Terima kasih Fea. Ini surat lantikan kau sebagai
pengurus projek ini. Hujung bulan ini kau akan ke sana.” Reza menyerahkan surat
lantikan kepada Sofea.
Adrianna Wafiyah mula bengang bila melihat Sofea seakan
termenung panjang. Setiap patah dia tanya tidak dijawab oleh sahabatnya itu.
“Oit,
makcik..kau nak cerita ke tak ni? Boleh berangan pula.” Adrianna Wafiyah mula
menaikan ton suaranya.
“Hah, hisy kau ni cakap tak payah nak menjerit boleh
tak.” Balas Sofea.
“Yela sorry.
Cepat cerita. Dari tadi aku tunggu.” Adrianna Wafiyah mula bosan menanti.
“Wafii..aku kena pindah ke Sabah hujung bulan ni.” Cerita
Sofea.
“Hah! Kau biar betul.” Tanya Adrianna Wafiyah.
“Betul la. Ingat aku main-main ke. Ni kau baca surat
lantikan ni.” Sofea menghulur surat lantikan itu kepada Adrianna Wafiyah.
Adrianna Wafiyah mengambil surat itu. Dia membaca dengan
tekun. Sekejap sahaja wajahnya mula berubah muram.
“Fea, habis aku macam mana. Kau seorang aje kawan rapat
yang aku ada. Kita tak pernah berpisah sejak Universiti lagi.” Adrianna Wafiyah
mula terasa sedih dengan berita itu.
“Wafi, aku pun sedih juga. Tapi nak buat macam mana dah
itu arahan pihak atasan.” Ujar Sofea.
“Habis sapa lagi nak dengar masalah aku lepas ni.” Rungut
Adrianna Wafiyah.
“Kan teknologi canggih sekarang ni. Telefon ada, Skype ada, Internet semua ada. Lagipun aku kat sana 2 tahun aje. Siap projek
itu. Aku balik semula ke sini.” Pujuk Sofea.
“Hmm, yela,” Ucap Adrianna Wafiyah masih terkejut dengan
berita itu.
“Dah, tak payah nak monyok. Pegi sambung buat kerja. Aku
pun ada laporan nak siapkan ni.” Sofea berjalan ke mejanya.
Mereka mula menyambung kerja masing-masing. Masing-masing
tekun menghadap komputer menjalankan amanah yang telah diberikan. Adrianna
Wafiyah masih tidak dapat menerima berita itu. Dia bakal kehilangan seorang
sahabat yang terlalu rapat dengannya. Namun dia harus kuat kerana itu semua
tuntutan kerja yang harus dilaksanakan.
Tepat pukul 6.00 petang
Adam Rayyan sampai ke rumah orang tuanya. Kereta diparkirkan di sebelah kereta
Alisya Umaira. Kelihatan Datin Rohana sedang berjalan ke arah mereka untuk
menyambut kedatangan anak menantunya.
“Mummy, sihat?” Tegur Adrianna Wafiyah sambil bersalam
dengan ibu mertuanya.
“Mummy sihat sayang. Rindu betul mummy dekat Wafi.” Ucap
Datin Rohana sambil memeluk erat tubuh menantunya.
“Amboi mummy, dah jumpa menantu dia terus anak sendiri
dilupakan.” Usik Adam Rayyan sambil keluar dari keretanya.
“Hisyy, mummy tak pernah lupakan anak-anak mummy. Anak ke
menantu ke semuanya anak-anak mummy. Tiada bezanya.” Balas Datin Rohana.
“Gurau aje lah. Mummy ni serius aje memanjang.” Jawab
Adam Rayyan.
Adrianna
Wafiyah hanya menggeleng kepala dengan suaminya. Tak habis-habis mahu mengusik
ibu mertuanya.
“Dah-dah
jom masuk. Malam ni kita makan ramai-ramai. Mummy dah siap masak.” Ujar Datin
Rohana.
“Mummy
dah siap masak?. Cepatnya. Wafi ingat baru nak tolong.” Balas Adrianna Wafiyah sambil
mengikuti langkah Datin Rohana ke ruang tamu.
“Sayang,
abang nak naik atas ni. Jomlah” Ajak Adam Rayyan.
“Eh,
kamu ni Ray, biarlah Wafi sembang-sembang dengan mummy. Kamu nak naik atas dulu
naik aje lah.” Jawab Datin Rohana. Geram pula dengan sikap manja Adam Rayyan
sekarang ni. Langsung tak boleh berenggang dengan isterinya.
“Mummy
ni…” Belum sempat Adam Rayyan menjawab, adiknya muncul dan terus menerpa
Adrianna Wafiyah.
“Kak
Wafii…” Jerit Alisya Umaira sambil menerpa kakak iparnya.
“Kak
Wafi datang tepat pada masanya. Jom kak naik bilik Lisya. Ada perkara Lisya nak
minta pendapat akak.” Ujar Alisya Umaira sambil menarik tangan kakak iparnya.
“Ini
lagi seorang, mummy baru nak berbual dengan kak Wafi.” Kata Datin Rohana.
“Ala
mummy, kejap aje. Pinjam kak Wafi kejap ya. Jomlah kak.” Ajak Alisya Umaira
lagi.
“Ada-ada
aje Lisya ni. Kejap ya mummy. Nanti kita sambung.” Ujar Adrianna Wafiyah sambil
bangkit dari sofa.
Adam
Rayyan yang sedari tadi berdiri di anak tangga hanya melihat perangai adiknya.
Semua orang dalam rumah ni berebutkan isterinya.
“Tepi
sikit bang, nak jadi jaga kat tangga ke?” Usik adiknya sambil melangkah menaiki
anak tangga dan ikuti oleh Adrianna Wafiyah. Dia sempat senyum dengan suaminya.
“Jangan
lama-lama. Kak Wafi tu abang punya.” Jerit Adam Rayyan dari tangga bawah.
Datin
Rohana hanya tersengih. Geli hati melihat gelagat anak-anaknya. Dia melangkah
menuju ke dapur untuk melihat masakannya. Risau jika ada kekurangan dengan
masakannya.
Adrianna
Wafiyah duduk dibirai katil sambil memegang majalah yang ada di atas katil itu.
Alisya Umaira menarik kerusi dan duduk menghadap kakak iparnya. Adrianna
Wafiyah meletakkan kembali majalah itu dan memberi tumpuan dengan Alisya
Umaira.
“Ada
apa yang Lisya nak minta pendapat akak ni?” Tanya Adrianna Wafiyah mesra.
“Kak
Wafi, Lisya buntu sangat sekarang ni. Tak tahu nak buat apa.”
“La..kenapa
ni, macam berat aje masalahnya.”
“Cuba
cerita pada akak.”
“Reza..,
dia tiba-tiba mahu melamar Lisya.”
“What??,
biar betul? Habis apa keputusan Lisya?”
“Itu
yang Lisya buntu. Memang Lisya masih sayangkan dia. Tapi Lisya takut
kalau-kalau Lisya tersalah langkah.”
“Lisya
ikut gerak hati. Pada pendapat akak, Reza tu seorang lelaki yang baik. Akak
yakin dia akan dapat menjaga Lisya dengan baik.”
“Lisya
pun harap macamtu juga.”
“So,
sekarang ini apa keputusan Lisya?”
“Entahlah,
Lisya takut sangat. Takut akan kecewa lagi.”
“Lisya,
setiap manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Pada pandangan akak
Reza harus diberi peluang kedua. Sekarang ini semua keputusan di tangan Lisya.
Lisya yang akan menghadapi hari-hari selepas ini bersama dia. Akak hanya boleh
bagi pendapat saja.”
“Lisya
rasa..Lisya akan beri dia peluang kedua. Akak doakan Lisya ya.”
“Akak
sentiasa doakan yang terbaik untuk adik akak ni.”
“Thanks akak. Tapi jangan bagitahu
sesiapa. Lisya belum bersedia nak kenalkan dia dengan keluarga kita.”
“Apa
saja untuk adik akak.”
“Thanks kak Wafi.” Ucap Alisya Umaira
seraya memeluk tubuh kakak iparnya. Adrianna Wafiyah membalas pelukkan itu.
“Okay,
akak keluar dulu ya. Jangan serabut-serabut lagi. Nak kahwin dah adik akak ni.”
Ucap Adrianna Wafiyah sambil bangun dari katil. Sengaja dia mengusik adik
iparnya.
“Akak,
belum lagi la..” Balas Alisya Umaira sambil mencekak pinggangnya. Kedua-dua
mereka serentak ketawa.
Adrianna Wafiyah
menguak pintu bilik. Suasana bilik itu suram kerana lampu bilik tidak dipasang.
Kelibat suaminya tidak kelihatan. Barangkali suaminya telah turun ke bawah
memandang sekarang dah pukul 7.45 malam. Hanya kedengaran bunyi penghawa
dingin. Adrianna Wafiyah terus ke bilik air untuk membersihkan diri dan
bersolat.
Usai berdoa, Adrianna Wafiyah melipat telekungnya dan
disimpan di dalam almari. Dia hanya bersiap ala kadar dan bersedia untuk turun
ke bawah. Sedang Adrianna Wafiyah merapikan tudung yang dipakai, dia terasa
pinggangnya dipeluk dari belakang. Bau minyak wangi yang dipakai membuatkan dia
boleh mengagak siapa dibelakangnya.
“Abang, saja kan nak buat Wafi terperanjat.”
“Sampai hati sayang tak kejutkan abang.”
“La, abang tidur kat mana? Wafi tak perasan pun.”
“Abang ada aje tidur kat sofa tu.”
“Sorry la bang,
Wafi betul-betul tak perasan.”
“Yela abang tak kisah pun. Sayang terus siap aje. Lepas
makan kita balik rumah kita. Baju-baju abang belum kemas lagi.” Adam Rayyan
masih memeluk pinggang isterinya.
“Okay, abang pegi la mandi cepat. Maghrib dah nak habis
tu.” Adrianna Wafiyah cuba merungkai pelukkan suaminya. Kalau dilayan makin
liat la suaminya itu nak mandi.
“Yela abang nak mandi la ni.”
“Wafi tunggu kat bawah ya. Boleh tolong-tolong mak
Limah.” Laung Adrianna Wafiyah.
“Okay sayang.” Jawab Adam Rayyan dari dalam bilik air.
Adrianna Wafiyah
memandang lauk yang telah terhidang. Tetapi kelibat mertuanya belum kelihatan.
Dia meneruskan langkahnya ke dapur. Dilihat mak Limah sedang leka menyenduk
nasi ke dalam magkuk. Adrianna Wafiyah dengan perlahan-lahan menghampiri mak
Limah.
“Mak Limah…” Adrianna Wafiyah segera memeluk tubuh mak
Limah dari belakang.
“Ya Allah, Wafi..Wafi..terperanjat mak Limah dibuatnya.
Bertuah betul budak ni.” Mak Limah mencubit hidung Adrianna Wafiyah.
“Rindu kat mak Limah. Mak Limah sihat?”
“Sihat. Mak Limah pun rindu kat Wafi.”
“Apa yang kecoh kat dapur ni?” Tanya Datin Rohan yang
baru turun.
“Wafi ni datin..tak sudah-sudah mengusik saya.” Ujar Mak
Limah sambil mencubit dagu Adrianna Wafiyah.
“Ala..bukan selalu Wafi dapat usik mak Limah. Kan mummy?”
Datin Rohana hanya tersenyum senang melihat kemesraan
menantunya. Tidak sombong dan begitu menghormati orang tua.
“Dah siap semuanya Limah?”
“Dah datin.”
“Jom Wafi kita ke depan.”
Adrianna Wafiyah dan Datin Rohana duduk di meja makan
utama sementara menanti yang lain turun.
“Mummy, minggu depan Wafi tumpang tidur sini ya. Takutlah
duduk seorang. Abang Ray ke
London.”
“Boleh sayang. Tak payah nak minta. Memang rumah Wafi juga
kan.”
“Tapi kenapa minggu depan?. Bukan Ray ke London esok?”
“Wafi ingat esok nak balik kampung. Dah lama tak jenguk
ibu sejak berkahwin ni.”
“Oh, baguslah. Baliklah jenguk ibu. Mesti dia sedang
rindukan Wafi.”
“Esok lepas hantar abang ke airport, Wafi terus balik kampung.”
“Dah malam kan. Tak bahaya ke Wafi nak balik
seorang-seorang.”
“InShaAllah mummy tak ada apa-apa akan berlaku. Mummy
jangan risau ya.”
“Ermm..ermm.. apa saja yang dibualkan dua beranak ni.”
Ucap Datuk Razlan sambil menarik kerusi.
“Bual kosong aje bang.”
“Hmm, sedapnya bau.” Adam Rayyan turun bersama Alisya
Umaira.
“Lama tak makan ramai-ramai macam ni. Berselera pula saya
makan masakan awak malam ni.” Ucap Datuk Razlan.
“Tambah lagi bang kalau tengah berselera tu.” Usik Dtain
Rohana.
“Esok pukul berapa flight
kamu Ray?” Tanya Datuk Razlan sambil menceduk gulai ikan tenggiri ke dalam
pinggan nasinya.
“Pukul 8.00 malam pa.”
“Sapa hantar kamu. Takkan Wafi seorang nak pegi. Kalau
tak papa minta pak Hamid aje hantarkan kamu.”
“Tak mengapa papa, Wafi akan hantar. Sebab lepas hantar
abang Ray, Wafi nak terus balik kampung.”
“Dah malam tu, kamu tu perempuan. Nanti kalau jadi
apa-apa macam mana.?” Tegur Datuk Razlan.
“Entah sayang ni. Risau juga abang memikirkan sayang nak drive seorang-seorang nanti.”
“It’s okay
abang, papa. InShaAllah Wafi akan berhati-hati.”
“Ikut kamulah. Tapi kalau ada apa-apa cepat-cepat call papa.” Nasihat Datuk Razlan.
“Okay pa.” Adrianna Wafiyah mengangguk tanda faham.
Selesai makan malam
bersama keluarganya, Adam Rayyan meminta diri untuk pulang. Alasannya untuk
mengemas barang-barang. Tetapi hakikat sebenarnya dia mahu melepaskan rindu
kepada isterinya sebelum ke London esok. Jika berlama disini pasti isterinya
akn sibuk melayan mummy dan adiknya sahaja.
Kesempatan
yang ada ini dia mahu manfaatkan bersama isterinya, untuk dijadikan bekalan
sepanjang dia berada di London nanti. Begitu hebat penangan cinta Adrianna
Wafiyah terhadap Adam Rayyan.
No comments:
Post a Comment